JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label elektrik sarawak. Show all posts
Showing posts with label elektrik sarawak. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

Lima tahun hidup bergelap

Rumah Panjang Selat yang dibina hasil gotong-royong para penghuninya masih berdepan masalah bekalan air dan elektrik walaupun telah digunakan sejak lima tahun lalu. - Gambar oleh : AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

SARIKEI 3 Okt. - Ketiadaan kemudahan asas terutamanya bekalan elektrik di Rumah Panjang Selat, Ulu Sungai Janting, dekat sini, ternyata menyukarkan lebih 180 penghuninya melakukan aktiviti pada waktu malam.

Meskipun terletak hanya empat kilometer dari Pekan Bintangor, rumah panjang yang dibina pada 2004 dan siap dua tahun selepas itu, masih bergelap sehingga kini.

Lebih menyedihkan, generasi muda di rumah panjang berkenaan yang rata-ratanya pelajar sekolah tidak dapat mengulang kaji pelajaran dengan selesa pada waktu malam sehingga terpaksa menggunakan pelita atau cahaya lampu kereta di luar rumah.

Tuai rumah, Selat Lai, 47, berkata, pihaknya telah beberapa kali memohon untuk mendapatkan bekalan elektrik di kediaman tersebut, namun sehingga kini belum ada sebarang maklum balas positif.

Beliau berkata, pihaknya juga ada bertanyakan perkara tersebut dengan wakil rakyat dan dimaklumkan permohonan mereka sudah dikemukakan kepada pihak berkaitan namun apabila dirujuk kepada Sarawak Energy Berhad (SEB), mereka memberitahu tidak tahu apa-apa mengenainya.

"Tuai Rumah sebelum ini, mendiang Nilau Sat sudah memohon untuk mendapatkan elektrik tetapi sehingga kini belum ada sebarang khabar yang menggembirakan.

"Bagi kami, bekalan elektrik itu begitu penting bukan untuk penghuni sahaja bahkan kepada anak-anak yang mahu menelaah pelajaran, mendapatkan maklumat menerusi komputer atau sebagainya supaya mereka tidak lemah dalam pelajaran," katanya ketika ditemui pada 3 Oktober lalu.

Sebelum ini, Rumah Panjang Selat menjadi tumpuan media selepas dua daripada tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor dari rumah berkenaan telah dihalang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Mereka tidak dibenarkan menduduki UPSR kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejaskan prestasi keseluruhan sekolah itu.

Selat berkata, rumah panjang 17 pintu dan dibina hasil gotong-royong penduduk juga belum menikmati bekalan air paip ke setiap rumah kecuali saluran paip utama di luar rumah yang dikongsi oleh semua penduduk di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, penduduk di rumah panjang tersebut berterima kasih kepada Ahli Parlimen Sarikei, Ding Kuong Hiing kerana menghulurkan sumbangan RM250 kepada setiap keluarga untuk membina saluran paip ke rumah masing-masing selain menaik taraf jalan di kampung berkenaan.

"Kita berharap kerajaan dapat mempercepatkan permohonan bekalan elektrik ke rumah panjang ini supaya kami boleh hidup dengan selesa seperti penduduk kampung atau rumah panjang lain," katanya.

Tuesday, July 28, 2009

DUA KALI TARIF ELEKTRIK NAIK, RAKYAT TAK TERBEBAN- ADUN BN = KAH KAH KAH


Sarawak belum membuat sebarang cadangan atau kajian untuk menaikkan tarif elektrik walaupun menghadapi kos penyelenggaraan dan pemberian bantuan subsidi yang tinggi oleh kerajaan kepada rakyat negeri ini.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, semestinya kajian terperinci dari pelbagai sudut akan dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang pindaan kadar tarif elektrik dibuat.

“Bagaimanapun, kerajaan belum memutuskan penetapan kadar tarif elektrik baru untuk penggunaan domestik dan komersial di Sarawak,” katanya.

Beliau menambah, walaupun telah dua kali tarif elektrik dinaikkan namun ia tidak membebankan dan masih rendah berbanding kadar tarif elektrik di Semenanjung Malaysia.

Tengah diminta mengulas mengenai kemungkinan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil langkah menaikkan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia bagi menampung kos sekiranya harga gas meningkat. borneopost

Friday, July 17, 2009

Ba'kelalan perlu pos imigresen


Komuniti yang tinggal di sempadan Krayan Hulu, Kalimantan Timur di Indonesia menggesa kerajaan Malaysia menubuhkan pos imigresen di sini bagi merangsang sektor pelancongan di kedua-dua negara.

Pengerusi Besar Lembaga Swadaya Masyarakat (LSM) Tana Tam Krayan Hulu, Gat Khaleb Ayung berkata, setakat ini pelancong dari Malaysia perlu berurusan dengan pihak tentera di pintu masuk pos sempadan Malaysia dan Pos Pamtas Long Midang di Kalimantan.

Beliau berkata, ketiadaan pos imigresen di Ba'Kelalan mengganggu kelancaran proses keluar masuk pelancong ke sini kerana ia dilakukan secara tidak rasmi.

''Setiap kali pelancong masuk atau sebaliknya, mereka terpaksa berurusan dengan tentera. Justeru kita berharap kerajaan Malaysia dapat menubuhkan pos imigresen di Ba'Kelalan untuk memudahkan urusan keluar masuk.

''Setakat ini Indonesia sudah membangunkan pos imigresen di Long Bawan dan kami masih menunggu kerajaan Malaysia berbuat demikian untuk manfaat kedua-dua negara," katanya di Ba'Kelalan, baru-baru ini.

Katanya, selain perlu berurusan dengan tentera, kemasukan pelancong turut dikendalikan oleh LSM dan Forum Masyarakat Adat Borneo yang memainkan peranan penting dalam urusan keluar masuk di sempadan.

Gat yang merupakan ahli Organisasi Komuniti Eko Pelancongan yang berpangkalan di Tarakan berkata, banyak tarikan pelancongan di sempadan seperti kawasan Krayan Hulu yang menempatkan Taman Negara Kayan Mentarang.

''Selain itu terdapat tapak warisan seperti Batu Sicien dan pembusukan mayat zaman prasejarah di Long Rungan dan tapak arkeologi Paru Ateng di Giram dan Long Kerunan,'' katanya.

Pelancong juga, katanya, berpeluang menikmati cara hidup suku kaum Lun Dayeh, Sa'ban, Lengilu dan Punan dengan tinggal di rumah inapan yang disediakan di Tanjung Pasir (Long Rungan), Tang Laan, Pa Upan dan Long Layu.

''Berdasarkan potensi yang ada ini, kita percaya ramai pelancong akan masuk ke sini melalui Ba'Kelalan. Ini secara tidak langsung akan memanfaatkan penduduk di Ba'Kelalan khususnya

''Kita amat mengalu-alukan kerjasama dari Malaysia untuk mengembangkan sektor pelancongan rentas sempadan sama ada di Kalimantan mahupun Ba'Kelalan di Sarawak," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba'Kelalan, Nelson Balang Rining ketika ditemui di Miri berkata, kerajaan sebelum ini telah meluluskan pembinaan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Ba'Kelalan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

"Bagaimanapun, kita difahamkan pembinaan CIQ itu ditangguhkan berikutan ketiadaan peruntukan daripada kerajaan Pusat,'' katanya.

Sehubungan itu, beliau akan mengemukakan sekali lagi permohonan berhubung pembinaan CIQ kepada kerajaan Pusat supaya dapat dipertimbangkan.

utusan

Tuesday, June 30, 2009

Electricity to 90% of Rural Sarawak by 2010, Currently 66%, Says Minister. Plucking Figures Out Of The Air, Honourable Sir?

A recent news in Sarawak’s English daily quoted Public Utilities Minister Datuk Amar Awang Tengah as saying that at least 90% of Sarawak’s rural population will be provided with electricity supply by 2010, and currently 66% of the people statewide enjoy the benefit of electricity.

I beg your pardon, Honourable Sir. I just fail to see how you justify your figures. I have travelled the length and breadth of Sarawak and I have seen how communities living by the trunk road nearby the city and towns don’t even have electricity supply, let alone rural dwellers in the longhouses and villages.

Please examine carefully the pictures below.

Siolkandis3Siolkandis6

You may be forgiven if you think these ‘structures’ belong to a third world country. You may also be forgiven if you think they are in the interior of Sarawak. But wait, these ‘houses’ are situated in a Malay kampong in the heart of Kuching! Are they fit for habitation? You bet. There is no electricity and there is no water supply. Just a communal water tap.

A stone’s throw away are the palatial mansions of Sarawak’s elite and top politicians.
I agree there is no abject poverty in Sarawak. After all, throw anything to the ground and it sprouts the next day. We are a blessed state. But, in this beautiful land of abundance, most of Sarawakians still live without the basic amenities of clean water, electricity and sanitation. I don’t know if that qualifies for poverty, as I am not an economist by profession.

December 2010 is just 18 months’ away. We will be watching your back, Honourable Sir. We hope you will live up to your promise and we just can’t wait to celebrate the day when 90% of Sarawak is electrified. After all we are going to have so many more dams and we will also be a supplier of energy to Brunei, Sabah, Philippines, Kalimantan Borneo and Semenanjung Malaysia.

Will we or, won’t we?

By: linasoo