JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label gabriel adit. Show all posts
Showing posts with label gabriel adit. Show all posts

Thursday, October 8, 2009

PILIHANRAYA SARAWAK NOVEMBER INI ?

bekas Adun BN yang kini berhijrah sebagai Adun PKR di Sarawak berkata pilihanraya di Sarawak berkemungkinan diadakan pada November ini.

Adun itu berkata demikian menurut laporan Bernama ketika diminta mengulas berkaitan dia menaja sebuah parti baru bernama Parti Pakatan Rakyat Malaysia (PRM) di Sarawak yang kononnya dibiayai oleh Ahli Parlimen kontroversi berkaitan PKFZ, Datuk Seri Tiong King Sing.

Tidak dapat dipastikan sejauhmana kebenaran perkara ini, tetapi yang pasti ada sesuatu yang tidak kena disebaliknya.

berikut ialah berita yang penulis petik daripada bernama.

SIBU, 7 Okt (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Ngemah Gabriel Adit Demong Rabu menafikan yang beliau terlibat dalam penubuhan sebuah parti baru.

"Setakat hari ini, saya masih anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tetapi siapa tahu (mengenai) esok?" katanya kepada pemberita di sini selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan kira-kira 40 penyokongnya di sebuah restoran.

Akhbar dan penulis blog sejak beberapa hari lepas menyatakan yang beliau terlibat dalam penubuhan Pakatan Rakyat Malaysia (PRM) dan parti itu akan dilancarkan di sini pada 15 Okt.

Adit berkata laporan yang beliau menubuhkan PRM merupakan berita kepada dirinya dan menurutnya "ia berita baik".

"Saya masih bersama PKR. Saya gembira berada dalam PKR selepas menyertainya pada 16 Nov, tahun lepas.

"Saya juga tidak bergaduh dengan sesiapa dalam PKR," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas jika beliau akan mempertahankan kerusinya atas tiket PKR pada pilihan raya negeri akan datang.

Mengenai mesyuarat tertutup itu, beliau berkata ia merupakan perbincangan dengan penyokong kuatnya yang telah menyokong beliau dalam pilihan raya 2006.

"Saya berhasrat mempertahankan kerusi Ngemah dalam pilihan raya akan datang yang dikatakan akan diadakan seawal November tahun ini.

"Kami membincangkan strategi dan persiapan untuk menang kerana parti komponen Barisan Nasional (BN) Parti Rakyat Sarawak berazam untuk menawan semula kerusi itu," katanya.

Adit memenangi kerusi luar bandar yang penduduknya majoriti kaum Iban itu sebanyak lima kali, empat kali sebagai anggota Parti Bansa Dayak Sarawak yang kini telah dibubarkan dan pada 2006 sebagai calon Bebas.

-- BERNAMA

Siapa taja Parti Pakatan Rakyat di Sarawak?

Sebuah parti politik baru - Pakatan Rakyat Malaysia - akan dilancarkan di Sibu, Sarawak sebelum pilihanraya peringkat negeri itu, yang dijangka diadakan tahun depan.

Nama kontroversi tersebut dijangka menimbulkan kekeliruan di kalangan pengundi di Sarawak, kata sumber-sumber kepada Malaysiakini.

Penubuhan parti baru itu dipercayai disokong oleh ahli parlimen Bintulu dan pengerusi kelab penyokong BN, Datuk Seri Tiong King Sing.

Menurut sumber-sujber, parti baru akan diketuai oleh Gabriel Adit Demong, 59, ADUN Ngemah.

Adit, yang menyertai PKR tahun lalu, memenangi kerusi Ngemah sebagai calon Bebas pada 2006.

Beliau pernah menjadi naib presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) selama tiga penggal, tetapi tidak menyertai mana-mana selepas PBDS dibubarkan.

November lalu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar mengalu-alukan penyertaan Adit dalam PKR November lalu bersama-sama dengan 12,000 penyokongnya.

Dalam ucapannya ketika menyerahkan borang keahlian kepada Anwar, Adit berkata sebab utama beliau menyertai PKR ialah kerana 'pengembirian politik' masyarakat Dayak di bawah kerajaan negeri BN.

Menurut Adit, PKR adalah landasan terbaik untuk menangani masalah sosio-ekonomi masyarakat Dayak.