JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Wednesday, March 21, 2012
Kerusi SAPP : PBRS vs PBS vs LDP vs UPKO vs Umno
Beliau berkata ini bagi memastikan isu berkenaan dapat diselesaikan dalam semangat kekeluargaan BN.
Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata agihan kerusi, yang diberikan dan dipersetujui oleh semua anggota parti komponen BN Sabah pada pilihan raya yang lepas, seharusnya menjadi asas rundingan.
“Cuma kerusi Parlimen dan negeri yang dikosongkan oleh Parti Maju Sabah (SAPP) (yang keluar daripada Barisan Nasional pada September 2008), perlu dibincang secara bersama oleh BN negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Hari Air Sedunia peringkat negeri Sabah di sini kelmarin.
Pairin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Umno Penampang Datuk John Ambrose pada Ahad lepas yang mahu BN mengkaji semula formula agihan kerusi dalam kalangan parti komponennya.
John dipetik sebagai berkata bahawa BN sepatutnya menghapuskan amalan memperuntukkan semula kerusi kepada parti komponen yang bertanding pada pilihan raya umum sebelum ini yang menurutnya banyak mendatangkan keburukan kepada BN kerana berdasarkan amalan itu, sesebuah parti komponen masih diberi peluang untuk bertanding tanpa mengira sama ada ia mempunyai calon boleh menang atau tidak.
“Beliau bebas memberi pandangan namun ada baiknya isu seperti ini dibincangkan melalui perundingan meja bulat,” kata Pairin.
Mengenai keinginan beberapa parti komponen BN negeri meletakkan calon daripada parti masing-masing untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Sepanggar, yang dahulunya dimenangi oleh SAPP, beliau berkata: “Seperti juga parti komponen BN yang lain, PBS juga berminat untuk meletakkan calon di situ.”
SAPP keluar daripada BN pada 17 Sept 2008 mengakibatkan BN kehilangan dua kerusi Parlimen iaitu Sepanggar dan Tawau serta dua kerusi negeri iaitu Likas dan Luyang.
Dua lagi kerusi yang diperuntukkan kepada SAPP iaitu Elopura dan Tanjung Papat kekal dalam BN selepas wakil rakyatnya, Au Kam Wah dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah, memutuskan untuk keluar daripada SAPP dan menyertai Gerakan.
Tuesday, March 20, 2012
kerusi SAPP milik kami - PBRS
KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) is keen to contest in Sepanggar which is now held by SAPP Deputy President Datuk Eric Majimbun.
Speaking to reporters after attending the PBRS’ 18th anniversary dinner on Saturday night, its president, Tan Sri Joseph Kurup, said he haD instructed PBRS divisional leaders in Inanam and Sepanggar to work hard and evaluate the party’s chances of contesting in Sepanggar.
So far, the reports and feedback that he had received are very positive, Kurup said.
To a question if he had submitted the list of candidates and constituencies to the Sabah Barisan Nasional (BN) chief Datuk Seri Musa Aman or Barisan Nasional chairman Datuk Seri Najib Tun Razak, Kurup said no.
“I have indicated our interest to contest in the constituency (Sepanggar) but have not formally put it down in writing. There is still room to strengthen our position there.
“I do not want to reveal how many seats we are interested in because it is not proper to do so. I know for a fact that our comrades in BN are also working hard and I believe they also feel that they have winnable candidates but I know that the Prime Minister has his own way to evaluate the candidate is winnable or not.
“This means that the final decision is in the hands of the Prime Minister after discussing the matter with the Chief Minister,” he said.
Kurup in his speech also stressed that PBRS is not giving up on its claim for the Deputy State Assembly Speaker post because it was the party’s quota since BN was established in Sabah.
The Deputy Minister of Natural Resources and Environment said that he failed to understand why the BN government still allowed the post to be held by a member of the opposition party.
“I cannot help but feel that something fishy is going on,” he said.
Speaking at the dinner, Kurup called on the party’s members to be prepared for the coming 13th general election.
“The clock is already ticking (and) in this particular case, the clock is ticking faster that before … before parliament and the State Assembly are dissolved. This means that the period of enjoyment after the 12th general election is short.
“We have to be prepared so that we are able to not only defend our seats but also prove that we are the ‘winnable’ party for other specific constituencies,” he said.
Umno teruskan tekad rampas kerusi sekutunya
Posted on March 19, 2012, Monday
KOTA KINABALU: There is a need for the Barisan Nasional (BN) to relook its formula on the allocation of seats to the various component parties for the general election, said Penampang Umno chief Datuk John Ambrose.
He opined that the BN should do away with the usual practice of re-allocating seats to component parties contested by them in the last general election.
“This practice is doing more harm than good for the BN. Under the standard practice, regardless of whether that component party has a winnable candidate or not, it will still be given the chance to contest again. This will not only make these parties complacent, knowing whether they work or not, the seats will still be theirs,” he told reporters here yesterday.
Ambrose said this would demoralise other component parties, especially members, who have been working hard in the area for their whole life and “yet the party they are in was never given a chance to contest”. — Bernama
=====================================================================================
March 19, 2012 20:57 PM
Formula Agihan Kerusi Wajar Dikaji Semula - Bernard Dompok
KOTA KINABALU, 19 Mac (Bernama) -- Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok berkata formula agihan kerusi antara parti komponen Barisan Nasional (BN) wajar dikaji semula pada pilihan raya umum akan datang.
Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, berkata langkah itu merupakan usaha baik bagi memastikan kemenangan BN seperti yang pernah dinyatakan bekas Perdana Menteri keempat Tun Mahathir Mohamed ketika memegang tampuk pemerintahan.
"Itu satu pandangan baik (kenyataan Ketua Umno Penampang Datuk John Ambrose) sebab 'ia merupakan idea baru' dalam pembahagian kerusi. Saya masih ingat Tun Mahathir apabila menjawat jawatan Perdana Menteri dan datang menghadiri Kongres UPKO, menyatakan negeri Sabah tiada parti perlu menguasai lebih 50 peratus kerusi.
"Itu salah satu aspek (untuk kemenangan BN)," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ambrose bahawa BN perlu menghapuskan amalan memperuntukkan semula kerusi kepada parti komponen yang bertanding pada pilihan raya umum sebelum ini.
Terdahulu, Dompok merasmikan majlis penutupan program Hello Komoditi anjuran kementeriannya dengan kerjasama Pejabat Daerah Putatan di Dewan Kompleks Rakan Muda Putatan isnin. -- BERNAMA
Wednesday, September 7, 2011
Kami tak perlu nasihat dari Umno - Gerakan
Cadangan supaya calon Gerakan Melaka bertanding di bawah lambangnya sendiri, makin mendapat sokongan.Naib ketua Pemuda Gerakan pusat, David Ang berkata, beliau menyokong penuh cadangan yang dibuat Setiausaha Agung partinya, Teng Chang Yeow.
Menurutnya, semua ahli Gerakan Melaka patut menyokong cadangan Teng agar bertanding di bawah lambang parti sendiri pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Cadangan itu katanya, tidak seharusnya terhad kepada Gerakan Bahagian Bachang sahaja tetapi harus merangkumi "kesemua kawasan lain" di Melaka di mana parti itu merasakan calonnya berpeluang menang.
Sambil mengingatkan pemimpin BN supaya jangan terlampau "mengasak Gerakan", Ang menegaskan parti itu "akan melawan balik demi maruahnya".
"Gerakan kini berusia 43 tahun dan kami sudah cukup matang dan berpengalaman untuk menentukan sendiri nasib dan halatuju kami.
"Kami tidak perlukan Umno atau mana-mana pihak lain untuk memberitahu kami di mana kami perlu bertanding.
"Kami akan buat keputusan di mana kita patut bertanding dan kami akan beritahu mereka bila tiba masanya," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa BN Melaka akan meletakkan 'calon boleh menang' sama ada dari Umno atau MCA - bagi menggantikan Gerakan - di DUN Bachang pada PRU akan datang.
Gerakan bertanding kerusi itu sejak 1995, tetapi calonnya, Wendy Ngo Kim Hwa tewas kepada Lim Jak Wong dari DAP pada PRU 2008.
Mohd Ali yang juga ketua menteri Melaka dilaporkan berkata BN memerlukan calon yang boleh menjamin kemenangan di Bachang dan jika Gerakan tidak mempunyai calon sedemikian, maka lebih baik calon Umno yang bertanding di DUN itu.
Monday, June 6, 2011
Umno lobi pula Parlimen Tawau
TAWAU: Umno Bahagian Tawau kelmarin secara terbuka menyuarakan hasratnya supaya kerusi Parlimen Tawau diberikan kepada parti berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.Ketuanya Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata permintaan berkenaan adalah selaras dengan suara pemimpin dan ahli Umno peringkat akar umbi yang mahukan kerusi itu diwakili parti berkenaan.
“Bukan parti Umno sahaja yang mahukan (kerusi Parlimen Tawau) tetapi parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain juga. Jadi kita tidak ada halangan jika semua inginkan kerusi itu.
“Bolehlah kita melobi tetapi yang penting, kita sokong keputusan pucuk pimpinan BN untuk meletakkan calon yang boleh menang,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tawau di sini.
Pada pilihan raya umum 2008, kerusi Parlimen Tawau dimenangi oleh calon Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Dr Chua Soon Bui.
Bagaimanapun pada September 2008, SAPP mengisytiharkan keluar daripada BN.
Terdahulu dalam ucapannya, Tawfiq, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Apas, mengingatkan semua anggota Umno supaya terus merapatkan barisan di semua peringkat bagi menghadapi persaingan sengit pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Katanya Umno tidak lagi boleh bergantung kepada kelemahan parti lawan untuk memenangi pilihan raya berkenaan sebaliknya anggota parti mesti bekerja keras membetulkan segala persepsi negatif yang sering dilemparkan pembangkang kepada kerajaan BN bagi mengelirukan rakyat.
Tawfiq berkata anggota Umno perlu memanfaatkan masa yang ada untuk membetulkan segala persepsi negatif berkenaan dan meyakin rakyat bahawa slogan ‘1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ bukan retorik semata-mata.
“Kita tidak akan mampu memenangi pilihan raya kalau rakyat tidak bersama kita. Walaupun kita memegang jawatan dalam parti tetapi jika orang di luar sana (rakyat) tidak sokong, tidak ada gunanya,” katanya.NST. 6th June, 2011
Monday, May 23, 2011
Shafie Tidak Afdal, Musa pula tidak Aman ?
Segala-galanya boleh jadi asal habuan yang diberikan bisa menjamin kelangsungan kehidupan peribadi pemimpin yang 'diperdaya' melepaskan jawatan atau menerima keputusan 'musuh' politik yang berjawatan.
Sejak menjadi Naib presiden UMNO, Datuk Shafie dikatakan adalah orang yang paling 'dekat' dengan jawatan "ketua Menteri' Sabah.
Itupun selepas Datuk Salleh Tun Said dilihat telah "gagal' melayakkan diri dalam pemilihan 'kesebelasan' utama dalam skuad politik Sabah pada PRU 12 yang lepas dengan beberapa lagi nama pemain politik Sabah yang 'dipaksa' memanaskan bangku simpanan sepanjang musim tersebut.
Oleh itu, di Sabah buat masa ini, tidak ada begitu 'dekat' dengan jawatan KM sekiranya benar Datuk Musa Aman akan 'dipencenkan' tatkala PRU 13 diumumkan kelak selain daripada Datuk Shafie Apdal yang dianggap dari rumpun Bajau Laut, di Semporna.
Sebab itu tidak mustahil Datuk Musa Aman untuk gusar, risau, bahkan rasa 'terancam' kerana beberapa pergolakkan politik Sabah kebelakangan ini mencerminkan situasi getir,gersang dan penuh dengan 'permusuhan' dan tikam belakang dengan puak-puak politik yang boleh dihidu oleh Najib.
Jawatan sebagai menteri penuh ,kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah telah menjadikan Datuk Shafie nampak lebih 'berkuasa' berbanding Musa Aman terutama melibatkan pengagihan peruntukan berbilion kepada Sabah melalui kementerian itu.
Suatu ketika wujud pertindihan kuasa berkaitan isu berkenaan apabila Musa Aman mengkhendakkan agar seberang peruntukan pembangunan Luar Bandar dan wilayah harus melalui kerajaan Negeri supaya pemantaun, penyelarasan dan juga 'sifar' kecacatan dapat dikurangkan.
Manakala isu ini menjadi tegang bila prokasi Shafie merasakan 'kebebasan' mereka menjamah peruntukan kementerian itu disekat dan dipertontonkan kepada mata-mata lain yang juga berselera untuk merasai kelazatan 'hidangan' KKLBW itu.
Disinilah bertitik tolak bila ramai yang memerhatikan gelagat dua pemimpin Sabah ini.
Shafie dilihat lebih banyak membelakangkan pentadbiran kerajaan Negeri di Bawah Musa.
Datuk Musa Aman pula dikatakan 'berjaya' menarik kembali sokongan dari beberapa orang 'kawan' politik Shafie yang sebelum ini 'gagal' dimanfaatkan kewibawaan mereka oleh shafie.
Antara yang berjaya 'dipujuk' oleh Musa ialah Datuk Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Sejak itu Shafie dan Musa dikatakan'tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain.
Beberapa aktiviti Shafie di Sabah langsung tidak mendapat 'perkenan' Musa. Di Kota Belud, misalnya lawatan Shafie bersama rakyat dalam upacara sambutan Hari raya, telah menunjukkan gambaran jelas epada rakyat bilamana tidak ada satupun pemimpin politik yang turut menghadirinya.
Terbaru program Shafie di Kimanis pada 15 Mei lepas juga menyaksikan proksi Musa tidak menghadiri majlis berkenaan. Bahkan MP Parlimen Kimanis yang juga adik kepada Musa iaitu Anifah Aman dikhabarkan turut tidak berada pada majlis berkenaan.
Regata lepa-lepa yang merupakan acara tahunan yang menjadi 'kegilaan' pelancong ke Semporna di mana Shafie menjadi ahli Parlimen dan disambut pada April lepas turut tidak dihadiri oleh Musa Aman. sekaligus membenarkan desas-desus bahawa memang wujud 'ketegangan' politik antara dua tokoh ini.
Shafie yang dikatakan menjadi dodoian Najib di Sabah, nyata menghadapi tentangan sengit dari Musa Aman bila dikatakan Musa mempunyai 'hubungan ' politik dengan Datin Rosmah Mansor iaitu isteri kepada Najib.
Rosmah bukan sahaja mempunyai 'saham' besar dalam percaturan politik Najib tetapi juga turut menerima 'hadiah' besar dari Musa Aman bila 'wanita pertama' ini dianugerahkan pingat Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang merupakan anugerah pingat tertinggi negeri Sabah yang membawa gelaran Datuk Seri panglima, pada 8 November 2009.
Walaupun ada pihak yang meramalkan bahawa Shafie 'tetap' melangkaui kemahuan"Datuk Seri Panglima Rosmah' untuk mengekalkan Musa Aman di Sabah, namun harus diingat bahawa Musa telah 'berjaya' menyakinkan Najib betapa perlunya ketokohannya di sabah apabila Batu Sapi membuktikan segala-galanya.
Hanya yang membimbangkan Najib ialah Musa Aman tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Masyarakat Cina di Sabah seperti Datuk Shafie.
Jika pertimbangan Najib menjelaskan bahawa sokongan masyarakat Cina adalah 'king maker' pada PRU 13, ada baiknya Shafie dinobatkan selaku Ketua Menteri Sabah yang baru.http://kelapamawar.blogspot.com/2011/05/datuk-shafie-dan-datuk-musa-aman-tidur.html
Sunday, May 22, 2011
Proksi Musa boikot program Shafie ?
Hubungan tegang antara Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman dengan Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal kian parah.Terbaru, program Shafie dalam kawasan sekitar Kimanis pada 15 Mei lalu diboikot proksi Musa di kawasan itu.
Lebih menarik, Shafie mengadakan program di kawasan itu yang 'secara kebetulan' ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman tiada di kawasannya.
Anifah ialah adik kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.
Sebelum ini, Shafie turut mewujudkan proksinya tersendiri bagi menyaingi pengaruh Musa atas nama 'Task Force Umno Malaysia' yang didakwa mendapat restu dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Shafie juga sejak dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memanipulasi kementerian itu untuk tujuan politiknya sehinggakan programnya bertindih dengan program kerajaan negeri yang diterajui Musa.
Sementara itu, Musa pula membodek Najib dengan 'menganugerahkan' Datin Seri Rosmah Mansor pingat Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK), darjah kebesaran tertinggi Sabah yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima pada 8 November 2009.
Wartawan baru-baru ini turut menyoal Shafie mengenai hubungan dinginnya dengan Musa namun Ahli Parlimen Semporna itu cuba mengelaknya.
Tuesday, September 29, 2009
TIGA PARTI BERMASALAH MAHU SERTAI REJIM BN
TIGA PARTI BERMASALAH SEMALAM DIKATAKAN MAHU SERTAI REJIM BN.
KE SEMUA PARTI2 ITU BERASASKAN KAUM INDIA IAITU IALAH KONGRES INDIA MUSLIM MALAYSIA (KIMMA), PARTI PROGRESIF INDIA (IPF) DAN PARTI MAKKAL SAKTHI.
IPF IALAH PARTI SERPIHAN MIC YANG DIPIMPIN OLEH G.PANDITHAN SEBELUM INI DAN PERNAH MENYERTAI PARTI PEMBANGKANG DALAM GAGASAN RAKYAT SEKITAR TAHUN 1990 BERSAMA PBS, SEMANGAT 46 DAN PAS.
PARTI ITU YANG KONONYA MEMPUNYAI PENYOKONG 300,000 TELAH MEMOHON MENYERTAI BN SEJAK 20 TAHUN LALU TETAPI DITOLAK ATAS DESAKAN PRESIDEN MIC, SAMY VELLU TERHADAP PM KETIKA ITU, MAHATHIR MOHAMAD.
MANAKALA MAKKAL SAKHTHI YANG JUGA PARTI SERPIHAN HINDRAF BOLEH DILIHAT PARTI TAJAAN REJIM APABILA PARTI ITU DENGAN MUDAHNYA DILULUSKAN PENDAFTARANNYA HANYA KERANA MENYOKONG AGENDA ILUSI NAJIB RAZAK IAITU 1MALAYSIA.
BERKEMUNGKINAN PARTI SERPIHAN HINDRAF INI DITAJA OLEH BN BAGI MENGGANTIKAN MIC SECARA PERLAHAN2 SELEPAS MIC MENGALAMI KEKALAHAN TERUK PADA PRU LALU TERMASUKLAH KEKALAHAN SAMY VELLU SEMPENA BIRTHDAYNYA.INI DAPAT DILIHAT APABILA KEKALAHAN DATUK S SUBRAMANIAM DITANGAN G.PALANIVEL, YANG JUGA ANAK DIDIK SAMY VELLU DALAM PEREBUTAN JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN BERKEMUNGKINAN MENYERTAI PARTI MAKKAL SAKTHI.
MALAH, MANTAN PRESIDEN UMNO MEMUJI PENUBUHAN PARTI ITU.
MAHATHIR SEJAK AKHIR2 INI DIPERKUDAKAN OLEH NAJIB MONGOLIA DENGAN MEMPROMOSIKANNYA DIMEDIA MILIK REJIM ITU TERMASUKLAH RTM, TV3 DAN SEBAGAINYA.
MAHATHIR SEBELUM INI MENGGELARKAN SAMY SEBAGAI LIABILITI UMNO YANG DISAMBUT PEMUDA MIC DENGAN KALUNGAN SELIPAR.
NAJIB JUGA DIJANGKA MERASMIKAN PARTI ITU PADA 10 OKTOBER INI IAITU SEHARI SEBELUM PENGUNDIAN DUN BAGAN PINANG.
MASYARAKAT INDIA DALAM DUN BAGAN PINANG DIKATAKAN LEBIH CENDERUNG MENYOKONG PAKATAN DAN INI MUNGKIN STRATREGI REJIM BN MERAIH SOKONGAN MASYARAKAT ITU.
UMUM MAKLUM, MASYARAKAT INDIA TURUT MENYERTAI PAS MELALUI KELAB PENYOKONG PAS YANG KIAN MENDAPAT SAMBUTAN DISELURUH NEGARA.
SESUATU YANG ANEH SEBENARNYA APABILA MAKKAL SAKTHI DENGAN MUDAH DILULUSKAN PENDAFTARANNYA OLEH PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS) SEDANGKAN PARTI SEPERTI PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM) MEMERLUKAN SEKURANG2NYA 10 TAHUN UNTUK DILULUSKAN HANYA KERANA PARTI ITU MENYOKONG PEMBANGKANG.SEHINGGA KINI PARTI SEPERTI USNO DI SABAH DAN PARTI MALAYSIA DAYAK KONGRES (MDC) DI SARAWAK GAGAL DILULUSKAN KERANA PARTI ITU TIDAK 'NGAM' DENGAN REJIM BN.
USNO DIBUBARKAN SEKITAR TAHUN 1990AN BAGI MEMBENARKAN UMNO MELEBARKAN PENGARUHNYA DI NEGERI ITU.
SEHINGGA KINI, HANYA SARAWAK YANG MENGHARAMKAN UMNO MENUBUHKAN CAWANGANNYA DI BUMI KENYALANG.
HARUS DIINGAT, PARTI IPF WALAUPUN KECIL, PARTI INI SEBENARNYA BUKAN SAHAJA DITOLAK MASYARAKAT INDIA TETAPI PADA MASA SAMA BERHADAPAN DENGAN MASALAH DALAMAN IAITU DENGAN PEREBUTAN JAWATAN PRESIDEN TERMASUKLAH ANCAMAN BEKAS TIMBALAN PRESIDEN SEBELUM INI YANG DIPECAT. KES ITU MASIH BERJALAN DI MAHKAMAH.
BEGITU JUGA DENGAN KIMMA, PARTI ITU SEBELUM INI PERNAH BERGABUNG DENGAN SATU LAGI PARTI NYAMUK (ISTILAH TERPINGGIR BAGI PENULIS) DALAM REJIM BN IAITU PARTI PROGRESIF PENDUDUK (PPP) TETAPI AKHIRNYA TIDAK BERJAYA APABILA PPP SENDIRI TERSUNGKUR DALAM PRU LALU TERMASUKLAH KEKALAHAN PRESIDENNYA, M KAYVEAS JUGA DALAM PARLIMEN DI PERAK.
PARTI SERPIHAN KIMMA ITU KALAU TIDAK SILAP PENULIS DIBERI NAMA IKATAN RAKYAT MALAYSIA (IRM).
PENULIS MENGALU-ALUKAN JIKA PENYERTAAN KE TIGA-TIGA PARTI ITU MEMPERCEPATKAN RUNTUHNYA REJIM BN MENELANG PRU 13 KERANA DENGAN BANYAKNYA PARTI DALAM SESUATU GAGASAN ITU, AKAN MEMENINGKAN KEPALA HOTAK NAJIB MONGOLIA DENGAN PELBAGAI MASALAH TERMASUKLAH PEREBUTAN KERUSI PADA MASAM MENDATANG.
INI TIDAK TERMASUK MASALAH MCA DAN SEKUTUNYA YANG LAIN.
DI SABAH MISALNYA, PARTI NYAMUK REJIM ITU, IAITU PARTI BERSATU RAKYAT SABAH (PBRS) SEMALAM BERANG APABILA DIKATAKAN DIPINGGIRKAN DALAM PEMBAHAGIAN JAWATAN PERNGKAT KAMPUNG.
PBRS IALAH SERPIHAN DARI PARTI BERSATU SABAH (PBS), IAITU SALAH SATU SEKUTU BN YANG SEBELUM INI MENJADI PEMBANGKANG DINEGERI ITU.
PBS HANYA MENYERTAI BN SELEPAS HAMPIR LUMPUH SELEPAS KEKALAHAN DALAM PILIHANRAYA NEGERI SABAH PADA TAHUN 1999.
BAGI PBRS, PARTI ITU HANYA DIBERI SATU KERUSI DUN DAN SATU PARLIMEN YANG MASING2 BERADA DALAM KAWASAN PENSIANGAN.
MALAH UMNO NEGERI ITU MAHU MERAMPAS KERUSI PARLIMEN YANG DISANDANG TIMBALAN PRESIDEN PBS, MAXIMUS ONGKILI.SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN RUNTUHNYA REJIM BN INI, SAMA NASIB YANG DIALAMI OLEH PARTI LDP DI JEPUN YANG MEMERINTAH LEBIH 3O TAHUN.
Sunday, July 26, 2009
KRISIS BN KIAN PARAH

Penggantungan Huan Kekal, Jawatankuasa Khas Akan Semak Kes
Jawatankuasa Pusat (CC) parti, pada mesyuaratnya hari ini, tidak menyemak tindakan gantung itu yang dikenakan terhadap Huan pada 31 Mei oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).
Sebaliknya CC memutuskan untuk menubuhkan jawatankuasa khas yang dianggotai tiga pemimpin veteran untuk menyemak kes itu dan memantau kelakuan Huan dari sekarang dan mencadangkan kepada CC sebarang tindakan yang sesuai.
"Jawatankuasa khas ini boleh menerima dan mendengar representasi. Kecuali ia memutuskan untuk berbuat demikian lebih awal, jawatankuasa akan membuat semakan berkala dan melapor kepada CC setiap enam bulan," kata Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow dalam kenyataan Sabtu.
Jawatankuasa khas itu, diketuai bekas setiausaha agung parti Tan Sri Chan Choong Tak dan dianggotai bekas naib presiden parti Ng Lip Yong dan veteran parti yang juga anggota CC, Dr Chee See Cheok.Teng berkata CC pada mesyuarat itu turut mengarahkan semua anggota tidak membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai perkara itu dan perkara lain berkaitan parti dan perlu menyalurkan sebarang pandangan dan maklum balas melalui saluran yang betul dalam parti.
Masalah Huan bermula awal bulan lepas, bertitik tolak daripada isu kecil mengenai pelantikan penyelaras cawangan di bahagian Machang Bubok di Pulau Pinang yang mendorongya mengeluarkan ugutan untuk keluar parti.
Ugutannya itu, ditambah pula dengan khabar angin kononnya beliau mahu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendorong parti mengeluarkan surat tunjuk sebab kepadanya di mana beliau menjawab dalam surat dua perenggan termasuk permohonan maaf.CWC mendapati beliau bersalah mencemarkan imej parti dan mengenakan hukuman gantung selama tiga tahun.
Bagaimanapun, Huan mendakwa ketiadaan pendengaran oleh lembaga disiplin sebelum hukuman gantung dikenakan terhadapnya menunjukkan wujud agenda di kalangan pemimpin tertenu dalam parti untuk menyingkirkan beliau.
Bekas Naib Presiden MIC S.S Subaramaniam Sertai PKR
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Bekas naib presiden MIC Datuk S.S Subramaniam menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) .
Keputusan itu dibuat tepat seminggu selepas bekas naib presiden MCA Datuk Chua Jui Meng memutuskan untuk melompat ke parti yang sama.
Semasa mengesahkan perkara itu hari ini, Subramaniam berkata beliau menyertai PKR demi perpaduan kerana parti itu menyatukan semua bangsa di negara ini.
"Saya rasa ini parti untuk masa depan, Saya menyertai parti ini atas kerelaan sendiri," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Sabtu.
Subramaniam turut menafikan dakwaan bahawa beliau menyertai PKR kerana ditawarkan kedudukan tertentu dalam parti.
"Saya tidak dijanjikan sebarang jawatan (dalam PKR). Saya menyertainya sebagai anggota biasa," katanya.
Semasa dalam MIC, Subramaniam beberapa kali menjadi tumpuan kerana beliau banyak kali menentang presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu, menyebabkannya digugurkan daripada jawatan naib presiden pada 1994, untuk memberi laluan kepada pengantinya yang mempunyai nama serupa dengannya iaitu Dr S. Subramaniam.
Beliau merupakan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan anggota Parlimen Segamat.
Kong Cho Ha Nafi Ramai Anggota MCA Akan Ikut Jejak Chua Jui Meng
"Dalam urusan parti ini, hari ini orang masuk (menyertai parti), hari esok orang keluar, itu proses biasa, bukan perkara baru. Malah dalam BN sendiri satu masa dulu, ramai yang keluar dari parti komponen masing-masing," katanya.
Sambil menafikan dakwaan Chua kononnya terdapat kelompok dalam MCA, Kong yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata anggota parti itu cukup matang dan memahami perjuangan dan peranan yang dimainkan MCA selaku parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).
Bercakap kepada pemberita selepas majlis konvokesyen Kolej Tunku Abdul Rahman di sini Sabtu, Kong berkata tindakan Chua, yang pernah menjawat jawatan Naib Presiden parti serta memegang jawatan Menteri Kesihatan, meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Keadilan Rakyat pada 18 Julai lepas berkemungkinan sebagai penyataan rasa kecewa beliau terhadap parti.
Kong juga tidak menolak kemungkinan ketiadaan jawatan dalam parti dan BN, menjadikan Chua kecewa dan mengambil tindakan menyertai pembangkang.
"Sebenarnya kita boleh memberi sumbangan kepada parti walaupun tidak mempunyai jawatan penting dan apakah kerana hanya tidak berjawatan, perlu ambil tindakan meninggalkan parti," katanya.
Beliau berkata sesiapapun dalam MCA ada ruang untuk memberi sumbangan untuk pembangunan parti serta memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan negara, dan tanggungjawab itu lebih penting daripada kepentingan peribadi.
Sambil menyifatkan Chua sebagai seorang pemimpin parti yang disenangi dan disayangi masyarakat khususnya dalam MCA sendiri, Kong berkata Chua telah membangunkan karier politiknya melalui MCA dan mempunyai sejarah perjuangan yang panjang dalam parti.
"Bagaimanapun, setelah beliau mengumumkan untuk keluar dari parti, tak tahulah pula apa persepsi anggota MCA kepadanya," katanya.
Dakwaan Palsu Samy Vellu, Kata Subramaniam
"Dakwaan palsu ini merupakan contoh apa yang tidak betul dengan politik dalam MIC dan saya menjangkakan perkara ini dan banyak lagi daripada Presiden yang secara bersendirian berazam untuk menghalang sebuah pemilihan yang terbuka dan demokratik seperti yang dihasratkan oleh anggota pengasas MIC," katanya Sabtu.
Subramaniam memberitahu Bernama di sini, injunksi itu diperoleh oleh NESA, iaitu pemegang kepentingan dalam Maika, bagi mengelak kerugian Oriental Capital Assurance Berhad (OCAB).
"OCAB adalah satu-satunya syarikat insurans yang dimiliki oleh kaum India di Malaysia, jika bukan kerana injunksi itu, OCAB mungkin telah pun dijual kepada entiti bukan India tanpa terlebih dahulu dibuat penilaian tentang nilainya yang sebenar," katanya.
Beliau berkata Samy Vellu dan Maika mesti memperjelaskan kepada 60,000 pemegang saham berhubung sebab pengarah Maika begitu bertegas untuk menjual OCAB tanpa mendapatkan penilaian sewajarnya tentang nilainya yang sebenar.
Samy Vellu dipetik oleh sebuah akhbar tempatan sebagai berkata Subramaniam telah menawarkan untuk menarik balik injunksi terhadap Maika Holdings asalkan Samy bersikap berkecuali dalam pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden pada September ini.Subramaniam berkata Pengarah Maika ketika itu tidak akan menafikan bahawa NESA telah menulis surat kepada mereka sebelum mesyuarat agung tahunan (AGM) pada 31 Ogos 2007 yang menyatakan bahawa sungguhpun NESA tidak membantah penjualan itu, tetapi NESA mahu supaya pemegang saham Maika dimaklumkan mengenai nilai sebenar OCAB sebelum mendapat keizinan pemegang saham dalam AGM yang sama.
"Maika mencuba sedaya upaya untuk meyakinkan mahkamah bahawa permohonan NESA untuk injunksi itu adalah mainan politik oleh saya demi kepentingan diri. Tidak memeranjatkan, dakwaan seperti itu tidak mendapat perhatian mahkamah dan menyebabkan mahkamah membenarkan injunksi yang memihak kepada NESA."Jika Samy benar-benar prihatin, beliau sepatutnya bermula dengan memberi penjelasan kepada pemegang saham Maika kenapa Maika tidak mengadakan AGM sejak dua tahun lepas. AGM merupakan mesyuarat yang sangat penting bagi pemegang saham.
"Pemegang saham Maika mengharapkan untuk diberitahu mengenai cara Maika dikendalikan. Ketika AGM Maika berlangsunglah pemegang saham dapat bertanya kepada pengarah soalan berhubung hal ehwal Maika," katanya.

Sunday, July 19, 2009
SEKUTU BN BERCAKARAN ???
PEGAWAI Daerah Tenom, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Daerah, Hj. Faimin Kamin perlu memperjelaskan kepada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kawasan Melalap yang tidak diberi tahu kunjungan Pembantau Menteri Pelancongan, yang juga merengkap Timbalan Presiden PBRS YB. Datuk Aliron Angin, sedangkan pemimpin parti komponen yang lain seperti Umno,UPKO,GERAKAN, dan MCA ada mengetahui lawatan Pembantu Menteri itu.
Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) disandang oleh mantan wakil rakyat Melalap Datuk Kadoh Agundong, memberi tahu wartawan Sabahkini.net mengesahkan beliau tidak diberitahu oleh Pejabat Daerah dalam lawatan Pembantu Menteri Pelancongan itu di Tenom.
Kadoh yang juga Naib Presiden PBRS bagaimanapun, hanya mahukan segala kelemahan itu diperbetulkan dan tidak berulang lagi.
Sementara itu, Ketua Wanita PBRS Melalap, Fatimah Ibrahim mahukan Ketua Bahagian PBRS Melalap Datuk Kadoh Agundong meminta penjelasan mengenai perkara yang berlaku itu untuk mengelakkan salah tafsiran para pemimpin pusat itu kepada PBRS Melalap apa yang berlaku.
Fatimah yang juga selaku Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) merasa kecewa apa yang berlaku, kerana sedangkan pemimpin komponen yang lain dapat mengiringi lawatan Pembantu Menteri itu.
Manakala beberapa ahli Parti itu menyifatkan perkara sedemikian membelakangkan kepimpinan Datuk Kadoh Agundong dan kalaulah ini cara penjawat awam ternyata mencenggah apa yang dikehendaki oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke enam Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak, yang mahu rakyat di Dahulukan, Pencapaian diutamakan dalam 1 Malaysia.
Ramai ahli PBRS berpendapat bahawa setiap kehadiran Menteri dan Pembentau Menteri sewajarnyalah protokol jujur kepada semua parti komponen dan jangan main pilih-pilih langsat, nanti terpilih yang mentah.
OLEH: HJ.WAHAB TIMPAI.

