JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Friday, April 13, 2012
Bekalan Air Sering Terputus
Mereka berkata gangguan bekalan air berlaku sejak dua minggu lalu dan keadaan bertambah buruk apabila bekalan air ke kawasan perumahan itu terputus sama sekali sejak dua hari lalu.
"Keadaan ini memang mengganggu urusan harian saya sekeluarga. Bayangkan, apabila balik dari bekerja, nak memasak dan membasuh pinggan pun tidak ada air. Kalau terputus bekalan air sehari, masih boleh dipertimbangkan tetapi ini sudah masuk hari ketiga," kata seorang penduduk taman perumahan itu yang cuma ingin dikenali sebagai Ji.
Penjawat awam berkenaan berharap pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah itu secepat mungkin demi keselesaan hidup penduduk.
"Sejak dua minggu lepas gangguan bekalan air boleh dikata berlaku saban hari," kata wanita itu, 12 April lalu.
Friday, December 11, 2009
Krisis Air : Mahasiswa selar sikap membisu MP Labuan

KUALA LUMPUR : Krisis air di Wilayah Persekutuan Labuan yang tiada penyelesaian sejak Jun lalu memaksa sekumpulan Pro-Mahasiswa dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menghantar memorandum kepada pejabat Perdana Menteri (PM), Najib Razak agar satu penyelesaian segera dilakukan terhadap permasalahan itu.
Exco Kebajikan, Kesihatan dan Kemasyarakatan MPP-UMSKAL, Qatrun Nada Mohd Latfi berkata, permasalahan air di Pulau bebas cukai itu bukan sahaja melibatkan universiti itu tetapi melibatkan keseluruhan penduduk Kira-kira 85,000 orang.Menurutnya, bagi mahasiswa di UMSKAL, pihak universiti ada menyediakan lori untuk menghantar air sebanyak tiga kali sehari ke kediaman mereka tetapi sejak September lalu penghantarannya tidak konsisten selain jumlah air yang dihantar kian berkurangan dan air tersebut tidak sesuai untuk diminum.
“Wujud kes seorang mahasiswi yang menjalani pembedahan akibat masalah didalam perut pada September lalu antaranya berpunca daripada air yang diminum daripada lori tangki terbabit.
MPP juga membuat pemerhatian dan temuramah di Hospital Baru Labuan ketika penghantaran pelajar itu dan mendapati, individu dan keluarga yang dijangkiti selesema babi atau Influenza A (H1N1) mengatakan rumah mereka tiada bekalan air bersih selain kurang mampu untuk membeli air mineral dipasaran setiap hari,” katanya.Qatrun berkata, akibat krisis air itu juga kos hidup mahasiswa bertambah kerana terpaksa membeli air mineral setiap hari selain seorang perempuan patah kaki akibat terjatuh ketika mengangkat air ke kediamannya.
Sehubungan itu, mereka menuntut agar Najib campur tangan dalam hal itu memandangkan usaha mereka mengadukan permasalahan itu kepada pelbagai pihak berwajib menemui jalan buntu.
Malah, usaha sekretariat MPP dimarahi dan disoal siasat hanya kerana ingin membuat temujanji dengan Jabatan Bekalan Air (JBA) Labuan dan Ahli Parlimen (MP) Labuan, Yussof Mahal.
Delegasi mahasiswa pada 8 Disember lalu turut disokong oleh mahasiswa seluruh negara termasuk Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA), Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-M Nasional), Gabungan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) seluruh negara, Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS) dan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan tanda tangan sokongan masyarakat Labuan.Salinan memorandum itu turut diserahkan kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan Yussof Mahal pada 7 Disember lalu. Namun, sehingga kini kedua-dua pimpinan Umno itu kekal dengan sikap membisu.
Sementara itu, bagi Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin berkata, jika komponen terpenting dalam masyarakat iaitu mahasiswa di Labuan langsung tidak diendahkan oleh mereka, apatah lagi dengan rakyat terbanyak?Beliau melihat tindakan membisu oleh pimpinan rejim Umno/BN itu kerana isu air bagi mereka mungkin tidak memberi kesan kepada pengundi dalam kawasan parlimen itu.
Sehubungan itu, beliau berharap warga Labuan melihat isu ini dengan serius dan hati yang terbuka kerana inilah wajah sebenar wakil rakyat BN yang hanya menyelesaikan masalah rakyat menjelang pilihanraya tetapi buat bodoh selepas itu dengan kesibukan menguruskan perut dan diri sendiri.
Labuan yang asalnya milik kerajaan negeri Sabah diserahkan kepada kerajaan persekutuan pada tahun 1984 melalui “Perjanjian Labuan” yang ditandatangai bersama oleh PM ketika itu Mahathir Mohamad dan Ketua Menteri Sabah, Harris Mohd. Salleh walapun ia dibantah penduduk Sabah.
Presiden Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS), Ahmad Syafiq Akmal Ahmad Kamil yang turut menyokong usaha MPP UMSKAL menuntut Yussof memberi perhatian serius berkaitan permasalahan itu dan menggesa beliau segera memberi penjelasan.Bagi Presiden MARSIS, Hendri Hamsah berkata, jangankan setengah tahun, setengah hari tanpa air pun, manusia akan rimas memandangkan air ialah sumber penting bagi kehidupan manusia.
Beliau yang berkelulusan Kejuruteraan Elektrik Mekatronik berkata, syarikat petronas yang beroperasi di wilayah itu diakui memerlukan air dalam jumlah yang banyak dan 42 juta liter sehari yang dibekalkan kepada penduduk Labuan tidak mencukupi kerana ia turut dikongsi oleh kilang Methanol Petronas.Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata, pulau itu kekurangan 20 peratus daripada 56 juta liter bekalan yang sebenarnya diperlukan setiap hari dan krisis bekalan air yang dihadapi penduduk di situ hanya dapat diatasi apabila projek paip air dasar laut siap sepenuhnya menjelang akhir 2010.
dipetik daripada erapakatan.com
berita ini akan berada di pasaran (edisi cetak)bermula 14 Disember ini.
masdarulawwal@gmail.com
Wednesday, September 23, 2009
Penduduk Cocos Khuatir Air Tidak Sampai Ke Rumah

Kira-kira 100 keluarga Kampung Cocos khuatir mereka tetap tidak mendapat bekalan air walaupun Loji Air Apas Balung yang siap dibina kira-kira 40km dari sini mula menyalurkan air bulan depan.
Ini kerana paip-paip utama untuk membekalkan air bersih kepada penduduk yang selama ini bergantung kepada air sungai dan air hujan untuk keperluan harian, masih belum dibina berhampiran kediaman mereka.
Rahmat Salia, 69, masih sangsi mengenai tarikh sebenar bekalan air bersih itu akan disalurkan ke rumahnya kerana paip utama di beberapa kawasan kampungnya belum dibina.
Menurut Rahmat, akibat pemasangan paip utama daripada loji penapisan air tidak menyeluruh menyebabkan tidak kurang 100 buah rumah di Kampung Cocos sukar untuk membuat penyambungan paip ke rumah masing-masing apabila bekalan air bersih mula disalurkan kelak.
Sejak berpuluh tahun lamanya, penduduk sekitar Balung terpaksa menyediakan banyak tangki atau apa sahaja bekas untuk menadah air di kediaman masing-masing dan berita mengenai siapnya projek pembinaan loji air di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, itu melegakan mereka.
Pembinaan loji berkenaan dimulakan sejak Disember 2006 dengan kos melebihi RM51 juta dan berupaya membekalkan air bersih kira-kira 10 juta liter sehari.
Zulkarnain Kasley, 33, dari Kampung Cocos berkata dengan adanya bekalan air bersih berkenaan, beliau berharap kesihatan penduduk terutama golongan tua bertambah baik memandangkan air yang mereka gunakan selama ini tidak dijamin kebersihannya.
Takun Austin, 58, berkata ketiadaan bekalan air bersih merupakan masalah kemudahan asas utama dihadapi penduduk Balung termasuk Kampung Cocos walaupun kawasan berkenaan cuma kira-kira 40km dari bandar Tawau.
"Sebelum ini kami diberitahu bekalan air bersih akan mula dibekalkan pada bulan September. Yang terbaru, kami diberitahu pula bahawa bekalan air bersih akan bermula pada bulan Oktober. Kami berharap ia dapat dipercepatkan," katanya.
-- BERNAMA
Tuesday, August 11, 2009
PENDUDUK KUNAK 'DIPAKSA' BELI AIR?
Oleh: IBRAHIM TABIR
"Inilah yang sering berlaku kepada kami setiap kali berlaku gangguan bekalan air", getus beliau yang menggesa Pengarah Jabatan Air Sabah supaya bertindak dengan mana-mana pegawai atau kakitangan jabatan itu yang sengaja membelakangkan kepentingan rakyat khususnya penduduk tempatan yang mempunyai rekod baik dalam hal pembayaran bil air.
Beberapa bulan lau, ketika masalah serupa berlaku, ada di antara penduduk yang membayar sejumlah RM 50 kepada pihak jabatan itu semata-mata mahu mendapatkan air untuk diisi dalam tangki plastik di rumah.
"Lebih baik mana-mana kakitangan awam letak jawatan jika tidak boleh melakukan terbaik dalam perkhidmatan kerana masih ramai orang di luar sana yang mencari pekerjaan dan mahu bekerja dengan sempurna", katanya tegas.
Tidak ada ertinya laungan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' sekiranya ada kakitangan awam yang tidak mengamalkan budaya kerja yang berkualiti dan memenuhi aspirasi rakyat.
Monday, June 29, 2009
Penduduk 'berperang' bekalan air
BAU 28 Jun - Ibarat jatuh ditimpa tangga.
Itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan dengan masalah yang dihadapi kira-kira 1,000 penduduk dari dua buah kampung di daerah ini yang hanya bergantung hidup kepada bekalan air hujan dan anak sungai dari gunung berhampiran.
Masalah penduduk dari kampung Sipit dan Pisa itu kini bertambah buruk setelah air sungai di kampung itu semakin berkurangan berikutan musim kemarau yang tidak diketahui penghujungnya.
Keadaan itu diburukkan lagi dengan pertambahan penduduk kampung dari tahun ke tahun.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati rata-rata penduduk kampung terpaksa mencatu air untuk mandi, memasak serta membasuh pakaian penduduk kampung berkenaan.
Malah, bekalan air itu juga terpaksa digunakan bagi tanaman penduduk kampung seperti sayur-sayuran, lada hitam dan jagung.
Seorang nenek, Noeh Ube, 73, berkata, setiap hari mereka terpaksa menggunakan air daripada gunung untuk kegunaan harian yang disalurkan menggunakan dengan paip buatan sendiri.
Namun, katanya, apabila tiba musim panas dan kemarau seperti sekarang, air gunung turut kering dan mereka terpaksa pergi ke sungai-sungai kecil yang jauh daripada rumah mereka untuk menimba air.
''Dulu, masa muda memang tiada masalah untuk menimba air dari sungai, tapi sekarang saya sudah tidak larat dan kesihatan juga tidak mengizinkan untuk mengangkat bebanan yang berat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Jikim Akun, 55, memberitahu masalah ketiadaan air di kampung tersebut sebenarnya sudah lama tetapi ia semakin teruk sejak empat tahun lalu.
''Di sini sudah banyak rumah dibina, penduduk kampung juga bertambah ramai. Jadi, kami terpaksa bersaing untuk mendapatkan bekalan air yang terlalu terhad," katanya.
Katanya, apabila tiba musim panas seperti sekarang, tanah pertanian mereka juga mengering dan merekah. Tanaman juga menjadi tidak subur.
Jelas Jikim, perayaan Gawai dan Krismas merupakan tempoh mereka 'berperang' untuk mendapatkan bekalan air.
''Sewaktu hari Gawai ataupun Krismas, kami sudah mula mengumpul air hujan dan air gunung beberapa hari sebelum perayaan kerana pada waktu itulah kami memerlukan bekalan air yang banyak," tambahnya.
Bagi Aireen Atom, 27, sejak dia tinggal di kampung itu 20 tahun lalu, masalah bekalan air memang sudah ada namun belum ada pihak yang datangl untuk menghulurkan bantuan mahupun mendengar masalah mereka.
''Sebelum ini, kami ada membuat aduan kepada pihak terbabit, tetapi sehingga sekarang masih belum ada apa-apa tindakan positif diambil.
''Setiap hari kami berada dalam keadaan gelisah lebih-lebih lagi kalau hujan tidak turun selama beberapa hari,'' jelasnya.
utusan
Saturday, June 27, 2009
Penduduk rayu masalah bekalan air diatasi segera

- Penduduk Kampung Ulu Sipitang dan Kampung Na-paran Ulu memohon penjelasan dan tindakan segera daripada pihak yang ber-tanggungjawab berhubung masalah gangguan bekalan air paip yang dihadapi sejak sebulan yang lalu.
Menurut pengadu, walau-pun masalah ini sudah beberapa kali di adukan kepada Jabatan Air Sipitang, namun belum ada tindakan penyelesaian konkrit yang diambil.
“Ketika kami menyambung bekalan air paip pada tahun lepas, kami tidak pernah mengalami masalah seumpama ini. Masalah ini seolah-olah wujud selepas satu lagi loji air baru di Sipitang beroperasi. Bekalan air mula terputus pada 16 Mei 2009. Setelah mengadukan masalah ini ke Jabatan Air Sipitang, kami mendapat semula bekalan air pada 27 Mei 2009, tetapi hanya selama dua hari.
Kemudian bekalan air terputus lagi sehingga 10 Jun 2009. Pada tengah malam 10 Jun 2009, kami mendapat semula bekalan air tetapi hanya bertahan sampai jam 6.00 petang 11 Jun 2009. Sampai sekarang kami masih belum mendapat bekalan air” adunya.
“Kami memang pernah merujuk perkara ini kepada kepada Jabatan Air Sipitang dan kami dimaklumkan ba-hawa masalah ini berlaku kerana terdapat paip tersumbat untuk laluan paip daripada Loji Mesapol (Loji air lama) dan tekanan air daripada Loji Melamam (Loji baru) tidak sampai ke kawasan kami,” jelasnya.
“Persoalannya sekarang, setelah lebih sebulan kenapa Jabatan Air Sipitang tidak menyelesaikan masalah paip tersumbat tersebut supaya kami boleh mendapat bekalan air daripada loji lama. Bagaimana sebuah loji baru beroperasi tetapi tidak mempunyai te-kanan air yang mencukupi un-tuk membekalkan air ke ka-wasan dalam lingkungan 5km daripada Pekan Sipitang,” soalnya.
“Saya rasa semua orang pun tahu kepentingan air dalam kehidupan seharian. Sehu-bungan itu, aduan kepada Action Line ini diharap dapat membuka mata semua pihak yang berkenaan untuk melihat dan memandang serius ma-salah yang dihadapi oleh penduduk setempat,” katanya.
Tambahnya lagi, “Jabatan berkenaan sebagai sebuah jabatan kerajaan perlulah selari dengan hasrat kepimpinan ne-gara, RAKYAT DIUTAMA-KAN”.
sabahtimes

