JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label pakatan rakyat sabah. Show all posts
Showing posts with label pakatan rakyat sabah. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Konvensyen Pakatan Sabah : Fahami mesej pengundi - Azizah

Fahami mesej pengundi jika mahu menawan Sabah, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dihadapan kira-kira 2,000 pimpinan, ahli, pendokong, pengikut dan penyokong Pakatan Rakyat Sabah.

Menurutnya, mesej rakyat Sabah sejak 1999 di negeri itu jelas iaitu KEADILAN, PAS dan DAP harus memantapkan muafakat bagi memastikan Umno BN tumbang.

"Saya mencabar pimpinan, ahli, pendokong, pengikut, penyokong Pakatan Rakyat Sabah, kalau mahu membentuk kerajaan baru di negeri ini, pastikan muafakat kita dipereratkan dan jangan beri ruang walau seinci kepada pihak lawan untuk memecah kesatuan kita," katanya pada konvesnyen Pakatan Rakyat Sabah yang pertama di Kota Kinabalu pada 16 September lalu.

Konvensyen yang berlangsung di Kota Kinabalu itu turut dihadiri Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu.

Azizah yang juga Pengerusi Interim KEADILAN Sabah menegaskan, konvensyen yang berlangsung itu sangat bermakna buat gabungan KEADILAN, PAS dan DAP yang sekian lama dimomokan media upahan Umno BN kononnya tiga parti itu tidak boleh bekerja sama.

"Sebelum ini, apabila disebut politik Malaysia, tergambar dalam fikiran kita bahawa ianya mesti Umno BN dan parti pembangkang sahaja.

"Namun, pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 mitos itu berjaya dipecahkan," katanya.

Pada PRU lalu, Pakatan Rakyat berjaya memerintah Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah selain mengekalkan kerajaan di Kelantan.

Buat pertama kali juga, Pakatan Rakyat hampir menyapu bersih Parlimen di Kuala Lumpur selain menafikan majoriti 2/3 Umno BN di Dewan Rakyat buat pertama kali.

"Ini membuktikan kita mampu mengurus masa depan yang lebih baik melalui dasar Pakatan Rakyat dan potensi ini juga harus dimanfaat rakyat Sabah dengan memastikan perubahan besar berlaku negeri ini pada PRU akan datang," katanya.

Walaupun Pakatan hanya memerintah beberapa negeri sejak tiga tahun lalu, namun rakyat jelas merasai secara langsung faedahnya.

Di Selangor misalnya, rakyat negeri itu mendapat air percuma selain beberapa kebajikan lain yang gagal dibuat Umno BN.

Manakala di Pulau Pinang, setiap bayi yang baru lahir terus mendapat bantuan kewangan dari kerajaan negeri selain Kedah yang menurunkan kadar bayaran premium tanah di negeri itu.

Manakala Kelantan pula, yang dipimpin seorang ulama berjaya mewujudkan keharmonian kaum dengan beberapa dasarnya ditiru pentadbiran Umno BN sejak era Tun Dr Mahathir lagi.

Konvensyen Pakatan Sabah : Dedahkan penyelewengan Umno - Wan Azizah

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah menyeru Pakatan Rakyat Sabah bekerja keras bagi memastikan Umno Sabah tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Antara perkara penting yang perlu diusahakan ialah membongkar dan mendedahkan kepincangan dan penyelewangan pentadbiran Umno di negeri itu.

"Kita sudah lama tahu pentadbiran Umno terpalit dengan salah guna kuasa dan rasuah tetapi tidak semua rakyat tahu. Kita mesti rajin mendedahkannya," katanya pada konvensyen pertama Pakatan Rakyat di Kota Kinabalu 16 September lalu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan kira-kira 2,000 rakyat pelbagai kaum dari pelusuk negeri itu, hadir sama.

Wan Azizah berkata, pendedahan itu membantu rakyat memahami isu sebenar sekali gus memudahkan mereka memilih kerajaan negeri secara adil tanpa ditipu media arus perdana.

Sejak puluhan tahun Umno memerintah, katanya, kekayaan negeri hanya dirasai segelintir kecil kroni sedangkan majoriti rakyat Sabah kekal miskin.

Pada 2010, Pengarah Sektor Unit Pembangunan Manusia, Jabatan Asia Timur dan Pasifik Bank Dunia, Emmanuel Jimenez mendedahkan Sabah adalah negeri paling miskin di Malaysia.

Pada 2009, Sabah mencatatkan kadar pengangguran tertinggi negara iaitu 6.1 peratus, lebih tinggi berbanding kadar peringkat kebangsaan iaitu 4 peratus.

Sabah dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang terpalit dengan skandal rasuah tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya membisu.

SPRM ialah antara institusi kerajaan yang direformasikan Pakatan Rakyat jika gabungan itu memerintah Malaysia selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ia terkandung dalam Buku Jingga yang mengandungi sebahagian besar manifesto bersama KEADILAN, PAS dan DAP.

Tuesday, September 6, 2011

Konvenysen Pakatan Rakyat Sabah 16 September

Sekretariat Pakatan Rakyat Sabah akan mengadakan konvensyen buat julung kalinya di Kota Kinabalu Star City pada 16 September ini.

Ketiga-tiga komponennya yang terdiri daripada KEADILAN, PAS dan DAP akan menghantar minima 500 perwakilan ke konvensyen itu.

"Konvensyen berlangsung antara 1:00 hingga 6:00 petang itu bakal dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuklah Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu serta pimpinan dan anggota lain dari seluruh Sabah," kata Sekretariat itu dalam satu kenyataan.

Beberapa kertas kerja bakal turut dibentangkan dalam konvensyen itu dengan acara kemuncaknya ialah pelancaran dasar Pakatan Rakyat Sabah.

"Dasar-dasar ini juga akan mencerminkan hasrat dan keazaman Pakatan Rakyat untuk membawa Sabah ke era baru dengan dasar-dasar yang pro rakyat," katanya lagi.

Pakatan Rakyat Sabah mula dibentuk secara rasmi pada September tahun lalu dan baru-baru ini gabungan itu sudah pun membincang secara aktif mengenai agihan kerusi.

Wednesday, December 9, 2009

Sijil Anak Negeri : Mengapa hanya DAP disiasat?

Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan mengapa hanya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari DAP sahaja yang disiasat dalam kes Sijil Anak Negeri (SAN) manakala mereka yang ‘ada hubungan baik dengan kerajaan’ didiamkan.

PAS Sabah melalui Timbalan Pesuruhjayanya, Hamzah Abdullah berkata, Ramai dikalangan taukeh-taukeh besar yang memiliki SAN palsu memiliki tanah adat dan membuka ladang-ladang besar terselamat hanya kerana mereka dikatakan menyokong rejim BN.

Menurutnya, mereka juga membolot projek-projek yang dikhususkan untuk Bumiputera serta anak-anak mereka ‘diluluskan’ mengikuti pengajian di UiTM.

“Berita mengenai pemalsuan SAN ini tersebar luas di laman-laman blog serta akhbar tempatan tetapi pemimpin rejim BN khususnya Umno, tidak menunjukkan keghairahan mereka untuk menyiasat jenayah keji ini yang sinonim dengan perangai parti itu.

"Kalau nak tipu boleh, nak selamat dari disiasat pihak berwajib akibat dari perangai menipu boleh, yang penting mesti sokong UMNO/BN,” ujarnya dalam laman rasmi parti itu, http://pasabah.wordpress.com/

Hamzah berkata, SAN tidak diperlukan kerana mana-mana anak yang dilahirkan oleh suku kaum yang diiktiraf sebagai anak negeri pastinya nama suku kaum tersebut akan dicatit dalam sijil lahir mereka. Jadi apa perlu untuk memohon SAN?

Beliau menambah, pengumuman Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Hajiji Mohd Noor tentang pembekuan pengeluaran SAN sebenarnya hanya mendedahkan individu-individu tertentu yang memiliki kuasa, menyalahgunakan proses pengeluaran SAN tersebut kerana dibimbangi ia dibuat bukan berdasarkan kelayakan pemohon tetapi lebih kepada berapa harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan sijil itu.

Hamzah turut membidas Pengarah Majlis Hal Ehwal Anak Negeri yang menjadi dalang mengesahkan Sijil Anak Negeri Palsu kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengesahkan sesuatu sijil yang dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri.

Beliau juga akan mendedahan perangai buruk orang-orang yang berkuasa di Majlis Hal Ehwal Anak Negeri dalam waktu yang terdekat.

Mengulas isu sama, Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR (AMK) Sabah, Zainuddin Hasssan berkata, keengganan anggota PDRM menyiasat dan mengambil tindakan ke atas aduan kaum anak negeri terhadap mereka yang memiliki SAN yang kesahihannya diragui adalah punca penggunaan SAN palsu berleluasa di Sabah.

“Jika BN komited memperjuangkan hak peribumi Sabah, mengapa siasatan hanya tertumpu kepada pimpinan pakatan sahaja. Bagaimana denga tauke - tauke proksi BN dan Umno yang merampas ribuan ekar tanah orang kampung dengan mengunakan SAN yang serupa.

“Apakah mereka diberi kekebalan dan imuniti daripada kerajaan dan tidak boleh diambil tindakan Undang Undang,” tegas Zainudin.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar siasatan dilakukan terhadap semua aduan yang pernah dibuat oleh kaum anak negeri Sabah jika memang PDRM jujur hendak menangani perkara ini dan bukan menangguk di air keruh untuk mencari untung peribadi.

Sebuah portal berita sebelum ini pernah menyiarkan tindakan seorang wanita berbangsa Sungai di daerah Kinabatangan, Rosmina Nazry, melaporkan kepada Polis akan perbuataan seorang wanita berbangsa Cina tetapi memiliki serta menggunakan satu Sijil Anak Negeri yang tiada rekod di Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu.

Malangnya aduan Rosminah Nasry kepada Polis gagal disiasat oleh Polis walaupun aduan rasmi telah dibuat di Balai Polis daerah Sandakan.

Terdahulu, Adun tunggal PR di Sabah, iaitu Jimmy Wong Sze Phin dari DAP didakwa menceroboh tanah rizab kerajaan dan taman permainan bertujuan bagi mengubah suai kawasan rumahnya.

Beliau juga didakwa memperolehi SAN secara meragukan yang membolehkannya membeli tanah berstatus tanah anak negeri.

Dakwaan itu dibuat oleh Adun Samsudin Yahya (BN-Sekong) semasa membahaskan bajet Sabah 2010 pada 17 November lalu.

Adun Sekong itu turut mendakwa bahawa "pagar chain link dan stor konkrit" telah didirikan di kawasan lapang Taman Kafar, Jalan Sin On, Tawau oleh Adun PR itu.

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah telah pun menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan itu.

Sijil perakuan Bumiputera atau juga disebut Sijil Anak Negeri telah dibekukan oleh Kerajaan Berjaya pada tahun 1982 ekoran penyalahgunaan kuasa dan pemberian dokumen tersebut kepada golongan yang tidak layak memilikinya.

Kerajaan Berjaya pernah memerintah Sabah dari tahun 1976-1985 dan antara mereka yang berada dalam kabinet negeri pada masa itu ialah Presiden PBS, Pairin Kitingan.