JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label petronas. Show all posts
Showing posts with label petronas. Show all posts

Wednesday, March 28, 2012

Projek paip gas Sabah-Sarawak belum siap

DALAM PEMBINAAN: Antara paip gas yang masih dalam pemasangan dan pembinaan di sebuah kawasan Uma Akeh.

3,000 tenaga kerja giat jalankan kerja ke atas projek yang dijangka siap sepenuhnya April 2013

MIRI: Projek Perpaipan Gas Sabah Sarawak (SSGP) yang menelan belanja sebanyak RM6 bilion dari Kimanis, Sabah hingga ke Samalaju, Bintulu kini telah siap sebanyak 85 peratus.

Pengurus Kanan SSGP, Shaiful Bahrin Hashim berkata, projek berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada April 2013.

“Kita menjangka gas akan mula disalurkan melalui paip (SSGP) bermula April tahun hadapan,” katanya pada satu siri penerangan di Kem 5 SSGP di Long Bedian pada Program Pengenalan SSGP Kepada Media, Rabu lepas.

Menurutnya, projek perpaipan gas sepanjang 521 kilometer (km) berkenaan kini secara keseluruhannya mempunyai 3,000 tenaga pekerja di mana separuh daripadanya adalah terdiri daripada pekerja tempatan.

“Paip berkenaan adalah sepanjang 94 km di Sabah manakala selebihnya 427 km adalah di Sarawak,” katanya.

Selain itu, terdapat lapan kem diwujudkan untuk memudahkan pihaknya membina SSGP iaitu Kem 1 di Beaufort, Kem 2 di Lawas, Kem 3 di Merarap, Kem 4 di Limbang, Kem 5 di Long Bedian, Kem 6 di Long Lapok, Kem 7 di Niah dan Kem 8 di Bintulu.

Shaiful turut memberitahu terdapat beberapa cabaran yang harus diharungi sepanjang perlaksanaan projek berkenaan.

Antaranya, berkenaan komuniti tempatan yang menyentuh tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), wang pampasan tanah, permintaan untuk projek-projek komuniti serta permintaan bersifat individu.

Walau bagaimanapun, katanya, pihaknya tampil dengan pelbagai cara untuk menyelesaikan isu-isu berkenaan dan turut bersedia dengan pengoperasian SSGP sesudah ia siap nanti.

Mengenai Program Pengenalan SSGP Kepada Media, seramai 10 wakil media sekitar Miri terlibat dalam program selama dua hari berkenaan bermula 21 hingga 22 Mac lalu.BP

Thursday, March 15, 2012

Pengeluaran petroleum Sabah menjunam 17 peratus - Azmin

Masdar Wahid

Pengeluaran petroleum Kikeh, Sabah menjunam 17 peratus ekoran ekoran masalah serius yang dihadapi Petronas dalam kerja-kerja carigali minyak di negeri itu, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

"Petronas berdepan masalah dalam kerja carigali minyak di Kikeh, Sabah dan memerlukan dua tahun memperbaikinya, kelewatan ini memberi kesan kepada pengeluaran petroleum di Sabah yang merudum 17 peratus.

"Petronas juga gagal menyiapkan kemudahan platform pengeluaran minyak di Gemusut, Kakap, Sabah yang sepatutnya mula mengeluarkan minyak pada 2010, malangnya kemudahan ini hanya dijangka siap pada 2014," katanya pada perbahasan di Parlimen 14 Mac lalu.

Oleh itu beliau mencadangkan Petronas menggunakan kaedah bersesuaian bagi menyelesaikan masalah seumpama itu.

"Bagi mengekal pengeluaran petroleum, Petronas harus mengelak dari mengguna teknologi carigali konvensional, tetapi meningkatkan teknologi pengeluaran termasuk kaedah EOR (Enhance Oil Recovery) di telaga minyak lama (brown field).

"Maka Petronas patut menumpu kerja carigali minyak di Marginal Field yang memerlukan kaedah dan teknologi carigali berbeza kerana saya dimaklum, wujud 106 marginal fields di Malaysia dengan 22 daripadanya tersedia untuk kerja carigali petroleum," katanya yang juga lulusan kejuruteraan.

Monday, July 4, 2011

Mahu penjelasan segera PETRONAS

SAYA banyak mencari peluang perniagaan untuk mengembangkan perniagaan saya melalui akhbar Berita Harian.

Satu daripadanya syarikat PETRONAS yang mengiklankan kepada usahawan yang berminat untuk mengusahakan stesen minyak.

Sehubungan itu, PETRONAS meminta pemohon mencadangkan lokasi kepada mereka.

Saya adalah seorang daripada yang berminat untuk mengusahakan stesen minyak itu dan telah menyatakan minat serta lokasi yang saya yakin sesuai kepada PETRONAS.

Bagaimanapun, PETRONAS memberi surat balas bahawa lokasi yang saya cadangkan tidak strategik.

Saya meningkatkan usaha lagi dengan memberikan penyertaan dan lokasi lain sebanyak tiga kali tetapi lokasi yang saya nyatakan dikatakan masih tidak strategik.

Adalah diharap pihak PETRONAS dapat memberi maklumat secara terperinci lokasi macam mana yang boleh diterima pakai sebab saya berminat sangat untuk perniagaan stesen minyak ini.

USAHAWAN MUDA, Ampang, Selangor