JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label video seks Datuk T. Show all posts
Showing posts with label video seks Datuk T. Show all posts

Friday, December 23, 2011

Filem Lucah dibenarkan bermula 2012 - Menteri

Oleh Masdar Wahid
Bermula tahun depan mana-mana filem samada berunsur lucah atau yang bertentangan dengan nilai-nilai murni di negara ini akan dibenarkan untuk ditayang kepada umum.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, samada filem itu baik atau tidak untuk tontotan umum, beliau pulangkan kepada rakyat untuk menilainya sendiri.

Beliau menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai dasar keterbukaan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang enggan mengongkong pembikin filem.

"Bagaimanapun, notis peringatan daripada kementerian, bahagian kawalan filem, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan dipaparkan pada skrin semasa penayangan filem itu untuk memaklumkan filem itu ada unsur khurafat, seks atau sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan wartawan selepas merasmikan 'Seminar Hala Tuju dan Kawalan Penapisan Filem' di Putrajaya pada 21 Disember lalu.

Bermula 2012 juga katanya, KDN dan agensi berkaitan di bawahnya hanya bertindak sebagai penasihat dan pemerhati kepada industri filem dan tidak lebih dari itu.

Menurutnya ketika ini terdapat dua filem yang sukar untuk ditayangkan di pawagam kerana mempunyai unsur-unsur tidak sesuai termasuklah filem Hantu Kapcai yang mempunyai adegan yang tidak boleh diterima umat Islam dan mendapat bantahan pihak tertentu.

"Bagaimanapun melalui pendekatan terbaru bermula tahun depan, filem itu tetap akan ditayangkan dan terpulang kepada penonton untuk membuat penilaian supaya tidak terpengaruh dengan adegan tidak baik," katanya lagi dengan bangga.

Sebelum ini, semasa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Kumpulan Datuk T menayangkan Video lucah kepada sekumpulan wartawan di Carcosa Seri Negara.

Manakala video itu mula tersebar diinternet sebaik penamaan calon pilihanraya Sarawak, selain blogger Umno-BN yang berkempen pada pilihanraya itu turut bebas menyiarkannya kepada penduduk Sarawak.

Semua tindakan itu bagaimanapun dibiarkan sahaja oleh Polis yang juga terletak di bawah bidang kuasa KDN.

Wednesday, August 24, 2011

Bala TV3 siar Video lucah, akhirnya terkena staf sendiri

Seorang editor kanan TV3 kini dalam siasatan syarikat itu atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk seorang pembaca berita.

Editor berkenaan bagaimanapun dibenarkan terus bertugas seperti biasa, manakala seorang petugas itu yang enggan lagi bertugas di bawah editor berkenaan meminta dipindahkan ke NTV7 bulan lalu.

azlanMemetik sumber yang rapat dengan kes itu, TV Selangor berkata Jabatan Sumber Manusia Media Prima Berhad telah memulakan siasatan rasmi selepas pihak pengurusan memberikan persetujuannya baru-baru ini.

Media Prima adalah syarikat yang memiliki TV3, NTV7, TV9 dan TV8 selain memegang kepentingan dalam stesen radio serta Kumpulan New Straits Times.

Empat orang yang mendakwa diri mereka mangsa ganggual seksual itu tampil baru- baru ini memberi kenyataan kepada pihak pengurusan.

Antara lain, mereka mengemukakan mesej sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar oleh editor berkenaan sebagai menyokong dakwaan gangguan seksual yang dialami mereka sejak beberapa bulan itu.

Menurut sumber berkenaan lagi yang dipetik oleh TV Selangor, editor tersebut menggunakan pangkat dan jawatannya untuk “menggoda” mereka secara licik.

“Siasatan dijangka siap tidak lama lagi dan terpulang kepada majikan untuk mengambil tindakan susulan,” tambah sumber itu.

Katanya lagi, siasatan bermula selepas sepucuk e-mail yang ditulis oleh seorang mangsa yang menggelar dirinya 'Coco Girl' membuat pelbagai dakwaan terhadap editor berkenaan. Salinan e-mel itu juga dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri.

Menurut sumber lagi, beberapa kakitangan dikatakan kecewa kerana editor berkenaan masih dibenarkan menjalankan tugas seperti biasa. Beliau juga dibenarkan berinteraksi dengan wartawan di bawahnya sungguhpun mengadapi siasatan rasmi syarikat atas tuduhan melakukan gangguan seksual.

“Kes ini memberi kesan kepada moral kakitangan yang mahu syarikat mengambil tindakan segera dan adil supaya ia tidak menjejaskan nama baik TV3 dalam apa cara sekali pun,” kata sumber itu.

Friday, March 25, 2011

Video Fitnah Datuk T terbongkar


BERBULU…..tangan bebulu, perut boroi, putih pula dan gebu. Jauh sekali daripada anatomi Anwar. Tetapi kalau rambut putih sah mesti….. Inilah gambar asal sebelum dihitamputihkan dalam video.

Oleh: ISMAILY BUNGSU

CUBA kita perhatikan gambar yang disertakan. Itulah gambar yang dikatakan Anwar beraksi sedang melakukan seks dan kalian fikirlah sendiri.

Saya tidak mengatakan itu Anwar dan tidak juga mengatakan bukan Anwar, tetapi kalian bisa nilai sendiri melalui perut buncit, kulit putih dan tangan berbulu serta agak gemuk sikit.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul memberikan enam sebab mengapa beliau yakin lelaki dalam video klip yang dipertontonkan kepadanya bukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan alasan adalah seperti berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik.

Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek.

Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu sipelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggung) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Johari mendakwa, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan seorang ahli perniagaan yang juga merupakan Datuk T, Datuk Eskay Shazril Abdullah bersamanya ketika beliau dipertontonkan klip berkenaan di Hotel Flamingo Ampang pada Isnin lalu.

Malaysia sekarang penuh dengan dunia fitnah yang cukup memalukan dan seperti yang saya perkatakan tidak hairan ramai orang Malaysia akan masuk neraka jahanam!

Salam Hormat,

ISMAILY BUNGSU

Thursday, March 24, 2011

Baja silikon Risda ganjaran bikin video seks?

KUALA LUMPUR: Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin mempersoal sama ada pembekalan baja Selatan Thai ke Risda sebagai punca yang membawa kepada penayangan video seks yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap pada sidang media, beliau berkata, ia berikutan carian internet mendapati gambar dua daripada tiga individu yang terlibat dikesan dalam sebuah majalah pertanian di Thailand.

Selain mereka, beliau berkata, Datuk Yusof Noor dan Datuk Aliasak juga dilapor melawat kilang baja silikon yang dikatakan membawa keuntungan besar.

“Najib selaku Presiden Umno harus tampil memberi penjelasan kerana jelas, ia permainan politik kotor ke arah menyelamatkan Umno menjelang pilihan raya,” katanya.

Datuk T terdiri daripada Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Rahim Tamby Chik ialah antara individu yang didakwa terlibat menerbitkan ‘Buku 50 Dalil’ yang membawa kepada penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1998.

Eskay ialah bekas Konsul Thailand berasal dari Kedah yang dikatakan penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad – mentor politik kepada Najib.

Yusoff Noor yang tidak tergolong sebagai kumpulan Datuk T adalah bekas Pengerusi Felda yang juga orang kuat Najib yang sebelum ini dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda – agensi yang kerap mendapat perhatian Najib.

Untuk paparan kenyataan media Chegubard: klik sini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9750

Najib terlibat dalam komplot fitnah dan Video Seks

saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T.




Baca Kenyataan penuh berikut : ------

Kenyataan media ini dibuat susulan kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.

Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO.

Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya.

Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.

Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal.

Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)

Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu.

Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.

Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.

Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.

Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu.

Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.

Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail.

Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah.

Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.

1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

2. Saya telah 'berpura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan.

Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun.

Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar.

Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar.

Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia.

Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond.

Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia.

Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang lansung tidak mendidik.

Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.

Ini semua politik kotor kerana kepentingan peribadi.

Satu carian mendapati Majalah Pertanian di Thailand pada tahun 2009 pernah menyiarkan gambar Datuk Eskay, Tan Sri Rahim Thamby chik (Pengerusi Risda yang dilantik pada Jun 2008), Datuk Aliasak dan Datuk Yusoff Noor (Bekas Pengerusi Felda yang dilantik Datuk Seri Najib Razak) ketika lawatan di Surat Tani yang antaranya melawat Kilang Baja Silikon di situ, adakah mereka yang terlibat dalam keas ini juga punya kepentingan dengan pembekalan baja ke Risda dari Selatan Thailand yang membawa keuntungan besar.

Ini semua persoalan penting yang harus mereka jawab!

Perdana Menteri selaku Presiden Umno harus tampil memberi penjelasan kerana jelas ini permainan politik yang kotor ke arah untuk menyelamatkan Umno menjelang pilihan raya umum yang kian hampir.

Sekian.

che'GuBard

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Kenyataan penuh ini, tidak termasuk beberapa penjelasan menarik antara che'GuBard dengan wartawan dalam sidang media hari ini.