JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label zaid ibrahim. Show all posts
Showing posts with label zaid ibrahim. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

KITA syok sendiri

Pakatan tak pernah bincang penyertaan Kita

Muhammad Faizal

SHAH ALAM, 11 Dis: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberitahu Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan soal Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) untuk menyertai gabungan itu.

Malah katanya, sehingga sekarang belum ada sebarang permohonan dari Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim untuk menyertai Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.

Beliau juga menjelaskan, segala keputusan penyertaan parti Kita itu perlu melalui pembincangan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

"Perkara ini baru saya ketahui walaupun ia telah disiarkan di dalam akhbar, tapi apa yang ingin dinyatakan sehingga sekarang kita belum menerima apa-apa permohonan dari Presiden Kita.

"Setiap apa jua keputusan setelah permohonan diterima kita akan membincangkan pada peringkat tertinggi Pakatan Rakyat," jelasnya pada satu sidang media selepas Majlis Pelancaran Dokumen Negara Berkebajikan di Kompleks PKNS hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menambah buat masa sekarang tidak ada sebarang jawapan dapat diberikan terhadap dakwaan itu.

"Secara dasarnya kita tidak boleh membuat sebarang keputusan kerana ia perlu diputuskan oleh peringkat tertinggi.

"Banyak perkara yang perlu dinilai kembali sewaktu beliau keluar dari Keadilan dan sepanjang beliau berada di dalam Kita," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Tambahnya Pakatan Rakyat mempunyai dasar bersama dan setiap dasar perlu dipersetujui oleh Kita jika mereka mahu menyertai Pakatan Rakyat.

Sebelum itu Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataannya bahawa parti itu tidak akan meletakkan mana-mana calon bertanding dalam PRU 13 dan bersedia menyokong Pakatan Rakyat.

Sokongan itu menurutnya ekoran tidak sehaluan dengan dasar Barisan Nasional sejak akhir-akhir ini yang membangkitkan isu perkauman dan menghina parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Thursday, December 8, 2011

KITA tetap tanding PRU13

PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanan Air (Kita) tetap bertanding dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) akan datang tetapi di kawasan tertentu sahaja, kata AJK Pusat Zamil Ibrahim.

Parti itu, katanya akan meletakkan calon di kawasan di mana peluang Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk menang adalah seimbang.

Sehubungan itu, Pengerusi Kita Kedah menolak laporan media bahawa parti itu tidak akan bertanding dalam PRU13.

“Saya dapat pengesahan dari Presiden Datuk Zaid Ibrahim dan beliau menegaskan parti tetap akan bertanding.

“Namun begitu sehingga ini, Kita di negeri-negeri tidak menerima apa-apa arahan dari pucuk pimpinan tinggi supaya tidak menggerakkan jentera parti dan mengenal pasti calon-calon,” katanya kepada FMT hari ini.

Sunday, December 4, 2011

KITA tanding semua kerusi Sabah PRU-13

PARTI Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), parti yang diketuai oleh mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim akan bertanding di kesemua kawasan Parlimen dan DUN Sabah pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Zon Pedalaman merangkap Penyelaras Parlimen P.180 Keningau, Thomas Anggan berkata Parti Kita telah bersedia di semua kawasan pedalaman iaitu Tenom, Pensiangan dan Keningau.

Mantan Wakil Rakyat Bingkor itu memberitahu, calon-calon yang berpotensi telah dikenal pasti oleh kepimpinan parti itu yang akan mencabar calon-calon lawan pada pilihanraya yang akan datang.

Bagaimanapun Thomas enggan mendedahkan nama bakal calon tersebut yang hanya akan diumumkan apabila tiba masa yang sesuai.

“Kita tidak akan berpakat dengan mana-mana parti pembangkang dan Presiden Kita (Zaid Ibrahim) juga memberi restu untuk Kita bertanding di kesemua kawasan Parlimen dan Dun di pedalaman,” kata Thomas selepas mempengerusikan mesyuarat persediaan majlis Pemimpin Bersama Ahli dan Pelancaran Parti Kita yang akan diadakan pertengahan bulan Disember ini.

Turut hadir sama di majlis itu ialah Timbalan Penyelaras Parlimen 180 Keningau, Haji Masmin, Penyelaras Parlimen Tenom, Mutang Dawat dan Penyelaras Parlimen Pensiangan, Engah Sintan @Dahlan Abdullah.

Beliau berkata, Parti Kita adalah parti yang komited kepada rakyat dan merupakan landasan kepada rakyat di pedalaman yang masih terpinggir di bawah kerajaan yang ada.

“Kita akan memainkan peranan penting di kawasan pedalaman dan menyuarakan isu-isu yang penting untuk masa depan masyarakat di pedalaman,” kata Thomas.

Katanya, Kita juga menuntut perjalanan pilihanraya yang bersih, adil dan tidak ada penipuan.

Sementara itu seorang ahli Parti Kita dari Pensiangan berkata, semasa penamaan calon pihak yang berkuasa iaitu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) harus berlaku adil kepada parti-parti yang mengambil bahagian dalam pilihanraya.

“Biarlah ada pertandingan kerana kalah dan menang itu terserah kepada rakyat, Kita tidak mahu ada calon menang tanpa tanding kerana itu tidak adil, kalau sudah datang di penamaan calon kenapa tidak terima sahaja,” katanya.

Thursday, October 27, 2011

Fuyoooooo Zaid Ibrahim kata rakyat Sabah terima parti KITA ... gempak tuuuuuu

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) mendakwa kononnya parti itu di sokong rakyat Sabah.

Pengerusinya, Datuk Zaid Ibrahim berkata, hampir 1,000 rakyat di negeri itu sudah mendaftar dengan partinya.

Beliau turut mendakwa kononnya jumlah itu jauh lebih baik berbanding kira-kira 3,000 ahlinya di semenanjung Malaysia ketika ini.

"Dalam tempoh kurang dua bulan di Sabah, KITA sudah membuka cawangan di sini dan mempunyai hampir 1,000 ahli," katanya pada sidang akhbar pada 26 Oktober lalu.

Zaid berkata demikian selepas mengadakan majlis perjumpaan bersama pemimpin KITA Sabah dan dialog dengan ahli.

Hadir sama Pengerusi KITA Peringkat Kebangsaan yang juga Pengerusi Cawangan Negeri Sabah, Datuk Pengiran Othman Rauf.

Mengulas lanjut, Zaid turut mendakwa partinya mudah mendapat sokongan dan pengaruh rakyat Sabah.

Zaid turut berbangga kononya senang disokong rakyat Sabah kerana slogan partinya didakwa mementingkan kesederhanaan dan demokratik.

Sebelum ini, Zaid memecat orang kanannya hanya kerana beliau tidak diberikan password untuk mengakses laman web parti itu.

Zaid tidak pula melihat tindakannya itu sebagai bertentangan dengan demokrasi.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Lajim Akin berkata, kehadiran KITA tidak akan menjejaskan sokongan Umno BN di negeri itu.

Beliau berkata demikian selepas merasmi pelancaran Majlis Perundingan Koperasi peringkat Parlimen Beaufort dan seminar Tranformasi Tadbir UrusKoperasi di Beaufort pada 27 Oktober lalu.

Zaid pada September lalu dilapor berkata, beliau akan menjelajah seluruh negara bagi menyokong langkah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Penganalisis politik tidak menolak kemungkinan parti KITA sengaja dibentuk untuk memecahkan undi Pakatan dengan fokusnya di kawasan yang sukar untuk dimenangi BN.

Wednesday, September 22, 2010

Zaid Ibrahim bersama Ketua Penerangan Umno malam ini.

Bekas calon PKR yang kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Hulu Selangor, Zaid Ibrahim akan bersama Ketua Penerangan Umno, yang juga orang kepercayaan Najib Razak iaitu Ahmad Maslan di Johor pada malam ini dalam sebuah forum yang bertajuk “Membina Negara Bangsa Malaysia Dari Perspektif Perlembagaan – Masa Depan dan Harapan”.

Kumpulan Zaid dalam satu kenyataan memaklumkan forum itu aakan diadakan antara 8.30 hingga 12 malam ini dengan kehadiran dijangka kira-kira 500 orang dari sekitar negeri Johor dan satu sidang akhbar akan diadakan selepas itu.

Zaid yang kini merupakan Penyeleras Pakatan Rakyat dilihat kian kerap menghentam PKR dalam usahanya merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu November ini.

Selain itu, Zaid juga memanipulasi blognya yang digunakan sempena PRK di Hulu Selangor yang lalu, ‘zaiduntukrakyat’ untuk menjejaskan imej Presiden PKR, Datuk Seri Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menimbulkan pelbagai tanda-tanya dalam kalangan ahli berhubung cara beliau yang masih kelihatan seperti cara Umno dalam berkempen.

Malah, beberapa bloger Umno dilihat bersetuju bekas pemimpin Umno di Kelantan itu merebut jawatan Timbalan Presiden dan siap menyenaraikan kira-kira enam agenda Zaid mesti menang bagi memastikan Azmin tumbang.

Tidak dapat dipastikan tujuan Zaid bersama Ahmad Maslan dalam keadaan pemilihan PKR sedang hangat berlangsung, namun jika dilihat kronologi Zaid yang baru setahun dalam PKR, pelbagai persoalan menimbulkan tanda-tanya berkaitan beliau.

Beberapa pihak mendakwa beliau ditaja oleh Umno untuk merosakkan PKR dari dalam seperti mana yang berlaku kepada beberapa pimpinan sebelum ini.

Lebih menarik apabila dakwaan itu dinafikan Zaid sebelum pimpinan PKR bersuara mengenainya.

Sama sepertimana yang dilakukannya di Hulu Selangor baru-baru ini apabila tuduhan terhadap beliau kaki botol di’iya’kan walaupun Zaid belum melihat asal-usul tuduhan itu yang sebenarnya berpunca daripada gambar super-impose beliau memegang botol arak yang dipropagandakan oleh bloger Umno yang juga anti Najib tetapi Pro Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin dan Perkasa, sebuah NGO yang dipimpin oleh Ibrahim Ali, seorang politikus yang suka melompat parti.

Dalam bahasa mudahnya, Zaid sebelum menjawab soalan wartawan sepatutnya menyelidiki dahulu dakwaan itu dan bukan terus mengaku yang akhirnya dipropagandakan media upahan Umno, Zaid kaki botol dan kuat minum arak.

Antara yang dibincangkan dalam kalangan anggota PKR termasuklah di laman sosial facebook ketika ini ialah kebimbangan mereka jika Zaid kalah, adakah beliau akan meninggalkan PKR, sebagai mana beberapa pemimpin PKR yang kecewa dalam parti itu keluar parti apabila beberapa kemahuan mereka tidak dapat ditunaikan oleh PKR, sebuah parti baru dan miskin pula.

Saya berharap Zaid kekal dalam PKR, kerana jika beliau keluar parti dan kembali kepada Umno, ia sesuatu yang berbahaya kerana Zaid ialah Penyelaras Pakatan Rakyat dan sudah tentu ada beberapa maklumat penting yang melibatkan gabungan parti itu ada dalam tangan beliau yang dibimbangi akan dipergunakan oleh pihak Umno-BN untuk mensabotaj Pakatan Rakyat.

Ingat lagi, Salehuddin Hashim, bekas Setiausaha Agung PKR yang didakwa terlibat dalam membawa beberapa Ahli Parlimen PKR keluar parti ?

PKR sedikit terjejas kerana sebagai bekas Setiausaha Agung, beberapa dokumen penting parti ada dalam tangan beliau dan beliau turut didakwa ada menemui Najib Razak sebelum beberapa Ahli Parlimen PKR keluar parti.

Salehuddin juga ialah Pengarah Jawatankuasa Pengelola Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat pada 19 Disember 2009.

Sebagai wartawan, penulis akui beliau bukanlah seorang yang mesra media, tapi apa boleh buat, beliau merupakan Setiausaha Agung dan Pengarah ketika itu.

Adalah diharapkan PKR dan Pakatan Rakyat lebih berhati-hati dalam melantik orang-orangnya dalam jawatan tertentu yang cukup penting buat parti itu dan Pakatan Rakyat.

Apa-apa pun, sidang akhbar pada malam ini pastinya ditunggu-tunggu oleh semua media di negara ini.

Wednesday, July 22, 2009

Tengku Razaleigh Hamzah Jadi PM ???


Kira-kira sebulan yang lalu saya ditanya oleh seorang profesor Melayu apa sebabnya saya membuat ucapan pada bulan Februari tahun ini merayu supaya DYMM Yang di-Pertuan Agong tidak melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri untuk menggantikan Pak Lah. Saya memberitahu profesor ini bahawa saya berpendapat Najib bukanlah orangnya yang boleh menyelamatkan Malaysia; malah di bawah pemerintahan Najib akan bermulanya keruntuhan Malaysia yang kita sayangi ini. Itu sebabnya saya cadangkan supaya orang lain yang dipilih. Biasalah, ramai pendekar UMNO yang marah dan melenting, dan ada yang kata saya ini bodoh dan jahat.

Saya sedar UMNO parti terbesar dalam Parlimen, maka Perdana Menteri mestilah datangnya dari UMNO. Tapi ia tidak semestinya Najib. Saya berpendapat Tengku Razaleigh Hamzah, Yang Berhormat dari Gua Musang, lebih sesuai menjadi Perdana Menteri. Buat masa ini, dia sahajalah Ahli Parlimen UMNO yang paling kanan yang tidak perkauman atau tidak rasis (racist). Hanya Perdana Menteri Melayu yang tidak rasis sahaja boleh menyelamatkan negara ini.

Tengku Razaleigh memang kuat nasionalismenya; memang pejuang Melayu yang tulen tetapi tidak terdengar ucapan dibuat olehnya yang membenci dan menghina kaum lain dalam apa-apa isu. Dia boleh mengatasi isu rumit tanpa mengapi-apikan rasa perkauman atau menggunakan kekerasan. Dia tidak akan menggunakan polis dan SPRM untuk menjatuhkan musuh politiknya. Dia tidak akan melantik orang yang rasis untuk menjadi pengarang akhbar. Isterinya pula tidak akan rasa tersinggung kalau gambarnya tak keluar dalam akhbar.

Tapi sayang sekali, Tengku Razaleigh masih menaruh harapan yang dia mampu menyelamatkan UMNO. Bagi saya, UMNO hari ini bukan lagi UMNO yang diperjuangkan oleh Ku Li dahulu. Mungkin lebih baik rasanya kalau Ku Li pertimbangkan untuk sertai Parti Keadilan Rakyat.

Kebanyakan wakil rakyat dan pemimpin UMNO tidak tahu membezakan tanggung jawab nasionalisme daripada pemikiran fasis dan rasis. Sebab itu mereka tidak boleh menyelesaikan masalah negara atau pun menyelamatkan Malaysia. Sebab itu akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia sering mencerminkan pemikiran jahat yang membenci kaum daan agama lain. Sememangnya mereka tidak ada minat dan hasrat untuk meniliti dan menilai satu-satu masalah secara objektif dan rasional. Yang mereka tahu hanya mengapi-apikan perasaan perkauman.

Rasisme adalah ideology usang, primitif, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Rasisme telah dan akan memuntahkan sesuatu yang buruk dan busuk dari dalam diri kita, iaitu rasa benci yang meluap-luap kepad kaum tertentu;; mungkin jiran kita sendiri. Apabila kita membenci, ia mengabui pertimbangan kita, menghalang kemampuan kita untuk mencari penyelesaian, dan ia akan menghancurkan segala nilai-nilai murni.

Bagaimana kita akan hidup berharmoni sebagai satu masyarakat jika kebencian menjadi pegangan dan amalan kita? Tidak masuk akal sama sekali apabila ada pemimpin UMNO serta media suruhan mereka yang sanggup menyifatkan kesedihan dan kemarahan rakyat Malaysia terhadap kematian Teoh Beng Hock yang berada dalam siasatan SPRM sebagai satu tindakan politik. Malah mereka turut menyifatkan rasa pilu rakyat sebagai mempersoalkan institusi Melayu! Sejak bila pula SPRM menjadi institusi untuk orang Melayu sahaja? Inilah racun perkauman yang telah menyerap ke dalam otak para pemimpin UMNO dan media yang mereka kuasai.

Perdana Menteri yang ghairah dengan slogan 1Malaysia yang kononnya mahu rakyat Malaysia hidup berharmoni tanpa mengira kaum dan agama hanya diam membisu dalam hal ini. Dia tak berani nak tegur kenyataan-kenyataan rasis yang keluar dari mulut orang-orang di bawahnya.

Saya harap orang Melayu tidak mudah tertipu dengan racun perkauman ini. Melayu adalah bangsa yang mulia dan bertanggungjawab. Melayu bangga dengan nilai-nilai murni Islam yang memandang hina terhadap perkauman. Kita tahu membezakan di antara jahat dan baik.

Kita patut mampu memimpin dan menyelesaikan masalah rakyat tanpa perkauman. Kaum tidak sepatutnya menjadi perhitungan sama sekali. Hanya bila orang Melayu dan pemimpin tertinggi Melayu menolak perkauman dan pemikiran fasis, baru Malaysia boleh selamat dan semua kaum selamat.

Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mesti menolak perkauman dan fasisme. Itulah sahaja yang boleh menjamin masa depan negara.

http://myzaidibrahim.wordpress.com/