JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, August 6, 2009

MENTERI AKUI KONGSI GELAP WUJUD DI SARAWAK


Kerajaan percaya pertubuhan kongsi gelap mendalangi kemasukan kenderaan pacuan empat roda jenis Kijang dari Indonesia untuk menyeludup barangan dan membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew berkata, kenderaan itu dibawa masuk dari Tebedu ke Kuching dan berhenti di pintu masuk Brunei di Kuala Baram Miri.

"Kami percaya mereka dilindungi oleh pertubuhan gelap yang menyukarkan tugas penguatkuasaan," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas mempengerusikan majlis dialog di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Miri petang semalam.

Sehubungan itu, Hoi Chew mencadangkan kepada JPJ melakukan operasi mengejut untuk menahan pemilik kereta sapu yang dikhuatiri terlibat dalam aktiviti penyeludupan haram di negeri ini.

Setakat ini katanya, JPJ telah mengenal pasti kawasan-kawasan operasi kereta sapu serta nombor kenderaan yang terlibat dalam kegiatan haram ini.

"JPJ mempunyai pelan induk untuk mengatasi masalah kereta sapu di negeri ini di mana laporan pertamanya akan dibentangkan pada pertengahan Ogos ini," katanya.

Beliau juga berharap JPJ, polis, pihak berkuasa tempatan dan wakil rakyat meningkatkan kerjasama untuk menangani masalah ini secepat mungkin.

MIRI 4 Ogos -utusan

Sunday, August 2, 2009

UNGKAPAN TEGAS AZMIN ALI - SELESAIKAN KEMELUT KEADILAN SABAH

"Saya betul betul nak tanya anda semua, ada kah anda betul betul mahu berjuang dalam PKR dan anda semua mahu PKR Sabah menang dalam PRU13 dan memerintah negeri Sabah?" tanya Naib Presiden PKR, Azmi Ali kepada para hadirin.

"Kalau niat ahli-ahli PKR nak memerintah Sabah, saya dengan rendah diri merayu kepada semua. Ahli-ahli PKR dan para pemimpin PKR Negeri Sabah supaya bersedia mengenepikan perasaan berpuak-puak sejajar dengan hasrat dan perjuangan PKR dalam sebuah parti politik yang berasaskan fahaman politik multi-racial."

Demikian kata Azmin Ali dalam ucapan perasmiannya di Kursus Pengukuhan Parti Keadilan Sabah di seluruh Pantai Barat Kota Kinabalu pada 1hb, Ogos bertempat di Idaman Villa Resort pagi tadi.

Kata Azmin Ali, "Kunci kemenangan sesebuah parti politik di mana-mana negara jua adalah perpaduan dan kesefahaman kaum, tidak kira apa suku sekalipun. Musuh politik kita, meniup dan mengipas perasaan perkauman, kesukuan dan berpuak puak dikalangan ahli-ahli PKR, yang untung dari perpecahan kita itu adalah UMNO/BN."

"Saya pernah menjadi Pengerusi PKR Perhubungan Negeri Selangor satu ketika dulu, bila ada rombakan Tan Sri Khaled Ibrahim pula dilantik oleh Majlis Tertinggi sebagai Pengerusi PKR Perhubungan Negeri Selangor. Saya tidak tersinggung, saya tidak berkecil hati malah saya terus berkerja dengan gigih untuk PKR. Saya faham tujuan pertukaran itu demi mengutuhkan parti, " jelas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah, Azmin Ali yang baru dilantik seraya memberi nasihat.

Sambung Azmi lagi, semua ahli dan para pemimpin PKR Sabah mesti bersedia untuk berubah, bersedia menerima perubahan. Bersedia menerima semua bangsa, semua puak dan semua fahaman agamanya dalam satu parti PKR. Bersedia menganggap semua suku kaum dan semua kefahaman agama masing masing sebagai saudara kita, sebagai abang adik dalam satu perjuangan politik PKR yang bercorak multi-racial di Sabah khasnya dan di Malaysia, amnya.

"Saya bercakap sebagai saudara kamu di sini, marilah kita berbincang untuk memajukan PKR Sabah dengan perasaan persaudaraan. Perpaduan persaudaraan di kalangan PKR seluruh Malaysia, sangat sangat ditakuti oleh UMNO, kerana itu hasrat para pemimpin UMNO untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan, UMNO takut dengan ikatan perpaduan dalam keluarga Pakatan Rakyat sangat erat dan mesra tidak dapat digugat dan diruntuhkan oleh para pemimpin UMNO. Mereka cemburu dengan perpaduan Pakatan Rakyat selama ini."

Turut memberi ceramah ialah Tuan Haji Ansari Abdullah, bekas Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah. Turut hadir dalam perasmian Kursus Pengukuhan PKR Sabah ialah Datuk John Ghani (bekas calon Bebas Kuala Penyu Sabah yang pernah menang PRU tahun 2004 mengalahkan calon BN) Datuk James Ghani bekas Pengerusi PKR Negeri Sabah dan Halik Zaman bekas Ketua Bahagian PKR Sepangga Kota Kinabalu.

Oleh: HALIK ZAMAN

DOSA PAIRIN KITINGAN ?



MUNGKIN tidak dapat anda bayangkan bagaimana hidup di tanah tumpah darah sendiri selama 41 tahun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan mempunyai lima anak yang tidak bersekolah serta tiga anak yang masih kecil yang mungkin mewarisi nasib malang bapa.

Itulah hakikat yang terpaksa dilalui oleh Mazlan Saliawa, 41, bersama anak-anaknya, Elia, 13; Sylvester, 12; Elistowie, 10; Edry, 8; Ezny, 6; Herly, 4; Ezlin Farhana, 2 dan Adly, 3 bulan.

Walaupun isteri Mazlan, memiliki kad pengenalan, namun dirinya dan anak-anaknya benar-benar terpinggir dan dipinggirkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Kerajaan Negeri Sabah, terutama Parti Bersatu Sabah yang telah memerintah negeri ini selama 9 tahun.

"Saya pernah menemui Datuk Pairin ketika PBS perintah, minta tolong selesaikan masalah saya dan keluarga, dia janji mau tolong, tapi sampai sekarang kami belum ada apa-apa dokumen. Terima kasih kepada Ahli Parlimen Silam kerana menerima aduan saya dan saya harap masalah saya selesai tahun ini," ujar Mazlan yang menaruh harapan setinggi gunung Silam terhadap Haji Salleh Kalbi kerana sanggup turun padang menyelesaikan masalah rakyat.



CERAH.... Mungkin nasib anak-anak Mazlan ini akan lebih cerah selepas ini kerana Ahli Parlimen Silam akan melancarkan Jom Ke Sekolah selepas pulang daripada misi negara di Melbourne, Australia.

Mazlan yang datang ke majlis bersama rakyat di balairaya antik yang hampir menyembah bumi, bersyukur kerana aduannya diberikan perhatian dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya agar anak-anaknya dapat bersekolah.

"Walaupun saya miskin tetapi saya sedar pentingnya anak-anak saya bersekolah, tapi apa boleh buat sekolah tidak mahu terima kerana semua anak-anak saya tidak ada sijil lahir," ujar Mazlan yang telah berulang alik ke Jabatan Pendaftaran Lahad Datu, namun jawapan yang diterima agak mengecewakan.

Mazlan memberitahu, beliau pernah menemui Adun Tungku, Datuk Ustaz Suhaili Mohd Said dan Adun Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, namun mereka berdolak dalih kononnya Mazlan bukan pengundi dan tinggal di perbatasan sempadan Dun N 49 dan N 50.

"Saya benar-benar kecewa bukan kerana layanan buruk ke dua adun berkenaan yang tidak langsung mahu mendengar penjelasan, jauh lagi membantu, malah mereka menganggap saya pendatang asing kerana tidak mempunyai dokumen. Mereka kata mereka hanya boleh layan warganegara Malaysia. Jadi saya ini bagaimana?," tanya Mazlan meluahkan kekesalan dan sebak di dadanya.
Persoalan yang menghantui Mazlan, kenapa Kerajaan Persekutuan boleh memberi kerakyatan secara tidak sah kepada hampir sejuta warga asing Indonesia dan Filipina di Sabah, kenapa Kerajaan tidak boleh menerima mereka sebagai warganegara?

Dengan kelonggaran yang diberikan Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Razak, Mazlan mendambakan slogan 'rakyat didahulukan' diamalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang patut turun gelanggang mengadakan pendaftaran bergerak.

Selain Mazlan, lebih 30 penduduk Kampung Bukit Belacon, Segama mengemukakan pelbagai masalah kad pengenalan terutama nenek yang berusia 70 tahun masih menunggu mykad yang belum siap sejak tujuh tahun lalu!

RM50 = 5 TAHUN?

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

SEMENJAK Datuk Seri Musa Aman menjadi Ketua Menteri Sabah, Kuala Lumpur bertambah yakin kepada kepimpinannya, kerana beliau pimpin UMNO Sabah senada dan seirama dengan halatuju pimpinan Kerajaan Pusat. "Yang kaya terus kaya, yang miskin papakedana".

Rakyat diminta memberikan sokongan padu kepada UMNO. Sudah 52 tahun orang Islam dan Melayu bersatupadu seiring dan sejalan dengan UMNO. Namun nasib orang Islam dan Melayu masih lagi "kais pagi makan petang, kais petang makan lagi" .Yang berubah nasib para pemimpin dan anak-anak mereka, anak anak buah mereka dan kroni UMNO sahaja.

Siapa kata rakyat tidak dibantu oleh UMNO/BN? Dari dulu lagi 'rakyat sudah didahulukan'. Setiap 5 tahun sekali rakyat dapat bantuan RM50. Tugas rakyat untuk undi UMNO/BN dan mencari 'Hantu Bangkit' dari kubur untuk undi UMNO/BN supaya para pemimpin Melayu kekal berkuasa dan kekal pendapatan mereka kalau UMNO berkuasa. Anak-anak dan kroni pun turut mewah.

Wang sagu hati untuk rakyat RM50 untuk 5 tahun sekali sudah cukup. Itu pun boleh dikira menolong rakyat juga. Bukankah Tan Sri Muhyiddin Yassin pun sudah buat prosedur baru? "Undi calon UMNO/BN dulu, baru Kerajaan bantu buat jambatan Manek Urai."

Tentu sekali para pemimpin UMNO tidak suka dengan halatuju Pakatan Rakyat, yang paling tidak disenangi oleh para pemimpin UMNO ialah untuk mengecualikan dari pengaruh politik kepada polis, kehakiman, SPRM dan SPR agar kuasa badan badan instituisi itu berfungsi secara bebas tidak berpihak kepada mana- mana pengaruh politik.

Bila sahaja politik UMNO meng'UMNO'kan badan badan instituisi seperti polis, mahkamah, SPRM dan SPR maka peluang itupun digunakan oleh Datuk Seri Musa Aman untuk membina empayarnya di Sabah. Beratus ratus aduan rasuah dari orang ramai kepada SPRM sudah tidak mengena lagi.

Musa tidak makan saman lagi bila Pengerusi SPRM mengatakan "Musa is clean. No case to answer". Maka dia pun dalam masa yang sama mendapat anugerah gelaran Datuk Seri Penglima Darjah Kinabalu. Percaya kah anda Musa is clean? Mansionnya pun tidak sepadan dengan gaji Ketua Menteri.

Para pemimpin UMNO di Sabah bukannya semua ikut style Musa Aman. Bukan semua 'kejam' seperti Datuk Musa Aman. Ada juga para pemimpin UMNO yang baik, yang lebih bijak, yang lebih beraura dan berwibawa seperti Datuk Seri Mohd.Salleh Tun Said, Datuk Rahim Ismail dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Tapi nasib politik mereka tidak terlalu baik seperti Datuk Seri Musa, nasib tidak berpihak kepada mereka untuk menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah kerana para pemimpin UMNO ini tidak suka jadi hero pelakon filem Hindustan. Musa Aman ada bakatnya. Beliau sangat pintar main 'pintas memintas dalam parti UMNO Sabah'.

Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said, disekat untuk menjadi calon ADUN Usukan Kota Belud dan parlimen Kota Belud, kerana Musa takut tercabar kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah. Datuk Shafie Apdal pun boleh menggugat kedudukan Musa, cuma Datuk Shafie dibenarkan jadi calon parlimen sahaja. Musa tidak beri peluang beliau bertanding DUN. Musa pun selamat menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah. 'Musa pandai susun daun politiknya.'

Rahim Ismail, satu ketika dulu pernah jadi menteri penuh dalam kabinet Musa Aman, PRU12 Rahim Ismail menang lagi tapi beliau digugurkan dalam senarai kabinet Musa Aman. Rahim Ismail dianggap bahaya kerana berbakat jadi Ketua Menteri Sabah.

Pemimpin yang berpengaruh, seperti Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Rahim Ismail, karier politik mereka semua disimpan oleh Datuk Seri Musa Aman dalam peti ais dan dibekukan. Kalau mereka tidak mahu jadi 'Yes man' maka mereka jangan harap boleh jadi calon PRU13 nanti.

VIDEO 3 : HIMPUNAN MANSUH AKTA I.S.A

VIDEO 2 : HIMPUNAN MANSUH AKTA I.S.A