JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Wednesday, May 15, 2013
BN buat petisyen kerusi di menangi Lajim Ukin
BN buat petisyen kerusi di menangi Lajim Ukin
Masdar Wahid
BN Sabah akan membuat petisyen pilihanraya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias yang di menangi Datuk Seri Lajim Ukin kerana bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu hanya menang 179 undi pada Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.
Pengerusi BN negeri yang juga Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, pada mulanya Umno memenangi kerusi itu, namun selepas kiraan semula sebanyak tiga kali, akhirnya bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu diumumkan sebagai pemenang.
"Di DUN Klias, selepas tiga kali pengiraan undi baru dia (Lajim) menang, kali pertama kira Isnin Aliasneh (calon BN) menang dan akhirnya pada kali ketiga kira, baru dia menang.
"Kita (BN) akan buat petisyen kerana dengan undi sekitar 100 sahaja dia boleh menang," kata Musa Aman yang banyak menghabiskan masanya berkempen di kawasan itu sebelum dan semasa PRU lalu.
BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.25 - KLIAS
NAMA PENUH PARTI BILANGAN UNDI KEPUTUSAN
1. MOHD SANUSI BIN TARIPIN SAPP 182 HILANG DEPOSIT
2. ALIAPA BIN OSMAN STAR 71 HILANG DEPOSIT
3. LAJIM BIN UKIN KEADILAN 6,324 MENANG
4. ISNIN BIN ALIASNIH @ LIASNIH BN 6,145
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR : 15,338
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK : 342
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI : 13,064
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 13,162
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 98
PERATUS PENGUNDIAN : 85.80%
MAJORITI : 179
Dun Klias satu-satunya kerusi yang menyaksikan Umno tewas berbanding 31 kerusi negeri yang ditandingi parti itu.
Pada PRU lalu, Lajim yang juga Pengerusi Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan bertanding menggunakan lambang KEADILAN memenangi kerusi itu dalam saingan empat penjuru menewaskan
calon BN yang juga bekas orang kuatnya, Isnin Aliasnih dan dua calon lain.
Lajim meraih 6,324 undi berbanding calon BN 6,145 diikuti Mohd Sanusi Taripin dari Parti Maju Sabah (SAPP) 182 undi dan calon Parti Reformasi Sarawak (Star) cawangan Sabah, Aliapa Osman
71 undi.
Calon SAPP dan Star bagaimanapun diisytihar hilang wang pertaruhan selepas gagal mendapat 10 peratus dari 13,162 pemilih yang keluar mengundi.
Isnin ialah Timbalan Ketua Bahagian Umno Beaufort di mana Lajim mengetuainya sekian lama sebelum bertindak menyokong Pakatan Rakyat sejak Julai tahun lalu bersama beberapa bekas ahli Umno yang lain.
BAHAGIAN PILIHAN RAYA : P.177 - BEAUFORT
NAMA PENUH PARTI BILANGAN UNDI KEPUTUSAN
1. GUAN DEE BIN KOH HOI STAR 409 HILANG DEPOSIT
2. DATUK AZIZAH BINTI MOHD DUN BN 12,827 MENANG
3. LAJIM BIN UKIN KEADILAN 12,154
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR : 30,097
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK : 559
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI : 25,949
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 26,072
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 123
PERATUS PENGUNDIAN : 86.60%
MAJORITI : 673
Sementara itu, Lajim yang turut bertanding bagi kerusi Parlimen Beaufort tewas dengan majoriti 673 undi dalam saingan tiga penjuru. Lajim mendapat 12,154 berbanding Azizah 12,827 undi,
manakala calon Star, Guan Dee Koh Hoi hilang wang pertaruhan apabila hanya meraih 409 undi.
Lajim bagaimanapun turut memfail petisyen pilihanraya dalam tempoh seminggu selepas selesai mengumpul pelbagai bukti penipuan pilihanraya termasuk apa yang didakwanya sebagai
pembelian undi Umno terhadap rakyat di kawasan itu.
Ini kali pertama Lajim tewas di Parlimen Beaufort kerana sepanjang berada dalam Umno, beliau sentiasa memenangi kerusi itu termasuk pada PRU 2008 dengan majoriti besar.
Sementara itu, Pakatan Rakyat juga akan memfail dua lagi Parlimen yang dimenangi BN di Sabah iaitu Pensiangan dan Kota Marudu.
BAHAGIAN PILIHAN RAYA : P.182 - PENSIANGAN
NAMA PENUH PARTI BIL.NDI KEPUTUSAN
1. MARTIN TOMY @ TOMMY STAR 3,554
2. RICHARD SAKIAN BIN GUNTING KEADILAN 7,723
3. JOSEPH KURUP BN 9,467 MENANG
4. FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD BEBAS 152 HILANG DEPOSIT
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR : 26,194
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK : 483
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI : 21,379
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 21,391
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 12
PERATUS PENGUNDIAN : 81.70%
MAJORITI : 1,744
BAHAGIAN PILIHAN RAYA : P.168 - KOTA MARUDU
NAMA PENUH PARTI BIL. UNDI KEPUTUSAN
1. MAJAMIS BIN TIMBONG STAR 2,228 HILANG DEPOSIT
2. JOHNITY @ MAXIMUS BIN ONGKILI BN 15,168 MENANG
3. YUNTAU BIN KUNTAU BIN KOLOD SAPP 444 HILANG DEPOSIT
4. MAIJOL BIN MAHAP KEADILAN 14,326
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR : 42,197
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK : 911
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI : 33,077
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 33,116
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 39
PERATUS PENGUNDIAN : 78.50%
MAJORITI : 842
Bukan Tsunami Cina, kata MCA
Bukan Tsunami Cina, kata MCA
MCA menolak dakwaan konon keputusan Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu sebagai 'Tsunami Cina' kerana kaum lain juga menolak BN teruatama di kawasan bandar dan separa bandar, kata Pengerusi MCA Sabah, Datuk Edward Khoo.
"Ramai orang menggunakan istilah 'Tsunami Cina tetapi bagi saya ia adalah tidak wajar. "Saya tidak memanggilnya 'tsunami Cina tetapi lebih kepada peralihan sokongan pengundi bandar yang turut meliputi kaum lain yang mengundi pembangkang.
"Majoriti pengundi yang menolak BN turut merebak ke kawasan separa bandar di kebanyakan tempat," katanya yang turut gagal mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayan yang disandangnya sejak sekian lama.
Selain itu katanya, propaganda Pakatan Rakyat bahawa mereka akan menumbangkan BN pada PRU kali ini juga sangat berkesan sehingga rakyat sangat yakin mengenainya.
Pada PRU 5 Mei lalu, kecuali Perlis dan Johor, semua kerusi Parlimen dalam kawasan ibu negeri seluruh Malaysia di menangi gabungan KEADILAN, PAS dan DAP. Sebagai contoh, Parlimen Kota Kinabalu Sabah dan Parlimen Bandar Kuching Sarawak di menangi DAP.
Manakala Parlimen Alor Setar, Kedah dan Kuantan, Pahang di menangi KEADILAN. Sementara Parlimen Shah Alam, Selangor dan Kota Bahru Kelantan di menangi PAS.
Monday, May 13, 2013
27 Parlimen BN dalam bahaya
27 Parlimen yang dimenangi BN pada 5 Mei lalu berada dalam bahaya apabila Pakatan Rakyat bakal mengemukakan petisyen pilihanraya tidak lama lagi sebagaimana didedah Mohd Rafizi Ramli dalam sidang media hari ini.
Beliau yang mengetuai pasukan yang dikenali dengan nama Siasat PRU13 itu berkata, daripada jumlah itu 19 daripadanya ditandingi KEADILAN, diikuti PAS (6) dan DAP (2) kerusi Parlimen.
19 kerusi KEADILAN itu ialah Parlimen Baram, Pasir Gudang, Machang, Ketereh, Bagan Serai, Kota Marudu, Beaufort, Setiawangsa, Segamat, Ledang, Balik Pulau, Kulim Bandar Baharu, Muar, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Merbok, Pensiangan, Tebrau dan Saratok.
Kerusi yang gagal dimenangi DAP pula adalah Bentong dan Labis manakala bagi PAS melibatkan Kuala Selangor, Sungai Besar, Titiwangsa, Pulai, Kuala Kangsar dan Pendang.
BN berjaya memenangi 133 kerusi berbanding 89 yang diperolehi Pakatan pada Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu dan keputusan yang berbeza di 27 kerusi berkenaan akan membolehkan Pakatan membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah.
Rafizi turut menerima 237 laporan aduan salah laku pilihan raya sepanjang berlangsungnya PRU termasuk melibatkan lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang, Perak dan Kedah.
Pakatan Rakyat memenangi 28 kerusi DUN berbanding BN 31 di Perak pada PRU 5 Mei lalu dan petisyen itu kelak mampu mengubah kerajaan di negeri itu.
Begitu juga di Kedah apabila Pakatan hanya memerlukan empat lagi kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Ketika ini BN mempunyai 21 kerusi DUN berbanding 15 bagi Pakatan di negeri jelapang padi itu.
Pasukan penyiasat itu buat masa ini dianggotai 67 orang melibatkan pelbagai latar belakang termasuk doktor dan peguam.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, jika usaha itu berjaya, kerajaan BN akan tumbang dan PR akan mengambil alih Putrajaya.
"BN sekarang ada 133 kerusi Parlimen. Sekiranya daripada petisyen yang kita akan buat, kita berjaya dapat 22 kerusi, yang akan tinggal pada BN hanya 111 kerusi. Ini bermakna kita akan dapat majoriti dan jadi kerajaan," katanya di Johor pada 12 Mei lalu.
Kit Siang turut mengumumkan Gobind Singh Deo turut menganggotai jawatankuasa siasatan itu bagi mewakili DAP.
"Kita tunggu keputusan PRU13 diwartakan, selepas itu dalam tempoh 21 hari, kita boleh buat petisyen. "Kita jangka boleh kemuka petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi BN," katanya lagi.
Keputusan Penuh PRU ke-13 seluruh negara
1. Sabah dan Labuan
2. Sarawak
3. Johor
4. Melaka
5. Negeri Sembilan
6. Selangor
7. Pahang
8. Terengganu
9. Kelantan
10. Perak
11. Pulau Pinang
12. Kedah
13. Perlis
14. Kuala Lumpur
15. Putrajaya
2. Sarawak
3. Johor
4. Melaka
5. Negeri Sembilan
6. Selangor
7. Pahang
8. Terengganu
9. Kelantan
10. Perak
11. Pulau Pinang
12. Kedah
13. Perlis
14. Kuala Lumpur
15. Putrajaya
Sunday, May 12, 2013
Sabah, Sarawak Top 3 pengambilan alkohol
Sabah mencatatkan pengambilan alkohol ketiga tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 18.4 peratus selepas Kuala Lumpur (20.3 peratus) dan Sarawak (19.7 peratus).
Menurut Ketua Penolong Pengarah Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Jabatan Kesihatan Sabah Dr Nirmal Kaur, statistik itu berdasarkan kajian pada Ogos 2011 hingga Julai 2012 oleh Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS).
Beliau berkata kajian mendapati bahan alkohol sering ditemui dalam kebanyakan makanan dan minuman tradisi masyarakat di negeri ini dan menjadi kegemaran kira-kira 95 peratus daripada masyarakat Sabah berumur 20 hingga 60 tahun.
"Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sukatan pengambilan alkohol yang sepatutnya bagi mengelak penyakit tidak berjangkit tidak lebih daripada dua gelas minuman.
"Segelas minuman alkohol menyamai satu tin bir, 70ml 'montoku' (sejenis minuman tradisi masyarakat Kadazandusun), 100ml tapai atau 40ml whisky atau brandy," katanya kepada pemberita selepas Seminar Kumpulan Tindakan Mengatasi Masalah Penggunaan Alkohol dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri di Kota Kinabalu pada 11 Mei 2013.
Dr Nirmal berkata pengambilan alkohol secara berlebihan membawa risiko penyakit tidak berjangkit tetapi memudaratkan kesihatan dalam tempoh panjang seperti serangan sakit jantung, kencing manis, strok, kanser dan kerosakan hati.
============================
Wujudkan pangkalan data pengeluaran arak haram di S’wak
Posted on May 12, 2013, Sunday
KUCHING: Sarawak perlu mewujudkan satu pangkalan data tentang pengeluaran arak haram di Sarawak dalam usaha menangani penyalahgunaan alkohol di negeri ini.
Menteri Kesihatan Awam Dr Jerip Susil berkata, pangkalan data berkenaan seiring dengan cadangan kajian berhubung pe-nyalahgunaan alkohol di nege-ri ini yang akan dijalankan oleh Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dengan kerjasama Lembaga Promosi Ke-sihatan Malaysia (MySihat).
Dr Jerip yang juga Penaung Projek Intervensi Penyalahgunaan Alkohol (PIPA) berkata, kajian itu bagi menyediakan pangkalan data lengkap sebelum projek yang dilaksanakan kedua-dua pihak dilancarkan.
“Dalam kita menjalankan satu kajian, kita memerlukan pangkalan data mengenai pe-nyalahgunaan alkohol kerana sehingga kini, Sarawak belum mempunyai pangkalan data sedemikian.
“Pangkalan data ini amat penting kerana ia menjadi panduan kepada kita untuk meng-adakan program tertentu dan saya mencadangkan agar pangkalan itu merangkumi peratusan generasi muda yang terbabit dalam penyalahgunaan alkohol selain jumlah pengeluar atau pembuat langkau (arak tempatan) di Sarawak,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bengkel PIPA yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MySihat Datuk Dr Yahya Baba dan Presiden DBNA Datu Ik Pahon Joyik di Dewan DBNA di sini, semalam.
Dr Jerip berkata, di Sarawak pembuatan langkau sudah berlarutan sejak dahulu lagi, jus-teru ia menjadi satu perkara yang sukar diatasi, apatah lagi ia merupakan sebahagian daripada sumber pendapatan pembuatnya.
“Maka, kita perlu melihat pendekatan secara menyeluruh sebelum projek ini dilaksanakan kerana kebanyakan kampung di negeri ini (terdapat orang yang) menjual minuman berkenaan tetapi tidak secara berleluasa.
“Dengan itu, kita harus me-ngatasinya secara menyeluruh dan kita tidak boleh menghalang penjualan begitu sahaja, tetapi kita sebenarnya menyediakan alternatif lain kepada mereka untuk menjana sumber pendapatan,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Jerip berkata, DBNA sebagai pertubuhan bukan kerajaan yang pertama menjalankan projek berkenaan diminta menyebarkan maklumat mengenai impak dan penyalahgunaan alkohol bukan sahaja kepada komuniti Bidayuh, tetapi juga masyarakat keseluruhan.
“Saya mahu DBNA meng-ambil ini sebagai cabaran dan sebarkan mengenai penyalahgunaan alkohol serta kesan pe-ngambilan alkohol kepada masyarakat kita,” katanya.
Sementara itu, Ik Pahon dalam ucapannya berkata, DBNA berbesar hati menjadi pertubuhan pertama di Sarawak menjalankan projek berkenaan.
“Kami akan mewujudkan satu pelan tindakan selepas ini sebagai kajian awal untuk kita mengumpul data dan kemu-dian baharulah kita merancang program yang akan diadakan termasuk majlis pelancaran projek besar-besaran,” katanya.
Senarai Penuh Kabinet Sabah 2013-2018
Berikut ialah senarai jemaah menteri Sabah dan pembantu menteri yang diumum pada 10 Mei lalu.
JEMAAH MENTERI NEGERI SABAH
Ketua Menteri/Menteri Kewangan - Datuk Seri Musa Aman (Umno)
Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Infrastruktur - Tan Sri Joseph Pairin Kitingan(PBS)
Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Yahya Hussin (Umno)
Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Perindustrian - Datuk Raymond Tan Shu Kiah.(Gerakan)
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan - Datuk Hajiji Noor (Umno)
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar - Datuk Masidi Manjun (Umno)
Menteri Tugas-Tugas Khas - Datuk Teo Chee Kang (LDP)
Menteri Pembangunan Luar Bandar - Datuk Radin Malleh (PBS)
Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat - Datuk Siringan Gubat (Upko)
Menteri Belia dan Sukan - Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (Umno)
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna - Datuk Jainab Ahmad Ayid. (Umno)
SENARAI PEMBANTU MENTERI NEGERI SABAH
Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri
1. Datuk Edward Yong Oi Fah (PBS)
2. Datuk Ellron Angin (PBRS)
3. Datuk Arifin Mohd Arif (Umno)
Pembantu Menteri Belia dan Sukan
1. Masiung Banah (Upko)
Pembantu Menteri Kewangan
1. Datuk Ramlee Marahaban (Umno)
2. Datuk Michael Asang (PBS)
Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur
1. Datuk Bobbey Ahfang Suan (UPKO)
2. Datuk Ghulam Haidar @ Yusof Khan Bahadar (Umno)
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
1. Datuk Zakaria Edris (Umno)
2. Datuk Dr Joachim Gunsalam (PBS)
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
1. Datuk Hamisah Samat (Umno)
Pembantu Menteri Menteri Pertanian dan Industri Makanan
1. Datuk Sairin Karno (Umno)
2. Datuk Musbah Jamli (Umno)
Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian
1. Datuk Bolkiah Ismail (Umno)
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
1. Datuk Pang Yuk Ming (LDP)
2. Datuk Kamarlin Ombi (Umno)
Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
1. Lasiah Baranting @ Anita (PBS)
Friday, May 10, 2013
Mereka digelar The Giant Killer Sabah
KEADILAN Sabah catat sejarah
Oleh Masdar Wahid
KEADILAN Sabah mencatat sejarah tersendiri di Sabah apabila berjaya menambah beberapa kerusi sama ada di peringkat DUN mahupun Parlimen pada Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.
Malah parti itu juga merupakan parti pembangkang paling banyak memenangi kerusi berbanding parti lain termasuk parti tempatan di Sabah. KEADILAN mencatat satu kerusi Parlimen dan tujuh DUN diikuti DAP dua Parlimen, empat DUN serta lain-lain parti satu DUN.
Lebih membanggakan apabila kebanyakan calon KEADILAN yang menang kali ini bukan sahaja meraih majoriti besar, malah menumbangkan pemimpin utama BN dan penyandang kerusi sedia ada.
Bagi kerusi Parlimen Penampang misalnya, calon baru KEADILAN yang juga Timbalan Setiausaha Agung parti itu, Ignatius Darell Leiking menumbangkan Tan Sri Bernard Giluk Dompok yang merupakan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), parti terbesar masyarakat Kadazan Dusun Murut di Sabah.
Malah Dompok ialah penyandang kerusi itu sejak beberapa penggal dan menjawat Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi di peringkat persekutuan selain pernah menyandang Ketua Menteri Sabah.
Pada PRU kali ini, Darell meraih 22,598 undi berbanding Dompok hanya 12,382 sekaligus kerusi ini mencatat sejarah sebagai Parlimen pertama dimenangi KEADILAN sejak bertanding di Sabah pada 1999 hingga kini.
Begitu juga dengan calon KEADILAN DUN Api-api, Christina Liew yang menewaskan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Yee Moh Chai dalam saingan lima penjuru. Yee ialah penyandang kerusi itu sejak lebih 10 tahun selain pemimpin kanan Parti Bersatu Sabah (PBS), sekutu BN di negeri itu.
Manakala Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Roland Chia Ming Shen menawan DUN Inanam sekaligus turut mencatat sejarah sebagai calon pertama parti menang di kawasan itu. Menariknya, Roland pada asalanya dicalon bertanding di kawasan lain, namun terpaksa bertanding di DUN Inanam dua hari sebelum penamaan calon atas sebab permuafakatan Pakatan di Sabah.
Pun, begitu Roland berjaya menewaskan calon BN, Joseph Paulus Lantip dan penyandang kerusi ini dari SAPP Eric Majimbun dengan majoriti 3,202 undi sekaligus menembusi kubu kuat BN di situ.
Lain-lain calon KEADILAN yang turut menang ialah Wilfred Bumburing di DUN Tamparuli, Jelin Dasanap (DUN Matunggong), Ukoh @ Jeremmy Malazad (DUN Kadamaian), Datuk Seri Lajim Ukin (DUN Klias) dan Terrence Siambun (DUN Moyog).
Subscribe to:
Posts (Atom)




