JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, April 23, 2011

Menteri pertahan projek BN lewat dari jadual asal

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor mempertahankan kelewatan dalam pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf jalan Pujut-Tudan-Kuala Baram bernilai RM115 juta di Bandaraya Miri memandangkan kajian mendalam perlu dijalankan sebelum projek itu boleh dimulakan.

Berang dengan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh pembangkang, Shaziman berkata isu membabitkan projek infrastruktur bukanlah semudah membeli "ikan di pasar raya."

"Kami tidak pernah memungkiri janji, kontraktor telah dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan projek itu dan kini memulakan kerja-kerja menaik taraf," katanya kepada pemberita selepas melawat Sungai Pandaruan di Limbang pada 11 April lalu

Shaziman berkata sungguhpun pengumuman untuk menaik taraf jalan Pujut-Tudan-Kuala Baram sepanjang 13km itu dibuat pada 4 Okt tahun lepas, surat tawaran diserahkan kepada kontraktor yang berjaya pada bulan lepas.

Beliau berkata projek itu membabitkan kerja-kerja menaik taraf laluan selorong setiap hala yang sedia ada kepada laluan dua lorong setiap hala termasuk pemanjangan sebuah jambatan yang dijadual siap dalam tempoh dua tahun.

Bulan lepas, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan dilaporkan berkata kerja-kerja menaik taraf itu akan siap menjelang April 2013.

Dr Chan berkata kerja-kerja menaik taraf itu membabitkan dua bahagian iaitu jalan Pujut-Tudan sepanjang 3.2km dan jalan Tudan-Kuala Baram sepanjang 11.2km.

Pekerjaan Piasau Konkerit Sendirian Berhad (PPKSB) telah dilantik sebagai kontraktor projek berkenaan.

Sebaik siap, projek itu dijangka dapat menyurai kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan yang mempunyai lebih 30,000 rumah.

No comments: