JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, April 20, 2013

DUN 'Sultan Kiram Sulu' menyaksikan saingan 5 penjuru


Lima penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku di sini yang menjadi tumpuan ekoran pencerobohan pengganas Kiram pada Februari lalu, bakal menyaksikan persaingan lima penjuru antara calon BN dan tiga calon pembangkang serta seorang calon bebas.

Penyandang kerusi Tungku dari BN, Datuk Mohd. Suhaili Said bakal ditentang Johani Abd Halim dari KEADILAN, Johan Nul (Parti Reformasi Sarawak-Star) dan Dato Shuib Dato Mutalib (Parti Maju Sabah-SAPP)

Turut bertanding seorang calon bebas iaitu Tsen Yun Fah@ Mohd. Allan Tsen Abdulah. DUN Tungku terletak dalam Parlimen Silam dan mempunyai 14,511 pengundi berdaftar.

Berikut ialah keputusan PRU lalu


N49 TUNGKU
Jumlah Pengundi: 12,246
Peratusan Kaum: B/I: 69.68% B/B/I: 16.61% C: 12.90% L: 0.81%
1. Datuk Mohd. Suhaili Said (BN) (4,828)
2. Jamal Sulai (KEADILAN) (2,446)
3. Abdul Raja Abdul Mohammad (Bebas) (164)
Majoriti: 2,382
Jumlah undi: 7,709
Peratus mengundi: 62.95%
Undi rosak: 271
Penyandang: Datuk Mohd. Suhaili Said (BN)
(Majoriti: 4,206 undi)

No comments: