JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, April 16, 2013

Senarai calon KEADILAN bagi parlimen dan DUN Perak


KEADILAN membariskan sebahagian besar muka baru sebagai calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak bagi menghadapi pilihan raya umum pada 5 Mei nanti.

Bagi kerusi Parlimen, hanya tiga daripada sembilan calon KEADILAN yang diumumkan merupakan calon sama bertanding pada 2008, iaitu di Bagan Datoh (Madzi Hassan), Pasir Salak (Mustaffa Kamil Ayub) dan Gopeng (Lee Boon Chye).

Untuk kerusi DUN, juga tiga daripada 19 calon kekal bertanding di kawasan lama iaitu Kuala Kurau (Yunus Jamhari), Hutan Melintang (S Kesavan) dan Teja (Chang Lih Kang).
Pada pilihan raya umum ke-13 kali ini, KEADILAN bertanding 9 kerusi Parlimen dan 19 kerusi DUN di Perak.

Senarai itu diumumkan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan kira-kira 5,000 hadirin selepas memberikan ceramah di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak malam 15 April lalu.

Anwar bagaimanapun tidak mengumumkan calon bagi Parlimen Sungai Siput dan DUN Changkat Jering, yang sedang dalam rundingan dalam Pakatan Rakyat.

Dengan menampilkan muka-muka baru, termasuk lebih banyak profesional, dilihat sebagai strategi parti itu untuk menawan Perak di negeri yang menyaksikan majoriti tipis bawah 1,500 di banyak tempat.

Parlimen
P58 Bagan Serai- Dr Muhammad Nur Manuty
P61 Padang Rengas- Dr Meor Ahmad Ishaara Ishak
P63 Tambun- Siti Aishah Shaikh Ismail
P71 Gopeng- Dr Lee Boon Chye
P72 Tapah-Vasantha Kumar Krishan
P73 Pasir Salak-Mustaffa Kamil Ayub
P74 Lumut- Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid
P75 Bagan Datok – Madzi Hasan
P77 Tanjung Malim- Tan Yee Kew

DUN
N01 Pengkalan Hulu- Mejar(B) Abdullah Masnan
N02 Temengor Mohd Supian Mordin -
N03 Kenering- Mohd Tarmizi Abdul Hamid
N04 Kota Tampan- Zahrul Nizam Abdul Majid
N07 Batu Kurau- Mohd Fadzil Alias
N09 Kuala Kurau- Abdul Yunus Jamhari
N10 Alor Pongsu- Rosli Ibrahim
N13 Kuala Sepatang- Chua Yee Ling
N24 Hulu Kinta-  M.A Tinagaran A/l Arumugam
N34 Bukit Chandan- Fathmawaty Salim
N39 Bota- Zulkifly Ibrahim
N42 Tualang Sekah- Baldip Singh A/L Santokh Singh
N44 Simpang Pulai- Tan Kar Hing-
N45 Teja- Chang Lih Kang
N46 Chenderiang- Amani Wiliams Hunt Abdullah
N48 Sungai Manik- Osman Abdul Rahman
N52 Pangkor- Mohd Saifullah Mohd Zulkifli

No comments: