JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label Datuk Seri Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Datuk Seri Anwar Ibrahim. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

Debat sesuatu yang sihat - Najib.

Masdar Wahid

Debat merupakan sesuatu yang sihat bagi membangunkan intelek dan daya ingin tahu seseorang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata demikian semasa merasmikan Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri antara Institusi Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya pada 22 Oktober tahun lalu.

Video ucapan Najib itu turut disiarkan di Youtube melalui akaun bernama Najib Razak yang memaparkan koleksi aktiviti melibatkan Najib, namun video itu tidak menyiarkan komen mengenainya.

Dalam ucapanya itu, Najib turut menegaskan perdebatan mampu meningkatkan keupayaan seseorang itu untuk berfikir secara kritis dan analitikal mengenai isu-isu semasa berasaskan tradisi perbahasan, kajian, analisa dan fakta.

"Melalui debat Piala Perdana ini dan debat-debat yang lain, sedikit sebanyak boleh dilihat sebagai satu platform ataupun forum di mana pihak lain termasuk pihak kerajaan, pihak universiti dan orang luar melihat suara pemimpin-pemimpin generasi masa hadapan," katanya lagi.

Najib turut memberitahu perdebatan yang dianjurkan itu juga menunjukan dasar Program Transformasi Politik (PTP) yang diperkenalkannya.

Kenyataan Najib ini bagaimanapun menimbulkan persoalan kerana sehingga kini beliau enggan berdebat bersama Datuk Seri Anwar

Ibrahim sebagaimana cabarannya dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), pada 18 Januari tahun lalu.

"Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan segala-galanya, ada orang yang demam nanti,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Peneroka di Felda Chemplak, pada tarikh itu.

Anwar dalam responnya selepas itu berkata beliau bersedia berdebat dengan Najib di tempat berkecuali dan berharap ianya disiarkan secara langsung, namun, sehingga kini Najib terus membisu mengenainya.

Manakala pada 24 Januari lalu, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, Najib dan Anwar wajar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpul hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

"Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi
lebih kepada kepentingan rakyat.

"Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru,

diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim.

Wednesday, January 25, 2012

Rayuan Saiful tamat 30 Januari ini - Karpal

Penghakiman bertulis berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan masih belum siap, kata peguam Karpal Singh.

Perkara itu dimaklumkan kepadanya selepas membuat pertanyaan tentang penghakiman itu kepada setiausaha hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 25 Januari 2012.

Kata peguam bela utama Anwar itu, seseorang hakim perbicaraan perlu memberi asas penghakiman bertulis dalam tempoh lapan minggu daripada tarikh notis rayuan difailkan, seperti yang disebutkan dalam Surat Pekeliling Ketua Hakim Negara.

Pada 20 Januari, Pejabat Peguam Negara (PPN) memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat.

Notis berkenaan, yang ditandatangani Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun, difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.

Karpal berkata PPN mempunyai kuasa untuk tidak meneruskan rayuan itu setelah meneliti asas yang terkandung dalam penghakiman bertulis yang disediakan hakim perbicaraan.

Katanya PPN juga boleh membuat keputusn untuk tidak meneruskan rayuan setelah membaca dan berpuas hati dengan penghakiman bertulis yang mengandungi barang kes, nota prosiding dan penghakiman bertulis.

"Kami pernah buat begitu (tidak merayu) dalam kes lain. Apabila saya mendapat petisyen rayuan, saya dapati asasnya tidak berbaloi untuk meneruskan rayuan," katanya.

Karpal berkata mengikut Peraturan Mahkamah Rayuan 1994, PPN mempunyai masa 10 hari untuk memfailkan petisyen rayuan sebaik saja menerima rekod rayuan dan sekiranya tempoh 10 hari itu berlalu begitu saja, maka ia (pestisyen rayuan) dikira sudah ditarik balik.

Pihak yang telah memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, perlu memfailkan petisyen rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan sekiranya mereka ingin meneruskan rayuan itu, setelah menerima rekod rayuan yang lengkap.

Pada 9 Januari, Hakim Mohamad Zabidin membebaskan dan melepaskan Anwar setelah mahkamah mendapati ia tidak 100 peratus pasti integriti sampel DNA tidak diusik dan mahkamah itu keberatan mensabitkan kesalahan Anwar semata-mata berdasarkan keterangan Mohd Saiful yang tidak disokong oleh bukti.

Tuesday, January 10, 2012

Saya mahu jumpa Jamalina - Anwar Ibrahim

Masdar Wahid

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan tidak disengajakan seorang pembaca Tv3 melaporkan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia membuktikan Allah lebih berkuasa melebihi segala-galanya.

Menurutnya, sebelum ini puluhan tahun Tv3 memfitnah beliau dan pada masa sama dirinya langsung tidak diberi peluang untuk menjawab distesyen TV milik Umno itu.

"Padahal kerja Tv3 ini maki kita sahaja. Ini Allah punya Kuasa. Anda bayangkan, kalau setakat Tv Indonesia, Thailand atau Iran yang silap, saya fahamlah.

"Ini Tv3, Perdana Menteri Anwar Ibrahim," kata Anwar semasa berucap di Kampung Baru malam Ahad lalu.

Tidak menyalahkan pemberita itu, Anwar bagaimanapun bersedia untuk menemui wartawan itu.

"Maknanya dia pun tahu, cuma cakap terawal sikit (untuk saya dilantik jadi Perdana Menteri), Saya pun nak jumpa Jay Jamalina ini," kata Anwar lagi disambut sorakan penyokongnya.

Jay Jamalina atau nama sebenarnya Nur Jamalina Mohd Jamali semasa dalam Buletin Utama yang disiarkan secara langsung pada Sabtu lalu melaporkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri berhubung lawatan Datuk Seri Najib ke Johannesburg, Afrika Selatan.

"Di Johannesburg, wartawan Lukman Hamidi melaporkan, lawatan Datuk Seri Anwar... Datuk Seri Mohd Najib itu dijangka...," kata Jay Jamalina yang selepas itu memohon maaf di laman twitternya.

Selain mula dikenali sebagai pembaca Berita Pagi dan Buletin 1.30, Jay Jamalina juga pernah terpilih sebagai calon akhir bagi Ulasan Berita Radio Terbaik dan Penyampai Berita Radio Terbaik menerusi laporannya, Formula 1 2010.

Sunday, January 8, 2012

Lagi wartawan media arus perdana laporkan Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia

Pembaca berita TV3, Nur Jamalina Jamali atau Jay memohon maaf kerana tersilap menyebut nama Datuk Seri Anwar sebagai merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia ketika menyampaikan berita Buletin Utama, malam tadi.

"Saya ingin memohon maaf tersasul ketika Buletin Utama sebentar tadi. Tidak disengajakan," kata Jay menerusi mesej Twitter malam tadi.

Ketika membaca berita malam tadi Jay tersasul apabila berkata "Di Johannesburg, wartawan Lukman Hamidi melaporkan, lawatan Datuk Seri Anwar... Datuk Seri Mohd Najib itu dijangka..."

Berita itu merujuk kepada lawatan Najib ke Afrika Selatan bermula semalam.

Kesilapan itu kemudiannya menjadi topik hangat di laman Facebook dan Twiter malam tadi.

Ia kerana nama Ketua Pembangkang itu sedang menjadi buah mulut banyak pihak ekoran menjelang hari penentuan kes liwat beliau esok.

Video rakaman kesilapan itu juga turut dimuat naik di Youtube.

Sebelum ini, seorang pembaca berita Tv3 dan wartawan di sebuah Astro Awani turut terlepas cakap bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah Perdana Menteri Malaysia.

Jika ditinjau pada kebanyakan wartawan semasa penulis membuat liputan, walaupun mereka bekerja di media pro Umno, namun kebanyakan mereka membenci Umno.

Mereka hanya bekerja di media Umno kerana tuntutan kerja dan gaji yang lumayan.

Tuesday, May 24, 2011

Pulihkan Negara Bersama Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat mesti diberi peluang untuk mengambilalih pentadbiran negara ini daripada terus diperintah Barisan Nasional yang ternyata gagal mengurus khazanah negara dengan baik. Rakyat marhain semakin tertekan dengan kenaikan harga barang dan harga sumber tenaga seperti minyak. Malah, rakyat juga semakin kehilangan khazanah bumi seperti balak dan tanah.

” Pakatan Rakyat telah menandatangani janji dan keazaman dalam Buku Jingga untuk memberi kebajikan kepada rakyat dan memasti rakyat mendapat hak yang sepatutnya”. Tegas Ketua Pembangkang juga ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah di Dewan Yu Yuan, Sandakan.

” Kita tidak perlu menunggu 100 hari untuk menurunkan harga minyak sekiranya kita memerintah. Malah penurunan harga minyak yang keuntungannya mencecah 90 bilion, akan dijadikan agenda penting setelah Pakatan Rakyat memerintah”. Ucap Anwar yang disambut tepukan gemuruh daripada lebih 3000 orang yang melimpah keluar Dewan Yu Yuan.

Anwar juga turut menegaskan kebocoran dalam mengurus dana negara menyebabkan subsidi terpaksa ditarik daripada rakyat. Rakyat terus dibebankan bukan hanya sekadar benanan cukai malah masalah rasuah yang menganggu dan menekan para peniaga khususnya peniaga Cina.

Beliau turut mempersoalkan kehilangan 52 bilion rezab Melayu yang dikendalikan oleh pemerintah yang berteraskan parti Melayu. Rakyat sepatutnya curiga dengan kekayaan melampau anak bekas Perdana Menteri, Mohzani Mahathir dan Adik Perdana Menteri, Nazim Razak kerana kekayaan mereka berlaku ketika bapa dan abang mereka di puncak kuasa.

” Untuk pilihanraya yang akan datang, rakyat mesti memilih Pakatan Rakyat untuk memimpin negara. Kita bukan sekadar ingin mengubah pemimpin tetapi mesti mengubah sistem pemerintahan yang korup, rasuah dan menindas kepada sistem yang lebih telus dan mengutamakan rakyat”. Jelas Anwar disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.Pakatan Rakyat mesti diberi peluang untuk mengambilalih pentadbiran negara ini daripada terus diperintah Barisan Nasional yang ternyata gagal mengurus khazanah negara dengan baik. Rakyat marhain semakin tertekan dengan kenaikan harga barang dan harga sumber tenaga seperti minyak. Malah, rakyat juga semakin kehilangan khazanah bumi seperti balak dan tanah.

” Pakatan Rakyat telah menandatangani janji dan keazaman dalam Buku Jingga untuk memberi kebajikan kepada rakyat dan memasti rakyat mendapat hak yang sepatutnya”. Tegas Ketua Pembangkang juga ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah di Dewan Yu Yuan, Sandakan.

” Kita tidak perlu menunggu 100 hari untuk menurunkan harga minyak sekiranya kita memerintah. Malah penurunan harga minyak yang keuntungannya mencecah 90 bilion, akan dijadikan agenda penting setelah Pakatan Rakyat memerintah”. Ucap Anwar yang disambut tepukan gemuruh daripada lebih 3000 orang yang melimpah keluar Dewan Yu Yuan. Anwar juga turut menegaskan kebocoran dalam mengurus dana negara menyebabkan subsidi terpaksa ditarik daripada rakyat. Rakyat terus dibebankan bukan hanya sekadar benanan cukai malah masalah rasuah yang menganggu dan menekan para peniaga khususnya peniaga Cina.

Beliau turut mempersoalkan kehilangan 52 bilion rezab Melayu yang dikendalikan oleh pemerintah yang berteraskan parti Melayu. Rakyat sepatutnya curiga dengan kekayaan melampau anak bekas Perdana Menteri, Mohzani Mahathir dan Adik Perdana Menteri, Nazim Razak kerana kekayaan mereka berlaku ketika bapa dan abang mereka di puncak kuasa.

” Untuk pilihanraya yang akan datang, rakyat mesti memilih Pakatan Rakyat untuk memimpin negara. Kita bukan sekadar ingin mengubah pemimpin tetapi mesti mengubah sistem pemerintahan yang korup, rasuah dan menindas kepada sistem yang lebih telus dan mengutamakan rakyat”. Jelas Anwar disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

Monday, May 23, 2011

Saya tolak sertai semula Umno - Anwar

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau amat yakin dengan wadah Pakatan Rakyat untuk memimpin negara ini ke arah perubahan adalah lebih baik dan tidak sekali-kali akan menyertai Umno.

Penegasan itu dinyatakannya semasa menyampaikan ceramah di Kota Belud Sabah, pada 22 Mei lalu.

Menurutnya, walaupun beliau antara yang bertanggungjawab membawa masuk Umno ke Sabah pada awal 90-an, namun beliau tidak akan sesekali kembali kepada parti itu.

"Kalau anda amati dasar pemerintahan Umno sekarang. Harga barang naik, beban pada rakyat, RM52 bilion saham Bumiputera hilang, kezaliman berlaku, akhlak lucah. Saya tidak sanggup bersekongkol dengan parti ini.

"Saya Insya'allah tetap dengan KEADILAN, PAS serta DAP dan kita akan lawan tetap lawan," tegasnya yang disambut tepukan dari ratusan hadirin pada malam itu.

"Saya juga yakin dengan fitnah yang dilemparkan puak Umno BN ini terhadap saya, amat kecil dan tidak melemahkan daya juang saya," katanya sambil menambah PAS bersama alim ulama di seluruh dunia banyak membantunya mendepani cabaran itu.

Anwar memberi contoh bagaimana solat hajat yang banyak dianjurkan Pakatan Rakyat dan diterajui PAS seperti Solat Hajat di Shah Alam baru-baru ini diimamkan Tuan Guru Haji Hadi dan didoakan Tuan Guru Nik Aziz berjaya menarik 15,000 hadirin.

"Apa kata (Mursyidul Am PAS) Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Salleh, ulama besar di Kedah dan Prof Dr Wahbah Zuhaily (ulama tersohor di dunia) kepada saya, 'Saudara Anwar, sabar dan senyum kerana senyum itu sedekah. Orang (musuh-musuh kamu) memang mahu patahkan semangat kamu. Kalau kamu tidak senyum, kamu akan hilang seri dan segak kamu.' Kena belasah, senyum, kena hina, fitnah, senyum.

"Malah, ketiga-tiga ulama ini menyatkan nasihat yang sama kepada saya 'Anwar, senyumla dan Istiqamah dan teruskan perjuangan," ujarnya.

Anwar, sejak dipecat Tun Dr Mahathir Mohamad dari Umno dan kerajaan pada 22 September 1998, diserang dari segenap penjuru termasuk semasa dalam penjara, beliau di belasah sehingga matanya lebam, patah pinggang dan terpaksa dibedah selain turut dibogelkan dan kemaluannya diukur.

Tidak cukup dengan itu, selepas keluar penjara dan mengumumkan mahu terlibat dalam politik, beliau difitnah kali kali kedua dalam tuduhan liwat dan terbaru cubaan membunuh diri dan keluarganya apabila anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar menerima SMS dari seorang yang tidak dikenali akan 'membunuh' cucu Anwar jika Izzah berterusan menyokong ayahnya.

Selain itu, kereta yang dinaiki isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail juga disabotaj sebagaimana disahkan mekanik yang mendedahkan kesan sabotaj itu mampu membunuh penumpang yang menaiki kereta tersebut.

Monday, May 9, 2011

Contohi Umar Abdul Aziz jika Pakatan perintah – Anwar

Masdar Wahid KUALA PILAH: Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Pakatan Rakyat akan mencontohi tata kelola yang diamal pemerintah Islam, Umar Abdul Aziz jika gabungan itu diberi mandat memerintah Malaysia, pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut Anwar, antara kaedah pentadbiran yang diamal Umar adalah memastikan hak rakyat sentiasa dipelihara dan kekayaan negara diagih secara adil kepada golongan miskin.

“Suatu ketika, Menteri Kewangan memberitahu Umar Abdul Aziz bahawa negara memiliki emas, gandum dan wang yang begitu banyak. Menteri bertanya mahu dibuat apa dengan harta sebanyak itu.

“Umar lalu mengarahkan Menterinya itu menyenaraikan ke semua rakyat yang masih miskin di seluruh wilayah dan beri zakat bermula dari rakyat yang paling miskin,” katanya semasa berceramah di Kampung Pilah Tengah, Kuala Pilah malam tadi yang turut disertai pimpinan Pakatan Rakyat Pusat dan Negeri Sembilan.

Kira-kira 5,000 rakyat pelbagai kaum hadir walaupun kawasan tersebut terletak jauh dari pusat bandar selain sekatan polis di laluan utama menuju ke situ.

Anwar yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri dan menteri Kewangan berkata, dalam masa dua tahun setengah pemerintahan Umar, tiada seorang pun rakyatnya yang miskin.

Bahkan katanya, pemerintah Umar turut membiayai perkahwinan kepada golongan muda yang mahu mendirikan rumah tangga.

Anwar dalam ucapannya turut membandingkan pemerintahan mantan Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memerintah Malaysia selama lebih 20 tahun.

“Dua tahun kerajaan Islam perintah, tiada lagi orang miskin. Mahathir perintah 22 tahun, orang Melayu lagi banyak miskin,” katanya yang disambut ketawa hadirin.

Umar atau nama sebenarnya Abu Jaafar Umar bin Aziz merupakan cucu kepada Saidina Umar Al-Khatab, di lahirkan pada 61 Hijrah.

Sebagai pemimpin rakyat, kehidupan Umar Abdul Aziz semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama sahaja sebagaimana kehidupannya semasa menjadi rakyat biasa.

Saya tidak musuhi ahli Umno - Anwar

oleh Masdar

Wahid Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sekali-kali tidak memusuhi mana-mana ahli Umno melainkan pemimpin parti itu yang zalim dan melakukan fitnah.

Penegasan itu dibuat semasa menyampaikan ceramah Umum di Kuala Pilah pada 8 Mei lalu yang turut dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat pusat dan Negeri Sembilan.

Menurut Anwar, sekiranya ahli Umno sendiri berdiam diri dan enggan bersama melakukan perubahan besar, maka fitnah dan kezaliman kian parah di negara ini.

"Sebab itu, ahli Umno terutama pimpinan cawangan, kalau anak kamu curi basikal, tetap ditangkap dan dipenjara kerana kamu hanya pemimpin Umno cawangan.

"Tapi, pimpinan Umno di atas yang rompak harta rakyat, dapat komisyen Kapal Selam berbilion ringgit, tidak disiasat malah dipertahan Suruhjanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)," katanya.

Anwar menjelaskan, semasa beliau di Parlimen pun, beliau tetap bersembang dengan Wakil Rakyat Umno.

"Saya ingin tegaskan sekali lagi, saya tidak memusuhi anda (ahli Umno) secara peribadi tetapi yang saya serang mereka yang zalim, fitnah orang dan rampas harta rakyat.

"Alhamdulillah, walaupun saya difitnah, dilondehkan sebegini rupa, saya tetap bersyukur dan saya ucap berbanyak terima kasih kepada rakyat Kuala Pilah yang hadir malam ini," katanya.

Kira-kira 5,000 rakyat pelbagai kaum hadir di Kampung Pilah Tengah (Seri Pilah), Kuala Pilah walaupun kawasan tersebut terletak jauh dari pusat bandar selain sekatan polis di laluan utama menuju ke situ.

"Saya sendiri yang arahkan agar ceramah seperti ini jangan buat di bandar, buat di kampung-kampung dan ternyata warga kuala Pilah bijak, hadir dan menolak fitnah jijik ini," katanya yang disambut tepukan gemuruh.

Anwar sejak 21 Mac lalu, diserang Kumpulan Datuk T yang menyebarkan Video Seks Fitnah terhadapnya sebelum video lucah itu dipaparkan media perkakas Umno BN seperti Tv3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan laman blog pro Umno.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah orang Cina, India dab bangsa Arab fitnah jahat dan jelek dilakukan seperti ini.

"Tetapi di Malaysia, berlaku dan disebarkan pula 'Ustaz' Tan Sri Rahim Tamby Chik," katanya yang disambut gelak orang ramai.

"Tengok, saya baru sebut nama Rahim anda dah gelak. Maknanya, rakyat Kuala Pilah bijak, faham dan tidak termakan dengan laporan media yang bersubahat menyebar fitnah ini," tegasnya.

Sebelum ini, ceramah Anwar di Machang Kelantan menyaksikan satu pekan di kawasan itu membanjiri ceramahnya selain 20,0000 penduduk kampung di Terengganu turut hadir mendengar penjelasan beliau.

Sementara itu, Anwar turut menyelar tindakan Menteri agama Umno, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mendakwa beliau menyebarkan pluralisma agama di Malaysia.

"Jamil Khir halang kes (fitnah 2) saya dari di bawa ke mahkamah Syariah sejak dua tahun lalu sehingga kini.

"Tetapi saya pula didakwanya membawa ajaran sesat kononnya menyebarkan pluralisma agama di Malaysia.

"Saya jawab, kenyataan saya itu di ambil semasa menyampaikan ceramah di luar negara dan dalam bahasa Inggeris, mungkin Jamil tak faham. Maka, saya serahkannya kepada salah seorang anak Profesor Dr Yusoff al-Qaradhawi untuk menterjemahkannya.

"Selepas itu, Yusoff al-Qaradhawi telefon saya, 'Anwar, kalau kamu didakwa di mahkamah syariah di Kuala Lumpur, saya akan datang dan bersedia untuk menjadi saksi kamu,"' katanya sebelum disambut takbir dari hadirin.

Sehubungan itu, Anwar menyeru setiap rakyat Malaysia berperanan memastikan setiap calon Pakatan Rakyat menang pada pilihanraya akan datang dan sentiasa menyemak dan memahami kandungan Buku Jingga yang merupakan sebahagian besar manifesto bersama KEADILAN, PAS dan DAP.

Sementara itu, kira-kira lima ekor burung dilepaskan malam tadi sebagai simbolik pembebasan minda rakyat dari fitnah dahsyat yang disebarkan Umno BN.

Sunday, May 1, 2011

Anwar 'Tenaga Orang Melayu' - Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai ‘tenaga orang Melayu’.

Menurutnya, tindakan Kumpulan Datuk T menyebarkan Fitnah Video Seks jelas berniat jahat bertujuan menjatuhkan peribadi Ketua Pembangkang Malaysia itu.

“Sebelum ini, saya dengar ada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) ketika berceramah menjelaskan video itu bukan Anwar, kalau betul nak kenakan Anwar, kena fokus pada muka, bukan pada tubuh, itu caranya,” katanya dalam ceramah di Kampung Parang Puting, di Kota Bahru pada 30 April lalu yang turut dihadiri Anwar dan Exco Kerajaan Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah.

Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata, jika Anwar tidak jujur, sudah lama negara ini rosak kerana Ahli Parmatang Pauh itu pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia sebelum dipecat pada 2 September 1998.

Rekod menunjukan, Anwar yang berkelulusan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya, berjaya meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak lapan peratus selama lapan tahun berturut-turut ketika memimpin Kementerian Kewangan.

Malah semasa di kementerian itu, Anwar turut memperkenalkan pelbagai dasar yang membela nasib Orang Melayu.

Sunday, March 27, 2011

Kami lebih kenal siapa imam kami - Azizah


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau bersama enam anak, tiga cucu serta menantu dan keluarganya yang lain lebih mengenali siapa lelaki yang bernama Anwar Ibrahim.

Menurut Azizah selama mendirikan rumah tangga bersama Ketua Umum KEADILAN itu 30 tahun, beliau sedikitpun tidak pernah menyesal.

"Jika dulu selepas Anwar dipecat, keluar masuk mahkamah, macam-macam berita di akhbar, ada juga mereka bertanya 'kenapa orang buat papa macam tu'. Tapi sekarang mereka sudah matang.

"Mereka lebih kenal siapa Anwar. Mereka lebih tahu siapa lelaki yang selalu mengimamkan solat kami setiap kali berjemaah di rumah," kata Azizah dalam satu wawancara dengan Sinar Harian pada 27 Mac lalu.

Azizah turut berkeyakinan bahawa Anwar mampu berdepan apa jua cabaran termasuk fitnah dahsyat yang dilemparkan musuh politiknya sehingga kini.

"Sejak usia 20 tahun hingga sekarang, pelbagai perkara sudah dilaluinya. Insya allah dia (Anwar) mampu. Boleh. Sudah terlalu banyak dugaan dilaluinya itu.

"Anwar boleh jadi Perdana Menteri yang bagus. Saya yakin itu!", tegas Azizah yang pernah menjawat Ketua Pembangkang Wanita yang pertama di Malaysia.

Azizah yang terlibat secara langsung dalam dunia politik selepas pemecatan Anwar berkali-kali menegaskan dalam wawancara itu bahawa beliau sama sekali tidak pernah menyesal dengan apa yang dilaluinya sehingga kini.

"Alhamdulillah, sehingga kini keyakinan kami pada Anwar tidak pernah luntur. Saya sentiasa tanamkan dalam diri terima segala dugaan yang Allah datangkan.

Melaluinya dengan sabar, sentiasa berdoa memohon Allah permudahkan segalanya dan tunjukan kebenaran dan saya tidak pernah membenarkan rasa sesal singgah di dada," kata Azizah.

Azizah turut memberitahu bahawa kehidupan mereka sekeluarga aman seketika selepas Anwar keluar dari penjara. Namun mula mendapat gangguan sebaik suaminya itu mengumumkan mahu aktif kembali dalam dunia politik.

Monday, November 22, 2010

Angkat orang Sabah yang amanah - Anwar


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa tidak ada ruang di dalam parti bagi mana-mana pihak untuk memainkan sentimen perkauman.

Merujuk kepada proses pemilihan parti di sesetengah cabang yang didominasi oleh kaum tertentu, Anwar mengingatkan jika budaya ini mahu diteruskan lebih baik mereka yang terbabit menyertai Barisan Nasional.

"Saya ingin berpesan jangan main sentimen kaum di dalam parti ini. Kalau ada saya nasihatkan balikm ke parti asal masing-masing. Kalau di cabang semua kepimpinan pilih Melayu lebih baik masuk Umno, kalau semua pilih India lebih baik masuk kelab India atau MIC. Kalau ini berlaku apa beza kita dengan Barisan Nasional.

"Saya amat serius mengenai perkara ini. Kita tidak terima pemikiran Sabah untuk orang Sabah sahaja. Kalau mereka yang rasuah sama sahaja samada mereka dari Semenanjung atau Sabah. Kita nak angkat orang Sabah yang amanah, setia kepada parti, mampu angkat perjuangan rakyat bukan nak main sentimen suku kaum," Anwar memberi amaran kepada lebih 2,000 penyokong yang menghadiri 'Rapat KEADILAN: Anwar Pengemudi Zaman' anjuran KEADILAN Selangor di sini Jumaat lalu.

Anwar juga berkata terdapat keputusan dibeberapa cabang yang menunjukkan ketua cabang memenangi dengan hanya undi yang rendah berbanding jumlah anggota yang besar.

"Saya lihat ada cabang yang mempunyai anggota lebih 1,500 orang tapi ketua cabang menang dengan undi 60 ahli sahaja. Kita terima keputusan itu tapi kita tidak hormat kemenangan itu.

"Saya ingin ingatkan kepada semua anggota, selepas habis kongres tidak bermakna yang menang, semua dia bolot dan yang kalah tidak kalah semua. Kongres ini adalah kongres menyatukan kembali parti dan terakhir sebelum kita hadapi pilihan raya umum," kata Anwar.

Anwar yang juga Ketua Oposisi berkata KEADILAN bukan sebbuah parti yang lahir daripada dokongan golongan korporat atau tauke kaya tetapi diasaskan daripada gejolak kebangkitan rakyat yang mendesak perubahan politik.

"Yang menyokong parti ini adalah golongan mustadaafeen (tertindas). Berapa banyak air mata dikeluarkan, ribuan dipukul, ribuan keluar masuk penjara. Ramai antara pejuang telah meninggalkan kita. Mereka tidak mengharapkan kontrak, mereka hanya punyai cetusan idealisme perjuangan dalam sanubari mereka yang mahukan perubahan, reformasi. Pemanfu teksi, pekerja, petani, mereka inilah yang menjadi kekuatan rakyat bawahan yang bangun menuntut perubahan besar di negara ini.

Beliau juga mengingatkan anggota supaya tidak terperangkap dengan propaganda media milik Umno-Barisan Nasional yang menggambarkan seolah-olah parti berada di dalam pergolakan yang dahsyat.

Anwar berkata inilah persepsi yang cuba ditonjolkan oleh media seperti Utusan Malaysia yang mahu mempengaruhi rakyat terutamanya berhubung proses pemilihan parti.

"Kalau nak katakan terkejut dengan apa yang mereka fitnah, saya tidak terkejut kerana sudah 12 tahun mereka serang tak habis-habis sampaikan ada yang kata kepada saya Umno ni dah macam gila talak dengan Anwar.

"Ada sahabat beritahu saya Dr Mahathir masa mesyuarat Kabinet bertanya, 'Anwar dah mai ka?'," kata beliau bergurau

Anwar juga berkata sebagai kubu kuat KEADILAN Selangor perlu dipertahankan daripada serangan musuh yang ingin merampas kembali negeri ini.

"Mula-mula Umno cuba di Selangor tapi tidak berjaya, kemudian mereka ke Perak berjaya rampas balik. Lepas itu balik ke Selangor cuka sekali lagi tapi gagal juga.

"Oleh itu saya mahu kerajaan negeri pimpinan tan Sri Khalid Ibrahim terus memberi khidmat terbik kepada rakyat. Saya bangga kerana beliau berjaya menjada integriti kedudukan beliau sebagai Menteri Besar, tidak korup dan tidak ambil harta negeri.

"Lihat selalu rakyat di bawah dan berikan mereka keselesaan hidup, intelektualismenya, sekolah yang bersih dan hebat yang selama ini rosak dan jahanam di bawah Umno-BN," tegas Anwar lagi.-SK- 21 November 2010.

Monday, October 4, 2010

Pemilihan PKR Fahamilah mesej Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemecatan beliau dari parti Umno dan kerajaan pada 2 September 1998 bukan sahaja melahirkan gelombang reformasi malah gelombang rakyat itu juga tidak mampu untuk dihalang termasuklah tembok penjara sekalipun

Menurutnya, gelombang itu bukan sahaja melahirkan Parti Keadilan Nasional (keADILan) tetapi juga PKR selepas penggabungan dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) seterusnya membentuk hampir 500,000 anggotanya yang kini terlibat dalam pemilihan secara langsung parti itu buat pertama kalinya bagi sebuah parti di Malaysia.

“Walaupun amalan ini bukanlah baru bagi kebanyakan parti-parti politik dalam sistem demokrasi yang matang di dunia, tetapi ini merupakan yang pertama di Malaysia.

Pemberian hak dan kuasa untuk ahli datang bersamanya tanggungjawab.
Kami yakin ahli-ahli akan menggunakan kuasa ini secara waras dan adil.

Adalah diakui dalam beberapa bulan yang lalu, bukanlah mudah bagi PKR. Kita masih menghadapi perjalanan yang jauh tapi sekurang-kurangnya kita maju ke hadapan dan bukan berpatah balik ke belakang.

Detik-detik menjelang hari pilihan raya parti menyaksikan tutur kata yang agak kasar daripada beberapa pemimpin yang tidak layak dipertuturkan oleh mereka yang mahu memegang jawatan yang diingini.

Dalam hal ini, dakwaan kritikan dilemparkan sebagai munculnya "budaya Umno" semasa berkempen untuk jawatan-jawatan dalam parti adalah tidak benar.

Pada masa yang sama, kita tidak dapat menafikan sepenuhnya wujud mereka yang ingin membawa masalah kepada ahli dan parti,” katanya dalam satu kenyataan kepada KABAR.

KABAR ialah akhbar politik yang sebelum ini dikenali sebagai Konsep Era Pakatan.

Sehubungan itu, Anwar menyeru setiap anggota PKR agar terus konsisten dalam perjuangan berdasarkan kematangan dan kewarasan untuk menentukan apa yang terbaik buat PKR.

“Rasa tidak puas hati dan perbezaan pendapat berhubung dasar-dasar adalah perkara biasa dan harus digalakkan dalam sebuah parti politik untuk memastikan demokrasi sentiasa subur dan aktif dengan penglibatan ahli.

Proses pemberian kuasa bukan hanya merupakan hak untuk mengundi tetapi juga untuk menyatakan sokongan atau penentangan.

Calon-calon juga mempunyak hak untuk mengemukakan agenda mereka dan untuk berkempen. Tetapi ia tidak harus menjadi suatu amalan tanpa batas.

Kesemua ini hendaklah berjalan di atas batas-batas kesopanan, tata susila dan rendah diri.

Terdapat peraturan yang harus diperhatikan. Inilah sebabnya kenapa kita mempunyai jawatankuasa pilihan raya yang bebas,” tegas Ketua Umum PKR itu.

Anwar turut menjelaskan sejak PKR ditubuhkan parti itu amat komited untuk berkhidmat kepada rakyat dengan memberi penekanan ke arah reformasi Malaysia.

“Kita menolak alasan yang diberikan oleh mereka yang berkuasa bahawa rakyat masih belum bersedia untuk menerima demokrasi sepenuhnya dan oleh itu harus bergantung kepada tongkat politik. Kita tidak mahu mereka ini.

Bertolak kepada keyakinan inilah kita memutuskan untuk mengadakan pilihan raya secara terus.

Kita yakin pemimpin-pemimpin terbaik dapat dilahirkan melalui proses ini dan pada masa yang sama, mereka menjadi lebih bertanggungjawab kepada ahli-ahli. Ini akan membantu kita menjadi lebih kuat!,” ujar Anwar.