JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Showing posts with label barang naik lagi. Show all posts
Showing posts with label barang naik lagi. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Tiga jenis barangan bersubsidi bernilai RM20,320 dirampas dari dua perahu di kawasan perairan Sabindo, dekat sini, selasa lepas.

Tiga barangan yang dirampas dalam pemeriksaan pada pukul 6.45 petang itu ialah 2,400 kilogram gula pasir, 92 tong gas memasak dan 900 kilogram daging beku yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran.

Timbalan pengarah Kastam Sabah Hamzah Sundang berkata rampasan itu dibuat apabila kedua-dua perahu itu gagal menunjukkan dokumen berkaitan barangan itu.

"Dua orang ditahan bagi membantu siasatan kes itu," katanya dalam kenyataan 5 April lalu.

Beliau meminta orang ramai terus memberi maklumat kepada agensi itu berhubung sebarang kegiatan penyeludupan bagi mambanteras kegiatan itu.

Wednesday, October 26, 2011

Kad Prabayar RM10 kini berharga RM10.60

KUALA LUMPUR: Beberapa kedai prabayar kad tambah nilai telefon mudah alih dikesan mengenakan bayaran tambahan 60 sen walaupun empat syarikat pengendali utama telekomunikasi bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus pada September lalu.

Peniaga didapati menjual kad prabayar dengan harga RM10.60, berbanding harga asal RM10.

Tindakan peniaga terbabit sudah pasti membebankan pengguna walaupun isu caj cukai perkhidmatan itu masih dalam kajian semula Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Kegiatan itu bukan saja berlaku di sekitar Lembah Klang, sebaliknya di beberapa negeri seperti Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Seorang wartawan yang membeli kad prabayar di sebuah kedai runcit di Seksyen Tujuh, Bandar Baru Bangi turut dikenakan bayaran tambahan 60 sen ketika membeli kad prabayar berharga RM10.Peniaga yang menjual kad prabayar terbabit ketika ditanya tindakannya mengenakan bayaran tambahan itu enggan memberi penjelasan.

Pelajar, Noor Atiqah Sulaiman, 18, berkata beliau berasa tertipu apabila dikenakan bayaran tambahan 60 sen ketika membeli kad prabayar berharga RM10 di kedai terbabit.

“Pada mulanya saya ingatkan peniaga terbabit mengenakan bayaran tambahan itu selepas kerajaan menaikkan caj cukai perkhidmatan enam peratus, tetapi selepas saya semak di laman web syarikat telekomunikasi, saya dapati pelaksanaannya masih ditangguhkan,” katanya.Noordayana Noordin, 23, dari Jengka, Pahang, pula berkata beliau terkejut perlu membayar RM10.60 ketika membeli kad prabayar di sebuah kedai di Terminal Bas Sementara Bandar Tun Abdul Razak.

“Saya ada bertanya kepada peniaga sama ada ia berkaitan dengan caj cukai perkhidmatan atau keuntungan sendiri namun peniaga tidak memberi seberang jawapan,” katanya yang masih menuntut di Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) Jengka, Pahang.

Seorang pengguna dari Bukit Kuang, Kemaman, Terengganu, Faidrus Aszmi Suhaimi, 27, berkata beberapa kedai runcit di bandar terbabit seakan kebal dari tindakan undang-undang mengenakan bayaran tambahan itu, tanpa dikenakan tindakan pihak berkuasa.

“Kerajaan perlu memberi perhatian serius bagi mengelak pengguna menanggung kos yang tidak sepatutnya dikenakan. Saya yakin ramai peniaga yang mengenakan bayaran itu,” katanya.

Mohd Ridhuan Mohamed, 25, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan, juga terpaksa membayar RM10.60 di sebuah kedai di medan selera berdekatan rumahnya dan menyifatkan tindakan peniaga terbabit sebagai tidak masuk akal.

Pada 13 September lalu media melaporkan empat syarikat pengendali utama telekomunikasi di negara ini bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar dikuatkuasa 15 September.Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata persetujuan itu diputuskan secara bersama oleh empat syarikat terbabit selepas mengadakan perbincangan bersama kementerian itu di pejabatnya di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Rais juga mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar memberikan hadiah kepada empat syarikat pengendali utama telekomunikasi yang bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan itu.

Difahamkan, caj itu tetap ditanggung pengguna selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum akan datang jika Umno BN tidak kalah.

Najib sebelum ini menafi terlibat menaikan cukai itu, namun selepas pimpinan Pakatan Rakyat mendedahkan beliau ada mengatakannya dalam belanjawan 2010, Najib terus membisu mengenainya.

Monday, October 3, 2011

Soalnya ialah Poket rakyat

Kehidupan Johan, 30, tidak berubah sejak Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan bajet ‘raksasa’ 2011 yang antaranya melibatkan projek gergasi seperti Menara Warisan Merdeka.

Seperti ramai pekerja yang sebaya dengannya, Johan (bukan nama sebenar) tidak mampu membeli rumah.

Johan dan teman wanitanya sedang merancang untuk berkahwin, mereka mengharapkan bantuan kedua-dua ibu bapa untuk memberi sedikit sumbangan kepada bayaran muka rumah pengantin baru. Jika tidak, mereka perlu terus menyewa.

Setahun sudah berlalu, sandiwara Najib yang bernilai RM212 billion masih gagal menaikkan taraf hidup rakyat jelata seperti Johan. Ekonomi pula masih tenat. Tanda-tanda menunjukkan bahawa sejarah akan diulangi apabila Najib mengumumkan Bajet 2012 pada 7 Oktober nanti.

Yang jelasnya, satu keajaiban diperlukan untuk mengangkat tahap ekonomi berjuta-juta rakyat jelata Malaysia. Menjelang pilihan raya umum ke-13, Pakatan Rakyat perlu mengambil langkah yang radikal dalam Bajet Alternatif yang bakal diumumkannya.

Bajet Alternatif 2012 menumpu kepada cara terbaik untuk memaksimakan ringgit kita.

Kerajaan boros menghabiskan duit rakyat

[a1] Rakyat biasa seperti Johan rata-rata mengalami kehidupan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sementara kerajaan terus berbelanja boros, mengakibatkan keadaan ekonomi negara semakin tenat.

Menurut pusat penyelidikan REFSA, 2011 merupakan tahun ke-13 berturut-turut di mana kerajaan terlebih belanja, istilah sebenar keadaan tersebut digelar “defisit”.

Sebenarnya, sejak tahun 1969, kerajaan hanya pernah mengumumkan lima bajet lebihan (positif) – kesemua bajet yang lain merupakan bajet defisit. Dalam ertikata lain, Kerajaan BN selalu membelanjakan lebih daripada pendapatannya.

Jumlah keseluruhan wang yang terlebih belanja oleh kerajaan kini ditakrifkan sebagai lebih kurang RM290 billion, iaitu kira-kira RM10,000 untuk setiap rakyat Malaysia.

Walau bagaimana pun, apakah impak yang dirasai oleh rakyat jelata? Tidak seberapa. Ke manakah duit kita dibelanjakan?

[a]

Perbelanjaan berhemat untungkan rakyat

Pakatan Rakyat percaya bahawa tumpuan harus ditukar dari fokus “perbelanjaan” kepada tumpuan “nilai” setiap ringgit yang dibelanjakan. Bagi memaksimakan nilai ringgit kita, PR komited untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak patut, di samping mengelak pembaziran.

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan berita bahawa Kementerian Pelancongan sanggup membelanjakan RM1.8juta untuk sebuah laman web Facebook percuma. Laporan Audit Negara juga mendedahkan perbelanjaan boros RM42,320 untuk sebuah komputer riba – mungkin harga yang paling mahal dalam dunia!

Sebaliknya perbelanjaan di negeri-negeri yang diperintah oleh PR mementingkan ketelusan dan nilai setiap perbelanjaan harus berbaloi.

Majalah The Economist telah memuji pentadbiran Pulau Pinang yang merekodkan bajet berbaki lebihan sejak PR mengambil-alih tampuk kuasa pada 2008, menyebabkan penjimatan kos sebanyak RM20 juta setahun.

Pada 2011, kerajaan negeri Selangor telah meningkatkan rizab tunai negeri kepada RM1.1billion, rekod terbaik yang pernah dialami negeri tersebut. Kedah juga telah meningkatkan pendapatan negeri sejak 3 tahun pemerintahan PR.

40% rakyat Malaysia mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM1,500, tiga per-empat daripadanya terdiri daripada bumiputera.

Mementingkan rakyat, bukan projek

Teras utama Bajet Alternatif 2012 adalah untuk memperkasakan rakyat Malaysia dan memberi kesejahteraan kepada semua golongan.

Untuk memastikan perbelanjaan bajet menjanjikan nilai untuk setiap ringgit, bajet alternatif memberi tumpuan kepada projek yang memanfaatkan rakyat, bukan kroni.

Memandangkan kelembapan ekonomi, jumlah perbelanjaan akan dikekalkan pada tahan RM220 billion. Tetapi perbelanjaan berkesan (effective spending) akan ditingkatkan sebanyak 20%.

Justeru, polisi yang berani perlu diambil. Contohnya penjimatan boleh dibuat dengan membuang projek besar yang menguntungkan kroni. Manakala hasil penjimatan boleh disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Orang kaya perlu subsidi?

Polisi sedia ada tentang subsidi mempunyai banyak kekurangannya. Kerajaan membelanjakan kira-kira RM25 bilion setahun untuk membiayai kos subsidi. Iaitu lebih kurang RM2,000 sebulan untuk 1 juta isi rumah termiskin. Tetapi, mengapa rakyat masih dibelenggui kemiskinan?

Kebanyakan daripada RM25 bilion ini dihabiskan untuk subsidi sejagat, yang cenderung menyebelahi orang kaya daripada orang miskin.

Contohnya, pemandu kereta Porche lebih mendapat manfaat daripada subsidi minyak, berbanding dengan pemandu Proton Saga. Selain minyak, tepung, gula, dan barang-barang lain disubsidikan untuk semua rakyat tidak mengira tahap pendapatan.

Untuk memanfaatkan orang yang memerlukan, subsidi harus disalurkan terus kepada orang miskin. Menurut anggaran PR, jika susidi disalurkan dengan terus, 1 juta isi rumah termiskin bakal menerima RM25,000 setahun.

Sistem kebajikan yang lebih berkesan harus diamalkan. Selain daripada membekalkan pendidikan dan kemudahan kesihatan kepada rakyat, kerajaan harus menyediakan tahap kehidupan asas kepada semua rakyat –terutama dalam iklim ekonomi yang semakin memudaratkan.

Bajet alternatif berusaha memastikan bahawa setiap rakyat Malaysia layak menikmati tahap kesejahteraan, walau miskin atau kaya.

Duit anda, anda belanjakanlah!

Fokus Bajet Alternatif kali ini kemungkinan melibatkan dasar tender terbuka untuk meningkatkan produktiviti, memupuk kecemerlangan perkhidmatan awam dan mengurangkan karenah birokrasi, mengkaji semula konsesi yang berat sebelah untuk meningkatkan daya saing, cadangan untuk projek perumahan “bina, baru jual”, serta desentralisasi fiskal.

Bajet Alternatif 2012 bakal menjadi dokumen polisi unik yang mempamerkan solidariti parti-parti Pakatan Rakyat. Ia juga melambangkan keyakinan parti-parti PR terhadap Dasar Bersama PR.

Kejayaan ini hasil kerjasama parti komponen yang masing-masing memegang pelbagai ideologi ekonomi untuk mencapai persetujuan tentang sebuah dokumen sepenting belanjawan negara.

Perpaduan PR semakin kukuh selepas perjuangan Bersih 2.0, mendorong PR kini mengembangkan idea-idea di dalam Buku Jingga dan mengambil langkah awal menggubal polisi seakan-akan ia menjadi kerajaan.

Menjelang pilihan raya, penyatuan menjadi sasaran utama gabungan PR. Rakyat perlu ketepikan isu remeh serta isu emosi yang tidak akan membantu kewangan keluarga dan masyarakat.

Sudah tentu para pengundi yang sedang memerhatikan Pakatan Rakyat amat mengalu-alukan pembaharuan ekonomi yang PR bawakan kerana Najib telah gagal melaksanakan apa yang dijanjikannya selama ini. – Roketkini.com

Tuesday, September 13, 2011

Peniaga Cina bantah pengurangan subsidi

Lebih 80 peratus daripada komuniti perniagaan Cina yakin bahawa pengurangan subsidi akan menyebabkan inflasi yang lebih tinggi dalam jangka masa terdekat.

Dan, walaupun bersikap optimistik mengenai prospek ekonomi antara sekarang hingga 2013, mereka menjangkakan pertumbuhan yang lebih perlahan akan diumumkan bagi separuh pertama tahun ini.

Ini berdasarkan polisi kerajaan, persaingan domestik, peningkatan kos operasi dan harga bahan mentah serta kekurangan sumber manusia.

Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM) president William ChengPerkara itu adalah antara penemuan kaji selidik yang dibentangkan oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) pada sidang akhbar hari ini.

"Kira-kira 73 peratus daripada responden mendakwa bahawa pengurangan subsidi akan memberi kesan negatif ke atas perniagaan," kata laporan yang dibentangkan oleh presidennya Tan Sri William Cheng dan ketua jawatankuasa perdagangan Leong Kai Kin.

Cheng berkata, terdapat banyak kebimbangan tentang kos sara hidup yang memuncak akibat harga makanan yang semakin meningkat dan pelarasan skim subsidi. Menurutnya,"mengawal tekanan inflasi akan menjadi cabaran terbesar bagi kerajaan".

Kaji selidik itu menyaksikan 670 borang dihantar. Daripada jumlah itu, 286 atau 42.7 peratus dikembalikan.

Responden terdiri daripada mereka di sektor pembuatan, perkhidmatan profesional dan perniagaan, sektor pemborongan, peruncitan, pembinaan, pertanian, perhutanan dan perikanan.-mk-

Sunday, August 21, 2011

Kuih 50 sen sebiji

KUALA LUMPUR: Mahal. Itulah rungutan yang diterima daripada pengunjung bazar Ramadan sekitar Bangsar, di sini, dan beberapa bazar lain sekitar ibu kota.

Difahamkan, semua harga makanan dan minuman naik mendadak sehingga mendatangkan rasa tidak puas hati di kalangan pembeli terutama yang berpendapatan rendah.


Jika dulu, sebiji kuih dijual dengan harga 30 sen kini naik kepada 40 sen hingga 50 sen bergantung kepada saiz dan jenis, manakala pelbagai jenis nasi turut mengalami kenaikan ketara seperti nasi kerabu dijual pada RM4 tahun lalu kini RM6 sebungkus.

Malah, tinjauan Harian Metro ke beberapa bazar di sini, mendapati harga ikan pari dijual RM8 (tahun lepas RM7), murtabak RM3 (RM2.50), ayam percik RM3 atau RM4 (RM2).


Pengunjung, Siti Haslina Hamzah, 30, berkata, dia tidak menolak kemungkinan peniaga kuih dan lauk menaikkan harga jualan berikutan barang keperluan asas seperti gula dan minyak masak mengalami peningkatan harga.


Katanya, peningkatan itu bukanlah alasan utama mereka untuk menaikkan harga sesuka hati dan ini seakan mengambil peluang ke atas pembeli yang sanggup membeli apa saja sempena Ramadan ini.

“Saya rasa peniaga tidak patut menaikkan harga kuih kerana mereka sudah mendapat keuntungan, semua barang dibeli dengan harga pukal bukannya runcit, jadi tak timbul isu modal berlebihan dan sebagainya,” katanya.


Pengunjung Wan Nasuha Wan Kadir, 25, berkata dia sudah berkunjung ke beberapa bazar Ramadan sekitar ibu kota dan mendapati kebanyakan harga nasi dan kuih dijual dengan harga tidak selaras yang mana ada antaranya dijual terlalu mahal.

“Saya ada tinjau harga ayam golek di beberapa bazar Ramadan, kebanyakannya dijual pada harga RM18 seekor namun ada juga yang mencecah RM25. Ini menunjukkan peniaga sewenang-wenangnya menetapkan harga jualan mereka sendiri.


“Sudahlah harga mahal, ada sebahagian peniaga mengambil kesempatan dengan mengecilkan saiz kuih untuk menjimatkan kos dan ini memang tidak adil kepada pembeli,” katanya.


Katanya, pengguna memahami mengenai kenaikan kebanyakan harga barang kini tetapi adalah tidak adil jika harga dinaikkan sesuka hati tanpa memikirkan kesannya kepada pembeli.

Thursday, August 18, 2011

Air laici restoran Mamak RM5.30 segelas?

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2011— Sebuah restoran Mamak di ibu negara didapati cuba mengambil keuntungan secara berlebihan dengan mengenakan harga RM5.30 bagi segelas air laici.

Dipetik Bernama Online, seorang pengadu memberitahu hari ini, ketika mendapat bil setelah makan di sebuah restoran Mamak di sini baru-baru ini, beliau terkejut dengan harga bagi segelas air laici itu.

Katanya apabila ditanya seorang pekerja, beliau diberitahu bahawa harga itu ditetapkan oleh pengusaha restoran seperti yang tercatat pada senarai harga makanan dan minuman di restoran itu.

Pengadu berkenaan berkata beliau hairan dan kesal kerana harga segelas air laici yang ditetapkan itu lebih mahal daripada setin laici hancur yang harganya tidak melebihi RM3 satu tin.

Sehubungan itu, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) ketika dihubungi menggesa pengusaha restoran India Muslim di negara ini bertindak lebih rasional dalam meletakkan harga makanan dan minuman agar tidak mengaut keuntungan berlebihan sehingga membebankan pengguna.

Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abd Rahman berkata, walaupun harga makanan dan minuman bukan di bawah barangan kawalan, ini tidak bermakna peniaga boleh sewenang-wenangnya meletakkan harga yang tidak berpatutan kepada para pelanggan yang datang menjamu selera ke restoran mereka.

“Mereka juga perlu sedar, bahawa jika didapati bersalah dalam hal ini (mengaut keuntungan berlebihan) mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan yang dikuatkuasakan April lepas,” katanya.

Mohd Yusof turut menasihatkan pengguna supaya memboikot mana-mana restoran yang didapati meletakkan harga yang tidak munasabah sebagai pengajaran kepada pengusaha restoran tersebut.

“Jika ramai daripada pengguna yang tidak lagi pergi ke restoran mereka, sudah pasti mereka akan menanggung kerugian sekaligus ini dapat memaksa mereka menurunkan harga atau meletakkan harga yang lebih setimpal,” katanya.

Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan India Muslim Malaysia, Datuk Jamarul Khan Kader turut berpandangan bahawa pengguna seharusnya lebih bijak dalam memilih restoran yang menyediakan harga makanan dan minuman yang berpatutan.

“Sekiranya tidak pasti, pelanggan boleh merujuk kepada menu yang disediakan, dan jika ada masalah seperti harga tidak sama seperti dalam menu, harga tidak jelas atau tiada tanda harga di restoran tersebut, mereka boleh terus mengadu kepada KPDKNN bagi memastikan mereka tidak teraniaya.

“Kita mengakui, mungkin ada segelintir restoran yang mengenakan kadar harga yang agak tinggi, tapi ini bergantung kepada lokasi restoran, kualiti serta kuantiti makanan dan minuman yang disediakan.

“Justeru, kita nasihatkan, kalau pengguna rasa terbeban atau teraniaya boleh mengadu terus kepada kerajaan, sebab kita pun tak seronok mahu berniaga jika pelanggan mengalami kerugian atau akhirnya memboikot untuk tidak ke restoran Mamak lagi,” katanya ketika dihubungi.

Sunday, June 5, 2011

Harga barang dijangka naik

Pengguna bakal menerima kesan kenaikan harga pelbagai barangan di pasaran susulan langkah kerajaan memansuhkan subsidi diesel super berkuat kuasa 1 Jun lepas.

Berikutan kenaikan itu, Persatuan Lori-lori Pengangkutan Sarawak akan menyerap kenaikan kos operasi perniagaan mereka dengan mengenakan caj tambahan antara 20 hingga 30 peratus.

Presidennya, Jong Foh Jit berkata pihaknya tidak mempunyai pilihan lain apabila perlu membayar diesel RM1.80 seliter berbanding RM1.48 sebelum ini.

Malah, kos operasi membabitkan persatuan yang mempunyai keahlian kira-kira 400 syarikat itu turut meningkat setelah pelbagai alat ganti kenderaan seperti bateri dan tayar naik harga sebelum ini.

“Pada akhirnya tindakan kerajaan menghapuskan subsidi akan diterima kesannya oleh orang ramai kerana barang-barang lain juga akan naik harga selepas ini,” katanya pada 3 Jun lalu, ketika dihubungi bagi mengesahkan kenaikan kos pengangkutan yang pernah diumumkan beliau sebelum ini.

Kerajaan menghapuskan subsidi diesel super yang dinikmati lori komersial kerana beranggapan hanya kenderaan individu dan kenderaan berkepentingan orang ramai sahaja wajar menikmati kemudahan itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini bermakna lori komersial perlu membayar RM1.80 seliter diesel berbanding RM1.48 semasa menikmati subsidi diesel super.

Jong yang juga Presiden Persatuan Pemilik Lori Se-Malaysia berkata, beberapa syarikat lori pengangkutan telah memeterai perjanjian dengan pelanggan dan mengenakan caj berdasarkan harga lama bahan api.

Katanya, ini sudah pasti akan menyebabkan syarikat tersebut mengalami kerugian.

“Kerajaan sewajarnya mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit agar tidak mendatangkan kerugian terhadap syarikat-syarikat yang baru menandatangani perjanjian,” katanya

Tuesday, May 3, 2011

Now Eveyone can not fly

AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah, akan memperkenalkan semula surcaj bahan api bagi semua laluan domestik dan antarabangsanya mulai 3 Mei bagi mengimbangi peningkatan harga bahan api jet.

Setakat ini, harga mengatasi paras AS$140 (AS$1=RM2.96) setong.

“Kenaikan harga bahan api jet dan kitaran meningkat berterusan yang disebabkan situasi di Timur Tengah dan faktor-faktor luar lain telah memaksa kami untuk memperkenalkan semula surcaj bahan api,” kata Ketua Komersil Serantaunya Kathleen Tan dalam satu kenyataan di sini.

Bagaimanapun beliau berkata AirAsia akan terus memastikan tambangnya kekal rendah meskipun surcaj bahan api.

Beliau juga berkata semua tempahan penerbangan sebelum 3 Mei tidak akan terlibat dengan sucaj bahan api itu.

Sementara itu, beliau berkata perkongsian syarikat penerbangan tersebut dengan Expedia, agensi perjalanan dalam talian dunia, baru-baru ini, yang ketika sedang dalam perancangan akan meningkatkan lagi pendapatanya bagi pendapatan sampingan. — Bernama

Sunday, May 1, 2011

Harga minuman di Bintulu naik

Mohamad (empat kiri) mendengar penjelasan Hii (dua kiri). Turut kelihatan, Timbalan Ketua PPDNK Bintulu Muhammad Daud Ali (dua kanan) dan Pengerusi PPPM Bintulu Datuk Tie Teck Hung (kanan).

Masdar Wahid

Bintulu : Harga minuman yang dijual di kedai kopi dan restoran berdaftar di bahagian Bintulu dinaikan bermula hari ini, kata Pengerusi Persatuan Peniaga Kedai Kopi dan Restoran Bintulu, Donny Hii.

Menurutnya, kenaikan harga minuman itu terpaksa dinaikan berikutan kos perbelanjaan peniaga kian meningkat.

“Kenaikan harga minuman berlaku kerana taraf hidup (penduduk) yang semakin tinggi lebih-lebih lagi harga bahan mentah juga naik.

“Mulai 1 Mei semua peniaga yang berdaftar boleh menggunakan harga baru yang tersenarai pada Jadual Persatuan Peniaga Kedai Kopi dan Restoran Bintulu," katanya pada 30 April lalu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan berapa peratuskah jumlah kenaikan harga minuman di daerah itu yang mempunyai kira-kira 200 kedai kopi.

Keterangan lanjut boleh menghubungi Donny menerusi talian 019-886 2827.

Pada 25 Februari lalu, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Bintulu, Mohamad Drahman menafikan pandangan Pakatan Rakyat bahawa penangguhan kenaikan harga minuman di Bintulu kerana pilihanraya Sarawak kian hampir.

Pilihanraya Sarawak berlangsung pada 6 hingga 16 April lalu dengan pembubarannya pada 21 Mac, tetapi diumumkan lebih awal oleh Ketua Menteri paling lama di Malaysia, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 19 Mac lalu.

Sebelum ini, harga secawan teh atau kopi di bandar Sibu, Kanowit, Selangau dan Machan turut dinaikkan antara 10 hingga 30 sen sejak 15 Januari lalu.

Pengerusi Persatuan Pemilik Kedai Kopi dan Restoran Sibu, Tong Ink Kon berkata, keputusan itu di buat selepas perbincangan dengan dengan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sibu.

“Gula bukan semestinya ramuan utama tetapi kenaikan harga susu dan produk susu juga dipertimbangkan. Harga barangan itu naik mendadak sejak beberapa tahun lalu.

“Juga faktor lain seperti sewa kedai, gaji, gas dan tarif elektrik sudah naik dan ini meningkatkan kos operasi kami,” katanya pada 8 Januari lalu.

Thursday, July 15, 2010

Barang Naik (BN) Lagi... Trima kasih la yer.... jom undi BN

Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.(16 Julai 2010)

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.

Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.

Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.

Berikut adalah harga baru:

* Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
* Diesel - RM1.75 seliter.
* Gula - RM1.70 sekilogram
* Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)


Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.




PM sebut 'pelarasan harga' jimat RM750j tahun ini, Jul 15, 10 8:09pm


Berikut adalah kenyataan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keputusan kabinet mengenai harga bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.

Sejak mengambil alih teraju kepimpinan negara pada tahun lepas, kerajaan di bawah pimpinan saya telah memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi.

Kita telah membuka sektor-sektor penting dalam ekonomi untuk pelabur asing, menyediakan persekitaran pelaburan yang lebih kondusif, mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 24 bilion, mengurangkan pembaziran dan menangani ketidakcekapan. Hasilnya, kita dapat melihat kebangkitan ekonomi dengan pertumbuhan sebanyak 10.1% dalam suku pertama 2010, pencapaian terbaik kita dalam dekad ini.

Ketika mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-10, saya telah mengatakan bahawa matlamat negara bukanlah semata-mata untuk mengeluarkan kita dari krisis ekonomi. Cita-cita kita untuk negara dan masyarakat adalah lebih tinggi dari itu. Kita ingin menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing untuk meningkatkan kesejahteraan kerana rakyat.

Model Baru Ekonomi (MBE) memperuntukkan cadangan untuk melabur dan mengembangkan sektor strategik yang penting, mengemas kini infrastruktur dan mewujudkan peluang pelaburan bagi sektor swasta yang bertujuan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar. Namun begitu, pertumbuhan sahaja tidak akan membantu kita mencapai matlamat MBE. Kerajaan telah menyatakan bahawa kita mesti mengkaji semula pemberian subsidi bagi mengelak herotan dalam dagangan. Ia bagi memastikan subsidi diberikan kepada golongan yang layak dan membolehkan lebih banyak hasil negara digunakan untuk pelaburan yang akan memberikan faedah jangka panjang bagi keseluruhan rakyat.

Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. [tm1] Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Keputusan untuk menyelaraskan harga minyak dan gula ini khususnya diasaskan daripada tiga perkara penting:

a. Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah.

b. Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini.

c. Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat.

7. Ini adalah sebahagian dari sebab kenapa kerajaan memilih untuk menyelaraskan semula harga gula dan bahan bakar. Sebaliknya, subsidi bagi bidang pelajaran dan kesihatan akan terus dipertahankan. Ini adalah bidang perkara yang penting bagi negara di mana kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan.

8. Keputusan untuk menyemak semula pemberian subsidi ini dibuat bersama rakyat melalui aktiviti yang dijalankan di bawah Program Rasionalisasi Subsidi. Kerajaan telah mengadakan proses perundingan dengan rakyat sebelum membuat keputusan ini. Tidak lagi hanya dengan pembuat dasar di Putrajaya, tetapi beribu-ribu rakyat Malaysia melalui Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi, undian on-line, undian pesanan ringkas dan borang maklum balas menyatakan sokongan bagi menyemak semula pemberian subsidi secara berperingkat.

9. Berdasarkan proses ini, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak 5 sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal. Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.

10. Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih lagi membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini masih lagi yang paling rendah di rantau ini walaupun adanya penyelarasan harga ini.

11. Selain itu, penyelarasan harga barang ini akan menyumbang kepada usaha kita untuk mengukuhkan urusan kewangan kerajaan iaitu mengurangkan defisit kewangan negara. Ia membolehkan kita menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor yang lebih penting seperti pendidikan dan kesihatan. Ini termasuklah pengumuman kerajaan baru-baru ini bahawa semua pelajar yang mendapat 9A+ dan pelajar miskin yang layak mendapat biasiswa dan meningkatkan perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan seperti Klinik 1Malaysia, termasuk klinik bergerak 1Malaysia. Selain itu, kerajaan akan meneruskan Projek Penyeragaman Harga Barang Perlu di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan beban rakyat luar bandar.

12. Sebenarnya, penyelarasan harga bahan api dan gula ini adalah yang paling minima berbanding dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi di antara kepentingan rakyat dan keperluan menguruskan defisit negara.