JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, October 26, 2011

Kad Prabayar RM10 kini berharga RM10.60

KUALA LUMPUR: Beberapa kedai prabayar kad tambah nilai telefon mudah alih dikesan mengenakan bayaran tambahan 60 sen walaupun empat syarikat pengendali utama telekomunikasi bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus pada September lalu.

Peniaga didapati menjual kad prabayar dengan harga RM10.60, berbanding harga asal RM10.

Tindakan peniaga terbabit sudah pasti membebankan pengguna walaupun isu caj cukai perkhidmatan itu masih dalam kajian semula Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Kegiatan itu bukan saja berlaku di sekitar Lembah Klang, sebaliknya di beberapa negeri seperti Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Seorang wartawan yang membeli kad prabayar di sebuah kedai runcit di Seksyen Tujuh, Bandar Baru Bangi turut dikenakan bayaran tambahan 60 sen ketika membeli kad prabayar berharga RM10.Peniaga yang menjual kad prabayar terbabit ketika ditanya tindakannya mengenakan bayaran tambahan itu enggan memberi penjelasan.

Pelajar, Noor Atiqah Sulaiman, 18, berkata beliau berasa tertipu apabila dikenakan bayaran tambahan 60 sen ketika membeli kad prabayar berharga RM10 di kedai terbabit.

“Pada mulanya saya ingatkan peniaga terbabit mengenakan bayaran tambahan itu selepas kerajaan menaikkan caj cukai perkhidmatan enam peratus, tetapi selepas saya semak di laman web syarikat telekomunikasi, saya dapati pelaksanaannya masih ditangguhkan,” katanya.Noordayana Noordin, 23, dari Jengka, Pahang, pula berkata beliau terkejut perlu membayar RM10.60 ketika membeli kad prabayar di sebuah kedai di Terminal Bas Sementara Bandar Tun Abdul Razak.

“Saya ada bertanya kepada peniaga sama ada ia berkaitan dengan caj cukai perkhidmatan atau keuntungan sendiri namun peniaga tidak memberi seberang jawapan,” katanya yang masih menuntut di Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) Jengka, Pahang.

Seorang pengguna dari Bukit Kuang, Kemaman, Terengganu, Faidrus Aszmi Suhaimi, 27, berkata beberapa kedai runcit di bandar terbabit seakan kebal dari tindakan undang-undang mengenakan bayaran tambahan itu, tanpa dikenakan tindakan pihak berkuasa.

“Kerajaan perlu memberi perhatian serius bagi mengelak pengguna menanggung kos yang tidak sepatutnya dikenakan. Saya yakin ramai peniaga yang mengenakan bayaran itu,” katanya.

Mohd Ridhuan Mohamed, 25, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan, juga terpaksa membayar RM10.60 di sebuah kedai di medan selera berdekatan rumahnya dan menyifatkan tindakan peniaga terbabit sebagai tidak masuk akal.

Pada 13 September lalu media melaporkan empat syarikat pengendali utama telekomunikasi di negara ini bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar dikuatkuasa 15 September.Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata persetujuan itu diputuskan secara bersama oleh empat syarikat terbabit selepas mengadakan perbincangan bersama kementerian itu di pejabatnya di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Rais juga mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar memberikan hadiah kepada empat syarikat pengendali utama telekomunikasi yang bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan itu.

Difahamkan, caj itu tetap ditanggung pengguna selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum akan datang jika Umno BN tidak kalah.

Najib sebelum ini menafi terlibat menaikan cukai itu, namun selepas pimpinan Pakatan Rakyat mendedahkan beliau ada mengatakannya dalam belanjawan 2010, Najib terus membisu mengenainya.

No comments: