Tawau: Umno will not guarantee the Barisan Nasional (BN) victory in areas where the majority of voters are Bumiputera in the coming 13th General Election if the seats are not given to the party to contest.
Umno Tawau Chief, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, said the party here would be lobbying all out for the Tawau parliamentary seat that was won by former BN component party, Sabah Progressive Party (SAPP), to be given to Umno.
"This is because the majority of the voters in Tawau are Bumiputera," he said when officiating at the Umno clustered branch general meeting, here, Monday.
The Tawau parliamentary constituency at the moment has about 42,000 registered voters.
Tawfiq, who is also Finance Assistant Minister, meanwhile urged all Umno branch leaders here to be proactive in identifying and registering qualified youths as voters.
He said Tawau Umno currently has 173 branches, of which 170 are qualified to conduct general meetings.
He said there are another 18 new branches with 1,010 members that are waiting for approval by the central office.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Wednesday, April 25, 2012
Saturday, April 21, 2012
SAPP-Star khianati Anwar
Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menyatakan kesediaan untuk memberi laluan kepada SAPP-Star untuk bertanding di kerusi yang sebelum ini ditandingi KEADILAN di negeri itu, namun kedua-dua parti itu jelas tidak menghormati Ketua Pembangkang itu.Terbaru, bekas anggota KEADILAN yang berpaling tadah dan terkenal dengan sikap melompat parti dengan kini menjadi Pengerusi Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan membayangkan partinya akan bertanding di 60 kerusi DUN di negeri itu.
Bukan setakat itu, Jeffrey juga menunjukan keegoannya apabila menegaskan akan bertanding di ke semua 25 kerusi Parlimen di negeri itu.
Suatu hakikat yang pasti, bukan mudah untuk sebuah parti baru bertanding di ke semua kawasan kerana ia memerlukan perbelanjaan besar.
Melainkanlah Jeffrey mendapat 'bantuan' daripada abangnya, Datuk Seri Pairin Kitingan.
Pairin ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS-BN), sekutu kedua terbesar BN di negeri itu.Jeffrey sebelum ini merupakan anggota PBS sebelum meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), sebuah parti serpihan PBS.
Ada yang melihat penyertaan Jeffrey ke PBRS untuk menggabungkan kedua-dua parti itu untuk memperkukuhkan kedudukan abangnya dalam PBS.
Dalam PBRS, Jeffrey pernah cuba merampas jawatan Presiden, selepas gagal, dia merajuk dan keluar parti dan cuba menyertai Umno.
Selepas Umno menolaknya, barulah Jeffrey menyertai KEADILAN selepas melihat kerjaya politiknya kian suram dengan beliau turut kalah pada PRU 2004.
Dalam KEADILAN, bukan lagi rahsia apabila Jeffrey turut bertelagah hampir ke semua bekas Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri (MPN) termasuk pimpinan KEADILAN Pusat, Saifuddin Nasution Ismail, Azmin Ali, Fuziah Salleh yang dihantar sendiri ke Sabah oleh Anwar.
Jeffrey hanya diam seketika semasa Anwar memangku jawatan MPN Sabah.Ada cakap-cakap politik di internet dan dalam kalangan pimpinan Pakatan Rakyat Sabah bahawa Jeffrey juga sengaja bertanding di Parlimen Keningau pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu bagi mengelakan kawasan itu dirampas Pakatan Rakyat.
Sekurang-kurangnya jika abangnya kalah di situ, kawasan itu masih diwakili beliau dan sebab itu juga mengapa DAP Sabah beriya-iya meletak calon di kerusi itu kerana sudah menghidu taktik Jeffrey.
Sesuatu yang tidak dapat dilupakan juga ialah semasa Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina, anjuran KEADILAN Kota Kinabalu sebelum ini, Jeffrey turut hadir dalam program dengan Anwar juga menunjukan komitmen untuk bekerjasama dengan semua parti pembangkang Sabah termasuk Star.
Malangnya, tidak lama selepas majlis itu berakhir, muncul berita anggota KEADILAN 'dicuri' oleh Star dalam Cabang Kota Belud.Kota Belud antara Cabang KEADILAN yang kian aktif dengan kerjasama erat parti itu bersama PAS di situ.
Malah, Parlimen Kota Belud yang diwakili Datuk Abdul Rahman Dahlan adalah antara kerusi yang disasar Pakatan Rakyat untuk menang kerana ada banyak 'bukti menarik' untuk menumbangkan calon Umno itu.
Adalah sesuatu yang malang, Star enggan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam keadaan Pilihan Raya Umum kian hampir.
Kecualilah Star memang dibentuk dengan sengaja untuk memecah belahkan pembangkang di negeri itu.Kita jangan lupa, pada PRU lalu, Jeffrey antara yang terlibat dengan perbincangan kerusi dengan pembangkang di Sabah.
Namun, beliau gagal yang menyaksikan Umno BN menang mudah dengan menang 59 daripada 60 kerusi DUN dan 24 daripada 25 kerusi Parlimen.
Antara sebabnya kerana parti pembangkang di Sabah bertembung sesama sendiri termasuk yang menyaksikan 8 penjuru dalam sesebuah kawasan dan yang tertinggi di seluruh negara.
Pada PRU lalu, 12 kerusi DUN atau satu pertiga daripadanya dimenangi oleh BN dengan majoriti tipis.
Malah kesemua 12 kerusi DUN itu jika menyaksikan satu lawan satu, jumlah undi rakyat terhadap parti-parti pembangkang melebihi jumlah undi yang dimenangi Umno BN.
Star berasal dari Sarawak yang diasaskan oleh Dr Patau Rubis dan kini dikembangkan Dr Jeffrey ke Sabah.
Bagi SAPP pula, parti pimpinan Yong Teck Lee ini juga pernah mensasarkan mahu bertanding lebih 45 daripada 60 kerusi DUN dengan bakinya terserah kepada KEADILAN, PAS dan DAP.Walaupun SAPP juga pernah menunjukan komitmen untuk bersama Pakatan Rakyat, namun kita jangan lupa SAPP juga bertanding disaat-saat akhir menentang KEADILAN-Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi sebelum ini.
Malah, Yong sendiri adalah calon SAPP di situ yang menyaksikan parti itu menduduki tangga tercorot termasuk memburukan KEADILAN-Pakatan dalam kepen PRK itu.
Sudah tiba masanya, Pakatan Rakyat mengumum bahawa gabungan itu hanya dalam kalangan KEADILAN, PAS dan DAP dan selesai serta umumkan segera agihan kerusi kamu dan memperkemaskan gerak kerja penerangan.
Jangan dilayan lagi parti seperti SAPP-Star ini kerana ia hanya membazirkan masa dalam keadaan Parlimen akan dibubar penghujung Mei ini atau awal Jun depan.
Pakatan harus ingat, selain SAPP-Star, Umno BN juga menaja beberapa parti pembangkang di negeri itu untuk memecah belahkan pembangkang.
Parti ini termasuklah Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK), Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA) dan Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) yang hanya mencul menjelang PRU.
Ke semua parti ini kita tidak pernah dengar mengadakan sebarang kongres atau himpunan untuk pemilihan pemimpinnnya, namun ada wang pula bertanding di semua kawasan setiap kali ada PRU.
Bersekutu diasaskan oleh Datuk Harris Salleh yang juga rakan rapat Tun Dr Mahathir dengan logo partinya ada lambang dacing.
Manakala Setia kini menukar nama kepada Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) pada 23 Mac tahun lalu dan akan bertaning di kerusi tertentu di Kedah khasnya di kawasan PAS dan KEADILAN.
Sama seperti Star, dari mana semua parti-parti ini dapat dana? dan mampu pula bertanding di semua kerusi di Sabah yang tidak sedikit perbelanjaan untuk menaja kesemua calon mereka.
Itu tidak termasuk parti serpihan Usno, Parti Perpaduan Rakyat Sabah yang dikaitkan dengan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERSB) dan Parti Kebenaran Sabah (PKS) yang kini menyokong BN. tidak hairan aoabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) bersedia melulus 12 parti baru di Sabah baru-baru ini.
Rakyat Sabah khasnya golongan muda sudah tidak sabar untuk menumbangkan Umno BN di negeri itu, namun mereka menyampah dengan pertelagahan yang tiada kesudahan ini.
Penulis sekadar meluahkan suara mereka dan terpulanglah kepada pimpinan Pakatan Rakyat negeri dan pusat untuk bertindak.
Monday, April 16, 2012
Menanti sikap berlapang dada SAPP-Star
KOTA KINABALU - PKR bersedia melepaskan beberapa kerusi yang pernah ditandingi parti itu pada pilihan raya umum lepas untuk memberi laluan kepada parti pembangkang di Sabah, khususnya Parti Maju Sabah (Sapp) bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR berpendapat pembangkang akan mempunyai peluang lebih cerah pada PRU13 jika wujud perlawanan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).
"Kita (PKR) bersetuju untuk melepaskan beberapa kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum lepas untuk memberi laluan kepada parti pembangkang di Sabah, khususnya Sapp.
"Kita juga sedang dalam perundingan dengan beberapa tokoh politik di Sabah untuk tujuan yang sama dalam kita mewujudkan perlawanan satu lawan satu dengan BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sebuah forum ekonomi di Tanjung Aru dekat sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menamakan tokoh-tokoh yang dimaksudkan kerana masih dalam proses perundingan.
Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, berharap parti-parti lain dalam pakatan pembangkang juga menunjukkan keterbukaan dan tidak sesekali membuat kenyataan yang dilihat "agak sombong" mengenai parti pembangkang lain di Sabah kerana tujuan parti-parti pembangkang berkenaan adalah sama.
Selain PKR, Pakatan Rakyat (PR) turut dianggotai oleh Pas dan DAP.
"Bagaimanapun, kita berharap parti pembangkang di Sabah turut mendukung perjuangan Pakatan Rakyat dan tidak mengamalkan politik yang bersifat kenegerian.
"Saya sendiri memantau trend politik di Sabah yang berpaksikan perjuangan kenegerian. Bagi Pakatan, apa yang penting ialah perjuangan untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan keturunan," katanya.
Ketika ditanya sama ada PR mengenal pasti pemimpin untuk dijadikan sebagai ketua menteri Sabah jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, Anwar berkata: "Kita dalam Pakatan Rakyat sentiasa berunding.”
“Apabila tiba masanya, mereka sendiri (PR dan parti pembangkang di Sabah) akan mencadangkannya."
Mengenai janji PKR untuk menghapuskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTPN) jika PR memerintah, Anwar berkata, beliau yakin perkara itu boleh dilaksanakan. – Bernama

Friday, April 13, 2012
Skandal NFC versi Sabah sudah bermula
Skandal NFC versi Sabah sudah bemula. Nantikan pendedahan lebih menarik setiap minggu selepas ini.
Bahagian 1. Laman pembocor maklumat Sarawak Report hari ini mendedahkan dokumen bagi menangkis penafian Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bahawa beliau tiada kena mengena dengan orang tengah pembalakan Michael Chia.
Dokumen yang disiarkan itu menunjukkan arahan tersedia (standing order) bank untuk mendepositkan beberapa ribu dolar Amerika Syarikat (AS) untuk pendidikan anak ketua menteri di Perth, Australia.
Dokumen itu dikatakan bocor daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan menyiasatnya sebelum ini tetapi tidak berakhir dengan pendakwaan.
Akaun bank Chia juga menunjukkannya menerima ratusan ribu dolar AS daripada syarikat berpangkalan di Hong Kong Borion Enterprise, yang antaranya dimiliki hartawan balak Sarawak Ting Pek King.
"Ia menimbulkan persoalan kenapa keluargga Ting Pek King membayar sejumlah besar wang kepada akaun bank Micheal Chia? Akaun yang juga digunakan untuk mendanai anak lelaki Musa Aman di Australia," katanya.
Bahagian 1. Laman pembocor maklumat Sarawak Report hari ini mendedahkan dokumen bagi menangkis penafian Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bahawa beliau tiada kena mengena dengan orang tengah pembalakan Michael Chia.
Dokumen yang disiarkan itu menunjukkan arahan tersedia (standing order) bank untuk mendepositkan beberapa ribu dolar Amerika Syarikat (AS) untuk pendidikan anak ketua menteri di Perth, Australia.
Dokumen itu dikatakan bocor daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan menyiasatnya sebelum ini tetapi tidak berakhir dengan pendakwaan.Akaun bank Chia juga menunjukkannya menerima ratusan ribu dolar AS daripada syarikat berpangkalan di Hong Kong Borion Enterprise, yang antaranya dimiliki hartawan balak Sarawak Ting Pek King.
"Ia menimbulkan persoalan kenapa keluargga Ting Pek King membayar sejumlah besar wang kepada akaun bank Micheal Chia? Akaun yang juga digunakan untuk mendanai anak lelaki Musa Aman di Australia," katanya.
Pegawai SPR jahil undang-undang, kata Pengerusinya
Semua pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka disaran memahami sepenuhnya undang-undang pilihan raya memandangkan pilihan raya umum ke-13 dijangka sengit.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini kerana parti pemerintah Barisan Nasional sudah pasti akan berusaha habis-habisan untuk mengekalkan kerusi yang disandangnya serta memenangi semula kerusi yang dikuasai pembangkang dan pembangkang juga akan bertindak serupa dan sudah tentu akan cuba menawan lebih banyak kerusi daripada BN untuk mencapai cita-cita mereka mengambil alih pentadbiran negara.
"Jadi, pilihan raya umum kali ini akan menyaksikan pertandingan sengit. Oleh itu, semua pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka perlu mengetahui sepenuhnya undang-undang untuk membolehkan mereka menangani sebarang isu, aduan atau perasaan tidak puas hati yang dikemukakan, terutama pada hari penamaan calon dan pengundian," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan kursus dua hari bagi 79 pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka pada 12 April lalu sebagai persiapan mengendalikan pilihan raya bagi 16 kerusi parlimen di wilayah tengah Sarawak.

Mubarak tambahkan krisis BN
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) mahu bekas wakil rakyat tertentu dipertimbangkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.
Presiden MUBARAK Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata untuk itu, pihaknya akan menyerahkan senarai nama bekas wakil rakyat itu, terutama anggota Mubarak kepada pucuk pimpinan BN untuk pertimbangan.
"Kita bukan hendak berlawan dengan pemimpin-pemimpin parti, kita buat apa yang kita patut buat dengan cara sukarela dan kalau calon ini (ahli Muabarak) sesuai dan boleh menang, maka kita akan ketengahkan," kata beliau kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama MUBARAK 4 April lalu.
Beliau berkata senarai nama calon berkelayakan itu, termasuk dari Sabah, kini di peringkat akhir penelitian.
Beliau berkata MUBARAK akan memberi sokongan padu kepada BN bagi memastikan parti gabungan itu mencapai kejayaan cemerlang pada PRU-13.

Tiga jenis barangan bersubsidi bernilai RM20,320 dirampas dari dua perahu di kawasan perairan Sabindo, dekat sini, selasa lepas.
Tiga barangan yang dirampas dalam pemeriksaan pada pukul 6.45 petang itu ialah 2,400 kilogram gula pasir, 92 tong gas memasak dan 900 kilogram daging beku yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran.
Timbalan pengarah Kastam Sabah Hamzah Sundang berkata rampasan itu dibuat apabila kedua-dua perahu itu gagal menunjukkan dokumen berkaitan barangan itu.
"Dua orang ditahan bagi membantu siasatan kes itu," katanya dalam kenyataan 5 April lalu.
Beliau meminta orang ramai terus memberi maklumat kepada agensi itu berhubung sebarang kegiatan penyeludupan bagi mambanteras kegiatan itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)