JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, September 29, 2009

UMNO BANGGA PERASUAH SEBAGAI CALON


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemilihan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang dibuat berdasarkan kehendak penduduk setempat (terpaksa pilih walaupun rasuah).

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pucuk pimpinan membuat tinjauan yang cukup rapi sampai ke peringkat akar umbi di kalangan orang Melayu, Cina dan India di kawasan itu.

Mereka menyatakan sokongan kepada Isa kerana sudah lama mengenali tokoh yang mesra rakyat itu dan sudah tahu jasa yang beliau lontarkan untuk orang-orang di Port Dickson serta Negeri Sembilan, katanya.

"Di atas dasar populariti dan juga atas kehendak orang tempatan, sebab itu saya bertanya mereka sendiri dalam ucapan saya tadi, saya tidak buat keputusan sendiri dan mereka katakan Isa! Isa! Isa!, tiga kali disebut, baru saya umumkan kerana itu adalah kehendak daripada pengundi di sini," katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri Bagan Pinang selepas mengumumkan nama Isa sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan itu telah berpihak kepada pengundi kerana ia merupakan satu pilihan raya kecil dan senarionya tidak sama dengan pilihan raya umum.

Isa, 59, pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 hingga Mac 2004.

"Walaupun mungkin dalam sejarah politik beliau (ada masalah), macam saya juga ada sejarah dan masalah, tapi rakyat tempatan, pengundi yang mengenali hati dan nurani beliau yakin beliau mampu," katanya.

Muhyiddin berkata beliau tahu pembangkang akan gunakan pelbagai isu terutama yang berkait rapat dengan isu politik wang Isa dahulu untuk menjatuhkan pemimpin itu.

Beliau melihat pilihan raya kecil itu merupakan peluang untuk kerajaan BN menjelaskan dasar-dasarnya, kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, gagasan 1Malaysia, usaha memulih ekonomi yang sedang berjalan di samping menerangkan keadaan masalah di peringkat tempatan dan nasional.

Timbalan Perdana Menteri yakin BN telah membuat keputusan yang tepat apabila meletakkan Isa sebagai calon dan berharap pengundi akan terus memberi peluang kepada BN untuk terus menjadi wakil bagi rakyat di Bagan Pinang.

"Kita akan teruskan usaha pembangunan kerana Bagan Pinang adalah satu kawasan yang strategik, sebahagian besarnya adalah Port Dickson sendiri, mempunyai potensi yang banyak, jadi kita bangunkan untuk pelancongan, perniagaan supaya ia jadi lebih maju lagi," katanya.

Beliau berkata pengalaman Isa akan dioptimumkan untuk memajukan kawasan itu kerana beliau arif dalam soal pentadbiran semasa berada dalam kerajaan pusat dan negeri.

-- BERNAMA

Pencuri tembaga kabel sasar Kampung luar bandar

TembagaCuri pic1 28.09.09

Penduduk Kampung Punggu dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman keresahan berikutan kehadiran kumpulan pencuri kabel di desa mereka semenjak bulan Ogos lalu.

Kumpulan terbabit mencuri komponen tembaga dalam saluran kabel yang digunakan sebagai wayar bumi di tiang utama penyalur bekalan elektrik berhampiran kampung penduduk terbabit.

“Kes ini mula-mula berlaku pada bulan Ogos tahun ini apabila lima orang lelaki dengan menggunakan kenderaan Pajero tiba di tiang elektrik utama perkampungan kami dan memberi alasan bahawa mahu memperbaiki sistem pendawaian elektrik di situ.

“Mereka kemudiannya menutup suis utama pada tiang elektrik terbabit menyebabkan ketiadaan bekalan elektrik bermula awal pagi hari berkenaan sehingga jam 3 pagi pada hari yang berikutnya,” dakwa seorang penduduk yan memperkenalkan dirinya sebagai Mei Biong.

Kejadian kedua menurut Mei kemudiannya berulang kembali tidak lama selepas itu apabila pihak yang tidak bertanggungjawab mencuri semula komponen tembaga dalam kabel wayar bumi pada tiang yang sama.

“Tindakan penjenayah itu menyebabkan bekalan elektrik putus dan kami kemudiaannya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengawasi sekitar tiang utama elektrik itu,” katanya.

Katanya, dua hari yang lalu penduduk kampung menurut beliau menyedari kehadiran seorang lelaki tidak dikenali yang cuba mengorek sesuatu di kawasan tiang elektrik utama berkenaan.

Apabila disoal oleh penduduk kampung, lelaki berkenaan menurut Mei memberitahu bahawa ia cuma menumpang teduh di perhentian bas berhampiran tiang elektrik berkenaan.

“Penduduk percaya lelaki itu cuba mencuri komponen tembaga di tiang terbabit. Setelah mendapati bahawa kehadiran dirinya dicurigai oleh penduduk kampung maka lelaki tersebut dipercayai terus beredar dari lokasi terbabit.

“Justeru kami penduduk kampung di sini berharap agar pihak berkuasa memberi perhatian serius terhadap masalah ini kerana dikhuatiri bahawa golongan terbabit mungkin akan melakukan tindakan yang sama di perkampungan penduduk yang lain,” katanya.

Kanak-kanak perempuan maut kemalangan jalanraya

Seorang kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Pesisir Pantai KM28 Sungai Uban, Beraya Bekenu pagi tadi.

Mangsa, Letitia Elaine Mocthar,4, yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala maut ditempat kejadian selepas tercampak keluar dari kereta Proton Saga yang dipandu oleh ibu saudaranya, 24

.eksiden1

Dalam kejadian sekitar jam 9.45 pagi tadi, mangsa bersama lima lagi penumpang termasuk kedua-dua ibu bapa, dua saudara dan ibu saudara dalam perjalanan pulang balik ke Miri dari Bekenu.

Sebaik sahaja tiba berhampiran Sungai Uban, pemandu dikatakan cuba memotong kenderaan di hadapan bagaimanapun terbabas ke bahu jalan dan terbalik ke dalam parit berhampiran jambatan Sungai Uban.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurut polis, semasa kejadian mangsa dipercayai duduk di pangkuan ayahnya, Mochtar Jagim 26 di tempat duduk hadapan penumpang.

Ibu mangsa Lina Lenggam 28 mengalami patah kaki kiri sementara yang lain hanya mengalami kecederaan ringan dan kini mendapat rawatan di Hospital Miri. sarawakupdate

TIGA PARTI BERMASALAH MAHU SERTAI REJIM BN

OLEH : MASDARWAHID

TIGA PARTI BERMASALAH SEMALAM DIKATAKAN MAHU SERTAI REJIM BN.

KE SEMUA PARTI2 ITU BERASASKAN KAUM INDIA IAITU IALAH KONGRES INDIA MUSLIM MALAYSIA (KIMMA), PARTI PROGRESIF INDIA (IPF) DAN PARTI MAKKAL SAKTHI.

IPF IALAH PARTI SERPIHAN MIC YANG DIPIMPIN OLEH G.PANDITHAN SEBELUM INI DAN PERNAH MENYERTAI PARTI PEMBANGKANG DALAM GAGASAN RAKYAT SEKITAR TAHUN 1990 BERSAMA PBS, SEMANGAT 46 DAN PAS.

PARTI ITU YANG KONONYA MEMPUNYAI PENYOKONG 300,000 TELAH MEMOHON MENYERTAI BN SEJAK 20 TAHUN LALU TETAPI DITOLAK ATAS DESAKAN PRESIDEN MIC, SAMY VELLU TERHADAP PM KETIKA ITU, MAHATHIR MOHAMAD.

MANAKALA MAKKAL SAKHTHI YANG JUGA PARTI SERPIHAN HINDRAF BOLEH DILIHAT PARTI TAJAAN REJIM APABILA PARTI ITU DENGAN MUDAHNYA DILULUSKAN PENDAFTARANNYA HANYA KERANA MENYOKONG AGENDA ILUSI NAJIB RAZAK IAITU 1MALAYSIA.

BERKEMUNGKINAN PARTI SERPIHAN HINDRAF INI DITAJA OLEH BN BAGI MENGGANTIKAN MIC SECARA PERLAHAN2 SELEPAS MIC MENGALAMI KEKALAHAN TERUK PADA PRU LALU TERMASUKLAH KEKALAHAN SAMY VELLU SEMPENA BIRTHDAYNYA.

INI DAPAT DILIHAT APABILA KEKALAHAN DATUK S SUBRAMANIAM DITANGAN G.PALANIVEL, YANG JUGA ANAK DIDIK SAMY VELLU DALAM PEREBUTAN JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN BERKEMUNGKINAN MENYERTAI PARTI MAKKAL SAKTHI.

MALAH, MANTAN PRESIDEN UMNO MEMUJI PENUBUHAN PARTI ITU.

MAHATHIR SEJAK AKHIR2 INI DIPERKUDAKAN OLEH NAJIB MONGOLIA DENGAN MEMPROMOSIKANNYA DIMEDIA MILIK REJIM ITU TERMASUKLAH RTM, TV3 DAN SEBAGAINYA.

MAHATHIR SEBELUM INI MENGGELARKAN SAMY SEBAGAI LIABILITI UMNO YANG DISAMBUT PEMUDA MIC DENGAN KALUNGAN SELIPAR.

NAJIB JUGA DIJANGKA MERASMIKAN PARTI ITU PADA 10 OKTOBER INI IAITU SEHARI SEBELUM PENGUNDIAN DUN BAGAN PINANG.

MASYARAKAT INDIA DALAM DUN BAGAN PINANG DIKATAKAN LEBIH CENDERUNG MENYOKONG PAKATAN DAN INI MUNGKIN STRATREGI REJIM BN MERAIH SOKONGAN MASYARAKAT ITU.

UMUM MAKLUM, MASYARAKAT INDIA TURUT MENYERTAI PAS MELALUI KELAB PENYOKONG PAS YANG KIAN MENDAPAT SAMBUTAN DISELURUH NEGARA.

SESUATU YANG ANEH SEBENARNYA APABILA MAKKAL SAKTHI DENGAN MUDAH DILULUSKAN PENDAFTARANNYA OLEH PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS) SEDANGKAN PARTI SEPERTI PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM) MEMERLUKAN SEKURANG2NYA 10 TAHUN UNTUK DILULUSKAN HANYA KERANA PARTI ITU MENYOKONG PEMBANGKANG.

SEHINGGA KINI PARTI SEPERTI USNO DI SABAH DAN PARTI MALAYSIA DAYAK KONGRES (MDC) DI SARAWAK GAGAL DILULUSKAN KERANA PARTI ITU TIDAK 'NGAM' DENGAN REJIM BN.

USNO DIBUBARKAN SEKITAR TAHUN 1990AN BAGI MEMBENARKAN UMNO MELEBARKAN PENGARUHNYA DI NEGERI ITU.

SEHINGGA KINI, HANYA SARAWAK YANG MENGHARAMKAN UMNO MENUBUHKAN CAWANGANNYA DI BUMI KENYALANG.

HARUS DIINGAT, PARTI IPF WALAUPUN KECIL, PARTI INI SEBENARNYA BUKAN SAHAJA DITOLAK MASYARAKAT INDIA TETAPI PADA MASA SAMA BERHADAPAN DENGAN MASALAH DALAMAN IAITU DENGAN PEREBUTAN JAWATAN PRESIDEN TERMASUKLAH ANCAMAN BEKAS TIMBALAN PRESIDEN SEBELUM INI YANG DIPECAT. KES ITU MASIH BERJALAN DI MAHKAMAH.

BEGITU JUGA DENGAN KIMMA, PARTI ITU SEBELUM INI PERNAH BERGABUNG DENGAN SATU LAGI PARTI NYAMUK (ISTILAH TERPINGGIR BAGI PENULIS) DALAM REJIM BN IAITU PARTI PROGRESIF PENDUDUK (PPP) TETAPI AKHIRNYA TIDAK BERJAYA APABILA PPP SENDIRI TERSUNGKUR DALAM PRU LALU TERMASUKLAH KEKALAHAN PRESIDENNYA, M KAYVEAS JUGA DALAM PARLIMEN DI PERAK.

PARTI SERPIHAN KIMMA ITU KALAU TIDAK SILAP PENULIS DIBERI NAMA IKATAN RAKYAT MALAYSIA (IRM).

PENULIS MENGALU-ALUKAN JIKA PENYERTAAN KE TIGA-TIGA PARTI ITU MEMPERCEPATKAN RUNTUHNYA REJIM BN MENELANG PRU 13 KERANA DENGAN BANYAKNYA PARTI DALAM SESUATU GAGASAN ITU, AKAN MEMENINGKAN KEPALA HOTAK NAJIB MONGOLIA DENGAN PELBAGAI MASALAH TERMASUKLAH PEREBUTAN KERUSI PADA MASAM MENDATANG.

INI TIDAK TERMASUK MASALAH MCA DAN SEKUTUNYA YANG LAIN.

DI SABAH MISALNYA, PARTI NYAMUK REJIM ITU, IAITU PARTI BERSATU RAKYAT SABAH (PBRS) SEMALAM BERANG APABILA DIKATAKAN DIPINGGIRKAN DALAM PEMBAHAGIAN JAWATAN PERNGKAT KAMPUNG.

PBRS IALAH SERPIHAN DARI PARTI BERSATU SABAH (PBS), IAITU SALAH SATU SEKUTU BN YANG SEBELUM INI MENJADI PEMBANGKANG DINEGERI ITU.

PBS HANYA MENYERTAI BN SELEPAS HAMPIR LUMPUH SELEPAS KEKALAHAN DALAM PILIHANRAYA NEGERI SABAH PADA TAHUN 1999.

BAGI PBRS, PARTI ITU HANYA DIBERI SATU KERUSI DUN DAN SATU PARLIMEN YANG MASING2 BERADA DALAM KAWASAN PENSIANGAN.

MALAH UMNO NEGERI ITU MAHU MERAMPAS KERUSI PARLIMEN YANG DISANDANG TIMBALAN PRESIDEN PBS, MAXIMUS ONGKILI.

SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN RUNTUHNYA REJIM BN INI, SAMA NASIB YANG DIALAMI OLEH PARTI LDP DI JEPUN YANG MEMERINTAH LEBIH 3O TAHUN.

RIBUT DI PAPAR DAN LABUAN

Beberapa Rumah Di Labuan Rosak Akibat Angin Kencang Ribut Ketsana

LABUAN, 28 Sept. Beberapa rumah di sini rosak teruk dengan kebanyakkan bumbungnya diterbangkan semasa angin kencang dengan kelajuan menjangkau 60km sejam dari ribut tropika Ketsana mengganas selama kira-kira tiga jam Ahad.

Keadaan diburukkan lagi apabila hampir tiga perempat daripada kawasan pulau terpaksa bergelap selama kira-kira lima jam akibat putus bekalan, dan syarikat elektrik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Labuan menerima lebih 100 aduan mengenainya.

"Saya dikejutkan oleh angin kuat dan terperanjat apabila mendapati bumbung ruang dapur kami diterbangkan angin. Ia amat kencang ketika itu, dan keadaan tambah mencemaskan apabila bekalan eletrik pula terputus," kata Hizamudin Ismail dari Kg Durian Tunjong semasa menceritakan kepada Bernama mengenai insiden itu.

Seorang jurucakap Jabatan Meteorologi Sabah ketika dihubungi berkata ribut tropika itu adalah angin kencang sama yang melanda beberapa kawasan di Filipina semalam, dan ia kini melalui Laut China Selatan menghala ke arah Vietnam.

"Kami harap penghujung ribut itu tidak akan membawa kesan yang serius malam ini kerana ia masih berada di sekitar kawasan Laut China Selatan, dan menghala ke arah Vietnam," katanya.

Antara kampung yang disinggahi angin kecang itu ialah Kg Bebuloh Laut, Kg Lajau, Kg Sg Miri, Kg Ganggarak, Kg Batu Manikar serta Kg Durian Tunjong, dan beberapa kerosakan jelas kelihatan di sana sini yang diakibatkan oleh kejadian pokok tumbang.

Hotel lima bintang Grand Dorsett serta beberapa hotel lain di pulau juga mengalami putus bekalan eletrik selama beberapa jam.BERNAMA

30 Rumah Rosak Dalam Kejadian Angin Kencang Di Papar

PAPAR : Kira-kira 30 rumah rosak dalam kejadian angin ribut dan hujan lebat di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Manis di sini, semalam.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan itu Datuk Abdul Rahim Ismail berkata 10 daripada rumah itu mengalami kerosakan teruk apabila atapnya diterbangkan angin, dan

antara kampung yang terlibat ialah Kampung Kuala, Sungai Padang, Padang Pulasan, Kelanahan Rimba, Bambangan, Buang Sayang, dan Benoni.

Katanya beliau difahamkan ada beberapa kampung terlibat mengalami masalah putus bekalan elektrik disebabkan pokok tumbang.

"Diharapkan pihak berkuasa dapat menyalurkan bantuan dengan segera, kerana saya khuatir ada lagi lanjutan angin kuat dalam masa terdekat ini, semasa rumah yang rosak masih belum sempat lagi diperbaiki," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa-mangsa kejadian angin kencang itu di sekitar kawasan DUN Pantai Manis, Isnin.

Sehubungan itu, Abdul Rahim menggesa kepada jabatan kerajaan yang terlibat agar mempercepatkan proses menyalurkan bantuan kepada mangsa.BERNAMA

Ops Sikap gagal?

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Ops Sikap Ke-20 yang berakhir semalam, merekodkan jumlah kematian kedua tertinggi dalam sejarah operasi itu sejak diperkenalkan lapan tahun lalu dengan 261 pengguna jalan raya terbunuh.

Jumlah korban tertinggi sebelum ini sebanyak 285 orang daripada 253 kemalangan maut yang dicatatkan semasa Ops Sikap Ketiga, iaitu pada 13 Disember 2002. Purata kematian adalah 18.7 sehari.

Ops Sikap Ke-20 yang berakhir semalam pula mencatatkan purata 17.4 kematian dalam sehari.

Jumlah itu sekali gus menyaksikan peningkatan 25.4 peratus kematian dengan penambahan 53 kematian berbanding Ops Sikap Ke-17, pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Secara keseluruhan lebih 60 peratus angka kematian sepanjang Ops Sikap Ke-20 itu masih disumbangkan oleh penunggang dan pembonceng motosikal.

Sementara itu, Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supritendan Rasdi Ramli berkata, seramai 23 lagi maut pada hari terakhir Ops Sikap Ke-20 semalam.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 12 mangsa ialah penunggang dan pembonceng motosikal.

"Ia diikuti dengan lapan kematian membabitkan kereta dan tiga pejalan kaki. Kita juga mengeluarkan 9,826 saman di seluruh negara melibatkan pelbagai kesalahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rasdi berkata, jalan bandaran sekali lagi mendahului senarai jumlah kemalangan dengan 388 kes, diikuti jalan Persekutuan (284 kes), jalan negeri (152 kes), lebuh raya (68 kes) dan jalan-jalan lain (39 kes).

Ops Sikap Ke-20 yang bermula sejak 13 September lalu bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ia membabitkan kira-kira 2,500 penguat kuasa termasuk polis, bomba dan ambulans.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang kecewa dengan peningkatan kes kemalangan maut khususnya pada musim perayaan menyatakan walaupun hukuman mati sekalipun dikenakan, pengguna jalan raya di negara ini akan tetap melanggar undang-undang. utusan

Pemuda MIC Bantah Makkal Sakthi Sebagai Parti Alternatif

Pergerakan Pemuda MIC tidak sedia membenarkan parti baru "Makkal Sakthi" yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi menjadi parti alternatif kepada MIC bagi mewakili kaum India.

Ketuanya T.Mohan berkata walaupun parti itu dilaporkan akan dilancar 10 Okt ini oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak, Pemuda MIC tidak akan berkompromi sekiranya ia bertujuan menggantikan MIC dalam BN.

"Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia berhak untuk merasmikan mana-mana parti baru, tetapi adalah tidak wajar jika penubuhan parti itu adalah untuk menguburkan MIC yang telah berkhidmat untuk BN selama 63 tahun," katanya pada sidang media di ibu pejabat MIC di sini.

Mohan diminta mengulas laporan mengenai pelancaran "Parti Makkal Sakthi Malaysia" yang diketuai R.S. Thenenthiran, 47, bekas penyelaras kumpulan Hindraf yang diharamkan.

"Pemuda MIC sudah pasti akan protes penubuhan parti baru untuk menggantikan MIC walau apapun alasannya ... tidak akan berkompromi," katanya.

Mohan berkata walaupun banyak parti bakal muncul pada masa akan datang, tiada jaminan parti berkenaan mampu meraih sokongan rakyat sedangkan sumbangan dan jasa MIC selama bertahun-tahun telah dilupakan.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Negeri Sembilan, Mohan berkata Pemuda MIC akan mengadakan banyak aktiviti keramaian seperti sukaneka, karnival dan konsert khas untuk meraih sokongan komuniti India di kawasan itu.

Antara kawasan ladang yang menjadi fokus jentera itu ialah Ladang Siliau, Brad wall dan Antherton yang didapati menyokong pembangkang pada pilihanraya lepas, katanya.

-- BERNAMA