JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, December 20, 2009

GAPARI KITINGAN LIABILITI PKR ?


BERMULA dengan beberapa ketua Cabang PKR yang penyokong kuat Dr. Gapari Kitingan mengadakan mesyuarat, seterusnya menghantar memorandum kepada Presiden PKR mendakwa, kononnya majoriti Ketua Cabang PKR dari Sabah tidak setuju YB Azmin Ali terus menyandang jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah (MPPKRNS); pergolakan tidak sihat anjuran geng Dr. Gapari Kitingan ini telah terus menerus mewarnai lanskap politik seteru terkuat UMNO di negeri Sabah.

Kenyataan demi kenyataan yang dibuat tidak henti-henti oleh pihak penyokong Dr. Gapari Kitingan memperlekeh pucuk pimpinan PKR termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam media siber nasional khasnya Malaysiakini dan di akhbar cetak di bawah kawalan Barisan Nsional membayangkan terdapat segelintir telah menyertai PKR dengan agendanya tersendiri.

Selain Ketua Cabang yang terang-terangan mendesak pucuk pimpinan Parti melantik Dr. Gapari Kitingan menjadi pengerusi MPPKRNS terdapat juga bekas ahli PKR yang sudah dilucutkan jawatan seperti Kanul Gindul (bekas Setiausaha Politik Dr. Gapari Kitingan), muncul di dada akhbar milik Barisan Nasional memberi rumusan. Pergolakan terbaru ini membuktikan walaupun Kanul telah dipecat daripada PKR namun khidmat dan kesetiaannya kepada Dr. Gapari Kitingan sebagai askar upahan untuk menyalak dari sebalik tabir, masih dikekalkan.

Penggunaan media siber dan akhbar di bawah kawalan Barisan Nasional oleh geng penyokong Dr. Gapari Kitingan sebagai wadah propaganda memperlekeh kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, di samping meletakkan MPPKRNS menjadi bahan ketawa dan ejekan di kalangan pengundi di Sabah, sememangnya efektif dan berjaya mencapai sasaran mereka.

Sementara sebilangan besar rakyat, penyokong kuat ahli setia PKR Sabah faham akan niat sebenar dalang yang telah sekian lama menimbulkan kekecohan dalam MPPKRNS ini tetapi kekeliruan sebilangan kecil rakyat Sabah tentang perjuangan pemimpin PKR hasil sabotag geng penyokong Dr. Gapari Kitingan adalah perkara wajib ditangani segera oleh Pengerusi MPPKRNS yang baru, Tamrin Hj Jaini.

Berita RTM yang turut menyiarkan kenyataan geng Dr. Gapari Kitingan dengan nada mempersenda PKR telah menambah kuat lagi pendapat ahli dan penyokong kuat PKR di Sabah bahawa terdapat tangan-tangan ghaib mengatur strategi menggunakan geng penyokong Dr. Gapari Kitingan melumpuhkan PKR dari dalam.

Oleh kerana Negeri Sabah dan Sarawak merupakan ‘fixed deposit‘ kepada Barisan Nasional maka kehadiran Dr. Gapari Kitingan sebagai alat baru kumpulan yang satu ketika dulu dilabel agen UMNO dalam PKR tidak boleh disangsi lagi.

Walaupun pemimpin UMNO bersama rakan kongsi kuasa mereka dalam Barisan Naional telah lakukan dosa bertimbun terhadap rakyat Sabah dan Malaysia amnya namun segala rompakan harta rakyat yang dilaksanakan, salahgunakuasa yang dilakukan atau rasuah yang kian hari mencekik dan berleluasa sudah tidak menjadi isu.

Dr. Gapari Kitingan bukan orang sembarangan yang tidak tahu akan segala dosa-dosa pemimpin UMNO terhadap rakyat negeri ini. Dr Gapari Kitingan juga tahu adengan sengketa yang diketuainya boleh menyebabkan PKR lesu tidak bermaya menghadapi lawan tetapi dia sengaja jadikan jawatan Pengerusi MPPKR Negeri Sabah sebagai isu untuk memesong pandangan rakyat tentang kerja amal dan usaha murni yang telah, sedang dan sentiasa hendak dilakukan oleh pimpinan PKR di peringkat negeri Sabah.

Tawarkan pemimpin PKR di semua peringkat untuk menyumbang khidmat bakti dengan agenda membela rakyat yang telah 50 tahun diperbodohkan oleh pemimpin UMNO kini sudah jadi perkara halal dan disokong Dr. Gapari Kitingan dan gengnya!

Menyedari tohmahan-tohmahan dan fitnah dilempar terhadap pucuk pimpinan PKR tidak mendapat sambutan, kerana terdesak, geng Dr. Gapari Kitingan segera ubah skrip sandiwara mereka. Ancaman akan meninggalkan parti jika tuntutan yang mereka kemukakan tidak dituruti dihebah oleh hampir semua jentera media Barisan Nasional seolah oleh PKR Sabah sudah nazak menanti hari dikebumikan.

Untuk menjadikannya dramatic, Dr. Gapari Kitingan hebohkan perletakan jawatannya sebagai Naib Pengerusi. Untuk lebih sensasi kenyataan ”I have burned my bridges” yang membawa maksud saya tidak akan kembali kepada PKR diisythiarkan.

Perletakan jawatan Christina Liew, Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR kemudian menyusul. Mengiringi aksi Dr. Gapari Kitingan beberapa kerat geng penyokong Dr. Gapari Kitingan seperti Daniel John dan Moses Iking kemudian memfailkan permohonan untuk menubuhkan Parti Cinta Sabah (PCS) mengikut rentak dan acuan Dr. Gapari Kitingan.

“Patuhi kehendak Parti atau sila keluar dari PKR,” begitulah reaksi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaupun dilafazkan di Pulau Pinang tetapi mesej yang diluahkan jelas menyatakan pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi perkembangan dalam PKR akibat angkara Dr. Gapari Kitingan bersama geng-gengnya.

Terperangkap dalam kanca sandiwara gubahannya sendiri, Dr. Gapari Kitingan yang kononnya bercuti hingga Januari 2010 akhirnya, tanpa pengumuman menamatkan percutiannya, telah segera merubah strategi lakonannya dengan menghadiri konvensyen PKR di Kuching, Sarawak.

Dengan menunjukkan muka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr. Gapari Kitingan berharap lakonannya yang telah merosakkan imej PKR akan dilupakan. Tanpa segan silu kenyataan “I have burned my bridges” dilafazkan oleh Dr. Gapari Kitingan melalui Malaysiakini dengan niat ‘talak tiga kepada PKR” seolah olah tidak pernah ujud.

Mungkin semua ini dilakukan oleh Dr. Gapari Kitingan kerana beranggapan dia adalah seorang doktor berkelulusan daripada Universiti bertaraf dunia sementara ahli PKR Sabah adalah amatur yang boleh diperbodohkan.

Pada 20 Disember 2009 (esok) PKR Negeri Sabah akan mengadakan konvensyen yang bakal dihadiri oleh Presiden Parti Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kesemua pemimpin berserta ahli Jawatankuasa daripada 25 cabang PKR seluruh Sabah telahpun menyatakan pendirian mereka akan hadir di konvensen itu kelak. Dianggarkan lebih 1,000 pemimpin PKR menyertai konvensyen tersebut.

Suasana aman damai yang dinikmati semula pemimpin PKR Negeri Sabah sejak Dr. Gapari Kitingan keluar PKR bertukar bilamana pada 12 Disember 2009 tiba-tiba muncul berita disiar melalui laman web Malaysiakini bahawa Dr. Gapari Kitingan telah dilantik semula menjadi Naib Presiden Parti dengan tanggungjawab baru sebagai Pengerusi Biro Hal Ehwal Negeri Sabah dan Sarawak.

Manakala Christina Liew disebut telah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi MPPKR Negeri Sabah beberapa nama juga turut disebut sebagai senarai ahli jawatankuasa MPPKR Negeri Sabah yang baru, sedangkan jawatan yang kononnya dipersetujui Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun lebih awal diisi dan disandang oleh beberapa veteran politik seperi Datuk Kong Hong Ming, seorang jurutera berusia lebih muda daripda Christina Liew dan mantan Menteri Kabinet Sabah.

Anggapan orang ramai, konvensyen PKR Negeri Sabah kali ini akan berjalan lancar dengan pemergian Dr. Gapari Kitingan bersama kuncu-kuncunya yang telah membakar jambatan ternyata meleset. Kemunculan semula Dr. Gapari Kitingan di saat akhir PKR Negeri Sabah mengatur lengkap hendak berkonvensyen di Kota Kinabalu menimbulkan situasi baru. Berbagai pertanyaan timbul daripada pelbagai pihak.

Ramai berpendapat Dr. Gapari Kitingan menimbulkan kekecohan seterusnya dalam usahanya menubuhkan sebuah parti baru untuk melemahkan PKR adalah ‘pengkhianat’ Parti. Menerimanya semula sebagai naib Presiden PKR kerana Parti yang hendak ditubuhkan olehnya tidak diluluskan oleh Pengarah Pendaftar Pertubuhan tidak menampakkan kebijaksanaan pucuk pimpinan parti.

Di sudut lain ramai juga bertanya apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang satu ketika dulu tidak gentar menghadapi seteru politiknya, Tun Mahatir Mohamad malah sanggup masuk penjara, kini telah berubah menjadi pemimpin yang lemah dan sanggup ‘berlutut’ kepada tuntutan Dr. Gapari Kitingan, individu yang bukan saja permohonannya menjadi ahli UMNO dibatal setelah diterima menjadi ahli tetapi kini tidak akan diterima menjadi ahli oleh mana-mana parti politik di Sabah kecuali PBS, itu pun sebagai ahli biasa.

Kehadiran semula Dr. Jefri Kitingan bersama kumpulannya dalam PKR Negeri Sabah pastinya akan menimbulkan mala petaka baru kepada PKR. Pertama penerimaan semula Dr. Gapari Kitingan sebagai naib Pengerusi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melahirkan perasaan tidak puas hati pemimpin PKR Negeri Sabah.

Kemungkinan sebilangan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti juga tidak akan setuju dengan ura-ura campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam urusan PKR di Sabah. Bukan mustahil penerimaan semula Dr. Gapari Kitingan akan menyebabkan sebilangan pemimpin yang selama ini setia kepada parti akan keluar daripada barisan kepimpinan parti.

Kenyataan Azmin Ali bertajuk “Azmin Ali Oblivious PKR Keeping Kitingan” disiar oleh Malaysiakini pada 13 Disember 2009 merupakan bibit pertama penentangan dari kalangan pucuk pimpinan PKR terhadap ura-ura pendekatan Datuk Seri Anwar Ibrahim menangani gelora PKR negeri Sabah.

Berita bahawa Christina Liew telah dipilih menjadi Timbalan Pengerusi MPPKR Negeri Sabah dan Dr. Gapari Kitingan dilantik semula menjadi Naib Presiden sekaligus menjadi Pengerusi Biro menjaga Hal Ehwal Sabah Sarawak, dikatakan tidak pernah dibincang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, akan menghancurkan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang dipercayai berpegang kepada prinsip demokrasi.

Apakah dia sanggup membelakangkan keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi PKR kerana kecut gementar kepada ancaman Dr. Gapari Kitingan?.

Jika berita seperti disiar oleh Malaysiakini itu benar, maka besar kemungkinan pemimpin daripada 18 hingga 20 Cabang PKR Negeri Sabah yang selama ini toleransi terhadap ‘pengkhianat’ Dr. Gapari Kitingan tetapi memilih berdiam diri kerana tidak mahu membawa masalah dalaman parti kepada media akan hilang sabar.

Desas-desus kini bertiup kencang bahawa sebahagian daripada 18 Pengerusi Cabang yang menganggap Dr. Gapari Kitingan sebagai duri dalam daging kepada PKR akan keluar daripada konvensyen PKR Negeri Sabah sebagai tanda protes mereka sekiranya Dr. Gapari Kitingan hadir sebagai Naib Presiden PKR.

Ketua-ketua daripada 18 cabang PKR ini pernah menyokong cadangan Azmin Ali supaya penggantinya sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah yang baru dipilih melalui pengundian. Cadangan itu telah dibuat pada kali terakhir YB dari Gombak itu mempengerusikan mesyuarat MPPKR Negeri Sabah.

Malangnya cadangan itu ditentang habis-habisan oleh Christina Liew. Penentangan itu turut disokong Nahlan Damsal yang telah diundi tidak percaya oleh ahli jawatankuasa Cabang PKR Batu Sapi tetapi masih berlagak sebagai Ketua Cabang.

Fakta ini bukan rahsia di kalangan penyokong PKR Negeri Sabah. Malangnya kisah benar ini telah diputar belit oleh penulis upahan Dr. Gapari Kitingan dengan menyiarkan berita sebaliknya. Kisah karut dilaporkan dalam laman web Malaysiakini kononnya geng Dr. Gapari Kitingan yang merupakan kumpulan majoriti mahukan Pengerusi MPPKR Negeri Sabah dipilih melalui pengundian tetapi cadangan mereka ditolak oleh pucuk Pimpinan Tertinggi PKR.

Selepas mesyuarat tersebut, masa sidang akhbar, Azmin juga memberitahu antara keputusan dipersetujui sebulat suara di mesyuarat itu adalah agar lantikan Pengerusi MPN diserah kepada Presiden.

Selepas disoal dua kali oleh pemberita dalam sidang akhbar Dr. Gapari Kitingan turut berkata, dia bersetuju dengan keputusan tersebut kerana ianya mengikut kehendak Perlembagaan. Anehnya apabila Majlis Pimpinan Tertinggi parti melantik Tamrin Hj Jaini menjadi Pengerusi Perhubungan baru, geng Dr. Gapari Kitingan melenting dan memberontak.

Persoalaannya kenapa cadangan Azmin Ali ketika kali terakhir beliau mempengerusikan mesyuarat PKR Negeri Sabah ditolak oleh geng Dr. Gapari Kitingan? Apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim tahu akan perkara ini? atau apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah terpengaruh kepada propaganda BN yang kini sibuk hendak jadikan Dr. Gapari Kitingan hero mereka!

Sebahagian daripada jawatan penting MPPKR Negeri Sabah telahpun diisi oleh Tamrin Hj Jaini sejurus dilantik menjadi Pengerusi MPPKR Negeri Sabah. Berbagai rancangan telah diatur untuk mempastikan urusan Parti berjalan lancar walaupun ada pihak cuba sabotag.

Kini kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Christina Liew dan beberapa pemimpin lain dari kalangan kumpulan yang beberapa bulan lalu mengancam akan keluar dari PKR kalau tuntutan mereka tidak dituruti mengundang gelora pada dimensi yang lebih kencang kepada PKR Negeri Sabah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin berkhayal kesan buta-buta menerima propaganda geng Dr. Gapari Kitingan. Realitinya apakah para Pengerusi cabang PKR yang selama ini menyumbang bakti dan setia kepada Parti ketika geng Dr. Gapari Kitingan cuba hancurkan PKR dari dalam akan terus berdiam diri dan setia kepada Parti?

Adalah diramal kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah kali ini akan meletakkannya dalam situasi yang amat mencabar, sama ada tunduk kepada tuntutan geng makhluk perosak yang melampau ini atau menimbang taat setia penyokongnya yang selama ini mengambil sikap berdiam diri terhadap semua kelakuan sumbang Dr. Gapari Kitingan bersama geng-gengnya sebagai kesinambungan perjuangan PKR di Sabah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mungkin terpaksa berhadapan dengan satu masalah baru menangkis pendapat sesetengah rakyat Sabah bahawa wajah politik sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sama dan serupa dengan politik para pemimpin UMNO dari Semenanjung; pecah dan perintah para pemimpin Sabah, ada kebenarannya.

Apa juga kesudahannya, kelak ahli PKR bukan seperti ahli UMNO. Penyokong PKR majoritinya adalah terdiri daripada mereka yang berpegang kepada prinsip kebenaran dan kejujuran. Kalau salah, kita katakan salah. Rasuah, kita kata rasuah dan rasuah itu salah. Itulah beza kita dengan penyokong UMNO.

Rasuah mereka katakan politik wang dan politik wang itu halal. Kepada semua ahli PKR yang mahu mempastikan sebuah parti alternatif hidup subur di Malaysia, marilah kita beramai-ramai hadir ke konvensyen PKR pada 20 Disember 2009 untuk sama-sama saksikan apakah benar Datuk Seri Anwar Ibrahim telah jadikan pemimpin PKR Negeri Sabah sama seperti barisan pemimpin UMNO Negeri Sabah yang kita semua tahu ‘ibarat kerbau dicucuk hidung’ atau sebagai pemimpin-pemimpin dari sebuah negeri yang mempunyai autonomi melalui Perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Negara?.

DSAI perlu bersikap rasional dan tidak anggap ahli Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah yang telah dilantik oleh Tamrin Hj Jaini kambing ternakan-tanpa perasaan dan boleh disembelih pada bila-bila masa. Dr. Gapari Kitingan kini adalah liabiliti dan berisiko tinggi kepada PKR Sabah. Selamat bersidang dan selamat berjuang!

Oleh: ABDULLAH MADUN

Friday, December 18, 2009

Adit is a "desperado politician"


I am not surprised with Gabriel Adit move by joining Parti Cinta Malaysia. For me, Adit is a "desperado politician" , whose main aim is to fill his own pocket.

The PCM leadership has made a grave mistake for accepting Adit into their party. In Iban Adit is a "bacu" politician, who has no spirit of "Agi Idup Agi Ngelaban" .

He is more bacu than Masing, atleast Masing stayed outside BN for more than 3 years. But Gabriel Adit, the same person that said PKR was the most suitable party for the dayak, but today, less than one year later said that PCM is better party for Sarawak... Who would trust this man?.

Last month, his strong supporters in Kanowit announced that they were no longer aligned to Adit.

With that announcement, I am predicting that if he stands in the coming general election, which is due in 2011, the only vote that he will get will be from his Deputy...Dick Sekalai!

According to the report in Malaysian Mirror, Adit has joined Parti Cinta Malaysia (PCM) officially this morning.The party also named him as the Sarawak head of the Penang-based party that was formed four months ago.

Lawrence Dick Sekalai was made his deputy in Sarawak. Sekalai comes from an influential family and was a strong supporter of the deregistered Parti Bansa Dayak Sarawak. He retired three years ago as Bintulu’s Deputy Resident.

PCM president Tang Weng Chew made the announcement this morning at a news conference. Although PCM said it is neutral, it is believed to be backed by certain BN leaders.

A promise to Sarawakian/s.... Only to His Deputy Dick Sekalai

Adit, who was also present, said he would not disappoint Sarawakians by joining the new party. "After watching PKR, I don't think they can take over Sarawak. I hope we at PCM can serve the people of Sarawak better," he said.

Adit is a four-term Ngemah state assemblyman, three of which were on the BN ticket when he was a vice-president of the now defunct Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), a Dayak majority state BN component party which was de-registered after an internal leadership crisis.

He had joined PKR last year but left the party last October, claiming that he was neither pro-BN nor pro-opposition but merely "pro-issues".

A big surprise....Unlikely to me

Earlier, there were speculations that he would be forming a new party to be known as Pakatan Rakyat Malaysia but the plan fizzled out after the purported lukewarm reception to it.

Adit's detractors had also not been kind to him, highlighting his financial predicament publicly after he left PKR. But his joining PCM, a "mosquito" party in Penang, came as a big surprise.

PCM backers are still unknown although at one point, the party was linked to some disgruntled MCA members.

My wish for Gabriel Adit is REST IN PEACE!- bukittunggal

Friday, December 11, 2009

Krisis Air : Mahasiswa selar sikap membisu MP Labuan


KUALA LUMPUR : Krisis air di Wilayah Persekutuan Labuan yang tiada penyelesaian sejak Jun lalu memaksa sekumpulan Pro-Mahasiswa dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menghantar memorandum kepada pejabat Perdana Menteri (PM), Najib Razak agar satu penyelesaian segera dilakukan terhadap permasalahan itu.

Exco Kebajikan, Kesihatan dan Kemasyarakatan MPP-UMSKAL, Qatrun Nada Mohd Latfi berkata, permasalahan air di Pulau bebas cukai itu bukan sahaja melibatkan universiti itu tetapi melibatkan keseluruhan penduduk Kira-kira 85,000 orang.

Menurutnya, bagi mahasiswa di UMSKAL, pihak universiti ada menyediakan lori untuk menghantar air sebanyak tiga kali sehari ke kediaman mereka tetapi sejak September lalu penghantarannya tidak konsisten selain jumlah air yang dihantar kian berkurangan dan air tersebut tidak sesuai untuk diminum.

“Wujud kes seorang mahasiswi yang menjalani pembedahan akibat masalah didalam perut pada September lalu antaranya berpunca daripada air yang diminum daripada lori tangki terbabit.

MPP juga membuat pemerhatian dan temuramah di Hospital Baru Labuan ketika penghantaran pelajar itu dan mendapati, individu dan keluarga yang dijangkiti selesema babi atau Influenza A (H1N1) mengatakan rumah mereka tiada bekalan air bersih selain kurang mampu untuk membeli air mineral dipasaran setiap hari,” katanya.

Qatrun berkata, akibat krisis air itu juga kos hidup mahasiswa bertambah kerana terpaksa membeli air mineral setiap hari selain seorang perempuan patah kaki akibat terjatuh ketika mengangkat air ke kediamannya.

Sehubungan itu, mereka menuntut agar Najib campur tangan dalam hal itu memandangkan usaha mereka mengadukan permasalahan itu kepada pelbagai pihak berwajib menemui jalan buntu.

Malah, usaha sekretariat MPP dimarahi dan disoal siasat hanya kerana ingin membuat temujanji dengan Jabatan Bekalan Air (JBA) Labuan dan Ahli Parlimen (MP) Labuan, Yussof Mahal.

Delegasi mahasiswa pada 8 Disember lalu turut disokong oleh mahasiswa seluruh negara termasuk Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA), Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-M Nasional), Gabungan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) seluruh negara, Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS) dan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan tanda tangan sokongan masyarakat Labuan.

Salinan memorandum itu turut diserahkan kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan Yussof Mahal pada 7 Disember lalu. Namun, sehingga kini kedua-dua pimpinan Umno itu kekal dengan sikap membisu.

Sementara itu, bagi Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin berkata, jika komponen terpenting dalam masyarakat iaitu mahasiswa di Labuan langsung tidak diendahkan oleh mereka, apatah lagi dengan rakyat terbanyak?

Beliau melihat tindakan membisu oleh pimpinan rejim Umno/BN itu kerana isu air bagi mereka mungkin tidak memberi kesan kepada pengundi dalam kawasan parlimen itu.

Sehubungan itu, beliau berharap warga Labuan melihat isu ini dengan serius dan hati yang terbuka kerana inilah wajah sebenar wakil rakyat BN yang hanya menyelesaikan masalah rakyat menjelang pilihanraya tetapi buat bodoh selepas itu dengan kesibukan menguruskan perut dan diri sendiri.

Labuan yang asalnya milik kerajaan negeri Sabah diserahkan kepada kerajaan persekutuan pada tahun 1984 melalui “Perjanjian Labuan” yang ditandatangai bersama oleh PM ketika itu Mahathir Mohamad dan Ketua Menteri Sabah, Harris Mohd. Salleh walapun ia dibantah penduduk Sabah.

Presiden Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS), Ahmad Syafiq Akmal Ahmad Kamil yang turut menyokong usaha MPP UMSKAL menuntut Yussof memberi perhatian serius berkaitan permasalahan itu dan menggesa beliau segera memberi penjelasan.

Bagi Presiden MARSIS, Hendri Hamsah berkata, jangankan setengah tahun, setengah hari tanpa air pun, manusia akan rimas memandangkan air ialah sumber penting bagi kehidupan manusia.

Beliau yang berkelulusan Kejuruteraan Elektrik Mekatronik berkata, syarikat petronas yang beroperasi di wilayah itu diakui memerlukan air dalam jumlah yang banyak dan 42 juta liter sehari yang dibekalkan kepada penduduk Labuan tidak mencukupi kerana ia turut dikongsi oleh kilang Methanol Petronas.

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata, pulau itu kekurangan 20 peratus daripada 56 juta liter bekalan yang sebenarnya diperlukan setiap hari dan krisis bekalan air yang dihadapi penduduk di situ hanya dapat diatasi apabila projek paip air dasar laut siap sepenuhnya menjelang akhir 2010.

dipetik daripada erapakatan.com

berita ini akan berada di pasaran (edisi cetak)bermula 14 Disember ini.

masdarulawwal@gmail.com

Wednesday, December 9, 2009

‘Jangan cakap sahaja, kotakan kata-kata kamu'



KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Sarawak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ‘mengotakan apa yang dikata’ berkaitan siasatan kes rasuah di negeri itu yang membabitkan kes penyelewengan projek bernilai RM6 juta.

Ketua Penerangannya, Abdul Azeez Mohamad berkata, beliau mengalu-alukan siasatan itu tetapi ia haruslah dibuktikan dengan tindakan yang telus dan segera kerana badan itu selama ini hanya dilihat sebagai ejen rejim Barisan Nasional.

Menurutnya, perkara itu terbukti apabila kes membabitkan rasuah Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud yang pernah didedahkan oleh media sebelum ini akhirnya dibiarkan terperap.

“Rakyat Sarawak sehingga ke hari ini masih tertanya-tanya dan mahu tahu apa sudah jadi dengan kes rasuah yang melibatkan Taib Mahmud (gambar bawah).

"Bagaimana status terkini kes itu, atau ia terus ditutup hanya kerana Ketua Menteri itu pemimpin BN,” soalnya.



Abdul Azez memberitahu, terlalu banyak kes rasuah yang berlaku di Sarawak termasuklah salah seorang wakil rakyat di negeri itu yang baru sepenggal bergelar wakil rakyat tetapi telah memiliki rumah mencecah jutaan ringgit.

Sambil menyatakan kekesalannya, beliau berkata, wakil rakyat BN hanya mementingkan diri dan membiarkan rakyat terus miskin tanpa bekalan elektrik dan air bersih.

Sehubungan itu, beliau menggesa SPRM menyiasat segera segala kes rasuah di Sarawak termasuklah di kalangan ‘orang politik’ kerana perkara itu merupakan tanggungjawab mereka yang di bayar gaji oleh pembayar cukai.

Semalam, Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, pihaknya sedang menyiasat satu kes penyelewengan dalam pelaksanaan projek Kerajaan Persekutuan bernilai RM6 juta.

Abu yang bakal menggantikan ketuanya, Ahmad Said Hamdan bermula 1 Januari ini bagaimanapun enggan menjawab soalan wartawan apabila diajukan samada siasatan itu melibatkan orang politik atau menteri tertentu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Samsiah Abu Bakar mengesahkan 17 orang termasuk Sembilan pegawai kerajaan sudah ditahan berkaitan kes itu.

Dalam perkembangan lain, Samsiah menjelaskan berdasarkan kajian ke atas empat daripada 295 kes rasuah yang berlaku di Sarawak sejak tahun 2002 hingga 2005, sebanyak 60 peratus daripadanya berlaku ketirisan dengan kos ke semua empat projek itu mencecah RM245,000.

erapakatan.com

Sijil Anak Negeri : Mengapa hanya DAP disiasat?

Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan mengapa hanya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari DAP sahaja yang disiasat dalam kes Sijil Anak Negeri (SAN) manakala mereka yang ‘ada hubungan baik dengan kerajaan’ didiamkan.

PAS Sabah melalui Timbalan Pesuruhjayanya, Hamzah Abdullah berkata, Ramai dikalangan taukeh-taukeh besar yang memiliki SAN palsu memiliki tanah adat dan membuka ladang-ladang besar terselamat hanya kerana mereka dikatakan menyokong rejim BN.

Menurutnya, mereka juga membolot projek-projek yang dikhususkan untuk Bumiputera serta anak-anak mereka ‘diluluskan’ mengikuti pengajian di UiTM.

“Berita mengenai pemalsuan SAN ini tersebar luas di laman-laman blog serta akhbar tempatan tetapi pemimpin rejim BN khususnya Umno, tidak menunjukkan keghairahan mereka untuk menyiasat jenayah keji ini yang sinonim dengan perangai parti itu.

"Kalau nak tipu boleh, nak selamat dari disiasat pihak berwajib akibat dari perangai menipu boleh, yang penting mesti sokong UMNO/BN,” ujarnya dalam laman rasmi parti itu, http://pasabah.wordpress.com/

Hamzah berkata, SAN tidak diperlukan kerana mana-mana anak yang dilahirkan oleh suku kaum yang diiktiraf sebagai anak negeri pastinya nama suku kaum tersebut akan dicatit dalam sijil lahir mereka. Jadi apa perlu untuk memohon SAN?

Beliau menambah, pengumuman Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Hajiji Mohd Noor tentang pembekuan pengeluaran SAN sebenarnya hanya mendedahkan individu-individu tertentu yang memiliki kuasa, menyalahgunakan proses pengeluaran SAN tersebut kerana dibimbangi ia dibuat bukan berdasarkan kelayakan pemohon tetapi lebih kepada berapa harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan sijil itu.

Hamzah turut membidas Pengarah Majlis Hal Ehwal Anak Negeri yang menjadi dalang mengesahkan Sijil Anak Negeri Palsu kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengesahkan sesuatu sijil yang dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri.

Beliau juga akan mendedahan perangai buruk orang-orang yang berkuasa di Majlis Hal Ehwal Anak Negeri dalam waktu yang terdekat.

Mengulas isu sama, Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR (AMK) Sabah, Zainuddin Hasssan berkata, keengganan anggota PDRM menyiasat dan mengambil tindakan ke atas aduan kaum anak negeri terhadap mereka yang memiliki SAN yang kesahihannya diragui adalah punca penggunaan SAN palsu berleluasa di Sabah.

“Jika BN komited memperjuangkan hak peribumi Sabah, mengapa siasatan hanya tertumpu kepada pimpinan pakatan sahaja. Bagaimana denga tauke - tauke proksi BN dan Umno yang merampas ribuan ekar tanah orang kampung dengan mengunakan SAN yang serupa.

“Apakah mereka diberi kekebalan dan imuniti daripada kerajaan dan tidak boleh diambil tindakan Undang Undang,” tegas Zainudin.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar siasatan dilakukan terhadap semua aduan yang pernah dibuat oleh kaum anak negeri Sabah jika memang PDRM jujur hendak menangani perkara ini dan bukan menangguk di air keruh untuk mencari untung peribadi.

Sebuah portal berita sebelum ini pernah menyiarkan tindakan seorang wanita berbangsa Sungai di daerah Kinabatangan, Rosmina Nazry, melaporkan kepada Polis akan perbuataan seorang wanita berbangsa Cina tetapi memiliki serta menggunakan satu Sijil Anak Negeri yang tiada rekod di Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu.

Malangnya aduan Rosminah Nasry kepada Polis gagal disiasat oleh Polis walaupun aduan rasmi telah dibuat di Balai Polis daerah Sandakan.

Terdahulu, Adun tunggal PR di Sabah, iaitu Jimmy Wong Sze Phin dari DAP didakwa menceroboh tanah rizab kerajaan dan taman permainan bertujuan bagi mengubah suai kawasan rumahnya.

Beliau juga didakwa memperolehi SAN secara meragukan yang membolehkannya membeli tanah berstatus tanah anak negeri.

Dakwaan itu dibuat oleh Adun Samsudin Yahya (BN-Sekong) semasa membahaskan bajet Sabah 2010 pada 17 November lalu.

Adun Sekong itu turut mendakwa bahawa "pagar chain link dan stor konkrit" telah didirikan di kawasan lapang Taman Kafar, Jalan Sin On, Tawau oleh Adun PR itu.

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah telah pun menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan itu.

Sijil perakuan Bumiputera atau juga disebut Sijil Anak Negeri telah dibekukan oleh Kerajaan Berjaya pada tahun 1982 ekoran penyalahgunaan kuasa dan pemberian dokumen tersebut kepada golongan yang tidak layak memilikinya.

Kerajaan Berjaya pernah memerintah Sabah dari tahun 1976-1985 dan antara mereka yang berada dalam kabinet negeri pada masa itu ialah Presiden PBS, Pairin Kitingan.

Tuesday, December 8, 2009

I SUKA SUARA U TAW - HISHAMUDIN

Menteri beri kereta mewah pada artis...

Memecah sunyi lama tak buat posting dengan posting yang bertajuk sensasi....

Membaca tajuk sudah tentu semua membayangkan ada Menteri membela artis seksi dengan beri kereta mewah.....itulah persepsi ramai bila baca tajuk ....

tapi kali ini lain...

petikan dari laman Umno

Ribut dan kalut ! Tabloid Suara Keadilan mendedahkan ada Menteri Kanan yang telah menghadiahkan kereta mewah kepada seorang artis lelaki. Menteri Kanan juga seorang lelaki dikatakan memberi kereta mewah tersebut dan ini menimbulkan banyak spekulasi. laman web pro umno turut bertanya kepada kawan-kawan media siapa Menteri Kanan itu dan siapa artis terbabit.

TERKEJUT – menurut rakan media – Menteri Kanan itu adalah Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan artis itu adalah Anuar Zain kata rakan media.

Alamat – kita tidak mahu meneruskan spekulasi ini dan meminta Menteri Kanan tersebut menafikan secepat mungkin sebelum PKR meneruskan spekulasi tersebut.

Tindakan ini perlu dilakukan segera agar spekulasi itu tidak merosakkan Umno tambahan ini melibatkan Menteri Kanan – saudara Perdana Menteri – dah la Perdana Menteri penuh dengan spekulasi dan tuduhan penglibatan dengan kes Altantuya, SU Politiknya dengan rasuah, rakan baiknya Razak baru terbebas dari tuduhan membunuh, ini saudaranya pula dikatakan terlibat dengan skandal bagi Anuar Zain kereta mewah.

Friday, December 4, 2009

Happy Birthday Kak Azizah


Dari suri rumah kepada Ahli Politik. Menempah sejarah sebagai Ketua Pembangkang wanita pertama di Malaysia dan pernah menjadi Ahli Parlimen tunggal mewakili partinya.

Beliau yang dimaksudkan ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Seri Wan Azizah Wan Ismail. Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kabinet dan kerajaan oleh Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri (PM) ketika itu mendesak beliau untuk memimpin Parti Keadilan Nasional (kini PKR) yang ditubuhkan atas desakan rakyat marhaen dan pelbagai pertubuhan politik pelbagai kaum di Malaysia.

Wan Azizah juga terpaksa terjun ke arean politik tanah air, sesuatu yang tidak dijangkanya dan langsung tidak diminatinya.

“Saya tidak ada minat dan tidak didedahkan kepada apa-apa yang berbaur politik sejak kecil lagi. Saya dibesarkan di Alor Setar, ‘a small town girl’ dan belajar di Sekolah Convent. Saya hanya menjalani kehidupan seperti rakyat biasa. Selepas itu saya ke luar negara, tamatkan pengajian dan pulang bekerja di Malaysia. Itu saya kira sesuatu yang biasa dialami oleh ramai orang.

“Saya hanya isteri seorang ahli politik, saya tidak tahu selok belok politik. Saya hanya menerima tetamu yang datang ke rumah, menghadiri Perhimpunan Agung Umno dan sebagainya dan juga sedikit sebanyak pengalaman sebagai isteri menteri dalam Bakti.,” katanya dalam satu temubual selepas melepaskan jawatan sebagai MP Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding pada 31 Julai tahun lalu.

Beliau memenangi kawasan itu selama tiga penggal iaitu pada tahun 1999, 2004 dan 2008.
Pada PRU 2008, beliau menewaskan calon BN, Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398.
Isteri, Ibu, nenek dan pemimpin Rakyat. Itu antara jawatan yang kini digalas oleh beliau dan pada hari ini beliau menyambut hari lahir yang ke 57.

Wan Azizah juga telah dikurniakan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa Datuk Seri oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 12 Julai tahun lalu.

Beliau yang dilahirkan pada 3 Disember 1952 dan berkahwin dengan Anwar pada tahun 1980 dikurniakan lima orang anak iaitu Nurul Izzah yang berusia 29 tahun, Nurul Nuha (25), Muhammad Ihsan (24), Nurul Ilham (22), Nurul Iman (19) dan Nurul Hana (17).

Nurul Izzah kini ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai selepas menumbangkan Shahrizat Jalil yang juga Ketua Wanita Umno dan Menteri berkaitan wanita.

Kami di erapakatan.com mengucapkan Salam Hari Lahir kepada Kak Azizah dan semoga terus cekal memimpin parti dan berjaya menawan Putrajaya pada PRU akan datang sesuai dengan cita-cita rakyat khususnya pada tarikh keramat 08 03 08.