JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, October 7, 2010

Persamaan Rahimi, Bala dan Senatak Ezam Noor

Rahimi Osman muncul dengan kenyataan berkaitan akuan bersumpah yang kononnya beliau mendakwa dipaksa untuk menandatanganinya pada Jun 2008.

Penyiasat persendirian Bala Subramaniam juga muncul dengan akuan bersumpah dan tidak berapa lama selepas itu membuat satu lagi akuan bersumpah baru untuk membatalkan akuab bersumpah sebelum itu.

Persamaan kedua-dua mereka ini ialah mereka tidak memberi respon atau tidak bercakap kepada media yang pastinya amat menantikan kenyataan daripada kedua-dua malaun ini yang menjadi subjek kepada berita.

Akuan bersumpah mereka juga sama iaitu cuba mengelakan penglibatan dua kekasih sejoli di negara ini, Najib Altantuya dan Rosmah si kaki Shopping.

Dalam bahasa mudahnya, kedua-dua mereka mencuba sedanya mungkin agar Najib dan Rosmah kononnya tidak terlibat dalam konspirasi kali kedua terhadap Ketua Pakatan Rakyat di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berlainan dalam kes Rahimi beliau tidak sempat bercakap kepada pemberita selepas satu kumpulan yang mendakwa pembantu Anwar mengganggu sidang media itu.

Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali hari ini menafikan dakwaan itu yang turut dilaporkan media seterusnya satu lagi cubaan menjejaskan imej PKR.

Secara kebetulan, kemunculan Rahimi ini selepas pemilihan PKR yang dipersepsikan dengan buruk melalui media upahan Umno-BN dan di kala PRK Dun Galas baru diumumkan oleh SPR semalam.

Bagaimana pula dengan ezam, seorang blogger dari Penang mendakwa Rahimilah yang membawa Saiful untuk bertemu dengan Senatak Ezam.

Teringat penulis kepada pendedahan yang kononnya menggemparkan negara apabila Ezam yang baru melompat ke parti Umno ketika itu cuba membuat gimik bangang menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu.

Senatak Ezam mengeluarkan satu surat yang didakwanya surat Anwar kepada Mahathir. Semua pemberita ketika itu ingatkan ia satu berita gempar, rupa-rupanya ia hanyalah surat yang didakwa Ezam sebagai tulisan tangan Anwar kepada Mahathir.

Isi kandungan surat itu hanyalah surat biasa yang membuatkan wartawan yang menerima salinan surat itu hanya tersengih sesama sendiri.

Seingat penulis, setiap kali sidang media, Anwar amat tidak suka menjawab soalan berkaitan Ezam kerana beliau tahu Senatak Ezam yang berceramah di sana-sini memburuk-burukkan peribadi beliau dan PKR berbuat demikian semata-mata untuk mencari makan.

Tak percaya, lihat sahajalah rumah Ezam di Selangor yang kian membesar sejak melompat ke parti Umno.

Tetapi, berbeza sekali dengan isu surat itu apabila Anwar buat pertama kali memberi respon.

“Ezam? Siapa tuh,” katanya sinis yang membuatkan media gelak.

“Saya pun hairan dia mengambil masa lebih 10 tahun untuk mengeluarkan surat itu,” kata Anwar ringkas.

Secara ringkasnya, ketiga-tiga watak ini mengambil masa bertahun untuk mendedahkan apa yang dikatakan berkaitan Anwar untuk memburuk-burukkan mantan Presiden dan Pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) itu.

Ia juga dilihat satu lagi strategi terdesak Umno-BN untuk mempercepatkan agar Anwar disumbat ke penjara.

Apapun, mungkin puak-puak ini terlupa samada Anwar di dalam atau di luar penjara, ia pasti gagal mengekang gelombang reformasi rakyat walau dengan tembok penjara sekalipun.

Tuesday, October 5, 2010

Bekas Setpol Liong Sik sertai PKR


Seorang Veteran Umno yang juga bekas Setiausaha kepada pemimpin BN di pelbagai kementerian, Tuan Hj Md Noor Daud mengishtiharkan keluar Umno dalam satu majlis Aidilfitri anjuran PKR Cabang Rembau di Negeri Sembilan pada 26 September lalu.

Md Noor, 62, yang sebelum ini merupakan Setiausaha Sulit kepada Datuk Reily Jefry di Kementerian Kerjaraya berkata, beliau meninggalkan Umno kerana parti itu hanya memperalatkan Melayu untuk kepentingan mereka.

Md Noor yang juga bekas pimpinan Pemuda Umno Teluk Kemang menyifatkan slogan Umno kononnnya untuk memperjuangkan Melayu hanyalah slogan politik semata-mata.

“Di malam yang mulia ini, saya ishtiharkan keluar daripada Umno, saya menyertai Parti Keadilan Rakyat, (PKR) kerana saya perhatikan Umno kebelakangan ini, Melayu hanyalah sebutan, bukan satu perjuangan,” katanya yang disambut laungan reformasi dari hadirin pada malam itu.

Beliau yang kini menetap di Kajang, Selangor turut menyatakan antara sebab beliau menyertai PKR adalah kerana keberkesanan pentadbiran PKR bersama Pakatan Rakyat dalam menguruskan negeri Selangor.

Antara dasar kerajaan Pakatan Rakyat yang cukup popular di Selangor ketika ini ialah Merakyat Ekonomi Selangor yang memfokuskan kepada kebajikan rakyat di negeri itu.

Semasa dalam kerajaan, Md Noor pernah dilantik sebagai Setiausaha Sulit kepada bekas Menteri Pengangkutan yang juga bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik selain pernah menjawat Penolong Pegawai Daerah (ADO) Jempol, di Negeri Sembilan.

Difahamkan beliau keluar Umno pada malam itu selepas terkesan dengan ucapan Ketua Cabang Rembau yang juga calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin berhubung isu keselamatan rakyat dan gadaian maruah bangsa yang dilakukan oleh Umno terhadap orang Melayu dan rakyat di negara ini.

Video ucapan Md Noor yang juga seorang usahawan boleh ditonton di laman youtube.com menggunakan url berikut.

http://www.youtube.com/watch?v=Q8AWuVieSuw&feature=player_embedded

Berita berkaitan di sini, http://www.erapakatan.com/berita/mantan_timbalan_menteri_sertai_pkr_siapa_lagi_selepas_ini/ dan di sini. serta di sini.

Monday, October 4, 2010

Pemilihan PKR Fahamilah mesej Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemecatan beliau dari parti Umno dan kerajaan pada 2 September 1998 bukan sahaja melahirkan gelombang reformasi malah gelombang rakyat itu juga tidak mampu untuk dihalang termasuklah tembok penjara sekalipun

Menurutnya, gelombang itu bukan sahaja melahirkan Parti Keadilan Nasional (keADILan) tetapi juga PKR selepas penggabungan dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) seterusnya membentuk hampir 500,000 anggotanya yang kini terlibat dalam pemilihan secara langsung parti itu buat pertama kalinya bagi sebuah parti di Malaysia.

“Walaupun amalan ini bukanlah baru bagi kebanyakan parti-parti politik dalam sistem demokrasi yang matang di dunia, tetapi ini merupakan yang pertama di Malaysia.

Pemberian hak dan kuasa untuk ahli datang bersamanya tanggungjawab.
Kami yakin ahli-ahli akan menggunakan kuasa ini secara waras dan adil.

Adalah diakui dalam beberapa bulan yang lalu, bukanlah mudah bagi PKR. Kita masih menghadapi perjalanan yang jauh tapi sekurang-kurangnya kita maju ke hadapan dan bukan berpatah balik ke belakang.

Detik-detik menjelang hari pilihan raya parti menyaksikan tutur kata yang agak kasar daripada beberapa pemimpin yang tidak layak dipertuturkan oleh mereka yang mahu memegang jawatan yang diingini.

Dalam hal ini, dakwaan kritikan dilemparkan sebagai munculnya "budaya Umno" semasa berkempen untuk jawatan-jawatan dalam parti adalah tidak benar.

Pada masa yang sama, kita tidak dapat menafikan sepenuhnya wujud mereka yang ingin membawa masalah kepada ahli dan parti,” katanya dalam satu kenyataan kepada KABAR.

KABAR ialah akhbar politik yang sebelum ini dikenali sebagai Konsep Era Pakatan.

Sehubungan itu, Anwar menyeru setiap anggota PKR agar terus konsisten dalam perjuangan berdasarkan kematangan dan kewarasan untuk menentukan apa yang terbaik buat PKR.

“Rasa tidak puas hati dan perbezaan pendapat berhubung dasar-dasar adalah perkara biasa dan harus digalakkan dalam sebuah parti politik untuk memastikan demokrasi sentiasa subur dan aktif dengan penglibatan ahli.

Proses pemberian kuasa bukan hanya merupakan hak untuk mengundi tetapi juga untuk menyatakan sokongan atau penentangan.

Calon-calon juga mempunyak hak untuk mengemukakan agenda mereka dan untuk berkempen. Tetapi ia tidak harus menjadi suatu amalan tanpa batas.

Kesemua ini hendaklah berjalan di atas batas-batas kesopanan, tata susila dan rendah diri.

Terdapat peraturan yang harus diperhatikan. Inilah sebabnya kenapa kita mempunyai jawatankuasa pilihan raya yang bebas,” tegas Ketua Umum PKR itu.

Anwar turut menjelaskan sejak PKR ditubuhkan parti itu amat komited untuk berkhidmat kepada rakyat dengan memberi penekanan ke arah reformasi Malaysia.

“Kita menolak alasan yang diberikan oleh mereka yang berkuasa bahawa rakyat masih belum bersedia untuk menerima demokrasi sepenuhnya dan oleh itu harus bergantung kepada tongkat politik. Kita tidak mahu mereka ini.

Bertolak kepada keyakinan inilah kita memutuskan untuk mengadakan pilihan raya secara terus.

Kita yakin pemimpin-pemimpin terbaik dapat dilahirkan melalui proses ini dan pada masa yang sama, mereka menjadi lebih bertanggungjawab kepada ahli-ahli. Ini akan membantu kita menjadi lebih kuat!,” ujar Anwar.

Saturday, September 25, 2010

Saya boleh kaya jika menolak Anwar - Azmin


Wartawan : Adakah YB rasa dengan pengalaman dalam parti selama ini akan meletakkan YB sebagai pemimpin yang telah diuji dan teruji ?

Azmin :
Saya mahu anda mengetahui bahawa betapa sukarnya untuk mengambil keputusan ketika kes Anwar bermula.

Saya boleh mengambil sikap untuk berkecuali. Saudara pun tahu hubungan saya dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu bukan hubungan biasa, boleh dikatakan keluarga dekat beliau.

Tetapi saya sebut kes Anwar, keterangan saya di mahkamah bahawa dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mencadangkan supaya saya diperkenalkan kepada Anwar, ketika saya tidak kenal Anwar.

Jadi begitu akrabnya saya sehinggakan majlis perkahwinan saya dihadiri beliau (Tun Dr. Mahathir Mohamad) bersama Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Saya bukan anak bangsawan, bukan orang elit, arwah ayah saya hanyalah pesara tentera tetapi hubungan kami sehingga beliau anggap saya ini sebagai anaknya.

Saudara bayangkan pada 2 September (1998, tarikh pemecatan Anwar Ibrahim) betapa sukarnya saya membuat keputusan untuk bersama Anwar atau Dr. Mahathir ? Bukan mudah untuk saya buat keputusan.

Saya bertemu dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Ogos 1997, setahun sebelum saya dipecat.

Saya beritahu kepadanya saya tidak terima Ini, mungkin Dr. Mahathir merasakan Anwar tidak layak sebagai Menteri Kewangan, tidak cekap saya boleh terima.

Tetapi sekiranya melampau batas, saya tidak boleh. Saya telah menjelajah seluruh dunia bersama beliau (Anwar) dan saya tidak melihat seperti yang dituduh oleh Umno pada ketika itu.

Malangnya Dr. Mahathir masih berkeras dan saya terpaksa membuat keputusan untuk mempertahankan keadilan dan kebenaran.

Saya hilang adik. Saudara kena ingat tidak mudah kepada saya, seluruh anggota keluarga saya dipaparkan di muka-muka akhbar ketika itu, dengan isteri dan anak saya difitnah tetapi apa pilihan saya ketika itu.

Saudara perlu lihat perkara ini, pengalaman yang saya lalui, pengalaman yang sebenar walaupun peguam ketika itu menyarankan agar saya tidak menjalankan ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) tetapi saya tetap dengan pendirian bahawa ini soal moral.

Saya buat ujian DNA termasuk dua terhadap isteri dan anak saya. Kalau saya inginkan kesenangan, pada 2 September (1998) saya boleh pilih untuk bersama Dr. Mahathir.

Bukan saya angkuh atau bongkak tetapi saya pasti sekiranya saya bersetuju dengan mereka, saya tidak akan duduk di sini seperti sekarang.

Saya telah mengharungi ujian yang getir. Saya rasa selain Anwar, saya telah menghadapinya bersama isteri dan anak saya, tetapi Alhamdulillah saya yakin dengan pilihan saya walaupun terpaksa menolak adik saya.

Namun saya akan mempertahankan pendirian saya dan keadilan sebenar.

Friday, September 24, 2010

2 Izzah, apa kata Azmin ?

Soalan : Nurul Izzah sebelum ini menyatakan sokongan kepada Datuk Zaid Ibrahim. Apa komen YB mengenai perkara ini dan bagaimana YB melihat ancaman-ancaman dari luar parti ?

Azmin :
Itu laporan yang diputar belitkan oleh media, tetapi Nurul Izzah sendiri memberitahu saya dalam majlis rumah terbuka di Lembah Pantai bahawa maklumat yang dilaporkan itu tidak tepat dan berniat jahat.

Saya tidak berkecil hati kerana bagi saya apa juga pandangan yang dilontarkan adalah hak beliau dan saya mengenalinya sejak kecil lagi.

Jangan ada lagi cubaan untuk mengeruhkan hubungan kami sekeluarga kerana saya mengenali Anwar dan keluarganya hampir 26 tahun.

Mengapa mahu dipertikaikan. Mengenai ‘Pencacai Politik’(Mungkinkah Ezam?) yang kata kenal Anwar luar dan dalam, mereka tidak lama pun berkhidmat dengan Anwar.

Baru dua tahun sahaja. Program tarbiah itu belum habis. Kalau saudara lihat bagi yang sudah melepasi tempoh tarbiah semua setia sampai sekarang.

Apabila berlaku insiden 1998, di mana dia? Lari ke Jakarta. Ketika kami berhempas pulas, dia tidak ada di sini. Dia hanya pulang setahun kemudian setelah keadaan kembali reda. Lawan saya bukan dia. Lawan saya lebih dari itu.

Soalan :
Sekiranya menang jawatan Timbalan Presiden, adakah nanti akan timbul satu persepsi bahawa YB yang akan mengawal parti disebabkan presiden sekarang dilihat hanya boneka sahaja?

Azmin : Jangan memandang rendah tentang kebolehan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti kerana beliau adalah ketua kami ketika parti ini baru berkembang.

Beliau ketua kami ketika parti ini sedang menghadapi kekuatan luar biasa Umno.
Hanya ketika sekarang kita boleh berkepak sedikit . Beliau mempunyai kekuatan tersendiri berbeza dengan Anwar.

Wednesday, September 22, 2010

Zaid Ibrahim bersama Ketua Penerangan Umno malam ini.

Bekas calon PKR yang kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Hulu Selangor, Zaid Ibrahim akan bersama Ketua Penerangan Umno, yang juga orang kepercayaan Najib Razak iaitu Ahmad Maslan di Johor pada malam ini dalam sebuah forum yang bertajuk “Membina Negara Bangsa Malaysia Dari Perspektif Perlembagaan – Masa Depan dan Harapan”.

Kumpulan Zaid dalam satu kenyataan memaklumkan forum itu aakan diadakan antara 8.30 hingga 12 malam ini dengan kehadiran dijangka kira-kira 500 orang dari sekitar negeri Johor dan satu sidang akhbar akan diadakan selepas itu.

Zaid yang kini merupakan Penyeleras Pakatan Rakyat dilihat kian kerap menghentam PKR dalam usahanya merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu November ini.

Selain itu, Zaid juga memanipulasi blognya yang digunakan sempena PRK di Hulu Selangor yang lalu, ‘zaiduntukrakyat’ untuk menjejaskan imej Presiden PKR, Datuk Seri Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menimbulkan pelbagai tanda-tanya dalam kalangan ahli berhubung cara beliau yang masih kelihatan seperti cara Umno dalam berkempen.

Malah, beberapa bloger Umno dilihat bersetuju bekas pemimpin Umno di Kelantan itu merebut jawatan Timbalan Presiden dan siap menyenaraikan kira-kira enam agenda Zaid mesti menang bagi memastikan Azmin tumbang.

Tidak dapat dipastikan tujuan Zaid bersama Ahmad Maslan dalam keadaan pemilihan PKR sedang hangat berlangsung, namun jika dilihat kronologi Zaid yang baru setahun dalam PKR, pelbagai persoalan menimbulkan tanda-tanya berkaitan beliau.

Beberapa pihak mendakwa beliau ditaja oleh Umno untuk merosakkan PKR dari dalam seperti mana yang berlaku kepada beberapa pimpinan sebelum ini.

Lebih menarik apabila dakwaan itu dinafikan Zaid sebelum pimpinan PKR bersuara mengenainya.

Sama sepertimana yang dilakukannya di Hulu Selangor baru-baru ini apabila tuduhan terhadap beliau kaki botol di’iya’kan walaupun Zaid belum melihat asal-usul tuduhan itu yang sebenarnya berpunca daripada gambar super-impose beliau memegang botol arak yang dipropagandakan oleh bloger Umno yang juga anti Najib tetapi Pro Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin dan Perkasa, sebuah NGO yang dipimpin oleh Ibrahim Ali, seorang politikus yang suka melompat parti.

Dalam bahasa mudahnya, Zaid sebelum menjawab soalan wartawan sepatutnya menyelidiki dahulu dakwaan itu dan bukan terus mengaku yang akhirnya dipropagandakan media upahan Umno, Zaid kaki botol dan kuat minum arak.

Antara yang dibincangkan dalam kalangan anggota PKR termasuklah di laman sosial facebook ketika ini ialah kebimbangan mereka jika Zaid kalah, adakah beliau akan meninggalkan PKR, sebagai mana beberapa pemimpin PKR yang kecewa dalam parti itu keluar parti apabila beberapa kemahuan mereka tidak dapat ditunaikan oleh PKR, sebuah parti baru dan miskin pula.

Saya berharap Zaid kekal dalam PKR, kerana jika beliau keluar parti dan kembali kepada Umno, ia sesuatu yang berbahaya kerana Zaid ialah Penyelaras Pakatan Rakyat dan sudah tentu ada beberapa maklumat penting yang melibatkan gabungan parti itu ada dalam tangan beliau yang dibimbangi akan dipergunakan oleh pihak Umno-BN untuk mensabotaj Pakatan Rakyat.

Ingat lagi, Salehuddin Hashim, bekas Setiausaha Agung PKR yang didakwa terlibat dalam membawa beberapa Ahli Parlimen PKR keluar parti ?

PKR sedikit terjejas kerana sebagai bekas Setiausaha Agung, beberapa dokumen penting parti ada dalam tangan beliau dan beliau turut didakwa ada menemui Najib Razak sebelum beberapa Ahli Parlimen PKR keluar parti.

Salehuddin juga ialah Pengarah Jawatankuasa Pengelola Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat pada 19 Disember 2009.

Sebagai wartawan, penulis akui beliau bukanlah seorang yang mesra media, tapi apa boleh buat, beliau merupakan Setiausaha Agung dan Pengarah ketika itu.

Adalah diharapkan PKR dan Pakatan Rakyat lebih berhati-hati dalam melantik orang-orangnya dalam jawatan tertentu yang cukup penting buat parti itu dan Pakatan Rakyat.

Apa-apa pun, sidang akhbar pada malam ini pastinya ditunggu-tunggu oleh semua media di negara ini.

20 peratus royalti minyak untuk Sarawak - Fuziah


Pengarah Pilihanraya Pusat PKR, Fuziah Salleh sekali lagi menegaskan bahawa royalti minyak sebanyak 20 peratus daripada keseluruhan pendapatan petroleum di Sarawak tetap akan diberikan kepada negeri itu jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Sarawak pada pilihanraya negeri akan datang.

Menurutnya, royalti minyak sebanyak 20 peratus merupakan hak rakyat Sarawak yang selama ini gagal diperjuangkan oleh rejim BN pimpinan Taib Mahmud di Sarawak.

Ditanya bagaimana tuntutan itu dipenuhi pada pilihanraya negeri akan datang dalam keadaan kerajaan pusat masih dalam taklukan BN, beliau menegaskan dengan kata-kata berikut.

“Insya’Allah sekiranya kita berjaya menawan Sarawak pada pilihanraya negeri akan datang, kita tetap akan menuntut royalti 20 peratus itu untuk Sarawak walaupun ketika itu kerajaan pusat masih lagi diperintah oleh BN.

BN boleh sahaja menuntut perkara itu namun dalam tempoh mereka memerintah, mereka jelas tiada komitmen untuk itu dan pada masa yang sama pemimpin mereka lebih mementingkan kekayaan peribadi, keluarga dan kroni walaupun majoriti rakyat di Sarawak kekal dalam paras kemiskinan,” katanya ketika dihubungi KABAR.

KABAR ialah akhbar politik yang sebelum ini dikenali sebagai Konsep Era Pakatan.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan menjelaskan, walaupun rejim BN memerintah Sarawak hampir 50 tahun, rejim BN hanya menghargai Sarawak dalam bentuk pujian politik apabila Sarawak kerap dilabelkan oleh pimpinan BN sebagai Deposit tetap BN setiap kali menjelangnya pilihanraya.

Sehubungan itu, katanya, rakyat Sarawak wajar menolak BN pada pilihanraya akan datang dengan memberi peluang kepada PR untuk memerintah Sarawak seterusnya melaksanakan pelbagai program kebajikan bagi merakyatkan ekonomi Sarawak untuk rakyat Sarawak.

Beliau memberi contoh, bagaimana negeri Selangor yang baru dua tahun diperintah oleh PR berjaya merakyatkan ekonomi Selangor agar benar-benar dirasai oleh rakyatnya sendiri.

Pimpinan PKR dan PR ketika ini silih berganti ke Sarawak dalam gerak kerja pilihanraya bagi memastikan segala isu dan penerangan benar-benar sampai kepada rakyat di negeri terbesar di Malaysia itu.

Antara cabaran PR di Sarawak selain kurangnya laporan media berhubung program mereka, turut menjadi cabaran ialah bentuk muka bumi Sarawak yang luas dan jaringan jalan raya yang sukar untuk dikunjungi termasuklah di kawasan tertentu yang hanya boleh dikunjungi melalui bot dan helikopter.