JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, September 13, 2011

Sekutu Umno tercari-cari kerusi untuk bertanding

Meskipun Dewan Rakyat belum dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan, kebanyakan bakal calon mula mengintai-intai kerusi idaman mereka.

Tidak terkecuali berbuat demikian adalah keempat-empat pemimpin utama parti komponen utama BN - MCA, MIC, Gerakan dan PPP yang masih tercari-cari kerusi yang sesuai sekiranya, presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN bercadang mengadakan pilihan raya pada akhir tahun ini.

azlanIni kali pertama di mana presiden empat parti komponen BN akan menghadapi pilihan raya umum tanpa status sebagai wakil rakyat, apabila diri mereka dan parti yang diwakili tumbang kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008.

Kecuali presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terpalit dengan skandal seks dan tidak bertanding, tiga yang lain - Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan presiden PPP Datuk M Kayveas - semuanya tersungkur.

Malaysiakini menghubungi tiga penganalisis politik - Ong Kian Ming, James Chin dan Khoo Kay Peng - untuk menilai keempat-empat presiden itu dan mencadangkan kerusi yang sesuai untuk mereka bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Dr Chua Soi Lek

Ong Kian Ming: Kemungkinan kerusi - Tanjung Malim (Perak), Tanjung Piai atau Kulai.

Chua kemungkinan besar akan memilih Kulai, di mana kira-kira 60 peratus daripada pengundinya adalah masyarakat Cina.

Johor juga merupakan kubu kuat MCA, dan Chua juga dikatakan mempunyai sokongan asas kuat di sana.

Jika menang di Kulai, kedudukan Chua dilihat semakin mantap dan sekaligus menghancurkan sokongan kepada bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting.

Tanjung Malim akan menjadi pilihan keduanya. Ini kerana kerusi separa bandar dengan majoriti pengundi Melayu itu dianggap kawasan selamat, tetapi memerlukan sokongan Umno.

Seperti Kulai, kemenangan Chua akan menghancurkan sokongan untuk adik-beradik Ong. Kerusi itu kini dipegang oleh Datuk Seri Ong Ka Chuan iaitu adik Ka Ting.

NONEJames Chin: Kemungkinan kerusi - Labis

Chua telah memberi bayangan akan kembali ke Labis, tetapi keputusan muktamad di tangan Najib selaku pengerusi BN.

Apabila terpalit dengan isu video seks, Chua tidak mempertahankan kerusinya tetapi sebaliknya, menyerahkannya kepada anaknya, Chua Tee Yong. Justeru, lebih mudah bagi beliau mendapatkan kerusi itu semula.

Khoo Kay Peng: Kemungkinan kerusi - Labis

azlanLabis peluang terbaik Chua, kerana ada kesinambungan dengan anaknya memegang kerusi berkenaan.

Anaknya itu, mungkin dipindahkan ke Bakri. Johor dianggap lebih mudah kerana merupakan kubu BN dan beliau juga mempunyai banyak sokongan dari Umno di sana.

Untuk cuba nasibnya di Perak, Chua akan perlu menilai penerimaannya oleh ahli-ahli BN di sana, yang harus dikira berdasarkan sokongan akar umbi.

Sekalipun Chua tidak bertanding di Labis, Bakri adalah juga kerusi yang yang harus dicubanya untuk dirampas kembali dari DAP.

Koh Tsu Koon

NONEOng Kian Ming: Kemungkinan kerusi - Simpang Renggam, Segambut

Koh kemungkinan besar akan ke Simpang Renggam kerana ia kerusi itu kini dipegang oleh Gerakan.

Zaman kegemilangannya di Pulau Pinang sudah berlalu dan tidak bijak baginya cuba meramapas mana-mana kerusi di negeri itu.

Kerusi Taiping (Perak) yang ditandingi oleh Gerakan juga dianggap tidak selamat kerana ahli parlimen Nga Kor Ming dari DAP dikatakan terus mantap di sana.

NONEKerusi Puchong dan Kuala Lumpur juga dianggap sukar dirampas semula.

Segambut mungkin satu pilihan kerana ia merupakan kawasan bandar, tetapi ia juga dianggap kerusi tidak selamat.

James Chin: Kemungkinan kerusi selamat - tidak ada

Masalah Koh bukan untuk memilih kerusi mana yang harus ditandinginya tetapi sama ada beliau berjaya menangkis cubaan mengulingkan kepemimpinannya sekarang.

Jika beliau mampu bertahan, beliau boleh memilih kerusi yang dihajatinya.

Khoo Kay Peng: Kemungkinan kerusi - Simpang Renggam

Di mana Koh akan bertanding, bergantung sama ada beliau akan disingkirkan dari parti itu. Terdapat cubaan untuk menyingkirkan beliau.

Gerakan Johor telah meminta beliau untuk bertanding di Simpang Renggam.

Kubunya di Pulau Pinang sudah lama tumbang.

G Palanivel

Ong Kian Ming: Kemungkinan kerusi - Kapar, Kota Raja

Palanivel juga dalam keadaan yang sukar. Memandangkan tidak ada pemimpin tertinggi MIC yang memiliki sebarang kerusi di Selangor, meskipun negeri itu mempunyai sebahagian besar pengundi India, maka, beliau wajar bertanding di Selangor.

Beliau dijangka tidak akan bertanding di Hulu Selangor tetapi dipercayai akan mencuba nasibnya di Subang, Kota Raja atau Kapar.

NONEKapar adalah kerusi yang besar dan memerlukan sumber dana yang banyak. Secara amnya, mana-mana tempat dkerusi yang dimiliki oleh PKR, lebih mudah dijadikan sasaran daripada kerusi yang dipegang oleh PAS.

Subang pula tidak mudah untuk dirampas kerana ia mempunyai pengundi bandar yang lebih skeptikal.

James Chin: Kemungkinan kerusi selamat - tidak ada

Palanivel mungkin popular di kalangan MIC, tetapi di luar parti, beliau tidak mempunyai banyak sokongan.

Rekod beliau di Selangor juga menggecewakan. Kerusi yang akan ditandinginya akan bergantung kepada pergerakan pengundi dalam daftar pemilih.

khoo kay pengKhoo Kay Peng: Kemungkinan kerusi - Hulu Selangor, Sungai Siput

Jika keadaan di Selangor baik, beliau akan kembali ke kerusi lamanya di Hulu Selangor.

Tetapi saya tidak terlalu pasti jika ia langkah bijak bagi meminta penyandang kerusi itu meninggalkan kawasan berkenaan.

Satu lagi tempat yang cukup simbolik adalah Sungai Siput, yang telah sekian lama dikaitkan dengan pusat kuasa MIC. Ini bukan soal menjauhkan dirinya dari bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu tetapi mengenai pusat kuasa.

NONEWalau bagaimanapun, saya tidak jangka Palanivel akan meninggalkan Selangor, yang secara tradisional telah bertanding disitu.

BN juga tidak mahu melihat pemimpin mereka untuk melarikan diri dan bersembunyi di kawasan-kawasan yang selamat. Palanivel perlu membuktikan keyakinannya untuk menerajui.

M Kayveas

Ong Kian Ming: Kemungkinan kerusi - tidak ada

kayveas hq pc 050609Berdasarkan pergolakan dalaman PPP, saya tidak fikir beliau akan diberi kerusi untuk bertanding. Di Perak, Umno pasti mahu mengambil semula Grik, dan Gerakan boleh mendapatkan Taiping. Bukan tujuan saya mengatakan bahawa Gerakan mempunyai peluang yang baik, tetapi peluang PPP merampas semula kerusi itu jauh lebih tipis.

James Chin: Kemungkinan kerusi - tidak ada

PPP terus meminjam kerusi dari parti-parti lain. Jika mereka mahu bertanding, mereka terpaksa mencari pihak yang bersedia untuk 'meminjamkan' kerusi mereka kepada PPP.

Khoo Kay Peng: Kemungkinan kerusi - tidak ada

najib and barisan nasionalSaya tidak lihat apa-apa faedah untuk BN memperuntukan kerusi untuk PPP. Pilihan raya ini akan sangat sukar untuk Kayveas. Sekalipun sekiranya PPP diberi kerusi, ia mungkin diserahkan kepada calon yang lebih muda.

KPI untuk Najib adalah mendapatkan majoriti tidak kurang daripada dua pertiga.

Jika gagal, beliau pula dalam perjalanan keluar dari Seri Perdana.

Mereka telah menetapkan satu precedent yang amat sukar, dan saya tidak nampak apa-apa ruang untuk Kayveas bagi bertanding.

Peniaga Cina bantah pengurangan subsidi

Lebih 80 peratus daripada komuniti perniagaan Cina yakin bahawa pengurangan subsidi akan menyebabkan inflasi yang lebih tinggi dalam jangka masa terdekat.

Dan, walaupun bersikap optimistik mengenai prospek ekonomi antara sekarang hingga 2013, mereka menjangkakan pertumbuhan yang lebih perlahan akan diumumkan bagi separuh pertama tahun ini.

Ini berdasarkan polisi kerajaan, persaingan domestik, peningkatan kos operasi dan harga bahan mentah serta kekurangan sumber manusia.

Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM) president William ChengPerkara itu adalah antara penemuan kaji selidik yang dibentangkan oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) pada sidang akhbar hari ini.

"Kira-kira 73 peratus daripada responden mendakwa bahawa pengurangan subsidi akan memberi kesan negatif ke atas perniagaan," kata laporan yang dibentangkan oleh presidennya Tan Sri William Cheng dan ketua jawatankuasa perdagangan Leong Kai Kin.

Cheng berkata, terdapat banyak kebimbangan tentang kos sara hidup yang memuncak akibat harga makanan yang semakin meningkat dan pelarasan skim subsidi. Menurutnya,"mengawal tekanan inflasi akan menjadi cabaran terbesar bagi kerajaan".

Kaji selidik itu menyaksikan 670 borang dihantar. Daripada jumlah itu, 286 atau 42.7 peratus dikembalikan.

Responden terdiri daripada mereka di sektor pembuatan, perkhidmatan profesional dan perniagaan, sektor pemborongan, peruncitan, pembinaan, pertanian, perhutanan dan perikanan.-mk-

Monday, September 12, 2011

Kisah benar peningkatan Cukai 6 peratus Pra-bayar

Pada 15 Oktober 2010 kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa:

1. Pendahuluan

YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:

(i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas.
semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.

(ii) mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan Penyiaran.
Televisyen Berbayar.

Kedua-duanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

2. Peruntukan Undang-Undang

2.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar.

Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975.
[P.U.(A)52/1975] telah dipinda dalam Kumpulan G, butiran (b) dalam.
ruang “perkhidmatan yang kena dibayar cukai” seperti berikut:

“(b) Penyediaan –.

(i) perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telemail, alat keloi, telefon selular, teleks, perkhidmatan lebar jalur atau perkhidmatan nilai ditambah; dan.

(ii) perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar”.

Pindaan di atas dibuat melalui Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 412/2010].

3. Pelaksanaan3.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6%.

Dengan pindaan kepada Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 seperti di perenggan 2.1 di atas, bermakna semua perkhidmatan bercukai sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Kedua, PeraturanPeraturan Cukai Perkhidmatan 1975 adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan pada kadar 6% berkuatkuasa mulai 1.1.2011 kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad caj.

Maksudnya, peningkatan prabayar tetap akan berlaku selepas PRU-13 sebab, kerajaan kian tiada wang untuk membayar segala hutang-hutangnya. Maka, undilah BN agar rakyat terus sengsara. ha ha ha ha ha aha ha aha ha ha ha ha ha.

Harus diingat, Pentadbiran Najib melalui Rais Yatim yang berbincang dengan syarikat telekomunikasi memberitahu bahawa peningkatan enam peratus itu bukan tidak jadi tetapi DITANGGUHKAN BUAT SEMENTARA (Sehingga PRU-13).

Manakala peningkatan cukai enam peratus bagi pembelian sim prabayar tetap berlaku bermula 15 September ini.

Celcom = Got X got it all tax

Digi = Sentiasa brsamamu tax

Maxis = Tax Unlimited

Thursday, September 8, 2011

Persempadanan semula hanya selepas PRU13 - SPR

KOTA KINABALU: Persempadanan semula atau penambahan kerusi samada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen amat mustahil ketika ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah, Datuk Md Idrus Ismail.

Beliau mengulas tuntutan berterusan beberapa sekutu BN di negeri itu yang mendesak pihaknya menambah kerusi DUN dan Parlimen.

Mengakui, pihaknya sedia menimbang perkara itu, namun katanya, ianya hanya melibatkan kerusi DUN.

"Persempadanan semula atau penambahan kerusi peringkat Parlimen sukar sebab kerajaan persekutuan ketika ini (Umno BN) kurang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

"Bagi kerusi DUN, ianya perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri seperti ditetapkan di bawah Seksyen 13 Perlembagaan Persekutuan," katanya pada 5 September lalu.

Bagaimanapun, katanya, pertambahan kerusi DUN tidak sesuai buat masa ini kerana PRU ke-13 kian hampir.

"Kita sedang melatih kakitangan mengenai persediaan PRU yang dijangka awal November ini dan jika parti politik berkeras mahu menambah bilangan kerusi DUN, ianya agak sukar.

"Padahal pilihan raya semakin hampir, jadi adalah lebih baik isu ini dibincang selepas PRU berakhirnya," katanya.

Buat masa ini, katanya, tiga sekutu BN sudahpun memohon secara rasmi mengenai persempadanan semula atau penambahan kerusi DUN di kawasan tertentu.

"Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pada dasarnya meminta kami untuk melakukan kajian di Keningau, Pensiangan dan Tenom.

"Umno Kinabatangan turut meminta di kawasan mereka selain Upko mahu SPR menjalankan kajian meliputi seluruh Sabah," katanya.

Wednesday, September 7, 2011

Kami tak perlu nasihat dari Umno - Gerakan

Cadangan supaya calon Gerakan Melaka bertanding di bawah lambangnya sendiri, makin mendapat sokongan.

Naib ketua Pemuda Gerakan pusat, David Ang berkata, beliau menyokong penuh cadangan yang dibuat Setiausaha Agung partinya, Teng Chang Yeow.

Menurutnya, semua ahli Gerakan Melaka patut menyokong cadangan Teng agar bertanding di bawah lambang parti sendiri pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Cadangan itu katanya, tidak seharusnya terhad kepada Gerakan Bahagian Bachang sahaja tetapi harus merangkumi "kesemua kawasan lain" di Melaka di mana parti itu merasakan calonnya berpeluang menang.

Sambil mengingatkan pemimpin BN supaya jangan terlampau "mengasak Gerakan", Ang menegaskan parti itu "akan melawan balik demi maruahnya".

"Gerakan kini berusia 43 tahun dan kami sudah cukup matang dan berpengalaman untuk menentukan sendiri nasib dan halatuju kami.

"Kami tidak perlukan Umno atau mana-mana pihak lain untuk memberitahu kami di mana kami perlu bertanding.

"Kami akan buat keputusan di mana kita patut bertanding dan kami akan beritahu mereka bila tiba masanya," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa BN Melaka akan meletakkan 'calon boleh menang' sama ada dari Umno atau MCA - bagi menggantikan Gerakan - di DUN Bachang pada PRU akan datang.

Gerakan bertanding kerusi itu sejak 1995, tetapi calonnya, Wendy Ngo Kim Hwa tewas kepada Lim Jak Wong dari DAP pada PRU 2008.

Mohd Ali yang juga ketua menteri Melaka dilaporkan berkata BN memerlukan calon yang boleh menjamin kemenangan di Bachang dan jika Gerakan tidak mempunyai calon sedemikian, maka lebih baik calon Umno yang bertanding di DUN itu.

Tuesday, September 6, 2011

Konvenysen Pakatan Rakyat Sabah 16 September

Sekretariat Pakatan Rakyat Sabah akan mengadakan konvensyen buat julung kalinya di Kota Kinabalu Star City pada 16 September ini.

Ketiga-tiga komponennya yang terdiri daripada KEADILAN, PAS dan DAP akan menghantar minima 500 perwakilan ke konvensyen itu.

"Konvensyen berlangsung antara 1:00 hingga 6:00 petang itu bakal dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuklah Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu serta pimpinan dan anggota lain dari seluruh Sabah," kata Sekretariat itu dalam satu kenyataan.

Beberapa kertas kerja bakal turut dibentangkan dalam konvensyen itu dengan acara kemuncaknya ialah pelancaran dasar Pakatan Rakyat Sabah.

"Dasar-dasar ini juga akan mencerminkan hasrat dan keazaman Pakatan Rakyat untuk membawa Sabah ke era baru dengan dasar-dasar yang pro rakyat," katanya lagi.

Pakatan Rakyat Sabah mula dibentuk secara rasmi pada September tahun lalu dan baru-baru ini gabungan itu sudah pun membincang secara aktif mengenai agihan kerusi.

Miskin harta tidak semestinya miskin semangat - Anwar

KINABATANGAN ; Rakyat bukanlah kuli penguasa dalam Negara yang merdeka ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, hak rakyat mesti dijaga oleh pemimpin termasuklah mendapatkan maklumat adil dan bebas.

“Rakyat tidak harus terus diperbodohkan, diugut, dilemah dan diletakkan dalam kemiskinan.

"Kekayaan Sabah dengan hasil sawit dan balaknya, mesti dipulangkan kepada rakyat” Katanya pada sambutan Aidilfitri di perkarangan Rumah Ketua Cabang KEADILAN Kinabatangan, Mustapa Datu Tambuyong.

Turut serta, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah dan Bekas Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Ahmad Tamrin Jaini.

Mengulas isu tanah Sabah, Anwar melahirkan kekecewaan atas sikap penguasa yang memanipulasi sijil sebagai alasan untuk menghalalkan tanah rakyat dirampas dan diserah kepada syarikat kroni.

“orang kampong yang meneroka, tinggal zaman berzaman dan bergantung harap kepada hasil tanah, manalah tahu undang-undang dan mampu membiayai peguam untuk memastikan hak mereka terbela.

"Itu tanggungjawab wakil rakyat untuk membela hak mereka. Wakil Rakyat mesti menjiwai denyut nadi rakyat” tegasnya.

Sebelum ini, Pengerusi Biro Tanah KEADILAN Sabah yang juga bekas Exco Kerajaan Sabah, Datuk Kong Hong Ming mendedahkan bahawa leih 32,000 kes rampasan tanah berlaku di Sabah.

Namun tidak didedahkan media selain kurangnya pengetahuan undang-undang dalam diri pemilik tanah.

Oleh itu, beliau berharap rakyat Sabah rajin mengambil tahu isu semasa selain membandingkan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri pimpinananya dan pentadbiran Umno BN di Sabah.

Menurutnya, pentadbiran Umno BN kekal melingkari rasuh dan pemborosan berbanding pemerintahan Pakatan Rakyat yang bersifat berkebajikan untuk rakyatnya.

Beliau memberi contoh bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat Selangor khususnya memberikan RM100 bagi anak yang baru lahir, masuk universiti RM1,000, meninggal dunia RM2,500, air percuma dan sebagainya demi memgembalikan hak rakyat.

"Kita baru perintah tiga tahun, sudah beri macama-macam.

"Kerajaan Negeri Sabah hanya beri air hujan percuma," Sindir Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

Oleh itu, Anwar menyeru rakyat Sabah khususnya warga Kinabatangan berani melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan memastikan undi hanya untuk Pakatan Rakyat.

“Semua yang ada mesti berperanan, terang dan jelaskan beza pemerintahan Pakatan Rakyat dan BN.

"Buat diam-diam, apa yang diberi pemimpin BN, ambil, kerana itu hak rakyat. Apa kita nak malu dan takut kepada perompak tanah rakyat.

“Kita jangan jadi hamba penguasa dalam Negara yang merdeka ini, kemiskinan harta kita tidak bererti kita miskin semangat untuk terus diperbodohkan, diugut dan bermacam-macam lagi penindasan. Ketuanan rakyat mesti dimartabatkan” Gesa Anwar.

Anwar turut menyandarkan harapan kepada anak muda yang menjadi sebahagian besar tetamu dalam majlis tersebut untuk melakukan perubahan.-Sabah Kita-