JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, February 17, 2007

Salam Perkenalan

Salamun' alaik... n salam perkenalan untuk semua.

Selamat datang, Ahlan Wa sahlan and Selamat Datang buat semua.

Blog ini diwujudkan khas buat sesiapa jua untuk memberi pandangan, komen dan cadangan berkenaan tajuk yang dipaparkan. mudah-mudahan ianya memberi manfaat untuk kita semua.

Saya amat bersetuju dan mengalu-alukan gelaran Perlis yang baru iaitu Perlis Darul sunnah bagi menggantikan Perlis Indera Kayangan yang telah digunakan sejak sekian lama. saya berkeyakinan penuh, penukaran gelaran nama tersebut telah diperhalusi dengan sebaik mungkin dan bertujuan untuk membantu dan memartabatkan Islam di negeri yang terkecil itu.

Dengan itu, saya berpendapat negeri Sabah dan Sarawak juga wajar diberi gelaran nama yang baru. Contohnya. Sabah Darul hidayah dan Sarawak darul Barakah.

lni bukanlah sesuatu yang asing pada pendapat saya memandangkan nama tersebut bagi menyelaraskan dengan negeri-negeri yang lain di samping nama tersebut juga memberi pengertian yang baik.

segala komen. kritikan dan pandangan berkenaan isu yang dipaparkan diruangan ini, mudah-mudahan membuka ruang perbincangan buat semua.

Masdar Wahid, Mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Borneo (PERMIB).