JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, November 29, 2009

Dua Pergi, 100 Mari – Datuk Johan


KUALA LUMPUR : Tindakan dua Setiausaha PKR dalam Cabang (Bahagian) Papar, yang keluar parti dan menyertai Umno baru-baru langsung tidak menggugat kekuatan PKR di negeri itu malah akan menambahkan masalah pada Umno.

Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Johan O.T Ghani (gambar) berkata, kebanyakan mereka yang keluar parti itu mungkin menghadapai masalah tertentu tetapi yang pastinya PKR sebagai parti masa hadapan akan terus hidup dan bekerja keras untuk kebaikan rakyat.

Menurutnya, kekuatan parti bukan bergantung kepada individu tetapi berteraskan kepada semangat perjuangan yang dipegangnya.

“Jika hari ini ada dua ahli yang keluar, esok lusa, saya yakin akan lebih ramai dan boleh jadi beratus-ratus ahli Umno/BN yang menyertai PKR seperti yang berlaku di Kunak baru-baru ini,” katanya kepada Konsep Era Pakatan di sini sebentar tadi.

Beliau yang berpengalaman sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sejak tahun 1970an di Sabah memberitahu, dalam perjuangan pasti ada cabaran yang mesti ditempuhi termasuklah dari aspek kekuatan mental dan sikap daya juang yang tinggi yang menjadi pra-syarat penting kepada kekuatan diri menempuh cabaran.

Sehubungan itu, beliau berharap setiap ahli PKR di negeri itu memahami dengan bersungguh-sungguh intipati perjuangan parti serta memperkemaskan jentera di setiap cabang dan ranting masing-masing ke arah menawan Sabah dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Datuk Johan O.T Ghani ialah bekas ahli Umno dan merupakan mantan Adun Kuala Penyu pada tahun 2004 dan hanya kalah tipis iaitu 257 undi kepada calon Upko dan PKR dalam persaingan tiga penjuru pada pilihanraya umum lalu.

Beliau yang ketika itu bertanding atas tiket Bebas akhirnya menyertai PKR beberapa bulan kemudian.

http://www.erapakatan.com

Wednesday, November 25, 2009

480 penyokong BN sertai PKR SILAM



KUNAK : Seramai 480 penyokong dan ahli dari rejim BN di Kampung Bumi Asli, di bahagian Kunak tekad menyertai PKR Ahad lalu.

Pengerusi Perhubungan (Majlis Pimpinan Negeri) PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini berkata, mereka mengambil keputusan itu selepas melihat kegagalan demi kegagalan rejim BN membela nasib rakyat khususnya dalam isu tanah di Pekan Kunak.

Menurutnya, daripada jumlah itu kebanyakannya ialah ahli-ahli Umno selain ahli dari parti PBS, PBRS dan parti Pasok iaitu antara sekutu rejim BN di Sabah.

“Berdasarkan siri lawatan saya di kawasan Pantai Timur ini khususnya di bahagian Tawau, Kunak, Semporna dan Sandakan, sokongan rakyat bertali arus terhadap parti ini cukup baik dan saya melihat ia sesuatu yang positif dan signal rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com, di sini hari ini.

Beliau menambah, dalam masa terdekat PKR Sabah akan terus menerima keahlian baru termasuk dari kalangan pimpinan BN di beberapa bahagian di Pantai Timur Sabah.

Ahmad yang juga Ketua Cabang PKR Libaran memberitahu, pimpinan Umno itu kelak akan turut membawa ribuan ahli Umno dan BN untuk berhijrah menyertai PKR.

Terdahulu, pada 22 November lalu, 12 Ranting PKR Kunak di Sabah menerima 480 keahlian baru termasuklah ahli Umno dan beberapa golongan professional di negeri itu.

Di antara golongan professional itu ialah bekas Ketua Mahkamah Anak Negeri Kunak, Hj. Ramli Ibrahim @ Berahim yang juga bekas orang kuat Umno.

Manakala 12 Ranting itu ialah dari cawangan Pangi Tengah, Hampilan, Madai, Dasar Baru, Dasar Lama, Kunak Tiga Darat, Kunak Tiga Kabog, Jaya Baru, Ulu Madai, Kunak Jaya Laut, Kg.Kunak Jaya dan Sungai Atas. Dua lagi cawangan baru yang bakal ditubuh belum dinamakan.

Turut sama pada majlis penuh bersejarah pada hari tersebut ialah Timbalan pengerusi PKR negeri, Datuk Kong Hong Ming, Ketua Penerangan PKR Silam, Samsuri Baharudin dan Timbalan Ketua PKR Kunak, Djapri Kudosat.

DI PETIK DARI ERAPAKATAN.COM

Tuesday, November 24, 2009

PRU SARAWAK : TUAI RUMAH UNDI PAKATAN ?


OLEH MASDARWAHID

Beberapa bulan lalu, Najib Razak ada memberi signal Pilihanraya di Sarawak akan diadakan sebelum pilihanraya umum ke 13. dalam erti kata lain pilihanraya Sarawak mesti diadakan sebelum tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak berakhir iaitu pertengahan tahun 2011.

Walaupun begitu, bagi rejim BN di negeri itu, mereka mula kepanasan apabila melihat sokongan rakyat di Bumi Kenyalang terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat.

Terbaru, sepanjang minggu pertama bulan ini, beberapa Adun rejim BN mula memberi kenyataan bertali arus berkaitan perkara itu apabila mendesak dan mengugut ketua-katua kaum atau juga disebut Tuai Rumah di Sarawak agar jangan menyokong atau memberi sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Tidak dapat dipastikan samada kenyataan Adun-adun rejim BN itu dirancang atau tidak, tetapi yang pasti kenyataan mereka itu menunjukkan kerisauan mereka terhadap sokongan berterusan rakyat pelbagai kaum di Sarawak terhadap Pakatan Rakyat.

Bermula 1 November lalu, ADUN Pakan, William Mawan anak Ikom, mengugut ketua kaum Dayak di negeri itu terutama di kawasan luar Bandar agar jangan berjuang bersama Pakatan Rakyat jika mahu pembangunan di negeri itu diteruskan.

Ini diikuti oleh Adun Simanggang, Francis Harden anak Hollis pada 3 November lalu yang mendesak katua kaum yang disifatkannya sebagai orang tengah agar menerangkan kepada penduduk berkaitan pembangunan kerajaan jika mahu projek dilaksanakan di kawasan mereka.

Skrip yang sama oleh adun-adun itu disambut pula oleh ADUN Engkilili, Johnical Rayong Ngipa semasa berucap di Rumah Kaunselor Tuai Rumah Roy Edward Entalai, di Kampung Selindung Ulu dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman.

Rayong yang risau dengan sokongan berterusan ketua-ketua kaum itudipetik sebagai berkata bahawa sokongan Pakatan Rakyat yang kukuh di semenanjung tidak layak mengembangkan pengaruh mereka di Sarawak atas alasan memecahbelahkan sokongan politik penduduk di negeri itu terhadap BN.

Anehnya, Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Daerah Kecil Engkilili, iaitu Kanselor Tuai Rumah Roy Edward Entalai pada majlis yang sama menggesa agar kerajaan Sarawak menaikkan bayaran elaun Tuai Rumah atau Ketua Kampung bagi mengelakkan mereka dikategorikan sebagai golongan Miskin Tegar.

Rejim BN pula menyambut dingin permintaan itu apabila Timbalan Ketua Menteri yang juga Timbalan Presiden PBB, iaitu salah satu sekutu rejim BN di negeri itu, Alfred Jabu anak Numpang menempelak kembali persatuan itu dengan menyamakan perkara itu dengan tuntutan Cuepacs terhadap Najib.

Jabu berkata, NajibRazak pada 4 November lalu ada menegur (Ceupacs) kerana menuntut bonus pada masa kerajaan sedang bergelut untuk keluar dari kemelesatan ekonomi sekarang.

Sementara itu, Timbalan Residen Sri Aman (Bahagian Pembangunan Sosial), Felicia Tan dalam sebuah akhbar on-line berkata, sejumlah 1,516 penduduk dari daerah Lubok Antu dan daerah Sri Aman dikategorikan sebagai golongan Penduduk Miskin Tegar.

Habis…

Malaysia syurga judi,,,,


Saya menyokong keazaman Datuk Dr Awang Adek Hussin untuk memperjuangkan saranan Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR) supaya diasingkan hasil kutipan judi yang dah tentu haram dan tidak dimasukkan dalam Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan

Saya menunggu Dr Awang Adek menunaikan janjinya dan jika beliau memperjuangkannya, saya berdoa agar perjuangannya mencipta kejayaan.

Saya juga berharap agar diperjuangkan supaya perjudian dikurangkan seperti yang disarankan oleh Ahli Parlimen Rasah (DAP), Loke Siew Fook (untuk keterangan lanjut, sila baca petikan hansard Dewan Rakyat 18/11/09 di bawah)

Saya dah kata, kalau PAS dan Umno nak buat perpaduan dalam politik dan pemerintahan, saya tetap menentang. Demi kepentingan Islam dan Melayu juga seluruh rakyat Malaysia, perkara itu tak boleh dibenarkan berlaku. Tetapi, jika benar Dr Awang Adek hendak memperjuangkan apa yang beliau janji hendak perjuangkan itu, semua umat Islam, tidak kira dalam PAS atau Umno, wajib menyokongnya.

Kerajaan-kerajaan negeri di bawah PAS pula, jangan berdalih dengan alasan bahawa di zaman pemerintahan عمر بن الخطاب, beliau telah mengambil cukai ke atas arak, bukan bertujuan mencari dana negara, tetapi untuk membebankan industri itu.

Alasan itu tidak relevan untuk diberikan oleh kerajaan negeri. Bab cukai arak urusan kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN). Kerajaan negeri tidak ada kuasa ke atas cukai arak. Tugas kerajaan negeri ialah menghadkan premis arak, judi dan pelbagai premis maksiat lain. Itu bidang kuasa kerajaan negeri. Ada buat ka?


Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri, nampaknya tadi hasil itu amat banyak kepada hasil negara yang datangnya dari hasil perjudian. Jadi, kita minta Yang Berhormat Menteri memperjuangkan tetapi bukan memperjuangkan perjudian tetapi memperjuangkan supaya perjudian itu dikurangkan. [Tepuk]

Walaupun hasil itu banyak dan kita juga mengetahui bahawa hasil itu penting kepada negara tetapi apa yang kita minta ialah bukan sahaja special draw itu perlu dibatalkan dan langsung tidak ada, mungkin saya boleh berikan sedikit latar belakang mengenai special draw ini.

Special draw ini bermula pada tahun 1998 ketika kita ada JE operate di Bukit Pelanduk. Special draw itu digunakan untuk mendapat sedikit hasil daripada orang ramai dan hasil itu disalurkan untuk bantuan kebajikan dan kepada mangsa-mangsa JE di Bukit Pelanduk. Akan tetapi sekarang ini 72 kali setahun, 12 kali kepada setiap syarikat, enam syarikat, 72 kali setahun, itu sudah terlalu lebih. Bukan sahaja special draw kita minta dibatalkan, kita juga minta hari pertaruhan yang ada sebanyak tiga kali seminggu ini iaitu hari Rabu, hari Sabtu dan hari Ahad.

Jadi apa yang kita minta ialah dikurangkan sehingga dua kali seminggu iaitu hari Sabtu dan hari Ahad sahaja. Hari Rabu itu hari bekerja, jadi tidak perlulah main 4D, hari Sabtu dan hari Ahad itu hari cuti, jadi kalau main sedikit tidak apalah. Saya minta agar dapat dikurangkan dan saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya perjuangkan dan kurangkan lagi sehingga dua kali seminggu. [Ketawa]

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Timbalan Menteri, Balik Pulau sedikit. Saya tidak pandai sangat dari segi ekonomi ini, judi pun saya tidak pandai, kita orang Islam tidak bolehlah. [Ketawa] Timbalan Menteri saya hendak tanya sedikit, kerana inilah sahajalah kepakaran yang saya ada. Dari aspek Perlembagaannya, memang setakat hari ini cukai-cukai tersebut yang dibenarkan seperti dikatakan cukai dibenarkan di bawah undangundang, tetapi memandangkan jumlah yang dikatakan tadi besar dan kalau ikut peruntukan Perlembagaan fasal 97, kalau saya boleh kongsi dan Timbalan Menteri boleh bantu kita di sini.

"Segala hasil dan wang yang walau bagaimanapun didapatkan atau diterima oleh Persekutuan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan Undang-undang Persekutuan hendaklah dibayar masuk ke dalam serta menjadi satu kumpulan wang yang dinamakan Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan," maksudnya kutip macam mana pun perlu disatukan.

Soalan saya dan mohon penjelasan, memandangkan jumlah ini besar, mungkin melibatkan sumber yang haram, judi ini jelas haramnya. Jadi bagaimana dari segi aspek pengurusan itu? Di mana diletakkan?

Kalau ikut perlembagaan ini, kita tidak perlulah kata secular Perlembagaan, kerana itu isu lain. Akan tetapi, kalau ikut tuntutannya mesti disatukan, adakah sehingga hari ini, jumlah yang besar itu, kesemuanya disatukan ke dalam satu dan itu akan menyambung kepada persoalan Yang Berhormat Machang tadi, malah tidak dipastikan pula di dalam kerajaan kita, tiada kod kan?

Persoalannya ialah, adakah ia disatukan di dalam consolidated fund itu, benda yang haram itu kerana sekarang ini negara berbincang mengenai halal dan sebagainya, dan saya rasa itu perlu diperjuangkan. Mohon penjelasanlah. [Ketawa]

Dato' Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih Yang Berhormat, saya akan perjuangkan, tadi saya kata saya akan bawa, ya? Ini hendak suruh perjuangkan?http://penarikbeca.blogspot.com

Blog Pro-PR Jauh Mendahului Blog Pro-BN ???


"Analisis oleh Mat Saman Kati menunjukkan blog-blog pendokong PR lebih popular berbanding blog pencacai BN. Walaubagaimanapun, skop data yang diperolehi hanya merangkumi pembaca berbahasa Melayu. Apabila data menunjukkan blog PR lebih didekati oleh pengunjung alam maya, ia pasti memberi kelebihan dari segi sokongan, dan tak kurang juga kritikan yang membina.

Ini satu perkembangan yang sihat terhadap trend pengunjung di kala media arus perdana tidak lagi memainkan peranan bagi menyampaikan berita-berita yang tulus dan telus. Memilih untuk berlegar di blog pro-PR mencerminkan betapa pengunjung 'concern' terhadap perjuangan membebaskan negara ini dari cengkaman cukong-cukong penjahanam negara.

Berikut adalah data penting yang dipetik dari blog PerakExpress ;

Dari senarai 50 blog teratas, terdapat 15 blogger pro-Umno berbanding dengan 35 blog pro-PR. Dari senarai keseluruhan 100 blog teratas, blogger pro-Umno mewakili 28 % berbanding blogger pro-PR sebanyak 72%.

Tahniah kepada team PerakExpress

Highlight Merah adalah pro-BN

Blog Pro-PR Jauh Mendahului Blog Pro-BN

Oleh: edyesdotcom

Hasan Karim Dipersila Sertai PAS



Pendapat Oleh: khairulfaizi

"Saya kenali Hasan Karim sebagai seorang pejuang rakyat di Johor sejak dari awal pembabitan saya di dalam PAS. Beliau seorang pejuang yang cukup konsisten dengan perjuangan rakyat. Keputusan beliau bersama rakan-rakan untuk terus mempertahankan kewujudan Parti Rakyat Malaysia (PRM) setelah Dr Syed Hussin dan yang lain-lainnya membubarkan PRM untuk bergabung dengan Parti keadilan Nasional (PKN) dan seterusnya mewujudkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunjukkan betapa beliau cukup konsisten dengan perjuangan.

PRM telah meletakkan beberapa calon dalam PRU ke 12 dalam Hasan Karim sendiri telah bertanding di Parlimen Johor Bahru menentang Datuk Shahrir Samad. Walaupun tewas namun beliau tetap juga meneruskan perjuangan. Sebelum itu, Hasan Karim juga pernah bertanding di Kerusi Parlimen Pontian pada tahun 2004 dengan menggunakan lambang PKR. Walaupun PRM tidak bersama dengan PR namun semangat perjuangannya adalah sehaluan. PRM juga dilihat bersama-sama memberikan sokongan kepada calon PR yang bertanding di dalam siri PRK selepas daripada PRU 12 termasuklah PRK di Bagan Pinang.

Namun, pastinya keputusan beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden PRM menjadi satu kejutan di kalangan rakan-rakan seperjuangan. Hasrat Hasan Karim untuk membawa PRM bersama PR telah ditolak oleh perwakilan Kongres Nasional PRM ke 41 baru-baru ini dan ia bukanlah satu keputusan yang mengejutkan kerana kumpulan yang masih lagi bersama dengan PRM adalah mereka yang tidak mahu bergabung dengan PKN dahulu.

Saya menghormati kehendak perwakilan PRM ini dan ecara peribadi saya mengalu-alukan sekiranya PRM dapat bersama di dalam PR kerana sudah tentu ia akan memperkukuhkan lagi PR khususnya di Johor namun setakat ini PRM masih belum bersedia untuk bersama.

Apapun, Hasan Karim perlu meletakkan dirinya di dalam mana-mana parti di dalam PR sekiranya berhasrat untuk menyokong PR. Oleh itu, saya memperlawa beliau untuk menyertai PAS dan kita bekerja bersama untuk menumbangkan UMNO/BN khususnya di Johor.

Salam perjuangan!

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

http://minda-kembara.com/v2008/

Syabas Hasan Karim Keluar PRM Sokong PR


"Syabas dan tahniah setinggi-tingginya kepada beliau yang berani membuat satu keputusan yang amat pahit untuk dilakukan...Jom kita bersama dengan pakatan rakyat..Hasan Karim dan Allayarham Razak Ahmad adalah tokoh pembangkang yang amat disegani di Malaysia dan khususnya di Negeri Johor

Hasan berdiri semasa merasmikan cawangan sungai petani kedah

Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Abdul Karim meletakkan jawatannya berikutan usul beliau agar PRM memohon menyertai Pakatan Rakyat ditolak.
Keputusan meletkkan jawatan itu dibuat Hassan dalam satu surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agong PRM, Koh Swe Yong baru-baru ini.

Kongres Nasional PRM kali ke-41 pada 15 November dii Kuala Lumpur baru-baru ini menolak cadangan Hassan agar PRM memohon menyertai Pakatan Rakyat.

Cadangan itu dibuat oleh Hassan melalui Ucapan Dasar Presiden. Hassan telah menjadi Presiden PRM selama 5 tahun dan lebih 31 tahun sebagai ahli PRM.

PRM dihidupkan semula oleh Hassan dan para penyokongnya selepas pimpinan PRM sebelum itu, Dr Syed Husin Ali dan rakan-rakannya memutuskan untuk bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (PKN).

Pergabungan antara PRM dan PKN telah membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Baru-baru ini, Dr Syed Husin telah dilantik sebagai senator oleh Dewan Negeri Selangor.

"Saya tiada pilihan lain sebagai seorang pemimpin yang bermaruah melainkan satu pilihan sahaja iaitu meletak jawatan sebagai Presiden PRM, ahli Jawatankuasa Pusat dan semua jawatan saya di dalam parti berkuatkuasa serta merta," kata Hassan dalam suratnya itu.

Hassan juga mengambil keputusan untuk meninggalkan PRM ekoran peristiwa tersebut.

"Memandangkan saya ingin memberi kerjasama dan sokongan yang kuat kepada Pakatan Rakyat dan tidak mahu tindakan-tindakan saya itu nanti akan menjejaskan kedudukan dan pendirian pimpinan PRM maka saya dengan hati yang amat berat mengambil keputusan meninggalkan Parti Rakyat Malaysia yang saya sayangi ini dengan berkuatkuasa serta merta juga," tulis Hassan dalam surat yang dihantar kepada media itu.HARAKAHDAILY

Berita Oleh: Lutfi

http://lutfimj2006.blogspot.com/"

Oh..., Mingguan Malaysia!

Mingguan Malaysia sekali lagi 'memandang tinggi' pada saya dengan berita provokatif muka depan.

Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS.

Agenda 'mematikan' saya nampaknya belum berakhir.

Hari ini, Utusan cuba berbagai cara menghubungi saya untuk 'pohon penjelasan'. Semasa Utusan bersiap 'meletupkan' berita itu semalam sepatah penjelasan saya tidak diminta.

Beratus sms, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan talipon sejak awal pagi adalah bukti 'berita' yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit.

Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya - Tok Guru Nik Aziz.

Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti. Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor.

Saya maklumkan pada bos saya. Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain.

Apa kata Tok Guru bila saya terus jumpa beliau Khamis lalu?

Jumpa doktor Di Pakar Perdana habis jam 12.30 tengah hari. Jumpa Tok Guru lebih kurang jam 1 sebelum zohor.

"Tak boleh lok (tangguh). Buat (rawat) selalu (segera). Jangan jadi macam ana..."

Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis.

Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?

Letak semua pulak tu?

Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?

Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan.

Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba meng-agendakan kami?

Sakit adalah lumrah insan. Letak jawatan tidak boleh diikat dengan satu dua hari di hospital - maka ia bukti Husam letak jawatan.

Kepada teman dan rakan, sahabat dekat dan jauh, saya ucapkan terima kasih atas ingatan anda semua. Ustaz Aziz menalipon pagi hari dari Mekah kerana terbangun dari mimpi, saya hargai erti persahabatan.

Bolehkah media kita diajar erti kredibiliti?

Tanpa menyakiti Utusan, tetapi tulisan Art Harun dalam blognya Articulations, menulis tentang Utusan buat sedikit 'touch' untuk tukar gambar payung berlambangkan dacing dengan gambar payung biru tanpa dacing, barangkali cukup untuk kita merasa tertanya-tanya Utusan ini apa..?

Terdapat payung berlambang dacing di belakang pak cik yang ditangkap kerana membunuh isterinya yang minta cerai di Kedah. Gambar yang sama diguna pakai oleh Metro, The Star dan Berita Harian.

Tapi demi maruah BN, Utusan menyiarkan gambar yang diubah seperti di bawah pada berita yang sama, 10 Nov 2009;

Sumber: Weblog Husam Musa

Monday, November 23, 2009

50 SEN PALSU ?



Ciplak (kanan) dan tulen (kiri).

Ciplak (kanan) dan tulen (kiri).

Darian: Why it cannot receive huh?

Hanief: Nevermind, leave it there. What drink you want?

Darian: Cincau.

Hanief: Here you are.

Darian: Thank you.

Budak Kelantan: Kenapo dio tu? Duit tendang?

Hanief: Semua syiling dia boleh masuk. Tapi 50 sen ni saja.

Budak Kelantan: Ini duit tipu ni.

Hanief: Ha? Syiling palsu?

Hanief: Corak dia bukan main detail lagi.

Budak Kelantan: Cuba rasa berat dia. Ada lain sikit.

Hanief: Yalah. Ada rasa macam ringan sikit. Besi dia macam tak padu. Campur aluminium kot?

Darian: What's wrong?

Hanief: This 50 cents is a counterfeit coin. How can I say, erm.. it's not real, not genuine. It's a fake one. That's why the machine rejected it.

Darian: Owh!

Darian Mom: Fake coin ah?

Hanief: Yup, conterfeit 50 cents. This machine will reject dirty, counterfeit and damaged coin.

Darian Mom: I see. The machine can recognize it ah?

Hanief: Definitely.

Hanief: Mana datanglah syiling palsu ni?

Budak Kelantan: Indonesia ni.

Hanief: Ye ke? Ingatkan Afrika.

Budak Kelantan: Afrika tak main syiling. Dia main dolar, baru ada kelas.

Hanief: Hahaha... Syiling lain 20 sen? 10 sen?

Budak Kelantan: Tak dok. Semua 50 seng je.

- - - - - - - -

Bos: Hey I'm going to stock some sugarlah. How leh? Boleh muat ka?

Hanief: Why?

Bos: Tahun depan gula naik harga RM1.00 loh! Mesti naik punya. Every Chinese New Year. Sure one!

Budak Kelantan: Gilo naik RM 1.00. Habis ni, teh tarik nok jadi hargo berapo?

Hanief: Biar betul.

Hanief: Where did you got this info? Already in the news?

Bos: No, no yet.

Hanief: Robert Kuok sure making money this time. Hahaha...

Bos: Nolah! This is global one. Even the government isn't related to this price hike.

Bos: If they care, they will subsidize itlah. That's all.

Bos: You can see in the Internet all the current prices. Sugar lah, milk lah and some other stuffs like coffee.

Hanief: What about the Chinese newspapers?

Bos: No, no news at all.

Hanief: Then? You just predict it?

Bos: Of course loh. Our business requires sugar everyday, what? Those 'ingredients' machines. You have to fill in the sugar everyday in the canister, what?

Hanief: Ya, you are right!

p/s: Apabila duit syiling palsu 50 sen dan tulen itu dijatuhkan ke atas lantai, syiling yang tulen lebih berdesing.

BLOGGER HANIEF

PRU 13 : KAWASAN KUNAK


Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) yang akan datang mempunyai peratus peralihan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang PKR (Parti Keadilan Rakyat) pada nisbah yang sukar dijangka ketika ini. Namun begitu, isu siapa calon akan menjadi antara faktor yang melakar sejarah bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak pada pilihanraya Umum ke 13.

Sama ada di pihak BN atau Pakatan Rakyat, kebanyakan daripada maklum balas @ respon yang diperoleh menyatakan calon tempatan atau orang Kunak perlu dipilih sebagai calon parti-parti yang bertanding. Bukan bermaksud tidak suka dengan calon dari luar, tetapi biarlah Kunak ditadbir oleh orang Kunak sebagai wakil rakyat mereka.

Dalam perkara berasingan, cubaan banyak pihak untuk melobi menjadi calon sama ada di pihak BN atau Pakatan Rakyat sudah seperti perkara rutin. Namun begitu, 'kekuatan' yang perlu dinilai daripada seseorang individu yang ingin menjadi calon dan seterusnya pemimpin yang dipilih haruslah berpandukan kepada beberapa kriteria tertentu antaranya aspek pendidikan, pengaruh @ sokongan daripada pelbagai peringkat masyarakat yang bukan hanya daripada parti yang diwakilinya. Lain-lain faktor seperti kredibiliti kepimpinan, penampilan dalam komuniti masyarakatnya, aspek moral, disiplin diri, rasional kepada perjuangan membela nasib rakyat, sejarah politik, keupayaan untuk berkhidmat, dan pelbagai lagi kriteria yang difikirkan munasabah.

'Kuasa wang' untuk membeli undi daripada pemilih/pengundi bukan lagi menjadi power @ energy sepenuhnya kepada keupayaan seseorang calon untuk menang dalam PRU 13 kerana rakyat kini sudah bijak dalam menilai siapa pemimpin yang mereka mahu?. Tambahan pula, isu rasuah politik wang dalam pilihanraya perlu dibendung dengan adil dikalangan parti-parti yang bertanding jika mereka bersungguh mahu melakukannya.

Sama ada di pihak BN atau Pakatan Rakyat (Pembangkang), parti politik itu tidak ada lagi masa bagi menunggu dan terus menunggu musim pilihanraya tiba untuk menjalankan tanggungjawab mereka kerana rakyat sudah lama menantikan janji-janji pilihanraya yang belum tertunai, termasuklah kemudahan asas, isu tanah yang berlanjutan dan banyak perkara berbangkit.

Ringkasnya, rakyat sudah pintar memutar dadu dan mencatur chess di atas kertas undi bahawa mereka menanda X untuk memilih calon tertentu sebagai pemimpin mereka kelak.

di 1:48 PM 0 ulasan
Perbaharui Lesen Memandu di Pejabat Pos
Mudah, dan selesa. Itu yang tergambar difikiran saya apabila dapat memperbaharui Lesen Memandu di Pejabat Pos mini di Kunak pada pagi tadi.

Sebelum ini, urusan memperbaharui Lesen Memandu hanya boleh dibuat di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tawau atau Lahad Datu yang berdekatan.

Dengan adanya perkhidmatan tersebut di Kunak, urusan seperti itu dapat dipermudahkan dan menjimatkan kos kerana tidak perlu lagi bergegas ke Tawau atau Lahad Datu .

OLEH kunakpress

THE STAR EDISI SABAH TIDAK LAMA LAGI


Star Publications (M) Sdn Bhd (The Star) akan menerbitkan The Star edisi Sarawak pada suku kedua tahun depan, memberikan liputan berita meluas mengenai acara dan peristiwa harian yang berlaku di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Eksekutif The Star Datuk Clement Hii berkata sebaik sahaja beroperasi, edisi Sarawak itu akan menemui pembaca seawal 6 pagi pada harga yang lebih murah.

"Orang Sarawak akan mendapat akhbar itu malahan lebih awal daripada pembaca di Johor," katanya semasa majlis permeterian kontrak bagi pencetakan edisi Sarawak itu antara The Star dengan United Borneo Press Printing (UBPP) Sdn Bhd, di sini, Jumaat.

Ia dimeterai oleh Hii dan Pengerusi eksekutif UBPP Datuk Ling Chiong Ho dan majlis permeterian tersebut disaksikan oleh Datuk Bandar Bandar Raya Kuching, James Chan Khay Syn.

Hii juga berkata memandangkan potensi besar pasaran Malaysia Timur, The Star merancang untuk melancarkan edisi Sabah tidak lama lagi.

Sementara itu, The Star dalam satu kenyataan berkata selain sekumpulan wartawan dan jurufoto, edisi Sarawak juga mempunyai pasukan iklannya sendiri.-- BERNAMA.

Masdarwahid : Menanti pulak Harakah Edisi Sabah dan Sarawak

Thursday, November 19, 2009

NAJIB MENYERAH KALAH PADA ANWAR ?



Apakah motif Utusan Malaysia menyairkan gambar ini setelah Anwar Ibrahim teruk dilanyak sebelum ini.

KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia akhirnya mengambil keputusan menyiarkan foto Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang minum bersama di dewan parlimen.

"Ia merupakan isyarat besar kepada rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim bukan penjenayah dan pengkianat negara. Ia jelas memperlihatkan Utusan tersepit dalam saban hari mengeji-menghina Anwar Ibrahim.

Ertikata Utusan mengitiraf kewibaaan peneraju utama Pakatan Rakyat," jelas Ketua Angkatan Muda keadilan Johor, Zabidie Abas dalam blognya.

Zabidie Abas dalam blognya menjelaskan mengapa PM terpaksa minum bersama Anwar Ibrahim dan membiarkan Utusan menyiarkan di muka hadapan akhbar.

"Ia sudah pasti 'peluru habis, perdamaian jalan penyelamat", sinis Zabidie.

Zabidie juga menghuraikan jawapan pada istilah gambar tersebut dengan:

Pertama- seluruh jentera Umno/BN sudah menyerah kalah pada ketokohan Anwar Ibrahim dan PM 'memberi arahan' usah menyerang Anwar lagi.

Kedua- pemecatan dua sayap penting MCA , krisis MIC, Gerakan dan PPP. Najib Razak membayangkan BN kian tiada kualiti dan tunduk kepada Anwar Ibrahim.

Ketiga- walaupun Utusan masih menyerang Anwar Ibrahim dan PKR. Namun Utusan memberi status enam bintang kepada Anwar Ibrahim.

Keempat- Utusan dan Najib Razak memberi isyarat Anwar Ibrahim layak menjadi Perdana Menteri.

Kelima- pada bila-bila masa ahli dan pemimpin Umnp/BN boleh berjumpa dan mendengar ceramah Anwar Ibrahim.

Keenam- BN sudah tiada moral untuk menentang ketokohan Anwar Ibrahim dipersada politik tanahair dan antarabangsa

FROM ERAPAKATAN

Tuesday, November 17, 2009

LAWAK SANG PEROMPAK

Satu kejadian lucu membabitkan seorang pencuri tayar dan pemilik kenderaan Wira telah dilaporkan berlaku di kawasan Srijaya Park dalam bandar Sri Aman di sini sekitar jam 2 pagi kelmarin.

Peristiwa bermula apabila seorang lelaki dengan menggunakan menggunakan sebuah kenderaan Kancil parkir berdekatan kenderaan jenis Proton Wira dengan niat untuk mencuri keempat-empat tayar kenderaan terbabit.

Ketika sedang sibuk meletakkan batu-bata di bawah kenderaan Wira tersebut, tindakan lelaki itu disedari oleh seorang wanita (pemilik kenderaan Wira) yang secara kebetulan tidur lewat pada malam berkenaan.

Kerana tidak tahan hati, wanita terbabit kemudiannya menjerit sekuat hati ketika lelaki terbabit sedang memasang sejenis alat di bawah Proton Wiranya dengan tujuan untuk menaikkan aras kenderaan tersebut dipercayai demi membolehkannya mencuri tayar kenderaan tersebut.

“Menyedari tindakan wanita tersebut si pencuri tayar itu kemudiannya bertindak melarikan diri ke arah rakannya yang sedang menunggang motorsikal di kawasan berdekatan dipercayai bertindak sebagai peninjau bagi rancangan terbabit.

“Bagaimanapun kepanikan si pencuri menyebabkan kereta Kancilnya tertinggal secara terbuka berdekatan dengan kenderaan Wira milik wanita terbabit,” menurut jiran mangsa terbabit ketika dihubungi Utusan Sarawak hari ini.

Si pencuri itu bersama rakannya yang menunggang motorsikal sebelum ini dipercayai cuba kembali semula ke tempat kejadian selang 15 minit kemudian dipercayai cuba mendapatkan kembali kenderaan Kancil yang tertinggal di situ.

“Wanita itu kemudiannya menjerit kembali apabila melihat pencuri itu cuba kembali ke lokasi kejadian. Si pencuri kemudiannya terus pergi sambil melambaikan tangannya ke arah wanita terbabit,” kata jiran mangsa tersebut.

Pemilik kenderaan Wira tersebut bersama anak lelakinya kemudiannya bertindak merampas kunci kenderaan milik pencuri tersebut sebelum polis tiba untuk menunda kenderaan tersebut ke Balai Polis Sri Aman pada jam 4 pagi.

“Pencuri itu hanya perlu memandu kenderaan Kancilnya untuk melarikan diri dari tempat kejadian sekiranya dia tidak panik. Namun tindakannnya itu nampak melucukan dan bodoh kerana membiarkan kenderaan Kancilnya tinggal di situ,” katanya.

Sumber juga turut menambah bahawa wanita berkenaan pernah kehilangan sebanyak 4 buah motorsikalnya di kawasan Srijaya sebelum ini. Tindakan pencuri melambaikan tangan ke arah wanita terbabit nyata membuatkan dirinya bertambah naik berang.

Tamat.

BAI'AH : PAS SELAR MEDIA REJIM UMNO


TINDAKAN media massa pro Barisan Nasional (BN) memainkan isu bai'ah talak 3 yang kononnya dijalankan oleh pimpinan PAS bagi menyekat wakil Rakyat PAS melompat parti disifatkan sebagai isu murahan dan tindakan terdesak pimpinan BN setelah melihat istiqamahnya ADUN dan MP PAS dalam memperjuangkan hasrat parti.

Telah terbukti, BN gagal mempengaruhi dan membeli ADUN dan MP PAS sekalipun dengan habuan jutaan ringgit. Demikian tegas, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah semasa merasmikan Konvokesyen PASTI ke 20, Zon Sandakan.

Hamzah juga menyifatkan isu Bai'ah ini sebagai usaha fitnah mereka yang tidak suka kepada perjuangan Islam dan Islam tegak di muka bumi ini. Banyak persoalan pokok Islam dibiarkan dan diperlekehkan oleh pemimpin UMNO tetapi sibuk menimbulkan isu-isu yang syubhat dan mengelirukan masyarakat.

Beliau hairan bagaimana manusia boleh patuh kepada hukum solat, haji dan sebagainya akan tetapi menolak undang-undang Allah yang hendak ditegakkan oleh perjuangan Islam.

"Tindakan manusia menolak hukum Allah seperti hudud dan pemerintahan Islam seolah-olah manusia beranggapan Allah tidak faham akan keperluan hakiki manusia. Bukankah fahaman ini boleh merosakan aqidah seorang muslim?" soal beliau.

Beliau mengakui, perjuangan menegakkan agama Allah pasti terpaksa merintis jalan kepayahan. Kalaulah Rasulullah yang terkenal dengan ‘Al-Amin’nya ditolak dakwahnya oleh bapa saudara dan keluarganya. Apalah sangat kita yang tidak sempurna ini.

Lagikan Rasullullah pernah disihir, dituduh gila, sukakan perempuan dan segala macam tohmahan yang tidak masuk akal. Kita pejuang biasa yang rendah iman dan serba kekurangan mesti tabah melalui rintangan dan halangan dalam perjuangan menegakkan syiar Islam.

Oleh: FAIZAL OKADAU

KONVENSYEN BLOGGER PAS 2009

Muqadimah

Blog merupakan medium alternatif terpenting yang memberikan kelebihan kepada mana-mana individu, kumpulan dan organisasi bagi membina imej dan pengaruh. Blogger pula merujuk kepada individu yang mengendalikan Blog.

PAS memandang positif kewujudan blog sebagai medium bagi menghadapi peperangan siber disamping menyebarkan dakwah. Namun kebanyakan blogger PAS yang ada, tumbuh meliar tanpa panduan dari peringkat kepimpinan PAS hingga menjadikan dunia blog sebagai medan yang mendatangkan kerugian kepada PAS.

Maka satu konvensyen Blog dicadang untuk diadakan bagi mengenal pasti blogger sebenar PAS dan memberikan perkongsian maklumat serta panduan berguna untuk mereka memberikan sumbangan yang lebih bermakna buat PAS.

Objektif

1. Menghimpunkan dan mewujudkan Kelab Blogger PAS yang aktif
2. Memberikan kefahaman tanggungjawab dan hala tuju Blogger PAS

Tarikh : 20 Disember 2009
Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar
Masa : 8.00 pagi-1.00 petang
Pendaftaran : RM10.00 seorang

Peserta
1. Terdiri dari kalangan ahli PAS yang berdaftar. Pendaftaran awal akan dibuat bagi mengesahkan setiap peserta adalah ahli PAS dan maklumat berikut akan direkodkan. Sila daftar melalui emel atau fax di talian 03-26937227 sebelum tarikh 11 Disember 2009 bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan.

Nama
No. Ahli PAS
No. HP
Alamat Blog
Email

2. Jemputan khas kalangan Blogger Mahasiswa dan Penyokong PAS


Tentatif Program
8.00-Pendaftaran Perserta.
8.30-Ucapan Aluan Oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Idris Ahmad
8.45-Ucaptama Perasmian & Pelancaran Kelab Blogger PAS Oleh Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
"Harapan dan Cabaran Buat Blogger PAS"
9.30-Rehat
9.45-Pembentangan Kertas Kerja 1-Ust. Ghani Shamsuddin
"Memahami Potensi Blog dan Media Baru Dalam Gerakan Dakwah dan Politik PAS"
9.45-Pembentangan Kertas Kerja 2-Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi
"Blog Sebagai Medan Dakwah Bukan Fitnah"
10.45-Sesi Diskusi kumpulan
11.45-Pembentang Cadangan /resolusi terhadap aktiviti Kelab Blogger PAS
12.45-Makan Tengahari
Bersurai

* tertakluk kepada pindaan
-------------->
Kelab Blogger PAS dicadang untuk ditubuhkan dan pengerusinya diletakkan dalam senarai Ahli Mesyuarat Lajnah Penerangan PAS Pusat

http://misabah.blogspot.com/2009/11/konvensyen-blogger-pas-2009.html

Monday, November 16, 2009

DRAMA JEFFRY DALAM KEADILAN


DSAI sudah menilai dan menghitung syarat-syarat yang dikenakan Dr. J dalam pelan damai yang ditawarkan Dr. J. Bagi DSAI, syarat-syarat Dr. J tiada tujuan lain melainkan "cari pasal". Mana mungkin DSAI mengubah keputusan kolektif PKR Pusat yang melantik Ahmad Thamrin Haji Zaini dan Datuk Kong Hong Ming sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah. Mana mungkin Dr. J seorang cuba sewenang-wenangnya "over rule" keputusan kolektif PKR Pusat itu.

Sejak awal PKR memasuki Sabah, DSAI tidak pernah memberi penekanan utama ke atas DEKLRASI TAMBUNAN. Dalam PRU12 pun DSAI membisu mengenai Deklarasi Tambunan. Tetapi Dr. J insist Deklarasi Tambunan ini untuk diterima PKR Pusat sebagai salah satu pra syarat bagi Dr. J mematuhi "plan damai " dengan PKR bersabit krisis kepimpinan PKR Sabah yang terkini. Isu lain, mengenai Royalti Minyak 20%, Autonomi PKR Sabah, Kebebasan membuat keputusan PKR Sabah untuk Sabah tanpa campur tangan PKR Pusat. Itulah antara keistemewaan yang Dr. J gariskan. Bagi kebanyakan, permintaan Dr. J memang sukar dan kelihatan sekadar "cari pasal" untuk menghancurkan PKR dari dalam sebelum meninggalkan PKR sepenuhnya. Jelas Dr. J tidak lagi mahu mematuhi displin dan ideologi PKR.

Berikutan dengan itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelar ahli yang gagal mematuhi disiplin dan ideologi parti itu sebagai 'pengacau' di dalam PKR. Dengan ini Dr. J adalah tergolong dalam kategori "PENGACAU".

"Saya dengan tegas memberi amaran kepada seluruh anasir-anasir 'pengacau' dalam parti yang gagal patuh kepada disiplin dan ideologi parti, mereka harus undur sebelum disingkirkan," DSAI -di sini

Episod, di mana Dr. J mengenakan syarat-syarat yang sukar dipenuhi PKR pusat ini, malah di luar bidang kuasa PKR sendiri, dilihat sebagai episod terakhir dalam drama Dr.J dalam PKR. Sebagai "pengacau" Dr. J tiada pilihan melainkan BERUNDUR ATAU DISINGKIR. syarat-syarat Jeffrey kepada PKR...SABAHKITA

MENJELANG PILIHANRAYA SARAWAK : SEKUTU BN KONSISTEN REBUT KERUSI



ll this while SUPP has been kept quiet over swap of seat between the party and PRS to accomodate Larry Sng, the partyless Assistant Minister with three potfolios.
But yesterday,Sunday 15th Nov 2009, Sih Hua Tong , the SUPP youth Chairman had lashed out at PRS not to interfere in SUPP internal affair. Sih was responded to PRS Pelagus grassroot leaders through former Pelagus Assemblyman Philimon Nuing who suggested that Sng shoudl contest Meradong. Under BN sarawak seat allocation, Meradong was allocated to SUPP but it lost Meradong to DAP in the 2006th State election.

PRS is a very much a Multi-Racial Party...James Jemut Masing During PBDS Leadership Crisis 2004


PRS is a multi-racial party as claimed by it unpopular President Dr James Jemut Masing. Jemut was saying this during PBDS leadership crisis in 2004 which caused the deregisteration of the only pure Dayak party in the world, the PBDS.
The same people that about six years ago claimed that PRS was the multi-racial party, now saying that Pelagus is best representing by the Iban...
The Iban Traitor that now trying to tell the dayak that they are best representing us..I only have this to PRS...FART YOU!

Mupok aku

"Agi Idup Agi Ngelaban - bukittunggal

KETUA BAHAGIAN PKR SAMAN MALAYSIAKINI


KENYATAAN Sohon Singh yang mendakwa seorang Ketua Bahagian PKR Sabah lari ke China kerana hutang adalah satu fitnah dan tidak berasas sama sekali. Walaupun namanya tidak disebut, umum mengetahui ianya merujuk kepada, Peguam Ansari Abdullah kerana cuma hanya seorang Ketua Bahagian yang juga saorang peguam yang telah menunaikan fardu haji.

Sebelum ini pelbagai tomahan dan fitnah telah di lemparkan oleh Joe Fernandez dalam tulisannya di Malaysiakini tetapi Ansari hanya berdiam diri. Bagaimanapun, apabila keimanannya telah cuba dicemari dengan fitnah, kononnya Ansari telah membohongi seorang pada hari beliau berlepas ke Mekah, ianya telah melampaui batas etika kewartawanan dan peradaban manusia.

“Sohon Singh bukanlah anakguam saya dan saya tidak pernah menerima atau pun berhutang kepadanya satu sen pun. Ini adalah kali ketiga dia digunakan untuk menyerang peribadi saya. Pertama pada tahun 2007 apabila dia dijemput untuk berucap menyerang peribadi saya di hadapan ketua-ketua bahagian dan ahli-ahli KDM Task Force di Sokid Villa,” ujar Ansari lagi.

Kata Ansari, kali kedua, apabila orang tertentu yang telah dicam oleh penyokong-penyokong beliau, telah mengedarkan surat layang serta salinan laporan polis semasa pilihanraya pada bulan Mac, 2008.

Kini, Sohon Singh, tegas Ansari, telah digunakan untuk mengaibkan beliaua sebagai seorang Islam dan peguam. Ianya bukan sahaja bermotifkan politik tetapi juga untuk menjejaskan reputasi beliau di dalam profession yang telah diceburinya selama 30 tahun dan menjatuhkan pandangan orang Islam terhadapnya yang dijenamakan sebagai terlalu kotor dan jijik.

“Saya tahu pengecut-pengecut yang menjadi dalang di sebalik serangan-serangan ini. Mereka mengangap saya adalah batu penghalang dalam usaha mereka untuk menguasai PKR Sabah secara langsung atau melalui proksi mereka,” ujar Ansari lagi yang akan menyelesaikan isu berkenaan melalui saluran undang-undang.

Tegas Ansari, beliau amat kesal keran satu laman web yang dihormati boleh di jadikan kuda tunggangan untuk mendewa-dewakan pemimpin tertentu dan memburukkan yang lain.

Joe Fernandez, kata Ansari, seorang wartawan veteran sepatutnya mengasingkan perasaannya sebagai Ahli Forum Borneo Heritage agar penulisannya tidak berat sebelah.

“Ada juga kawan-kawan yang memaklumkan kepada saya tentang anak-anaknya yang berkerja dengan syarikat-syarikat milik saorang peminpin Barisan Nasional,” Ujar Ansari lagi.

Ansari turut menafikan segala tuduhan dan 'Insinuations' yang terkandung dalam rencana bertajuk 'Sabah PKR Divisional Chief ran to China from Debt' yang di siarkan pada 13 November, 2009.

"Saya telah memberikan kenyataan saya kepada Polis dan akan berkerjasama dengan mana-mana ajensi termasuk MACC agar kebenaran dapat di tegakan. Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang keatas Sohon Singh, Joe Fernandez dan Malaysiakini," tegas Ansari.

Oleh: HAFIZ JAMAIL

TAIB MAHMUD SERANG SUHAKAM SEBAB PERJUANGKAN KAUM PENAN DAN ALAM SEKITAR

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menolak dakwaan bahawa suruhanjaya itu cuba menyamar sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.



Pesuruhjaya Suhakam Sarawak Dr Mohd Hirman Ritom Abdullah berkata Suhakam telah pun diberi mandat oleh Parliamen dan kerajaan untuk mempromosi selain melindungi hak-hak asasi manusia atau isu yang berkaitan dan sememangnya menjadi hak mereka untuk bertindak atau bercakap bagi pihak golongan atau masyarakat yang merasakan hak mereka dicerobohi pihak lain.



"Adalah tidak adil untuk mengeluarkan saranan seperti itu memandangkan apa yang kami buat tiada kena mengena dengan politik. Kami sekdar cuba menyuarakan kebimbangan mereka yang datang berjumpa kami dan mahu keperluan atau tuntutan mereka ditangani oleh pihak berkuasa yang berkaitan," katanya kepada Bernama di sini pada Ahad.



Dr Hirman berkata sebagai contoh, isu Penan seharusnya ditangani dengan teliti kerana ia membabitkan hak asasi manusia yang sebenar, misalnya kemudahan prasarana, tanah dan pendidikan, maka tindakan yang sewajarnya perlu diambil.

Beliau turut menafikan bahawa Suhakam ada mengeluarkan kenyataan yang merujuk kepada kepupusan Orang Utan di Sarawak.

Taib dipetik oleh sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris hari ini sebagai berkata beliau dukacita dengan Suhakam di samping NGO setempat yang lain berhubung isu masyarakat Penan dan alam sekitar.



Dalam kenyataannya pada ulang tahun keenam Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Taib malah mencadangkan supaya Suhakam mendaftarkan suruhanjaya itu sebagai sebuah parti politik memandangkan Suhakam "yang sepatutnya memperjuangkan hak asasi manusia, telah banyak memperkatakan mengenai isu Penan dan alam sekitar, serta orang utan."

Suhakam baru-baru ini mengumumkan laporan mengenai masyarakat Penan di Belaga yang terjejas ekoran pembinaan empangan Murum. bernama

Sunday, November 15, 2009

TOPI KELEDAR - MENTERI SINDIR MUHYIDDIN ?


Amalan pemakaian topi keledar semasa menunggang motosikal perlu dipupuk di kalangan orang ramai sejak dari zaman kanak-kanak lagi bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai risiko kemalangan maut yang membabitkan penunggang serta pembonceng motosikal jika tidak memakai alat keselamatan itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata amalan pemakaian topi keledar perlu dijadikan satu budaya oleh masyarakat dalam usaha mengurangkan kejadian kemalangan maut.

"Jadikanlah amalan memakai topi keledar semasa menunggang motosikal sebagai satu budaya oleh masyarakat, walau ke mana saja sama ada ke kedai berhampiran, tempat kerja mahupun di kawasan kampung sekalipun," kata beliau yang juga Anggota Parlimen Bentong.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Kempen Pemakaian Topi Keledar Kanak-Kanak Yang Membonceng Motosikal Ke Sekolah Peringkat Negeri Pahang di Sekolah Kebangsaan Sulaiman di sini pada Ahad.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Datuk Suret Singh dan Presiden Genting Malaysia Berhad Datuk Lee Choong Yan.

Liow berkata kempen itu mula dilancarkan di Selangor pada 2 Mei lepas dan setakat ini ia sudah dijalankan di Perak, Terengganu, Pulau Pinang, Sarawak, serta Sabah, dan ia akan diteruskan di Johor dan Kedah selepas ini - BERNAMA

SELANGOR - ANWAR CABAR NAJIB

Anwar isytihar perang pertahan S'gor
Abdul Rahim Sabri
Nov 15, 09
1:27pm
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

"Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..

"Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habis-n," katanya.

Najib juga merupakan pengerusi perhubungan Umno Selangor dan pengerusi BN.

Anwar berkata demikian dalam ucapatama dalam konvesyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam pagi ini.

Kira-kira 1,500 perwakilan daripada 22 cabang PKR di negeri ini memberi tepukan gemuruh ekoran pengisytiharan perang itu.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata serangan untuk merampas Selangor, dapat dilihat daripada beberapa isu yang cuba ditimbulkan untuk melemahkan kepimpinan Khalid yang juga pengerusi PKR negeri.

"Hari-hari serang Tan Sri Khalid. Tak habis dengan isu lembu untuk hari raya korban, dia serang dengan isu kepala lembu. Kita jangan ingat (serangan) selesai. Kalau kita rasa selesai, kita silap.

"Bila PM (perdana menteri) nak serang dan rampas, dia akan guna segala jentera. Mungkin dia gunakan kata-kata yang lunak, ia manis bagaikan madu tetapi ia umpama racun bisa bagaikan hempedu," katanya.

Katanya, perkara itu juga menjadi antara sebab utama beliau menerima tawaran Khalid yang juga pengerusi PKR Selangor untuk menjadi penasihat ekonomi negeri itu.

"Saya datang untuk bantu kerajaan negeri dan rakyat dan tidak mahu menimbulkan ketegangan politik. Saya mahu (tugas) menteri besar menjadi lebih kukuh.

"Jangan ada anak-anak kecil yang nak bermain-main di sini, saya datang kerana ada pengalaman. Kalau ada anak kecil main-main, kita tangkap dan lempar keluar," katanya

Anwar juga berjanji untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan mempertahankan ekonomi negeri itu.

Beliau berkata, ini kerana laporan ketua audit negara menjelaskan bahawa prestasi dan rekod baik telah ditunjukkan oleh Khalid dan ia tidak pernah dicatatkan oleh menteri besar sebelum ini.

Dalam ucapan itu juga Anwar optimis bahawa kerajaan Selengor di bawah Pakatan Rakyat dapat dipertahankan dalam pilihanraya akan datang dan prestasinya juga akan jauh lebih baik daripada pilihanraya Mac tahun lalu.

"Ini markas kita, ini kubu kita. Dia datang sentuh, kita lesing dia," katanya yang sekali lagi mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Dalam sidang media selepas itu, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa pengisytiharan perang itu adalah tindak balas terhadap pengisytiharan Umno untuk merampas kembali Selangor.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang melibatkan pembangunan dan kepentingan rakyat.

"Kita tentunya akan bertahan dan serang balas (jika ada serangan). Dan pendekatan kita dari awal, dari segi kerajaan adalah kerjasama, bukan lawan. Dan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan.

"Kalau urusan pembangunan ikut lunas yang baik dan lunas demokrasi, kita ikut dan bukan bermaksud untuk melawan," katanya

FUNGSI HANDFON YANG JARANG DIDENGAR



Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )



2) KERETA TERKUNCI

- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.



3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .



4) TELEFON KENA CURI

- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya



sumber :http://idhamlim.blogspot.com

Saturday, November 14, 2009

TPM ENGGAN GUNA HELMET - BERI CONTOH PADA RAKYAT


sumber gambar klik sini

Kata 1 Malaysia tetapi undang - undang berbeza.....

Gambar di atas ialah bagaimana TPM menunjukkan contoh tidak baik iaitu menaiki motorsikal dengan tidak memakai helmet.

Masih ingat lagi sebuah filem box office yang dilakukan penyanyi terkenal dipotong adegan bermotorsikal oleh pihak pemotong dan penapis filem hanya kerana watak utama dalam filem tersebut menaiki motorsikal tetapi tidak memakai helmet kononya jangan beri contoh tak baik pada orang ramai..... tetapi kali ini semua akhbar utama siarkan pula gambar TPm tak pakai helmet.....

kedua tak ada ke polis dio kawasan itu yang nak tangkap dan saman kerana kesalahan undang - undang jalanraya.....

haha.... lepas nie ada tak anak muda berani buat report polis ke atas TPM kerana salah langgar undang - undang..... hahaha ...

kalau makcik pergi kedai naik motor tanpa helmet disaman tetapi ini...? Atau apakah pemakaian topi keledar hanya di kuatkuasakan secara berpilih-pilih!

http://chegubard.blogspot.com/

JOM CARI KEBENARAN


PADA 10 NOVEMBER LALU, semua akhbar menyiarkan berita ttg warga emas yg menikam isterinya. dlm masa semua akhbar menyiarkan gambar tanpa di edit, akhbar Utusan Malaysia melakukan sebaliknya. Ada perkara perlu disembunyikan. Sempat lagi nk cover line...hahah. Cuba cari!

Sila ke sebelah untuk melihat dan mencari perbezaan tersebu. Selamat mencuba..

Gambar daripada Utusan Malaysia (Meloya)




OK CARI BEZA DENGAN GAMBAR AKHBAR LAIN

The Star



Berita Harian



Daily Chilli


Harian Metro



Banyak kali UM ini membuat editan pada gambar yang disiarkan terutamanya bila ada majlis sambutan pemimpin yang nak mengambarkan seolah terlalu ramai yang hadir.

Begitu juga kes bakar bendera di Batu buruk.

Nasib baik gambar payung tak ditukar warna hijau.

SUMBER :

Posted on Tuesday, November 10 @ 18:03:02 PST by SongkokPutih
Kiriman P.Osman

UTUSAN VS BERITA HARIAN = MANA SATU YANG BETUL ???


http://www.bharian.com.my



http://www.utusan.com.my

Hanief: Pembayang? Payung.

Guru j-QAF Sabah, Sarawak mahu keadilan


SAYA tertarik dengan luahan 'Jefri' dalam ruangan ini Khamis lalu bertajuk 'Guru tinggal berjauhan dengan suami 2 tahun'. Saya rasa semua guru j-QAF dan guru agama di seluruh Sarawak dan Sabah menyokong penuh kenyataannya itu.

Masalah ini mungkin remeh dan ringan bagi orang lain terutama pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran di Putrajaya (Bahagian Pendidikan Islam). Namun, derita dan kesusahan serta masalah yang kami tanggung , hanya kami, rakan dan Allah yang tahu.

Sememangnya tidak dinafikan kebajikan guru j-QAF tidak diambil berat oleh pihak berwajib. Bukan setakat soal perpindahan saja malah pelbagai isu lain mengenai j-QAF terutama di Sarawak dan Sabah, tidak dipandang oleh pihak kementerian.

Yang mereka tahu kalau datang ke sekolah hanya dengan membawa check list kesalahan dilakukan kami. Tiada ruang untuk kami mengadu masalah. Belum sempat untuk meluahkan masalah, terus saja diserang dengan pelbagai soalan bertujuan mencari kesalahan dan kelemahan kami.

Kami begitu sedih melihat keadaan ini berlaku. Langsung jatuh motivasi kami. Tugas 'orang atasan' merangsang motivasi 'orang bawahan' dengan bertanya dan menyelesaikan masalah mereka bukannya menghentam.

Kami sudah bosan untuk menceritakan masalah dan kesukaran kami bertugas jauh di Sarawak dan Sabah ini. Senarainya cukup panjang. Tapi jika ditulis masalah itu sebagai alasan dalam borang perpindahan, rasanya dipejamkan saja mata pihak berkenaan.

Cuma di sini saya ingin mempersoalkan akan nasib kami sebagai Guru j-QAF dan guru agama di bumi Sarawak dan Sabah ini. Sampai bila kami harus menunggu untuk dibenarkan berpindah ke Semenanjung. Kami menjadi risau kerana pengambilan guru j-QAF baru adalah yang terakhir pada 2010.

Dalam Parlimen baru-baru ini terdengar ura-ura j-QAF akan dikembangkan ke sekolah menengah. Adakah kami yang akan ditugaskan di sekolah menengah pula? Tidak kira apa sekalipun rancangan kementerian, yang penting kebajikan kami dalam soal pindah ini perlu diberi perhatian.

Memang betul kami makan gaji dan perlu patuh tapi kalau sampai menjejaskan moral dan semangat kami, macam mana kami hendak bekerja dengan baik? Berbeza dengan guru akademik lain, tidak sampai setahun datang ke Sarawak sudah boleh berpindah. Sungguh pelik.

Kalau alasan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang mengatakan Sarawak kekurangan guru agama tempatan, jadi kenapa guru akademik yang diganti juga dari Semenanjung? Tidak bolehkah guru pelatih j-QAF baru datang ke Sarawak dan Sabah dari Semenanjung macam kami dulu.

Kenapa ditempatkan kebanyakan guru di Semenanjung saja, sehinggakan ada kes guru j-QAF yang menolak tawaran penempatan di Sarawak tetapi kemudiannya ditawarkan semula bertugas di Semenanjung. Adilkah begini?

Kami berharap masalah ini mendapat perhatian dan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak kementerian. Kami juga rakyat Malaysia yang menyokong slogan Perdana Menteri 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

MUALIM BORNEO,
Sarawak.

BANGLA PERIKSA DOKUMEN ADUN

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Jumaat dikejutkan dengan pendedahan yang dianggap mencemar "maruah dan kedaulatan" rakyat tempatan.

Sambil menyatakan rasa tersinggung dan sedih, Liwan Lawang (BN-Belaga) berkata ketika melakukan lawatan ke tapak projek hidroeletrik Murum di Belaga baru-baru ini seorang pengawal keselamatan asing dipercayai dari Bangladesh telah menahan dan memeriksa dokumen pengenalan dirinya.

"Saya tidak akan rasa tersinggung jika yang memeriksa kad pengenalan saya ialah pengawal keselamatan rakyat Malaysia namun apa yang membuat saya terkilan adalah pengawal ini ialah rakyat Bangladesh dan memeriksa dokumen rakyat Malaysia," katanya semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2010) 2009 pada persidangan DUN di sini.

"Ini soal maruah, kedaulatan, tidakkah kerja ini mampu dilakukan oleh rakyat tempatan?," soalnya.

Liwan berkata rakyat tempatan patut diberi peluang mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ada di tapak projek berkenaan sebelum memberi peluang kepada warga asing.

BERNAMA

SELANGOR - PERTEMBUNGAN ANWAR NAJIB BERMULA

NAJIB MONGOLIA SEJAK JADI PM TELAH MELANTIK DIRINYA SEBAGAI PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO DAN BN DI SELANGOR.

SEJAK ITU PELBAGAI GERAK SARAF DILAKUKAN UNTUK MERAMPAS KERAJAAN PILIHAN RAKYAT DI SELANGOR TERMASUK CUBAAN MENGAJAK SERAMAI MUNGKIN WAKIL RAKYAT PAKATAN UNTUK MELOMPAT MENYOKONG REJIM BN DI SELANGOR.



TERBARU, TINDAKAN BODOH UMNO MENERIMA WAKIL RAKYAT BERMASALAH DARI KEADILAN IAITU BADRUL UNTUK MENYOKONG BN SELAIN BERTERUSAN MENGGANGGU PENTADBIRAN PAKATAN.



SAMADA SECARA KEBETULAN ATAU TIDAK, PERLANTIKAN ANWAR SEBAGAI PENASIHAT EKONOMI SELANGOR MENJADIKAN PERTEMBUNGAN DUA MANUSIA ITU SEMAKIN MENARIK.



HARUS DIINGAT, ANWAR IALAH MANTAN MENTERI KEWANGAN DAN KETUA UMUM KEADILAN MANAKALA NAJIB IALAH PENGERUSI BN/UMNO DAN KINI JUGA MENTERI KEWANGAN.



DALAM ASPEK LAIN, NAJIB JUGA SEBENARNYA BANYAK MENIRU CARA ANWAR MENGURUSKAN SESUATU PERKARA. CONTOHNYA, ANWAR SEBELUM INI IALAH PENGERUSI KEADILAN BAGI SABAH SARAWAK SEBELUM MENYERAHKANNYA KEPADA PIMPINAN UTAMA PARTI ITU.

MANAKALA NAJIB PADA MASA INI IALAH PENGERUSI BAGI HAL EHWAL BERKAITAN PERIBUMI DI KEDUA-DUA NEGERI ITU SEHINGGA KINI.



SEBELUM ITU, NAJIB SEBAIK MERAMPAS JAWATAN PERDANA MENTERI DARI PAK LAH MELALUI GERAKAN SARAF DAN TERANCANG, SELEPAS ITU BANYAK MELANTIK BEKAS ORANG KUAT ANWAR UNTUK MELAWAN ANWAR.

LIHAT SAHAJA PERLANTIKAN AHMAD ZAHID HAMIDI SEBAGAI PENGERUSI UMN0 PULAU PINANG. SEDANGKAN KITA TAHU ANWAR IALAH AHLI PARLIMEN PULAU PINANG DAN AHMAD ZAHID HAMIDI IALAH BEKAS SETIAUSAHA POLITIK ANWAR SEMASA ANWAR DI DALAM UMNO.

ZAHID JUGALAH ORANG YANG TERAWAL MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA ANWAR SEMASA DIPECAT OLEH MAHATHIR PADA TAHUN 1998.

BEGITU JUGA DI PERAK, SEBAIK BN MERAMPAS NEGERI ITU DARI PAKATAN RAKYAT, NAJIB MELANTIK ZAMBRY YANG JUGA BEKAS ORANG KUAT ANWAR SUATU KETIKA DAHULU SEBAGAI MB PERAK.

BEGITU JUGA DI SABAH, BEKAS KETUA MENTERI SABAH YANG TERPINGGIR DI ZAMAN PAK LAH, IAITU SAID KERUAK DILANTIK OLEH NAJIB SEBAGAI TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO SABAH DAN DIFAHAMKAN BELIAU AKAN DILANTIK SEBAGAI KETUA ENTERI SABAH SELEPAS PRU 13.

USAHA INI TELAH DILAKUKAN LAMA SEBELUM INI TERMASUK MENGHUMBAN SHAFIE APDAL KE KEDAH, SUATU TINDAKAN BODOH DAN SENGAJA MENGURANGKAN PENGARUH SHAFIE DI SABAH.

KERUAK IALAH ORANG KUAT ANWAR SEMASA ANWAR DI DALAM UMNO DAHULU. MALAH ADIK KEPADA KERUAK SEBELUM INI PERNAH DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI KEADILAN SABAH, SEBELUM MELETAK JAWATAN KERANA TIDAK SEHALUAN DENGAN JEFFRY KITINGAN.

HABIS...

ANWAR DI BERI GAJI RM1 SEBAGAI PENASIHAT EKONOMI SELANGOR

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilantik sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor dan untuk tugasnya itu beliau akan dibayar gaji RM1 sebulan.

Demikian umum Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menggulung perbahasan belanjawan Selangor 2010 doi Dewan Negeri Selangor hari ini.

Katanya, perlantikan Anwar akan merangsang dan menjana pertumbuhan ekonomi negeri.

Anwar merupakan Menteri Kewangan sehingga beliau dipecat pada tahun 1998.

Semasa negara dilanda Krisis Kewangan Asia 1997, Anwar dalam kapasitinya sebagai Menteri Kewangan merumuskan pakej mendisplinkan kewangan negara dengan memotong perbelanjaan kerajaan sebanyak 18 peratus, memotong gaji para menteri dan menghentikan pembinaan projek mega.

Anwar menyerang terus gejala rasuah yang berleluasa dalam struktur kerajaan dengan melaksanakan audit telus terhadap konglomerat dan empayar perniagaan yang beliau dapati mengelak dari membayar cukai dan mengenakan bayaran tinggi untuk projek-projek kerajaan.

Majalah Times menobatkan Anwar antara 10 manusia paling berpengaruh di dunia ini, dan sejak Mac 2006, Anwar adalah Presiden Kehormat di Institut Account Ability Sosial dan Etika yang berpangkalan di London.

Perlantikan ini penting bagi membantu kerajaan negeri meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan dan juga mempromosikan Selangor sebagai pusat perbankan Islam di rantau ini.

“Oleh sebab itu kita telah bersetuju, Pakatan Rakyat sendiri telah bersetuju supaya kerajaan negeri selain daripada melantik penasihat-penasihat tersebut, melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi maksud menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pelaburan,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar Ibrahim merupakan calon yang sesuai kerana beliau berpengalaman dalam bidang ekonomi dan pelaburan antarabangsa.

Selain itu, Anwar juga merupakan penasihat kepada bank-bank Islam yang terbesar di dunia.

“Saudara Anwar telah bersetuju dan menerima perlantikan ini dengan elaun tetap sebanyak RM1.00 sebulan kalau lebih dari itu dia tak akan kerja kita dah bersetuju dan berterima kasih kerana ada orang nak datang sokong kerajaan negeri Selangor dalam usaha ini, jadi kalau ada trip promosi pelaburan, kita akan bawa dia untuk dapat memperkukuhkan hubungan kita,” kata Khalid.