JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, June 30, 2011

Ahli Parlimen BN gagal jaga rakyat - Polis

KENINGAU: Isu dadah, keruntuhan moral di kalangan remaja, pengambilan alkohol secara berlebihan, rokok haram dan pendatang tanpa izin (Pati), masih berada di tangga teratas sebagai isu yang menjadi tanda soal besar kalangan pemimpin masyarakat di daerah ini.

Kebimbangan itu diperturunkan ketika Majlis Perjumpaan / Dialog Mengenai Pencegahan Jenayah / Masalah Sosial dan Penyalahgunaan Dadah anjuran Polis Diraja Malaysia IPD Keningau, meletakkan polis berada dalam situasi ‘tertekan’.

Apakah puncanya? Ketua Polis Keningau Deputi Superintenden (DSP) Zahari Mohamad ada jawapannya.

“Masih terdapat ruang untuk mencergaskan komitmen pemimpin-pemimpin masyarakat seperti Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Ketua Anak Negeri dan ibu bapa di daerah ini,” kata Zahari.

Ketua polis itu memberitahu, masalah jenayah di daerah ini merupakan tanggungjawab bersama dan bukan terletak di bahu pihak keselamatan semata-mata.

Ketua Daerah Keningau, OKK Amir Datuk Arif sendiri mengakui bahawa terdapat di antara anak didiknya yang memerlukan pacuan, supaya lebih komited terhadap tanggungjawab khususnya mengenai usaha menangani pendatang Tanpa Izin (Pati), serta mengedaran rokok haram di daerah ini.

Pandangan itu dikongsi oleh Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Keningau, Sharulnizam Mohd Yatim, yang menegaskan pelanggaran undang-undang seperti memandu tanpa lessen dikalangan masyarakat, disebabkan kerapuhan kepercayaan masyarakat terhadap undang-undang.

Beliau mahu supaya pemimpin masyarakat memainkan peranan untuk menjelaskan kepada rakyat bawahan, bahawa pematuhan undang-undang harus dipatuhi selain aktiviti kesedaran perlu dibuat di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, masalah tersebut boleh diatasi sekiranya semua pihak bersedia untuk berganding bahu untuk menangani kemelut tersebut.

Ketua Kampung Beriawa Laut, Mathew Kulumpang pula berpandangan, jalinan diantara polis dengan masyarakat perlu dicergaskan untuk memastikan dasar-dasar kerajaan itu benar-benar meresap ke akar umbi.

Mengeluh dengan sikap kurang sopan dikalangan anak-anak remaja, KK Sanip Asun dari Kota Ayangan meminta pihak keselamatan supaya meluaskan liputan pemantauan, supaya aktiviti merempit dikalangan anak-anak remaja di kampong itu ditangani.

Katanya, selain penduduk sendiri tercabar dengan aktiviti yang menganggu ketenteraman itu, kegiatan seperti itu merupakan tekenan besar kepada polis dan JPJ.

Seorang pengamal adat dari Kg. Agudon KK Latok Banihau membertitahu majlis dialog itu, bahawa masyarakat pada dasarnya telah memahami tanggungjawab polis, namun kerisauannya ialah kenapa jenayah masih terus berlaku. “dimana silap di sini,” jelasnya.

Majlis dialog itu turut menekankan bahawa polis tiak berkompromi dengan sesiapa yang didapati melakukan, atau melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang menyelahi undang-undang, sekalipun polis sendiri tidak gemar ‘menangkap orang’.

“Tanggungjawab polis ialah menjaga keamanan dan bukan menangkap orang semata-mata,” katanya dan menambah;

“Dalam hal penguatkuasaan undang-undang, polis harus menangkap mereka yang terlibat,”.

Beliau berkata, polis Keningau menjalankan operasi berterusan untuk menangani pelbagai aktiviti jenayah, termasuk melakukan pemeriksaan hampir setiap minggu ke atas setiap premis-premis hiburan yang beroperasi di bandar ini.

Zahari berkata, hubungan polis dengan Rela amat intim di daerah ini, selain kedua-dua agensi ini mempunyai kerjasama erat untuk menangani jenayah.

Kira-kira 60 pemimpin masyarakat menghadiri majlis dialog itu, yang turut disaksikan oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Kastam Diraja Malaysia Keningau dan Majlis Daerah Keningau bagaimanapun ponteng, menyaksikan banyak soalan daripada akar umbi gagal dijawab.NST.

Parlimen Keningau diwakili Presiden pengasas Parti Bersatu Sabah (PBS-BN), Datuk Seri Pairin Kitingan sejak puluhan tahun lalu.

Pairin yang bakal menyambut ulang tahunnya ke-71 tahun ini merupakan satu-satunya wakil rakyat BN yang tamak apabila bertanding dua kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Sabah terima tiga Timbalan MPN

Datuk James Ghani, Christina Liew dan Datu Mustapha Tambuyong dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN(MPN) Sabah manakala Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Dr Roland Chia Ming Shin sebagai Setiausaha negeri.

Pelantikan itu diumumkan Presiden KEADILAN yang juga Pengerusi Interim parti di negeri itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Penampang pada 26 Jun lalu.

James Ghani dan Christina Liew, kedua-duanya merupakan peguam selain masing-masing menjawat Ketua Cabang Papar dan Ketua Cabang Kota kinabalu.

Manakala Mustapha merupakan graduan dari Amerika merangkap Ketua Cabang Kinabatangan serta Roland Chia adalah doktor di negeri itu.Sementara itu, James yang dihubungi Suara Keadilan memberitahu, pelantikan itu berkuatkuasa serta merta dari tarikh pelantikan itu.

"Datuk Seri Presiden juga mengingatkan kami bahawa pelantikan ini harus disusuli dengan kerja keras dengan memperkuatkan parti diperingkat negeri dan cabang masing-masing.

"Saya menghargai kepercayaan yang diberi parti dan semasa mesyuarat itu juga, Datuk Seri Presiden akan terus memimpin parti sehingga Pilihan Raya Umum akan datang dengan setiap pimpinan yang hadir menyokong penuh keputusan itu," katanya.

Menurut James, berkemungkinan selepas ini, parti akan membentuk bironya tersendiri.

"Pembentukan biro belum diputuskan, mungkin pada mesyuarat akan datang," katanya yang pernah dilantik sebagai Timbalan MPN semasa parti itu mula mengembangkan pengaruhnya di Sabah pada 1998.

Pada 6 Februari lalu, Wan Azizah mengumumkan pembentukan Majlis Presiden KEADILAN Sabah dengan beberapa pimpinan Cabang dipilih menjawat 11 portfolio termasuk James, Christina dan Mustapha.

Ketika itu, James memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar, Christina menjawat portfolio Pembangunan Insfraktuktur dan Mustapha menerajui portfolio Pertanian dan Industri Makanan.

Kemuncaknya, KEADILAN Sabah mengadakan konvensyennya pada 12 Mac lalu dengan James diberi kepercayaan sebagai pengerusi penganjur dengan beliau sendiri turut membentangkan kertas kerja bertajuk Sistem Kehakiman & Perhubungan Persekutuan-Negeri.Menariknya, konvensyen bertempat di Papar itu turut memperkenalkan edisi Buku Jingga yang memuatkan 10 agenda khas untuk Sabah yang ditandatangani Wan Azizah.

Berikut ialah 10 agenda tersebut.

1. Menjunjung kedaulatan Sabah sebagai negeri sah dalam Malaysia dengan mematikan sebarang tuntutan bertindih termasuk menghentikan bayaran kepada negara asing yang membuat tuntutan itu.

2. Membawa usul ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menuntut hak Blok L dan M yang dirampas tanpa persetujuan rakyat Sabah dan mengambil tindakan mahkamah kepada mereka yang bertanggungjawab.

3. Menyempurnakan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi mencari menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin.

4. Memperuntuk RM1 bilion sebagai modal awal wang hasil royalti gas dan minyak dalam Tabung Warisan Sabah kepada rakyat Sabah yang pendapatan isi rumahnya bawah RM1,500 setiap keluarga.

5. Melaksanakan tuntutan kenaikan royalti minyak Sabah sebanyak 20 peratus dengan menandatangani perjanjian baru dengan kerajaan Persekutuan.

6. Menubuhkan syarikat minyak dan gas yang dimiliki rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM1 bilion dan mewujudkan sebuah konglomerat antarabangsa yang dibimbing Petronas.

7. Melancarkan program Borneonisasi dalam sektor perkhidmatan awam secara berperingkat-peringkat untuk memastikan jawatan utama dipegang rakyat Sabah.

8. Menuntut hak ke atas semua pulau-pulau kecil di perairan Sabah yang tuntutannya belum diselesaikan demi menjamin kedaulatan sempadan Sabah dan hasil minyak dan gas di perairannya.

9. Menghormati dan mengiktiraf hak tanah adat dan menarik semula semua kes mahkamah berkaitan, yang dibawa kerajaan negeri sebelum ini.

10. Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara yang termaktub dalam Perkara 20 untuk memastikan sebarang tindakan bertentangan, dihenti serta merta.Pada Ramadhan 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap di Papar, Sabah menegaskan, Pakatan Rakyat meletakan sasaran minima 10 kerusi mesti ditawan di negeri itu bagi memastikan gabungan KEADILAN, PAS dan DAP berjaya memerintah Malaysia pada PRU akan datang.

Syair untuk Umno BN

Sawah kita punya
Padi jadi hak orang
Padi dikepuk kita
Berasnya diambil orang
Nasi di pinggan kita
Kenapa dimakan orang?

Laut di negeri kita
Botnya dimilki orang
Pukat kita yang punya
Ikan disesah orang
Pengkalan kita yang punya
Tapi jadi laluan orang.

Dusun dikebun kita
Tanahnya milik orang
Benih kita yang tanam
Buahnya dikebas orang
Hutan kita yang tebang
Kenapa dangau dipunyai orang??

Telaga di laman kita
Timbanya dimiliki orang
Kita jenuh gali telaga
Airnya jadi hak orang
Kenapa yang elok dapat kat orang
Yang teruk dapat kat kita?
Kenapa hak orang tak kena ke kita
Hak kita pun tak dapat ke kita???

Tuesday, June 28, 2011

Adun Umno Kemabong mungkir janji - Pengundi

SAYA berharap kerajaan dan wakil rakyat memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi penduduk kampung kerana jalan sepanjang dua kilometer yang menjadi nadi perhubungan di Kampung Belumbung Ulu, Kemabong, Tenom berada dalam keadaan cukup teruk dan memerlukan penyelenggaraan segera.

Ini menyebabkan perjalanan ke Pekan Kemabong dan Tenom mengambil masa lebih lama dan membazir masa penduduk kampung.

Keadaan jalan itu juga menyebabkan kenderaan cepat rosak.

Orang kampung tidak mampu memiliki kereta pacuan empat roda yang lasak dan hanya mampu membeli kereta kecil.

Setiap kali pilihan raya, calon yang bertanding berjanji untuk membaiki jalan raya ini tetapi sehingga sekarang tiada tindakan diambil untuk menaikkan taraf jalan terbabit dilakukan.

Penduduk sudah bosan dengan janji yang ditaburkan wakil rakyat.

Kami berharap peruntukan yang dijanjikan akan turut diguna untuk memberi kemudahan kepada penduduk Kampung Belumbung Ulu ini.

Kebanyakan penduduk di sini terdiri daripada pekebun kecil atau penoreh getah dan wajar mendapat perhatian kerajaan.

Kami bukannya meminta perkara bukan-bukan tetapi mahukan kemudahan asas di sini dipertingkatkan.

Dalam tempoh beberapa tahun lalu, wakil rakyat bertukar ganti, namun keadaan jalan berkenaan semakin teruk dan tiada perubahan.

Janganlah menjadikan peningkatan taraf kemudahan asas seperti jalan raya sebagai umpan untuk memenangi pilihan raya.

Kami merayu kerajaan akan meninjau keadaan di sini dan selepas itu melaksanakan program peningkatan kemudahan asas, khususnya jalan raya dengan segera yang boleh.

Tidak perlulah menunggu sehingga ada lagi pilihan raya baru hendak membuat janji lagi.

Oleh : KELLY L, dari Tenom, Sabah. di sini.

Masdar Wahid : Adun Kemabong ialah Datuk Rubin Balang (gambar) yang memenangi kerusi itu atas tiket Umno pada pilihan Raya Umum (PRU) lalu dengan majoriti 2,437 undi menewaskan calon KEADILAN ketika itu, Peter@Philip Linak @ Lonok yang meraih undi 2,721 undi.

Seorang lagi calon Parti Bersekutu, Auren Tegiko hanya mendapat 337 undi sekaligus hilang wang pertaruhan.

Bersekutu turut dikaitkan parti pembangkang tajaan BN yang bertujuan memecahkan undi Pakatan Rakyat.

DUN Kemabong terletak dalam Parlimen Tenom, antara kawasan yang subur dengan rakyat menyertai KEADILAN sejak Datuk Halik Zaman memimpin Cabang itu Oktober tahun lalu.

Sementara itu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak akan melawat pekan Kemabong, Tenom pada 30 Jun ini.

"Pada Khamis (30 Jun 2011), Perdana Menteri akan memulakan acaranya dengan menghadiri program Juara Rakyat 1Malaysia di pekan Kemabong, Tenom, di mana beliau akan bersarapan bersama rakyat sebelum menghadiri majlis penyerahan geran tanah komunal," demikian menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri pada 27 Jun lalu.

Pendek kata, di kawasan mana Najib hadir, menandakan kawasan itu bermasalah bagi BN menjelang PRU akan datang.






Najib Umum Peruntukan Lebih RM5 Juta Bagi Projek Jalan Raya, Rumah Panjang Di Kemabong June 30, 2011 12:58 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama masyarakat suku kaum Murut pada majlis Juara Rakyat 1Malaysia. Foto: Zamain Singkui

TENOM, 30 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan peruntukan serta-merta sebanyak RM2.8 juta untuk menaik taraf jalan raya di kawasan daerah kecil Kemabong, dekat sini.

Selain itu, beliau turut meluluskan peruntukan RM3 juta untuk pembinaan rumah panjang suku kaum Murut di daerah Tenom untuk tujuan mempromosi kraftangan dan mengekalkan tradisi suku kaum tersebut.

Berucap dalam program Juara Rakyat-1Malaysia Kemabong, Tenom 2011 di sini, beliau berkata peruntukan itu akan disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berikutan permohonan yang dikemukakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Datuk Rubin Balang.

"Permohonan-permohonan lain yang telah dikemukakan Datuk Rubin tadi, saya akan semak terlebih dahulu," katanya di tapak program tersebut di Padang Pekan Kemabong.

Terdahulu, Rubin yang juga pengerusi penganjur program Juara Rakyat-1Malaysia Kemabong, berterima kasih kepada kerajaan kerana usaha pembangunan yang dilakukan di kawasan itu, termasuk pemberian geran komunal kepada rakyat luar bandar.

Beliau turut mengetengahkan beberapa masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh penduduk di daerah kecil itu dan daerah Tenom secara amnya.

Rubin berkata jalan raya di Kemabong perlu dinaik taraf dan diturap secara berperingkat memandangkan pada masa ini hanya 30 peratus sahaja yang diturap.

"Rakyat sudah lama menanti. Kami juga merayu kerajaan persekutuan luluskan permohonan lebuh raya (menghubungkan) daerah Tenom dan daerah Beaufort, atas sebab kedudukan jalan raya yang strategik," katanya.

Beliau berkata permohonan lain termasuk pewujudan kampus cawangan mana-mana universiti, kolej mahupun institut untuk daerah Tenom sebagai pemangkin kepada pembangunan modal insan dan merangsang semangat pelajar-pelajar luar bandar di situ.

"Selain itu, pemimpin-pemimpin keagamaan di sini juga meminta Perdana Menteri menyalurkan dana seberapa yang boleh bagi tujuan pembangunan semua agama di daerah Tenom ini," katanya.

Daerah kecil Kemabong terletak di kawasan pedalaman daerah Tenom, kira-kira 208 kilometer atau tiga setengah jam perjalanan dari Kota Kinabalu.

Mengikut Banci Penduduk 2010, daerah kecil ini didiami kira-kira 35,000 orang dengan 70 peratus daripadanya terdiri daripada kaum Murut.-- BERNAMA


June 30, 2011 14:02 PM

Geran Komunal Beri Jaminan Masa Depan Kepada Masyarakat Luar Bandar, Kata Najib

TENOM, 30 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan sokongan kepada konsep geran komunal hasil inisiatif kerajaan negeri Sabah, kerana ia memberi jaminan masa depan kepada masyarakat luar bandar di sini.

Berucap pada program Juara Rakyat-1Malaysia Kemabong, Tenom 2011 di Padang Pekan Kemabong dekat sini pada Khamis, beliau berkata usaha itu akan membawa perubahan cukup bermakna dalam mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan atau kategori miskin tegar.

"Inilah yang nak saya katakan transformasi luar bandar... bawa kepada perubahan cukup bermakna kepada masyarakat luar bandar.

"Saya amat menyokong konsep ini. Saya dimaklumkan semasa sarapan (di sini) tadi bahawa dalam tahun ke-empat, peserta akan dapat pendapatan lebih kurang RM1,100 sebulan setiap isi rumah.

"Cuba bayangkan, tidak payah pindah rumah dan keluarkan duit satu sen pun. Kalau rajin sikit bekerja dan usaha sampingan, mereka boleh dapat lebih. Pendapatan RM1,100 bererti mereka sudah melebihi (keluar daripada) paras kemiskinan selama-lamanya, bagi keluarga mereka," katanya.

Sempena lawatan beliau ke daerah kecil Kemabong, yang terletak di kawasan pedalaman daerah Tenom, Najib turut menyempurnakan upacara penyerahan geran komunal bagi kawasan Kabintaluan, Kemabong, kepada tiga wakil peserta.

Kawasan seluas 2,555 hektar itu melibatkan 601 peserta dari 13 kampung.

Selain Kabintaluan, terdapat tiga lagi kawasan lain di Tenom yang telah dikenal pasti untuk geran komunal, iaitu Mangkalias (Melalap) sebanyak 1,800 hektar melibatkan 437 peserta dari 12 kampung, Pengolobon 1 (900 hektar melibatkan 116 peserta dari sebuah kampung), dan Pengolobon 2 (190 hektar melibatkan 41 peserta dari sebuah kampung).

Najib berkata kerajaan persekutuan turut mengeluarkan RM30 juta untuk tujuan persempadanan geran komunal ini.

"Sebenarnya saya ingin melihat pembangunan seimbang di Malaysia, yakni di bandar kita majukan, tetapi jangan lupa di desa dan luar bandar.

"Sebab itu salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuklah memastikan kemudahan-kemudahan asas dan pendapatan luar bandar meningkat. Selepas satu tahun setengah kita dapat lihat rekod peningkatan yang tertinggi dari segi pembangunan jalan raya, elektrik, bekalan air, dan rumah-rumah di luar bandar," jelas beliau.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata setakat ini, beberapa geran komunal telah dikeluarkan di seluruh Sabah, termasuk di Salarom Taka (Nabawan) dan Lalampas (Tongod), dengan sokongan serta penglibatan penuh penduduk kampung.

Katanya inilah cara pemimpin Barisan Nasional berkhidmat untuk rakyat bagi memastikan golongan luar bandar dapat menikmati kehidupan lebih terjamin dan tidak lagi memikirkan tentang hal-hal pemilikan tanah untuk diwariskan di masa depan. BERNAMA


June 30, 2011 14:41 PM

Pekan Kemabong Dibanjiri Rakyat Sempena Lawatan PM

TENOM, 30 Jun (Bernama) -- Pekan Kemabong di kawasan pedalaman Tenom yang biasanya sepi dan lengang, hari ini penuh sesak dengan kehadiran kira-kira 10,000 orang sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jumlah besar para pengunjung dari kampung-kampung berdekatan dan kakitangan kerajaan yang datang dari Kota Kinabalu, menyebabkan kesesakan lalu lintas di satu-satunya jalan yang menghubungkan Tenom dan Pekan Kemabong itu sejak 7.30 pagi.

Malah, hujan sejak awal pagi tidak menghalang penduduk di kawasan ini berkunjung ke tapak program Juara Rakyat-1Malaysia Kemabong, Tenom 2011 di Padang Pekan Kemabong, untuk melihat secara dekat pemimpin nombor satu negara itu.

Najib yang tiba kira-kira jam 9 pagi, turut menyuarakan kekaguman melihat jumlah besar yang datang.

"Saya khuatir sambutan tidak menggalakkan kerana hujan, ingat (ia) hambar atau dingin, tetapi bila saya tiba di Pekan Kemabong, saya dapati sebaliknya sambutan diberikan oleh masyarakat di sini amat hangat sekali.

"Kehadiran yang begitu besar jelas menunjukkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN)," kata Najib.

Daerah kecil Kemabong terletak kira-kira 208 kilometer atau tiga setengah jam perjalanan dari Kota Kinabalu, dan didiami kira-kira 35,000 orang dengan 70 peratus daripadanya terdiri daripada kaum Murut.

Najib turut menyifatkan perhimpunan dengan rakyat hari ini sebagai 'luar biasa', kerana para pemimpin 'dahulu dan sekarang' turut berkumpul bersama-sama.

"Saya dah banyak kali melawat Sabah, tetapi perhimpunan inilah julung kali di mana bekas Ketua Menteri Sabah ada di sini... Tan Sri Harris Salleh, Datuk Seri Osu Sukam, dan yang masih aktif lagi iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (Timbalan Ketua Menteri) dan Datuk Seri Salleh Said Keruak (Speaker Dewan Undangan Negeri).

"Mereka (Pairin dan Salleh) kembali semula dan 're-invented' diri mereka bersama-sama dengan barisan kepimpinan. Ini bererti ada kesepaduan dalam pimpinan lama dan baru," kata beliau.

Terdahulu, Najib melawat rumah-rumah tradisi dan bersarapan bersama pemimpin masyarakat tempatan serta pemimpin badan keagamaan tempatan.

Beliau juga melawat gerai-gerai pameran agensi kerajaan di tapak program, selain menyerahkan geran komunal kepada wakil peserta di kawasan Kabintaluan, Kemabong, sebelum menaiki helikoter ke Sipitang.-- BERNAMA

Najib akui gaji rakyat masih rendah

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lebih ramai muka baru dalam kalangan orang muda akan diberi tempat dalam pimpinan kerajaan jika Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat pada pilihan raya umum nanti.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan pimpinannya ketika ini sangat memerlukan suara orang muda untuk terus bersama-sama dengan kerajaan.

"Saya percaya akan ada lebih banyak pengiktirafan untuk orang muda bila tiba masanya. Saya tak boleh buat perubahan besar tetapi apabila diberikan mandat, kita akan cuba melakukan perubahan.

"Kita perlu gabungan muka baru dan lama dalam kerajaan,'' katanya pada sesi dialog sempena Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri anjuran Korporat Muda Malaysia di sini malam ini.

Kata Najib, mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kerajaan sekarang masih mempunyai mandat tetapi tidak menolak kemungkinan ia akan diadakan pada bila-bila masa.

"Fokus kerajaan kini adalah untuk menjayakan pelbagai program transformasi. Ia tidak lama lagi tetapi yang pastinya sebelum 2013," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai pelaksanaan gaji minimum, Najib mengakui gaji yang diterima pekerja di negara ini masih lagi rendah berbanding tahap profesional dan kemahiran yang dimiliki.

"Peguam, doktor dan jurutera adalah antara yang tidak mendapat gaji sewajarnya dengan kemahiran mereka. Oleh itu, kita perlu lebih kompetitif.

"Kita juga perlu inovatif dan sentiasa meningkatkan produktiviti selain menjadi lebih kreatif,'' jelasnya.

Terdahulu, dalam ucapan pada majlis itu, beliau mengajak golongan ahli korporat muda untuk bersama-sama dengan kerajaan dalam menjayakan agenda transformasi negara.

Tambahnya, segala agenda transformasi seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi (MBE) dan program transformasi lain tidak akan berjaya tanpa sokongan golongan berkenaan.

Monday, June 27, 2011

Najib dan Ketaksuban angka 11

NAJIB Tun Razak bergambar bersama sebahagian daripada 1,111 orang belia yang menyertai kursus praperkahwinan teramai di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, semalam. Hadir sama, Adnan Yaakob dan Danny Ooi. - Gambar oleh RUSHDI SALLEH

Seramai 1,111 belia di daerah ini mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) apabila menyertai kursus praperkahwinan paling ramai di negara ini.

Penyampaian sijil penyertaan program anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pekan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah pada 26 Jun lalu.

Pada majlis tersebut, Najib turut menerima sijil pengiktirafan MBR daripada Pengarah Urusannya, Datuk Danny Ooi dengan disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.

Kursus dua hari bermula semalam itu diadakan di tiga lokasi iaitu Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Dewan Komuniti Majlis Daerah Pekan (MBP) dan Dewan UMNO Pekan.

Peserta yang terdiri daripada 514 wanita dengan selebihnya lelaki itu membabitkan golongan belia dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis, DUN Chini, DUN Peramu Jaya dan DUN Bebar dekat sini.

Sepanjang kursus itu, peserta didedahkan dengan pelbagai modul termasuk Pengurusan Tekanan dan Konflik Dalam Kehidupan, Pengurusan Sumber Manusia, Munakahat, Ibadah dan Pembubaran Perkahwinan.Sementara itu, seorang guru, Nurziana Ibrahim, 25, berkata, dia bertuah kerana menjadi peserta ke 1,111 dalam kursus berkenaan yang sekali gus mewakili kesemua peserta bagi menyerahkan replika angka tersebut kepada Perdana Menteri pada majlis berkenaan.

"Saya menyertai kursus ini kerana tertarik dengan matlamat penganjuran terutama dalam melahirkan belia berilmu, beriman dan bertaqwa dengan harga yang cukup berpatutan.

"Saya sememangnya tidak menyangka akan terpilih sebagai wakil peserta untuk menyampaikan nombor penyertaan saya kepada beliau," katanya.

Sunday, June 26, 2011

Sabah Sarawak kekal ditangan BN - Kit Siang

Selain mengekalkan empat negeri yang dikuasainya sekarang dan memenangi semula Perak, Pakatan Rakyat mensasarkan untuk menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Pakatan telah menetapkan tiga sasarannya dalam pilihan raya umum akan datang, iaitu:

1. Mengekalkan penguasaannya di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan;

2. Memenangi semula negeri Perak yang didakwanya dirampas dari tangan Pakatan secara haram; dan

3. Menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri - Negri Sembilan, Johor, Malacca, Pahang, Terengganu dan Perlis.

NONELim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur menegaskan demikian ketika berucap di majlis makan malam DAP Teluk Intan semalam.

Beliau menyifatkan pilihan raya umum ke-13 amat penting kerana ia bukan sahaja bakal menyaksikan perebutan hebat di semua 11 negeri di Semenanjung Malaysia, tetapi juga penguasaan Putrajaya.

Lim mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari perkara itu, menyebabkan beliau teragak-agak untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum yang akan datang.

Sehubungan itu, Lim meramalkan pilihan raya umum mungkin diadakan sama ada hujung tahun ini atau tahun depan.

Beliau juga berkata, pilihan raya umum kali ini merupakan yang pertama dalam sejarah yang bakal menyaksikan persaingan 'hidup mati' BN dan Umno.

Selama ini, kata Lim, Umno dan kerajaan BN mengekal kuasanya dengan mudah sehinggalah tercetusnya tsunama politik pada pilihan raya umum 2008 di mana ia mengalami kekalahan teruk dan hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

"Umno dan BN akan berdepan dengan persaingan 'hidup matinya' dalam pilihan raya umum ke-13 - bukan setakat sama ada ia boleh memperolehi semula majoriti dua pertiga, tetapi juga sama ada ia dapat mengekalkan kuasa atau bakal menjadi pembangkang," kata Lim.

Saturday, June 25, 2011

Koleksi pembaziran Umno BN

1. Kos sidang wanita pertama RM4.5 juta.

2. Laman Web dan Facebook

Satu laman rangkaian sosial Facebook untuk Kementerian Pelancongan dibina dan diselenggara dengan belanja RM1.8 juta;
Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta; dan
Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

3. Pelaburan dan Syarikat-syarikat

Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali – rugi RM10.4 billion.
Kerugian Perwaja Steel – rugi RM10 billion.
Bailout Indah Water Konsortium (IWK) – rugi RM200 juta.
Bailout Konsortium Perkapalan Berhad – rugi RM1.7 billion.
Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton -rugi RM1 billion.
Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.
Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – rugi RM3.3 billion.
Bailout LRT PUTRA dan STAR – rugi RM6 billion.
Bailout Renong/UEM – rugi RM12 billion.
Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun – rugi RM950 juta.
Hutang tertunggak InventQjaya – rugi RM228 juta
Pampasan Jambatan Bengkok – rugi RM257 juta
Pampasan pembatalan Broga Incinerator – rugi RM500 juta
Kerugian membeli saham Agusta – rugi RM510 jutah
Skandal Port Klang Free Zone – rugi RM4.6 bilion
Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.7
Blok L dan M – RM 380 billion
Sime Darby – RM 1.6 billion
Pos Malaysia – RM 546 juta
Felda – RM 8 Billion

4. Rosmah sewa hotel RM100, 000 satu malam di Dubai!!

Tuesday, June 21, 2011

Adun Labuk Bohong - Pengundi

SEORANG pengadu yang juga merupakan wakil belia dari Kampung Baba, Telupid telah menemui ActionLine baru-baru ini bagi meluahkan rasa kecewanya serta penduduk kampung yang lain mengenai masalah bekalan elektrik di kampung mereka.

Donysius Salati, 22 memberitahu ActionLine bahawa kampungnya dan sebuah kampung lagi kampung yang berdekatan iaitu Kampung Ansuan masih belum menerima bekalan elektrik meskipun sudah lama beradadi bawah teraju kepimpinan parti kerajaan.

“Kami berasa amat kecewa. Apatah lagi jika mengenangkan janji-janji wakil rakyat kepada penduduk kampung pada pilihan raya yang lepas. Yang Berhormat (gambar) Datuk Micheal Asang (Adun Labuk) pada ketika itu begitu berkobar-kobar melaungkan kata-kata seperti ‘jangan panggil saya YB kalau tiada bekalan elektrik di sini sehingga ke pilihan raya akan datang’. Penduduk kampung sebenarnya amat menaruh harapan dengan janji-janji tersebut,” ujarnya.

“Bagaimana pun, selepas memenangi pilihan raya, lain pula ceritanya. Ketika menagih janji dari wakil rakyat, kami dimaklumkan pula oleh pembantu kanan beliau bahawa kos untuk menyalurkan bekalan elektrik ke kampung kami terlalu tinggi. Dan tiada cara lain yang dapat dilakukan melainkan hanya menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak kerajaan,” tambah pengadu.

ActionLine kemudiannya dimaklumkan bahawa Kampung Baba cuma terletak kira-kira 16 kilometer dari pekan Telupid dan Kampung Berayung yang terletak sebelum Kampung Baba dikatakan sudah pun menerima bekalan elektrik. Namun begitu terdapat sebatang sungai yang lebarnya kira-kira 15 meter iaitu Sungai Labuk menjadi pemisah di antara kedua-dua kampung tersebut.

“Sungai inilah yang dikatakan menjadi halangan utama kepada pihak kerajaan untuk menyalurkan kemudahan bekalan elektrik kepada kami. Kalau pun benar kos yang perlu dikeluarkan supaya kami dapat menikmati bekalan elektrik seperti orang lain adalah terlalu tinggi, sampai bila mereka perlu berpegang dengan alasan tersebut? Tidakkah ada alternatif yang lain yang boleh diguna pakai supaya kami juga dapat hidup dengan selesa?”

Menurut pengadu, disebabkan ketiadaan fasiliti tersebut, penduduk kampung terpaksa menggunakan mesin penjana kuasa bagi membekalkan tenaga elektrik kepada rumah mereka. Walau bagaimana pun, mereka masih perlu menanggung kos yang tinggi iaitu sekitar RM300 sebulan bagi mendapatkan kemudahan tersebut. “Itu pun bekalan elektrik hanya disalurkan pada waktu malam bagi menjimatkan kos. Dan sekiranyakehabisan minyak diesel, kami terpaksa menggunakan lampu pelita kerana tiada pilihan lain.”

“Kami amat berharap agar pihak yang berkaitan dapat turun padang dan melawat sendiri kampung kami selain mengambil tindakan yang sewajarnya. Pada zaman yang serba maju ini, kami seolah-olah dihukum dengan tidak diberikan sebarang kemudahan hanya disebabkan oleh sebatang sungai.”

“Bagaimana kami dapat meningkatkan taraf kehidupan sekiranya langsung tiada kemajuan yang dapat dirasai oleh penduduk di sini. Kami bukan sahaja tidak mempunyai bekalan elektrik, malah kami juga tidak boleh menggunakan telefon bimbit kerana ketiadaan liputan. Bukan itu sahaja, siaran radio dan televisyen juga sukar didapati. Bagi penduduk yang berkemampuan, bolehlah melanggan stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Itupun ianya hanya boleh dinikmati pada waktu malam,” jelas pengadu lagi.

“Seiring dengan perubahan zaman, pemimpin tempatan juga harus faham bahawa mentaliti rakyat turut berubah. Jika dulu kebanyakan ibu bapa kami yang buta huruf akan begitu mudah terpengaruh dengan janji-janji kosong yang ditaburkan. Tetapi kini kebanyakan anak muda di kampung ini sudah berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti. Cakap-cakap kosong seperti itu sudah tidak relevan lagi, yang kami mahukan ialah perubahan yang nyata.”

“Dan apa yang pasti, jika kerajaan begitu prihatin dan sanggup untuk membelanjakan sedikit wang untuk kemudahan bekalan elektrik di sini, ia pasti akan membuka satu lembaran kehidupan baru kepada kira-kira 200 penduduk di Kampung Baba dan 400 lagi penduduk di Kampung Ansuan.”

Kudat villagers celebrate NCR for 398 acres

KUDAT: The residents of Kampung Barambangon here celebrated the declaration of 398 acres in the area as a native customary (NCR) land by the Land and Survey Department.

Member of Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah presidential council Kong Hong Ming, who acted as a lawyer for the villagers, said it was a victory for the 48 Rungus households who inherited the land from their forefathers.

He said sometime in 2008, the State Government planned to implement a social economic project on the 398-acre land but it strongly opposed by the villagers.

“In an appeal against the decision of the Kudat Assistant Collector of Land Revenue (ACLR) in dismissing the residents’ NCR claim over the land, the Director of Lands and Surveys allowed the appeal and agreed that the villagers are entitled to NCR,” said Kong in a statement yesterday.

Kong said the 398 acres of land have been continually occupied by the residents who inherited the land from their forefathers and planted it with rubber trees since the early sixties.

“Nowadays, for whatever reason and purpose, even State and Federal Government linked companies and agencies are in pursuit of land ownership in stiff competition with the natives. In the case of FELDA, being one of the biggest landowners in Sabah, it is akin to creating a federal territory within the State of Sabah indirectly.

“Every collective effort and inclusive support is needed to protect, preserve and legitimise the existing and shrinking ancestral land inherited by the natives on the foundation of NCR,” he said.

Kong, who heads the PKR Tawau division, pointed out that the NCR is the core of fundamental liberty and basic human right and perhaps the last hope to alleviate the suffering of the indigenous people from poverty, mainly due to mismanagement and abuses of the State resources.

In the present scenario, according to him, the future is not promising for the native communities in the rural areas unless there is a genuine reform to resolve the land issues in Sabah.

During the ceremony, Kong who also is a former assemblyman for Kudat, officiated at the ground breaking of a two-are site of public park and open space called Taman Orang Asal Barambangon. The plot is by the beneficiaries of the 398 acres customary land.

Several activists led by Anne Lasimbang and Galus Ahtoi from PACOS as well as the local community leaders also attended the ceremony that was held at the longhouse in the village.

“This ceremony is historical in NCR being a symbol of another success struggle of the land right of the indigenous people.

“I still believe that with proper and efficient management of the land resources for the rural folks, no person including the natives shall be poor in Sabah considering that five acres of rubber or 15 acres of oil palm could now provide reasonably good and regular income per family.

“However, even though there is enough for every man’s needs, there is never enough for one man’s greed, as the saying goes,” he said.

Kong congratulated the 48 families in the village who regained ownership of 398 acres of customary land that was targeted by the State Government for a social economic project known as MESEJ.

“The entire native community unanimously objected to the project because they had already occupied and planted the customary land with rubber trees since the early sixties. This is a classical example that the native community was capable of managing their communal land,” he said.

Kong said the 48 families had subsequently divided the land amongst themselves amicably into 48 lots of about eight acres per lot planted with crops of economical value.

“This is the true spirit and intent of communal land ownership or communal title envisaged under the Land Ordinance.

“However, the indigenous communities in Sabah are becoming skeptical of the underlining purpose of the recent issuance of communal titles by the BN State Government which was somehow associated with joint venture land development schemes,” he added.

Rural campus relevant – UiTm rector

KOTA KINABALU: The proposal to build a Universiti Teknologi Mara (UiTM) campus in the rural area under the 10th Malaysia Plan (10MP) is relevant, said Rector of UiTM Sabah Campus Dr Abdul Kadir Rosline.

Once the campus is in place, the younger generation of the rural areas need not travel to the city to further their education, he said.

He added that the campus will be built in the vicinity of Sook town in Pensiangan to accommodate about 2,000 students.

“So far the only progress that we know about is that the state government has approved 500 acres for the proposed campus, in an effort to establish a rural education hub in Sabah.

“With a commitment to provide the bumiputeras the chance to study at UiTM, we a believe this university is serving the people to balance the education development among bumiputras and non-bumiputeras,” he said at the UiTM media appreciation night at Le Meridien Hotel on Sunday.

He said UiTM is the only local university that will help parents who cannot afford to send their children to university because of expensive fees.

“With very low fees and to be set up in the rural area, it will help parents’ burden in terms of paying for their children’s education.

Ini Bukti Negara Kebajikan Umno BN

Untuk tempoh tiga bulan mulai 1 Jun, semua pengambilan kakitangan baru dalam sektor perkhidmatan awam bagi mengantikan kekosongan jawatan yang disebabkan oleh kematian atau persaraan, tidak akan dilakukan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengambilan dan Gaji Kakitangan Awam pada 6 Mei lalu.

Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abu Bakar berkata demikian dalam satu pekeliling perkhidmatan awam yang diedarkan kepada seluruh jabatan baru-baru ini.

Buat masa ini terdapat 1.2 juta kakitangan awam yang berkhidmat di seluruh negara.

Arahan pembekuan pengambilan kakitangan gantian itu termasuklah pengambilan kakitangan baru untuk semua negeri, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan jabatan-jabatan persekutuan.

Bagaimanapun, Abu Bakar menjelaskan, calon-calon yang telahpun dipanggil untuk temuduga sebelum pekeliling baru itu dikeluarkan akan dibenarkan untuk terus dipertimbang untuk mengisi perjawatan berkenaan.

Abu Bakar berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam akan terus mengaudit keperluan setiap jabatan dan agensi dalam mengisi kekosongan jawatan.

Monday, June 20, 2011

Kempen kreatif, faktor kemenangan Parti Kebajikan (AK) Turki

Kemenangan hatrik Parti Kebajikan (AK) Turki dalam pilihan raya umum negara itu sudah dapat diteka sejak awal lagi ekoran gerakan kempen menarik dan terkini terutama menerusi paparan gambar-gambar besar.

Ketua Editor Harakahdaily, Zulkifli Sulong yang meninjau suasana pilihan raya negara itu baru-baru ini berkata, rakyat sangat merasai kehadiran AK kerana bijak menampilkan kegiatan kebajikan parti itu menerusi gambar-gambar besar di merata tempat strategik.

Menurutnya, rakyat sudah nampak paparan itu dari jauh kerana ukuran gambar itu sangat besar seperti billboard di negara ini yang diletakkan gambar terbaik dan mempunyai mesej segera faham.

“Saya namakan gerakan kempen ‘politik gambar’ mereka ini sebagai Poligam dan yakin jika kita dapat lakukan perkara sama dari sekarang, rasanya rakyat juga akan mudah menilai dan memberikan sokongan kepada kita.

“Jangan fikir masalah dulu, sekarang cari jalan bagaimana untuk melaksanakannya dan saya yakin PAS Shah Alam dan juga kawasan lain seluruh Malaysia dapat laksanakan Poligam ini menuju PRU13,” cadang beliau.

Beliau berkata demikian ketika memberi pengisian dalam Kursus Penulisan Berita dan Laporan anjuran PAS Kawasan Shah Alam dengan kerjasama Lajnah Penerangan, Dakwah dan IT Dewan Muslimat PAS.

Seramai 28 peserta menyertai kursus itu yang turut dipenuhi slotnya oleh Editor Nasional Akhbar Harian, Editor Nasional Sinar Harian, Mazlinda Mohd Nor dan Wartawan Harakahdaily, Ismail Hashim.

Ia diadakan di Dewan MPP Zon 1, Seksyen 4, di sini dari 8.30 Pagi hingga 5.30 petang, dirasmikan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Azli Yusof.

Dalam ucapannya, Azli berkata, penulisan yang baik dan bernilai memainkan peranan penting dalam usaha memberi kesedaran kepada anggota masyarakat untuk melakukan perubahan termausk dalam politik negara.

“Bahan penulisan seringkali menjadi alat untuk melelapkan jika tidak mengantuk dan sewajarnya juga dijadikan mekanisme untuk seseorang lebih maju, berpengetahuan dan berfikiran luas dengan membaca tulisan terbaik,” katanya.

Penganjur program mengharapkan kombinasi pengisian teori dan amali selama sehari ini akan dapat dimanfaatkan oleh peserta termasuk untuk mengisi ruang dalam Shah AlamKini, sebuah akhbar lapan muka terbitan PAS kawasan.

Ketua Penerangan PAS Kawasan, Mohd Ismahali Redzwan Ismail dalam ucapan aluannya, berharap lebih banyak bahan untuk Shah AlamKini diterima selepas ini dengan lahirnya wartawan pelatih yang mendapat pendedahan asas penulisan ini.

Bengkel disertai oleh Nur Fatin Abdul Razak, Azlina Wahab, Rohani Abdul Rahman, Jahar Somingan, Harisah Bahudin, Ahmad Zainal Roozi Abdul Hamid, Hamzah Ahmad Zainal Roozi, Azlina Ahmad, Haji Safwan Zubir, Haji Abdul Aziz Isa, Faridah Anu Bakar, Fara Md Ramdani, Nordianah Bachok, Norazlin Mohamed Ariff, Emmanina Subpei, Hamidah Abdullah, Samsiah Abdul Hamid, Daliela Ishamuddin, Bahrim Yunos, Radhiah Soleh, Tengku Mohd Affandi, Suhaida Bakar, Zarida Abdul Rahman, Hannah Abdullah, Mohd Nizam Satek, Nooriyah Mohamed Ali, Radziah Haji Ishak dan Anees Solihin Aman.

Sementara itu, Zulkifli di dalam ucapan juga menyebutkan antaranya sedutan dari artikel beliau bertajuk: Belajar dari AKP untuk menang PRU-13 (http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3805-belajar-dari-akp-untuk-menang-pru-13)

20 Jun 2011

Sunday, June 19, 2011

PRU ke-13 pada 11.11.2011 berasas

Bayangan pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir sekarang apabila Perhubungan Umno Negeri-Negeri difahamkan sudah diarah membuat persiapan.

Teki teka tarikh yang disebut banyak pihak sebelum ini iaitu November 2011 mungkin ada asasnya, memandangkan ketika itu Perdana Menteri baru selesai membentang Bajet 2012.

Bajet ‘gula-gula’ kepada penjawat awam dan beberapa kumpulan sasar lain dikatakan bakal menjadi modal bagi memancing hati rakyat.

Selain itu Perhimpunan Agung Umno juga selesai diadakan pada Oktober. Kemungkinan selepas Hari Raya Haji. Di pantai timur pula musim tengkujuh.

Malah Datuk Seri Najib Razak juga sudah mengadakan majlis pertunangan anaknya Nooryana Najwa dengan Daniyar Nazarbayev, kerabat kepada Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.

Majlis pertunangan secara inklusif itu dikatakan diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam. Ada laporan mendakwa majlis itu membabitkan kos agak tinggi.

Satu sumber menyebut pilihan angka 11 masih tidak dapat dipisahkan dengan Najib biar pun rakyat mulai meluah rasa tidak senang terhadap kepemimpinannya sekarang.Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) kini hanya bergantung sepenuhnya kepada jentera kerajaan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pasukan keselamatan bagi mengekalkan kuasa.

Ini dibuktikan projek khas yang dikatakan dilaksana agensi kerajaan terutamanya JPN dan SPR di Selangor hampir selesai.

”Umno akan menggunakan apa cara sekali pun bagi memastikan Selangor dapat dirampas kembali pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

”Projek itu tidak mampu dihalang lagi kerana mana-mana pegawai kerajaan pusat di Selangor yang kurang memberi kerjasama ditukar,” katanya di sini.

Kaedah terbabit pernah diguna di Terengganu pada PRU 2004, di mana peratusan keluar mengundi hampir 100 peratus. Kemungkinan besar ia berulang di Selangor.

Keberkesanan kaedah tersebut menjadi senjata akhir di Selangor pada PRU ke-13 nanti, biar pun agak sukar di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Ini dapat dilihat apabila pembongkaran media oposisi mengenai sindiket mendaftar penduduk Sabah mengundi di Selangor begitu aktif dilakukan awal tahun ini dengan kerjasama rapat JPN dan SPR.

Malah penafian berulang kali menteri dan pemimpin Umno mengenai sindiket terbabit tidak mampu merungkai persoalan.

Suhu kemarahan rakyat mulai kelihatan ekoran kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus. Aada pengguna terpaksa membayar bil baru dengan kenaikan sehingga lebih 100 peratus.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, biar pun kenaikan tarif baru elektrik diumumkan mulai 1 Jun lalu, namun ada pengguna sudah menerima bil baru mencatat kenaikan begitu tinggi.

”Ada pengguna yang sebelum ini menerima bil elektrik sekitar RM250 sebulan sekarang menerima bil baru sehingga RM500. Sedangkan belum sampai sebulan tarikh kenaikan berkuatkuasa,” katanya.

Berucap merasmikan pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Tumpat di Pantai Sri Tujuh dekat sini malam tadi katanya, rakyat sudah merasai kesan kenaikan tarif elektrik sekarang.

Hadir sama pada program itu Yang Dipertua PAS Tumpat, Datuk Ahmad Yakob, timbalannya, Mohd Zaki Ibrahim, Naib YDP, Che Abdullah Mat Nawi, anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rusdi Wan Ibrahim.

Program tersebut bermula dengan solat Maghrib diikuti solat hajat dan Isyak. Setiap unit peti undi PAS di Tumpat menghantar seramai 15 petugas.

Amarah rakyat dijangka berganda tahun hadapan apabila banyak lagi kesan sampingan dirasai.

Bagi mengelaknya, November depan merupakan masa terbaik selepas kemarahan rakyat disejuk dengan Bajet yang menghidangkan pelbagai janji.HD

Friday, June 10, 2011

ADUN nafi kebakaran dirancang

Penempatan di Kampung Titingan, Tawau yang terbabit dalam lima kebakaran sejak awal tahun ini, tidak termasuk dalam kawasan pembinaan Bandar Baru Titingan.

Perkara itu ditegaskan Pembantu Menteri Kewangan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, bagi menolak spekulasi kebakaran berkenaan dirancang pihak tertentu.

"Projek pembinaan berada di luar penempatan kampung itu.

"Kita bukan saja menolak keras spekulasi itu, malah penduduk mangsa kebakaran dibenar membina semula rumah di kawasan sama tanpa halangan dengan pembiayaan sendiri.

"Sebagai wakil rakyat kawasan itu, saya membenarkan mereka mendirikan kediaman baru tetapi kita nasihatkan jangan bina terlalu rapat dengan jiran," katanya pada 9 Jun lalu.

Kampung Titingan terletak kira-kira lima kilometer (km) dari bandar Tawau, sudah lima kali mengalami kebakaran tahun ini dengan yang terbaru Sabtu lalu, membabitkan Blok 5 yang menyebabkan kira-kira 100 penduduk tinggal sehelai sepinggang.

Kawasan yang turut dikenali sebagai ‘Kampung Ice Box’ itu dibahagi tiga iaitu Kampung Titingan Pasir, Kampung Titingan Tengah dan Kampung Titingan Hujung.

Penduduknya merangkumi pelbagai kaum dengan sebahagian besar rakyat tempatan.

Tawfiq berkata, penempatan itu mudah terbakar kerana terlalu sesak dan padat, selain penduduknya memperoleh tenaga elektrik menerusi penyambungan kabel elektrik secara haram.

Selain itu, katanya, penggunaan papan lapis sebagai dinding rumah juga berisiko tinggi kepada kebakaran, manakala keadaan yang sesak menyukarkan bomba memadam kebakaran.

"Jika berlaku kecuaian walaupun disebabkan lilin, risiko kebakaran amat tinggi," katanya.

Rekod menunjukan, dakwaan penduduk bahawa pihak tertentu sengaja membakar kawasan perumahan mereka bukan sesuatu yang baru kerana ia sudah pun kedengaran sejak pertengahan 90-an.

Sementara itu, Tawfiq berkata, pembinaan Bandar Baru Titingan fasa pertama membabitkan bangunan komersial akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di kampung berkenaan yang sebahagian besarnya adalah nelayan.

Tawfiq merupakan Adun Apas pertama selepas memenangi kerusi itu pada Pilihanraya Umum (PRU) dengan menewaskan calon KEADILAN selain seorang calon bebas yang menarik diri di saat akhir.

Kekuatan Adun Umno ini kerana beliau kerap turun padang terutamanya menghadiri setiap masjid dan surau utama di kawasan Apas.

Selain itu, jentera Pakatan Rakyat di kawasan ini juga gagal di kesan malah mencari cawangannya pun sukar.

Tawfiq sebelum ini turut dikaitkan antara penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sehinggakan beliau terpinggir seketika dalam politik di Sabah sebelum meningkat naik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jika Pakatan Rakyat komited untuk menang di kawasan ini, mereka perlu menampilkan calon dikenali ramai atau setanding dengan kredibiliti Tawfiq.

Max should quit: DAP

Kota Kinabalu: DAP Sabah has called for the resignation of Datuk Dr Maximus Ongkili as MP for Kota Marudu for having "failed miserably not only his people, but also his party and the Barisan Nasional (BN) government".

DAP Sabah Chief Jimmy Wong said the remarks by Dr Maximus concerning the plight of widow Rosnia @ Annie Maramal and her three children who are residing in Kg Kandawayon, Matunggung, in his constituency, were astonishing.

He said the family's case caused the Prime Minister's wife Datuk Rosmah Mansur to pass around the hat and collect RM2,500. Rosnia and her kids had been staying in a dilapidated shack the past three years.

Wong said Dr Maximus' dare to the opposition to build new homes for other hardcore poor households in his constituency was "unbecoming of a very intelligent, highly educated and long-serving politician who is also currently the Minister of Science, Technology and Innovation".

Wong said Dr Maximus had bragged about the few houses he built and repaired in his constituency. "His confession of inadequate funding to assist all the hardcore poor in Kota Marudu is most welcome as the people can now see for themselves that BN has no money to develop Sabah.

"We have been asked to show proof that the government has no money and here it comes. We must now ask where are the billions of ringgit in allocation that the Chief Minister kept on harping in the press."

Wong said it was now apt for Musa to request from the Federal Government 20 per cent for oil royalty so that Sabah will have constant and uninterrupted funding.

DAP Sabah also asked Dr Maximus who spent too much time in Kuala Lumpur to at least visit Penang and learn how the DAP-Pakatan Rakyat government is tackling the problem of poverty.

"Just under three years after assuming power, the Penang government has eradicated poverty. With the knowledge gained in Penang, he can easily resolve the poverty problem in his areas as well as the reported 45,162 poor households in a few months.

"We assure Dr Maximus that once Pakatan Rakyat forms the government in Sabah this problem of poverty will be resolved quickly," he said.

Meanwhile, a veteran political activist, Fredoline Edwin Lojingki, said the way Dr Maximus responded to the issue was unacceptable.

"Maximus is sore at problems being exposed in his constituency.

And Maximus is displaying maximum arrogance by challenging an opposition leader to build even more houses for the poor in Kota Marudu.

"As a veteran of 70 years, Maximus is failing the supporters of PBS as well as Barisan Nasional. Only an arrogant person or leader that would not need a good Public Relations way of tackling sensitive issue like this," he said in a statement.

"Did Maximus remember how many houses he and PBS built when they were in opposition?

Is Maximus telling the rakyat jelata that it was his own money and not the people's money that he spent to build the 90 houses?

"I'm quite sure Christina Liew used her own money or perhaps her friends when she helped the poor Marambal family in Matunggong," he said.

"He should build 10,000 houses or even more for the poor families in Sabah alone," he said, adding are were many more Marambals throughout Sabaht.

"We have the opposition and the media to thank for exposing problem like the one in Matunggong which is of course just the tip of the iceberg," he said.

Wednesday, June 8, 2011

Tawan 10 Parlimen Sarawak - Mat Sabu

Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan untuk memenangi minimia 10 kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu.

Antara kerusi itu, kata beliau termasuklah Parlimen Miri, Parlimen Baram dan Parlimen Sibuti.

"Walaupun pilihanraya Sarawak baru berakhir, kita jangan terlalu leka kerana PRU ke-13 kian hampir.

"Ada yang cakap (PRU akan diadakan pada) Julai atau November (tahun ini) atau awal tahun depan, maksudnya ia (PRU) akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya di Miri baru-baru ini.

Sebelum ini, Biro Sains dan Kesihatan KEADILAN, Dr Lee Boon Chye berkata, PR Sarawak hampir pasti menawan empat kerusi Parlimen di negeri itu berdasarkan keputusan pilihanraya Sarawak lalu.“Jika kita terjemahkan keputusan Pilihanraya Sarawak lalu kepada keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) mendatang di Sarawak, saya berpendapat PR hampir pasti menambah empat lagi kerusi Parlimen berbanding dua ketika ini,” katanya pada majlis makan malam anjuran KEADILAN Stampin baru-baru ini.

Pada PRN lalu, PR menang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang, DUN Kota Sentosa dan DUN Batu Kawah yang terletak di bawah Parlimen Stampin, manakala DUN Repok dan DUN Meradong (Sarikei), DUN Bukit Assek dan DUN Dudong (Lanang) serta DUN Piasau dan DUN Pujut (Miri) dengan ke semua kawasan itu majoritinya masyarakat Cina.

Menurutnya, angin perubahan dalam PRN lalu tidak hanya berlaku dalam kalangan masyarakat Cina tetapi juga kaum-kaum lain seperti yang berlaku di DUN Beting Maro yang majoritinya masyarakat Melayu/Melanau apabila PR hanya tewas majoriti 391 undi.

“Pilihan raya ini membuktikan keputusan KEADILAN bersama DAP dan PAS untuk membentuk parti berbilang kaum adalah keputusan tepat dan pastinya usaha untuk memastikan sebanyak mungkin kerusi Parlimen di tawan PR pada PRU akan datang kian giat dijalankan di Sarawak," tambahnya.

Ketika ini PR Sarawak hanya memiliki dua Parlimen iaitu di Sibu dan Kuching yang diwakili DAP.Sementara itu, beberapa tahun lalu, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ceramah di Sabah menegaskan, bagi memudahkan PR menawan Putrajaya, gabungan KEADILAN, PAS dan DAP perlu menang minima 10 kerusi Parlimen di Sabah dan 10 lagi kerusi Parlimen di Sarawak.

Kenyataan Dangkal SAPP

Kenyataan Naib Presiden SAPP, Dulli marie yang menyebut bahawa pemimpin politik Pakatan Rakyat dari Semenanjung khasnya Lim Kit Siang dan DAP sebagai mempunyai mentaliti penjajah dalam mengutarakan pandangan berkenaan Sabah kelihatan sangat dangkal.

Nampaknya SAPP melalui Dullie cuba menjadi jaguh kampung dan melupakan sejarah bagaimana mereka dahulunya berada bersama kerajaan UMNO-BN dan telah gagal untuk memanfaatkan peluang itu untuk mengubah kedudukan rakyat Sabah khasnya yang mereka wakili melalui Wakil Rakyat mereka ke arah yang lebih baik namun bersekongkol untuk menjajah pemikiran dan harta rakyat.

Pengunduran SAPP dari komponen BN lebih disebabkan oleh perasaan tidak puas hati dalam pembahagian jawatan dan kedudukan politik bukannya kerana mahu membela rakyat Sabah secara jitu.

Sebagai rakyat Sabah, walaupun dilahirkan di Semenanjung saya suka mengingatkan Saudara Dullie dan SAPP amnya bahawa politik sentimen akan menemui jalan buntu suatu masa nanti dan kelihatannya masa itu sudah semakin hampir.

Jangan sama sekali cuba meneruskan tabiat buruk semasa berada dalam komponen BN sekiranya mahu terus releven kepada perjuangan rakyat sekarang.

Tidakkah beliau ingat bagaimana SAPP hanya berada di tempat terakhir dalam PRK Batu Sapi walhal Presiden mereka pernah menjadi Ketua Menteri Sabah.

Pakatan Rakyat sangat komited untuk membela keseluruhan rakyat Sabah tanpa mengira agama dan keturunan.

Walaupun PAS, PKR dan DAP berlainan ideologi, namun kami berjaya mengecilkan saiz perbezaan tersebut dan dapat berkerjasama dan mencapai titik pertemuan demi untuk kebajikan rakyat yang kami wakili malah kami telah membuktikannya di Selangor, Pulau Pinang,Kedah, Kelantan dan Perak sebelum kerajaan PR yang sah dirampas oleh mahkamah UMNO.

Rakyat Sarawak telah membuktikan bahawa istilah parti luar, parti semenanjung dan berbagai istilah ciptaan talibarut UMNO-BN telah pecah dan PR telah menang di 15 kerusi.

Apakah Dullie lupa bagaimana parti dominasi cina tempatan telah gagal mendapat sokongan?

Kegagalan dan kejayaan bukan disebabkan oleh samada parti tempatan atau semenanjung tetapi rakyat menilai dan mandapati bahawa parti- parti dalam gabungan Pakatan Rakyat dapat melaksanakan pelan pembangunan yang dijanjikan kepada rakyat dengan baik.

Kelantangan Lim Kit Siang dan DAP terhadap SAPP tentulah bersebab memandangkan SAPP yang lebih dahulu menonjolkan sikap bongkak mereka.

Kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin SAPP sangat menyinggung perasaan pemimpin PR dan ahli-ahlinya.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang semasa membuat ucapan di majlis mengumumkan calon PR dalam PRK Batu Sapi dahulu, telah menegaskan sekiranya PR memerintah, PAS sebagai salah satu rakan utama PR akan memastikan bahawa PR akan melaksanakan pemerintahan yang penuh adil, telus dan dedikasi kepada seluruh rakyat samada Sabah, Sarawak atau Semenanjung.

Malah beliau memberi jaminan bahawa PR akan melaksanakan amalan federalisma yang sebenarnya dengan memastikan hasil petroleum sesebuah negeri itu dibelanjakan untuk keperluan samada pembangunan, pendidikan dan sebagainya bagi negeri tersebut terlebih dahulu sebelum diambil oleh Kerajaan Pusat.

Jaminan ini bukan semata-mata cakap politik sebagaimana yang pernah diucapkan oleh Presiden SAPP semasa menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah dahulu.

Sekiranya Dullie dan partinya SAPP benar-benar mahu melaksanakan kebaikan untuk rakyat Sabah maka sudah sampai masanya SAPP memikirkan secara serius tindakan yang bakal dilaksanakan menjelang PRU 13 nanti.

Jangan bercakap seolah mahu membela rakyat tetapi bertindak sebaliknya tanpa mempedulikan samada apa yang mereka lakukan akan memberi kesan terhadap perjuangan rakyat dalam usaha menumbangkan UMNO-BN.

Rakyat mempunyai akses yang luas kepada maklumat sekarang ini maka tindakan membodohkan rakyat dengan kenyataan-kenyataan dangkal akan merugikan SAPP sendiri.

Memang tidak dapat dinafikan terdapat kalangan rakyat yang terpengaruh dengan politik perkauman seumpama ini namun kita harus menjadi lebih rasional samada mahu membawa rakyat berundur kebelakang atau memacu mereka ke hadapan untuk menumbangkan UMNO-BN dan mengambil alih tampuk pemerintahan agar kita dapat membetulkan segala kerosakan yang telah dilakukan oleh UMNO-BN.

Adalah lebih baik Dullie dan SAPP memfokuskan serangan dan propoganda media terhadap UMNO-BN yang menjadi musuh politik bersama yang sedang cuba dijatuhkan oleh PR dari cuba memecahbelahkan kesepakatan rakyat terhadap PR dalam menghadapi UMNO-BN yang telah merosakkan negara dan rakyat selama sedekad yang lalu.

Saya ingin mengutarakan kepada Saudara Dullie dan SAPP agar membantu dan berkerjasama dengan PR secara jujur serta bersungguh-sungguh dalam usaha mengakhiri legasi pemerintahan UMNO-BN samada di peringkat Persekutuan atau negeri Sabah.

Dengan menguasai kerajaan Persekutuan sahaja kita dapat mengubah perlembagaan negara yang mengandungi perkara-perkara yang merugikan negeri-negeri dan rakyat seluruhnya.

Jangan menjadi seperti orang yang asyik mempertikaikan mana yang lebih dahulu samada ayam atau telur.

Sebaliknya fikirlah apa yang boleh dilakukan dengan ayam dan telur tersebut untuk rakyat seluruhnya.

http://nakhodakeningau.blogspot.com/

7 Resolusi Konvensyen PAS Sabah

Demi mencapai keadilan sosial dan negeri berkebajikan di Sabah, dengan ini PAS Sabah telah meresolusikan 7 perkara bersempena Konvensyen PAS Sabah 2011.

7 RESOLUSI KONVENSYEN PAS SABAH

Pertama: PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

Kedua: Pas Sabah beriltizam untuk mengimplementasikan isi kandungan yang terdapat dalam Buku Jingga;

Ketiga: PAS Sabah akan memantapkan kerjasama dengan komponen PR Sabah;

Keempat:PAS Sabah beriltizam untuk membela rakyat Sabah bagi memperjuangkan hak mendapatkan pemilikan tanah secara mutlak;

Kelima:PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapatan rendah yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada penduduk luar bandar di Sabah;

Keenam:PAS akan memperjuangakan agar semua rakyat Sabah berupaya ‘access’ kepada bidang pendidikan di semua peringkat dalam keadaan yang selesa;

Ketujuh: PAS akan memperjuangkan Keadilan Ekonomi Untuk Semua agar ianya boleh dinikmati oleh semua rakyat Sabah.

'PAS untuk orang Sabah'

Tragedi Hulu Langat merebak ke Sarawak ?

SUSUR: Keadaan tanah yang mendap menjejaskan kediaman penduduk.

LIMBANG: Belum pun reda tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor pada bulan lepas yang mengorbankan 16 nyawa, penduduk Kampung Bukit Kota di sini pula dihantui rasa bimbang apabila tanah di tepi jalan di kawasan itu semakin mendap sehingga mengancam nyawa dan keselamatan mereka.

Malah, keadaan bertambah kritikal apabila hujan lebat luar biasa yang berlaku semalam mengakibatkan struktur tanah menjadi lemah hingga membawa kepada berlakunya kejadian tanah mendap dan menjejaskan kediaman penduduk.

Penduduk juga mendakwa rumah dan harta benda mereka turut musnah akibat tanah mendap yang kerap berlaku setiap kali hujan lebat turun.ROSAK: Perabot dapur penduduk rosak akibat tanah mendap di Kampung Bukit Kota semalam.

Seorang mangsa, Nurul Syakira Abdullah, 30, memberitahu bahawa kediamannya turut rosak teruk terutama di bahagian dapur akibat mendapan tanah.

Dia yang juga penerima Program Bantuan Rumah (PBR) tidak dapat menahan perasaan sayu apabila menyaksikan rumah yang baru dibaik pulih hampir musnah dalam sekelip mata.

Menceritakan detik cemas itu, Nurul berkata ketika kejadian dia sedang menonton televisyen bersama anaknya di ruang tamu.

“Saya terkejut apabila mendengar bunyi nyaring yang datang dari arah dapur. Saya terkejut apabila lantai dapur mendap dengan begitu pantas menyebabkan barang dan perabot semuanya rosak,” jelasnya.

Nurul yang trauma sempat membawa anaknya segera keluar rumah untuk menyelamatkan diri.

“Saya sempat memanggil jiran untuk meminta tolong dan sempat menyelamatkan barang dan dokumen penting,”katanya.

Nurul memberitahu lagi bahawa dia turut bimbang akan berlakunya insiden tidak diingini berikutan bunyi seperti tanah mendap masih kedengaran.

“Dalam hati saya teringat mengenai kejadian tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat. Saya khuatir peristiwa itu akan berulang lagi,” katanya sebak.

Namun dia bersyukur kerana tiada kehilangan nyawa dalam kejadian tersebut.

Sehubungan itu dia memohon pihak berwajib supaya segera mengambil tindakan terhadap tepi jalan yang mendap bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sementara itu, Residen Limbang Maria Hasman mengulangi jaminan untuk menempatkan keluarga terjejas ke penempatan sementara.

“Kami akan berbincang dengan Pejabat Daerah Limbang untuk mengenal pasti kuarters kerajaan yang kosong bagi menempatkan mangsa terjejas,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Maria yang juga pengerusi Jawatankuasa Bencana Bahagian berkata kediaman penduduk yang terjejas di kawasan tanah mendap sudah tidak selamat untuk didiami.

“Kami mendapati tiga rumah di kawasan terjejas perlu dirobohkan bagi mengelak ia runtuh dan menghempap rumah penduduk lain,” katanya.

Maria berkata lagi agensi kerajaan lain termasuk Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU), Syarikat SESCo Berhad, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Limbang dan agensi berkaitan sudah turun padang memantau kejadian itu.

Noh Omar ancam Nelayan

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menimbang untuk mengambil tindakan terhadap nelayan laut dalam yang masih berkeras mahu mengadakan mogok ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan menarik balik subsidi diesel daripada mereka.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan ke atas nelayan terlibat akan difikirkan kerana pihaknya menerima laporan ada golongan itu mahu mengadakan mogok dengan tidak turun ke laut bagi mendesak kerajaan memberikan semula subsidi diesel berkenaan.

Beliau berkata, desakan itu tidak wajar dilakukan kerana tindakan menarik balik subsidi diesel itu hanya melibatkan nelayan laut dalam dengan jumlah hasil tangkapan melebihi 40 tan metrik.

Jelas beliau, subsidi diesel kepada nelayan pesisir pantai yang dikelaskan sebagai nelayan zon A dan B masih dikekalkan iaitu RM1.25 seliter berbanding harga pasaran RM1.80 seliter.

“Saya harap mereka (nelayan laut dalam) faham mengenai perkara ini kerana tumpuan kerajaan adalah membantu nelayan pesisir pantai yang bilangannya lebih ramai dan hasil tangkapan lebih kecil daripada nelayan laut dalam.

“Jika ada yang ingkar dan membuat perkara-perkara yang tidak sewajarnya seperti mogok, demonstrasi dan sebagainya, kita akan fikirkan bentuk tindakan terhadap mereka nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kursus Membina Pasukan Kor Tani Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) peringkat negeri Selangor di Pantai Remis, Jeram di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi LPP, Datuk Zainal Dahalan; Pengerusi LPP Selangor, Jakiran Jacomah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Amiruddin Setro.

Noh berkata, nelayan laut dalam sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan kerana meskipun subsidi diesel RM1.25 seliter ditarik balik, mereka masih dapat membeli bahan bakar itu pada harga subsidi di pasaran tempatan iaitu RM1.80 seliter.

Selain itu jelasnya, nelayan laut dalam turut mendapat manfaat lain apabila kerajaan membayar hasil tangkapan mereka sebanyak 20 sen bagi setiap kilogram berbanding nelayan pesisir pantai yang kerajaan hanya membayar hasil tangkapan mereka sebanyak 10 sen bagi setiap kilogram.

“Kalau nelayan laut dalam mendapat hasil tangkapan sebanyak 40 tan metrik dan kerajaan membayar 20 sen bagi setiap kilogram, ini bermakna mereka mendapat RM8,000 bagi subsidi hasil tangkapan.

“Begitu juga dengan pembinaan tempat pendaratan hasil tangkapan untuk nelayan laut dalam yang kesemuanya dibina oleh kerajaan melibatkan kos yang tinggi iaitu antara RM100 juta hingga RM200 juta.

“Jadi, di mana rasionalnya jika ada sesetengah nelayan laut dalam menyatakan rasa tidak puas hati, menuduh kerajaan zalim, nak mogok dan sebagainya sedangkan mereka sebenarnya mendapat manfaat yang besar daripada kerajaan,” ujarnya.

KUALA SELANGOR 7 Jun 2011

Pengarah urusan syarikat dinar emas didakwa pecah amanah

Seorang pengarah urusan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan dinar emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah membabitkan wang RM3 juta, tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Dr. Shamsudeen Mohd. Yusof sebagai Pengarah Urusan IGD Practise Sdn. Bhd., didakwa memindahkan wang berjumlah RM3 juta daripada akaun syarikat terbabit ke dalam akaun persendiriannya.

Lelaki berusia 49 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Maybank Cawangan KLCC, Lot C21-C, Concourse Expansion, Suria KLCC pada 16 Mac 2004 dan 17 Mac 2004.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun atau maksimum 20 tahun, sebatan serta boleh dikenakan denda.

Hakim S.M. Komathy Suppiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM500,000 dengan dua penjamin dan memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.

Bapa dua anak itu hanya perlu membayar RM300,000 sebagai deposit sekuriti, bagaimanapun dia hendaklah menjelaskan RM50,000 hari ini, manakala baki RM250,000 dilunaskan sebelum atau pada tarikh sebutan kes 21 Jun ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam bela Chetan Jethwani.

Mana Minyak Masak ?

Ramai pengguna di Tawau, Sabah mengadu sukar mendapatkan bekalan minyak masak, terutama dalam paket, sejak beberapa bulan lalu.Tinjauan di beberapa buah pasar raya dan kedai runcit menunujukkan kekurangan bekalan bahan itu malah ada yang kehabisan stok sama sekali.Seorang suri rumah, Fatimah Rosle, 40, berkata: "Hal ini membimbangkan masyarakat ekoran permintaan bagi bahan itu meningkat pada minggu ini disebabkan banyak majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah ini".Seorang lagi pengguna yang cuma ingin dikenali sebagai Ani berkata minyak paket, selain sukar didapati di sesetengah premis, penjualannya juga dihadkan. Ada pekedai menghadkan kepada dua paket untuk setiap pembelian.Peruncit di sekitar Tawau mendakwa mereka tidak mendapat bekalan minyak masak dalam paket secukupnya daripada pembekal bagi menampung permintaan pengguna.Chai Ming Kan, 55, berkata premisnya turut mengalami kekurangan bekalan kerana pengedar hanya menghantar 600 kilogram minyak masak paket berbanding 800 kilogram seperti kebiasaannya.Selain itu, katanya, pengedar hanya menghantar bekalan sekali dalam tempoh seminggu berbanding dua kali seminggu sebelum ini.Sehubungan itu, katanya beliau terpaksa menghadkan jumlah jualan kepada dua kilogram (dua paket) minyak masak sahaja kepada pelanggan bagi setiap pembelian.Sementara itu, Ketua Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) Tawau, Mohd Fikri Lai Abdullah meminta pengguna menghubungi pejabatnya jika sukar mendapatkan bekalan minyak masak.

Encik Mohd. Fikri Lai Bin Abdullah, Ketua Penguatkuasa Daerah, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Cawangan Tawau, Tingkat 1, Wisma Persekutuan, Jalan Dunlop, Bandar Sabindo, 91000 Tawau, Sabah.

No.Tel:089 776690 089 776690 dan No.Faks:089 778066

Presiden PAS Akan Buat Lantikan Baru

Semua jawatan lantikan dalam jawatankuasa dan pimpinan tertinggi PAS pusat sesi 2009-2011 terlucut dengan sendirinya berikutan pemilihan baru yang diadakan pada Muktamar Agung parti kali ke-57, dari 3 hingga 5 Jun lepas.

Pemilihan yang diadakan itu bagi sesi 2011-2013.

Sumber dalaman parti berkata jawatan-jawatan berkenaan ialah setiausaha agung, ketua penerangan, pengarah jabatan pilihan raya, bendahari dan enam anggota jawatankuasa pusat sebagai tambahan kepada 12 kerusi yang sudah terpilih.

"Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) akan memanggil satu mesyuarat jawatankuasa pusat untuk lantikan jawatan-jawatan ini. Ini kena tanya dia sendiri," kata sumber itu kepada Bernama pada Selasa.

Sumber itu berkata di peringkat negeri pula, jawatan pesuruhjaya negeri juga terlucut dan akan dilantik pada mesyuarat yang sama.

"Selepas dilantik nanti, pesuruhjaya negeri akan melantik timbalan dan struktur organisasi peringkat negeri pula," katanya lagi.

Pada pemilihan PAS pusat Sabtu lepas, Mohamad Sabu menewaskan dua pencabar lain iaitu penyandang Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk jawatan timbalan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula, penyandang Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar mengekalkan jawatan selain Datuk Husam Musa yang kembali ke kerusi naib presiden selepas satu penggal.

Abdul Hadi pula mengekalkan kerusi presiden untuk penggal kelima selepas menang tanpa bertanding.-- BERNAMA

Umno Kelantan Haram

Seorang ahli Umno yang dipecat tahun lalu kerana melanggar perlembagaan parti telah memfailkan kes terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam untuk mendapatkan balik keahliannya — kes yang mengingatkan kembali krisis 1987 dalam parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Seorang ahli perniagaan dari Kelantan Amran Abdul Rahman, yang pernah menjadi ahli Umno selama 14 tahun, mencabar RoS untuk menunjukkan bukti bahawa cawangan-cawangan di bahagian Tanah Merah telah didaftarkan secara sah, dan jika tidak, agensi itu harus mengisytiharkan Umno Kelantan haram, satu langkah yang akan membawa kepada pembatalan pemecatan beliau daripada parti.

Amran, 47, merupakan setiausaha Umno bahagian Tanah Merah ketika beliau dilucutkan keahlian pada 1 Mac 2010 mengikut Perkara 20.7 perlembagaan parti kerana membawa ketua bahagiannya Datuk Ikmal Hisham ke mahkamah.Ekoran krisis kepimpinan 1987 yang menyaksikan parti itu diisytiharkan sebagai haram, satu perlembagaan baru dirangka selepas penubuhan Umno Baru, sekali gus melarang ahlinya membawa sebarang pertikaian ke mahkamah.

Dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider selepas memfailkan kesnya, Amran berkata, isu utama ialah impak ke atas parti itu di negeri yang ditadbir PAS ekoran pemilihan bahagian 2008.

Umno mengadakan pemilihan pusat awal 2009.

“Isunya ialah 190 perwakilan yang menghadiri perhimpunan yang memilih anggota Majlis Kerja Tertinggi pada 2009 adalah haram,” katanya sambil menambah, perpecahan dalam parti Melayu itu akan menjejaskan peluangnya untuk mendapatkan balik Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Dalam permohonannya, Amran berkata: “saya percaya bahawa responden (RoS) telah mendaftarkan Umno Baru di bawah Seksyen 7 akta tersebut (Akta Pertubuhan 1966) dan Sijil Pendaftaran telah dikeluarkan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 8 akta tersebut.

“Saya juga percaya bahawa peruntukan Seksyen 12 akta tersebut menyatakan bahawa kesemua cawangan yang hendak ditubuhkan mesti mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan,” katanya.

Amran menambah, beliau setelah dinasihatkan oleh peguamnya percaya bahawa peruntukan Seksyen 12(3) Akta Pertubuhan 1966 menyatakan bahawa cawangan yang ditubuhkan tanpa kebenaran responden adalah pertubuhan haram.

justeru Amran memohon semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan RoS yang menafikan aksesnya kepada dokumen-dokumen mengenai 126 cawangan dan 14 bahagian di Kelantan, dan juga perintah mahkamah mengarahkan RoS membekalkan maklumat yang diperlukan.

Peguamnya, Adlan Hadi Mohamed Yusof menjelaskan, di bawah Seksyen 10 Akta Pertubuhan mana-mana individu ada hak untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan berhubung satu-satu pertubuhan yang didaftarkan.

Terdapat 131 cawangan Umno di Kelantan.

Menurut Amran, daripada jumlah itu hanya lima yang sah manakala yang baki termasuk cawangan Simpang Tiga Seri Mahligai tidak pernah didaftarkan.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahli-umno-kelantan-dipecat-cabar-ros-segarkan-krisis-1987/

Daftar SPR sudah cecah 12 juta pemilih

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mewartakan 219,550 pemilih baru bagi suku pertama tahun ini menjadikan jumlah pemilih berdaftar meningkat kepada 12,032,467 orang, setakat 31 Mac lalu.

Pemilih baru itu diwartakan bersama 43,129 pemilih yang menukar alamat pusat mengundi.

Dipetik Bernama Online, Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said orang ramai yang berminat untuk membeli Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2011 boleh membuat tempahan di ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Sebarang pertanyaan boleh diaju menerusi talian 03-88855600, atau Pejabat Pilihan Raya Negeri.

Tuesday, June 7, 2011

SAPP akan perangkap Pakatan

Sementara negara memfokus ke arah pilihan raya umum ke-13, Pakatan Rakyat mula bergerak secara aktif untuk membentuk satu gandingan formal dengan parti tempatan di Sabah — SAPP dengan harapan dapat mematahkan penguasaan Barisan Nasional (BN) di negeri Malaysia timur itu.

Sabah antara negeri yang dilihat masih muncul deposit tetap bagi BN dengan menawarkan 25 kerusi Parlimen.

Pakatan Rakyat percaya bahawa kerjasama dengan Parti Progresif Sabah itu, yang diterajui oleh bekas ketua menteri Datuk Yong Teck Lee, adalah penting demi merancakkan peluang perikatan tersebut menentang BN dalam pilihan raya umum, yang dijangka dipanggil bila-bila masa.

The Malaysian Insider difahamkan PKR Sabah di bawah kepimpinan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah membentuk satu pasukan perundingan untuk mengadakan perbincangan dengan SAPP.

DIfahamkan anggota dalam pasukan itu termasuklah ketua cabang PKR Libaran Ahmad Thamrin Jaini, Datuk James Ghani (Papar), Datuk Halik Zaman (Tenom), Christina Liew (Kota Kinabalu), Datuk Kong Hong Ming (Tawau), ketua sayap pemuda PKR Sabah Jafery Jomion dan timbalan setiausaha agung PKR dan ketua cabang Penampang, Darell Leiking.

Kesemua mereka berada dalam majlis presiden khas yang ditubuhkan awal tahun ini.

Anggota lain dalam pasukan itu ialah bekas pemimpin BN dan bekas timbalan menteri persekutuan Datuk Kalakau Untol dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Roland Chia.

Seorang anggota parti memberitahu The Malaysian Insider, anggota pasukan itu akan bertemu hari ini untuk melantik pengerusinya sebelum diadakan perbincangan mengenai penggabungan.

Kata sumber itu lagi, apabila persetujuan dicapai dalam Pakatan Rakyat Sabah, perundingan dengan SAPP akan dimulakan.

Bagaimanapun, jika pilihan raya negeri Sarawak April lalu diambil kira sebagai petanda, kerjasama politik sedemikian boleh berubah rumit ekoran perselisihan pandangan antara Pakatan Rakyat dari Semenanjung dan SAPP, yang memperjuangkan autonomi bagi Sabah.

Yong didakwa sudah melenting berhubung cadangan tersebut ekoran satu pandangan penasihat DAP Lim Kit Siang minggu lalu bahawa parti itu sewajarnya membentuk pakatan formal dan bukan hanya persahabatan politik.

Ketika dihubungi, Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong mempertahankan pandangan Lim dengan berkata, apa yang diperkatakan itu tidak dikeluarkan dengan niat jahat.

SAPP, kata Wong, mesti menjadi “adik kandung” Pakatan Rakyat, bukannya hanya rakan atau saudara kepada perikatan itu.

Meskipun adanya pertengkaran kecil itu, kedua-dua DAP dan PKR secara terbuka memperlihatkan hasrat mereka dan kesegeraan untuk bergerak ke arah itu sementara SAPP kekal tidak komited setakat ini.

Ketika dihubungi hujung minggu lalu, Ketua Penerangan SAPP Chong Pitt Fah juga mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa partinya juga telah membentuk jawatankuasa perundingan untuk membincangkan soal penggabungan.

“Kami sudah membentuk jawatankuasa kami tetapi tidak mengadakan sebarang perundingan,” katanya.

Beliau juga yakin bahawa pakatan PKR-DAP-PAS-SAPP tidak akan berakhir seperti yang disaksikan di Sarawak antara Pakatan Rakyat dan SNAP.

SENARAI TERKINI PIMPINAN PEMUDA PAS PUSAT

Ketua : Ustaz Nasruddin bin Hassan

Timbalan Ketua : Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz

Naib Ketua : Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob


Ahli Jawatankuasa [Dipilih dalam muktamar]

1. Ustaz Riduan bin Mohamad Nor
2. Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
3. YB Ustaz Ahmad Baihaki bin Atiqullah
4. Sdr Mohd Adram bin Musa
5. Sdr Kamaruzaman bin Mohamad
6. Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari
7. Ustaz Khalil bin Abdul Hadi
8. Ustaz Mohd Nazri bin Chik
9. Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin
10. Sdr Mohd Sany bin Hamzan
11. Ustaz Mohd Yusni bin Mat Piah
12. YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah


Ahli Jawatankuasa [Dilantik dalam Mesyuarat Pertama]

1. Sdr Suhaizan bin Kaiat [ Exco ]
2. YB Ust Mohd Firdaus Jaafar [ Exco ]
3. YB Ust Nasir bin Zakaria [ Exco ]
4. Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin [ Exco ]
5. Sdr Nasaie bin Ismail [ Exco ]
6. Dr. Suhazeli bin Abdullah [ Exco ]
7. Dr. Zuhdi bin Marzuki [ Pengarah Jabatan ]
8. Dr. Aminurrasyid bin Yatiban [ Pengarah Jabatan ]
9. Herman Samsudee [ Pengarah Jabatan ]
10. Sdr Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus [ Pengarah Jabatan]
11. Sdr Mohd Syahir bin Sulaiman [ Pengarah Jabatan ]
12. Sdr A. Halim B. Ahmad [ Pengarah Jabatan ]
13. Ustaz Ahmad Tarmizi Mohd Din [ Pengarah Jabatan ]
14. Sdr Mohd Idris Bin Mohd Yussoff [ Pengarah Jabatan ]
15. Sdr Wan Asrul Afendi Wan Mohamad [ Pengarah Jabatan ]
16. Sdr Ahmad Zamri bin Asa’ad Khuzaimi [ Pengarah Jabatan ]
17. Sdr Juhari Uthman [ Pengarah Jabatan ]
18. Sdr Hassan bin Aladi [ Pengarah Jabatan ]
19. Sdr Basri bin Din Kamar [ Pengarah Jabatan ]
20. Sdr Khairul Fahmi bin Mat Som [ Penolong Setiausaha ]


Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Ketua
Ustaz Nasruddin bin Hassan

Timbalan Ketua
Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz

Naib Ketua
Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob

Setiausaha
Sdr Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

Penolong Setiausaha 1: Sdr Kamaruzaman bin Mohamad
Penolong Setiausaha 2: Sdr Nasaie bin Ismail
Penolong Setiausaha 3: Sdr Khairul Fahmi

Bendahari
Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin

Ketua Penerangan
Ustaz Riduan bin Mohamad Nor

Pengarah Pilihanraya
Sdr Mohd Sany bin Hamzan