JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, March 27, 2008

Ghapur memang tidak layak?

Timbalan Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar, Dato' Abd Ghapur Salleh yang menang tanpa bertanding di Parlimen Kalabakan dalam PRU ke-12 baru-baru ini adalah tidak LAYAK untuk memegang sebarang portfolio atau apa-apa jawatan dalam kerajaan bilamana beliau masih mempunyai hutang tertunggak dengan Jabatan Air Sabah sebanyak RM23,957.20 sehingga 29 November 2007.
Bil tersebut boleh dicetak di mana-mana Pejabat Jabatan Air Sabah melalui No.Akaun 0866860-0865987 dengan nama Abd Ghafur Bin Hj. Salleh. Bil terakhir yang dikeluarkan ialah pada 28 Dec 2004 dengan jumlah tunggakan sebanyak RM23, 934.20.
Sekiranya disemak, boleh jadi beliau merupakan satu-satunya rakyat Sabah yang mempunyai hutang tertunggak individu yang paling tinggi dan boleh dimasukkan dalam buku rekod Malaysia Boleh.
Apa yang menyedihkan rakyat dipaksa untuk membayar bil yang melebihi RM100 ke atas, sesiapa yang engkar akan diberikan notis pemotongan . Sekiranya dalam tempoh notis, pengguna gagal membayar maka bekalan air akan dipotong.
Berbeza dengan Timbalan Menteri ini, memandangkan beliau mempunyai pengaruh politik dan jawatan, beliau boleh menggunakan air sehingga RM23,957.20, Walaupun notis diberikan, tetapi bekalan tetap juga tidak dipotong memandangkan beliau dikategorikan sebagai VIP. Sekiranya, beginilah yang diamalkan oleh pemimpin BN masa kini, maka pastilah Negeri yang terpaksa menanggung hutang kepada pihak konsesi Loji Rawatan Air. Patutlah Negeri Sabah berhutang dan telah menceceah ratusan juta ringgit malahan mencapai angga Bilion disebabkan ada pengguna VVIP yang mempunyai hutang tertunggak.

Thursday, March 6, 2008

PKR akan dapat tawan kerusi DUN Sulabayan

SEMPORNA : Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin akan dapat menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Sulabayan Semporna menjelang pilihan raya Ke-12,8 Mac ini.

Calon Keadilan DUN Sulabayan,Haji Mohd Abd. Wahab Panglima Abdullah,67, berkata ini berdasarkan sokongan daripada masyarakat khususnya mereka yang tinggal di sekitar pulau di daerah Semporna.

“Mereka sudah muak dengan pelbagai janji yang dilemparkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sehingga kini gagal ditunaikan.

“Rakyat juga tidak begitu gemar dengan calon yang bertanding di DUN Sulabayan yang disifatkan sebagai bermasalah sekaligus tidak berupaya membawa perubahan sekaligus gagal menyelesaikan masalah penduduk di DUN Sulabayan,” katanya.

Beliau berkata demikian,ketika ditemui di kediaman rasminya di Taman Semporna di sini pada Selasa lalu.

Abd Wahab yang juga Ketua PKR Bahagian Semporna berkata,begitu juga dengan isu pembinaan sebuah kilang gula,infrastruktur jalan raya,bekalan air yang membelengu penduduk khususnya di Pulau Bum Bum dan pulau sekitarnya.

Rakyat di kawasan DUN Sulabayan ingin sebuah parti yang boleh menyuarakan masalah mereka termasuk menurunkan harga minyak,barang-barang dan yuran tambahan sekolah yang sering membebankan golongan ibubapa berpendapatan rendah dan dimansuhkan supaya mereka yang berpendapatan rendah itu memperolehi manfaat daripada hasil perjuangan parti pembangkang.

“Penduduk di kawasan pulau sering dikunjungi calon BN kononya mereka boleh membawa perubahan jika diberikan peluang memerintah namun ternyata selepas beberapa penggal lalu mereka gagal membawa perubahan di kawasan DUN Sulabayan,” katanya.

Abd Wahab berkata,rakyat sudah bosan dengan tipu daya mereka terutama menjelang pilihan raya dan mereka berpendapat adalah lebih bijak jika memilih pembangkang berbanding parti kerajaan yang sedia ada.

Sebagai contoh katanya,masyarakat terpaksa membeli barangan mahal dengan harga minyak sama dengan mereka yang kaya-raya sekaligus menunjukkan wujud ketidakadilan khususnya kepada mereka yang mempunyai pendapatan rendah serta tinggal di kawasan luar bandar dan pulau.

Berhubung dengan pakatan PKR dengan calon Bebas yang bertanding di DUN Senalang,Abd Wahab menafikan wujudnya pakatan antara mereka.

“Sebenarnya calon Bebas di Dun Senallang,Asmara tidak ada kena mengena dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kami tidak pernah bersetuju bergabung atau apa sahaja istilah yang berkaitan,” katanya.

Abd Wahab berharap para pengundi di kawasan DUN Senallang tidak terpedaya dengan dakwaan dan pengakuan calon Bebas itu sebaliknya hanya Hasaman calon PKR menentang calon BN

Samson akui tugas sukar kekalkan kerusi Sri Tanjong

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sri Tanjong, Samson Chin Chee Tsu kelmarin mengakui buat pertama kalinya beliau menghadapi tugas sukar untuk mengekalkan kerusi itu sejak beliau bertanding di kawasan itu pada 1986.

Berdasarkan “situasi” di Sri Tanjong, Samson dan jentera pilihan raya BN menggunakan semua sumber yang ada dalam usaha memastikan kerusi itu yang mempunyai kira-kira 11,000 pemilih berdaftar, terus berada dalam genggaman BN.

“Ini merupakan kali pertama sejak saya bertanding dalam pilihan raya umum 1986, saya merasakan perlu bekerja lebih keras. Untuk pengetahuan anda, saya telah bertanding dalam empat pilihan raya umum dari 1986 hingga sekarang.

“Setiap pilihan raya saya bertanding. Dan ini merupakan yang paling sukar dan getir. Dan saya akui, kali ini bukan laluan mudah seperti mana jangkaan ramai. Ia pastinya sengit,” katanya.

Jentera pilihan raya BN, katanya tidak akan mengambil mudah kekuatan pembangkang di sini tetapi kerja kuat akan memastikan kerusi ini dimenangi BN.

Pada pilihan raya umum ini, Samson ditentang Wong Sze Phin Jimmy dari DAP dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kong Hong Ming Kong Fo Min. Pada pilihan raya umum 2004, Samson mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 3,907 undi menewas-kan calon DAP.

Calon PKR Sook tinggalkan kerjaya guru demi politik

KENINGAU : Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri Sook,Paul Bunsu Gitang berkata beliau sanggup melepaskan jawatan sebagai seorang pendidik untuk menceburkan diri dalam bidang politik kerana mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan itu.

Paul yang telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 23 tahun berkata keadaan di kawasannya yang masih jauh ketinggalan mendorong beliau menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya ke-12 pada 8 Mac ini.

Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan Seni Halus dan Teater dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang pada 2001-2004 berkata penglibatan luasnya dengan masyarakat kampung akan membolehkan beliau dapat berkhidmat dengan lebih baik melalui politik.

“Saya menawarkan diri untuk bertanding kerana mahu menyumbang sesuatu yang lebih bermakna dari itu saya mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalam bidang politik,” katanya.

Paul berkata menyertai sebuah parti pembangkang bukan semata-mata untuk menentang kerajaan tetapi lebih kepada memainkan peranan sebagai pemberi pandangan yang membina di mana akan dapat menentukan sesebuah kerajaan yang diperintah itu menjalankan kuasanya dengan adil dan saksama,” katanya.

“Saya mengambil keputusan untuk bertanding untuk memberikan pilihan kepada penduduk di Sook sejajar dengan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini,” katanya.

Katanya beliau menyerahkan kepada para pengundi di kawasan itu untuk membuat pilihan parti mana dan calon mana yang akan mereka pilih sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Paul terbabit dalam pertandingan empat penjuru menentang calon Barisan Nasional Datuk Ellron Alfred Angian,Sidun Manim (Bersekutu) dan Suhaidin Langkap (Setia).