JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, September 29, 2009

UMNO BANGGA PERASUAH SEBAGAI CALON


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemilihan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang dibuat berdasarkan kehendak penduduk setempat (terpaksa pilih walaupun rasuah).

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pucuk pimpinan membuat tinjauan yang cukup rapi sampai ke peringkat akar umbi di kalangan orang Melayu, Cina dan India di kawasan itu.

Mereka menyatakan sokongan kepada Isa kerana sudah lama mengenali tokoh yang mesra rakyat itu dan sudah tahu jasa yang beliau lontarkan untuk orang-orang di Port Dickson serta Negeri Sembilan, katanya.

"Di atas dasar populariti dan juga atas kehendak orang tempatan, sebab itu saya bertanya mereka sendiri dalam ucapan saya tadi, saya tidak buat keputusan sendiri dan mereka katakan Isa! Isa! Isa!, tiga kali disebut, baru saya umumkan kerana itu adalah kehendak daripada pengundi di sini," katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri Bagan Pinang selepas mengumumkan nama Isa sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan itu telah berpihak kepada pengundi kerana ia merupakan satu pilihan raya kecil dan senarionya tidak sama dengan pilihan raya umum.

Isa, 59, pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 hingga Mac 2004.

"Walaupun mungkin dalam sejarah politik beliau (ada masalah), macam saya juga ada sejarah dan masalah, tapi rakyat tempatan, pengundi yang mengenali hati dan nurani beliau yakin beliau mampu," katanya.

Muhyiddin berkata beliau tahu pembangkang akan gunakan pelbagai isu terutama yang berkait rapat dengan isu politik wang Isa dahulu untuk menjatuhkan pemimpin itu.

Beliau melihat pilihan raya kecil itu merupakan peluang untuk kerajaan BN menjelaskan dasar-dasarnya, kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, gagasan 1Malaysia, usaha memulih ekonomi yang sedang berjalan di samping menerangkan keadaan masalah di peringkat tempatan dan nasional.

Timbalan Perdana Menteri yakin BN telah membuat keputusan yang tepat apabila meletakkan Isa sebagai calon dan berharap pengundi akan terus memberi peluang kepada BN untuk terus menjadi wakil bagi rakyat di Bagan Pinang.

"Kita akan teruskan usaha pembangunan kerana Bagan Pinang adalah satu kawasan yang strategik, sebahagian besarnya adalah Port Dickson sendiri, mempunyai potensi yang banyak, jadi kita bangunkan untuk pelancongan, perniagaan supaya ia jadi lebih maju lagi," katanya.

Beliau berkata pengalaman Isa akan dioptimumkan untuk memajukan kawasan itu kerana beliau arif dalam soal pentadbiran semasa berada dalam kerajaan pusat dan negeri.

-- BERNAMA

Pencuri tembaga kabel sasar Kampung luar bandar

TembagaCuri pic1 28.09.09

Penduduk Kampung Punggu dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman keresahan berikutan kehadiran kumpulan pencuri kabel di desa mereka semenjak bulan Ogos lalu.

Kumpulan terbabit mencuri komponen tembaga dalam saluran kabel yang digunakan sebagai wayar bumi di tiang utama penyalur bekalan elektrik berhampiran kampung penduduk terbabit.

“Kes ini mula-mula berlaku pada bulan Ogos tahun ini apabila lima orang lelaki dengan menggunakan kenderaan Pajero tiba di tiang elektrik utama perkampungan kami dan memberi alasan bahawa mahu memperbaiki sistem pendawaian elektrik di situ.

“Mereka kemudiannya menutup suis utama pada tiang elektrik terbabit menyebabkan ketiadaan bekalan elektrik bermula awal pagi hari berkenaan sehingga jam 3 pagi pada hari yang berikutnya,” dakwa seorang penduduk yan memperkenalkan dirinya sebagai Mei Biong.

Kejadian kedua menurut Mei kemudiannya berulang kembali tidak lama selepas itu apabila pihak yang tidak bertanggungjawab mencuri semula komponen tembaga dalam kabel wayar bumi pada tiang yang sama.

“Tindakan penjenayah itu menyebabkan bekalan elektrik putus dan kami kemudiaannya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengawasi sekitar tiang utama elektrik itu,” katanya.

Katanya, dua hari yang lalu penduduk kampung menurut beliau menyedari kehadiran seorang lelaki tidak dikenali yang cuba mengorek sesuatu di kawasan tiang elektrik utama berkenaan.

Apabila disoal oleh penduduk kampung, lelaki berkenaan menurut Mei memberitahu bahawa ia cuma menumpang teduh di perhentian bas berhampiran tiang elektrik berkenaan.

“Penduduk percaya lelaki itu cuba mencuri komponen tembaga di tiang terbabit. Setelah mendapati bahawa kehadiran dirinya dicurigai oleh penduduk kampung maka lelaki tersebut dipercayai terus beredar dari lokasi terbabit.

“Justeru kami penduduk kampung di sini berharap agar pihak berkuasa memberi perhatian serius terhadap masalah ini kerana dikhuatiri bahawa golongan terbabit mungkin akan melakukan tindakan yang sama di perkampungan penduduk yang lain,” katanya.

Kanak-kanak perempuan maut kemalangan jalanraya

Seorang kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Pesisir Pantai KM28 Sungai Uban, Beraya Bekenu pagi tadi.

Mangsa, Letitia Elaine Mocthar,4, yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala maut ditempat kejadian selepas tercampak keluar dari kereta Proton Saga yang dipandu oleh ibu saudaranya, 24

.eksiden1

Dalam kejadian sekitar jam 9.45 pagi tadi, mangsa bersama lima lagi penumpang termasuk kedua-dua ibu bapa, dua saudara dan ibu saudara dalam perjalanan pulang balik ke Miri dari Bekenu.

Sebaik sahaja tiba berhampiran Sungai Uban, pemandu dikatakan cuba memotong kenderaan di hadapan bagaimanapun terbabas ke bahu jalan dan terbalik ke dalam parit berhampiran jambatan Sungai Uban.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurut polis, semasa kejadian mangsa dipercayai duduk di pangkuan ayahnya, Mochtar Jagim 26 di tempat duduk hadapan penumpang.

Ibu mangsa Lina Lenggam 28 mengalami patah kaki kiri sementara yang lain hanya mengalami kecederaan ringan dan kini mendapat rawatan di Hospital Miri. sarawakupdate

TIGA PARTI BERMASALAH MAHU SERTAI REJIM BN

OLEH : MASDARWAHID

TIGA PARTI BERMASALAH SEMALAM DIKATAKAN MAHU SERTAI REJIM BN.

KE SEMUA PARTI2 ITU BERASASKAN KAUM INDIA IAITU IALAH KONGRES INDIA MUSLIM MALAYSIA (KIMMA), PARTI PROGRESIF INDIA (IPF) DAN PARTI MAKKAL SAKTHI.

IPF IALAH PARTI SERPIHAN MIC YANG DIPIMPIN OLEH G.PANDITHAN SEBELUM INI DAN PERNAH MENYERTAI PARTI PEMBANGKANG DALAM GAGASAN RAKYAT SEKITAR TAHUN 1990 BERSAMA PBS, SEMANGAT 46 DAN PAS.

PARTI ITU YANG KONONYA MEMPUNYAI PENYOKONG 300,000 TELAH MEMOHON MENYERTAI BN SEJAK 20 TAHUN LALU TETAPI DITOLAK ATAS DESAKAN PRESIDEN MIC, SAMY VELLU TERHADAP PM KETIKA ITU, MAHATHIR MOHAMAD.

MANAKALA MAKKAL SAKHTHI YANG JUGA PARTI SERPIHAN HINDRAF BOLEH DILIHAT PARTI TAJAAN REJIM APABILA PARTI ITU DENGAN MUDAHNYA DILULUSKAN PENDAFTARANNYA HANYA KERANA MENYOKONG AGENDA ILUSI NAJIB RAZAK IAITU 1MALAYSIA.

BERKEMUNGKINAN PARTI SERPIHAN HINDRAF INI DITAJA OLEH BN BAGI MENGGANTIKAN MIC SECARA PERLAHAN2 SELEPAS MIC MENGALAMI KEKALAHAN TERUK PADA PRU LALU TERMASUKLAH KEKALAHAN SAMY VELLU SEMPENA BIRTHDAYNYA.

INI DAPAT DILIHAT APABILA KEKALAHAN DATUK S SUBRAMANIAM DITANGAN G.PALANIVEL, YANG JUGA ANAK DIDIK SAMY VELLU DALAM PEREBUTAN JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN BERKEMUNGKINAN MENYERTAI PARTI MAKKAL SAKTHI.

MALAH, MANTAN PRESIDEN UMNO MEMUJI PENUBUHAN PARTI ITU.

MAHATHIR SEJAK AKHIR2 INI DIPERKUDAKAN OLEH NAJIB MONGOLIA DENGAN MEMPROMOSIKANNYA DIMEDIA MILIK REJIM ITU TERMASUKLAH RTM, TV3 DAN SEBAGAINYA.

MAHATHIR SEBELUM INI MENGGELARKAN SAMY SEBAGAI LIABILITI UMNO YANG DISAMBUT PEMUDA MIC DENGAN KALUNGAN SELIPAR.

NAJIB JUGA DIJANGKA MERASMIKAN PARTI ITU PADA 10 OKTOBER INI IAITU SEHARI SEBELUM PENGUNDIAN DUN BAGAN PINANG.

MASYARAKAT INDIA DALAM DUN BAGAN PINANG DIKATAKAN LEBIH CENDERUNG MENYOKONG PAKATAN DAN INI MUNGKIN STRATREGI REJIM BN MERAIH SOKONGAN MASYARAKAT ITU.

UMUM MAKLUM, MASYARAKAT INDIA TURUT MENYERTAI PAS MELALUI KELAB PENYOKONG PAS YANG KIAN MENDAPAT SAMBUTAN DISELURUH NEGARA.

SESUATU YANG ANEH SEBENARNYA APABILA MAKKAL SAKTHI DENGAN MUDAH DILULUSKAN PENDAFTARANNYA OLEH PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS) SEDANGKAN PARTI SEPERTI PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM) MEMERLUKAN SEKURANG2NYA 10 TAHUN UNTUK DILULUSKAN HANYA KERANA PARTI ITU MENYOKONG PEMBANGKANG.

SEHINGGA KINI PARTI SEPERTI USNO DI SABAH DAN PARTI MALAYSIA DAYAK KONGRES (MDC) DI SARAWAK GAGAL DILULUSKAN KERANA PARTI ITU TIDAK 'NGAM' DENGAN REJIM BN.

USNO DIBUBARKAN SEKITAR TAHUN 1990AN BAGI MEMBENARKAN UMNO MELEBARKAN PENGARUHNYA DI NEGERI ITU.

SEHINGGA KINI, HANYA SARAWAK YANG MENGHARAMKAN UMNO MENUBUHKAN CAWANGANNYA DI BUMI KENYALANG.

HARUS DIINGAT, PARTI IPF WALAUPUN KECIL, PARTI INI SEBENARNYA BUKAN SAHAJA DITOLAK MASYARAKAT INDIA TETAPI PADA MASA SAMA BERHADAPAN DENGAN MASALAH DALAMAN IAITU DENGAN PEREBUTAN JAWATAN PRESIDEN TERMASUKLAH ANCAMAN BEKAS TIMBALAN PRESIDEN SEBELUM INI YANG DIPECAT. KES ITU MASIH BERJALAN DI MAHKAMAH.

BEGITU JUGA DENGAN KIMMA, PARTI ITU SEBELUM INI PERNAH BERGABUNG DENGAN SATU LAGI PARTI NYAMUK (ISTILAH TERPINGGIR BAGI PENULIS) DALAM REJIM BN IAITU PARTI PROGRESIF PENDUDUK (PPP) TETAPI AKHIRNYA TIDAK BERJAYA APABILA PPP SENDIRI TERSUNGKUR DALAM PRU LALU TERMASUKLAH KEKALAHAN PRESIDENNYA, M KAYVEAS JUGA DALAM PARLIMEN DI PERAK.

PARTI SERPIHAN KIMMA ITU KALAU TIDAK SILAP PENULIS DIBERI NAMA IKATAN RAKYAT MALAYSIA (IRM).

PENULIS MENGALU-ALUKAN JIKA PENYERTAAN KE TIGA-TIGA PARTI ITU MEMPERCEPATKAN RUNTUHNYA REJIM BN MENELANG PRU 13 KERANA DENGAN BANYAKNYA PARTI DALAM SESUATU GAGASAN ITU, AKAN MEMENINGKAN KEPALA HOTAK NAJIB MONGOLIA DENGAN PELBAGAI MASALAH TERMASUKLAH PEREBUTAN KERUSI PADA MASAM MENDATANG.

INI TIDAK TERMASUK MASALAH MCA DAN SEKUTUNYA YANG LAIN.

DI SABAH MISALNYA, PARTI NYAMUK REJIM ITU, IAITU PARTI BERSATU RAKYAT SABAH (PBRS) SEMALAM BERANG APABILA DIKATAKAN DIPINGGIRKAN DALAM PEMBAHAGIAN JAWATAN PERNGKAT KAMPUNG.

PBRS IALAH SERPIHAN DARI PARTI BERSATU SABAH (PBS), IAITU SALAH SATU SEKUTU BN YANG SEBELUM INI MENJADI PEMBANGKANG DINEGERI ITU.

PBS HANYA MENYERTAI BN SELEPAS HAMPIR LUMPUH SELEPAS KEKALAHAN DALAM PILIHANRAYA NEGERI SABAH PADA TAHUN 1999.

BAGI PBRS, PARTI ITU HANYA DIBERI SATU KERUSI DUN DAN SATU PARLIMEN YANG MASING2 BERADA DALAM KAWASAN PENSIANGAN.

MALAH UMNO NEGERI ITU MAHU MERAMPAS KERUSI PARLIMEN YANG DISANDANG TIMBALAN PRESIDEN PBS, MAXIMUS ONGKILI.

SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN RUNTUHNYA REJIM BN INI, SAMA NASIB YANG DIALAMI OLEH PARTI LDP DI JEPUN YANG MEMERINTAH LEBIH 3O TAHUN.

RIBUT DI PAPAR DAN LABUAN

Beberapa Rumah Di Labuan Rosak Akibat Angin Kencang Ribut Ketsana

LABUAN, 28 Sept. Beberapa rumah di sini rosak teruk dengan kebanyakkan bumbungnya diterbangkan semasa angin kencang dengan kelajuan menjangkau 60km sejam dari ribut tropika Ketsana mengganas selama kira-kira tiga jam Ahad.

Keadaan diburukkan lagi apabila hampir tiga perempat daripada kawasan pulau terpaksa bergelap selama kira-kira lima jam akibat putus bekalan, dan syarikat elektrik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Labuan menerima lebih 100 aduan mengenainya.

"Saya dikejutkan oleh angin kuat dan terperanjat apabila mendapati bumbung ruang dapur kami diterbangkan angin. Ia amat kencang ketika itu, dan keadaan tambah mencemaskan apabila bekalan eletrik pula terputus," kata Hizamudin Ismail dari Kg Durian Tunjong semasa menceritakan kepada Bernama mengenai insiden itu.

Seorang jurucakap Jabatan Meteorologi Sabah ketika dihubungi berkata ribut tropika itu adalah angin kencang sama yang melanda beberapa kawasan di Filipina semalam, dan ia kini melalui Laut China Selatan menghala ke arah Vietnam.

"Kami harap penghujung ribut itu tidak akan membawa kesan yang serius malam ini kerana ia masih berada di sekitar kawasan Laut China Selatan, dan menghala ke arah Vietnam," katanya.

Antara kampung yang disinggahi angin kecang itu ialah Kg Bebuloh Laut, Kg Lajau, Kg Sg Miri, Kg Ganggarak, Kg Batu Manikar serta Kg Durian Tunjong, dan beberapa kerosakan jelas kelihatan di sana sini yang diakibatkan oleh kejadian pokok tumbang.

Hotel lima bintang Grand Dorsett serta beberapa hotel lain di pulau juga mengalami putus bekalan eletrik selama beberapa jam.BERNAMA

30 Rumah Rosak Dalam Kejadian Angin Kencang Di Papar

PAPAR : Kira-kira 30 rumah rosak dalam kejadian angin ribut dan hujan lebat di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Manis di sini, semalam.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan itu Datuk Abdul Rahim Ismail berkata 10 daripada rumah itu mengalami kerosakan teruk apabila atapnya diterbangkan angin, dan

antara kampung yang terlibat ialah Kampung Kuala, Sungai Padang, Padang Pulasan, Kelanahan Rimba, Bambangan, Buang Sayang, dan Benoni.

Katanya beliau difahamkan ada beberapa kampung terlibat mengalami masalah putus bekalan elektrik disebabkan pokok tumbang.

"Diharapkan pihak berkuasa dapat menyalurkan bantuan dengan segera, kerana saya khuatir ada lagi lanjutan angin kuat dalam masa terdekat ini, semasa rumah yang rosak masih belum sempat lagi diperbaiki," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa-mangsa kejadian angin kencang itu di sekitar kawasan DUN Pantai Manis, Isnin.

Sehubungan itu, Abdul Rahim menggesa kepada jabatan kerajaan yang terlibat agar mempercepatkan proses menyalurkan bantuan kepada mangsa.BERNAMA

Ops Sikap gagal?

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Ops Sikap Ke-20 yang berakhir semalam, merekodkan jumlah kematian kedua tertinggi dalam sejarah operasi itu sejak diperkenalkan lapan tahun lalu dengan 261 pengguna jalan raya terbunuh.

Jumlah korban tertinggi sebelum ini sebanyak 285 orang daripada 253 kemalangan maut yang dicatatkan semasa Ops Sikap Ketiga, iaitu pada 13 Disember 2002. Purata kematian adalah 18.7 sehari.

Ops Sikap Ke-20 yang berakhir semalam pula mencatatkan purata 17.4 kematian dalam sehari.

Jumlah itu sekali gus menyaksikan peningkatan 25.4 peratus kematian dengan penambahan 53 kematian berbanding Ops Sikap Ke-17, pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Secara keseluruhan lebih 60 peratus angka kematian sepanjang Ops Sikap Ke-20 itu masih disumbangkan oleh penunggang dan pembonceng motosikal.

Sementara itu, Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supritendan Rasdi Ramli berkata, seramai 23 lagi maut pada hari terakhir Ops Sikap Ke-20 semalam.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 12 mangsa ialah penunggang dan pembonceng motosikal.

"Ia diikuti dengan lapan kematian membabitkan kereta dan tiga pejalan kaki. Kita juga mengeluarkan 9,826 saman di seluruh negara melibatkan pelbagai kesalahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rasdi berkata, jalan bandaran sekali lagi mendahului senarai jumlah kemalangan dengan 388 kes, diikuti jalan Persekutuan (284 kes), jalan negeri (152 kes), lebuh raya (68 kes) dan jalan-jalan lain (39 kes).

Ops Sikap Ke-20 yang bermula sejak 13 September lalu bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ia membabitkan kira-kira 2,500 penguat kuasa termasuk polis, bomba dan ambulans.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang kecewa dengan peningkatan kes kemalangan maut khususnya pada musim perayaan menyatakan walaupun hukuman mati sekalipun dikenakan, pengguna jalan raya di negara ini akan tetap melanggar undang-undang. utusan

Pemuda MIC Bantah Makkal Sakthi Sebagai Parti Alternatif

Pergerakan Pemuda MIC tidak sedia membenarkan parti baru "Makkal Sakthi" yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi menjadi parti alternatif kepada MIC bagi mewakili kaum India.

Ketuanya T.Mohan berkata walaupun parti itu dilaporkan akan dilancar 10 Okt ini oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak, Pemuda MIC tidak akan berkompromi sekiranya ia bertujuan menggantikan MIC dalam BN.

"Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia berhak untuk merasmikan mana-mana parti baru, tetapi adalah tidak wajar jika penubuhan parti itu adalah untuk menguburkan MIC yang telah berkhidmat untuk BN selama 63 tahun," katanya pada sidang media di ibu pejabat MIC di sini.

Mohan diminta mengulas laporan mengenai pelancaran "Parti Makkal Sakthi Malaysia" yang diketuai R.S. Thenenthiran, 47, bekas penyelaras kumpulan Hindraf yang diharamkan.

"Pemuda MIC sudah pasti akan protes penubuhan parti baru untuk menggantikan MIC walau apapun alasannya ... tidak akan berkompromi," katanya.

Mohan berkata walaupun banyak parti bakal muncul pada masa akan datang, tiada jaminan parti berkenaan mampu meraih sokongan rakyat sedangkan sumbangan dan jasa MIC selama bertahun-tahun telah dilupakan.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Negeri Sembilan, Mohan berkata Pemuda MIC akan mengadakan banyak aktiviti keramaian seperti sukaneka, karnival dan konsert khas untuk meraih sokongan komuniti India di kawasan itu.

Antara kawasan ladang yang menjadi fokus jentera itu ialah Ladang Siliau, Brad wall dan Antherton yang didapati menyokong pembangkang pada pilihanraya lepas, katanya.

-- BERNAMA

KEKURANGAN DOKTOR DI SABAH KRITIKAL

Segera isi jawatan doktor - Musa

KOTA KINABALU 28 Sept. - Kementerian Kesihatan diminta mengatasi segera masalah kekurangan doktor yang berada di tahap kritikal sejak sekian lama dan menjejaskan perkhidmatan kesihatan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, masalah itu sudah lama dimaklumkan kepada pihak berkenaan dan kerajaan negeri berharap ia dapat diselesaikan segera.

"Kalau boleh beri kelonggaran kepada doktor pakar dari luar negara untuk datang bekerja di Sabah bagi mengatasi masalah ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pembukaan Perhimpunan Agung Keempat Persatuan Penggalakan Pelancongan (TPO) Bandaraya Asia Pasifik di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun; Presiden TPO, Nam Sik Hur; Pengerusi Lembaga Pelancongan Malaysia, Datuk Dr. Victor Lee dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Ilyas Ibrahim.

Semalam Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, masalah kekurangan doktor di Sabah pada masa ini berada di tahap kritikal berbanding dengan jumlah penduduk negeri ini yang semakin bertambah.

Rosnah memberitahu, jawatan doktor yang diisi di Sabah kini hanya kira-kira 30 peratus daripada keperluan berbanding kadar pengisian nasional sebanyak 53 peratus.

PULAU-PULAU DI SABAH TIADA NAMA

KOTA KINABALU 28 Sept. - Kerajaan negeri akan menamakan semua pulau di perairan negeri ini bagi mengelak sebarang masalah pada masa hadapan khususnya tuntutan bertindih yang melibatkan negara lain.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kerajaan negeri akan memastikan setiap pulau di negeri ini termasuk pulau-pulau kecil dinamakan dalam tempoh terdekat.

"Kita akan pastikan setiap pulau di perairan kita dinamakan dan ia adalah milik Malaysia," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pembukaan Perhimpunan Agung Keempat Persatuan Penggalakan Pelancongan (TPO) Bandaraya Asia Pasifik di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun; Presiden TPO, Nam Sik Hur; Pengerusi Lembaga Pelancongan Malaysia, Datuk Dr. Victor Lee dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Ilyas Ibrahim.

Baru-baru ini Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaysia Sabah (UMS), Marja Azlima Omar dipetik sebagai berkata, kerajaan harus lebih serius dalam memastikan semua pulau di negara ini mempunyai nama bagi mengelak sebarang masalah pada masa akan datang.

Beliau berkata, di Sabah sahaja terdapat lebih 250 pulau tidak mempunyai nama termasuk 55 daripadanya di Tawau yang terletak berhampiran dengan sempadan Indonesia.

Marja menjelaskan, isu pulau yang tidak mempunyai nama di Sabah akan memberi masalah kepada negara sekiranya berlaku sebarang isu yang melibatkan kepentingan ke atas pulau terbabit khususnya melibatkan tuntutan bertindih.

Tambahnya, meskipun terdapat pulau-pulau tersebut yang sangat kecil dan tidak mempunyai potensi namun tindakan proaktif harus diambil bagi memastikan kes seperti pulau Batu Putih tidak berulang.

Menurut Musa, pada masa ini terdapat lebih 500 pulau di negeri ini termasuk pulau-pulau kecil milik Malaysia.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian terhadap pulau-pulau berkenaan dan akan memastikan kedaulatan pulau yang menjadi milik Malaysia itu terus berkekalan.

Malaysia, AS saling memerlukan - Anifah


NEW YORK 28 Sept. - Hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat sememangnya berdepan cabaran namun hubungan itu turut sama menyediakan peluang, kata Menteri Luar Datuk Anifah Aman.

"Amerika Syarikat terus menjadi rakan dagang terbesar kita. Hakikat bahawa saya dapat bertemu Setiausaha Negara Hillary Clinton hanya selepas sebulan saya dilantik sebagai Menteri Luar membawa banyak makna mengenai hubungan kita (dengan Amerika Syarikat)," katanya ketika ditemui dalam satu perhimpunan bersama warga Malaysia yang tinggal di pantai timur Amerika Syarikat.

"Pendekatan kita terhadap hubungan kita dengan Amerika Syarikat digambarkan melalui kesediaan kita untuk bekerjasama dan bukannya bersikap konfrontasi. Kami berasa selesa dengan pentadbiran semasa," kata Anifah yang berada di sini bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mengenai cabaran mendatang, beliau berkata, kedua-dua negara berdepan isu bersama yang turut merangkumi perubahan iklim, satu daripada perbahasan paling hangat di PBB, selain keganasan dan jaminan makanan.

"Kami (Amerika Syarikat dan Malaysia) saling memerlukan satu sama lain lebih daripada sebelum ini," katanya.

Anifah diiringi isteri, Datin Siti Rubiah Abdul Samad dan delegasi terdiri daripada pegawai serta dua anggota Parlimen. - BERNAMA

Friday, September 25, 2009

TERKINI H1N1 : Tujuh hari berturut-turut, Korban H1N1 kekal 77 orang

oleh : Masdarwahid

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Tiada kes kematian dilaporkan akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) tujuh hari berturut-turut sejak 19 September lalu dengan angka korban kekal 77 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, 135 pesakit baru dengan gejala penyakit seperti influenza (ILI) dimasukkan ke hospital.

"Ini menjadikan baki kes ILI dirawat di 78 buah hospital, termasuk lapan hospital swasta di seluruh negara seramai 704 orang,

"Daripada jumlah itu, hanya 184 pesakit positif H1N1 dengan 21 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Mohd ismail berkata, daripada kes di ICU itu, seramai 19 orang mempunyai faktor risiko iaitu, kanak-kanak bawah 5 tahun seramai tujuh orang, penyakit kronik (3), obesiti (5), penyakit respiratori (3) dan warga emas lebih 65 tahun (1).

Bagi peringkat global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sejak Jumaat lalu melaporkan, lebih 296,471 kes H1N1 dicatatkan di seluruh dunia dengan sekurang-kurangnya 3,486 kematian.

habis

Thursday, September 24, 2009

MENARIK DI KEDAH MINGGU INI

Oleh:BeBaS

Khas Untuk Tatapan YB RADZI ADUN Lunas,Fikir2kanlah





hidupharapan.blogspot

DUA LAGI SEKUTU BN MENGHADAPI KRISIS

oleh : Masdarwahid

SELEPAS KRISIS SEKUTU BN (DALAM BAHASA BN DISEBUT KOMPONEN, HM YO LAH TU) TERMASUK MIC, MCA DAN PPP, KINI DUA LAGI SEKUTU REJIM BN MENGHADAPI KRISIS YANG MASING2 MERUPAKAN ADUN DI SARAWAK.

SEORANG ADUN ITU DIPECAT OLEH SEKUTU BN DAN MENGISHTIHAR DIRINYA BEBAS BN. HAHAHAHAHAHA. PELIK BIN AJAIB WOOOO.

SEORANG PULA DISAMAN OLEH AHLINYA SENDIRI YANG MENYAKSIKAN KAWASAN ADUN DI SITU KIAN CERAH BERADA DALAM GENGGAMAN PAKATAN RAKYAT.

PASTINYA SITUASI INI AMAT MENARIK KERANA PRU SARAWAK BAKAL DIADAKAN BILA BILA MASA.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM MENJANGKAKAN PRU SARAWAK, PERAK, TERENGGANU AKAN DIBUBARKAN SERENTAK MANAKALA NAJIB MONGOLIA MAHU SEDAYA MUNGKIN MENGELAKKAN MANA2 KERUSI DUN KOSONG TERMASUKLAH DUN KOTA SEPUTIH, 3 ADUN KATAK DI PERAK SEORANG ADUN PENGKHIANAT DI KEDAH DAN TERKINI ADUN JOHOL DI NEGERI9.

NAJIB MONGOLIA ITU JUGA MAHU PRU SARAWAK DIADAKAN DAHULU SEBAGAI MENGUJI KEKUTAN REJIM BN MENGHADAPI PAKATAN.

NAMUN, MENGAMBIL KIRA SITUASI TERKINI POLITIK NEGARA, PENULIS MENGJANGKAKAN PRU AKAN DATANG BERKEMUNGKINAN DIADAKAN SERENTAK DENGAN MENGAMBIL KIRA KENYATAAN KETUA MENTERI PALING LAMA MEMERINTAH SESEBUAH NEGERI DI MALAYSIA, TAIB MAHMUD YANG MAHUKAN PRU SARAWAK MESTI MENGAMBIL KIRA SITUASI SEMASA EKONOMI MALAYSIA.

SO, JIKA PRU 13 DIADAKAN SERENTAK DENGAN SARAWAK, PERBELANJAAN OLEH SPR IAITU SEKUTU BN KE 15 LEBIH JIMAT BERBANDING MENGADAKAN PRU BERASINGAN.

TAMBAHAN PULA, JIKA PRU13 DIADAKAN BERASINGAN DENGAN DUN SARAWAK DIBUBARKAN DAHULU, IANYA MEMBERI KELEBIHAN PADA PAKATAN KERANA SEMUA KOMPONEN PAKATAN RAKYAT AKAN BERKAMPUNG DIBUMI KENYALANG SETERUSNYA MOMENTUM PERUBAHAN RAKYAT SARAWAK UNTUK MENGUBAH KERAJAAN LEBIH MUDAH.

LIHAT SAHAJA 3 PRK (2 BUKIT SATU BATANG) YANG DIADAKAN SERENTAK. MENGAPA SPR MAHU IANYA DIADAKAN SERENTAK?

SEBAB TAIB MAHMUD TAHU, DENGAN KEADAAN ITU, JENTERA PAKATAN AKAN BERPECAH DAN BUKTINYA, DUN BATANG AIR BERJAYA DIPERTAHANKAN BN.

INI BERLAKU KERANA WALAUPUN ANWAR IBRAHIM YANG JUGA PENGERUSI KEADILAN SARAWAK KETIKA ITU DAN ADA TURUN BERKEMPEN DI SARAWAK SEJAK LEBIH SETAHUN, IANYA TIDAK BERJAYA KERANA JENTERA PAKATAN BERPECAH DI TAMBAH LAGI DENGAN BANTUAN SPR MEMANIPULASI UNDI UNTUK MEMENANGKAN BN.

BERITA DI BAWAH MASIH BARU DI PASARAN BERKAITAN KRISIS DUA SEKUTU BN DI SARAWAK. BERITA BERKAITAN DI SINI

Kemelut SUPP: Usah bimbang, parti komponen BN diberitahu

KUCHING: Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seharusnya tidak berasa bimbang dengan masalah dalaman Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) ketika ini, kata pengerusi SUPP cawangan Sibu, Dato Sri Wong Son Koh.

Malah, beliau ketika dihubungi semalam memberi jaminan bahawa masalah yang berlaku di SUPP Dudong ketika ini tidak akan menjejaskan perpaduan dalam parti itu (SUPP).

“Saya mahu jelaskan di sini bahawa SUPP Sibu pada keseluruhannya sangat kukuh dan bersatu. Di bawah cawangan Sibu kita mempunyai 16 unit merangkumi pusat-pusat perkhidmatan dan cawangan-cawangan kecil dan semuanya sentiasa bersatu. Perpaduan dan kerjasama erat antara kami tetap wujud,” katanya.

Wong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang menggesa SUPP agar menyelesaikan kemelut dalaman parti itu demi kepentingan bersama semua parti komponen BN.

Abang Johari turut bimbang masalah dalaman SUPP mungkin akan menjejaskan pencapaian BN (negeri) secara keseluruhannya.

Beliau berkata, jika SUPP terus dibelenggu oleh dakwaan balas berhubung isu penubuhan SUPP cawangan Dudong, parti itu tidak akan dapat memfokus kepada isu-isu yang seharusnya dikendalikan oleh BN sebagai satu pasukan.

“Kita mahu mereka (SUPP) menyelesaikan masalah dalaman ini dengan segera dam mereka mesti mengambil kira kepentingan BN secara menyeluruh kerana apa yang berlaku ke atas SUPP mungkin boleh mempengaruhi pencapaian BN,” kata Abang Johari.

Wong dalam pada itu menyuarakan rasa berterima kasih beliau kepada Abang Johari kerana mengambil berat masalah dihadapi SUPP itu, sambil menambah Abang Johari pemimpin yang sememangnya berjiwa BN.

Bagaimanapun, Wong yang juga Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam berkata, bagi SUPP cawangan Sibu, masalah SUPP Dudong bukannya isu, hanya masalah kecil yang ditimbulkan oleh pihak yang enggan patuh kepada arahan daripada ketuanya.

Beliau menambah, presiden SUPP Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan setiausaha agung parti itu, Senator Datuk Sim Kheng Hui telah berulang kali menulis surat kepada Datuk Dr Soon Choon Teck untuk tidak mengiktirafkan sebarang aktiviti yang dianjurkan di bawah tiket SUPP Dudong kerana alasannya mudah, cawangan SUPP Dudong tidak pernah wujud.

Malah, katanya Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meminta SUPP menghantar permohonan baru (bagi penubuhan Dudong), tetapi arahan daripada ketua pemimpin parti tidak dipatuhi Dr Soon.

Oleh itu, katanya, semua aktiviti atau acara dianjurkan di bawah cawangan Dudong yakni Dr Soon adalah ‘salah di sisi undang-undang’.

“Dr Soon telah bertindak mengikut rentaknya sendiri selama ini. Malah, ketika beliau memasang papan tanda SUPP cawangan Dudong, Dr Chan memberitahu beliau agar menurunkannya atau mengubahnya kepada ‘Pusat Perkhidmatan Dudong’ atau ‘Pusat Perkhidmatan Dr Soon di Dudong’ dan memberi beliau masa dua minggu untuk berbuat demikian, tetapi beliau ingkar,” jelas Wong.

Wong berkata, Dr Soon juga tidak memperdulikan semua pemimpin termasuk dari Sayap Pemuda, Seksyen Wanita daripada kesemua empat unit, cawangan kecil Naman, Pusat Perkhidmatan Jalan Lanang, Pusat Perkhidmatan Stabau dan Pusat Perkhidmatan Sibu Jaya, kesemuanya di bawah konstituensi Dudong.

PRS ada calon ganti Larry

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) sudah mengenal pasti calon yang sesuai untuk menggantikan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus, Larry Sng pada pilihan raya negeri akan datang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Wilfred Nissom berkata PRS sudah memiliki calon yang berkebolehan dan layak mengibar panji Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri depan.

“DUN Pelagus merupakan kerusi milik PRS.PRS sudah pun mengenal pasti calon yang layak untuk mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihan raya negeri akan datang,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Bagaimanapun, Nissom tidak mengulas lanjut mengenai calon yang bakal diketengahkan nanti.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Larry yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Perancangan Ekonomi) yang dipetik sebagai berkata bahawa beliau lebih suka menyerahkan masa depan politiknya kepada pucuk pimpinan BN kerana beliau tidak menganggotai mana-mana parti ketika ini.

“Terus terang saya tidak mahu komen. Respons saya sama seperti yang sebelum ini. Kedudukan saya tidak pernah berubah dan ia sentiasa sama.

“Sehingga kini saya masih bersama BN…Tetapi ia semua bergantung kepada BN untuk menentukan apa yang mereka hendak lakukan untuk masa depan politik saya,” begitulah antara komen Larry ketika ditemui di Rumah Terbuka Hari Raya Kerajaan Negeri di Stadium Perpaduan, Ahad lepas.

Mengulas lanjut kenyataan Larry itu, Nissom menjelaskan bahawa Larry telah mengeluarkan kenyataan yang tepat kerana sememangnya nasib politiknya kini terletak dalam tangan pucuk kepimpinan tertinggi BN Negeri.

“Apa yang telah diperkatakan beliau (Larry) itu adalah tepat sekali,” tambahnya.

Menurut Nissom, Larry bukan lagi ahli PRS setelah ‘dipecat’ dari PRS.

“Beliau (Larry) telah dipecat mengikut perlembagaan parti beberapa tahun yang lepas.”

“Maknanya Larry bukan lagi anggota PRS,” ujarnya lagi.

PRS telah memecat Larry selepas beliau gagal menjawab surat tunjuk sebab daripada PRS kepada beliau kerana melanggar disiplin parti dengan mengadakan Persidangan Perwakilan Tritahunan PRS pada 2007 lepas.

Sementara itu, Larry ketika dihubungi semalam enggan mengulas, dan berkata beliau hanya akan mengulas apabila sampai masanya. borneopost

Jumpa Saya di ‘Tanyalah Ustaz' TV9 Hujung Minggu Ini

Oleh:Zaharuddin Abd Rahman
tutv9a.jpg
Alhamdulillah, proses ‘berlari' mengejar kebaikan dan menyebar manfaat ketika saya berada di Malaysia bersambung kembali selepas cuti raya ini. Selain program-program sampingan yang tidak dimasukkan ke dalam jadual aktiviti, antara program yang saya kira agak penting untuk diwarwarkan
(khususnya kepada pengunjung setia web ini) adalah kemunculan pertama saya dalam rancangan ‘Tanyalah Ustaz' terbitan TV9.


RANCANGAN UNIK

Satu rancangan yang bagi saya amat unik dan diperlukan di masa ini kerana menyediakan ruang tanya jawab agama secara live antara penonton dan tetamu. Seingat saya, kali terakhir saya melihat rancangan seperti ini adalah sekitar tahun 1988-1990 yang lalu. Ketika itu siarannya diterbitkan oleh RTM menampilkan tokoh agama Al-Marhum Dato Hj Ishak Baharom yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Mufti Negeri Selangor. Ia disiarkan pada waktu petang sekitar jam 6-7 petang.

Rancangan tersebut kelihatan mendapat sambutan hangat dari para penonton. Namun malangnya, rancangan seperti itu mulai hilang dari TV kita. Saya masih ingat ketika saya dijemput ke NTV 7 sekitar tahun 2004, di balik tabir saya cuba menyarankan ntv7 untuk menerbitkan kembali siaran seperti itu. Namun ia tidak menjadi kenyataan dengan seribu satu alasan dan masalah.

Kini, atas inisiatif TV9, program tanyalah ustaz sudah mencecah 160 episod. Saya difahamankan oleh penerbit, sambutan terhadap program ini juga semakin meningkat. Sehingga soalan-soalan tidak putus-putus diterima sama ada sebelum siaran ke udara mahupun sesudah siaran tamat. Tahniah kepada semua pihak yang bertanggung jawab dan berusaha kerana pastinya hasil usaha mereka bakal dianggap sebagai amala jariah yang amat baik sama ada untuk dunia dan akhirat mereka.

Salah satu kelebihan rancangan ini juga, adalah tetamu jemputannya akan bepeluang menjawab spontan setiap soalan yang dikemukakan. Memangnya tidak mudah untuk menjawab spontan, khasnya bukan semua soalan mampu dijawab oleh ustasz/ah jemputan. Kalau boleh pun, mungkin setengah soalannya memerlukan huraian panjang atau mungkin juga kurang dikuasai oleh sang ustaz.

Saya pernah melihat beberapa siaran 'tanyalah ustaz' ini dan mendapati kesalahan kecil dalam fakta berlaku dalam jawapan yang disampaikan oleh ustaz jemputan. Namun, kesalahan tersebut tidak wajar dijadikan isu besar untuk menolak dan mem'bantai' sama ada program ini secara keseluruhannya ataupun ustaz/ah jemputan yang terbabit. Kesilapan amat boleh berlaku, khususnya di waktu jawapan spontan diperlukan, dan ditambah dengan kekangan waktu yang disediakan. Saya juga pasti menemui kesukaran untuk memberikan jawapan spontan dalam rancangan tersebut nanti. Doa saya agar dijauhkan dari kesilapan-kesilapan lidah dan juga segala jenis penyakit hati di dalam amalan. Doakan saya ya.

RUANG DAN PELUANG

Di kesempatan berada seminggu lagi di Malaysia (sebelum berlepas ke UK semula), Alhamdulillah, saya diberi ruang dan peluang untuk berkongsi sedikit ilmu kurniaan Allah swt dalam rancangan ini. Ya, buat pertama kali.

Justeru, dengan rendah diri, saya menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk bersama saya di dalam rancangan tersebut pada

Jumaat : 25 Sept (6.30-7.30 pg)

Sabtu : 26 Sept ( 6.30 - 7.30 pg)

Ahad : 27 September ( 6.30 - 7.30 pg).

Tema atau topik yang diberi kepada saya adalah

"Jual beli dan Perniagaan Menurut Islam"

Semua soalan-soalan berkaitan topik berkenaan, jika masih ada yang bersarang di minda anda sekalian, atau yan telah ditanyakan kepada saya melalui sms, web dan email tetapi masih tiada jawapan, maka bolehlah diutarakan dalam rancangan terbabit. InshaAllah saya cuba sedaya mampu untuk memberikan jawapan yang terbaik, setakat kemampuan ilmu yang ada.

Namun, perlulah penyoal memahami adab ketika menyoal, juga etika mengutarakan soalan yang melibatkan nama-nama tertentu sama ada syarikat atau individu perseorangan, eloklah dielakkan kerana boleh membawa implikasi pelbagai yang mungkin tidak digemari oleh pihak stesyen TV. Mudah ceritanya, faham-fahamlah, ini TV dan bukan ceramah di rumah persendirian.

Kalau tidak mahu berfaham-faham, pihak penerbit bakal menentukan tindakan sewajarnya.

Jangan lupa ya..temujanji kita.

Zaharuddin Abd Rahman

BN SARAWAK KIAN TAKUT KEKUATAN PAS DI SARAWAK

SALAM PERJUANGAN.

SATU2NYA KERUSI YANG DITANDINGI PAS BAGI KERUSI DUN DI SARAWAK IALAH DU BETING MARO YANG MENYAKSIKAN CALON PAS Haji Alem Din HAMPIR2 MENAWAN DUN ITU APABILA BERJAYA MENGHAKIS MAJORITI BN KEPADA 895 UNDI SAHAJA.

PADA PRU SARAWAK TAHUN 2006 YANG LALU, Calon PAS, Haji Alem Din memperolehi 1901 undi berbanding dengan calon BN, Bolhasan Di yang meraih sebanyak 2796, manakala 45 undi rosak dengan peratusan keluar mengundi sekitar 50 peratus sahaja.

BERITA DI BAWAH ADALAH GAMBARAN KETAKUTAN BN KEPADA PENGARUH PAS DI BUMI KENYALANG YANG SEJAK AKHIR AKHIR INI GIAT BERKEMPEN MENJELANG PRU SARAWAK YANG DIJANGKA DIADAKAN SELEWAT2NYA JULAI 2011 ATAU LEBIH AWAL DARI ITU PADA TAHUN 2010.

MENARIKNYA Calon PAS, Haji Alem Din BUKAN SAHAJA MENERIMA UNDI DARI PENGUNDI MUSLIM TETAPI JUGA DARI PENGUNDI BUKAN ISLAM TERMASUKLAH KAUM IBAN YANG MERUPAKAN PENDUDUK MAJORITI DI SARAWAK.

BERITA BERKAITAN DI SINI, DI SINI DAN DI SINI.

KUCHING: Beting Maro assemblyman Bolhassan Di is confident that Barisan Nasional (BN) will retain his constituency in the next state election because of the ‘feel good’ among the constituents now.

000050516.jpg
SALAM AIDILFITRI: Bolhassan (left) shaking hands with Speaker of the State Legislative Assembly, Dato Sri Mohamad Awang Asfia Awang Nassar at his open house held at Petra Jaya in Kuching.

“The ‘feel good’ factor comes as a result of the Malaysian stimulus packages which are set to benefit rural areas and the steady pace of land development in Beting Maro,” he said, giving an early indication as to what the opposition can expect in the next state election which is due only in 2011.

Bolhassan admitted that even though he won in the 2006 state election against Parti Islam Se-Malaysia (PAS), the result was the worst for BN and him personally.

He won with a majority of 895 votes while turnout was only 65 per cent of the total 7,300 voters. He said he was personally not satisfied with the results but insisted that the next election would be happily different.

According to him, another indicator that suggests BN will retain the seat with better results is the outcome of the last parliamentary election in Batang Lupar where BN made a marked improvement.

Speaking to reporters during his Hari Raya Aidilfitri open house in Petra Jaya here, he said BN received strong support from voters in his constituency during that parliamentary election.

On why BN did rather badly in 2006 was because the polling district of Manggut, which is a BN stronghold, had been carved out to become part of another state constituency of Saribas during the last delineation exercise.

“The about 3,000 voters from Manggut are mostly BN loyalists,” he said.

Bolhassan pointed out that the situation now is getting better because the BN had adopted new strategies and approaches to counter the opposition’s movement in Beting Maro. The main issue in his area, according him, is related to native customary rights (NCR) over land.

According to Bolhassan, in 2006, PAS capitalised on land issues by exaggerating them apart from employing character assassination and telling lies to the people about top BN leadership, the elected representatives as well as councillors, village headmen and longhouse chiefs.

Just a few days before this year’s Hari Raya Aidilfitri, he said, the government gave incentives totalling RM150,000 to 83 participants of native customary land development which also involved the Land Custody and Development Authority (LCDA), Tabung Haji and several developers.

“Now the people are more confident in land development involving joint ventures in oil palm plantations because they do not have the fear that they would not be getting any dividend after many years,” he said.

Land issues that cropped up in 2006 are now about 90 per cent settled, he said.

According to him, the incentive a participant would get RM60 per hectare per month.

“There were those who received RM13,000 while others, RM11,000, RM8,000, RM2,000 or RM1,000. And because of these incentives, many more people want to join in,” he said.

On the Pakatan Rakyat, he said: PR’s weaknesses can be seen from the states they control. They are in a mess and the leaders are those lacking credibility. Their style is fishing for votes by making sweet promises. Even if the sweet promises are being implemented, how long can this strategy last?” said Bolhassan, who is Assistant Minister in the Chief Minister’s Department.

Terkini H1N1 : Kematian Kekal 77 Orang


Oleh Masdarwahid


KUALA LUMPUR 24 Sept. – Angka kematian akibat selsema babi atau influenza A (H1N1) kekal 77 orang dengan 192 kes gejala seperti penyakit influenza (ILI) dimasukan ke hospital hari ini.


Statistik kematian itu kekal sejak kematian terakhir dicatatkan pada 19 September lalu.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, dalam tempoh sama, 165 kes ILI telah dibenarkan keluar dari hospital, menjadikan baki yang masih dirawat di 80 hospital termasuk 11 hospital swasta ialah 677 orang.


Menurutnya, daripada jumlah ILI yang sedang dirawat, hanya 150 pesakit disahkan dijangkiti H1N1 dengan 25 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU).


“Terdapat dua kemasukan kes baru dan tiga kes discaj di ICU hari ini dengan 23 daripadanya adalah berisiko,

“Pesakit berisiko ini ialah lapan kanak-kanak bawah 5 tahun, lima penyakit kronik, lima obesiti, tiga penyakit respiratori dan seorang warga emas lebih 65 tahun,” Katanya.


Di peringkat global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sejak Jumaat lalu, lebih 296,471 kes H1N1 dilaporkan diseluruh dunia dengan sekurang-kurangnya 3,486 kematian.


Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata vaksin H1N1 akan tiba di Malaysia Oktober ini atau selewat-lewatnya Disember depan.


Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak kementerian memberi jaminan vaksin itu selamat digunakan kerana ianya dicipta khas untuk menangani virus H1N1.


Bagaimanapun, katanya, vaksin yang dihasilkan di Australia itu memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan untuk diketahui tahap keberkesanannya.


Tambahnya, kumpulan pertama yang akan diberi suntikan nanti ialah mereka yang berada dibarisan hadapan seperti pihak imigresen, kastam, doktor, jururawat dan pegawai perubatan.


“Selepas itu ia akan diberi kepada mereka yang berisiko tinggi termasuk kanak-kanak bawah lima tahun, mereka yang mengalami penyakit kronik, Obesiti dan ibu hamil,” Katanya.


berita berkaitan di sini

Wednesday, September 23, 2009

PEMUDA UMNO PERTAHAN PERASUAH

Ketua Pemuda Umno Bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan perwakilannya untuk menamakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Okt ini.

Walaupun ada ura-ura yang menyatakan Isa tidak cukup kredibel kerana pernah diambil tindakan disiplin parti atas tuduhan politik wang, perwakilan melihat hanya Isa yang boleh menyatu-padukan masyarakat Port Dickson, katanya.

"Kami tidak melihat sebarang masalah yang timbul jika beliau dicalonkan kerana ini merupakan komitmen pada peringkat jentera parti dan komitmen yang diberikan oleh peringkat akar umbi kerana beliau mesra dengan masyarakat," katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Beliau mendakwa bahagian itu sudah pun membuat tinjauan dan mendapati para penduduk termasuk dari keturunan bukan Melayu menerima Isa.

"Saya tak nampak bahawa isu-isu yang menjadi rekod Isa akan menjadi satu liabiliti kepada Umno dan BN dalam menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini," katanya.

Beliau memberi contoh mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah diambil tindakan disiplin oleh Allahyarham Tuanku Abdul Rahman kerana menulis buku Malay Dilemma.

"Akibat desakan yang kuat dari akar umbi, Perdana Menteri kemudian Allahyarham Tun Abdul Razak membawa masuk Mahathir kembali dan beliau akhirnya muncul sebagai pemimpin yang hebat," katanya.

Katanya, pemilihan Isa sangat tepat kerana tokoh itu telah membuktikan kesetiaannya kepada parti walaupun telah diambil tindakan disiplin dan ini merupakan contoh yang baik kepada ahli lain.

Ini membuktikan kesetiaan itu merupakan satu perkara yang perlu kita utamakan, jadi bagi saya selaku Ketua Pemuda malah mungkin mewakili sebahagian Pemuda inilah yang patut menjadi idola kerana kita hendak mencari orang yang benar-benar setia pada parti," katanya.

Jika parti menolak suara perwakilan, beliau khuatir Umno akan melakukan kesilapan yang sama seperti parti LDP yang telah memerintah Jepun selama lebih dari 50 tahun tetapi akhirnya tewas. BERNAMA

Pas Bulanan RapidKL Boleh Didapati Mulai Esok

Pas bulanan Rapidpass akan mula dijual esok di semua stesen LRT dan 11 hab serta depot bas RapidKL, menurut Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL).

Rapidpass yang diperkenalkan mulai bulan ini bertujuan mengurangkan beban pengguna berikutan perubahan sistem tambang harian ke sistem tambang secara zon bagi perkhidmatan bas berhenti-henti RapidKL di Lembah Klang, menurut RapidKL dalam kenyataan di sini Rabu.

Bagi warga emas pula, pendaftaran untuk mendapatkan pas khas untuk golongan ini masih boleh dibuat di Kaunter Tiket dan Informasi Bas Jalan Sultan Mohamed (Hab Bas Pasar Seni).

Perkhidmatan pendaftaran itu juga akan dibuka di lima stesen LRT iaitu Stesen Kelana Jaya, Gombak, Masjid Jamek (Aliran Kelana Jaya sahaja), Ampang dan Bandar Tasik Selatan, juga mulai esok.

Pemilik pas warga emas RapidKL layak membeli rapidpass konsesi dan mendapat potongan harga tambang sebanyak 50 peratus apabila menaiki perkhidmtana bas bandar, tempatan dan utama RapidKL, katanya.

Warga emas yang ingin mendapatkan pas pemohon diingatkan menyediakan sekeping gambar berukuran MyKad atau pasport dan satu salinan fotostat Mykad.

Hab RapidKL boleh didapati di Jalan Sultan Mohamed, Jalan Chow Kit, Jalan Silang, Titiwangsa, Maluri, Warta Lama, Putrajaya, Sentral, Depot Pandan, Jalan Klang Lama dan Chan Sow Lin.

Pengguna boleh menghubungi talian Helpline di 03-78852585 untuk maklumat lanjut. BERNAMA

Labuan Sepi Semasa Cuti Hari Raya

Hampir satu pertiga daripada 85,000 penduduk Labuan meninggalkan pulau ini semasa cuti Hari Raya, menjadikan jalan-jalan di bandar ini sepi sejak beberapa hari lepas.

Kira-kira 30 peratus daripada mereka yang tinggal di sini, sama ada penjawat awam atau pekerja sektor swasta, adalah dari tanah besar Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Semua klinik utama dan restoran Islam ditutup selama seminggu tetapi pusat hiburan seperti karaoke dan pub dibuka walaupun kurang pelanggan.

Bagaimanapun, keadaan sibuk di Perbadanan Feri Labuan (LFC), syarikat yang bertanggungjawab membawa penumpang ke tanah besar Sabah.

Sejak dua minggu sebelum Hari Raya, LFC menyediakan dua feri dengan lapan perjalanan setiap hari bagi menampung permintaan yang meningkat berbanding dua perjalanan pada hari biasa.

Anggota Parlimen Labuan Yussof Mahal berkata keadaan di pulau ini akan kembali seperti biasa kira-kira dua minggu lagi, selepas orang ramai pulang daripada cuti Hari Raya.

Mereka yang tinggal pula membuat persiapan menyambut Aidilfitri seperti biasa, awalaupun mengalami masalah kekurangan bekalan air.

"Apa yang kami boleh buat? Hari Raya tahun ini berbeza daripada tahun-tahun lepas. Kami menyediakan kuih yang sedikit kerana menghadapi masalah bekalan air," kata Hatimah Kassim.

"Kami merayakannya secara sederhana. Sesetengah kuih dan kek terpaksa dibeli dari pasar raya," katanya.

Labuan akan hanya mempunyai bekalan air yang mencukupi menjelang akhir tahun depan apabila saluran paip bawah laut bernilai RM365 juta dari Sungai Padas di Beaufort ke Labuan, siap. BERNAMA

Beraya di lapangan terbang

KOTA KINABALU 22 Sept. - Tiada yang lebih indah ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri selain dapat bersama-sama ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan di kampung halaman sendiri.

Suasana tersebut sukar digambarkan dengan kata-kata kerana hari kebesaran umat Islam itu datang hanya setahun sekali dan ia merupakan masa paling istimewa untuk berkumpul sekeluarga.

Namun bagi kakitangan Unit Keselamatan Malaysia Airports Berhad (MAB) di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, bertugas pada hari raya sudah menjadi perkara biasa.

Bagi Sarjan Jamirin Riman, 47, dari Tawau yang sudah empat kali tidak beraya di kampung berkata, suasana berkerja pada hari raya pertama amat berbeza sekali dengan hari biasa.

Biasanya, kata bapa kepada empat anak itu, keadaan di terminal tersebut amat sunyi dan hanya kembali seperti biasa pada raya ketiga.

''Namun tanggungjawab adalah lebih utama kerana kita tidak mahu ada mana-mana pihak mengambil kesempatan menyeludup barang haram," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, setiap kali bertugas di pagi raya, saat yang paling menyentuh hatinya ialah tatkala mendengar takbir, namun setelah berkerja beberapa kali pada hari raya perasaan itu dapat dikawal.

Beliau memberitahu, meskipun pada hari raya, perubahan waktu bekerja tidak pernah berlaku iaitu tiga syif dari pukul 8 pagi hingga 3 petang, 3 petang hingga 9 malam dan 9 malam hingga 8 pagi.

Bagi Sarjan Jubaidah Adus, 47, dari Papar yang bertugas di mesin pengimbas beg dan barangan berkata, sudah tiga kali tidak berhari raya dengan suami dan tujuh anaknya.

''Saya sangat cemburu bila kawan-kawan balik kampung untuk berjumpa sanak-saudara. Tetapi perasaan itu saya ketepikan demi tugas serta keluarga dan suami amat memahaminya.

''Pernah sekali saya menitiskan air mata ketika berkerja apabila mendengar lagu-lagu hari raya kerana seni katanya seperti memahami situasi saya," katanya.

Bagi menyediakan juadah untuk pagi raya pertama, kata Jubaidah, anak perempuannya akan mengambil-alih tugas itu dan tidak mempunyai masalah dengan kerja-kerja untuk persiapan hari raya.

Pengalaman yang sama turut dikongsi Sarjan Hasbulah Musra, 47, dari Tuaran, menyifatkan berkerja pada hari raya adalah satu tugas dan tanggungjawab lebih berat.

Jelasnya yang bertugas di unit keselamatan, ini kerana ramai kakitangan pulang bercuti berhari raya di kampung dan mereka terpaksa memikul tugas yang ditinggalkan.

''Pada awalnya isteri dan tiga anak saya bertanya juga mengapa tidak dapat beraya dengan mereka tetap selepas sudah beberapa kali tidak beraya bersama mereka, perkara itu menjadi biasa," katanya.

Sementara Sawal Ali, 45, dari Beaufort yang bertugas sebagai anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia Airports Berhad, hari raya tidak menghalangnya bekerja dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Kata Sawal, tugas utama pasukannya ialah memadam kebakaran dan bagi kerja-kerja menyelamat memerlukan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (PBPM) Sabah.

''Sebabnya kita tidak mempunyai anggota yang cukup kalau berlaku kemalangan besar tetapi kalau tidak ada kecemasan kami bersiap sedia sahaja," katanya yang sudah lima kali tidak pulang beraya.

Menurutnya, mereka berkerja mengikut tiga syif yang sama seperti unit keselamatan dan jumlah kakitangan bomba di situ ialah 60 orang yang terbahagi kepada empat pasukan.

Bagi Mohd. Alwi Meidin, 43, dari Putatan berkata, setiap kali raya keluarganya akan datang menjenguknya di Terminal 1 semata-mata untuk mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf.

"Keluarga faham keadaan saya dan sudah biasa menyambut hari raya tanpa saya. Pada malam raya mereka akan menelefon untuk bertanya khabar dan memohon maaf," katanya.

utusan

Vaksin H1N1 Disyaki Boleh Mengakibatkan Kematian

oleh Ibnuyaacob & Abd Aziz Atiqullah

vaccination

Pada 15 Ogos 2009 lepas, akhbar Daily Mail mendedahkan bahawa vaksin H1N1 yang bakal digunakan oleh kebanyakan negara-negara dunia mempunyai kesan sampingan yang berbahaya kepada penerimanya. Para penerima vaksin H1N1 dikhuatiri berhadapan dengan masalah gangguan otak yang dipanggil Guillain-Barre Syndrome (GBS).

Pada 29 Julai 2009, Prof. Elizibeth Miller, Pengarah Jabatan Imunisasi di bawah Health Protection Agency di Britain telah menulis surat amaran tentang bahaya kesan sampingan dari vaksin H1N1 yang bakal dijual syarikat farmasi gergasi dunia. Surat itu dihantar kepada 600 orang lebih Senior Neurologist di seluruh British.

Surat yang bertarikh 29 Julai 2009 lepas itu berjaya merungkaikan betapa teori-teori konspirasi yang dinyatakan sebelum ini benar dan sahih. Walaupun kerajaan Amerika cuba berselindung dan berdolak-dalik ketidakterlibatannya dalam isu Selsema Babi (SB), tetapi ada segelintir masyarakat yang sanggup mendedahkan rahsia kerajaan mereka ini.

Vaksin yang dibina oleh syarikat-syarikat farmasi gergasi dunia ini dijangka diedarkan kepada orang ramai pada awal Oktober. Di Amerika sahaja, sebanyak 13 juta rakyat akan disenaraikan untuk menerima suntikan.

Selain daripada bukti surat ini, apa yang boleh mensahihkan konspirasi Selsema Babi inia adalah kenyataan dari salah seorang Senior Neurologist yang ditemu ramah oleh wartawan Jo McFarlane. Menurut Senior Neurologist itu, dia sendiri tidak akan mengambil suntikan vaksin tersebut.

“I would not have swine flu jab because of the GBS risk.”

Menurut neurologist tersebut, mereka percaya vaksin H1N1 hanya akan mengulang kembali tragedi kematian 25 orang rakyat Amerika pada 1976 dulu yang menerima suntikan vaksin H1N1.

Walaupun kecenderungan untuk mati adalah 1 nisbah 80,000 orang. Tetapi kesemua 80,000 tersebut sudah mewarisi kesan kekal GSB seumur hidup. Bagi yang meninggal dunia kemungkinan ketahanan imunisasi badansudah sedia lemah.

Kenyatan pakar-pakar neurologi antarabangsa tentang H1N1

Dr Rustam Al-Shahi Salman, ahli Association of British Neurologists, mengatakan;

“Following the 1976 programme of vaccination against swine influenza in the US, a retrospective study found a possible eight-fold increase in the incidence of GBS.”

Dr. Thomas Jefferson, koordinator badan bebas penyelidikan vaksin di Britain;

“New vaccines never behave in the way you expect them to. It may be that there is a link to GBS, which is certainly not something I would wish on anybody”

Dr. Richard Halvorsen, penulis buku The Truth About Vaccines, mengatakan;

“For people with serious underlying health problems, the risk of dying from swine flu is probably greater than the risk of side effects from the vaccine.”

Dr. Patrick Chinnery, ahli Association of British Neurologists mengatakan;

“During the last swine flu pandemic, it was observed that there was an increased frequency of cases of GBS. No one knows whether it was the virus or the vaccine that caused this.”

neorologists1

(Kiri) Prof. Elizabeth Miller (Tengah) Dr. Rustam Al-Shahi Salman (Kanan) Dr. Richard Halvorsen

Jika ada doktor di Malaysia yang mengatakan vaksin H1N1 tidak merbahaya, kerajaan patut memberikan anugerah Profesor Diraja kepada doktor tersebut kerana kenyataannya telah mengenepikan hujah-hujah dari pakar-pakar neorologi di atas.

Bagi mana-mana pembaca yang menghadiri taklimat pemvaksinan dari kementerian kesihatan (jika ada), sila cetak artikel ini dan tanyakan soalan berkaitan vaksin kepada penceramah. Jika pembaca seorang pelajar jurusan perubatan atau farmasi, sila timbulkan isu ini semasa di bilik kuliah dan berbincang dengan pensyarah anda untuk penambahan ilmu.

Pengakuan Penghidap GBS

hilar

Hillary Wilkinson, 57 tahun mendedahkan beliau adalah salah seorang penghidap GBS. Menurutnya, selepas dia mengambil vaksin H1N1 pada 2006, beliau mengalami kesukaran bernafas, sakit-sakit sendi dan sukar bercakap. Keadaannya hanya kembali agak sihat setelah 3 tahun selepas itu dan dia bernasib baik tidak mati.

Keuntungan Segera Mula Kelihatan

Pada 20 Julai 2009, akhbar online Financial Times UK melaporkan bahawa gergasi-gergasi farmasi dunia yang berkonspirasi mengeluarkan vaksin H1N1 telah membuat keuntungan pusingan pertama dalam pengumuman penjualan vaksin.

Konglomerat farmasi seperti GlaxoSmithKline (GSK), Novartis, Baxter, Sanofi-Avantis dan Roche telah pun mengaut untung sebelum bayar berbilion-bilion dollar berdasarkan tempahan-tempahan dos dari pelbagai negara mengikut kontrak yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO). GSK telah pun memproses 1.5 juta dos vaksin H1N1 untuk dihantar ke seluruh dunia.

Bank pelaburan antarabangsa JPMorgan (bank Zionis kepunyaan Rothschild/Rockefeller) memberitahu setakat ini kerajaan Britain telah membelanjakan USD4.3 billion dan tempahan untuk dos vaksin dijangka akan meningkat kepada 600 juta dos.

Kesemua laporan keuntungan ini telah pun dijangka oleh ramai penyelidik konspirasi sejak wabak Selsema Babi mula melanda Mexico bulan April lalu. Kini wabak Selsema Babi ini sudah pun menyondol semua rakyat dunia tanpa belas kasihan.

Kandungan berbahaya dalam vaksin H1N1 keluaran GSK

Vaksin H1N1 yang dikeluarkan GSK disyaki mempunyai thiomersal (C9H9HgNaO2S) iaitu sejenis sodium yang mengandungi 49% merkuri yang digunakan untuk antiseptik dan anti-fungus agen. Penggunaan thiomersal walaupun dibenarkan WHO, tetapi masyarakat antarabangsa masih khuatir kerana beberapa kontroversi yang wujud semenjak ia diperkenalkan di dalam pemvaksinan.

Pada Julai 1999, Centre for Disease Control (CDC) dan American Academy of Pediatrics (AAP) telah mengeluarkan kenyataan media mendesak pengilang-pengilang ubat membuang thiomersal dari sebarang vaksin.

Lanjutan dari kenyataan itu juga, CDC dan AAP telah mengarahkan agar semua doktor menangguhkan dahulu suntikan imunisasi Hepatitis B kepada bayi yang baru lahir. Ini kerana seorang kanak-kanak dari Michigan telah meninggal dunia akibat suntikan itu.

(Gambar) Dr. Paul A.Offit, Ketua Jabatan Jangkitan Penyakit di Hospital Kanak-Kanak, Philadelphia.

Isu ini didedahkan oleh Dr. Paul A.Offit di dalam kertas penyelidikannya yang bertajuk Thimerosal and Vaccines - A Cautionary Tale di dalam The New England Journal of Medicine bertarikh 27 September 2007.

Selain itu, di dalam kertas penyelidikan yang sama Dr. Paul A.Offit juga mendedahkan, thiomersal yang terkandung di dalam vaksin juga disyaki menjadi punca kepada kelahiran anak-anak autisme. Pada Ogos 2005, seorang kanak-kanak autisme berusia 5 tahun telah meninggal dunia kerana mengambil suntikan tahunan yang dijadualkan.

Lanjutan dari isu thiomersal yang dimasukkan dalam vaksin-vaksin itu juga, seorang pakar autisme terkenal Dr. Alison Singer telah mengambil keputusan meletak jawatan dari menjadi Pengarah Autism Speaks yang ditubuhkan pada 2005.

Perletakan jawatan Dr. Alison pada Januari 2009 baru-baru ini adalah sebagai tanda protes kepada pihak kerajaan Britain yang terus membenarkan GlaxoSmithKline menggunakan bahan thiomersal. Dr. Alison juga menegaskan bahawa kisah kebanyakan selebriti terkenal yang semasa kecilnya berpenyakit autisme hanya propaganda media untuk melindungi helah kerajaan.

Wallhu’alam …

perhatian_down

http://ibnuyaacob.com