JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, December 23, 2011

Filem Lucah dibenarkan bermula 2012 - Menteri

Oleh Masdar Wahid
Bermula tahun depan mana-mana filem samada berunsur lucah atau yang bertentangan dengan nilai-nilai murni di negara ini akan dibenarkan untuk ditayang kepada umum.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, samada filem itu baik atau tidak untuk tontotan umum, beliau pulangkan kepada rakyat untuk menilainya sendiri.

Beliau menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai dasar keterbukaan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang enggan mengongkong pembikin filem.

"Bagaimanapun, notis peringatan daripada kementerian, bahagian kawalan filem, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan dipaparkan pada skrin semasa penayangan filem itu untuk memaklumkan filem itu ada unsur khurafat, seks atau sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan wartawan selepas merasmikan 'Seminar Hala Tuju dan Kawalan Penapisan Filem' di Putrajaya pada 21 Disember lalu.

Bermula 2012 juga katanya, KDN dan agensi berkaitan di bawahnya hanya bertindak sebagai penasihat dan pemerhati kepada industri filem dan tidak lebih dari itu.

Menurutnya ketika ini terdapat dua filem yang sukar untuk ditayangkan di pawagam kerana mempunyai unsur-unsur tidak sesuai termasuklah filem Hantu Kapcai yang mempunyai adegan yang tidak boleh diterima umat Islam dan mendapat bantahan pihak tertentu.

"Bagaimanapun melalui pendekatan terbaru bermula tahun depan, filem itu tetap akan ditayangkan dan terpulang kepada penonton untuk membuat penilaian supaya tidak terpengaruh dengan adegan tidak baik," katanya lagi dengan bangga.

Sebelum ini, semasa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Kumpulan Datuk T menayangkan Video lucah kepada sekumpulan wartawan di Carcosa Seri Negara.

Manakala video itu mula tersebar diinternet sebaik penamaan calon pilihanraya Sarawak, selain blogger Umno-BN yang berkempen pada pilihanraya itu turut bebas menyiarkannya kepada penduduk Sarawak.

Semua tindakan itu bagaimanapun dibiarkan sahaja oleh Polis yang juga terletak di bawah bidang kuasa KDN.

Pemuda Umno dan Utusan fitnah saya - Adam Adli

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican dan Utusan Malaysia memfitnah saya berhubung penurunan bendera yang tertera gambar Datuk Seri Najib Razak, kata Adam Adli Abdul Halim.

Adam berkata, semasa himpunan 17 Disember lalu, beliau hanya menurunkan bendera itu kurang lima minit sebelum menaikannya semula.

“Beberapa hari lalu, Reezal Merican dalam Utusan mendakwa saya telah menurunkan bendera dan kononnya saya juga memijak bendera.

“Manakala dalam portal Utusan Online pula ditulis saya koyak bendera (Najib) dan ini jelas fitnah kepada saya," katanya selepas membuat laporan Polis di IPD Dang Wangi hari ini.

Menurutnya fitnah itu sengaja direka pemuda Umno bersama media upahanya demi kepentingan politik sempit mereka.

“Ini dua fitnah yang dibuat Utusan dan orang-orang di belakang Utusan," tegas mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ini.

Sementara itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Abd Razab mendesak akhbar itu dan Reezal segera meminta maaf kepada SMM dan Adam Adli.

Menurutnya, kenyataan Reezal itu berniat jahat dan cuba memburukkan SMM dengan memberi persepsi negatif terhadap isu yang dibawa Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas).

Syukri turut menggesa Polis segera menyiasat insiden ugutan yang diterima Adam Adli dan keluarganya sejak insiden itu.

Turut memberi sokongan solidariti bersama Adam hari ini termasuklah peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri, pimpinan AMK dan sekumpulan aktivis mahasiswa.

Thursday, December 22, 2011

Bagi Taik lebih teruk banding turun bendera - Adam Adli

Temuramah penuh bersama Adam Adli

Apa niat dan motif sebenar Adam menurunkan bendera Perdana Menteri?

Adam: Pada hari itu, matlamat kami berkumpul adalah untuk mengembalikan kebebasan berakademik kepada pelajar universiti dan seluruh dunia akademia. Bagi saya isunya bukan terletak kepada bendera itu diturunkan tetapi apakah bendera yang dinaikkan, iaitu bendera ‘Kebebasan Akademik’. Media tidak fokus kepada bendera ini.

Jadi mesej yang saya cuba sampaikan adalah kami tuntut kebebasan akademik untuk semua mahasiswa.

Kenapa bendera Datuk Seri Najib Tun Razak yang saya pilih, ia kerana bendera Najib terletak di tiang yang paling tepi sekali dan paling mudah untuk dicapai.

Usaha untuk kebebasan akademik ini sudah berlanjutan sejak lama dahulu.

Seperti diumumkan Najib baru-baru ini yang mahu meminda Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) Perkara 15, dengan harapan selepas itu pelajar boleh menyertai gerakan politik tetapi tidak boleh bergerak aktif dengan memegang jawatan-jawatan.

Jadi untuk apa pindaan ini dilakukan? Adakah mahasiswa ini hanyalah kuli kepada parti-parti politik? Bagi saya itu satu penghinaan kepada pelajar.

Bukan maksud saya mahu semua pelajar menyertai parti politik dengan pindaan ini, pemimpin atas tidak nampak apa yang pelajar mahukan sebenarnya. Apa yang pelajar mahukan adalah berpolitik dengan tidak semestinya menyertai parti politik. Ia mestilah haluan mahasiswa sendiri dengan boleh mengkritik mana-mana kepimpinan dan dasar serta menerangkan kepada orang ramai tentang isu-isu yang mahasiswa bawakan. Jadi itulah dinamakan berpolitik tanpa perlu berpartisipasi.


Adakah tindakan Adam ini secara individual atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak?

ADAM: Pada waktu itu, keadaan mahasiswa yang hadir menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di PWTC sebenarnya muram. Ia kerana keadaan terlalu terkawal tanpa ada kekecohan. Bermula dari bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) lagi, kami berada di situ dalam tempoh yang agak lama, jadi kami bosan kerana tidak nampak kesan dari memorandum yang kami serahkan.

Setibanya di PWTC, kami harapkan ada pegawai yang menunggu, tapi tiada. Cuma Saifuddin sahaja bersetuju berjumpa dengan kami. Bila kami menyerahkan memorandum, semua pelajar mendengar ucapan daripada Saifuddin. Bagi saya ia tidak boleh jadi. Sebelum itu pelajar bersungguh-sungguh melaungkan kebebasan akademik tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus salam dan ambil gambar, bagi saya ini bukan cara sebenarnya. Jadi saya ambil bendera dan terus menurunkan bendera Najib digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik.

Apabila pelajar lain nampak apa yang saya lakukan, barulah mereka merasakan ‘kemenangan’ bukan hanya jumpa menteri sudah rasa menang. Saya mahu perasaan kemenangan ini boleh dirasai oleh semua pelajar yang hadir pada hari itu.


Ramai yang mempertikaikan tindakan Adam ini sebagai provokasi kepada Umno kerana melakukannya di PWTC, adakah tindakan itu matang bagi Adam?ADAM: Bagi saya ia matang bagi orang yang memahami isu dan menerima keadaan bahawa mahasiswa sekarang ditekan. Malah bagi saya, banyak lagi tindakan yang jauh lebih tidak matang yang dilakukan pihak-pihak lain seperti menyerahkan kek berupa tahi dan sebagainya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini. Adakah bagi mereka tindakan ini matang?


Bagaimana pula dengan kehadiran seorang ahli politik ketika kamu menyerahkan memorandum ini?

ADAM: Mengenai kehadiran ahli politik itu, saya tidak tahu kerana kami tidak pernah menjemput mana-mana ahli politik. Malah dalam Twitter, kami dengan keras menghalau dan memberi amaran supaya mana-mana ahli politik tidak hadir dalam demonstrasi kami pada hari itu. Kami bertegas program ini adalah milik mahasiswa seratus peratus, tiada pengaruh parti politik.

Kami mahu serius, kami turun berdemonstrasi ini bukan kerana terpengaruh dengan mana-mana parti politik, kami datang dengan matlamat yang jelas, iaitu membebaskan dunia akademik.
Adakah Adam sedar mengenai kesan yang bakal dihadapi dari tindakan menurunkan bendera ini?

ADAM: Saya sudah fikir semasak-masaknya, saya bukan orang bodoh. Dalam blog, Facebook dan Twitter ramai yang mengatakan tindakan saya ini bodoh, bangang dan sebagainya tapi saya ingin tanya semula, siapa yang bangang? Siapa yang bodoh?

Adakah mereka sedar tindakan turun naik bendera ini tidak pernah menjadi kesalahan mana-mana tempat dalam dunia ini? jadi saya tahu perkara yang salah dan betul. Jika tindakan itu dikira jenayah, sudah tentu saya teragak-agak untuk melakukannya. Ini adalah satu bentuk ekspresi saya. Sebab itu saya percaya mereka yang mengugut saya ini tidak tahu apa-apa langsung mengenai diri saya.

Kenapa pemimpin-pemimpin parti mengeluarkan ugutan kepada saya? Bagi saya sebabnya adalah kerana undang-undang menetapkan saya tidak bersalah. Mereka tahu tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap saya, sebab itu mereka keluarkan ugutan.Adakah Adam risau dengan sebarang tindakan yang mungkin Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) kenakan selepas ini?

ADAM: Memang sebelum buat saya risau, tetapi selepas melakukannya saya tidak lagi risau. Apa yang saya risau selepas tindakan menurunkan bendera hanyalah mengenai keselamatan saya. Saya tahu jika saya mahu belajar, saya boleh belajar di mana-mana sahaja. Bagi saya tidak perlu duduk dalam kampus untuk belajar. Saya tidak risau jika dibuang oleh universiti kerana ini jalan yang saya pilih.


Bagaimana pula penerimaan mak dan ayah Adam dengan apa yang telah berlaku?

ADAM: Ayah adalah orang pertama tahu perkara ini. Ayah bertanya tentang keadaan saya. Saya beritahu ayah, saya selamat dan berterima kasih dengan kawan-kawan yang membantu saya, tanpa mereka saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada diri saya. Apabila saya bercakap dengan mak, mak kata jangan risau dan merestui perjuangan saya.

Sehingga hari ini saya masih berterusan berkomunikasi dengan keluarga saya dan memberitahu keadaan saya masih selamat. Saya pernah bertanya mak dan ayah tentang tindakan yang saya lakukan, adakah ia betul atau salah? Ayah kata, “sejak dari dulu lagi ayah yakin dengan apa yang kamu buat dan jangan patah balik, teruskan.”

Mak pula kata, “mak sokong kamu.” Saya amat kagum dengan ayah dan mak saya.

Mereka kata, jika mahu berjuang, maka berjuanglah menuntut kebenaran. Ayah dan mak saya bukanlah orang politik, dakwaan-dakwaan yang mengatakan mak saya penyokong kuat pembangkang adalah tidak benar sama sekali. Mak saya hanyalah seorang suri rumah. Sebagai mak dia tahu apa yang saya buat ini betul atau salah. Mak saya juga kata jangan takut kepada manusia, takut hanya pada ALLAH. Tiada patah balik bagi saya.

Apa yang saya tidak boleh terima apabila imej keluarga saya difitnah dengan pelbagai dakwaan. Orang yang membuat fitnah ini patut malu pada diri sendiri, mungkin mereka ini dengki kerana tidak mempunyai mak ayah yang menyokong seperti saya.


Apa tindakan Adam selepas ini sekiranya dikenakan tindakan oleh pihak Upsi?

ADAM: Untuk menggantung saya, pihak universiti perlu bicarakan saya. Untuk memanggil saya, perlu pastikan dulu keselamatan saya terjamin. Rakan-rakan Upsi saya ada hubungi, mereka berkata pihak Upsi ada mencari saya, mereka menyarankan saya jangan balik dahulu ke Upsi kerana ada pihak lain mencari saya. Saya juga difahamkan hotel-hotel sekitar Upsi tiba-tiba penuh ketika ini.


Apa yang Adam harapkan daripada tindakan turun bendera ini?

ADAM: Apa yang saya harapkan adalah sedikit perhatian daripada isyarat kepada orang yang masih belum sedar bahawa kepincangan yang berlaku dalam negara sudah teramat teruk. Cukuplah saya mahu menunjuk ekspresi saya dan tidak menyangka ia menjadi mainan media.

Selepas mendapat perhatian media, saya mula berfikir untuk pertahan atau mahu selamat. Untuk keselamatan saya bertawakal.


Adakah Adam mengharapkan tindakan ini bakal menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain yang mungkin bertindak lebih agresif?

ADAM: Ini mesej jelas daripada saya, sekarang masanya mahasiswa tidak perlu gentar lagi kerana sebagai mahasiswa kami boleh melihat sendiri penindasan yang berlaku. Kenapa mahasiswa harus gentar bila berhadapan dengan orang-orang yang diundi oleh kita sendiri? Orang-orang ini harus bekerja untuk kita. Jangan sesekali takut, jika tidak betul kami akan tegur, tidak kira dari sebelah manapun.

Saya tidak menggalakkan mahasiswa lain bertindak agresif tetapi apa yang saya harap supaya mahasiswa lain jadi lebih kreatif.


Apa pandangan Adam tentang Auku?

ADAM: Sebelum adanya Auku, universiti-universiti kita hebat dengan mahasiswa yang cukup baik. Contohnya seperti Universiti Malaya (UM) yang diiktiraf sebagai antara universiti terbaik dunia pada ketika itu. Malah mereka boleh capai pencapaian ini ketika pelajar tiada apa yang kita ada pada hari ini, mereka sudah buktikan.

Jadi soalnya kenapa perlu Auku? Adakah kebebasan undang-undang sedia ada masih tidak cukup? Bagi saya dan majoriti mahasiswa lain, dengan pemansuhan Auku, maka fungsi autonomi universiti dan pelajar akan dikembalikan ke tempat asal. Dunia akademia adalah tunjang kepada negara, mereka ini adalah kuasa ketiga. Kita tidak boleh halang kuasa ini.

Dahulu, pelajar mengadakan demonstrasi demi kepentingan rakyat, contohnya seperti isu Baling pada tahun 70an dulu, tetapi sekarang pelajar berdemonstrasi menuntut hak pelajar sendiri kerana kami tidak boleh membantu diri sendiri, bagaimana mahu tolong masyarakat lain? Ia menghalang fungsi sebenar mahasiswa.


Siapa idola Adam?

ADAM: Antara idola saya adalah John Lennon dan Cornelia Sorabji.


Apakah mesej Adam kepada yang memberi ugutan?

ADAM: Saya ingin memberitahu kepada mereka ini, bukan semua perkara seperti yang kita sangkakan. Ingin saya tegaskan di sini, bukan semua orang yang tidak berpuas hati kepada kerajaan mesti menjadi alat pembangkang, perlu jadi pencacai Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak sama sekali.

Tindakan saya itu tidak biadab, saya tidak pernah ancam keselamatan sesiapa pun, malah keselamatan saya yang terancam. Jika ada yang mengatakan tindakan saya turunkan bendera ini salah, maka dakwalah saya di mahkamah. Saya bersedia menghadapinya, tapi bukan dengan cara ugutan begini.


Jadi adakah Adam tetap dengan pendirian untuk tidak minta maaf kepada Perdana Menteri?

ADAM: Saya tidak akan minta maaf. Selepas perkara ini berlarutan sehingga ke tahap ini, tiba-tiba pula saya didesak untuk minta maaf. Bagaimana pula dengan rakan-rakan saya? Saya tidak mahu rakan-rakan saya jatuh semangat sekiranya saya minta maaf.

Bukan maksud saya selama-lamanya tidak meminta maaf, tidak. Pada satu tahap nanti saya perlu juga minta maaf kepada beberapa orang berikutan tindakan saya ini. - SH

Wednesday, December 21, 2011

Bendera Najib : Pemuda Umno tertipu propaganda Utusan

Tindakan Pemuda Umno membuat kenyataan biadab dan dimuatkan dalam laman Youtube membuktikan mereka tertipu dengan propaganda media mereka sendir, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin.

Menurutnya, semasa himpunan itu, Adam Adli dan beberapa aktivis mahasiswa 'meminjam' tiang bendera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menaikan bendera Panji Kebebasan Mahasiswa beberapa minit sebelum menaikan bendera yang tertera gambar Najib.

"Semasa himpunan berlangsung, beberapa siswa meminjam tiang bendera di PWTC untuk menaikkan bendera gerakan mahasiswa.

"Namun tindakan ini difitnah oleh Utusan Malaysia dengan menambahkan perkataan pijak, koyak dan seumpamanya," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, propaganda Utusan itu sudah biasa walaupun ianya menimbulkan kemarahan rakyat.

"Ini merupakan amalan biasa bagi alat propaganda Umno ini untuk menimbulkan kemarahan orang ramai.

"Namun malangnya pemuda Umno sendiri yang termakan penipuan alat propaganda mereka dengan mengeluarkan amaran tidak bertamadun," katanya lagi.

Pemuda Umno Petaling Jaya Utara yang juga bekas Ketua Pemuda Perkasa (NGO pro Umno) bersama beberapa orang mahu meludah muka Adam Adli dengan video itu dimuat naik di Youtube.

Pada 17 Disember lalu, sekumpulan mahasiswa berarak dan berhimpun di hadapan PWTC termasuk menurun dan menaikan semula bendera Najib.

Pemimpin himpunan itu, Ahmad Syukri Ab. Razab menegaskan, penurunan bendera itu adalah reaksi spontan mahasiswa ekoran keengganan Datuk Seri Najib Razak memansuh Akta Universiti dan Kolej dan Universiti (AUKU).

Sebelum ini, gerakan mahasiswa seluruh negara pernah menghantar memorandum mendesak Auku dimansuhkan di Putrajaya, Parlimen selain menemui sendiri menteri berkaitan.

Namun, semua itu ditolak pentadbiran Najib, walaupun Presiden Umno itu pada 16 September lalu berkata mahu menjadikan Malaysia sebagai negara terbaik dunia dari segi kebebasan.

Terbaru, pentadbiran Najib membuat rayuan selepas mahkamah memutuskan akta Auku bercanggah dengan perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Antara dasar berat sebelah Auku ialah mahasiswa dilarang terlibat dengan parti pembangkang, namun pada masa sama Umno memiliki Kelabnya di institusi pengajian tinggi di luar negara.

Buktinya, Kelab Umno Luar Negara turut berucap pada perhimpunan Agung Umno di PWTC baru-baru ini yang dirasmikan Najib.

Manakala Datin Seri Rosmah Mansor secara terang-terangan meminta Kelab Umno Luar Negara membantu Najib membersihkan imej mereka, termasuklah dalam kes pembunuhan Altantuya dan sikap boros Rosmah yang didakwanya tidak benar.

Malah, Pemuda Umno bersama NGO yang menyokongnya turut membuat himpunan di UPSI, tempat Adam Adli belajar dua hari lalu.

Pada masa sama pentadbiran Najib bersama Polis menghalang mahasiswa berhimpun di UIA bagi membantah tindakan universiti itu menghalang pensyarah memberi pandangan mengenai isu semasa.

Aziz Bari sertai Politik atau tidak ?

Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari masih berteka-teki samada beliau akan menyertai politik atau tidak bermula 2012.

Beliau bagaimanapun menyifatkan Politik dan bidang akademik penting untuk perubahan dalam masyarakat.

“politik sebagaimana akademik adalah medan yang perlu untuk perubahan dalam masyarakat.

“Tetapi politik bukan bidang yang akan jadi profesyen saya sebagaimana akademik," katanya dalam temubual dengan The Malaysian Insider.

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa bagaimanapun menegaskan tetap memberi pandangan mengenai isu semasa walaupun bakal meninggalkan universiti itu pada 31 Disember ini.

"Saya tetap akan berfungsi sebagaimana sebelumnya, khususnya memberi pandangan, menulis dan seumpamanya.

"Saya harap saya akan kembali ke dunia akademik meskipun tidak semestinya di UIA,” katanya.

Tokoh itu kini sedang menyiapkan buku ke-10 mengenai kedudukan dan peranan raja berperlembagaan di Malaysia.

Beliau yang berat hati meninggalkan UIA kerana memikirkan pelajarnya, menegaskan, beliau terpaksa berbuat demikian kerana UIA tidak lagi mesra kepada golongan akademik untuk memberi pandangan mengenai bidang masing-masing.

“Apa pun senario yang ada tidak mengizinkan saya berfungsi sebagai ahli akademik yang komited kepada ideal kebebasan akademik.

“Kemungkinan, saya merupakan tenaga akademik pertama menjadi mangsa disebabkan persekitaran seperti ini, berhadapan dengan tekanan kerana memberi komen hanya berdasarkan kepakaran saya.

“Memang ada tenaga akademik yang pernah berhenti kerana bercakap atas platform menggunakan pertubuhan bukan kerajaan, tetapi saya memberi pandangan mengenai isu-isu semasa menggunakan kepakaran saya,” katanya lagi.

Najib perlu fahami mesej, mengapa benderanya diturunkan - Aziz Bari

Masdar Wahid

Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari menegaskan Datuk Seri Najib Razak perlu memahami dan menerima mesej dari himpunan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pada 17 Disember lalu.

Menurutnya, himpunan mahasiswa itu adalah protes terhadap keputusan pentadbiran Najib yang enggan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

“Saya tidak nampak mereka melakukan apa-apa kesalahan, mereka tidak merosakkan harta benda... tidak. Mereka menurunkan dan kemudian menaikkan semula bendera (banting).

“Mereka hendak siasat di bawah undang-undang apa? Nak ambil tindakan di bawah peruntukan apa?” katanya, lapor Malaysian Inseider.

Beliau mengulas himpunan SMM bersama pelbagai kumpulan mahasiswa termasuk Gerakan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) yang berhimpun dan berarak di hadapan pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Sabtu lalu.Sementara itu, Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab. Razab dalam sidang media Isnin lalu menegaskan himpunan itu dibuat ekoran desakan berterusan mereka agar Auku dimansuhkan ditolak Najib.

Sebelum ini, SMM bersama gerakan mahasiswa seluruh negara pernah menghantar memorandum mendesak Auku dimansuhkan di Putrajaya, Parlimen selain menemui sendiri menteri berkaitan.

Namun, semua itu ditolak pentadbiran Najib, walaupun Presiden Umno itu pada 16 September lalu berkata mahu menjadikan Malaysia sebagai negara terbaik dunia dari segi kebebasan.

Terbaru, pentadbiran Najib membuat rayuan selepas mahkamah memutuskan akta Auku bercanggah dengan perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Antara dasar berat sebelah Auku ialah mahasiswa dilarang terlibat dengan parti pembangkang, namun pada masa sama Umno memiliki Kelabnya di institusi pengajian tinggi di luar negara.

Buktinya, Kelab Umno Luar Negara turut berucap pada perhimpunan Agung Umno di PWTC baru-baru ini yang dirasmikan Najib.

Manakala Datin Seri Rosmah Mansor secara terang-terangan meminta Kelab Umno Luar Negara membantu Najib membersihkan imej mereka, termasuklah dalam kes pembunuhan Altantuya dan sikap boros Rosmah yang didakwanya tidak benar.

Malah, Pemuda Umno bersama NGO yang menyokongnya turut membuat himpunan di UPSI, tempat Adam Adli belajar dua hari lalu.

Pada masa sama pentadbiran Najib bersama Polis menghalang mahasiswa berhimpun di UIA bagi membantah tindakan universiti itu menghalang pensyarah memberi pandangan mengenai isu semasa.

Tuesday, December 20, 2011

Video di Youtube perli ‘panglima ludah

KUALA LUMPUR 20 Dis: Sebuah video dimuat naik di laman Youtube, memperli aksi dan tindakan samseng Pemuda Umno yang mengugut untuk memukul dan meludah seorang mahasiswa kerana menurunkan bendera presiden Umno di PWTC, Sabtu lalu.

Dalam video berkenaan, jurucakap yang meniru semula aksi Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Armand Azha, ‘menyelar’ tindakan ‘biadap’ mahasiswa yang memasuki laman sosial Myspace serta ‘mengagungkan’ Facebook.

Menggelarkan diri mereka sebagai ‘top-top perang’, video berkenaan mengejek Armand Azha yang membuat ancaman ke atas penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli dalam satu video yang juga dimuatkan di laman Youtube.

Mereka memberi amaran kepada mahasiswa yang menggunakan Facebook supaya tidak memasuki laman sosial Myspace.

“Ini semua top-top perang. Kalau saya jumpa mahasiswa itu, saya tampar dan saya ludah. Puii,” kata pemuda berkenaan sambil aksi ‘meludah’ itu diikuti sekumpulan rakan-rakan di belakang nya.

Kata-kata itu meniru amaran Armand terhadap Adam Adli yang berkata “Jangan sampai satu hari kami jumpa kami ludah, kami tampar muka kau.. Berani kau kurang ajar dengan kami? Ini semua panglima perang tahu?,”

Sehingga berita ini ditulis, video berkenaan yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama kyopropaganda sejak semalam, disukai lebih seribu pengguna internet.

Video itu turut dihubungkan di Facebook, dan mendapat komen dan sambutan dari orang ramai.

Dalam perkembangan sama, pengguna Facebook turut membina laman peminat Adam Adli- sebagai tanda sokongan terhadap mahasiswa terbabit. Laman itu disukai lebih 8,000 pengguna internet setakat ini.

Monday, December 19, 2011

'Kalau mahu Adli selamat, jangan bagi dia balik rumah'

Keluarga Adam Adli didakwa diugut oleh sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pro Umno dan pemuda Umno agar jangan balik rumah jika mahu anaknya selamat.

Dakwaan itu dibuat pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), selepas sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor sebentar tadi.

"Pemuda Umno dan NGO itu ugut keluarga Adli agar jangan balik rumah jika mahu anak mereka selamat," katanya.

Ketika ini, Adli sedang membuat laporan polis di Bukit Aman berhubung ugutan itu.

Pagi tadi, Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Abdul Razak berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan Naib Censelor Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) akan mengambil tindakan terhadap Adli.

"Jika saudara Adli dikenakan AUKU, kita akan mengambil tindakan undang-undang susulan yang kita umumkan kelak.

"Sebelum ini, kita ada pengalaman dalam kes mahasiswa di mahkamah," kata Syukri merujuk kes 'Bini Puaka' di Universiti Malaya dan Kumpulan Mahasiswa Independen (KAMI) bagi kes di Hulu Selangor.

Baru sebentar tadi pula, mahasiswa di UPSI memberi tahu bahawa Pemuda Umno bernama Datuk Mohd Khairy mengadakan demonstrasi di dalam UPSI.

Menariknya kata sumber itu, Canselor UPSI turut hadir dan menyatakan sokongan terhadap pemuda Umno dalam himpunan itu.

Berbanding sebelum ini, jika Pakatan Rakyat mahu masuk universiti, pastinya akan dihalang dan 'sangat istimewa' pula pemuda umno buat demonstrasi di dalam kawasan universiti.

Dalam himpunan itu, gambar Adli dijadikan isu hanya kerana beliau pernah bergambar dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adli pada 17 Disember lalu semasa menyertai himpunan aman anjuran Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) menurunkan gambar Datuk Seri Najib Razak kurang lima minit sebelum menaikan semula.

Penurunan gambar itu disifatkan Syukri sebagai penolakan terhadap Najib yang berdolak-dalik berhubung pemansuhan Auku.

"Terbaru, Najib umum mahu pinda seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

"Malangnya, pengumuman dibuat hanya selepas mahkamah rayuan putuskan seksyen 15 itu bercanggah dengan perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Malangnya kata beliau, selepas pengumuman itu, pentadbiran Najib pula mahu failkan rayuan ke mahkamah bagi merujuk semula keputusan itu.

"Atas dasar itu, kami memberi tempoh kepada Najib untuk melaksana dua tranformasi sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 atau bersedia mendapat tentangan hebat dari mahasiswa.

"Dua tuntutan itu ialah mansuh AUKU serta-merta dan beri autonomi penuh kepada universiti," katanya.

"Universiti Malaya (UM) contohnya mendapat dana antara RM700 hingga RM800 juta setahun dan dengan dana itu universiti mampu menguruskan pentadbiran dengan lebih baik tanpa campur tangan politik.

"Malah kami yakin inovasi, pembangunan dan penyelidikan universiti akan berkembang lebih baik sekaligus menaikan rangking kita," kata bekas mahasiswa UM ini.

Sunday, December 18, 2011

Pendedahan Anwar atas 'permintaan' Tun Mahathir

Tahukah anda bahawa pendedahan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Mahathir ada memohon pinjaman dari Bank Dunia sebenarnya berpunca dari 'permintaan' Mahathir sendiri?

Ya. Mahathir walaupun memebalasah terus Anwar sehingga matanya lebanm termasuk memecat dan memenjarakan Anwar, dendam orang tua ini tidak pernah padam. Malah pembebasan Anwar di zaman Pak Lah memuncakkan lagi kemarahan Mahathir terhadap Anwar dan Pak Lah.

Apa ucapan Anwar selepas dibebasakan? Anwar kata beliau walaupun teruk dikerjakan dan diaibkan mahathir dan sekutunya, Anwar kata beliau sudah memaafkan mereka semua.

Selain Mahathir, Rahim Noor, Musa Hassan dan Ghani Patail juga dimaafkannya, walaupun ketiga-tiga watak ini begitu teruk membelasah dan tidak habis-habis bekerjasama dengan konspirasi dari era mahathir sehinggalah ke zaman Najib untuk memfitnah Anwar.

Walaupun begitu, dendam mahathir tidak juga padam. maka dibuatnya apa sahaja agar Anwar mesti dipenjarakan. maka tidak hairan Anwar yang mengumumkan bertanding pada pilihan raya kecil di permatang pauh diserang dengan dakwaan kononnya meliwat Saiful Bukhari, tududhan sama yang dilemparkan terhadap Anwar pada 1998.

cuma kali ini penglibatan terbuka Najib yang didokong kuat Mahathir.

Walaupun begitu, Anwar tetap enggan menyalahkan mahathir sehinggalah dalam setiap ceramah Mahathir sejak akhir-akhir ini kerap dan semakin lantang menyerang Anwar.

Sebab itu tidak hairan dengan kenyataan Mahathir bahawa BN kini kuat untuk berdepan pilihan raya dan yakin Parlimen akan bubar pada awal tahun depan, menunjukan betapa yakinnya mahathir bn akan menang kerana pada 9 Januari, Anwar akan dipenjara dan Najib mungkin umum parlimen bubar pada 11 Januari.

Sebab itu apabila Mahathir cabar Anwar dedah mengenai beliau ada pinjam wang dari bank dunia, KEADILAN dengan mudahnya mendedahkan laman web yang jelas menunjukan Mahathir memang ada membuat pinjaman.

"Kalau apa yang dikatakan oleh Anwar itu benar, saya cabar dia bersumpah laknat di Masjid dengan al-Quran. Saya sanggup berbuat demikian sekiranya diperlukan," katanya Mahathir hari ini.

Hakikatnya, dalam Mahathir mahu sumpah laknat, beliau mungkin lupa atau buat-buat lupa bahawa anaknya adalah pemilik kilang Arak, Sanmiguel.

Dalam bahasa mudahnya, Anwar pun tidak mahu melayan Mahathir kerana bagi beliau, Mahathir dalam usia sebegitu dan sudah beberapa kali dimasukan ke hospital, mahathir sepatutnya menumpukan kepada ibadat.

Namun, mahathir nampaknya lebih bimbangkan harta dan diri Anwar itu. Mahathir bimbang jika Anwar berjaya membentuk kerajaan baru bersama Pakatan Rakyat, beliau bimbang penyelewengan beliau akan terbongkar.

Seingat penulis, dalam banyak ceramah, Anwar tidak pernah sebut mahu memenjarakan Mahathir, yang ada cuma Najib mungkin dilantik sebagai duta ke Mongolia.

Yang pasti, kesalahan mahathir sudah pun di maafkan Anwar, sayangnya mahathir masih lagi diselubungi ketakutan dan bimbang yang amat sangat.

benar kata almarhum fadhil noor, bekas presiden PAS semasa beliau menerima kunjungan Mahathir di hospital, yang ketika itu beliau sedang sakit tenat.

Arwah berkata, beliau mendoakan Mahathir panjang umur agar dapat melihat bagaimana negara ini ditadbir.

Kalau pembaca masih ingat, sejak Anwar kena pecat, Mahathir ada sahaja isu yang ingin dicampurnya termasuklah dari zaman Pak Lah dan Najib.

tidak hairan apabila di zaman Najib, beliau juga antara yang mengatur segala fitnah terhadap Anwar, walaupun Anwar sudah memaafkan mahathir.

walaupun beberapa pemimpin pembangkang menemui Anwar dengan berkata 'mengapa begitu mudah memaafkan orang yang memfitnah dan mengaibkan kamu sebegitu teruk'?

JAwapan Anwar mudah, kita harus bermula dengan politik baru.

Antara ciri politik baru yang ditampilkan beliau ialah elakan politik fitnah dan budayakan budaya debat dalam sesuatu isu.

Sehingga kini, Najib yang juga anak didik Mahathir enggan berdebat dengan Anwar termasuklah kandungan Buku Jingga, walaupun NAjib pada Pilihan Raya Kecil DUN Tenang kata sedia debat.

Begitu juga Khairy yang sehingga kini enggan debat mengenai skandal NFC, walaupun sebelum ini beria-ia mempertahan skandal itu.

Mahathir sebelum ini ada sebut, jika Anwar jadi PM, beliau akan meninggalkan MAlaysia. kita tunggu apa jadi pada JAnuari depan.

Thursday, December 15, 2011

Skandal NFC : Umno zalimi Usahawan Muda

Saya merujuk kepada kenyataan-kenyataan pimpinan Barisan Nasional termasuklah YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa penganugerahan Projek Fidlot Kebangsaan kepada syarikat milik keluarga menteri terbabit dibuat mengikut prosedur bidaan dan tender yang betul.

Saya juga merujuk kepada kenyataan YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bahawa kelulusan pinjaman RM250 juta dan penganugerahan projek tidak dibuat di Kabinet, sebaliknya di peringkat JK Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri sendiri.

Mengambil kira keangkuhan pimpinan Umno terutamanya Ketua Wanita, Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang sedikit pun tidak mahu memahami kemarahan rakyat mengenai isu ini, KEADILAN pada hari ini mendedahkan bahawa:

Idea asal untuk mewujudkan sebuah industri daging dan penternakan komersil telah dibawa seawal tahun 2003 oleh sebuah syarikat usahawan muda Bumiputra.

Cadangan asal yang dibincangkan di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, MARDI dan Kerajaan Negeri Sembilan langsung tidak membabitkan suntikan dana atau pinjaman dari kerajaan. Syarikat terbabit hanya memohon persetujuan Kerajaan Negeri untuk menyewa tapak ladang penternakan di Gemas.

Syarikat terbabit juga telah berjaya mendapat khidmat nasihat dan kerjasama dari Professor Jerry J Reeves, seorang pakar teknologi penternakan dari Washington State University (lihat Lampiran 1).

Ladang ternakan tersebut bakal menggunakan teknologi terkini untuk membangunkan baka terbaik tempatan melalui proses artificial insemination menggunakan mani dan embrio baka lembu wagyu.

Proses sebegini dijangkakan adalah lebih mudah dan murah untuk membangunkan ladang satelit dan membantu penternak kecil, berbanding dengan kaedah mengimport lembu untuk digemukkan di fidlot seperti yang dibuat NFC.

Syarikat terbabit telah mengadakan perbincangan lanjut dengan MARDI dan hampir menandatangani MOU (lihat Lampiran 2 dan Lampiran 3).

Cadangan ini juga telah dibawa ke peringkat tertinggi di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kerajaan Negeri Sembilan (lihat Lampiran 4 dan Lampiran 5).

Malangnya, cadangan dan usaha anak muda usahawan Bumiputra ini akhirnya terbantut di situ sahaja setelah mereka membelanjakan hampir RM300,000 membuat persediaan.

Semasa mempertimbangkan syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berpotensi untuk menerajui Projek Fidlot Kebangsaan, anak muda ini yang telah menghabiskan bertahun-tahun masa dan wang simpanannya untuk mengejar cita-cita beliau, tidak pula dipanggil untuk turut serta dalam proses tender.

Oleh sebab itu, KEADILAN bertegas bahawa proses anugerah projek ini kepada NFC milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil adalah tidak telus dan menyeleweng, kerana salah satu syarikat yang paling awal mencadangkan projek ini langsung tidak dipanggil untuk turut serta.

Ini telah menjadi penyakit di dalam Umno bila mana idea dan keringat orang lain dicuri untuk menyelewengkan wang rakyat.

Oleh itu, KEADILAN mendesak Perdana Menteri bertanggungjawab dengan keputusan yang dibuat oleh JK Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan beliau kerana keputusan itu penuh dengan unsur penyelewengan dan menindas usahawan-usahawan muda yang bertungkus-lumus berusaha.

YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

SETIAUSAHA AGONG KEADILAN

AHLI PARLIMEN MACHANG

Tuesday, December 13, 2011

Skandal NFC, pemimpin Umno buat-buat tak faham

Pemimpin Umno kini pening apabila menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berdepan skandal NFC.

Mengapa? Sebab Skandal NFC berkaitan Lembu dan orang kampung pun mudah faham isu ini. berbanding kalau skandal Kapal Selam Scorpene, yang nak menyebutnya pun berbelit makcik pakcik kat kampung untuk faha,.

tapi skandal ini sangat mudah untuk jentera Pakatan terangkan pada rakyat, sedangkan tali hayat Umno kini hanyalah di luar bandar. Sebab itu mereka gelabah dengan skandal ini.

Pemimpin Umno kata partinya tidak patut dipersalahkan kononnya tiada kaitan dengan Umno.

Maka, pemimpin Umno sibuk menyuruh Shahrizat letak jawatan dan suami Shahrizat pula di suruhnya jawab.

Pemimpin Umno bermati-matian menafikan Najib dan Muhyiddin tiada kaitan.

alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

lupa ke. siapa yang lulus projek NFC?

lupa ke kenyataan Najib di Parlimen pada 1 November lalu?



Projek NFC diberi kepada keluarga shahrizat pada 2007 yang diluluskan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu. Siapa lagi kalau bukan Muhyiddin.

Sehingga kini Muhyiddin enggan mendedahkan butiran perjanjian dan surat mengenai kelulusan projek itu.

Malah Muhyiddin ialah pemimpin awal yang menasihat Shahrizat tak perlu letak jawatan.

kenapa? kerana muhyiddin tahu perjanjiannya dengan Shahrizat dan akan terbongkar sesuatu jika dia juga mendesak Shahrizat letak jawatan.

Sebab itu nada Muhyiddin bersama timbalan Menteri pelajaran adalah sama iaitu 'suami Shahrizat mesti jawab'.

Mungkin Puad Zarkashi sudah diarah oleh Muhyiddin agar desak lagi suami Shahrizat jawab bagi menjaga hati Shahrizat.


Najib pula pada 1 November 2011 di Parlimen, Najib berkata pinjaman mudah yang diberi kepada NFC belum diserahkan sepenuhnya.

Kenyataan Najib akhirnya terbongkar apabila Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan bukti dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bahawa pinjaman itu sudah diberi kepada NFC masing-masing sebanyak RM130juta pada 2008 dan RM120juta pada 31 Mac 2009.

Malah, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid pada sidang media di Parlimen pada 23 November lalu mengesahkan bahawa pinjaman itu sudahpun diterima sepenuhnya oleh NFC pada 2009.

Malah, Datuk Azmi membuat pendedahan lebih mengejutkan iaitu 'perjanjian antara NFC dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hanya dibuat pada 2010'.

Siapa menteri pertanian ketika itu kalau bukan Muhyiddin.

Ini membuktikan tindakan pemimpin Umno mengatakan Muhyiddin dan Najib tiada kaitan dalam skandal ini adalah tidak benar dan membuktikan kedua-dua pemimpin tertinggi Umno ini pembohong besar.

Mereka yang mempertahankan Najib dan Muhyiddin wajar dihukum berbohong dan masih mempertahan menterinya yang membazirkan wang rakyat.

Pemimpin Umno sepatutnya desak Najib dan Muhyiddin letak jawatan itupun kalau betul sayangkan wang rakyatlah.

Jika tidak, benarlah kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, pembaziran RM250 juta jumlah kecil bagi Umno.

Mengapa Najib pertahan skandal NFC ?

Senator Dewan Negara, Dr Syed Husin Ali mempersoal tindakan Datuk Seri Najib Razak yang kekal membisu mengenai skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ini kerana katanya, tindakan Najib berdiam diri jelas menunjukkan Presiden Umno itu
mempertahan skandal itu.

"Yang anehnya Perdana Menteri pun menolak tuduhan-tuduhan yang dibuat (terhadap Shahrizat). "Sepatutnya beliau harus berkata perkara ini akan disiasat," katanya dalam satu kenyataan.

Sejak skandal NFC didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 pertengahan Oktober lalu, Najib tidak pernah keluarkan kenyataan mendesak skandal itu disiasat.

Malah kenyataannya menyokong skandal itu sebagaimana jawapan bertulisnya di Parlimen pada 1 November 2011 yang menyatakan pinjaman mudah RM250 juta yang diberi kepada NFC belum diserahkan sepenuhnya.

Namun, kenyataan Najib bercanggah dengan pendedahan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang membuktikan pinjaman itu sudah pun diterima NFC masing-masing sebanyak RM130juta pada 2008 dan RM120 juta pada 31 Mac 2009.

Malah, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid mendedahkan wang RM250 juta sudahpun diterima NFC antara 2008 hingga 2009 walaupun pinjaman antara syarikat itu dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hanya dibuat pada 2010.

Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang meluluskan projek itu sebelum ini.

Kenyataan Azmi dibuat dalam sidang media selepas memanggil beberapa pegawai tinggi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengenai skandal itu pada 23 November lalu di Parlimen.

Sehingga kini, Polis tidak memanggil pimpinan KEADILAN seperti Saifuddin Nasuition, Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli selepas mereka mendedahkan skandal itu secara konsisten.

Peliknya, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan kononnya tiada penyelewengan dalam skandal itu.

Kenyataan Khalid dibuat selepas pendedahan terbaru KEADILAN bahawa wang NFC diseleweng membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan melancong guna dana itu.

Sebelum ini, Shahrizat dan keluarganya turut menyeleweng wang itu untuk kepentingan peribadi termasuklah membeli dua Kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta seperti disahkan Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, yang juga suami Ketua Wanita Umno itu.

Monday, December 12, 2011

Senarai pimpinan Umno BN desak Shahrizat letak jawatan (setakat ini)

1. Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin

2. Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee

3. Seorang pimpinan wanita Umno Perak, seperti dilaporkan The Malaysian Insider pada 2 Disember lalu.

4. Guru Politik Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad

5. Ahli parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh

6. Timbalan Setiausaha Pemuda MCA, Loh Chew Jun


Senarai pimpinan Umno yang mendesak Datuk Seri Mohamad Salleh, suami Shahrizat jawab skandal NFC

1. Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang meluluskan projek NFC, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

6. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi


Senarai pimpinan Umno yang mempertahankan skandal NFC sepanjang perbahasan di Parlimen

1. Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan

2. Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman

3. Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz

4. Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron

5. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar

6. Ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin

7. Senarai pimpinan Umno BN desak Shahrizat letak jawatan (setakat ini)


Lain-lain yang berdolak-dalik

1. Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Timbalan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin

2. Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Download Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia | Bantuan RM500

Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk bantuan sebanyak RM500 telahpun pun dikeluarkan dan boleh didapati secara percuma mulai hari ini.

Sesiapa sahaja yang mempunyai gaji/Wang isi rumah bawah RM3000 sebulan adalah layak untuk memohon.

Borang tersebut boleh didapati di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.

Cara ringkas atau atau prosedur untuk mohon bantuan isi rumah RM500 ini adalah seperti dibawah :

Dapatkan borang bantuan isi rumah (boleh download online , tengok di surat khabar atau pergi ke pejabat LHDN terdekat ) mulai Disember 2011 ini.

Isi borang dan hantar ke pejabat LHDN yang berhampiran. Tunggu jawapan anda sama ada permohonan itu berjaya atau pun tidak.

Wang bantuan isi rumah akan di kreditkan melalui bank terpilih mulai Januari 2012 jika berjaya.

Download/muat turun online Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia
Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia ( Bantuan RM500 ) – Lampiran 1
Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia ( Bantuan RM500 ) – Lampiran 2

Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.

Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga layak untuk memohon. Kemudian Borang lengkap BR1M boleh diserahkan melalui Pej Daerah, wakil rakyat, Ketua Kampung, LHDN & sekolah-sekolah yang terpilih, ianya harus dikembalikan sebelum 10 Januari 2012.

Manakala bagi Pembayaran BR1M, ianya akan dibuat pada pertengahan bulan Jan kepada penerima yg layak setelah semakan dibuat oleh Kementerian Kewangan (MoF).

Bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, contohnya berkerja sendiri, boleh mendapatkan pengesahan dari wakil rakyat ataupun ketua kampung.

Untuk maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500.

Sunday, December 11, 2011

KITA syok sendiri

Pakatan tak pernah bincang penyertaan Kita

Muhammad Faizal

SHAH ALAM, 11 Dis: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberitahu Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan soal Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) untuk menyertai gabungan itu.

Malah katanya, sehingga sekarang belum ada sebarang permohonan dari Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim untuk menyertai Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.

Beliau juga menjelaskan, segala keputusan penyertaan parti Kita itu perlu melalui pembincangan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

"Perkara ini baru saya ketahui walaupun ia telah disiarkan di dalam akhbar, tapi apa yang ingin dinyatakan sehingga sekarang kita belum menerima apa-apa permohonan dari Presiden Kita.

"Setiap apa jua keputusan setelah permohonan diterima kita akan membincangkan pada peringkat tertinggi Pakatan Rakyat," jelasnya pada satu sidang media selepas Majlis Pelancaran Dokumen Negara Berkebajikan di Kompleks PKNS hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menambah buat masa sekarang tidak ada sebarang jawapan dapat diberikan terhadap dakwaan itu.

"Secara dasarnya kita tidak boleh membuat sebarang keputusan kerana ia perlu diputuskan oleh peringkat tertinggi.

"Banyak perkara yang perlu dinilai kembali sewaktu beliau keluar dari Keadilan dan sepanjang beliau berada di dalam Kita," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.

Tambahnya Pakatan Rakyat mempunyai dasar bersama dan setiap dasar perlu dipersetujui oleh Kita jika mereka mahu menyertai Pakatan Rakyat.

Sebelum itu Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataannya bahawa parti itu tidak akan meletakkan mana-mana calon bertanding dalam PRU 13 dan bersedia menyokong Pakatan Rakyat.

Sokongan itu menurutnya ekoran tidak sehaluan dengan dasar Barisan Nasional sejak akhir-akhir ini yang membangkitkan isu perkauman dan menghina parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Guru Soi Lek ialah Umno - Guan Eng

Berikut ucapan penuh Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di Pearl View Hotel di Prai, Pulau Pinang.
Dwi-kejayaan terbesar DAP dalam tempoh 45 tahun adalah menjadi rakan dalam kerajaan yang mengambil alih kuasa di Pulau Pinang dan membuktikan kecekapan kita dengan melaksanakan urus tadbir yang baik untuk negeri.



Apabila kita berada di belantara politik, pemimpin dan ahli kita bukan sahaja dihambat dan dianiayai oleh kerajaan BN tetapi juga diperlekeh dan dihina dengan teruk kerana kita berani mengimpikan Malaysia yang lebih baik dengan cara menggantikan BN.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin dan ahli veteran kita yang telah memainkan peranan penting yang bersejarah dalam kemaraan DAP untuk mencatatkan sejarah dan mencapai kuasa melalui mandat rakyat. Tanpa pengorbanan dan sumbangan anda pada masa lalu, kita tidak akan berada di sini hari ini.

Sebagaimana susahnya untuk mendapatkan kuasa politik, mengekalkannya juga sama sukar. Kita bukan sahaja perlu mengatasi masalah kurang berpengalaman tetapi juga terpaksa meyakinkan pihak yang ragu-ragu dengan kita dari pihak lawan serta dari kalangan penyokong kita sendiri yang kurang yakin dengan kebolehan kita untuk mentadbir dengan baik.

Dalam tempoh empat tahun kita memerintah, kita telah membuktikan rekod kita mentadbir yang baik dengan membela secara saksama semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, jantina atau latar belakang politik.

Kerajaan negeri PR Pulau Pinang tidak akan melaksanakan hudud tetapi telah menambah peruntukan untuk semua kegiatan agama Islam dan menyalur bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat. Kita juga telah menyediakan peruntukan tetap untuk sekolah-sekolah bantuan modal, kita mewujudkan jawatan Exco hal-ehwal masyarakat bukan Islam dan telah mengurniakan tanah kepada sekolah-sekolah dan kuil-kuil serta menyediakan sekurang-kurangnya RM1 juta setahun kepada Lembaga Wakaf Hindu (Hindu Endowment Board).

Malah kita meningkatkan peruntukan untuk wanita lebih 10 kali ganda, daripada RM230,000 kepada hampir RM2.4 juta setahun. Kita juga telah meletakkan papan tanda jalan Bahasa Malaysia yang ditambah sama ada dengan Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil atau Arab. Hanya di Pulau Pinang anda boleh melihat papan tanda jalan dalam Bahasa Mandarin di Semenanjung Malaysia.

Hanya di Pulau Pinang anda boleh melihat tanda jalan dalam Bahasa Tamil di Malaysia. Bolehkah UMNO, MCA, Gerakan atau MIC melaksanakannya?

Dengan bantuan daripada ahli-ahli veteran kita, usahasama daripada ahli-ahli baru dan kerjasama daripada ahli-ahli muda, kita telah meyakinkan para penyokong kita serta membuktikan kepada mereka yang ragu-ragu bahawa kita telah menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang paling baik sekali pentadbirannya.

Ini telah diiktiraf oleh Laporan Tahunan Ketua Audit Negara serta pujian yang jarang diperolehi daripada Transparency International, satu-satunya negeri di Malaysia yang mendapat pengiktirafan itu.

Program sosial dan pemberian wang tunai yang diperuntukkan melalui lebihan Bajet, dan bukan melalui pinjaman yang menambah hutang negeri

Selama empat tahun berkuasa, kita telah mencatatkan lebihan Bajet yang telah disahkan oleh Ketua Audit Negara. Jangan percaya kepada Presiden MCA Chua Soi Lek yang mengatakan kita telah mencatatkan defisit. Dia hanya mengulangi pembohongan dan muslihat oleh guru-gurunya dalam UMNO. Jika dia masih tidak faham tentang akaun awam, jangan bimbang, saya akan hantar kepadanya sekeping cakera padat (CD) mengenai perkara itu.

Lebihan Bajet itu telah membolehkan kita melaksanakan program sosial. Bayarannya bukan sahaja RM100 setahun yang diberikan kepada semua warga emas, OKU, ibu tunggal, dan bayaran sekali sahaja RM1,000 kepada waris apabila mereka meninggal dunia. Bayarannya bukan sahaja RM1,000 kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di universiti awam.

Bayarannya bukan sahaja RM200 sekali sahaja kepada bayi baru lahir Anak Emas Pulau Pinang mulai 1 Januari 2011. Bayarannya bukan sahaja RM100 untuk anak emas Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4. Bukan sahaja bayaran untuk sekolah, kuil dan kepada NGO-NGO.

Tetapi juga disediakan wang juga untuk membina jalan-jalan raya. Dari Jalan Bagan 29 untuk memintas Tol Sungai Nyior ke Jalan P. Patto dan pembesaran jalan-jalan dari Jalan Song Bang Kheng ke Jalan Masjid Negeri. Juga wang disediakan untuk menambah baik semua pasar awam buat kali pertama dalam sejarah.

Juga wang untuk menyediakan bas percuma dalam kawasan warisan George Town dan bas percuma melalui Jambatan Pulau Pinang untuk pekerja-pekerja di kawasan FIZ. Paling penting sekali, RM500 juta disediakan untuk membina rumah kediaman bermutu yang mampu dimiliki bagi golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah agar dapat hidup selesa dan penuh bermaruah.

Berbeza daripada BN, semua program sosial ini dibiayai melalui lebihan Bajet. Cara BN membiayai program sosial ialah dengan meminjam wang sehingga menyebabkan ia mencatatkan defisit sejak 15 tahun lalu. Kerana itulah BN hanya boleh memberi wang kepada rakyat setiap lima tahun sedangkan PR melaksanakannya setiap tahun.

Hutang-hutang BN ini telah mengakibatkan hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak 71 peratus daripada RM266 bilion pada akhir 2007 kepada RM456 bilion pada akhir 2011. Bagi Pulau Pinang, kita telah mengurangkan hutang negeri daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada hanya RM30 juta sekarang, iaitu pengurangan hutang sebanyak 95 peratus yang bernilai RM600 juta, pengurangan hutang yang terbesar bagi mana-mana kerajaan negeri dalam sejarah Malaysia.

Adakah kerajaan BN di Pulau Pinang sejak 51 tahun lalu telah melaksanakan apa yang kita lakukan dalam masa empat tahun sahaja, terutamanya menyediakan RM500 juta untuk Tabung Perumahan Mampu Dimiliki?

Malah media-media antarabangsa yang terkenal seperti The Economist dan Bloomberg telah memuji kita, dan puji-pujian ini tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Pulau Pinang juga telah menerima ramai tetamu besar yang jarang melawat negeri untuk sekian lamanya. Daripada gabenor-gabenor dari Kanagawa, Jepun and Victoria, Australia kepada menteri-menteri dari South Australia dan gabenor-jeneral dari Kanada yang buat kali pertama melawat Pulau Pinang.

Sememangnya Pulau Pinang memimpin. Kita telah membuat perubahan. Kita telah menjadi negeri pertama yang menghapuskan miskin tegar dengan memastikan setiap isi rumah memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan. Kita bercita-cita mahu menjadi negeri pertama yang menghapuskan kemiskinan menjelang tahun 2015.

Sekarang tiada lagi kroni atau korupsi di Pulau Pinang. Tidak ada penyelewengan wang rakyat seperti membeli kondo mewah dengan duit rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menternak lembu. Yang ada hanya tender awam terbuka yang dilaksanakan melalui internet. Tidak ada lagi kabel politik kerana telah digantikan dengan kabel komputer. Pulau Pinang kini bukan sahaja bersih dan hijau persekitarannya, malah bersih pentradbirannya.

Deklarasi Aset Ahli-Ahli EXCO Pulau Pinang Akan Dipaparkan Dalam Masa Sebulan

Perubahan-perubahan ini boleh dilihat, dirasa dan disentuh. Semua yang berkunjung ke Pulau Pinang akan memuji negeri kita kerana nyata lebih bersih dan pekerja-pekerja kerajaan kita juga jelas bekerja keras. Dalam pada ini, kita telah mengamalkan 6 langkah integriti:-

Pertama, parti-parti politik harus diharamkan daripada melibatkan diri dalam perniagaan, yang lazimnya membawa kepada konflik kepentingan. Bagaimana politik boleh bercampur dengan perniagaan, apabila politik itu bertujuan untuk menjaga kepentingan awam manakala tujuan perniagaan adalah untuk keuntungan peribadi? Contoh parti politik yang telah menjadi kaya melalui perniagaan boleh dilihat dalam kes MCA yang sekarang berupaya untuk memberi wang kepada ahli-ahlinya setiap tahun.

Kedua, pengharaman percampuran politik dengan perniagaan harus diikuti dengan kewujudan sistem tender terbuka untuk menghentikan kapitalisme kroni. Sistem tender terbuka akan memastikan kontrak yang tidak adil di mana Penjana Elektrik Bebas (IPP) dan syarikat-syarikat pengendali tol tidak akan mendapat keuntungan luarbiasa sebanyak berpuluhan ribu bilion ringgit sementara 27 juta rakyat dibebankan. Kerugian RM5 bilion dalam skandal Perwaja, skandal Port Klang Free Trade Zone dan skandal saham bumiputra RM52 bilion kesemuanya berjumlah lebih daripada USD 100 bilion, iaitu jangkaan kerugian rakyat Malaysia akibat daripada penyelewengan dan rasuah.

Ketiga, hak untuk maklumat tidak sulit hendaklah dilindungi di bawah Akta Maklumat Bebas untuk memastikan ketelusan.

Keempat, semua penjawat awam yang memegang amanah awam hendaklah membuat pengisytiharan aset mereka.

Kelima, 125 cadangan oleh Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM 2005 hendaklah dilaksanakan tanpa apa-apa syarat, terutama sekali penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). IPCMC ini bertujuan untuk mengurangkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa polis. Kegagalan untuk menubuhkan IPCMC hanya menunjukkan ketidak sanggupan Kerajaan BN untuk menangani persepsi negatif awam tentang polis.

Terakhir, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah dihukum untuk kegagalannya untuk bertindak atau menuntut tindakan daripada pihak berkuasa ke atas rasuah pilihan raya, terutama sekali kegagalannya untuk mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mengenakan had perbelanjaan pilihan raya sebanyak RM200,000 untuk kawasan parlimen dan RM100,000 untuk kawasan dewan undangan negeri. Pelanggaran peraturan ini berlaku secara terang-terangan sampai SPR sendiri telah mengaku bahawa RM110 juta telah dibelanjakan untuk poster pilihan raya sahaja dalam Pilihan Raya Umum 2004.

Dengan 219 kawasan parlimen dan 445 kawasan DUN yang ditandingi dalam PRU 2004, had perbelanjaan pilihan raya sepatutnya RM88.3 juta. Adalah amat jelas bahawa hanya BN sahaja yang dapat membelanjakan sebanyak RM110 juta untuk poster pilihan raya dalam PRU tersebut. Meskipun demikian, tiada sebarang tindakan yang telah diambil oleh SPR.

6 langkah integriti ini boleh memulakan proses pembersihan Malaysia daripada rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa. Langkah-langkah asas seperti menghukum mereka yang mengamalkan rasuah, mengurangkan peluang rasuah, melaksanakan sistem integriti kebangsaan melalui undang-undang dan institusi-institusi yang sesuai adalah antara langkah-langkah yang dapat mengembalikan kuasa kepada rakyat.

Pulau Pinang memimpin dengan mengamalkan 6 langkah integriti tersebut. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah pun bersetuju untuk membuat deklarasi aset kepada umum sebelum mengangkat sumpah pada 8 Mac 2008 dan sekarang kita akan memaparkan maklumat ini dalam Internet dalam jangka masa kurang daripada sebulan.

Melalui pentadbiran yang bersih, kita telah membawa semangat keyakinan dan optimis yang baru bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga di kalangan para pelabur. Sebagai akibat, Pulau Pinang telah berjaya meraih pelaburan yang tertinggi di Malaysia untuk kali pertama dalam sejarah pada tahun 2010 dengan jumlah pelaburan RM12.24 bilion. Pada tahun ini, kita hampir mencapai sasaran RM6.1 bilion dengan mencatat RM5.7 bilion setakat akhir bulan Oktober 2011.

Masa depan yang bersih, hijau dan selamat

Bagaimana pula dengan masa depan? Kita hendaklah memenuhi harapan dan janji masa depan yang akan melindungi serta memberi peluang yang saksama kepada anak-anak kita. Kita sudah mengamalkan pentadbiran yang bersih, tetapi kita juga berazam untuk menjadi hijau dan selamat.

Tahun lalu, Pulau Pinang telah mencatat penurunan kadar jenayah yang paling tinggi di Malaysia iaitu 27 peratus dan dijangka kita akan mencatat prestasi yang sama pada tahun ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga hendak melibatkan masyarakat dalam usaha ini dengan mewujudkan polis komuniti melalui Pasukan Peronda Sukarela untuk menjadikan Pulau Pinang negeri yang paling selamat di negara kita.

Dalam usaha menghijaukan persekitaran, Pulau Pinang haruslah mengekalkan, melatih dan melatih semula modal insan yang sedia ada di samping menarik modal insan yang baru untuk mencapai kecemerlangan dalam sains dan teknologi. Walau pun kita bangga menjadi negeri yang pertama dan juga satu-satunya negeri untuk memperkenalkan kempen tiada beg plastik percuma sepanjang tahun, banyak lagi yang perlu dilakukan.

Penyelidikan dan pembangunan, serta kreativiti dan inovasi akan membantu menghijaukan persekitaran Pulau Pinang. Penubuhan Majlis Sains Pulau Pinang yang diterajui pemain-pemain industri akan membantu memupuk jurutera-jurutera dan ahli-ahli sains masa depan.

Kejayaan besar Penang International Science Fair (PISF) di PISA semalam membuktikan bukan sahaja terdapat bakat muda di Pulau Pinang, tetapi juga mekanisme operasi yang betul iaitu melalui kepimpinan industri dengan penglibatan yang minima daripada Kerajaan Negeri serta kerjasama antara pemain-pemain industri yang biasanya bersaing hebat antara satu sama lain.

Sikap mesra antara para pesaing di PISF semalam menunjukkan bagaimana pihak-pihak dengan perbezaan yang ketara boleh bekerjasama untuk kepentingan yang lebih besar daripada kepetingan individu.

Inilah masa depan Pulau Pinang, di mana semua orang, terutamanya anak-anak kita, diberi peluang untuk belajar dan berjaya. Kita juga memberi tunjuk ajar kepada mereka melalui contoh kerjasama kita sebagai satu pasukan. Iktibar yang paling penting dalam tempoh 4 tahun yang lepas ini adalah bahawa kejayaan hanya boleh diperolehi melalui kerjasama.

Thomas Jefferson telah berkata bahawa kezaliman akan berlaku apabila rakyat takut dengan kerajaan, tetapi kebebasan akan dicapai apabila kerajaan takut dengan rakyat.

Kita yakin dan menghormati kebijaksanaan dan kepintaran rakyat. Kita memberi ruang untuk demonstrasi, selagi ia berlaku secara aman dan tidak ganas. Sampai sekarang tidak berlaku rusuhan – Pulau Pinang masih lagi aman dan ekonomi bergiat dengan kuat.

DAP menentang Rang Undang-Undang Lembaga Juru Komputer Profesional (BCPM)

Itulah sebabnya kita tidak takut dikritik apabila menubuhkan “Speaker’s Corner” atau Sudut Pidato yang pertama di Malaysia. Itulah sebabnya kita meluluskan Akta Maklumat Bebas sebagai penghormatan kepada hak rakyat untuk mendapat maklumat.

Itulah sebabnya DAP menentang Rang Undang-Undang Lembaga Juru Komputer Profesional di mana hanya juru komputer profesional yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk melakukan kerujuteraan perisian untuk kegunaan kerajaan.

Kejuruteraan perisian secara asas memerlukan kebebasan, kepintaran dan kreativiti yang tidak semestinya boleh diperolehi daripada mereka yang mempunyai ijazah. Adakah para pakar dan ikon dalam industri IT seperti Steve Jobs (Apple), Bill Gates (Microsoft) dan Mark Zuckerberg (Facebook) boleh berjaya jika terwujud undang-undang yang sebegini?

Tindakan yang langsung tidak masuk akal dan bersifat mundur ini lantas menimbulkan soalan adakah Kerajaan BN ingin mengawal maklumat dan penggunaan internet?

Atas hutang budi kepada ahli-ahli pengasas DAP, kita harus melaksanakan janji untuk masa depan di mana rakyat Malaysia akan hidup dalam keadaan yang saksama, makmur, sihat, berpendidikan, bebas untuk memilih dan menunaikan hak-hak mereka serta bermartabat. Marilah kita, negeri Pulau Pinang, terus mempelopori jalan dengan pengamalan pentadbiran yang cekap dan kepimpinan yang menjaga semua tanpa mengira bangsa serta tidak ekstrim dan bersifat perkauman.

Marilah kita menuju kejayaan melalui transformasi Pulau Pinang kepada bandar pintar dan antarabangsa yang lantas akan membawa kepada transformasi Malaysia. Tenaga, kepercayaan dan ketaatan yang dibawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP akan menyalakan obor Pulau Pinang. Obor ini pula akan menyemarakkan seluruh Malaysia.

Pulau Pinang yang bersih, hijau dan selamat!

LIM GUAN ENG

SUPP di ambang perpecahan, Chin dilantik presiden baru

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini mengisytiharkan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai presiden barunya, selepas pemilihan yang dipulaukan oleh puak saingannya yang diketuai oleh Datuk Seri Wong Soon Koh.

Perkembangan terbaru itu dijangka menyaksikan senario semakin buruk bagi SUPP setelah dibelasah teruk pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu.

Wong dan konco-konconya dikatakan akan meninggalkan SUPP untuk membentuk sebuah parti baru tidak lama lagi, yang dikenali sebagai Parti Keamanan Sarawak.

Khamis lalu, Wong dan beberapa pemimpin parti lain mendesak jawatankuasa kerja pusat untuk menangguhkan pemilihan yang dijadualkan pada hari ini, memandangkan terdapat aduan yang meluas mengenai penipuan undi.

Ini bagaimanapun diketepikan oleh pihak setiausaha agung dan jawatankuasa pusat pemilihan. Puak Wong yang tidak berpuas hati, kemudiannya mengumumkan memulaukan pemilihan berkenaan.

Semalam, persidangan perwakilan tiga tahun sekali parti itu diteruskan dengan hanya 327 daripada 557 perwakilan parti yang hadir.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang merasmikan mesyuarat itu, semalam, mengakui SUPP menghadapi masalah dan berharap ia tangani segera kerana BN akan menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

Perpecahan dalam SUPP dijangka mengeruhkan lagi peluang parti itu pada pilihan raya umum yang akan datang kerana puak Wong turut dianggotai oleh semua enam ADUNnya dan seorang ahli parlimen.

SUPP dijangka bertanding lima kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang.MK

Thursday, December 8, 2011

Juru nikah ‘cabut-lari’ sebelum majlis pernikahan

TAWAU: Tindakan seorang juru nikah yang ‘cabut-lari’ (beredar) sebelum menikahkan pasangan pengantin baru di Kg Ranggu Batu 12 di daerah ini hampir membuatkan hari bahagia mereka bertukar menjadi ‘tragedi’ kerana terpaksa menanggung malu.

Lebih memburukkan keadaan, juru nikah terbabit yang juga merupakan Imam Daerah di sini beredar semasa bunyi paluan kompang yang mengiringi rombongan pengantin lelaki berkenaan mula kedengaran dari kediaman pengantin wanita.

Insiden itu menyebabkan pasangan itu terpaksa bergegas meninggalkan khemah persandingan mereka untuk ‘mengejar’ juru nikah terbabit hinggalah mereka akhirnya dinikahkan pada kira-kira jam 1.15 petang di pejabat juru nikah berkenaan.

Ayah pengantin wanita, Rahman Ambo Sakka, 57, ketika ditemui semasa berlangsungnya majlis persandingan anaknya, mengaku berasa terkilan dengan insiden itu yang disifatkannya sebagai tidak sepatutnya berlaku.

“Saya harap jabatan agama berkaitan dapat mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini, kerana insiden terbabit memberikan gambaran buruk bukan saja kepada imej juru nikah itu sendiri, tetapi dalam masa sama menjejaskan imej institusi agama,” katanya pada 6 Disember lalu.

Menurutnya, para jurunikah bertauliah yang dilantik oleh jabatan agama juga sewajarnya perlu lebih bertimbangrasa kerana insiden yang menyaksikan rombongan pengantin lelaki terlewat ke tempat pengantin perempuan bukannya satu perkara luar biasa dan selalu terjadi.

Tambahnya, berdasarkan persetujuan awal, majlis pernikahan berkenaan dijadualkan pada jam 11 pagi, namun pengantin lelaki pula terlewat kira-kira 40 minit dari jadual asal hingga menimbulkan ‘kekecohan kecil’ di antara keluarga pengantin dengan jurunikah itu.

“Juru nikah itu sebenarnya telahpun tiba pada jam 11.05 pagi dan menyatakan yang dia hanya sanggup menunggu sehingga jam 11.30 pagi sahaja. Namun, selepas itu dia masih lagi menunggu kira-kira 10 minit dan sempat menyerahkan sijil kursus kahwin kepada isteri saya.

“Kami sudah memujuk dan merayu juru nikah itu supaya tidak meninggalkan majlis terlebih dahulu kerana pengantin lelaki dan rombongannya belum tiba. Malah, pelawaan kami untuk menjemputnya makan juga turut ditolak oleh beliau.

“Pengantin lelaki terlewat akibat kesesakan jalan tetapi mereka sentiasa berhubung dengan kami sepanjang perjalanan mereka dari Batu 4 Jalan Apas,” katanya sambil menjelaskan juru nikah itu memberikan alasan yang beliau terpaksa beredar kerana perlu menikahkan pasangan lain.

Sementara itu, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Tawau tidak dapat memberikan kenyataan balas berhubung insiden terbabit kerana ketua jabatan itu difahamkan sedang menyertai lawatan kerja ke Kemboja.

Majoriti Anak Muda Sokong Najib, So bubarlah Parlimen segera

Kajian pensyarah: Najib, BN diterima belia minoriti
12:36PM Dis 8, 2011
Golongan belia Malaysia daripada enam kumpulan minoriti - India Muslim, Portugis, Baba Nyonya, Orang Asli, Siam, dan Chetti - menerima dengan baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pendekatan mesra rakyatnya.

Ini adalah penemuan kajian julung kali yang dijalankan oleh Ahli Antropologi Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Sarjit Singh Gill untuk menilai pengetahuan politik dan kecenderungan politik golongan minoriti ini.

Kajian mengenai Persepsi dan Penerimaan Belia Minoriti Terhadap Parti Pemerintah ini juga mendedahkan bahawa golongan minoriti ini yang mewakili 8 peratus daripada jumlah penduduk seramai 28 juta mengikuti dengan teliti perkembangan politik di negara walaupun mereka tidak terbabit dengan aktif dalam arus perdana politik.

Sejumlah 54.2 peratus daripada responden dalam kajian ini memilih Najib sebagai orang yang paling sesuai memegang jawatan Perdana Menteri berbanding ketua defacto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Pengerusi DAP Karpal Singh, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden MIC Datuk G. Palanivel.

Tinjauan Sarjit juga mendapati purata 82 peratus daripada 850 responden akan mengundi Barisan National (BN) dalam pilihan raya akan datang kecuali sebilangan besar belia Baba Nyonya yang memilih PKR.

"Undi minoriti pasti bermakna pada Pilihan Raya Umum ke-13 khasnya memandangkan 66.5 peratus daripada responden adalah pengundi berdaftar dengan 53.1 peratus daripada mereka mengundi pada pilihan raya lepas," kata Sarjit mengenai kumpulan minoriti itu yang tidak menerima perhatian dalam arena politik negara sehingga Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan BN tewas teruk di
beberapa negeri.

Peralihan selera

Hasil kajian ini adalah petanda baik bagi Najib dan BN serta selaras dengan penemuan satu lagi kajian persepsi terhadap Najib sebelum ini yang dijalankan oleh seorang lagi anggota akademik Professor Datuk Dr Syed Arabi Idid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kajian dalam kalangan pengundi kumpulan etnik utama dengan penemuannya yang diterbitkan pada bulan lepas menunjukkan bahawa populariti Najib terus meningkat sejak 2009.

Penyelidikan dua tahun ini dalam kalangan masyarakat minoriti berusia 17-40 ini dibiayai melalui geran universiti penyelidikan UPM dengan kajian lapangan dijalankan dari Jun hingga Julai 2011 di Semenanjung.

kesedaran politik

Sarjit, yang juga ketua Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan di bawah Fakulti Ekologi Manusia UPM, berkata golongan minoriti ini mempunyai aspirasi politik tersendiri tetapi menghadapi masalah dalam menyertai mana-mana parti politik di negara ini kerana sistem politik yang berlandaskan kaum.

"Masyarakat Baba Nyonya berpendapat mereka lebih dekat dengan masyarakat Cina tetapi tidak dapat sertai MCA, begitu juga masyarakat Chetti yang rasa mereka lebih dekat dengan masyarakat India tetapi oleh kerana mereka bukan sebahagian daripada kumpulan etnik yang lebih besar itu mereka dipandang sepi oleh parti-parti ini," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, peratusan signifikan belia India Muslim (67.6 peratus), Portugis (41.8 peratus), Orang Asli (74.2 peratus), Siam (76.7 peratus) menunjukkan minat untuk menyertai Umno sementara belia Baba Nyonya pula memilih MCA (25.6 peratus), DAP (16.3 peratus) dan PKR (11.6 peratus) dengan satu lagi bahagian signifikan tidak menunjukkan minat dengan mana-mana parti (46.5 peratus). Belia Chetti pula memilih MIC (56.8 peratus) tetapi mengeluh yang parti itu tidak menghiraukan mereka.

Satu lagi penemuan menarik adalah bilangan besar belia daripada masyarakat minoriti ini kecuali daripada masyarakat India Muslim, bergantung kepada media tradisional seperti akhbar dan televisyen dan bukan media alternatif seperti Internet dalam mengikuti perkembangan politik semasa.

Mereka juga mempunyai pengetahuan baik akan Malaysia, politik semasa dan pilihan raya dan pada amnya mempunyai persepsi yang agak baik terhadap BN dan dasar-dasar kerajaan.

Calon pilihan mereka juga berbeza mengikut agama, negeri dan ideologi politik kecuali bagi Baba Nyonya yang mahu calon daripada kaum mereka, dengan kepercayaan mereka dan dari negeri mereka.

Dr Mahathir masih disegani

Seperti kajian Dr Syed Arabi sebelum ini, Sarjit juga menggunakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menanda aras pilihan pengundi dan jelas sekali mantan Perdana Menteri itu masih disegani dengan 28.7 peratus daripada responden menamakan beliau sebagai calon paling sesuai selepas Najib untuk jawatan Perdana Menteri.

Selain itu, Sarjit berpendapat oleh kerana penghormatan tinggi terhadap Dr Mahathir, mereka memilih anak beliau Datuk Mukriz Tun Mahathir sebagai pemimpin belia yang disegani (58.7 peratus).

Mukriz mendahului senarai dan ia disusuli dengan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda MCA Datuk Ir Wee Ka Siong, Naib Ketua Umno Datuk Razali Ibrahim, Gobind Singh Deo dari DAP, Ketua Pemuda Umno dan Ketua Pemuda MIC T. Mohan kesemuanya mencatatkan kurang 10 peratus.

Sarjit juga menunjukkan golongan minoriti, kecuali Orang Asli dan Portugis, merasa mereka dipinggirkan oleh kerajaan selama ini dan buktinya adalah sehingga ini tiada pihak atau jawatankuasa yang diwujudkan untuk menjaga hal ehwal India Muslim, Chetti dan Baba Nyonya di kebanyakan negeri.

Walaupun kumpulan minoriti ini dipandang sepi oleh kumpulan etnik yang lebih besar, mereka mungkin menjadi penentu pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang diwar-warkan pada suku pertama 2012.- Bernama

=====================================================================================

Zentrum: Orang muda lebih sokong BN
Salhan K Ahmad
11:16AM Dis 9, 2011
BN mendahului Pakatan Rakyat sekurang-kurangnnya tiga peratus dalam persaingan untuk mendapatkan sokongan anak muda dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut institut kajian Zentrum Future Studies.

NONEPengasas institut kajian itu, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sebahagian besar sokongan itu diraih dari kalangan anak muda golongan Cina.

"Jumlah kaum muda dalam demografi SPR adalah sehingga 68 peratus, bermakna kaum muda Cina secara total daripada 88 hingga 92 peratus menyokong Pakatan," katanya dalam wacana perdana pilihan raya umum ke-13 di Kota Bharu malam tadi.

Katanya lagi, sokongan di kalangan masyarakat Cina terhadap Pakatan, tanpa mengikut gender dan umur dianggarkan pada kadar 82 hingga 88 peratus.

Bagi pengundi Melayu pula, ia kekal pada kadar 22 hingga 28 peratus, untuk memberi kelebihan sokongan 3 hingga 5 peratus kepada BN.

Bagaimanapun, ia mungkin berubah pada saat-saat terakhir pilihan raya kerana golongan muda itu disifatkannya lebih berhati-hati dan lebih cakna kepada isu.

"Bermaksud, Pakatan mampu memecut dan bentuk keseimbangan akibat sokongan kaum Melayu," katanya lagi.

NONEMenjelaskan bacaannya itu, Abu Hassan (tengah) berkata kaum muda Melayu lebih dekat dengan budaya popular manakala masyarakat Cina lebih dekat dengan isu-su ekonomi.

Oleh itu isu rasuah dan penyelewengan seperti yang dikaitkan dengan National Feedlot Corporation (NFC) juga akan memberi impak yang besar kepada komuniti Melayu, tambahnya.

Ditemui selepas program anjuran kerajaan negeri Kelantan itu berakhir lewat malam tadi, Abu Hassan bagaimanapun enggan mendedahkan butiran kajian berkenaan kerana ia masih belum diterbitkan.

Moderator program berkenaan, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff turut memberikan pandangannya bahawa 60 peratus daripada kira-kira seramai tujuh juta pengundi muda hanya akan membentuk sikap terhadap kepada isu-isu tersebut dalam undian mereka pada saat terakhir.

Perkara yang ditimbang oleh golongan ini melibatkan isu kebajikan – keadaan ekonomi, kos sara hidup dan peluang pekerjaan.

Sementara itu, wakil BN di wacana berkenaan, Datuk Saifuddin Abdullah pula tetap yakin bahawa parti itu akan meraih sokongan daripada pengundi atas pagar.

Katanya, BN telah berjaya memujuk pengundi yang memberikan undi protes dalam pilihan raya 2008 dan parti itu juga telah menyedari "realiti politik baru" yang perlu diharungi dalam pilihan raya umum akan datang.

Timbalan menteri pengajian tinggi itu turut menyenaraikan usaha-usaha yang dijalankan parti pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menunjukkan bahawa BN telahpun sedar, termasuk kempen 1Malaysia dan juga program transformasi yang dicanang.

NONEBeliau turut mengulangi pandangan bahawa mood pengundi dalam 18 pilihan raya kecil juga telah berubah pada saat akhir.

Mengulas data yang dikemukakan Zentrum, seorang lagi ahli panel, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution pula berkata parti itu terbuka dalam menerima apa juga kajian dan akan menggunakannya dalam menghadapi pilihan raya.

"Kita tidak amalkan sindrom penafian," katanya yang mengambil data berkenaan sebagai cabaran kepada parti untuk memperbaiki peluangnya.

Beliau juga menerima bacaan daripada pelbagai sumber lain, namun apa yang lebih penting bagi PKR adalah sistem audit dalam parti.

Audit berkenaan akan memberi gambaran sebenar kepada kekuatan parti dan masalah yang dihadapinya, katanya lagi ketika ditemui selepas program di Balai Islam, Lundang itu berakhir lewat malam semalam.

Seorang lagi ahli panel yang turut mengambil bahagian dalam wacana yang disiarkan secara langsung melalui saluran web mykelantan.tv itu ialah pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat.

Skandal NFC : Kembalikan semula harta rakyat

Kerajaan Persekutuan digesa merampas aset termasuk kondominium, kereta mewah dan tanah di Putrajaya yang "tiada kaitan" dengan perniagaan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, tindakan tersebut sekurang-kurangnya boleh membantu kerajaan "mendapat semula sebahagian wang yang telah diluluskan tetapi telah digunakan untuk tujuan yang tidak bersangkutan".

"Dalam keadaan seperti ini, kerajaan seharusnya bertindak cepat untuk menyelamatkan semaksimum mungkin jumlah wang yang telah diluluskan itu.

"RM250 juta wang rakyat ternyata sebahagiannya telah digunakan di luar skop pemberian/pinjaman ini diluluskan... Ia dengan itu, juga adalah satu pecah amanah," katanya dalam satu kenyataan.

Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan, turut menggesa aset yang diletakkan atas nama persendirian atau syarikat persendirian oleh NFC juga harus segera diarahkan untuk diserahkan kepada kerajaan.

Husam turut menempelak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwanya berdiam diri "seakan menunjukkan skandal sebesar ini tidak menjadi keutamaan kepada beliau".

Bahkan tegasnya laporan ketua audit negara dan pendedahan ekoran dari itu sepatutnya sudah cukup untuk Najib bertindak terhadap semua pihak terlibat.

Proksi Nong Chik tolak Shahrizat

PETALING JAYA: Umno Bahagian Lembah Pantai tidak mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dicalonkan lagi bertanding di kerusi berkenaan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata timbalan ketua bahagian, Yusri Ahmad.

“Sejak 2006 lagi, kami tidak mahu ketua Wanita Umno itu bertanding di Lembah Pantai. Hari ini pun kami tidak mahu dia bertanding di sini.

“Waktu itu (2006) Umno Wilayah Perrsekutuan menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno, Tun Mohd Khalil Yaakub mengenai perkara tersebut. Tetapi entah macam mana parti masih memilih beliau bertanding pada tahun 2008,” katanya.

Dalam PRU 2008, menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat kalah kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan majoriti 2,895 undi.

Shahrizat cakap sendiri

Shahrizat kini berdepan dengan dakwaan terbabit dengan penyalahgunaan dana awam sebanyak RM250 juta yang diberi kerajaan dalam bentuk pinjaman mudah untuk projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) di Gemas.

Menurut Yusri, Ketua Wanita Umno itu pernah memberitahu bahawa PRU 2004 merupakan yang terakhir beliau bertanding di Lembah Pantai.

Beliau berkata, calon paling tepat bertanding di Lembah Pantai ialah Ketua Umno Bahagian, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Bagaimanapun, menurut Yusri, parti mempunyai kata putus untuk menentukan siapa yang akan mewakili Barisan Nasional di Lembah Pantai.

KITA tetap tanding PRU13

PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanan Air (Kita) tetap bertanding dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) akan datang tetapi di kawasan tertentu sahaja, kata AJK Pusat Zamil Ibrahim.

Parti itu, katanya akan meletakkan calon di kawasan di mana peluang Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk menang adalah seimbang.

Sehubungan itu, Pengerusi Kita Kedah menolak laporan media bahawa parti itu tidak akan bertanding dalam PRU13.

“Saya dapat pengesahan dari Presiden Datuk Zaid Ibrahim dan beliau menegaskan parti tetap akan bertanding.

“Namun begitu sehingga ini, Kita di negeri-negeri tidak menerima apa-apa arahan dari pucuk pimpinan tinggi supaya tidak menggerakkan jentera parti dan mengenal pasti calon-calon,” katanya kepada FMT hari ini.

Wednesday, December 7, 2011

Umno bukan parti Melayu, bukan juga parti Islam - Menteri

Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, Umno bukanlah parti untuk orang Melayu/Islam.

Ini kerana katanya, Umno juga dianggotai orang bukan Melayu seperti yang berlaku di Sabah.

“Dalam konteks Sabah, apabila Umno membuka cawangan di negeri ini, keahliannya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum bumiputera Sino Kadazan dan Dusun bukan Islam.

“Malah di tempat kami sendiri di Ranau, Bendaharinya adalah Sino Dusun dan nama Cina,” katanya selepas melawat tapak bina Bangunan Konservasi Balai Seni Lukis Sabah di Batu 2, Jalan Penampang, pada 6 Disember lalu.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha Umno Sabah berkata, kalau di Sememanjung, biasanya Melayu itu Islam tetapi di Sabah, ada bumiputera Islam dan bukan Islam.

“Misalnya di Ranau, satu pertiga daripada ahli Umno seramai 20,000 adalah bumiputera atau Dusun yang bukan Islam iaitu Kristian.

“Ini kerana parti adalah ciptaan manusia dan bukan ciptaan Tuhan. Kita boleh panggil apa sahaja nama parti misalnya kita panggil nama “Parti Emas” tapi kalau tidak dapat berkhidmat dengan baik kepada rakyat, tiada guna kita panggil “Parti Emas”," katanya.

Pada perhimpunan Umno baru-baru ini, pelbagai kenyataan bersifat perkauman dilontarkan pemimpin parti itu.

Timbalan Presidenya, Tan Sri Muhyiddin Yassin misalnya, menghina kaum Cina selain beberapa perwakilan menyifatkan kaum cina sebagai bangsat.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak semasa diawal ucapannya pula menghina masyarakat Bajau sebagai lanun.

Lagi media Najib promosikan dirinya di luar negara

Worldview Broadcasting Channel (WBC), satu saluran berita televisyen tempatan baharu yang akan memulakan operasi April tahun depan kini membuat siaran ujian di Lembah Klang sejak 1 Dis lalu.

Menurut satu kenyataan Worldview Broadcasting Channel (M) Sdn Bhd, ujian siaran itu adalah dari pukul 7 petang hingga 10 malam dan boleh diikuti menerusi frekunesi UHF Saluran 39 pada 615.25 megahertz dengan siaran program majalah serta dokumentari tempatan dan asing.

Kandungan utama stesen televisyen itu adalah 70 peratus liputan berita antarabangsa manakala bakinya adalah pelbagai program meliputi hal ehwal semasa dan dokumentari.

"Penonton WBC boleh mengikuti laporan berita yang disiarkan secara langsung dari beberapa lokasi di seluruh dunia yang disampaikan mengikuti perspektif Malaysia dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan Arab," demikian menurut kenyataan itu.Kenyataan itu menyebut pendekatan WBC untuk mempelbagaikan sumber berita menerusi kerjasama dengan stesen televisyen berita dan hal ehwal semasa seluruh dunia akan memberikan penonton pengalaman baru menonton siaran berita.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman sesawang www.wbcchannel.tv, menurut kenyataan itu.

Peminjam yang disenarai-hitamkan saman PTPTN

Seorang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendakwa telah melangsaikan pinjamannya menyaman agensi itu kerana gagal mengeluarkan namanya daripada 'senarai hitam' pihak Imigresen.

'Kesilapan' itu dikatakan telah menyebabkan Mandeep Singh, 28, ditahan oleh pegawai Imigresen dan dihalang daripada meninggalkan Malaysia pada 6 Julai lalu ketika beliau bercadang berlepas untuk bercuti di Guangzhou, China.

ptptn logo"Plaintif itu secara terbuka diaibkan, mengakibatkan reputasinya terjejas dan maruah peribadinya mengalami tamparan hebat kerana dilakukan seolah-olah beliau seseorang yang mempunyai kesedaran diri yang rendah dan penjenayah.

"Kegagalan untuk membuang nama plaintif dari senarai hitam juga menyebabkan beliau kehilangan kebebasan untuk bergerak dengan bebas. Defendan telah melucutkan hak-hak plaintif," kata afidavit Mandeep yang difailkan di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pagi ini.

Ini, di sebalik fakta bahawa beliau sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa telah menjelaskan pinjaman yang belum dibayar kepada dana pendidikan itu berjumlah RM2,330,82.

Pembayaran, itu, kata Mandeep disahkan oleh PTPTN dengan pengeluaran resit rasmi.

Katanya, beliau juga telah memberitahu PTPTN terlebih dahulu berhubung niatnya untuk melancong ke luar negara dan memohon namannya dikeluarkan daripada senarai hitam hampir itu sebulan sebelum perjalanan dijadualkan.

"Defendan (PTPTN), walaupun diberi notis terlebih dahulu daripada plaintif telah gagal, ingkar dan cuai dengan tidak mengeluarkan nama plaintif daripada senarai hitam imigresen," petik afidavit itu lagi.

Mandeep menuntut untuk ganti rugi am, punitif dan teladan yang difikirkan layak oleh mahkamah. Beliau juga menuntut kos guaman serta ganti rugi khas yang terpaksa ditanggungnya sehingga menyebabkan percutiannya di China, yang berjumlah RM19, 000 dalam kos tiket, deposit hotel dan mata wang asing ditukar dibatalkan.

Indonesia lulus cadangan redenominasi rupiah

Kerajaan Indonesia telah meluluskan cadangan oleh bank pusat, Bank Indonesia (BI), untuk mengeluarkan tiga angka sifar (kosong) daripada mata wang Indonesia.

Menteri Kewangan Agus Martowardojo berkata susulan daripada kelulusan itu, satu rang undang-undang mengenai redenominasi mata wang akan dikemukakan di Dewan Perwakilan Indonesia tahun depan untuk menyokong program itu.

Redenominasi ialah satu proses di mana unit mata wang baharu menggantikan yang lama dan para pegawai BI telah mencetuskan idea untuk mengeluarkan tiga sifar (kosong) daripada rupiah, contohnya Rp1,000 akan menjadi Rp1.

Jika Dewan meluluskan rang undang-undang itu, redenominasi itu akan dilaksanakan dalam tempoh lima hingga 10 tahun, kata menteri itu yang disebut sebagai berkata oleh media tempatan hari ini.

Idea di sebalik cadangan ini ialah untuk mempermudahkan transaksi harian, yang kerap melibatkan jutaan rupiah. Satu US dolar kini bersamaan 9,100 rupiah.

Bagaimanapun, terdapat juga kebimbangan yang cadangan itu boleh menurunkan nilai mata wang tetapi gabenor BI, Darmin Nasution telah memberi jaminan yang redenominasi itu tidak akan menimbulkan sebarang kerugian kewangan tetapi cuma untuk mengeluarkan beberapa angka sifar (kosong) daripada mata wang itu.

Rupiah pada masa ini merupakan mata wang ketiga bernilai paling rendah dari segi tukarannya kepada dolar US selepas Mozambican metical (23,100) dan dong Vietnam (16,000).

Wang kertas Rp100,000 kini adalah wang kertas bank berdenominasi kedua tertinggi di rantau ini selepas wang kertas 500,000 dong Vietnam yang bernilai kira-kira US$26.

Agus berkata kerajaan akan melihat kepada langkah redenominasi yang sama yang telah dibuat oleh lain-lain negara sebelum ini, dengan mengambil contoh daripada negara-negara yang telah berjaya melaksanakannya dan juga belajar dari negara yang gagal.

- Bernama

Monday, December 5, 2011

Angkasawan Rusia mengundi di angkasa

MOSCOW 5 Dis. - Angkasawan Rusia, Anton Shkaplerov, 32, dan Anatoly Ivanishin, 42, membuang undi bagi pilihan raya Parlimen Rusia dari angkasa semalam, lapor agensi berita Interfax.

Dua orang krew Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) itu membuang undi pada altitud 350 kilometer dari Bumi menggunakan talian ke pusat kawalan misi di Moscow.

Mereka berada di orbit sejak November dan dijangka akan pulang ke Bumi pada bulan Mac tahun depan. - DPA

Gerhana bulan penuh 10 Disember

KUALA TERENGGANU 4 Dis. - Gerhana bulan penuh dengan pemandangan seakan-akan bola raksasa kuning tembaga terapung di angkasa selama lebih 40 minit dijangka berlaku pada malam 10 Disember ini.

Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam satu kenyataan hari ini berharap orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena itu dan melakukan solat sunat gerhana.

"Gerhana kali ini berlaku pada awal malam. Meriahkanlah fenomena ini dengan bacaan selawat dan tasbih serta solat sunat gerhana di masjid.

"Kejadian itu amat besar hikmatnya supaya manusia melihat dengan jelas tanda-tanda kekuasaan Allah dan memanfaatkannya dari segi rohani dan kajian saintifik," jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut bahawa melalui paparan takwim pada petang Sabtu (10 Disember), bulan terbit di ufuk timur Kuala Terengganu pada pukul 6.44 petang, kira-kira 12 minit sebelum matahari terbenam.

Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.

Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit.

"Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar," jelas kenyataan itu lagi.

Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.

"Ia menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi," jelas kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu, solat sunat gerhana bulan di negara ini boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.

Impak Kongres KEADILAN, rakyat Swak diarah undi di Johor

Menteri Pembangunan Sosial Sarawak, Tan Sri William Mawan Ikom menyaran kepada kira-kira 40,000 rakyat Sarawak yang menetap di Johor supaya mendaftar sebagai pengundi untuk mengundi di Johor kelak.

NONEBeliau berkata berdasarkan faktor logistik, hanya segelintir daripada kira-kira 40,000 rakyat Sarawak di Johor yang boleh pulang mengundi di Sarawak semasa pilihan raya.

Dengan mendaftar sebagai pengundi di Johor, masalah yang dihadapi atau perkhidmatan yang mereka perlukan semasa tinggal di negeri ini juga mudah diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Anak-anak Sarawak di Masai dekat Johor Baharu malam tadi.

Beliau yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) berkata sehingga kini kira-kira 2,000 rakyat Sarawak yang kebanyakannya berbangsa Dayak telah mendaftar sebagai pengundi di Johor.

Mawan berkata Menteri Pengajian Tinggi yang juga ahli parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan mengadakan dialog dengan masyarakat Sarawak di negeri ini pada Januari tahun depan.- Bernama