JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, November 18, 2008

ISA boleh disentuh dalam khutbah secara umum - Bekas Mufti

Oleh Masdar R Arifudin

KUALA LUMPUR: Sikap pro ISA terserlah apabila Ahli Parlimen Rompin Jamaludin Jarjis membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)terhadap seorang imam di di Felda Kratong 4, Pahang yang mengkritik Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Menurut Suhaimi Saad beliau telah diherdik oleh Jamaludin Jarjis 14 November lalu sebaik sahaja beliau selesai mengimamkan solat Jumaat.

Pada waktu itu, beliau tidak menyedari kehadiran Jamaludin yang turut berada dalam masjid serta menjadi jemaahnya.

Menurut Suhaimi, beliau hanya menyentuh tentang keadilan yang dituntut dalam Islam secara menyeluruh termasuklah undang-undang zalim ISA yang dilihat tidak adil dan kejam dalam Islam.

“Khutbah yang saya baca itu adalah secara umum berkaitan Islam dan tidak bertujuan politik”. Ujarnya.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Hasyim Yahya yang dihubungi Suara KeADILan di sini berkata, khutbah Jumaat boleh menyentuh pelbagai perkara termasuklah isu Jenayah, kezaliman dan ketidakadilan secara umum kerana pendengar yang hadir pada hari itu terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan fahaman politik.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan (MPT) Dr Badrulamin Bahron mengecam sikap MP terbabit kerana tidak menghormati Suhaimi yang juga 'ketuanya' sebelum itu kerana Jamaludin adalah makmum kepada Suhaimi yang mengimamkan Solat Jumaat pada hari itu.

Dr Badrulamin yang juga seorang ustaz turut sedih kerana masih wujud umat Islam yang tidak memahami isu kezaliman Undang-undang zalim tersebut.

"Kita amat sedih kerana sebagai seorang Ahli Parlimen beragama Islam, Jamaludin gagal memahami isu kezaliman dan ketidakadilan dalam ISA dengan baik". Katanya.

Menurut Dr Badrulamin, Isu keadilan dan kezaliman adalah isu besar dalam masyarakat dan tindakan Jamaludin 'membelasah' Suhaimi di Masjid merupakan suatu sikap yang sungguh biadab.

Mengenai dakwaan Jamaludin bahawa Suhaimi mempolitikan isu ISA dalam Khutbah Jumaat Badrul berkata, masjid adalah tempat membicarakan apa jua isu untuk kepentingan masyarakat.

Jamaludin adalah bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebelum digugurkan dari kabinet 8 Mac lalu.

Umno Pelu ditarbiyah dan Al - Qur'an tidak dikhaskan untuk orang Melayu - N. Gobalakrishnan



Berikut adalah temuramah penulis bersama Yang Berhormat N. Gobalakrishnan (gambar). Beliau yang pernah berguru dengan Dr. Harun Din amat menghormati Ulama' dan pernah menghadiri Kuliah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Penulis menghubungi beliau bagi meminta pandangannya berkenaan isu Adun DAP yang arif dalam Undang-undang Islam dan membacakan ayat Al-Qur'an semasa perbahasan Bajet Negeri Perak minggu beberapa hari lalu.

Oleh Masdar R Arifudin

KUALA LUMPUR: Al - Quran tidak dikhususkan untuk orang Melayu, tetapi untuk semua manusia termasuk Kaum Cina, India, Iban, dan Kadazan.

Ahli Parlimen (MP) Padang Serai N. Gobalakrishnan berkata tiada kesalahan untuk sesiapa untuk mempelajari Al - Qur'an kerana Islam adalah harta pusaka yang amat berharga kepada manusia.

Menurut Gobala, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan (MPT), keberanian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dap itu merupakan sesuatu yang perlu dicontohi oleh Umno yang kononnya membela orang Melayu dan Islam.

Adun Canning yang juga Setiausaha Publisiti Dap Wong Kar Woh membacakan Ayat Al-Qur'an dari Surah Al-Hujurat serta menutup ucapannya dengan membaca kalimah "Takmuru nabil maaruf watan hau anil mungkar" semasa membahaskan Bajet 2009 Negeri Perak 13 Nov lalu.

"Kita perlu mangamalkan Islam untuk kita mengetahui apa itu Islam menurut tafsiran yang sebenar dan tindakan Wong membacakan ayat Al-Quran itu adalah tarbiyah langsung kepada ahli Umno yang semakin jauh dari ajaran Islam". Kata Gobala.

Sementara itu, Gobala turut bersyukur kerana kewujudan Pakatan Rakyat (PR) adalah hadiah dari Tuhan untuk rakyat serta meminta rakyat bersabar sedikit kerana beliau yakin PR masih berada dilandasan ke arah pembentukan kerajaan baru bila-bila masa dari sekarang.

"Kita telah menunggu lebih 10 tahun berkenaan Kerajaan baru, dan kita cuma perlu bersabar sedikit seumpama menunggu nasi masak sekejap lagi". Tambahnya dengan penuh yakin.

Sunday, October 26, 2008

Sabah tidak memerlukan Parti Politik Baru. Cukup ! Cukup ! dan Cukup !



CADANGAN bekas Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Raymond Tan Shu Kiah serta beberapa bekas pemimpin kanan parti itu untuk menubuhkan sebuah parti politik baru perlu dipertimbangkan secara rasional.

Penubuhan itu bukan perkara yang mudah kerana beberapa aspek penting perlu dikaji misalnya adakah Sabah memerlukan satu lagi parti baru dan sejauh mana pula penduduk di situ akan menerimanya?

Shu Kiah sendiri mengakui, penubuhan parti baru tidak semudah yang dijangka dan perlu mendapat pandangan daripada beberapa pihak termasuk Barisan Nasional (BN) Sabah.

"Kita akan tengok dulu pandangan beberapa bekas pemimpin SAPP dan maklum balas ahli-ahli yang tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan parti yang keluar dari BN, Rabu lalu," katanya.

Faktor lain yang perlu dikaji ialah fungsi dan peranan yang akan dimainkan oleh parti tersebut selain faedah po- litik yang akan diterima khususnya oleh rakyat Sabah.

Dalam konteks ini, kewajaran dan keutamaan harus diberi pertimbangan paling berat kerana ketika ini BN Sabah memiliki lapan parti komponen setelah SAPP keluar daripada gabungan itu.

Sekiranya sebuah parti politik baru diasaskan juga, ini bermakna ia merupakan parti politik yang ke-15 ditubuhkan di Sabah sejak menyertai pembentukkan Malaysia pada 16 September 1963.

Berdasarkan sejarah politik Sabah, tidak semua parti politik sama ada yang baru atau lama mampu bertahan dalam arus politik semasa, apa lagi dalam senario politik masa kini yang bila-bila masa boleh tenggelam.

Parti-parti politik di negeri ini yang tidak dapat bertahan dan telah berkubur ialah gabungan Perikatan, Berjaya, Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO), Bersepadu, Parti Rakyat Sabah (PRS), Bersih, Bersatu dan Angkatan Keadilan Rakyat (Akar).

Akar merupakan komponen BN Sabah terakhir yang dibubarkan iaitu pada 20 Mei 2001 setelah tidak mampu bertahan berikutan jumlah keahlian yang kecil selain tidak mempunyai kerusi.

Parti tersebut yang ditubuhkan pada 16 September 1989 oleh beberapa pemimpin kanan Parti Bersatu Sabah (PBS) itu, dibubarkan sendiri oleh Presiden Akar, Datuk (sekarang Tan Sri) Pandikar Amin Mulia.

"Akar mengalami pelbagai rintangan dan cabaran termasuk kekalahan dalam beberapa pilihan raya umum di negeri ini," katanya yang kini Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ada di antara parti yang dibubarkan itu merupakan parti induk dan pernah menjadi pemerintah di Sabah seperti Kerajaan USNO dari 1967 hingga 1976 dan Kerajaan Berjaya dari 1976 hingga 1985.

Komponen BN yang masih bertahan sehingga hari ini ialah PBS, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Liberal Demoktrik (LDP), SAPP dan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan parti pembangkang seperti DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah parti dari Semenanjung yang dibawa masuk ke Sabah.

Sementara parti pembangkang di Sabah yang masih bertahan ialah Persatuan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (Pasok), Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (Setia) dan Parti Barisan Rakyat Sabah (Bersekutu).

Panduan

Kekuatan serta kelemahan sesebuah parti politik di Sabah yang masih bertahan atau sebaliknya perlu dikaji kerana perkara itu akan menjadi panduan sekiranya mahu menubuh parti baru.

Namun, bagi Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman, pihaknya bersedia menerima penubuhan parti baru dan terbuka dalam hal tersebut.

"Jika mahu menubuhkan sebuah parti baru, itu terpulang kepada mereka, kita tidak menghalang. Mereka lihatlah mana yang perlu, tubuh parti baru atau sertai parti BN lain," katanya

Sejarah penubuhan parti di Sabah adalah berdasarkan kepada beberapa faktor utama iaitu berasaskan kaum dan agama selain untuk memenuhi kepentingan diri dan menyelamatkan karier politik.

Jika parti baru yang akan ditubuhkan oleh Shu Kiah dan bekas pemimpin kanan SAPP termasuk bekas Naib Presiden LDP, Datuk Liew Yun Fah itu adalah berasaskan kaum Cina, maka ia boleh dianggap tidak relevan. Ini kerana Sabah telah mempunyai parti-parti yang mewakili kaum Cina seperti LDP, MCA dan Gerakan termasuk parti yang melibatkan penyertaan semua kaum seperti PBS.

Adalah lebih baik jika bekas ahli dan pemimpin SAPP menyertai MCA yang hanya mempunyai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kepayan atau Gerakan yang tidak mempunyai kerusi dan hanya wujud sebagai badan perhubungan di sini.

Kalau alasan tidak mahu menyertai MCA atau Gerakan adalah kerana prestasi buruk parti itu selepas pilihan raya umum lalu, mereka perlu memikirkan sama ada parti baru yang ditubuhkan kelak mampu mempunyai penyokong sendiri.

Pada masa yang sama, kos untuk menyelenggara sebuah parti bukan sedikit dan dikatakan lebih RM1 juta setahun diperlukan untuk sebuah parti politik yang kecil beroperasi.

Keterbukaan MCA dan Gerakan serta parti komponen BN Sabah lain untuk menerima mereka tidak harus dipandang sepi kerana perkara itu jelas melambangkan semangat setiakawan dan makna perkongsian kuasa dalam BN.

Selain itu, hala tuju parti-parti politik BN negeri adalah sama iaitu memperjuangkan hak, kepentingan dan isu-isu yang melibatkan Sabah melalui kuasa politik, cuma ideologi parti masing-masing sedikit berbeza.

Bukti perjuangan komponen BN Sabah adalah sama boleh dinilai melalui pertemuan BN Sabah dengan Perdana Menteri, pada 7 April lalu, yang mana permintaan dan suara-suara mereka adalah senada.

Selain penubuhan parti baru, bekas pemimpin SAPP itu juga dikatakan sedang mengkaji untuk mengambil alih Setia dan jika menjadi kenyataan, parti pembangkang itu akan dibawa masuk ke dalam BN.

Langkah itu, sudah tentu mempunyai motif tersendiri dan secara tidak langsung dapat memanjangkan hayat parti tersebut yang mempunyai pengaruhnya sendiri di Sabah.

Bagaimanapun, sekiranya niat untuk menubuhkan parti baru itu menjadi kenyataan, sudah tentu akan menambah kemeriahan politik khususnya di Sabah yang mempunyai bilangan parti politik paling banyak.

Shu Kiah dijangka tidak mempunyai sebarang masalah untuk menarik ahli parti berikutan kedudukannya sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah.

Perkara paling penting bagi sebuah parti yang baru ialah cara membina keyakinan dan pengaruh bukan sahaja di kalangan ahli-ahli parti tetapi juga masyarakat.

Sehingga artikel ini ditulis, antara nama yang dikemukakan oleh shu Kiah ialah Part Perpaduan Sabah (PPS) dan Teck Lee menafikan Shu Kiah dalam Kabinet BN Sabah sebagai pengintip SAPP.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil memandangkan ianya antara strategi yg baik untuk kelangsungan hayat parti SAPP.

Teck Lee sendiri yang amat rapat dengan Anwar sejak tahun 1994 banyak mempelajari taktik poltik Mantan TPM Malaysia itu bagi memastikan matlamat yg dirancang tercapai.

Disusun Oleh : Masdarwahid

Sunday, September 14, 2008

Sistem LRT di Sarawak ?



Salam mahabbah dan salam muhasabah dari org sabah.

Berita tentang LRT yg bakal sahabat2 sekalian baca ini penulis salin dar Akhbar Borneo Post iaitu akhbar yang banyak memaparkan perkembangan tentang negeri sarawak. Setelah 45 tahun Sarawak merdeka (16 September bersama Sabah), nampaknya, pemimpin politik sarawak bijak memanfaatkan situasi semasa politik negara berbanding politikus bee end sabah yang rasuah dan mementingkan diri. lihat sahaja di Sarawak, walaupun bee end memerintah, namun Umno diharamkan memasuki bumi Kenyalang walaupun pernah diusahakan oleh mahathir selepas pilihan raya umum 1999. berbalik pada berita LRT ini, Sarawak nampaknya lebih maju dan pantas dalam soal pembangunan berbanding Sabah walaupun tarikh kemerdekaannya sama dan keluasan sarawak lebih luas berbanding Sabah.

Secara logiknya, Sabah sepatutnya sama-sama maju ataupun lebih maju berbanding sarawak kerana Umno wujud di sabah sejak tahun 1991. bukankah presiden umno itu perdana menteri msia? ada kuasa dan banayk diut pulak tuh. nah, patutnya sabah wajar memanfaatkan ruang itu. soalnya ialah ke mana perginya peluang dan ruang itu? apakah selama ini sabah tiada wang? ke mana perginya hasil balak dan minyak sabah selama ini?

Penulis tidak bermaksud membanding2 antara sabah dan sarawak tetapi sepatutnya setiap negeri di Malaysia wajar mendapat haknya yg sebenar. Jika hasil ekonomi Sabah dan Sarawak disalurkan secara telus dan jujur oleh pemimpin bee end, kedua2 negeri ibi tidak miskin seperti yang kita lihat pada hari ini.

Selama 23 tahun pemerintahan mahathir, di katakan hasil Sabah banyak di gunakan untuk membina putrajaya dan cyberjaya yang sehingga kini belum siap sepenuhnya dan kerajaan bee end masih berhutang berbilion2 ringgit. Fakta yang harus difikirkan oleh kita bersama ialah Sabah, Sarawak dan Terengganu adalah negeri pengeluar Minyak Malaysia. Persoalan yg bermain di minda ini ialah, kenapa ketiga2 negeri ini masih miskin? ke mana semua hasil minyak itu ya?

p/s: Zakat fitrah Sabah pada tahun ini ialah RM 7.70 dan di katakan antara yang tertinggi berbanding sebelum ini. Kadar tersebut berasaskan sukatan 2.7 kilogram beras yang dimakan oleh majoriti penduduk Sabah itu meningkat RM2.50 berbanding RM5.20 seperti yang ditetapkan tahun lalu.

KUCHING: Rakyat Sarawak mungkin berpeluang menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang lebih moden - Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) selepas laporan keseluruhan kajian mengenai perkara itu disiapkan pada Januari 2009, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lajim Ukin.

Beliau berkata, kajian sama yang dikendalikan oleh sektor swasta dilantik oleh kementerian itu telah mula dibuat sejak awal tahun ini dan dijangka berakhir pada Januari 2009, turut dijalankan di Sabah.

“Dalam usaha untuk memperkasakan industri pengangkutan awam di negara ini, Sarawak turut disenaraikan sebagai antara negeri yang sedang dalam kajian untuk membangunkan LRT.

“Kementerian akan melantik konsensi swasta untuk melaksanakan pembinaan LRT jika keputusan kajian menjurus kepada keperluan ini, tetapi ia juga bergantung kepada kelulusan Kerajaan Negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan sembahyang berjemaah di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Ditanya lokasi sebenar kajian berkenaan dilakukan, Lajim memberitahu tinjauan sedang dijalankan di bandar raya ini.

Menurutnya lagi, laporan penuh mengenai tinjauan berhubung perkara itu (pembinaan LRT) turut memuat-kan aspek keselamatan, alam sekitar, kesesuaian lokasi dan pendapat masyarakat umum.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan akan memberi perhatian serius dalam usaha untuk meningkatkan imej pengangkutan awam di negeri ini yang disifatkannya masih sedikit ketinggalan berbanding di Semenanjung Malaysia.

“Situasi yang dialami oleh industri pengangkutan awam di Sabah dan Sarawak hampir sama iaitu kemudahan jalan rayanya yang terhad serta masih bergantung kepada pengangkutan sungai,” katanya sambil menambah, keadaan itu menyebabkan tidak ramai pihak yang berminat melibatkan diri dalam industri pengangkutan awam.

Lajim juga menasihati semua pegawai dan kakitangan jabatan dan agensi di bawah kementeriannya supaya sentiasa memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri agar lebih mudah dalam membuat perancangan ke arah meningkatkan tahap perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan masing-masing.

Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengarah Jabatan Peng-angkutan Jalan (JPJ) Sarawak Hamed Akob.

Monday, September 1, 2008

HIJRAH MALAYSIA (remix from MAAL HIJRAH)



16 SEPTEMBER DETIK PERMULAAN,
PERKIRAAAN TAHUN MALAYSIA HIJRAH,
PERPINDAHAN Y.B. DAN RAKYAT MALAYSIA,
DARI PARTI BEE END KE PAKATAN RAKYAT.

ATAS KEYAKINAN DAN IMAN YANG TEGUH,
PUAK BEE END DAN PR BERSATU,
RELA BERKORBAN HARTA DAN NYAWA,
DEMI MENEGAKKAN ISLAM TERCINTA.

HIJRAH ITU PENGORBANAN,
HIJRAH ITU PERJUANGAN,
HIJRAH ITU PERSAUDARAAN,
HIJRAH MEMBENTUK PERPADUAN.

OLEH ITU MARI SEMUA,
KITA SAMBUT HIJRAH MALAYSIA,
TINGKATKAN SEMAGAT TEGAKKAN SYIAR ISLAM,
UNTUK SEPANJANG ZAMAN.

Thursday, August 14, 2008

BULAN OGOS YANG MENGGEMBIRAKAN


Salam muhasabah dan salam mahabbah dari org sabah.

Bulan ogos bukan sahaja bulan kemerdekaan tetapi juga bulan kegembiraan buat diri ini. Manakan tidak, pada bulan ini pelbagai peristiwa yang berlaku samada ianya secara kebetulan, patut berlaku dan telah ditakdirkan berlaku.

01 ogos 2008

Tarikh ini menjadi kegembiraan buat diriku kerana datuk seri anwar ibrahim (dsai) yang selama ini bermain teka-teki bila dan di mana beliau akan bertanding akhirnya sah selepas isteri tercinta yang menjadi payung terjun dalam dunia politik telah meletak jawatan sebagai ahli parlimen permatang pauh bagi memberi laluan dsai bertanding.

10 0gos 2008

Ehem2… tarikh ini sebenarnya adalah tarik lahir diri penulis yang hensem ini (ek, ensem ke..) hu hu hu…. Setiap kali menjelma birthday, soalan lazim yang diajukan oleh sahabat dan teman dan tidak terkecuali adik yang jauh di sabah “bang, bila nak kahwin…” . Saya tersenyum sendirian dan menjawab ringkas, “insya’ allah, teruskan doakan utk abg ya…” Bagus sebenarnya soalan itu sekurang2nya kita sentiasa memikirkannya dan ada persediaan ke arah itu. Oh ya terlupa pulak, sebenarnya tarikh lahir diri penulis sama dengan tarikh lahir bakal PM Msia yg ke enam, sapa lagik kalau bukan dsai. Bagi penulis kebanggaan pada persamaan itu perlu tetapi terlalu menyanjung seseorang itu perlu ada hadnya. Dsai sekurang2nya menggembleng segala kudrat, kelebihan dan auranya utk menumbangkan bee end yg zalim dlm pru 12 yang baru lalu.

15-17 ogos 2008

Tarikh ini adalah tarikh penting sebuah gerakan islam msia yang menjadikan jalan politik sebagai wasilah utk mencapai cita2 islam parti islam semalaysia (PAS). Pada tarikh ini akan berlangsungnya muktamar pas ke 54 (muktamar54.blogspot.com) yang antara topik yang hangat dibincangkan ialah keahlian bukan islam antara ahli penuh atau bersekutu. Menarik juga untuk dicatatkan di sini, jika keahlian pas di buka kepada bukan islam, bgmn kah bentuk nya nanti kerana hal ini memerlukan pindaan penting dalam perlembagaan pas. Org yg lantang menyuarakan hal ini adalah ustaz mujahid yusof rawa selaku pengerusi lajnah perpaduan pas pusat. Beliau juga bertanggung jawab menubuhkan kelab penyokong pas di Sarawak pada tahun lalu.

Anehnya, sehingga artikel ini di tulis, tiada kedengaran langsung kelab yg sama ditubuhkan di sabah walaupun pas sabah lebih maju, ahli yg ramai dan lebih dulu pas mengembangkan sayapnya di sabah berbanding Sarawak. Di harapkan perkara ini turut di ambilkira semasa berlangsungnya muktamar nanti. Bukan hendak membanding pas negeri, tetapi perlu dibuktikan kesungguhan keseluruh negeri di msia bahawa pas serius bukan sahaja di semenanjung tetapi juga di sabah. Sejarah membuktikan, jika berlaku perubahan sokongan politik di sabah, Sarawak juga akan berubah… bukankah sejak 5 bulan lalu, mp bn di sabah yg terawal mahu lompat joint pakatn rakyat? Nah, pas juga haruis serius mendengar luahan ahli dan penyokong pas dari sabah…

teringin benar nak pergi muktamar, apakan daya, transport tak de. ada yg sudi tumpangkan ke... hik2...

16 dan 26 ogos 2008

16 ogos adalah tarik penamaan calon permatang pauh yang sehingga saat ini BN buat pertama kali dalam pilihanraya kecil tidak menamakan calon pilihannya, walaupun mungkin sudah diketahui siapa calon mereka yg sebenar. Pastinya, isu2 dalam muktamar pas, akan digunakan sebaik mungkin oleh bn utk memecahbelahkan pakatan rakyat dalam pilihanraya kecil ini.

Pada pandangan penulis, BN memang senganja memilih tarik yg menyusahkan bn, apa tidaknya, sebelum pengundian 26 ogos nanti, 3 hari sebelum itu adalah kongres tahunan dap kebangsaan dan dikatakan akan berlaku pemilihan, disamping berkecamuknya negara dgn isu2 majlis peguam, 10% bukan melayu boleh masuk uitm sudah pasti sedikit sebanyak mempengaruhi kongres dap yg matlamat parti itu hak sama rata semua kaum di msia. Adalah diharapkan kongres ke, muktamar ke, isu2 semasa ke, yg pasti pakatan rakyat bijak memanfaatkan segala ruang dan peluang utk memastikan kemenangan dsai di kerusi permatang pauh seterusnya di angkat sebagai ketua pembangkang di parlimen nanti.

31 0g0s 2008

Pada tarikh ini adalah sambutan buat pertama kali hari kemerdekaan msia yang diuruskan buat pertama kali oleh menteri penuh dari sabah, iaitu datuk shafie apdal yg buat pertama kali mengumumkan mahu merebut jawatan naib presiden umno pd pemilihan agong parti itu disember ini. Mungkin ramai yg tidak tahu, sabah dan sarwak sebenarnya merdeka bukan 31 ogos, tetapi 16 september. Nah, bercampur2 sudah tulisanku ni kan…uh uh uh…..

Yang pastinya ia berkait antara satu sama lain dan tarik kemerdekaan sabah Sarawak itu adalah dateline yg ditetapkan oleh dsai utk membentuk kerajaan pusat nanti. Harap2, kerajaan yg dibentuk itu nanti, lebih baik dan lebih mesra rakyat dari sebelum ini dan lebih mesra segfala2nya, dan lebih pentinga adalah undang2 islam di angkat lebih tinggi dari undang2 sivil. (ustaz nasharuddin tantawi – sila layari http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/). Jgn islam lebih terpinggir sudah, klu islam terpinggir, bukan sahaja islam susah, kami penduduk di sabah ini akan lebih susah nanti…. Ialah, org kuat pkr sabah kan Jeffery kitingan yg pernah berhasrat mahu mengeluarkan sabah dari msia suatu ketika dahulu dan menubuhkan kerajaan kristian seperti di filifina….. sebab itu politik sabah penuh dgn drama politik perkauman yg tiada kesudahan. Apa tidaknya, islam dipinggir dan di tolak mentah2....sepatutnya pas bertanding semua kerusi muslim di sabah berbanding pkr. Sekurang2nya rakyat sabah tahu pas di sabah wujud khususnya di kwsn pedalaman sabah... harakahdaily baru2 ini mengeluarkan kenyataan bahawa antara pengunjung tertinggi laman itu ialah dari kota kinabalau (kwsn bandar). Nah, kenapa pas tidak memanfaatkan peluang itu... besar harapan penulis utk pas bertanding di setiap kwsn majoriti muslim pd pru akan datang..

Sahabatku mula sokong pas

Sehari selepas aku menyambut birthday iaitu 11 ogos 2008, aku menghubungi seorang sahabat lama yang kini sedang mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI) di pulau pinang. Sahabat ini yg sejak di sekolah dahulu istiqamah menyokong Bn. Biasalah kan, sabah kurang dapat informasi isu semasa yg ada hanya tv3, rtm, berita hairan dan utusan meloya. Itu pun, akhbar ini, hanya tiba di sabah pada jam 4 petang.... bayangkan lah.... betapa susahnya masalah di sana... di sabah bah.... sejak memasuki alam universiti pun, sahabat ini tidak pula mencampuri politik, tetapi sedikit sebanyak universiti di ukm itu, membuka mindanya tentang isu semasa. Dalam perbualan bersama sahabat itu, beliau mula terbuka utk membaca harakah, wasilah, siasah dan seumpamanya krn teringin benar mengetahui isu2 semasa yg membuatkannya berfikir dari sudut keadilan. Dan buat pertama kali beliau meluahkan rasa meluatnya dgn kerajaan bn. Semuanya bermula krn isu liwat kali ke-2 dsai. Alhamdulillah...luah ku dalam perbualan itu, sekurang2nya bertambah lagi seorang bakal pengundi pakatan rakyat di sabah kelak, krn beliau berhasrat balik ke sabah utk mengajar selepas tamat nanti. Penulis cuba membuka mindanya agar mengenali pas sedikit demi sedikit agar tidaklah dia menyokong pkr kerana dendam terhadap bn, (pas, pkr dan dap adalah komponen pakatan rakyat)tetapi kerana perjuangan yg dbawa oleh pas. Bimbang nanti, pendiriannya mudah berubah. Teringat aku pesan seorg ustaz, kita mesti menyokong sesuatu dgn jelas dan terang bukan kerana dendam, sebab dendam boleh berubah bila kemarahan dah reda...yg penting sahabat ini tidak mengundi bee end dlm p/raya akan datang, dan masa yg sama, mengenali perjuangan pas dengan jelas dan terang...

Wallahu a’lam..

p/s, alhamdulillah.....semalam ptptn dah dikurangkan kpd 1%.

bagi jak bah 0 %.... 

sila layari jugak, sahabat baru penulis dalam dunia blogers,

(http://alasrarfilqalb.blogspot.com/)

Thursday, August 7, 2008

FAKTA PILIHAN RAYA PERMATANG PAUH















Hari penamaan: 16 Ogos 2008

Pengundian: 26 Ogos 2008

Daftar Pemilih dikemas kini 31 Julai 2008

Jumlah pemilih 58,449 orang (Melayu: 68.5%, Cina: 24.8%, India: 6.3%, dan Lain: 0.4%)

Pemilih sehingga 31 Julai lepas: 58,459 orang (tambah 40 orang)

Laman web semakan pemilih: http://www.spr.gov.my

Pusat pengundian : 28
------------------------------------------------------------------------------

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 8 Mac 2008
Wan Azizah Wan Ismail (PKR): 30,338
Pirdaus Ismail (BN - Umno): 16,950

Majoriti: 13,388
Keluar mengundi: 47,442 (81.2%)
Undi rosak: 110
Pemilih: 58,449

PERKEMBANGAN YANG MENYENTUH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DAN PERMATANG PAUH

10 pagi : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuara menetapkan pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang kemungkinan ditanding Datuk Seri Anwar Ibrahim

12.30: Polis menyerahkan notis minta Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di mahkamah Jalan Duta 07 OGOS 2008

12.30 tengah hari : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 26 Ogos hari pengundian kawasan itu

3.15 petang: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR

3.55 petang: Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengadakan sidang akhbar

4.00 petang: Dewan Tertinggi Barisan Nasional mengadakan mesyuarat di PWTC, antara lain membincangkan strategi hadapi pilihan raya kecil.

URUTAN DETIK DAKWAAN SAY FOOL TERHADAP DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

28 Jun : Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim kerana mendakwa telah diliwat oleh Penasihat PKR itu.

29 Jun : Anwar menerima perlindungan sementara di Kedutaan Turki.

30 Jun : Anwar keluar dari Kedutaan Turki.

1 Julai : Anwar membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

2 Julai : Saiful muncul untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Brickfileds.

8 Julai : Anwar membuat satu laporan menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Mohd. Saiful yang mendakwa Anwar meliwatnya.

15 Julai : Anwar menyertai program debat dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang bertajuk “Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”

16 Julai :

10.05 pagi : Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung laporannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara 1 Julai lalu.

1 tengah hari : Anwar ditahan polis berdekatan dengan rumahnya di Bukit Segambut dan ditahan di IPK Kuala Lumpur.

8.35 malam : Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian DNA, bagaimanapun beliau enggan memberikan sampel DNAnya. Beliau ditahan semalaman di lokap IPK KL.

17 Julai : Anwar dibebaskan dengan jaminan polis

21 Julai : Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung laporan polis yang mendakwa beliau dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta mengenai serangan fizikal yang dialami Anwar semasa menjadi tahanan polis pada tahun 1998.

21 Julai : Anwar hadir semula di BPR untuk memberi keterangan dan menyerahkan lapan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

30 Julai : Anwar hadir di JAWI untuK memberi keterangan berhubung laporannya sebelum ini yang meminta jabatan itu menyiasat Mohd. Saiful mengikut hukum qazaf.

30 Julai : Hospital Pusrawi menafikan terdapat seorang doktor pakarnya telah menjalankan pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.

31 Julai : Datuk Ser Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar.

31 Julai : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu, siasatan kes liwat terhadap Anwar sudah selesai dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

6 Ogos : Anwar menerima sapina meminta beliau hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta untuk menghadapi tuduhan meliwat.

BE END pastinya membantu say fool ini bagi menghalang dsai ke arah menbuhkan kerajaan pada 16 sept ini.

Saturday, July 26, 2008

YB KRISTIAN SARAWAK MASUK ISLAM



"Saya sekarang Muhammad Leo Toyad…saya rasa ada kedamaian dalam Islam…" itulah jawapan spontan bekas Menteri Pelancongan ketika ditanya bagaimana beliau tertarik memeluk agama Islam.

Perihal Datuk Seri Dr Muhammad Leo Toyad Abdullah memeluk Islam bukannya perkara yang hendak diperbesarkan tetapi ceritanya yang ingin bersama Islam sejak berada dalam kabinet itu tidak pernah diberitahu pada sesiapa pun.

Beliau hanya memendam rasa dan keinginannya sejak sekian lama sehinggalah pada tarikh 17 Jun 2006 Dr. Muhammad Leo mengambil keputusan untuk di'Islam'kan oleh Iman Besar Negeri Sarawak.

Pada mulanya beliau yang masih lagi panggil oleh rakan-rakan sebagai Dr. Leo agak segan menceritakan hal itu kerana menganggap terlalu peribadi, namun akhirnya menjawab juga beberapa soalan.

Dr. Leo, sebelum ini beragama Roman Khatolik mempunyai seorang isteri dan empat orang anak yang sudah menjangkau umur lebih 18 tahun.

"Mereka tidak bersama saya…" jawab kepada WARTAWAN semasa berbual dengannya di bangunan Parlimen ketika ditanya samada isteri dan anak-anaknya ikut sertai Islam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen P212 Mukah mengakui tertarik dengan Islam kerana ramai dikalangan ahli keluarganya telah memeluk Islam.

Sebagai seorang baru dan tidak tahu tentang Islam, Dr. Leo kini sedang mendalami pengajian Al-Quran dan hukum hakam Islam melalui seorang ustaz.

"Saya juga seperti biasa menunaikan solat di masjid dan surau serta mengikuti pengajian di majlis ilmu yang adakan di masjid-masjid," katanya.

Disamping itu, Dr. Leo juga membaca buku-buku mengenai Islam, membaca sebutan ayat-ayat Al-Quran dengan betul dan turut menggunakan tape dan CD.

Dr. Leo dilahirkan di Mukah, Sarawak pada 11 April 1950, mendapat pendidikan awal di SRB St. Patrick Mukah pada tahun 1957 kemudian meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah di SMB St. Patrick Mukah pada tahun 1963, SMK Three Rivers Mukah pada 1968 dan SMK Tanjong Lobang Miri pada 1969.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri pada tahun 1976.


Pada tahun 1977 Dr. Leo telah memulakan tugas sebagai Pegawai Perubatan dan Kesihatan di Jabatan Kesihatan Sarawak dan sekali lagi kembali ke UM kemudiannya berjaya menerima Ijazah Sarjana Kesihatan Awam pada tahun 1981.

Bergiat aktif dalam politik setelah menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah pada tahun1980.

Kini sebagai Ketua PBB Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah, Ketua Bahagian Limbang dan Naib Presiden PBB Pusat.

Beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sosial. Beliau kini adalah Pengerusi Saberkas Sarawak sejak 1998, Penaung dan ahli seumur hidup Persatuan Melanau Miri sejak tahun 1989, Presiden Persekutuan Melanau Sarawak semenjak tahun 2004 dan Penasihat Persatuan Bolasepak Bahagian Mukah sejak tahun 1998.

Pada tahun1982, Dr. Leo telah meninggalkan tugasnya di Jabatan Kesihatan Sarawak untuk bertanding mewakili Barisan Nasional di kerusi Parlimen Mukah dan memenangi kerusi tersebut buat kali pertamanya.

Dr. Leo juga terus berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen kawasan Mukah untuk tahun-tahun pilihan raya 1986, 1990, 1995, 2004 dan 2008.

Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Luar Negeri semasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menterinya.

Tuesday, July 1, 2008

Tuduhan Anwar Meliwat Bahagian 3: Saiful Bahri Yang Sebenar



Salam...

baru sebentar tadi, seorang sahabat, teman dan rakan akrab Mahdi atau kasman mohamad, dari tawau sabah, bertanyakan pada saya berkenaan isu "liwat" sanga raja wali (dato' seri anwar ibrahim). begitu juga beberapa rakan taulan yang sentiasa komited pada isu semasa yang melanda negara yang tercinta ini bertanyakan hal yang sama. saya bukanlah pakar dalam politik, tetapi sudah menjadi tabiat diri ini melayari internet setiap hari untuk menilai setiap inci isu2 terkini dan menapisnya dari sudut pandangan saya sendiri.

Berikut adalah rumusan yang saya peroleh dari pelbagai laman sesawang di alam maya saya mengalu-alukan jika ada info untuk dikongsi bersama. Wassalam.

gambar di atas jelas tertera gambar Saiful Bahri bersama Pimpinan umno. Dalam ilmu komunikasi dan kewartawanan yang saya pelajari, "Sekeping Gambar Membawa Erti seribu makna". Mungkinkah Tuduhan liwat ini adalah rancanagn halus Najib Mongolia untuk menutup isu altantuya?

Kebenaran akan terserlah jua...

Sumber Pertama → TKO

a) Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.

b) Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN).Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.

c) Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?

d) Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.

e) Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Saya masih kekal dengan andaian bahawa Saiful Bukhari ini merupakan agen orang kenamaan yang bimbang kisah Malaysia-Mongolia-nya dibuka media. Kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.

f) Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.

Sumber Kedua : Harakahdaily

a) Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya tahun lalu, dalam pilihanraya umum Mac, mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.

b) "Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber yang dipetik daripada Malaysiakini dan beliau juga didakwa merupakan sukarelawan kempen KeADILan sewaktu pilihan raya umum yang lalu.

c) Dalam pada itu perkara yang agak menghairankan banyak pihak ialah kemampuan Saiful menyewa Unit 1151 of Kondominium Desa Damansara di Kuala Lumpur jika dilihat dari sudut latar belakang pekerjaannya.

d) Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan sebuah unit kondo mewah itu berharga sekitar RM 2.2 juta manakala sewa bulanannya adalah diantara RM7,500 sehingga RM15,000 yang mana terdapat kemudahan seperti sauna, kolam renang, gelanggang squash dan tennis serta 'fitness centre'.

Sumber Ketiga : TKO

Siapa Saiful Bukhari ini? mengikut fakta, Saiful Bukhari ini merupakan bekas pembantu di Pejabat TPM Najib, bekas MPP UNITEN yang tidak berjaya menamatkan pelajaran. Apakah kelayakannya sehingga dilantik untuk membantu pemegang "Diari Merah" Anwar Ibrahim yang cukup digilai oleh Golongan Opportunist muda yang rakus, khasnya era pasca PRU12....??

Sumber Keempat : malaysiakini

a) Mohd Saiful disifatkan sebagai seorang yang ligat berpolitik dan bijak mengambil peluang sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi.

b) "Selepas proses pemilihan ketua dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), walaupun dari segi undian berada di tempat kedua atau ketiga tercorot, beliau berjaya mempengaruhi orang lain yang dapat undi lebih tinggi daripadanya agar memilih beliau sebagai timbalan presiden."

c) Pemimpin majlis itu bagi sesi 2006/07 didakwa lebih menonjol daripada presiden sendiri kerana bijak mempromosikan diri sendiri, tambah sumber yang pernah mengenalinya.

d) Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya tahun lalu, dalam pilihanraya umum Mac, mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.

e) "Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber.

f) Anak kelahiran Johor yang membesar di Damansara itu dipercayai mendekati pentadbiran pejabat Anwar melalui teman lamanya Rahimi Osman yang ketika itu bertugas di pejabat berkenaan.

g) Kedua-dua rakan sebaya itu dipercayai berkenalan sejak berumur 13 tahun kerana belajar di sebuah sekolah yang sama di Damansara.

h) Rahimi bertanggungjawab menyelaraskan jadual dan mengiringi ketua umum PKR itu dalam program-program yang dihadirinya ketika pilihanraya Mac lalu – kali pertama Mohd Saiful dilihat bersama kumpulan penyokong dekat Anwar.

i) Namun, selepas Rahimi tidak lagi bertugas di pejabat itu lebih kurang sebulan lepas, tugas-tugas itu diambil alih oleh Mohd Saiful.

j) "Tidak pasti bagaimana proses dia masuk, mungkin waktu itu tidak ada orang," kata sumber, sambil menambah, jawatan anak muda itu di pejabat Anwar "tidak jelas".

k) "Dalam kad nama dia, hanya bertulis nama dan dan pejabat Anwar (tanpa nama jawatan)."

l) Usaha mendapatkan reaksi daripada Mohd Saiful sehingga kini gagal. Beliau tiada di rumah bapa saudaranya di Bandar Utama sewaktu lawatan Malaysiakini tengah hari tadi

Sumber Ke lima : Blog Lim Kit Siang
a) Saiful Bukhari bin Azlan.
b) IC No.: 850706-01-5687.
c) IPTA: UNITEN.

Sumber ke enam : TKO

Tunang Saiful ialah Janna Mohd Zaki

Monday, June 30, 2008

PENAFIAN NAJIB ATAU PENIPUAN ALTANTUYA?

video

Tuduhan Anwar Meliwat, Bahagian 2: Adakah ini DALANGnya..?

Salamun' alaik...
Bila isu Liwat terbaru terhadap DS Anwar dihebohkan sekali lagi, banyak Fakta yang boleh kita renung dan fikirkan bersama antaranya,

1. Isu ini timbul hanya apabila DS Anwar mengatakan bahawa beliau mahu mendedahkan bukti -bukti salah guna kuasa yang dilakukan oleh Gani Patail dan Musa Hassan... Adakah ini DALANGnya..?

2. Dua tiga hari sebelum ini kita dikejutkan dengan pengakuan Bersumpah Raja Petra yang telah membawa kepada siasatan terhadap isteri Timbalan Perdana Menteri serta ulasan DS Najib (mata berpusing macam gelabah jer) sendiri.. Adakah ini DALANGnya ..?

3. Perdana Menteri Terkejut? tetapi masih boleh memberi ulasan yang boleh dipertikai ,

a) Mengarahkan polis menjalankan penyiasatan kepada yang didakwa tetapi tidak kepada yang mendakwa,malah mengatakan pula " saya tidak arahkan sesiapa,,biarlah polis jalankan tugas "..Macam mana ni kejab arah..kejab tidak..

b) Menafikan beliau serta orangnya terlibat dalam konpirasi ini, tetapi menuduh pula DS Anwar yang menafikan isu liwat ini, "Biasalah,dalam hal ini siapa nak mengaku "

c) Tiada langsung berita (Buletin utama ) hari-hari sebelumnya mengenai Perdana Menteri untuk mengulas beberapa isu,hanya DS Najib yang menjawab,tiba-tiba kita terkejut beliau rupanya ada...
Adakah ini DALANGnya..?

4. Perkara biasa dalam pentadbiran sekarang,apabila yang dituduh pihak pembangkang,fokus terus diberikan kepada yang didakwa,tidak kepada yang mendakwa,untung DS Najib walau dituduh tidak juga ditangkap. Mari kita lihat yang mendakwa -Si Saiful Bukhari b. Azlan.

a) Menurut Kak Wan,Saiful ini hanyalah pembantu sukarela yang membantu partinya sewaktu pilihanraya lalu..maka boleh kah beliau rapat dengan DS Anwar ? Kalau DS Najib MUNGKIN juga,sebab ada bukti gambarnya dengan orang kuat DS Najib.

b) Tengok pula laporan polis yang dibuat :

No. Repot: 4350/08, Balai Polis Jalan Travers, K.L.:

Pada 28/6/08 jam 1745 satu repot di HKL oleh Mohd Saiful Bukhari b. Azlan [ No.K/P: 850706-01-5687], umur 23 tahun, kandungan repot:

"Saya Mohd Saiful Bukhari b. Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya.Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondo Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, K.L. Oleh itu tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan ke atas saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Sri Anwar Ibrahim-Ketua Umum PKR."

= Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya dan kali terakhir pada 26/6/08, ada 2 fakta yang boleh kita pertikai - Seorang muda yang baru berumur 23thn,mustahil tidak mampu melawan DS Anwar yang umurnya 60thn. Bak kata orang sekali sepak jatuh tergolek.

- Kejadian didakwa telah berkali-kali, dah berapa kali?,tak kan tak ingat bila ? Kenapa lepas kena tangkap polis baru nak buat repot?.- Lepas ni akan muncul pula orang lain mendakwa dia diliwat ,cuma diharapkan JANGAN tersalah letak TARIKH waktu DS Anwar pergi Umrah dah lerr...

Adakah ini DALANGnya..?

5. Dalam siri ceramahnya.Sdr Ezam,mengatakan bahawa beliau akan menghalang DS Anwar dari jadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun.. Adakah ini DALANGnya.

6) Menteri serta media yang pro kerajaan akan mengulas isu ini yang kita sendiri sudah tahu apa dia..Cuma jangan lupa..

"SESUNGGUHNYA ALLAH AMAT MENGATAHUI ".

Tuduhan Anwar Meliwat Bahagian 1: Laporan Polis oleh Saiful Bahri

No. Repot: 4350/08, Balai Polis Jalan Travers, K.L.:

Pada 28/6/08 jam 1745 satu repot di HKL oleh Mohd Saiful Bukhari b. Azlan [ No.K/P: 850706-01-5687], umur 23 tahun, kandungan repot:

"Saya Mohd Saiful Bukhari b. Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya.Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondo Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, K.L. Oleh itu tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan ke atas saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Sri Anwar Ibrahim-Ketua Umum PKR."

Tuesday, June 24, 2008

Pakatan Rakyat dan Nasihat Menteri Besar Kelantan


01 April 2008, satu lagi tarikh bersejarah kepada pakatan pembangkang apabila gabungan tiga pembangkang utama negara iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP bersetuju menubuhkan gabungan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat bagi mengambarkan kerjasama di antara ke tiga-tiga parti tersebut.

Sebenarnya PKR, Pas dan DAP bersama Parti Rakyat Malaysia (PRM) pernah bersama dalam Barisan Alternatif (BA) semasa era reformasi pada tahun 1999. Tetapi, oleh kerana DAP tidak tahan dengan desakan penyokongnya diperingkat akar umbi yang menolak Negara Islam, maka Dap meninggalkan BA pada tahun 2001.

Jika disorot sejarah pakatan pembangkang di Malaysia, Pakatan Rakyat adalah rebranding kali ke Sembilan bagi gabungan beberapa parti pembangkang dalam mendepani cabaran Barisan Nasional (BN) sejak tahun 1964. Sepanjang gabungan itu, hanya pada pilihanraya umum ke 12 sahaja pakatan pembangkang berjaya menafikan majoriti dua per tiga BN.

Permulaan gabungan pembangkang pada asasnya mempunyai sejarah yang panjang. Ianya bermula apabila Pas bersama PRM dan Parti Buruh menentang Parti Perikatan (BN) pada tahun 1964. Percubaan seterusnya ialah pada pilihanraya umum tahun 1978, atas nama Barisan Rakyat yang dianggotai DAP dan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Barisan Rakyat pada ketika itu dikatakan gagal kerana penyertaan Pas dalam BN atas pelawaan Perdana Menteri Almarhum Tun Abdul Razak. Pas sebelum itu antara pembangkang yang kuat menyaingi pengaruh BN.

Pakatan pembangkang dalam mengharungi pilihanraya tahun 1986 pula adalah detik-detik awal kepada kerjasa rasmi antara Parti Pas dan DAP dalam menentang BN. Harakah Keadilan Rakyat (HAK) yang dipimpin oleh Pas merangkumi hampir keseluruhan parti pembangkang seluruh semenanjung. Walaupun dalam pilihanraya itu DAP menarik diri disaat-saat akhir kerana tidak mahu dikaitkan dengan Pas, tetapi HAK berjaya menyatukan Parti Nasionalis Malaysia (NASMA), yang diketuai oleh bekas ahli Umno, dan Parti Demokratik Sepakat (SDP). Parti Demokratik Sosialis adalah nama asal SDP yang dianggotai oleh bekas pemimpin PRM dan DAP.

Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang menubuhkan Parti Semangat 46 (S46) setelah keluar dari Umno pada tahun 1990, memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang. Ku Li berjaya menyatupadukan pembangkang pada dalam satu gabungan yang bernama Gagasan Rakyat (GR) yang terdiri daripada DAP, PRM Barisan Progresif India (IPF) dan Parti Bersatu Sabah (PBS). Manakala di Kelantan pakatan pembangkang di kenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang menghimpunkan Parti S46, PAS, Parti Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), dan Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM). Hasilnya, APU menang seratus peratus kerusi di Kelantan dan GR pula gagal di peringkat nasional dalam usahanya menubuhkan kerajaan. S46 dibubarkan pada tahun 1996 dan Ku Li menyertai Umno semula. IPF dan Kimma selepas itu menyokong BN dan PBS kini di dalam BN

Pas dan DAP yang berbeza ideologi akhirnya bersetuju untuk bergabung buat pertama kali dalam Barisan Alternatif (BA) bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 10 pada tahun 1999 yang menyaksikan Pas berjaya memerintah Terengganu selain mengekalkan pemerintahan di Kelantan.

Kini, ke tiga-tiga parti Pas, PKR dan DAP bergabung lagi dengan jenama baru iaitu Pakatan Rakyat (PR) bersama Harapan Baru untuk Malaysia yang Lebih Adil. Persamaan asas PR ialah ianya dibentuk dalam kerangka seluruh Rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dalam pilihanraya baru-baru ini mahukan perubahan dan amat mengharap kerajaan BN bertukar kepada PR. Ini terbukti apabila pembentukan kerajaan Negeri Perak dan Selangor mahukan kerjasama erat ke tiga-tiga parti berkenaan dengan menepikan perbezaan pendapat dalam mengurus negeri itu mengikut prioriti, tiada rasuah, lebih adil dan lebih telus di samping mengutamakan kebajikan rakyat.

Ternyata dalam hal pembentukan Pakatan Rakyat ini, pengaruh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz amat bermakna dan membuahkan hikmah. Selaku Ulama yang disegani kawan dan lawan, beliau bijak membaca suasana dan mood rakyat. Buktinya dapat di lihat melalui Surat Terbuka Mursyidul Am Pas itu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang antaranya berbunyi

“Tahniah yang sejujurnya buat Datuk Seri dari saya.

Dalam meneruskan fasa perjuangan berupa pengisian di negeri-negeri 5+1 (Kedah, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Wilayah Persekutuan), saya masih terasa akan perlunya kita untuk lebih berhati-hati.

Terkini, setelah membaca dan mengikuti rentak respons rakan-rakan pimpinan kita di dalam PAS dan BA pada umumnya, yang mengatur langkah apa yang dinamakan sebagai ‘era pembaharuan 100 hari’, mungkin ada baiknya kita menyegerakan langkah mewujudkan badan penyelaras peringkat pusat.

Ia wajar berfungsi sebagai badan pemantau keutamaan program bertindak mengisi pelaksanaan manifesto ‘negara kebajikan’ mengikut marhalah di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

Apa yang mustahak diawalkan harus didahulukan dan apa yang mungkin kurang prioriti bolehlah dikemudiankan. Mungkin, jika hikmahnya sesuatu itu tidak disebutkan, maka ia seeloknya didiamkan sahaja buat sementara waktu.

Dalam keghairahan menerima kemenangan, kita perlu cermat di sini. Sesungguhnya, ini saya kira terlalu penting kerana kehadiran kita terkini cukup diikuti oleh seluruh lapisan rakyat dan seteru kita

Buat diri saya sendiri, InsyaAllah, saya akan lebih berhati-hati untuk mendokong roh kesedaran ini.

Semoga keadaan kita yang seiring saling pesan memesan ini akan sentiasa dipimpin oleh petunjuk dan keredhaan dariNya jua.

wallahu’alam”

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas.

Musyidul bermaksud penunjuk jalan. Beliau sentiasa menjadi rujukan dan panduan buat ahli-ahli pas dalam mendepani mehna dan tribulasi yang semakin kompleks kini. Tuan Guru Nik aziz, begitulah sifatnya dalam merencanakan sesuatu perkara. Membaca situasi dan bertindak dengan cermat sesuai dengan sifatnya sebagai Ulama , ahli politik, Mursyidul Am dan Menteri Besar Kelantan.

Frasa yang berbunyi “Apa yang mustahak diawalkan harus didahulukan dan apa yang mungkin kurang prioriti bolehlah dikemudiankan. Mungkin, jika hikmahnya sesuatu itu tidak disebutkan, maka ia seeloknya didiamkan sahaja buat sementara waktu” mungkin merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Kedah yang baru Ustaz Azizan Abdul Razak yang mahu melaksanakan Undang-undang Hudud di negeri itu.

Sewajarnyalah pihak Pakatan Rakyat mengamati setiap bait-bait dan ayat Mursyidul am Pas itu dalam melaksanakan apa-apa tindakan yang boleh dimanipulasi oleh BN, kerana sesungguhnya rakyat dan seluruh dunia kini sedang melihat sejauh mana Pakatan Rakyat yang dibentuk ini mampu bertahan. Penilaian juga sudah pastinya melihat kesungguhan Pimpinan DAP dan Pas dalam mendidik ahli-ahli di peringkat akar umbi agar menghormati dan menyokong kerjasama ini agar tidak berhenti sekerat jalan seperti yang berlaku kepada nama Barisan Alternatif (BA).

Khususnya dalam rangka Pakatan Rakyat mengisi kemenangan dalam tempoh selepas 100 hari ini.

Monday, May 19, 2008

Muslihat mahathir disebalik keluar umno


Tun dr mahathir mohamad yang juga bekas presiden umno hari ini meninggalkan parti itu atas tujuan mendesak agar perdana menteri yang dilantiknya sendiri menggantikan beliau agar berundur diri dan berharap digantikan oleh najib razak, yang juga timbalan presiden umno merangkap pengarah pilihanraya bn dalam pilihanraya umum (pru) baru-baru ini.

Beberapa hari yang lalu pula beliau memberitahu wartawan bahawa beliau telah pun bertemu najib bin razak selepas beberapa kali dihalang oleh pak lah dari menemui beliau.

Apakah muslihat mahathir dosebalik pengishtiharannya keluar parti dan mengalu-alukan ahli-ahli umno yang lain agar turut mengikut jejak langkah beliau dan masuk semula umno selepas pak lah letak jawatan? Mahathir pasti mempunyai agenda pribadi disebalik semua ini. Mungkin benar mahathir saying umno, tetapi ianya boleh diragui selepas keluar parti hari ini. Apa yang pasti, mahathir masih risau jika pakatan rakyat yang diterajui datuk seri anwar ibrahim mungkin membentuk kerajaan yang dijangkakan pada 16 september tahun ini.

Umum mengetahui bahawa jika pakatan rakyat berjaya membentuk kerajaan, sudah pastinya mahathir boleh bertambah-tambah sakit jantungnya dan mungkin sekali lagi akan masuk ke ijn ataupun sekurang-kurangnya harapan anaknya untuk mendaki jawatan yang lebih tinggi dalam umno akan berkubur ataupun banyak kepentingan mahathir dalam kerajaan akan terjejas termasuklah tanah di kawasan merotai yang dibelinya semasa menjadi perdana menteri.

Tun dr mahathir pastinya tidak rela jika anwar yang menjadi perdana menteri walaupun pernah mendidik bekas timbalan perdana menteri itu selama 16 tahun sebelum diaibkan dan mencatat sejarah hitam dalam politik negara hingga ke hari ini.

Jika orang seperti anwar itu berjaya digulingkan oleh mahathir, apalah sangat dengan pk lah yang digelar lembap, kuat tidur dan mudah dipengaruhi oleh penasihat disekelilingnya termasuk menantu dan kelurga terdekatnya.

Adalah diharapkan pakatan rakyat tidak terperangkap dengan isu ini dan diharap pakatan rakyat sesegera mungkin membentuk kerajaan dalam bulan ini juga bagi mengelakkan najib mrnduduki kerusi singgahsan politik negara.

Ada yang berpendapat, jika najib berjaya menjadi pm dalam tempoh terdekat ini pastinya beliau akan membalas dendam terhadap datuk seri anwar sesegera mungkin dan membuat muslihat dan tipu daya yang lebih zalim dari mahathir sebelum berlangsungnya pilihanraya umum akan datang ataupun sebelum September ini.

Pastinya yang lebih malang jika najib razak menjadi pm, wang rakyat akan dihabiskan dengan lebih banyak dan kerap menerusi projek PLKN yang diasaaknnya yang sehingga artikel ini ditulis seramai 16 orang.

Kualiti kraf tangan Sabah perlu bertaraf dunia

Pengusaha kraf tangan Sabah perlu meningkatkan kualiti produk tempatan itu bagi membolehkan mutu penghasilannya memenuhi tahap pasaran antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, langkah ke arah itu perlu memandangkan pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk memasar produk-produk tempatan ke luar negara.

"Produk kita seperti kraf tangan ini masih ditahap rendah jika dibandingkan kraftangan dari negara jiran yang dijual di negeri ini.

"Perkara ini berlaku disebabkan kita terlalu cepat berpuas hati atau dari segi pembuatan sekadar 'cukup sudah siap' dan boleh jual. Sesetengah pengusaha tidak mengambil kira kualiti kraf tangan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran program Kraf tangan Eksotik 2008 dan Hari Muzium Antarabangsa peringkat negeri di Kampung Warisan, Kompleks Muzium Sabah, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Muzium Sabah, Datuk Joseph Guntavid dan Pengarah Balai Seni Lukis Sabah, Datuk Yaman Mus.

Bagi mengatasi masalah itu, Masidi menyarankan agar pengusaha kraf tangan men- jadikan perusahaan mengeluar produk kraf tangan sebagai satu kerjaya yang tetap.

"Kalau mahu cemerlang dalam bidang ini kita harus anggap kerja ini sebagai sepenuh masa dan mengambil inisiatif daripada mereka yang berkemahiran," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menggesa pihak pengurusan Muzium Tamadun Islam supaya membawa lebih banyak barangan pameran berkonsepkan ilmu Islam dari luar negara.

Menurut beliau, cara tersebut akan dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Muzium Tamadun Islam.

Hari Gawai: Masyarakat Dayak dinasihat berjimat

Masyarakat Dayak di Sarawak dinasihatkan supaya berbelanja dengan berhemah menjelang perayaan Hari Gawai Dayak pada 1 dan 2 Jun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan (gambar) berkata, mereka harus mempertimbangkan keadaan ekonomi semasa serta krisis bekalan makanan yang dihadapi kini, dalam berbelanja.

Menurutnya, dengan amalan ber- belanja secara ber- hemah, mereka da- pat membantu me- ngurangkan kesan kenaikan harga ba- rangan dan krisis makanan yang kini memberi tekanan kepada masyarakat dunia.

"Justeru semasa menyambut perayaan Gawai Dayak akan datang ini, kita hendaklah juga memikirkan isu-isu ini (kenaikan harga barang dan krisis makanan) supaya kesannya boleh dikurangkan.

"Berbelanjalah dengan cara paling sederhana supaya kita boleh mengelakkan pembaziran dan men- jejaskan perbelanjaan untuk hari yang mendatang," katanya.

Beliau berucap pada majlis Sambutan Perayaan Gawai Dayak Bahagian Miri anjuran gabungan kesemua 14 persatuan Dayak di Miri yang diketuai Persatuan Dayak Miri, di Dewan Utama, Eastwood Valley Golf & Country Club.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam.
Sabung ayamJacob yang juga penaung perayaan Gawai bahagian Miri turut meminta supaya masyarakat Dayak mengurangkan amalan minum minuman keras dan sabung ayam sewaktu perayaan tersebut.

Sebaliknya beliau menegaskan, generasi hari ini perlu memberi contoh yang baik dengan mengekalkan adat resam dan tradisi kunjung-mengunjung.

"Kita juga harus mendokumentasikan adat resam dan kebudayaan masyarakat Dayak supaya boleh diwariskan kepada generasi baru akan datang," katanya.

Dalam pada itu, Hong Nam pada ucapan perasmiannya meminta rakyat di negeri ini mengambil pe- ranan dalam menangani isu krisis makanan dan kenaikan harga berterusan pelbagai barangan di pasaran dunia.

Katanya, amalan pertanian sekadar cukup makan juga perlu ditukar kepada pertanian berskala besar dan komersial yang mana ia dapat meningkatkan ekonomi negeri Sarawak pada masa akan datang.

"Kita mahu menghasilkan makanan sendiri bagi menampung keperluan jangka masa panjang rakyat negara ini,'' katanya.

Sementara itu, pelatih pramugari, Elizabeth Anon Lee, 19, dari Jih, Kanowit dinobatkan Kumang Iban, manakala Teresa Baru, 24, dan Fellisias ak Bledaeng, 18, masing-masing diumumkan sebagai Keligit Gawai dan Kumang Bidayuh.

Mereka bertiga membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala, sijil dan sejambak bunga.
Bagi kategori Keling-Belawan Gawai Dayak 2008 pula dimenangi Mecky Lawai Laing, 21, dari Long Julan Baram. Beliau menerima wang tunai RM700.

Pada majlis yang sama, seramai 114 pelajar Dayak yang memperoleh keputusan A dalam semua mata pelajaran pada peperiksaan awam tahun 2007 turut menerima anugerah pelajar cemerlang.

Sunday, May 11, 2008

Tanya Sama Babi

Tanya Sama Babi..
Apa sebab J.E...
Nanti Jawab Babi...
Makan Tahi Kutty...

Tanya Sama Kutty..
kenapa Bela BABI...
nanti jawab Kutty...
mana ada lagi??..
aku dah bagi bedawi

tanya sama babi..
kenapa jadi SB...
nanti jawab babi..
cukup bulan makan gaji....

tanya sama babi
kenapa TOL naik lagi
nanti jawab Samy
mau kongsi sama Kutty

tanya sama babi
sapa Ibrahim Ali
nanti jawab babi
si lompat parti

tanya sama babi
sang gagap nak jadi menteri
nanti jawab kutty
lantik anak sendri

tanya itu babi
tak masuk spital lagi
nanti jawab babi
orang IJN dah benci

tanya sama SB
kenapa jadi babi
pukul melayu dpt gaji
hari-hari boleh OT

tanya sama SB
berapa banyak gaji
nanti jawab babi
habih kat meja judi

tanya sama babi
kenapa siput babi
nanti jawab SB
muka aku mcm babi

kenapa muka cam babi
nanti jawab babi
babi tak pukul babi
SB bela Kutty

tanya sama Kutty
sapa interview SB
manusia jenis babi
babi yg makan babi

Wednesday, April 16, 2008

Dilema Parti Terkecil BN

Parti komponen BN yang terkecil dan tertua di negeri Sabah dan juga parti yang paling bermasalah dan cuba mengajar umno erti disiplin iaitu Parti Liberal Demokratik (LDP), menerusi Presiden Parti itu yang pertama kali memenangi kerusi Parlimen Sandakan Datuk V.K Leong telah memecat dan menggantung keahlian ahli parti mereka termasuk naib presiden parti itu yang juga bekas Adun Merotai Datuk Liew Yun Fah.

Dalam satu kenyataan media pada Ahad (13 April), Presiden LDP, Dato' Liew Vui Keong mengumumkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merotai, Dato' Liew Yun Fah, digantung keahlian berkuatkuasa di hari sama. Yun Fah adalah juga Naib Presiden LDP. Beliau digugurkan daripada mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai pada pilihan raya bulan lalu.

Turut digantung keahlian mereka ialah empat yang lain, iaitu Bendahari parti yang juga Pengerusi LDP Bahagian Karamunting, Lawrence Tan Kien Yee; Ahli Majlis Tertinggi (MT) LDP, Francis Chang Yin Kong; Ketua Pemuda LDP Merotai, Vun Nyuk Onn dan Ketua LDP Bahagian Balung, Raymond Sia Vun.

Sehari selepas itu pula, Parti terkecil dan paling lantang menuntut tambahan kerusi sebelum pilihanraya iaitu Parti Progresif Penduduk (PPP) melalui Pengerusi PPP Sabah mempelawa Bekas Adun Merotai parti LDP itu untuk menyertai PPP dan bersedia mengangkat Datuk Liew Yun Fah sebagai pengerusi baru PPP Sabah.

Umum mengetahui PPP adalah parti yang terpinggir dan tidak dipedulikan oleh BN samada sebelum atau selepas pilihanraya. Ini terbukti apabila Presiden PPP Datuk M Kayveas yang kalah dalam usahanya mempertahankan Kerusi Parlimen Taiping tetap datang semasa taklimat ADUN dan ahli Parlimen BN yang diadakan di PWTC baru-baru ini.

Kayveas yang juga ahli politik terakhir meninggalkan tempat jamuan BN pada hari itu, menanti-nanti wartawan untuk ditemuramah walaupun ramai yang tahu beliau tidak lagi popular di mata rakyat.

Begitu juga dengan satu lagi parti komponen BN yang bermasalah dan semakin tidak relevan terutama selepas kekalahan teruk mereka di Pulau Pinang dalam pilihan raya lalu iaitu parti Gerakan menerusi Pemangku Presidennya Tan Sri Dr. Koh Tsu koon menunggu wartawan di meja makan dengan harapan ada liputan diberikan.

Begitulah kisah dan nasib parti terkecil BN, hidup segan, mati tak mahu. Persoalannya, bilakah parti terkecil ini ingin meninggalkan Gagasan BN yang ditubuhkan pada tahun 1974 itu untuk menyebrang ke gagasan baru yang lebih relevan sebagai harapan baru untuk rakyat Malaysia iaitu Gagasan Pakatan Rakyat (PR)? Melihat kepada senario semasa, adalah lebih afdal jika parti-parti terkecil itu mencontohi parti terkecil yang ada dalam PR yang bijak memanfaatkan peluang dan suasana semasa untuk kepentingan rakyat. Parti terkecil PR yang dimaksudkan ialah Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan Parti Demokratik Malaysia (MDP). Kedua-dua parti ini bertanding atas tiket PKR dalam Pilihanraya 12. Kini sudah tiba masanya parti terkecil dalam BN itu sama-sama membaca mood rakyat yang mahukan Kerajaan Baru untuk memerintah Malaysia ke arah negara yang Maju, Adil, maanah, berkebajikan dan lebih penting lagi ialah diberkati Allah selaku pemilik alam ini. amin…

Thursday, March 27, 2008

Ghapur memang tidak layak?

Timbalan Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar, Dato' Abd Ghapur Salleh yang menang tanpa bertanding di Parlimen Kalabakan dalam PRU ke-12 baru-baru ini adalah tidak LAYAK untuk memegang sebarang portfolio atau apa-apa jawatan dalam kerajaan bilamana beliau masih mempunyai hutang tertunggak dengan Jabatan Air Sabah sebanyak RM23,957.20 sehingga 29 November 2007.
Bil tersebut boleh dicetak di mana-mana Pejabat Jabatan Air Sabah melalui No.Akaun 0866860-0865987 dengan nama Abd Ghafur Bin Hj. Salleh. Bil terakhir yang dikeluarkan ialah pada 28 Dec 2004 dengan jumlah tunggakan sebanyak RM23, 934.20.
Sekiranya disemak, boleh jadi beliau merupakan satu-satunya rakyat Sabah yang mempunyai hutang tertunggak individu yang paling tinggi dan boleh dimasukkan dalam buku rekod Malaysia Boleh.
Apa yang menyedihkan rakyat dipaksa untuk membayar bil yang melebihi RM100 ke atas, sesiapa yang engkar akan diberikan notis pemotongan . Sekiranya dalam tempoh notis, pengguna gagal membayar maka bekalan air akan dipotong.
Berbeza dengan Timbalan Menteri ini, memandangkan beliau mempunyai pengaruh politik dan jawatan, beliau boleh menggunakan air sehingga RM23,957.20, Walaupun notis diberikan, tetapi bekalan tetap juga tidak dipotong memandangkan beliau dikategorikan sebagai VIP. Sekiranya, beginilah yang diamalkan oleh pemimpin BN masa kini, maka pastilah Negeri yang terpaksa menanggung hutang kepada pihak konsesi Loji Rawatan Air. Patutlah Negeri Sabah berhutang dan telah menceceah ratusan juta ringgit malahan mencapai angga Bilion disebabkan ada pengguna VVIP yang mempunyai hutang tertunggak.

Thursday, March 6, 2008

PKR akan dapat tawan kerusi DUN Sulabayan

SEMPORNA : Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin akan dapat menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Sulabayan Semporna menjelang pilihan raya Ke-12,8 Mac ini.

Calon Keadilan DUN Sulabayan,Haji Mohd Abd. Wahab Panglima Abdullah,67, berkata ini berdasarkan sokongan daripada masyarakat khususnya mereka yang tinggal di sekitar pulau di daerah Semporna.

“Mereka sudah muak dengan pelbagai janji yang dilemparkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sehingga kini gagal ditunaikan.

“Rakyat juga tidak begitu gemar dengan calon yang bertanding di DUN Sulabayan yang disifatkan sebagai bermasalah sekaligus tidak berupaya membawa perubahan sekaligus gagal menyelesaikan masalah penduduk di DUN Sulabayan,” katanya.

Beliau berkata demikian,ketika ditemui di kediaman rasminya di Taman Semporna di sini pada Selasa lalu.

Abd Wahab yang juga Ketua PKR Bahagian Semporna berkata,begitu juga dengan isu pembinaan sebuah kilang gula,infrastruktur jalan raya,bekalan air yang membelengu penduduk khususnya di Pulau Bum Bum dan pulau sekitarnya.

Rakyat di kawasan DUN Sulabayan ingin sebuah parti yang boleh menyuarakan masalah mereka termasuk menurunkan harga minyak,barang-barang dan yuran tambahan sekolah yang sering membebankan golongan ibubapa berpendapatan rendah dan dimansuhkan supaya mereka yang berpendapatan rendah itu memperolehi manfaat daripada hasil perjuangan parti pembangkang.

“Penduduk di kawasan pulau sering dikunjungi calon BN kononya mereka boleh membawa perubahan jika diberikan peluang memerintah namun ternyata selepas beberapa penggal lalu mereka gagal membawa perubahan di kawasan DUN Sulabayan,” katanya.

Abd Wahab berkata,rakyat sudah bosan dengan tipu daya mereka terutama menjelang pilihan raya dan mereka berpendapat adalah lebih bijak jika memilih pembangkang berbanding parti kerajaan yang sedia ada.

Sebagai contoh katanya,masyarakat terpaksa membeli barangan mahal dengan harga minyak sama dengan mereka yang kaya-raya sekaligus menunjukkan wujud ketidakadilan khususnya kepada mereka yang mempunyai pendapatan rendah serta tinggal di kawasan luar bandar dan pulau.

Berhubung dengan pakatan PKR dengan calon Bebas yang bertanding di DUN Senalang,Abd Wahab menafikan wujudnya pakatan antara mereka.

“Sebenarnya calon Bebas di Dun Senallang,Asmara tidak ada kena mengena dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kami tidak pernah bersetuju bergabung atau apa sahaja istilah yang berkaitan,” katanya.

Abd Wahab berharap para pengundi di kawasan DUN Senallang tidak terpedaya dengan dakwaan dan pengakuan calon Bebas itu sebaliknya hanya Hasaman calon PKR menentang calon BN

Samson akui tugas sukar kekalkan kerusi Sri Tanjong

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sri Tanjong, Samson Chin Chee Tsu kelmarin mengakui buat pertama kalinya beliau menghadapi tugas sukar untuk mengekalkan kerusi itu sejak beliau bertanding di kawasan itu pada 1986.

Berdasarkan “situasi” di Sri Tanjong, Samson dan jentera pilihan raya BN menggunakan semua sumber yang ada dalam usaha memastikan kerusi itu yang mempunyai kira-kira 11,000 pemilih berdaftar, terus berada dalam genggaman BN.

“Ini merupakan kali pertama sejak saya bertanding dalam pilihan raya umum 1986, saya merasakan perlu bekerja lebih keras. Untuk pengetahuan anda, saya telah bertanding dalam empat pilihan raya umum dari 1986 hingga sekarang.

“Setiap pilihan raya saya bertanding. Dan ini merupakan yang paling sukar dan getir. Dan saya akui, kali ini bukan laluan mudah seperti mana jangkaan ramai. Ia pastinya sengit,” katanya.

Jentera pilihan raya BN, katanya tidak akan mengambil mudah kekuatan pembangkang di sini tetapi kerja kuat akan memastikan kerusi ini dimenangi BN.

Pada pilihan raya umum ini, Samson ditentang Wong Sze Phin Jimmy dari DAP dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kong Hong Ming Kong Fo Min. Pada pilihan raya umum 2004, Samson mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 3,907 undi menewas-kan calon DAP.

Calon PKR Sook tinggalkan kerjaya guru demi politik

KENINGAU : Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri Sook,Paul Bunsu Gitang berkata beliau sanggup melepaskan jawatan sebagai seorang pendidik untuk menceburkan diri dalam bidang politik kerana mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan itu.

Paul yang telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 23 tahun berkata keadaan di kawasannya yang masih jauh ketinggalan mendorong beliau menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya ke-12 pada 8 Mac ini.

Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan Seni Halus dan Teater dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang pada 2001-2004 berkata penglibatan luasnya dengan masyarakat kampung akan membolehkan beliau dapat berkhidmat dengan lebih baik melalui politik.

“Saya menawarkan diri untuk bertanding kerana mahu menyumbang sesuatu yang lebih bermakna dari itu saya mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalam bidang politik,” katanya.

Paul berkata menyertai sebuah parti pembangkang bukan semata-mata untuk menentang kerajaan tetapi lebih kepada memainkan peranan sebagai pemberi pandangan yang membina di mana akan dapat menentukan sesebuah kerajaan yang diperintah itu menjalankan kuasanya dengan adil dan saksama,” katanya.

“Saya mengambil keputusan untuk bertanding untuk memberikan pilihan kepada penduduk di Sook sejajar dengan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini,” katanya.

Katanya beliau menyerahkan kepada para pengundi di kawasan itu untuk membuat pilihan parti mana dan calon mana yang akan mereka pilih sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Paul terbabit dalam pertandingan empat penjuru menentang calon Barisan Nasional Datuk Ellron Alfred Angian,Sidun Manim (Bersekutu) dan Suhaidin Langkap (Setia).

Wednesday, February 27, 2008

Antara ‘beting MARO’ dan ‘MEROtai’


Dalam pilihanraya negeri Sarawak pada tahun 2006 yang lalu, Parti Islam Semalaysia (PAS) yang hanya meletakan satu kerusi untuk bertanding iaitu di N.24 Dewan Undangan Negeri Beting Maro hampir menang apabila berjaya mengurangkan majoriti BN di kerusi itu dengan mencatatkan 1901 undi berbanding dengan calon BN, Bolhasan Di yang meraih sebanyak 2796 undi dengan majoriti BN dikurangkan kepada 895 undi sahaja.

Itu cerita di sarawak. Di sabah pula pada kali ini pas meletakan calon untuk bertanding di dua kerusi iaitu Dun Sukau dan Dun Merotai. Berbanding Dun Sukau, dun Merotai mempunyai peluang yang lebih cerah untuk pas memenangi kerusi tersebut. Walaupun tidak dinafikan kemungkinan untuk pas memenangi Dun Sukau tetap ada.

Jika di Dun Beting Maro Pas berjaya mengurangkan majoriti BN, di Merotai pula pada pilihanraya 2004 yang lepas, Pas berjaya meningkatkan undinya melebihi 1000 undi dan satu-satunya calon yang tidak hilang wang pertaruhan berbanding 3 calon bebas yang menyaksikan pertandingan 5 penjuru. Pada kali ini skrip yang sama seolah-olah berulang kembali apabila kerusi Dun Merotai menyaksikan pertandingan 5 penjuru dengan sekali lagi melibatkan 3 calon bebas seperti dalam gambarajah di bawah.

Keputusan Pilihanraya Umum 2004 bagi DUN Merotai.

N19158 - MEROTAI
1. ABDUL GAFFAR BIN MOHD NOR (SETIA) 405 Hilang Deposit

2. LIEW YUN FAH (BN) 5344 Menang

3. USMAN BIN MADEAMING (PAS) 1039 Kalah

4. MOKTAR BIN AHMAD (BEBAS) 441 Hilang Deposit

5. FOO CHEE KING (BEBAS) 584 Hilang Deposit

N58 MEROTAI (Pilihanraya Umum 2008)
Jumlah Pengundi: 13,931 Peningkatan jumlah pengundi:

B/I: 66.79% B/B/I: 7.68% C: 23.49% L: 2.04%


1. Moktar Ahmad (Bebas)


2. Mohamad Abdullah (Pas)


3. Pang Yuk Ming (BN - LDP)


4. Soon Ten Fook (Bebas)


5. Salman Nurullah (Bebas)


Jumlah undi: Majoriti: Undi rosak:
Penyandang: Datuk Liew Yun Fah (BN)(Majoriti: 4,305 undi)


Calon Pas yang bertanding pada kali ini ialah Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Mohamad bin Abdullah. Beliau yang berbangsa Bugis merupakan Pesuruhjaya Pas Sabah dan pernah memegang Jawatan Pengerusi Masjid di Kampung Pukat, Tawau Sabah selama 15 tahun sebelum dilantik sebagai Penasihat di masjid tersebut. Selain aktif berdakwah Ustaz Mohamad juga merupakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS) zon Bandar Tawau.

Pencalonan beliau di kerusi dun Merotai adalah tepat pada masanya di samping memastikan bulan mengambang di bumi Sabah yang selama ini tertekan di bawah pemerintahan UMNO/BN.
Memetik kata-kata beliau beberapa hari yang lalu yang menyatakan bahawa “pas melahirkan keyakinan akan menawan kerusi DUN Merotai dan Sukau berikutan majoriti penduduk di situ adalah orang Islam.”


Ungkapan itu ada asasnya kerana dun merotai bukan sahaja memiliki pengundi Bumiputra Islam yang ramai tetapi majoriti daripada pengundi tersebut adalah terdiri daripada suku kaum bugis. Harus diingat, corak pengundian di kawasan tersebut bukan sahaja dipengaruhi calon dari parti mana yang bertanding, tetapi juga calon dari kaum mana yang diletakan untuk bertanding. Majoriti penduduk Merotai adalah berketurunan Bugis.


Bagi Ustaz Mohamad, walaupun beliau berketurunan Bugis perkara utama yang diperjuangkan beliau ialah untuk Islam di sabah di samping membawa suara warga Merotai di persidangan dun seterusnya mengimbangi kuasa bn yang menang dengan majority yang terlalu selesa sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Pelbagai faktor yang berlaku sebelum ini memungkinkan peluang pas untuk menang di kawasan itu. Antaranya ialah

1. Pembohongan Ahli Parlimen Kalabakan dalam isu Pembangunan di Dun Merotai

Ahli Parlimen Kalabakan iaitu Datuk Ghapur Saleh pernah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan hanya retorik semata-mata seperti yang dilaporkan oleh Bernama Pada Pilihanraya Umum 2004 iaitu “Ketua Penaja Umno Bahagian Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata kemenangan mutlak penting bagi membolehkan wakil wakyat BN meneruskan agenda pembangunan di kawasan itu. Abdul Ghapur berkata sebagai contoh, kawasan Sungai Siput di Perak yang mempunyai 20 peratus pengundi India dan selebihnya Melayu, tetapi dipimpin oleh anggota parlimen Datuk Seri S. Samy Vellu. Sungai Siput juga muncul sebagai satu kawasan yang sungguh maju, katanya. (Bernama March 14, 2004)”.


Pada bulan ini pula beliau mengeluarkan kenyataan bercanggah seperti berikut “Sejak Liew (Datuk Liew Yun Fah iaitu Adun Merotai sejak 2004) menjadi wakil rakyat, tiada pembangunan ketara berlaku di kawasan itu dan jika adapun, ianya adalah hasil perancangan yang dibuat olehnya mahupun Datuk Dr. Patawari (Adun Merotai 1999-2004), semasa menjadi wakil rakyat di kawasan itu. Menurut Ghapur, beliau juga bersedia membawa sesiapa sahaja ke DUN Merotai, untuk mendapatkan sendiri maklum balas rakyat tentang apakah pembangunan yang berlaku di kawasan itu. (New Sabah Times 11th February, 2008)”.

Adakah kenyataan yang bercanggah ini dikeluarkan oleh Datuk Ghapur semata-mata kerana pada Pilihanraya 2004 yang lalu beliau adalah penaja Ketua Bahagaian ataupun ada perkara tersirat disebaliknya?

2. Antara Mengigau, Mimpi di Siang Hari, Mimpi Calon, dan Mimpi Kerusi.
Rentetan pengaruh Pas yang semakin diterima rakyat khususnya di kawasan Merotai ini, pelbagai pihak dalam Bn mengeluarkan kenyataan tentang mimpi. Menariknya, antara mereka ialah Adun Apas iaitu Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Beliau yang jarang mengeluarkan kenyataan mengenai pembangkang dan dilihat tenang apabila diajukan soalan oleh wartawan tiba-tiba berang apabila berkata “Barisan Nasional (BN) Tawau menyifatkan hasrat Pas Sabah untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai dan Sukau pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini hanya sebagai mimpi di siang hari.”. (New Sabah Times 20 Feb. 2008).


Tidak cukup dengan itu, Presiden LDP Datuk V.K Liew pula dalam usahanya mempertahankan kerusi dun Merotai yang diwakili partinya menyelar Ketua Umno Kalabakan Datuk Ghapur dengan berkata “Ketua Umno Kalabakan itu boleh terus bermimpi kerana dun Merotai adalah milik LDP”. . (New Sabah Times 11th February, 2008)”.


Ghapus Saleh membalas kenyataan itu dengan mengatakan Presiden Parti LDP itu sebagai bermimpi menjadi calon. Manakala Bekas Adun Merotai menganggap Presiden LDP itu sebagai mengigau.


Antara mimpi dan mengigau dalam drama perebutan kerusi sesame parti komponen BN ini, apa yang pasti, mereka sebenarnya mengakui prestasi dan kekuatan PAS semakain bertambah dan diterima oleh masyarakat Sabah. Pertikaman lidah antara BN juga menunjukan sifat perkaumannya. Ini terbukti apabila kita meneliti kenyataan di bawah ini.

*Beliau berkata pengundi tidak harus terpengaruh dengan kempen parti pembangkang yang akan memanipulasi isu pemilihan calon di Merotai. Ghapur yang menang tanpa bertanding bagi kerusi Kalabakan berkata pembangkang akan menjaja sentimen perkauman khususnya di kawasan Merotai yang menjadi kerusi tradisi Melayu tetapi kini diberikan kepada calon BN dari parti berasaskan kaum Cina, Parti Liberal Demokratik.


"Pengundi terutama anggota parti komponen tidak harus melihat calon dari parti mana yang diberi kepercayaan untuk bertanding di kawasan Merotai atau lain-lain tempat... kerana mereka adalah wakil BN, bukan mewakili kaum tertentu sahaja," katanya.Ghafur berkata pengundi harus faham bahawa BN bukan memilih pemimpin daripada sesuatu kaum untuk mewakili kaum tertentu sahaja tetapi juga kaum lain di kawasan berkenaan. (Bernama March 14, 2004).*


*Tuntutan semula kerusi DUN Merotai dibuat oleh Umno Kalabakan disebabkan itu adalah suara rakyat dan kehendak kira-kira 20,000 ahli Umno di bahagian terbabit. Kerusi itu milik Umno sejak merdeka dan adalah wajar jika kita menuntut kembali”. kajian pihaknya juga mendapati kerusi itu mungkin akan jatuh ke tangan parti pembangkang, jika wakil rakyat sekarang Datuk Liew Yun Fah masih dicalonkan di kawasan itu.. (New Sabah Times 11th February, 2008)*


Retorik Yb Kalabakan ini adalah sesuatu yang lucu dan menghairankan. Khususnya ia diungkapkan oleh Yb yang memiliki rekod sering melompat parti atau gelaran oleh rakyat sabah bagi sepsis seperti ini adalah “Yang Berhormat Lompat Katak”.


Mampukah Pas memenangi kerusi Merotai pada kali ini? Adakah aura Dun Beting Maro akan dirasai di sini? Persoalan itu hanya akan terjawab pada 08 Mac ini apabila sejumlah 13,931 pengundi yang layak akan menunaikan tanggungjawab mereka. Mudah-mudahan Dun Merotai bakal melahirkan anak sulung PAS di bumi Sabah ini. Takbir!!!

Saturday, February 16, 2008

807,862 layak mengundi di Sabah

Kira-kira 807,862 rakyat di negeri ini layak mengundi pada pilihan raya umum ke-12 yang akan diadakan pada 8 Mac ini, kata Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Rafidah Datu Derin.

Katanya, jumlah tersebut menunjukkan penambahan pengundi sebanyak 38,918 yang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-12 ini, berbanding pada pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004 iaitu kira-kira 768,943 orang pemilih berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Pilihan raya pada kali ini melibatkan 12,000 petugas SPR di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan daripada jumlah itu seramai 11,753 petugas akan bertugas di Sabah manakala selebihnya di Labu-an,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.
SPR hari ini mengumumkan pengundian pada pilihan raya umum ke-12 ditetapkan pada 8 Mac ini manakala penamaan calon ialah pada 24 Februari .

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, seramai 10,922,139 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini berdasarkan kepada daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Februari lepas.

Beliau berkata, buat pertama kalinya peti undi lut sinar akan digunakan di seluruh negara termasuk di Sabah pada pilihan raya kali ini untuk se-mua 60 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 Parlimen di negeri ini..

Mengenai taklimat yang diadakan oleh SPR Sabah bersama-sama semua parti-parti politik di negeri ini yang diada-kan hari ini, Rafidah berkata, semua pihak sudah bersiap sedia dan akan memberi kerjasama bagi memastikan pilihan raya ke-12 berjalan lancar.

Bagi persiapan SPR Sabah katanya, pihaknya sudah menghantar peti-peti dan peralatan serta dokumen yang akan digunakan semasa pilihan raya itu ke beberapa daerah seperti Kudat, Kota Marudu, Sandakan, Te-nom, Beluran, Libaran, Putatan dan Penampang.

Selebihnya katanya, akan dihantar pada minggu ini dalam jangka masa tiga hari ianya akan selesai sebelum hari penamaan calon.

“Antara peralatan yang kita hantar ialah kelengkapan untuk pilihan raya seperti peti undi, dokumen, topi,baju, payung dan sebagainya,” ujarnya.

Pairin kecewa berdepan adik sendiri

KOTA KINABALU 15 Feb. -- Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joseph Pairin Kitingan melahirkan rasa kecewa apabila terpaksa berdepan dengan adiknya sendiri di kawasan Parlimen Keningau pada pilihan raya umum 8 Mac ini.

Beliau bagaimanapun berkata, ia tidak menghalangnya untuk terus memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) menentang adiknya, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, BN tidak gentar untuk berhadapan dengan PKR Sabah dan yakin beliau akan memenangi kerusi yang disandangnya sejak 32 tahun lalu itu.
“Walaupun kesal dengan keputusan adik saya (Jeffrey), saya anggap ia (keputusan itu) adalah satu proses demokrasi di negara kita,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Jeffrey semalam yang bertekad akan bertanding di Parlimen Keningau pada pilihan raya kali ini walaupun terpaksa berdepan dengan Pairin.
Pairin menang tanpa bertanding bagi Parlimen Keningau pada pilihan raya lalu. Selain itu Pairin turut menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan selama 30 tahun berturut-turut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, peluang PKR untuk menawan Keningau adalah tipis kerana rakyat bijak menilai pihak mana yang mampu membela masa depan mereka.

“Peluang BN untuk menang besar adalah nyata, perkara ini boleh dilihat melalui sambutan masyarakat,” katanya sambil menambah senarai calon pilihan raya PBS kini sudah 90 peratus siap.

Wednesday, February 13, 2008

Isu Ladang Babi Di Kinabatangan. Penduduk Pribumi Dipinggirkan.

Isu pembukaan ladang ternakan khinzir di Entili-bon, Kuamut kira-kira 130 kilometer dari Sandakan, bukan saja membawa kepada isu pencemaran alam sekitar tetapi isu “kepinggiran rakyat asalnya” atau identiti masyarakat yang mendiaminya sejak 40 tahun lepas.

Penduduknya bukan menolak pembangunan, apalagi nasib mereka ibarat isu “kerdil” untuk didengar tetapi bagaimana dengan kesan kepada ri-buan penduduk atau pengguna yang menggunakan sumber air bersih sungai Kinabatangan kelak?

Perlu diketahui umum kira-kira 60 juta liter gelen sehari diperlukan oleh lebih 30 ribu pengguna berdaftar di daerah Sandakan tidak termasuk pengguna daerah ini.

Bayangkan saja apabila cadangan membuka ladang seluas 500 ekar di Entilibon, Kuamut yang menggunakan sebahagian tanah kampung serta sungai Mosum, Entilibon yang merupakan cabang sungai Kinabatangan “dicemari” dengan najis ternakan khinzir.

Bukan menghalang hasrat pihak berwajib tetapi kedudukannya sebagai sebuah ladang ternakan tidak sesuai kerana 70 peratus tanah yang diwar-takan sebagai ladang penternakan Jabatan Haiwan dan Perusahan Terna-kan telah menghasilkan tanaman padi, getah dan kelapa sawit milik lebih 2,000 penduduk meliputi lima buah kampung dalam Dun Kuamut itu sejak kawasan itu didiami.

“Kami akan menjadi pengemis di tanah sendiri, jika tanah yang kami sujud dan sanjungi selama ini menghalau kami dari sini,” itulah antara kata-kata yang sering diluahkan oleh penduduk Entilibon.

Dua masalah iaitu pencemaran sungai dan pengambilan tanah, antara reaksi penduduk terhadap isu yang mendapat bantahan penduduk sejak awal Januari lepas.

Bagi seorang wanita, Salikin Samu-ndo, 55 berkata nasib mereka harus dibela kerana ke mana lagi mereka di-tempatkan, sekiranya tanah yang mereka usahakan dan wariskan kepada anak dan generasi dari keturunan suku Id-ahan di masa depan.

“Kami merayu pada pihak berwajib jangan ambil tanah kami ini. Inilah sajalah harta kami yang kami wariskan kepada cucu-cucu kami nanti,” kata wanita yang mengusahakan kebun getahnya dengan penuh harapan nasib mereka mendapat perhatian.

Begitu juga bagi Golukin Poit, 58, pemilik kebun kelapa sawit seluas 50 ekar yang sudahpun menghasilkan bu-ah sejak beberapa tahun lepas mela-hirkan kebimbangan terhadap masalah pengambilan tanah yang mereka usahakan bersama keluarga masing-masing.

Katanya berdasarkan laporan dari pihak agensi, tanah yang sudah diusahakan akan dijadikan sebuah kawasan bangunan dan makmal bagi ladang ternakan itu.

“Saya begitu bimbang kerana ke mana lagi kami mahu pergi jika tanah yang kami duduki ini diambil kerajaan semula,” katanya sambil berharap agar nasib mereka terus dibela sama ada oleh wakil pemimpin di kampung ter-sebut dan pihak berwajib.

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dakwaan yang membawa kepada isu bantahan secara aman itu, Pengerusi Jawatankuasa Kese-lamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), kampung Simpang Entilibon, Samon Unau, 54, meminta pihak berwajib mengeluarkan tanah mereka diami dari kawasan perternakan haiwan.

“Saya begitu sedih dan kami semua di kampung ini seperti berharap ada keajaiban diberikan kepada kami kerana isu pembukaan ladang ini telah mengambil ratusan milik penduduk seperti rumah, kebun, ladang getah, sawit dan tanaman padi,” katanya sambil menunjukkan bukti dokumen sokongan bahawa kawasan yang mereka diami adalah tanah yang pernah diberikan kerajaan ketika memerintah pada awal 80an.

Samun bekas seorang guru, mendakwa mereka terlebih dahulu memohon ia sebagai perkampungan dan ke-mudian mendapat kelulusan sebelum kawasan diwartakan sebagai kawasan perladangan pada 2003.

Beliau yang kini mengusahakan ladang kelapa sawit bersama seorang anak lelakinya yang baru saja menamatkan pengajian di Institusi Penga-jian Tinggi, “kami menyahut seruan kerajaan mahukan tanah kami usahakan agar kami tidak menjadi rakyat miskin dan terus mengharap bantuan kerajaan,” tegasnya.
Satu perhimpunan “paket” secara aman yang diadakan oleh penduduk bermula dari balai kampung Simpang sehingga ke sungai Mosum dengan tujuan agar sungai itu tidak cemari yang merupakan sumber air bagi masyarakat di 13 buah kampung dalam mukim Entilibon mendesak campur tangan kerajaan Negeri Sabah.

Penduduk bukan saja tidak puas hati dengan penjelasan pegawai Jaba-tan Haiwan dan Perusahan Ternakan yang berpejabat di pekan kecil Enti-libon yang memaklumkan kepada penduduk bahawa tanah mereka diami telah diwartakan sebagai kawasan penternakan itu tetapi mahukan pembelaan dari wakil dari ahli berhormat di Kinabatangan, termasuk CDO, Kuamuat Majid Lindan yang hadir pada perjumpaan penduduk kampung tersebut itu.

Isu bantahan pembukaan ladang khinzir mendapat perhatian sejak September 2007, bagaimanapun reda sebaik Menterinya, Datuk Rahim I-smail memberi penjelasan bahawa kerajaan belum ada cadangan untuk meletakkan ternakan Khinzir di kawasan Kinabatangan.

Bagaimanapun kegembiraan penduduk hanya seketika apabila cadangan membuka ladang itu dimaklumkan semula dengan kerja-kerja mengukur tanah ternakan dimulakan pada beberapa bulan kemudian.

“Apa yang kami bimbangi sekarang ini kami menerima surat untuk berpindah! Sekiranya kerajaan mahu tanah ini, ke mana harus kami pergi….kami takut sekiranya tanah kami ini tergadai dan kami pula menjadi pengemis di tanah air sendiri,” kata-kata itulah yang sering diungkap oleh ratusan yang menghadiri perhimpunan secara aman di kampung itu termasuk sungai Mosum, Kinabatangan itu.

Masalah berkenaan turut mendapat perhatian Ahli Parlimennya, Datuk Bung Moktar Radin dalam kenyataan akhbarnya pada 31 Januari lepas mendedahkan lebih lebih 2,000 penduduk berhadapan dengan masalah pencemaran sungai dan manusia kelak.

Pemimpin di Kinabatangan itu ma-hu projek itu dipindahkan ke kawasan lain bagi memberi ruang kepada penduduk yang didiami lebih 2,000 orang terus selesa di tanah yang mereka bangunakan sebagai perkampungan sejak sekian lama.

Apa yang membimbangkan penduduk Entilibon, ternakan ladang khinzir kelak yang didakwa penduduk bakal diternak di kawasan seluas 500 ekar mengunakan sebahagian besar tanah perkampungan atau 70 peratus dari keluasan tanah kampung itu.

Rekod kependudukan Entilibon bermula pada tahun 1970, ketika peluang pekerjaan hutan diterokai yang akhirnya membuka kawasan Entilibon sebagai penempatan yang kemudian membawa masuk kemudahan infrastruktur asas rakyat seperti bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan, Bangu-nan Kesihatan, Sabah Eletrikcity Sdn. Bhd (SESB), Lembaga Tabung Getah Negeri, Tabika dan terbaru projek jalan raya penghubung antara Telupid ke Tongod.

Jarak Entilibon ke jalan utama Sandakan – Telupid hanya kira-kira 25 kilometer merupakan pekan yang se-dang membangun dan menjadi tum-puan masyarakat dari kawasan pendalaman seperti Kuamut dan Telupid.

Bagi Pemaju Mukim Entilibon, Jaini Sayang, berkata tiada yang lebih baik dari memastikan rakyat di ka-wasan berkenaan terbela.

Beliau menjelaskan beliau bersama penduduk dan wakil rakyat Jonny Intang, pernah menemui Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Bobbey Suan pada November tahun lepas untuk merayu agar tanah mereka dikeluarkan dari kawasan ladang perternakan.

Rata-rata penduduk yang mendiami Entilibon, yang terletak berhampiran kawasan tadahan, Maliau Basin yang merupakan kawasan khazanah paling terindah di dunia sehingga digelar “The Lost World” oleh pengkaji dunia dan sungai Kinabatangan sebagai kawasan Koridor hidupan liar mengharapkan kawasan tanah mereka diami terus dilindungi dari pencerobohan dan ditangani secara telus dan bertelaransi.