JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, March 27, 2011

Kami lebih kenal siapa imam kami - Azizah


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau bersama enam anak, tiga cucu serta menantu dan keluarganya yang lain lebih mengenali siapa lelaki yang bernama Anwar Ibrahim.

Menurut Azizah selama mendirikan rumah tangga bersama Ketua Umum KEADILAN itu 30 tahun, beliau sedikitpun tidak pernah menyesal.

"Jika dulu selepas Anwar dipecat, keluar masuk mahkamah, macam-macam berita di akhbar, ada juga mereka bertanya 'kenapa orang buat papa macam tu'. Tapi sekarang mereka sudah matang.

"Mereka lebih kenal siapa Anwar. Mereka lebih tahu siapa lelaki yang selalu mengimamkan solat kami setiap kali berjemaah di rumah," kata Azizah dalam satu wawancara dengan Sinar Harian pada 27 Mac lalu.

Azizah turut berkeyakinan bahawa Anwar mampu berdepan apa jua cabaran termasuk fitnah dahsyat yang dilemparkan musuh politiknya sehingga kini.

"Sejak usia 20 tahun hingga sekarang, pelbagai perkara sudah dilaluinya. Insya allah dia (Anwar) mampu. Boleh. Sudah terlalu banyak dugaan dilaluinya itu.

"Anwar boleh jadi Perdana Menteri yang bagus. Saya yakin itu!", tegas Azizah yang pernah menjawat Ketua Pembangkang Wanita yang pertama di Malaysia.

Azizah yang terlibat secara langsung dalam dunia politik selepas pemecatan Anwar berkali-kali menegaskan dalam wawancara itu bahawa beliau sama sekali tidak pernah menyesal dengan apa yang dilaluinya sehingga kini.

"Alhamdulillah, sehingga kini keyakinan kami pada Anwar tidak pernah luntur. Saya sentiasa tanamkan dalam diri terima segala dugaan yang Allah datangkan.

Melaluinya dengan sabar, sentiasa berdoa memohon Allah permudahkan segalanya dan tunjukan kebenaran dan saya tidak pernah membenarkan rasa sesal singgah di dada," kata Azizah.

Azizah turut memberitahu bahawa kehidupan mereka sekeluarga aman seketika selepas Anwar keluar dari penjara. Namun mula mendapat gangguan sebaik suaminya itu mengumumkan mahu aktif kembali dalam dunia politik.

Saturday, March 26, 2011

Surat Terbuka buat Pakatan Rakyat Sarawak


Kita sudah hampir ke kemuncak untuk mencapai perubahan dan kemenangan tetapi masalah pembahagian kerusi pula jadi masalah.

Sedarkah kita yang musuh utama kita sekarang adalah BN bukan sesama kita.

Sekiranya masih lagi terdapat orang yang berdegil dan pentingkan diri sendiri yang akhirnya akan menghancurkan sebuah Pakatan harapan rakyat untuk melihat perubahan akan musnah sama sekali disebabkan oleh mereka yang pentingkan diri sendiri dan tamak untuk berkuasa.

Ingatan untuk semua pemimpin termasuk ahli dan penyokong Pakatan, tujuan utama kita bergabung adalah untuk menghadapi BN bukan untuk bertempur sesama sendiri dan menegakan sebuah kerajaan yang berkebajikan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Kalau perkara perebutan kerusi masih jadi issue maka hasrat rakyat untuk memilih kerajaan baru dalam pilihanraya nanti akan terganggu.

Kita minta semua pemimpinan Pakatan hentikan dan selesaikan segera masalah kerusi ini dan beri tumpuan dan perhatian kepada kebajikan rakyat dan apa rancangan yang terbaik untuk pakatan sekiranya dipilih jadi pemerintah nanti.

Perkara inilah yang sepatutnya diberi keutamaan bukan perebutan kerusi.

Apa guna kita dalam satu pakatan sedangkan masalah pembahagian kerusi pun belum dapat diselesaikan dengan baik dan adil. Perkara ini seumpama memberi peluru kepada musuh untuk menembak kita.

Kita jangan terlalu ghairah dengan kerusi yang kita jangka boleh menang sedangkan kita sesama sendiri pun hendak berebut yang sama untuk menang.

Kalau sesiapa calon dari pakatan yang menang maknanya kita yang menang bukan BN.

Kita sepatutnya lawan satu lawan satu dengan BN dalam pilihanraya umum Sarawak nanti.

Kalau boleh elak dari lawan 3 penjuru atau lebih dengan BN sebab ini akan memberi peluang kepada BN untuk terus berkuasa.

Sedarlah wahai pemimpin Pakatan sebelum terlambat, ayuh kita bergerak dalam satu pakatan yang akan mengantikan kerajaan BN dalam PR ke 13 nanti, mulakan dengan Sarawak, Insy’Allah pasti ada perubahan yang lebih baik lagi.

oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee

SNAP dapat dana dari BN ?

Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) semalam membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) kerana meragui calon yang dipertaruhkan parti itu untuk pilihan raya negeri itu, 16 April depan.

Presidennya, Haris Ibrahim, mendakwa 16 calon yang dipertaruhkan SNAP untuk berdepan dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya itu nanti dikatakan berdepan masalah integriti.
MCLM katanya, menjalinkan kerjasama dengan parti itu sebelum ini bertujuan untuk menangani masalah masyarakat Bumi Kenyalang selain menamatkan pentadbiran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
“Harus ditekankan bahawa tindakan SNAP adalah membelakangi perjanjian sebelum ini untuk memastikan hanya calon berpotensi saja dipertandingkan dan kini calon dikemukakan mengundang persoalan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sebelum ini SNAP yang juga parti pembangkang di Sarawak turut berdepan dengan masalah pengagihan kerusi dengan rakan sekutunya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga mengambil keputusan untuk menutup pintu kerjasama dengan parti berkenaan.

Haris berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa calon SNAP dan beberapa pemimpin parti itu dikatakan tiba-tiba mendapat dana yang besar.

“Kami dimaklumkan bahawa dana itu diperoleh dari Kuala Lumpur atas arahan BN, tiada bukti sahih tetapi dalam situasi seperti ini, anda jarang mendapat bukti hitam putih,” katanya,

Maklumat berkenaan membuatkan pihaknya berasa curiga dengan 16 calon SNAP dan menyifatkan ia satu pengkhianatan besar dilakukan parti berkenaan sekiranya perkara itu benar.

MCLM enggan teruskan kerjasama dengan SNAP 2011/03/26 = BH

Bekas Penolong Pengarah Bomba sertai KEADILAN

Wahab Timpai 'menenyehkan' cap jari bukti penyertaannya dalam KEADILAN

KEADILAN terus mendapat sambutan hangat apabila beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) menyertai parti ini di Sabah.

Ahli Majlis Presiden KEADILAN Sabah, Datuk Halik Zaman berkata, mereka ialah bekas Naib Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tenom, Wahab Timpai dan seorang ahli Umno Tenom yang juga bekas Penolong Pengarah Bomba Sarawak, Sanchi Kalingou.

“Kedua-duanya menyertai KEADILAN di pejabat parti di Tenom hari ini,” kata Halik kepada KeadilanDaily.

Halik yang juga Ketua Cabang KEADILAN Tenom berkata, penyertaan itu, membuktikan BN di Sabah bakal tumbang.

“Yang penting ialah kerja keras berterusan demi memastikan kemenangan melalui pemerkasaan parti di peringkat cabang masing-masing,” katanya.

Beliau menjangka, kira-kira 80 ahli parti komponen BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap yang juga terletak dalam Parlimen Tenom turut menyertai KEADILAN.

Halik ketika ini turut diberi kepercayaan untuk menjawat portfolio Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, dan Kemajuan Teknologi Maklumat dalam kepimpinan KEADILAN Sabah.

Sejak hujung tahun lalu sehingga kini, hampir setiap bulan ada sahaja ahli Umno BN dalam Parlimen Tenom menyertai KEADILAN.

Friday, March 25, 2011

Video Fitnah Datuk T terbongkar


BERBULU…..tangan bebulu, perut boroi, putih pula dan gebu. Jauh sekali daripada anatomi Anwar. Tetapi kalau rambut putih sah mesti….. Inilah gambar asal sebelum dihitamputihkan dalam video.

Oleh: ISMAILY BUNGSU

CUBA kita perhatikan gambar yang disertakan. Itulah gambar yang dikatakan Anwar beraksi sedang melakukan seks dan kalian fikirlah sendiri.

Saya tidak mengatakan itu Anwar dan tidak juga mengatakan bukan Anwar, tetapi kalian bisa nilai sendiri melalui perut buncit, kulit putih dan tangan berbulu serta agak gemuk sikit.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul memberikan enam sebab mengapa beliau yakin lelaki dalam video klip yang dipertontonkan kepadanya bukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan alasan adalah seperti berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik.

Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek.

Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu sipelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggung) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Johari mendakwa, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan seorang ahli perniagaan yang juga merupakan Datuk T, Datuk Eskay Shazril Abdullah bersamanya ketika beliau dipertontonkan klip berkenaan di Hotel Flamingo Ampang pada Isnin lalu.

Malaysia sekarang penuh dengan dunia fitnah yang cukup memalukan dan seperti yang saya perkatakan tidak hairan ramai orang Malaysia akan masuk neraka jahanam!

Salam Hormat,

ISMAILY BUNGSU

Thursday, March 24, 2011

Baja silikon Risda ganjaran bikin video seks?

KUALA LUMPUR: Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin mempersoal sama ada pembekalan baja Selatan Thai ke Risda sebagai punca yang membawa kepada penayangan video seks yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap pada sidang media, beliau berkata, ia berikutan carian internet mendapati gambar dua daripada tiga individu yang terlibat dikesan dalam sebuah majalah pertanian di Thailand.

Selain mereka, beliau berkata, Datuk Yusof Noor dan Datuk Aliasak juga dilapor melawat kilang baja silikon yang dikatakan membawa keuntungan besar.

“Najib selaku Presiden Umno harus tampil memberi penjelasan kerana jelas, ia permainan politik kotor ke arah menyelamatkan Umno menjelang pilihan raya,” katanya.

Datuk T terdiri daripada Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Rahim Tamby Chik ialah antara individu yang didakwa terlibat menerbitkan ‘Buku 50 Dalil’ yang membawa kepada penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1998.

Eskay ialah bekas Konsul Thailand berasal dari Kedah yang dikatakan penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad – mentor politik kepada Najib.

Yusoff Noor yang tidak tergolong sebagai kumpulan Datuk T adalah bekas Pengerusi Felda yang juga orang kuat Najib yang sebelum ini dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda – agensi yang kerap mendapat perhatian Najib.

Untuk paparan kenyataan media Chegubard: klik sini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9750

Najib terlibat dalam komplot fitnah dan Video Seks

saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T.




Baca Kenyataan penuh berikut : ------

Kenyataan media ini dibuat susulan kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.

Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO.

Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya.

Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.

Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal.

Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)

Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu.

Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.

Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.

Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.

Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu.

Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.

Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail.

Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah.

Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.

1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

2. Saya telah 'berpura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan.

Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun.

Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar.

Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar.

Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia.

Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond.

Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia.

Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang lansung tidak mendidik.

Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.

Ini semua politik kotor kerana kepentingan peribadi.

Satu carian mendapati Majalah Pertanian di Thailand pada tahun 2009 pernah menyiarkan gambar Datuk Eskay, Tan Sri Rahim Thamby chik (Pengerusi Risda yang dilantik pada Jun 2008), Datuk Aliasak dan Datuk Yusoff Noor (Bekas Pengerusi Felda yang dilantik Datuk Seri Najib Razak) ketika lawatan di Surat Tani yang antaranya melawat Kilang Baja Silikon di situ, adakah mereka yang terlibat dalam keas ini juga punya kepentingan dengan pembekalan baja ke Risda dari Selatan Thailand yang membawa keuntungan besar.

Ini semua persoalan penting yang harus mereka jawab!

Perdana Menteri selaku Presiden Umno harus tampil memberi penjelasan kerana jelas ini permainan politik yang kotor ke arah untuk menyelamatkan Umno menjelang pilihan raya umum yang kian hampir.

Sekian.

che'GuBard

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Kenyataan penuh ini, tidak termasuk beberapa penjelasan menarik antara che'GuBard dengan wartawan dalam sidang media hari ini.

Wednesday, March 9, 2011

Buta Huruf di Malaysia meningkat - MAPIM

Buta huruf di kalangan pelajar sekolah kebangsaan dan menengah kini sudah mencecah ratusan ribu dan Kementerian Pelajaran Malaysia wajib mencari pendekatan baru untuk mengu-rangkan sindrom itu daripada terus meningkat.

Presiden Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Negeri Sarawak, Wan Zain Syed Mohdzar berkata ramai ibu bapa yang melihat bahawa sistem pendidi-kan wajib diolah dengan pendekatan yang lebih berkesan dalam menghadapi sindrom buta huruf itu.

Namun katanya, terdapat sekolah-sekolah yang membenarkan dan menempatkan jumlah 50 pelajar berbanding dengan jumlah 25 orang yang sepatutnya dalam sesebuah kelas.

“Jumlah pelajar yang ramai seperti itu sudah tentunya menimbulkan keadaan yang kurang kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, katanya, pihak kementerian terbabit wajib memberi keutamaan sama ada berusaha menambah bilangan kelas atau sebaliknya.

“Kalau semua sekolah ingin mencapai sekolah berprestasi tinggi seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai yang hanya mempunyai kurang lebih 30 pelajar pada keseluruhannya, maka Kementerian Pelajaran harus mencari jalan mengurangkan jumlah pelajar dalam setiap bilik darjah,” ujarnya.

Beliau menegaskan per-ubahan dasar pendidikan juga dilihat sebagai sebahagian daripada penyumbang sindrom buta huruf itu terus berlaku.

Wan Zain menambah satu ketika semua mata pelajaran di sekolah diajar dalam Bahasa Inggeris (BI) kecuali Bahasa Malaysia (BM).

“Menteri terbabit bertukar kurikulum… sekolah bertukar dari BI ke BM. Di sam-ping itu, perubahan bermula dari KLSR ke KBSR kemudian Sains dan Matematik dalam BI kini diperkenalkan BIBM dan akhirnya KSSR di mana sudah tentu mempunyai impak atas tahap (standard) pendidikan pelajar itu sendiri, “ katanya.

Beliau menarik perhatian KSSR juga memberi kesan dan tekanan terhadap barisan pendidik dengan menggunakan ‘system filing’ yang diwajibkan terhadap setiap pelajar.

Difahamkan setiap guru selain dari tugas mengajar terpaksa menyediakan sembilan fail untuk setiap pelajar dan guru-guru terlibat dalam mengendalikan sistem itu terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk menyediakan fail bagi setiap pelajar.

Katanya, kelas-kelas pemulihan oleh guru-guru pakar sudah tentu turut mampu membantu mereka.

Dalam proses menimba ilmu, tegasnya, peranan ibu bapa di peringkat awal amat penting sebelum anak-anak mereka memasuki peringkat institusi pendidikan lebih tinggi.

“Sumber ilmu yang ber-mula dari kedua ibu bapa adalah peringkat utama dan pertama dalam memupuk dan mendidik minat anak mereka mengikuti proses belajar dan pembelajaran.

“Kecacatan salah satu pe-ringkat sumber ilmu di pe-ringkat awal akan melunturkan minat anak-anak mereka sehingga boleh berlaku keciciran seawal tahap satu dan dua persekolahan,” kata-nya.

Malah, beliau juga men-dakwa bahawa tabiat pemakanan pelajar yang kurang seimbang wajar diberi perhatian.

Justeru, kempen dan pe-nyediaan makanan di sekolah-sekolah perlu dipantau oleh Jabatan Kesihatan agar makanan yang telah dilarang tidak dijual kepada pelajar-pelajar seperti keropok, snek dan sebagainya.

Sehubungan itu, katanya, MAPIM amat berterima kasih kepada penganjur St. Benildus Learning Centre di St Joseph Kuching kerana telah meng-ambil langkah yang patut dicontohi oleh sekolah-sekolah lain dalam usaha mengurangkan sindrom buta huruf di kalangan pelajar.

“MAPIM percaya bahawa kerajaan juga akan memberi sokongan atas daya usaha itu dengan menyediakan dana khas bagi pelajar yang kurang berkemampuan,” katanya.

26,598 rakyat Sabah tiada agama ?

Sabah berpotensi menjadi hab dan pusat gerakan dakwah Islam bagi kepulauan Borneo, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau berkata keyakinan itu adalah berdasarkan kepada faktor sejarah bahawa Sabah pernah menjadi jalan masuk agama Islam di kepulauan Borneo dan rantau ini.

"Saya pernah diberitahu bahawa Daerah Lahad Datu sebenarnya telah menerima Islam lebih awal dari Melaka dan impian saya ialah mahu melihat Sabah muncul sebagai hab dan pusat gerakan dakwah di kepulauan Borneo sebagaimana kejayaan Melaka muncul sebagai pintu masuk Islam di Asia Tenggara," katanya.

Wan Mohamad berucap pada majlis perasmian permukiman untuk membincangkan hala tuju Jakim cawangan Sabah di sini pada Isnin.

Beliau berkata Jakim berhasrat untuk mempergiatkan aktiviti dakwah di Sabah.

"Berdasarkan banci penduduk Sabah pada tahun 2000, terdapat 26,598 orang atau satu peratus daripada penduduk Sabah tidak mempunyai agama.

"Justeru itu, aktiviti dakwah kepada bukan Islam seharusnya diperkasakan termasuk mengadakan program yang bercampur aduk untuk orang dewasa, remaja, belia mahupun kanak-kanak," katanya. -- BERNAMA March 07, 2011 12:27 PM

Menjelang Pilihan raya Swak, orang buta akhirnya dapat My Kad

Seramai 15 orang kelainan upaya (OKU) yang cacat penglihatan di bahagian ini berjaya mendapatkan dokumen pengenalan diri melalui satu operasi Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak.

Penolong Pegawai Pendaftaran unit itu, Zabulun Sangge berkata, melalui operasi tersebut, pihaknya berjaya mengumpul maklumat berkaitan pemohon seperti tempat kelahiran dan latar belakang keluarga.

Menurut beliau, pihak JPN Sarawak juga mengenal pasti masalah yang dihadapi golongan buta dalam mendapatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan sebelum mencadangkan jalan terbaik termasuk memberi kelonggaran dalam beberapa perkara untuk menyelesaikannya.

"Sebelum ini prosedur yang wajib dipenuhi termasuklah mengemukakan dokumen pengesahan diri dan latar belakang keluarga daripada ketua kampung atau tuai rumah.

"Bagaimanapun, kelonggaran telah diberikan apabila pegawai dari Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia dibenarkan menjadi penjamin kepada pemohon.

''Selain itu, mereka juga dikecualikan daripada membuat sebarang pembayaran," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pemohon, Mohd. Fauzan Abdullah, 46, berasa lega apabila pelbagai halangan yang dihadapinya dalam mendapatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan akhirnya berjaya diselesaikan menerusi operasi khas itu.

Menurutnya, yang buta sejak lahir, disebabkan tidak memiliki dua dokumen penting berkenaan, masalah demi masalah membelenggu hidupnya sehingga tidak dapat menikmati keistimewaan sebagaimana warganegara Malaysia yang lain.

"Kedua-dua orang tua saya telah meninggal dunia. Selain itu, kehidupan yang daif serta tinggal di kawasan pedalaman adalah punca saya tidak memiliki sijil kelahiran sehingga sekarang.

"Saya bersyukur kerana impian untuk memiliki sijil kelahiran telah tercapai dan kini, proses seterusnya adalah untuk memohon kad pengenalan pula," katanya.

Rakannya, Osman Abdullah, 47, dari Kampung Senah Bayang berkata, selama ini ibu dan ayahnya tidak mengetahui kerajaan menyediakan kemudahan khas untuk OKU memohon kad pengenalan.

"Tambahan pula, di kampung kami tidak ada kemudahan untuk golongan OKU meminta bantuan atau membuat rujukan.

"Jadi saya amat berterima kasih kepada pihak JPN kerana mengadakan operasi khas ini untuk membantu kami semua," katanya yang membuat pendaftaran untuk kategori Daftar Lewat Kad Pengenalan (DLKP).

Operasi tersebut merupakan program bulanan Unit Khas Bergerak JPN dalam membantu rakyat khususnya golongan OKU, warga emas serta masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak mendapatkan dokumen pengenalan diri.

Selain bandar raya ini, unit khas itu juga ditubuhkan di Betong, Kapit, Bintulu dan Miri.

Menang kalah, serahkan pada Allah - Adam Ahid

Pakatan Rakyat akan meletakkan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid (gambar) sebagai calonnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya, sekiranya Barisan Nasional (BN) memilih anak kedua Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, sebagai calonnya.

Adam, 61, merupakan bekas Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Wahab Suhaili sejak 1990 hingga 1995, mengesahkan beliau akan bertanding di kawasan itu pada pilihan raya negeri mendatang.

“Saya sedia menentang siapa saja dan memang bagus sekiranya BN mahu meletakkan Datuk Seri Mahmud (Abu Bekir) sebagai calonnya di DUN Sadong Jaya. Soal menang atau kalah itu adalah urusan Allah.

“Memang kami mengetahui BN akan meletakkan calon baru di DUN Sadong Jaya tetapi saya tidak menjangkakan Datuk Seri Mahmud kerana beliau lebih terkenal sebagai ahli perniagaan,” katanya pada 8 Mac lalu.

Sehari sebelum itu, Ketua Kampung Semera Hilir, Ain Mahli, bersama ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari kawasan itu hadir di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako di sini, bagi menyerahkan memorandum memohon Mahmud menjadi calon mereka di DUN Sadong Jaya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2006, BN melalui Wan Abdul Wahab memenangi kerusi itu dengan majoriti 858 undi, selepas menewaskan calon KEADILAN, Piee Ling, namun Wan Abdul Wahab mengumumkan berundur pada November tahun lalu.

Mengulas mengenai permohonan PAS akan bertanding di enam kerusi DUN, Adam mengakui berlaku pertindihan kawasan antara parti itu dan komponen Pakatan Rakyat lain yang turut berminat meletakkan calon di kawasan sama.

“Kita bercadang untuk meletakkan calon di DUN Beting Maro, Sebangan, Sadong Jaya, Tupong, Senadin dan Jepak, namun KEADILAN dan DAP turut berminat untuk bertanding di dua dari enam kawasan itu,” katanya. BH = 2011/03/09

Saturday, March 5, 2011

Jumlah pemilih berdaftar kini 11.82 juta

UALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperakui Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku tahun keempat 2010, iaitu dari Oktober hingga Disember, menjadikan jumlah pemilih berdaftar terkini seramai 11.82 juta. (11,817,936 orang).

Menurut kenyataan SPR, DPT suku tahun keempat mengandungi 304,698 pemilih terdiri daripada 269,033 permohonan pemilih baru dan 35,665 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

SPR juga mengeluarkan 66,043 orang pemilih daripada rekod pemilih berdaftar atas sebab-sebab seperti meninggal dunia dan dilucut hak kewarganegaraan.

“Dengan pengesahan DPT Suku Tahun Keempat 2010 ini, jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara setelah dicantum dengan Daftar Pemilih Induk Tahun 2009 dan DPT Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 ialah sebanyak 11,817,936 orang,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata sepanjang tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 dari 9 hingga 15 Feb tahun ini, SPR menerima tiga tuntutan yang melibatkan dua Bahagian Pilihan Raya Parlimen iaitu P19 Tumpat dan P27 Tanah Merah di Kelantan.

Dalam tempoh itu juga, SPR menerima 57 kes bantahan melibatkan 26,549 orang pemilih di 10 Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan kesemua bantahan itu belum dapat diselesaikan.

“Oleh sebab itu, bagi DPT Suku Tahun Keempat 2010, sebanyak 23,405 permohonan baru dan 3,144 permohonan pendaftaran pertukaran alamat pusat mengundi bagi 10 bahagian Pilihan Raya berkenaan tidak dapat disahkan kerana terlibat dengan bantahan.

“Pengesahan permohonan baru dan pertukaran alamat pusat mengundi bagi bahagian-bahagian pilihan raya itu perlu ditangguh sehingga semua kes bantahan itu dapat diselesaikan,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, SPR turut mengingatkan pemilih berdaftar supaya membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih mereka bagi memastikan mereka didaftar di lokaliti yang betul dan bagi mengelak tohmahan atau dakwaan bahawa SPR memindahkan pemilih atau menukar lokaliti seseorang pemilih tanpa dipohon.

“Sebagai persiapan menghadapi pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-10 dan pilihan raya umum ke-13 akan datang, SPR menasihatkan pemilih berdaftar supaya membuat semakan maklumat pendaftaran mereka,” kata kenyataan itu.

SPR juga memohon kerjasama waris si mati untuk melaporkan kematian kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan segera serta membawa permit mengubur atau sebagainya sebagai bukti kematian dalam usaha SPR membersihkan Daftar Pemilih daripada nama pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia.

Kenyataan itu berkata sekiranya waris si mati tidak memperakukan kesahihan kematian itu kepada JPN, atau lewat melaporkan kematian, maka JPN tidak dapat mengemaskini pangkalan data.

“Tanpa memperoleh pengesahan daripada JPN bahawa seseorang pemilih itu telah meninggal dunia, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada pangkalan data Daftar Pemilih,” katanya.

Selain itu, bagi pemilih berdaftar yang telah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di sesuatu pusat mengundi berdekatan dengan tempat kediaman masing-masing.

Permohonan pertukaran alamat pusat mengundi boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berkomputer, melalui kaunter bergerak SPR, kaunter Ibu Pejabat SPR, Putrajaya ataupun kaunter di pejabat pilihan raya negeri. — Bernama