JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Thursday, August 14, 2008
BULAN OGOS YANG MENGGEMBIRAKAN
Salam muhasabah dan salam mahabbah dari org sabah.
Bulan ogos bukan sahaja bulan kemerdekaan tetapi juga bulan kegembiraan buat diri ini. Manakan tidak, pada bulan ini pelbagai peristiwa yang berlaku samada ianya secara kebetulan, patut berlaku dan telah ditakdirkan berlaku.
01 ogos 2008
Tarikh ini menjadi kegembiraan buat diriku kerana datuk seri anwar ibrahim (dsai) yang selama ini bermain teka-teki bila dan di mana beliau akan bertanding akhirnya sah selepas isteri tercinta yang menjadi payung terjun dalam dunia politik telah meletak jawatan sebagai ahli parlimen permatang pauh bagi memberi laluan dsai bertanding.
10 0gos 2008
Ehem2… tarikh ini sebenarnya adalah tarik lahir diri penulis yang hensem ini (ek, ensem ke..) hu hu hu…. Setiap kali menjelma birthday, soalan lazim yang diajukan oleh sahabat dan teman dan tidak terkecuali adik yang jauh di sabah “bang, bila nak kahwin…” . Saya tersenyum sendirian dan menjawab ringkas, “insya’ allah, teruskan doakan utk abg ya…” Bagus sebenarnya soalan itu sekurang2nya kita sentiasa memikirkannya dan ada persediaan ke arah itu. Oh ya terlupa pulak, sebenarnya tarikh lahir diri penulis sama dengan tarikh lahir bakal PM Msia yg ke enam, sapa lagik kalau bukan dsai. Bagi penulis kebanggaan pada persamaan itu perlu tetapi terlalu menyanjung seseorang itu perlu ada hadnya. Dsai sekurang2nya menggembleng segala kudrat, kelebihan dan auranya utk menumbangkan bee end yg zalim dlm pru 12 yang baru lalu.
15-17 ogos 2008
Tarikh ini adalah tarikh penting sebuah gerakan islam msia yang menjadikan jalan politik sebagai wasilah utk mencapai cita2 islam parti islam semalaysia (PAS). Pada tarikh ini akan berlangsungnya muktamar pas ke 54 (muktamar54.blogspot.com) yang antara topik yang hangat dibincangkan ialah keahlian bukan islam antara ahli penuh atau bersekutu. Menarik juga untuk dicatatkan di sini, jika keahlian pas di buka kepada bukan islam, bgmn kah bentuk nya nanti kerana hal ini memerlukan pindaan penting dalam perlembagaan pas. Org yg lantang menyuarakan hal ini adalah ustaz mujahid yusof rawa selaku pengerusi lajnah perpaduan pas pusat. Beliau juga bertanggung jawab menubuhkan kelab penyokong pas di Sarawak pada tahun lalu.
Anehnya, sehingga artikel ini di tulis, tiada kedengaran langsung kelab yg sama ditubuhkan di sabah walaupun pas sabah lebih maju, ahli yg ramai dan lebih dulu pas mengembangkan sayapnya di sabah berbanding Sarawak. Di harapkan perkara ini turut di ambilkira semasa berlangsungnya muktamar nanti. Bukan hendak membanding pas negeri, tetapi perlu dibuktikan kesungguhan keseluruh negeri di msia bahawa pas serius bukan sahaja di semenanjung tetapi juga di sabah. Sejarah membuktikan, jika berlaku perubahan sokongan politik di sabah, Sarawak juga akan berubah… bukankah sejak 5 bulan lalu, mp bn di sabah yg terawal mahu lompat joint pakatn rakyat? Nah, pas juga haruis serius mendengar luahan ahli dan penyokong pas dari sabah…
teringin benar nak pergi muktamar, apakan daya, transport tak de. ada yg sudi tumpangkan ke... hik2...
16 dan 26 ogos 2008
16 ogos adalah tarik penamaan calon permatang pauh yang sehingga saat ini BN buat pertama kali dalam pilihanraya kecil tidak menamakan calon pilihannya, walaupun mungkin sudah diketahui siapa calon mereka yg sebenar. Pastinya, isu2 dalam muktamar pas, akan digunakan sebaik mungkin oleh bn utk memecahbelahkan pakatan rakyat dalam pilihanraya kecil ini.
Pada pandangan penulis, BN memang senganja memilih tarik yg menyusahkan bn, apa tidaknya, sebelum pengundian 26 ogos nanti, 3 hari sebelum itu adalah kongres tahunan dap kebangsaan dan dikatakan akan berlaku pemilihan, disamping berkecamuknya negara dgn isu2 majlis peguam, 10% bukan melayu boleh masuk uitm sudah pasti sedikit sebanyak mempengaruhi kongres dap yg matlamat parti itu hak sama rata semua kaum di msia. Adalah diharapkan kongres ke, muktamar ke, isu2 semasa ke, yg pasti pakatan rakyat bijak memanfaatkan segala ruang dan peluang utk memastikan kemenangan dsai di kerusi permatang pauh seterusnya di angkat sebagai ketua pembangkang di parlimen nanti.
31 0g0s 2008
Pada tarikh ini adalah sambutan buat pertama kali hari kemerdekaan msia yang diuruskan buat pertama kali oleh menteri penuh dari sabah, iaitu datuk shafie apdal yg buat pertama kali mengumumkan mahu merebut jawatan naib presiden umno pd pemilihan agong parti itu disember ini. Mungkin ramai yg tidak tahu, sabah dan sarwak sebenarnya merdeka bukan 31 ogos, tetapi 16 september. Nah, bercampur2 sudah tulisanku ni kan…uh uh uh…..
Yang pastinya ia berkait antara satu sama lain dan tarik kemerdekaan sabah Sarawak itu adalah dateline yg ditetapkan oleh dsai utk membentuk kerajaan pusat nanti. Harap2, kerajaan yg dibentuk itu nanti, lebih baik dan lebih mesra rakyat dari sebelum ini dan lebih mesra segfala2nya, dan lebih pentinga adalah undang2 islam di angkat lebih tinggi dari undang2 sivil. (ustaz nasharuddin tantawi – sila layari http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/). Jgn islam lebih terpinggir sudah, klu islam terpinggir, bukan sahaja islam susah, kami penduduk di sabah ini akan lebih susah nanti…. Ialah, org kuat pkr sabah kan Jeffery kitingan yg pernah berhasrat mahu mengeluarkan sabah dari msia suatu ketika dahulu dan menubuhkan kerajaan kristian seperti di filifina….. sebab itu politik sabah penuh dgn drama politik perkauman yg tiada kesudahan. Apa tidaknya, islam dipinggir dan di tolak mentah2....sepatutnya pas bertanding semua kerusi muslim di sabah berbanding pkr. Sekurang2nya rakyat sabah tahu pas di sabah wujud khususnya di kwsn pedalaman sabah... harakahdaily baru2 ini mengeluarkan kenyataan bahawa antara pengunjung tertinggi laman itu ialah dari kota kinabalau (kwsn bandar). Nah, kenapa pas tidak memanfaatkan peluang itu... besar harapan penulis utk pas bertanding di setiap kwsn majoriti muslim pd pru akan datang..
Sahabatku mula sokong pas
Sehari selepas aku menyambut birthday iaitu 11 ogos 2008, aku menghubungi seorang sahabat lama yang kini sedang mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI) di pulau pinang. Sahabat ini yg sejak di sekolah dahulu istiqamah menyokong Bn. Biasalah kan, sabah kurang dapat informasi isu semasa yg ada hanya tv3, rtm, berita hairan dan utusan meloya. Itu pun, akhbar ini, hanya tiba di sabah pada jam 4 petang.... bayangkan lah.... betapa susahnya masalah di sana... di sabah bah.... sejak memasuki alam universiti pun, sahabat ini tidak pula mencampuri politik, tetapi sedikit sebanyak universiti di ukm itu, membuka mindanya tentang isu semasa. Dalam perbualan bersama sahabat itu, beliau mula terbuka utk membaca harakah, wasilah, siasah dan seumpamanya krn teringin benar mengetahui isu2 semasa yg membuatkannya berfikir dari sudut keadilan. Dan buat pertama kali beliau meluahkan rasa meluatnya dgn kerajaan bn. Semuanya bermula krn isu liwat kali ke-2 dsai. Alhamdulillah...luah ku dalam perbualan itu, sekurang2nya bertambah lagi seorang bakal pengundi pakatan rakyat di sabah kelak, krn beliau berhasrat balik ke sabah utk mengajar selepas tamat nanti. Penulis cuba membuka mindanya agar mengenali pas sedikit demi sedikit agar tidaklah dia menyokong pkr kerana dendam terhadap bn, (pas, pkr dan dap adalah komponen pakatan rakyat)tetapi kerana perjuangan yg dbawa oleh pas. Bimbang nanti, pendiriannya mudah berubah. Teringat aku pesan seorg ustaz, kita mesti menyokong sesuatu dgn jelas dan terang bukan kerana dendam, sebab dendam boleh berubah bila kemarahan dah reda...yg penting sahabat ini tidak mengundi bee end dlm p/raya akan datang, dan masa yg sama, mengenali perjuangan pas dengan jelas dan terang...
Wallahu a’lam..
p/s, alhamdulillah.....semalam ptptn dah dikurangkan kpd 1%.
bagi jak bah 0 %....
sila layari jugak, sahabat baru penulis dalam dunia blogers,
(http://alasrarfilqalb.blogspot.com/)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam masdar_wahid..
menarik blog enta..sape ni ek?
takank ltak shoutbox ke tuk mudahkn bicara?
Post a Comment