JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, November 18, 2008

ISA boleh disentuh dalam khutbah secara umum - Bekas Mufti

Oleh Masdar R Arifudin

KUALA LUMPUR: Sikap pro ISA terserlah apabila Ahli Parlimen Rompin Jamaludin Jarjis membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)terhadap seorang imam di di Felda Kratong 4, Pahang yang mengkritik Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Menurut Suhaimi Saad beliau telah diherdik oleh Jamaludin Jarjis 14 November lalu sebaik sahaja beliau selesai mengimamkan solat Jumaat.

Pada waktu itu, beliau tidak menyedari kehadiran Jamaludin yang turut berada dalam masjid serta menjadi jemaahnya.

Menurut Suhaimi, beliau hanya menyentuh tentang keadilan yang dituntut dalam Islam secara menyeluruh termasuklah undang-undang zalim ISA yang dilihat tidak adil dan kejam dalam Islam.

“Khutbah yang saya baca itu adalah secara umum berkaitan Islam dan tidak bertujuan politik”. Ujarnya.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Hasyim Yahya yang dihubungi Suara KeADILan di sini berkata, khutbah Jumaat boleh menyentuh pelbagai perkara termasuklah isu Jenayah, kezaliman dan ketidakadilan secara umum kerana pendengar yang hadir pada hari itu terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan fahaman politik.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan (MPT) Dr Badrulamin Bahron mengecam sikap MP terbabit kerana tidak menghormati Suhaimi yang juga 'ketuanya' sebelum itu kerana Jamaludin adalah makmum kepada Suhaimi yang mengimamkan Solat Jumaat pada hari itu.

Dr Badrulamin yang juga seorang ustaz turut sedih kerana masih wujud umat Islam yang tidak memahami isu kezaliman Undang-undang zalim tersebut.

"Kita amat sedih kerana sebagai seorang Ahli Parlimen beragama Islam, Jamaludin gagal memahami isu kezaliman dan ketidakadilan dalam ISA dengan baik". Katanya.

Menurut Dr Badrulamin, Isu keadilan dan kezaliman adalah isu besar dalam masyarakat dan tindakan Jamaludin 'membelasah' Suhaimi di Masjid merupakan suatu sikap yang sungguh biadab.

Mengenai dakwaan Jamaludin bahawa Suhaimi mempolitikan isu ISA dalam Khutbah Jumaat Badrul berkata, masjid adalah tempat membicarakan apa jua isu untuk kepentingan masyarakat.

Jamaludin adalah bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebelum digugurkan dari kabinet 8 Mac lalu.

Umno Pelu ditarbiyah dan Al - Qur'an tidak dikhaskan untuk orang Melayu - N. Gobalakrishnan



Berikut adalah temuramah penulis bersama Yang Berhormat N. Gobalakrishnan (gambar). Beliau yang pernah berguru dengan Dr. Harun Din amat menghormati Ulama' dan pernah menghadiri Kuliah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Penulis menghubungi beliau bagi meminta pandangannya berkenaan isu Adun DAP yang arif dalam Undang-undang Islam dan membacakan ayat Al-Qur'an semasa perbahasan Bajet Negeri Perak minggu beberapa hari lalu.

Oleh Masdar R Arifudin

KUALA LUMPUR: Al - Quran tidak dikhususkan untuk orang Melayu, tetapi untuk semua manusia termasuk Kaum Cina, India, Iban, dan Kadazan.

Ahli Parlimen (MP) Padang Serai N. Gobalakrishnan berkata tiada kesalahan untuk sesiapa untuk mempelajari Al - Qur'an kerana Islam adalah harta pusaka yang amat berharga kepada manusia.

Menurut Gobala, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan (MPT), keberanian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dap itu merupakan sesuatu yang perlu dicontohi oleh Umno yang kononnya membela orang Melayu dan Islam.

Adun Canning yang juga Setiausaha Publisiti Dap Wong Kar Woh membacakan Ayat Al-Qur'an dari Surah Al-Hujurat serta menutup ucapannya dengan membaca kalimah "Takmuru nabil maaruf watan hau anil mungkar" semasa membahaskan Bajet 2009 Negeri Perak 13 Nov lalu.

"Kita perlu mangamalkan Islam untuk kita mengetahui apa itu Islam menurut tafsiran yang sebenar dan tindakan Wong membacakan ayat Al-Quran itu adalah tarbiyah langsung kepada ahli Umno yang semakin jauh dari ajaran Islam". Kata Gobala.

Sementara itu, Gobala turut bersyukur kerana kewujudan Pakatan Rakyat (PR) adalah hadiah dari Tuhan untuk rakyat serta meminta rakyat bersabar sedikit kerana beliau yakin PR masih berada dilandasan ke arah pembentukan kerajaan baru bila-bila masa dari sekarang.

"Kita telah menunggu lebih 10 tahun berkenaan Kerajaan baru, dan kita cuma perlu bersabar sedikit seumpama menunggu nasi masak sekejap lagi". Tambahnya dengan penuh yakin.