JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Tuesday, November 18, 2008
Umno Pelu ditarbiyah dan Al - Qur'an tidak dikhaskan untuk orang Melayu - N. Gobalakrishnan
Berikut adalah temuramah penulis bersama Yang Berhormat N. Gobalakrishnan (gambar). Beliau yang pernah berguru dengan Dr. Harun Din amat menghormati Ulama' dan pernah menghadiri Kuliah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Penulis menghubungi beliau bagi meminta pandangannya berkenaan isu Adun DAP yang arif dalam Undang-undang Islam dan membacakan ayat Al-Qur'an semasa perbahasan Bajet Negeri Perak minggu beberapa hari lalu.
Oleh Masdar R Arifudin
KUALA LUMPUR: Al - Quran tidak dikhususkan untuk orang Melayu, tetapi untuk semua manusia termasuk Kaum Cina, India, Iban, dan Kadazan.
Ahli Parlimen (MP) Padang Serai N. Gobalakrishnan berkata tiada kesalahan untuk sesiapa untuk mempelajari Al - Qur'an kerana Islam adalah harta pusaka yang amat berharga kepada manusia.
Menurut Gobala, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan (MPT), keberanian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dap itu merupakan sesuatu yang perlu dicontohi oleh Umno yang kononnya membela orang Melayu dan Islam.
Adun Canning yang juga Setiausaha Publisiti Dap Wong Kar Woh membacakan Ayat Al-Qur'an dari Surah Al-Hujurat serta menutup ucapannya dengan membaca kalimah "Takmuru nabil maaruf watan hau anil mungkar" semasa membahaskan Bajet 2009 Negeri Perak 13 Nov lalu.
"Kita perlu mangamalkan Islam untuk kita mengetahui apa itu Islam menurut tafsiran yang sebenar dan tindakan Wong membacakan ayat Al-Quran itu adalah tarbiyah langsung kepada ahli Umno yang semakin jauh dari ajaran Islam". Kata Gobala.
Sementara itu, Gobala turut bersyukur kerana kewujudan Pakatan Rakyat (PR) adalah hadiah dari Tuhan untuk rakyat serta meminta rakyat bersabar sedikit kerana beliau yakin PR masih berada dilandasan ke arah pembentukan kerajaan baru bila-bila masa dari sekarang.
"Kita telah menunggu lebih 10 tahun berkenaan Kerajaan baru, dan kita cuma perlu bersabar sedikit seumpama menunggu nasi masak sekejap lagi". Tambahnya dengan penuh yakin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam. utk makluman, lawyer wong ni dulu blaja kat UIA, so xde hal lah nak quote verses from al-quran.
Post a Comment