JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, June 8, 2012

Parlimen boleh bubar sebelum belanjawan - Timb Speaker

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar percaya Parlimen boleh dibubar bila-bila masa se- belum Belanjawan 2013 dibentang pada September akan datang.

Ahli Parlimen Santubong itu berkata, pembubaran Parlimen yang dilakukan sebelum ini tidak banyak perbezaannya.

“Perdana Menteri boleh mengumumkan pembubaran Parlimen pada bila-bila masa sahaja… sebelum, selepas atau pada pertengahan persidangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Jamuan Teh sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Peringkat Negeri Sarawak,2 Jun lalu.

“Tidak ada apa-apa dalam perlembagaan atau undang-undang yang boleh menghalang pembubaran Parlimen,” katanya.

Beliau menarik perhatian, jika Perdana Menteri telah memberi nasihat kepada Agong dan baginda berse tuju maka dibubarlah Parlimen.

Wan Junaidi menarik perhatian bahawa belanjawan mungkin menunjukkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan selepas itu atau sebelumnya.

Ditanya adakah pilihan raya tidak boleh diadakan semasa belanjawan, Wan Junaidi berkata:

“Pada 1999 atau 2000 separuh belanjawan dilakukan selepas asul dibahaskan dan belanjawan adalah salah satu rang undang-undang atau perlembagaan yang tidak membatalkan belanjawan itu sendiri.

Beliau menjelaskan bahawa rang undang-undang yang sedang dibahaskan akan terus menjadi sah sehingga pembubaran Parlimen.

“Parlimen boleh diteruskan, melainkan jika kerajaan baharu dan menteri kewangan baharu mempunyai idea sendiri mengenai apa yang hendak dibelanjakan,” katanya.

No comments: