JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, February 2, 2013

PESANAN PENTING UNTUK PENYOKONG PR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pilihanraya (PRU 13) makin dekat. BN, demi mahu kekalkan kuasa akan menggandakan propaganda khususnya dalam media massa. Beberpa perkara harap dapat di ambil perhatian semasa berkempen.

1. Lakukan kempen yang beretika dan berprinsip. Jangan memburukan pihak lawan dan elakan taktik kotor. Elakan sentimen perkauman dan keagamaan. JANGAN tiru cara UMNO. Lawan dan bezakan kita dengan UMNO melalui kempen yang bersih. Rakyat akan menjadi positif kepada PR.

2. Jaga kesatuan PR. Sedikit kesalahan akan diperbesarkan oleh media UMNO. Antara seni peperangan politik ialah “jaga mulut”.

3. Sedarkan orang Melayu tentang kronisma yang kronik bernilai billion ringgit hanya menkayakan segelintir elit UMNO dan “ orang dalam”.

4. Terangkan dasar PR , bezakan dengan BN@UMNO. Pelajaran percuma, harga minyak turun, hapuskan PTPN, AES, Tol, Harga barangan lebih murah, hutang Negara, ketirisan wang haram dll.

5. Terangkan penganiayaan dan ugutan BN ke atas rakyat Selangor dengan isu air. BN tidak mahu kerajaan negeri menguruskan bekalan airnya sendiri sedang negeri di bawah BN dibolehkan.

6. Sasarkan golongan muda lelaki dan wanita. Mereka mudah faham dan akan mempengaruhi keluarga mereka. Mereka pandai gunakan IT. Mereka akan dapat maklumat tepat dan sampaikan.

7. Terangkan bahawa PR telah buktikan kemampuan mentadbir. 4 negeri dibawah tadbir PR telah mendapat pujian Ketua Audit Negara dan Simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor terus mencatatkan peningkatan sepanjang tahun 2011 dengan jumlah simpanan sebanyak RM1.9 billion iaitu peningkatan lebih 26 peratus

8. Untuk dapatkan bahan kempen sila layari: http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t109475.html

9. Pastikan kita berada diluar rumah sepanjang hari mengundi. Bantu apa yang perlu. Jadikan sebahagian dari sejarah. Jadikan PRU13 satu nostalgia. Abaikan sebarang provokasi UMNO. Memang mereka sengaja nak cetuskan ketegangan.

10. Inikalilah…UBAH!!!

No comments: