JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Sunday, March 17, 2013
PRU-13 : Antara macai Umno dan pemimpinnya (kisah benar)
Menjelang PRU ke-13, samseng, macai dan pencacai Umno BN seluruh negara terus menyibukan diri memikirkan bagaimana mempertahankan kuasa Umno dari tersungkur kelak. Ia bagi memastikan mereka terus bergantung mendapatkan wang pada hari-hari mendatang.
Pada masa sama, dalam keadaan mereka tidak sedar, atau mungkin terleka dari fantasi pemimpin mereka atau tidak mengkaji persekitaran semasa, pemimpin tertinggi Umno pula kini sibuk mencipta projek baharu dan memindahkan wang keluar negara.
Mereka ini termasuklah bakal calon-calon Umno, penyandang kerusi sedia ada, menteri dan pemimpin Umno yang selama ini kaya raya hasil sistem kroni yang diamal parti itu.
Kerajaan BN tidak lagi mempunyai kawan yang setia. Selepas penyertaan tokoh-tokoh politik, korporat, perkhidmatan awam dan tentera ke dalam parti-parti dalam Pakatan, isyarat semakin jelas rakyat benar-benar mahu berubah. Pasukan polis juga akan membuat kejutan dalam PRU. Polis berpangkat rendah mengadu bosan diperguna oleh BN.
Sumber-sumber yang hampir dengan koridor kuasa mengesahkan ahli politik BN yang kelihatan gagah di media, di belakang tabir, sedang berlumba-lumba memunggah harta negara. Mengagih-agihkan berbilion ringgit kontrak dan tender jangka pendek kepada keluarga, kroni dan proksi sebagai persediaan kehilangan kuasa.
Pemerhati politik berkata penundaan tarikh PRU bukan akibat Najib takut kalah tetapi pemimpin BN memerlukan lebih banyak waktu untuk mencipta projek baharu dan memindahkan wang keluar negara.
Hanya penyokong akar umbi sahaja yang berjihad melawan pembangkang. Sanggup membaling batu dan kayu ke atas sesama rakyat. Tanpa mereka sedar, dua bulan daripada sekarang, pemimpin yang mereka bela akan lari keluar negara.
Tinggallah penyokong tegar diheret satu persatu ke mahkamah. Biar pun hari ini polis di pihak BN, dua bulan akan datang polis di pihak Pakatan. Mimpi ngeri kepada samseng Umno yang berfikiran singkat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment