JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, April 16, 2008

Dilema Parti Terkecil BN

Parti komponen BN yang terkecil dan tertua di negeri Sabah dan juga parti yang paling bermasalah dan cuba mengajar umno erti disiplin iaitu Parti Liberal Demokratik (LDP), menerusi Presiden Parti itu yang pertama kali memenangi kerusi Parlimen Sandakan Datuk V.K Leong telah memecat dan menggantung keahlian ahli parti mereka termasuk naib presiden parti itu yang juga bekas Adun Merotai Datuk Liew Yun Fah.

Dalam satu kenyataan media pada Ahad (13 April), Presiden LDP, Dato' Liew Vui Keong mengumumkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merotai, Dato' Liew Yun Fah, digantung keahlian berkuatkuasa di hari sama. Yun Fah adalah juga Naib Presiden LDP. Beliau digugurkan daripada mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai pada pilihan raya bulan lalu.

Turut digantung keahlian mereka ialah empat yang lain, iaitu Bendahari parti yang juga Pengerusi LDP Bahagian Karamunting, Lawrence Tan Kien Yee; Ahli Majlis Tertinggi (MT) LDP, Francis Chang Yin Kong; Ketua Pemuda LDP Merotai, Vun Nyuk Onn dan Ketua LDP Bahagian Balung, Raymond Sia Vun.

Sehari selepas itu pula, Parti terkecil dan paling lantang menuntut tambahan kerusi sebelum pilihanraya iaitu Parti Progresif Penduduk (PPP) melalui Pengerusi PPP Sabah mempelawa Bekas Adun Merotai parti LDP itu untuk menyertai PPP dan bersedia mengangkat Datuk Liew Yun Fah sebagai pengerusi baru PPP Sabah.

Umum mengetahui PPP adalah parti yang terpinggir dan tidak dipedulikan oleh BN samada sebelum atau selepas pilihanraya. Ini terbukti apabila Presiden PPP Datuk M Kayveas yang kalah dalam usahanya mempertahankan Kerusi Parlimen Taiping tetap datang semasa taklimat ADUN dan ahli Parlimen BN yang diadakan di PWTC baru-baru ini.

Kayveas yang juga ahli politik terakhir meninggalkan tempat jamuan BN pada hari itu, menanti-nanti wartawan untuk ditemuramah walaupun ramai yang tahu beliau tidak lagi popular di mata rakyat.

Begitu juga dengan satu lagi parti komponen BN yang bermasalah dan semakin tidak relevan terutama selepas kekalahan teruk mereka di Pulau Pinang dalam pilihan raya lalu iaitu parti Gerakan menerusi Pemangku Presidennya Tan Sri Dr. Koh Tsu koon menunggu wartawan di meja makan dengan harapan ada liputan diberikan.

Begitulah kisah dan nasib parti terkecil BN, hidup segan, mati tak mahu. Persoalannya, bilakah parti terkecil ini ingin meninggalkan Gagasan BN yang ditubuhkan pada tahun 1974 itu untuk menyebrang ke gagasan baru yang lebih relevan sebagai harapan baru untuk rakyat Malaysia iaitu Gagasan Pakatan Rakyat (PR)? Melihat kepada senario semasa, adalah lebih afdal jika parti-parti terkecil itu mencontohi parti terkecil yang ada dalam PR yang bijak memanfaatkan peluang dan suasana semasa untuk kepentingan rakyat. Parti terkecil PR yang dimaksudkan ialah Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan Parti Demokratik Malaysia (MDP). Kedua-dua parti ini bertanding atas tiket PKR dalam Pilihanraya 12. Kini sudah tiba masanya parti terkecil dalam BN itu sama-sama membaca mood rakyat yang mahukan Kerajaan Baru untuk memerintah Malaysia ke arah negara yang Maju, Adil, maanah, berkebajikan dan lebih penting lagi ialah diberkati Allah selaku pemilik alam ini. amin…

No comments: