Saifuddin jumpa MB Selangor 10 Jun ini
Masdar Wahid
Datuk Saifuddin Nasution Ismail dijadualkan bertemu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelantikannya sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor pada
jam 2 petang 10 Jun ini.
"Saya dijadualkan bertemu Tan Sri Khalid pada jam 2 petang Isnin ini dan saya hanya akan komen mengenainya selepas perbincangan itu nanti. Pelantikan ini adalah hak
Menteri Besar dan saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan keyakinan yang diberi.
"Apa jua tugas dan kewajipan yang diamanahkan kelak, akan saya galas sebaik mungkin dengan penuh tanggungjawab," katanya kepada masdarwahid.blogspot.com
Pada 5 Jun lalu, Khalid mengesahkan Saifuddin akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar dengan peranan utama membantu pembangunan masyarakat luar bandar di negeri itu.
Saifuddin merupakan graduan Pengurusan Latihan dari Tamagawa Gakuen, Tokushima Jepun serta graduan Sarjana Sains (Agronomi) dari Universiti Putra Malaysia.
Sebelum menyertai politik, Saifuddin aktif dengan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan sosial di desa dengan menyusun dan menggerakkan pelbagai program yang memanfaatkan
golongan itu yang kebanyakannya melibatkan masyarakat Melayu.
Dalam bidang politik, beliau ialah Adun pertama KEADILAN yang memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas di negeri Jelapang Padi negara pada tahun 2000. Semasa menjadi Ahli
Parlimen pada penggal lalu, hujah-hujah beliau bukan sahaja penuh dengan fakta dan angka, malah setiap kali berbahas pemimpin Umno BN sering gagal berdepan beliau.
Pada 15 Januari 2012, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menganugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk kepada Setiausaha
Agung KEADILAN ini sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-84 di Istana Anak Bukit, Alor Star.
No comments:
Post a Comment