JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, June 5, 2011

Dulu lain sekarang lain - Mohd Sabu

Mohamad Sabu yang dipilih sebagai timbalan presiden baru PAS menegaskan pendiriannya bahawa beliau tidak lagi menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun musuh politik beranggapan beliau tidak akan sebulu dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat berdasarkan perkembangan dekad-dekad lalu.

Beliau mengakui pernah mengecam dan menyerang secara politik pada 1980-an dan 1990-an iaitu ketika Anwar masih berada dalam Umno.

“Pada masa 80, 90-an, Anwar dalam Umno. Dia mendokong dasar-dasar Umno. Sebab itu saya kecam.

“Kini, Anwar sudah beralih ke Pakatan, jadi kita sama-sama bekerjasama dalam satu pasukan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di akhir hari kedua Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini.

Mohamad yang mesra dikenali sebagai “Mat Sabu” memperoleh 420 undi untuk menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa yang hanya memperoleh 224 undi dan seorang lagi calon, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerima 339 undi.

Anwar menyertai Umno 1982 dan dipecat pada September 1998.

Sejak 2008 Anwar mengetuai Pakatan Rakyat dianggotai PAS, DAP dan PKR.

Petang tadi, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa suara Anwar dalam PAS ekoran keputusan pemilihan 2011-2013 ditentukan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwanya sebagai “pak turut.”

“Suara Anwar dalam PAS ditentukan oleh (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Aziz dan (Presiden PAS) Haji Hadi (yang) jadi pak turut... yang lain tidak releven... memang ada yang Erdogan, ulama dan macam-macam lagi.

“Tetapi semua tidak beri apa-apa kesan kecuali Datuk Nik Aziz dan pak turut Haji Hadi,” kata Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Kelantan ini pada pilihan raya umum 2008 bertanding dan menang menggunakan lambang PAS.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali pula berkata kemenangan Mohamad pasti akan mengecewakan Nik Aziz, Hadi dan puak ulama dan puak Erdogan.

“Mat Sabu hanya belajar di ITM dan tidak tamat, bukan lulusan pengajian agama Timur Tengah. Ianya memalukan gulongon ulama PAS kerana Mat Sabu tiada kelulusan akademik manakala puak Erdogan juga lagi kecewa kerana Mat Sabu tidak sokong Anwar,” katanya dalam kenyataan berasingan.

“Malah Mat Sabu yang mengelar Anwar Al-Juburi... kehebatan Mat Sabu, namanya Muhamad sama nama Rasullulah, tapi nama bapa Sabu.. tiga naib presiden pula adalah tokoh duniawi iaitu dua ada ijazah dan satu lagi dikatakan hanya SPM saja.

“Pada pendapat saya barisan pimpinan PAS baru ini semakin menyukarkan usaha ke arah perpaduan Melayu,” kata beliau lagi.

Mengenai kecaman itu, Mohamad yang kelahiran Pulau Pinang berkata, itu perkara biasa dan sesiapa sahaja boleh mengecamnya sebab beliau juga ada mengecam orang.

“Jadi, ini bukan masalah. Sekarang, saya menjadi timbalan, akan ramai lagi yang kecam saya. Saya sedia hadapi kritikan orang,” kata Mohamad yang pernah menjadi anggota Dewan Rakyat.

Mengulas pandangan Ibrahim itu, Mohamad berkata, itu pendapat peribadi wakil rakyat berkenaan dan “suka hati dia nak cakap apa.”

“Saya tidak mahu komen apa-apa. Kalau itu pandangan organisasi, lain ceritalah. Ini pandangan peribadi,” katanya lagi.

Usul lengkap Muktamar PAS 57

1. Himpunan BERSIH 2 (PAS Pusat)

• Menyedari ruang demokrasi semakin terhimpit oleh kerajaan BN, walaupun negara hampir mencapai kemerdekaan negara 54 tahun.

• Menyedari BN takut bertarung secara anak jantan di gelanggang yang sama rata dengan memperalatkan SPR.

• Menyedari tuntutan BERSIH 1 belum dilaksanakan,

1. Akses kepada media awam yang bebas dan adil kepada semua parti politik
2.Melaksanakan penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda.
3.Memansuhkan sistem undi pos
4.Umur 21 tahun secara automatik didaftar sebagai pengundi.

Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011

• Menggesa seluruh rakyat Malaysia daripada berbagai peringkat menyertai BERSIH 2 pada 9 Julai 2011 di Bandaraya Kuala Lumpur.

• Menggerak semua organ parti dan semua lapisan pimpinan parti Pas, PR dan NGO untuk menjayakan himpunan tersebut.



2. Usul Mengutuk Fitnah Menggunakan Video (Dewan Ulamak)

• Menyedari bahawa fitnah adalah salah satu daripada dosa besar yang dikutuk oleh Allah SWT kerana ia melibatkan maruah dan jati diri seorang.

• Menyedari bahawa tindakan ini adalah tindakan yang tidak bermoral setelah tidak mampu berhadapan dengan hujah fakta dan data.

• Menginsafi bahawa tindakan. menggunakan video dan media baru sebagai saluran untuk menyebarkan fitnah untuk kepentingan politik adalah lambang keruntuhan tamaddun sebuah negara dan bangsa.

Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011

• Mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah di dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan ini dilesenkan oleh kerajaan.

• Mengutuk sikap membisu di kalangan ulamak rasmi kerajaan yang tidak tegas mengutuk tindakan yang tidak berakhlak, seolah-olah penayangan video ini mendapat restu daripada mereka.



3. Usul Pemalsuan Kad Pengenalan (Dewan Pemuda)

• Menyedari bahawa Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang bakal menjadi medan pertarungan paling sengit dalam sejarah politik Malaysia di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

• Menyedari bahawa UMNO/BN sepertimana track record yang lalu, akan sanggup menggunakan apa jua cara by hook or by crook, untuk mengekalkan kuasa di tangan mereka terutama selepas mereka dilanggar tsunami politik pada Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008.

• Menyedari bahawa sejak dua tahun kebelakangan ini, sedang berlangsung satu projek sulit mengeluarkan kad-kad pengenalan terutamanya kepada warga asing dengan tujuan untuk didaftarkan sebagai pengundi.

• Menyedari ianya bukan satu rahsia lagi bahawa komplot dan perancangan yang sama pernah dilaksanakan di Sabah melalui 'Projek I.C' pada tahun 1980 an dan 1990 an bagi menumbangkan Kerajaan Sabah yang diterajui oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) pada ketika itu di mana ratusan ribu pendatang tanpa izin dan penduduk tetap diberikan hak kerakyatan dan kad pengenalan dan seterusnya didaftarkan sebagai pengundi.

• Menyedari bahawa komplot dan perancangan sulit ini tidak lain tidak bukan adalah hasil unholly alliance antara UMNO/Barisan Nasional dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menjadi merelakan diri mereka untuk dijadikan perkakas dan pada masa yang sama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membiarkan perkara ini berleluasa.

• Menyedari bahawa sudah lebih puluhan ribu warga asing diberikan kad pengenalan dan kebanyakannya telah didaftarkan sebagai pengundi di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan dan Kedah.

• Menyedari bahawa kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) seolah-olah tidak mengambil perhatian serius untuk menangani perkara ini.

• Menginsafi bahawa jika perkara ini dibiarkan berleluasa tanpa sebarang tindakan tegas diambil, ianya bakal menyebabkan PAS dan Pakatan Rakyat tewas teruk termasuk terlepas negeri-negeri yang dikuasai dalam Pilihanraya akan datang.

• Menginsafi bahawa keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai ini akan juga terancam jika pemberian kad pengenalan kepada warga asing secara besar-besaran untuk tujuan politik ini tidak dihentikan,

Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011


Mengambil ketetapan bahawa:
a. Mendesak supaya satu Suruhanjaya Diraja Siasatan bagi menyiasat perkara ini ditubuhkan menurut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di mana ahli-ahli suruhanjaya tersebut dilantik dari kalangan mereka yang berwibawa, bebas dan berkecuali.

b. Menuntut supaya Kementerian Dalam Negeri dan juga Jabatan Pendaftaran Negara khususnya mendedahkan secara terperinci statistik berapakah jumlah taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada warga asing dan penduduk tetap terutamanya sejak sepuluh tahun kebelakangan ini mengikut negeri.

c. Mendesak supaya jentera PAS dan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dan kawasan-kawasan memantau secara rapi pergerakan komplot mengeluarkan kad pengenalan dan membuat tangkapan awam terhadap mereka jika didapati berlaku.

d. Sekiranya keadaan mendesak, PAS dan Pakatan Rakyat perlu mengambil satu tindakan undang-undang diambil terhadap JPN dan/atau SPR dan pada masa yang sama memohon satu perintaah injunksi sementara diambil bagi menggantung segala proses pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing.

e. Memasukkan isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing ini sebagai salah satu tuntutan di dalam agenda Bersih 2.0 yang akan mengadakan perhimpunan Bersih 2 pada 9hb Julai 2011.



4. Usul Dewan Muslimat PAS Pusat (Usul Pendidikan)

• Menyedari hampir keseluruhan umat lslam hari ini keliru dan terpedaya dengan kemilau sinar pendidikan yang berbentuk sekularisme hasilnya kita sedang menyaksikan insan yang berperibadi terpisah (split personality) , separa sedar (sub-conscious) hilang daya tahan dan daya juang

• Menyedari senario keruntuhan akhlak yang amat parah di setiap peringkat umur, malah yang lebih menakutkan ialah mereka yang terpelajar tetapi berani melawan perintah Allah SWT dan tidak yakin dengan balasan akhirat.

• Menyedari Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1989 dengan meletakan TAUHID sebagai asas terulung kepada falsafah dan struktur pendidikan Negara. Konsep Bersepadu di antara aqidah, ilmu, kemahiran, akhlak, nilai-nilai murni, aspek local dan global serta dunia dan akhirat menjadi wasilah dalam pelaksanaan Sistem Pendidikan Negara.

• Menyedari Subjek Pendidikan Islam dan Moral telah menjadi subjek teras di setiap peringkat persekolahan kerana subjek Pendidikan Islam adalah satu-satunya subjek yang mampu membangunkan diri manusia secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.

• Menyedari Sistem Pendidikan Negara berorientasikan peperiksaan, maka matapelajaran Pendidikan Islam sekadar matapelajaran teras untuk dipelajari sahaja dan dijawab oleh pelajar di dewan peperiksan semata-mata, maka pengajaran dan pembelajarannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Ia tidak dianggap penting sama sekali terutama dalam menentukan syarat pensijilan bagi setiap tahap peperiksaan (UPSR, PMR dan SPM), malah ia dianggap subjek yang tidak langsung mempunyai nilai ekonomi dan keperluan pasaraan kerja. Hasilannya tidak seorang pun boleh menafikan kegagalan Sistem Pendidikan Negara dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada 1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011 mengusulkan agar Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tindakan

1. Meminda syarat pensijilan di peringkat UPSR, PMR dan SPM dengan menjadikan subjek pendidikan Islam sebagai syarat asas pensijilan bagi pelajar-pelajar beragama Islam.

2. Meneruskan matapelajaran j-QAF yang diperkenalkan di sekolah rendah diteruskan ke sekolah menengah untuk menjamin penguasaan Jawi, Al-Quran dan Fardu Ain kepada pelajar-pelajar beragama Islam sehingga tamat tingkatan 5.

3. Mewajibkan ujian Tilawah Al-Quran kepada semua pelajar Islam di peringkat UPSR, PMR, dan SPM bagi memastikan semua pelajar Islam menguasai dan celik Al-Quran dan sijil khas dikeluarkan kepada pelajar-pelajar.



5. Usul Mengenai Membantah Pengurangan Subsidi (Pandan Selangor)


• Menyedari tanggungjawab kerajaan ialah khadam rakyat yang dipertanggungjawab untuk memberi keselesaan kepada rakyat.

• Menyedari bahawa tugas kerajaan perlu memikirkan untuk kebajikan rakyat, bukan menekan rakyat.

• Menyedari bahawa hasil negara yang begitu banyak yang Allah anugerahkan kepada negara ini, malangnya telah berlaku penyelewingan dan rasuah sehingga pemimpin BN mengambil jalan pintas mengurangkan subsidi untuk rakyat.

Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011

• Membantah tindakan kerajaan BN yang mengurangkan subsidi sehingga memberi kesan kepada rakyat. Apabila kerajaan menaikkan harga petrol dan letrik ia akan memberi kesan kepada rakyat walaupun kerajaan cuba bermain silap mata kononnya 75% rakyat tidak terjejas dengan kenaikan tarif letrik seolah-olah rakyat tidak membeli barang keperluan dapur yang menggunakan pengangkutan dan industri yang menggunakan letrik. Semua bebanan ini akan ditanggung oleh rakyat melalui "kesan berantai".

• Mengutuk tindakan kerajaan BN menarik subsidi gula RM116.6 juta sehingga berlaku kenaikan harga sebanyak 20 sen. Untuk 27 juta rakyat ditarik subsidi, sedangkan untuk PERMATA yang bukan sebuah kementerian diberi sebanyak RM111 juta.



6. Usul Kebajikan Bekas Anggota Tentera (Tenggara Johor)

• Menginsafi anggota tentera yang banyak menyumbang bakti kepada negara sehingga anasir surversif tidak boleh bermaharajalela di negara ini.

• Menginsafi banyak kebajikan bekas anggota terabai, sedangkan mereka pernah menyabung nyawa untuk keamanan negara samaada ketika aman atau dharurat.

Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011 mengusulkan,

• Supaya kerajaan negeri Pakatan Rakyat menubuhkan Sekretariat Kebajikan Tentera Dan Veteran Malaysia (KERABAT) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar/Ketua Menteri untuk memastikan kebajikan bekas pasukan tentera terjamin.

KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN PAS 2011-2013



Perwakilan PAS membuat keputusan untuk mengekalkan dua ahli parlimen penyandangnya di jawatan itu -- Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Salahuddin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi.

Bagi melengkapkan pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan naib presiden.

Tiga calon lagi kecundang dalam pemilihan sengit untuk jawatan berkenaan -- menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin, exco kerajaan Kelantan Nik Mohamad Amar dan ketua penerangannya, Idris Ahmad.

Nizar mendapat 217 Undi manakala Nik Mohamad Amar meraih 321 Undi, diikuti Idris yang menerima 491 Undi.

Bagi jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS pula, Abdul Halim mengumumkan 18 nama

berikut:

Mazlan Aliman (884)

Dr Hatta Ramli (765)

Kamarudin Jaffar (739)

Hanipa Maidin (735)

Azizan Abdul Razak (721)

Dzulkefly Ahmad (702)

Mujahid Rawa (651)

Khalid Samad (643)

Ghani Shamsuddin (579)

Amiruddin Hamzah (576)

Abdul Wahid Endut (556)

Abu Bakar Chik (527)

Mohd Amar Abdullah (470)

Mahfodz Mohamed (449)

Dr Siti Mariah Mmahmud (445)

Hassan Mohamed Ali (437)

Abdul Ghani Abdul Rahman (430)

Nuridah Salleh (416).

KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN PAS 2011-2013

PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Ustaz Abu Kasim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN

Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

Mohamad Sabu, Hj – 420 undi

NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato’ - 660 undi

2. Mahfuz Omar, YB Dato’ – 616 undi

3. Salahuddin Ayub, YB – 753 undi

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi

2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi

3. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi

4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz - undi

5. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi

6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz – 421 undi

7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr - undi

8. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi

9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr. – 437 undi

10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – 739 undi

11. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi

12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. – 449 undi

13. Mazlan Aliman, - 804 undi

14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz – 470 undi

15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. - 765 undi

16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi

17. Nuridah Salleh, Ustazah - 416 undi

18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi

KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN PAS 2011-2013 = MUSLIMAT

Pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bagi sesi 2011/2013 menyaksikan Siti Zailah Mohd Yusof menang jawatan Ketua DMPP menewaskan penyandang sebelumnya, Nuridah Salleh.

Perkara tersebut diumumkan timbalan pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS Pusat, Datuk Wan Mutalib Embong


Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Norhashimah Deraman
Timbalan Pengerusi Tetap: Fatimah Ismail
Ketua: Siti Zailah Mohd Yusof, YB 385 undi
Timbalan Ketua: Siti Mariah Mahmud, YB Dr. 437 undi
Naib Ketua: Mumtaz Mohd Nawi, YB 334 undi

Ahli Jawatankuasa:

1) Aiman Athirah Al-Jundi 497 undi
2) Halimah Ali, ) YB Dr 482 undi
3) Asiah Ali, Dr 470 undi
4) Aida@Nurul Huda Yusof Rawa
5) Wan Ubaidah Wan Omar, YB
6) Kartini Ahmad
7) Mastura Mohammad
8) Normala Sudirman
9) Azizah Khatib Mat, Ustazah
10) Rosni Adam, Dr
11) Najihatussolehan Ahmad, Dr
12) Siti Aisyah Ghazali, YB

KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN PAS 2011-2013 = PEMUDA

Nik Abduh Nik Abdul Aziz dipilih menjadi timbalan ketua Dewan Pemuda PAS selepas beliau mengalahkan tiga lagi calon untuk jawatan itu.

Naib ketua pula dimenangi oleh Raja Al Hiss Raja Yaakob, iaitu bekas Setiausaha Politik Datuk Mahfuz Omar ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini.

Yang menarik juga, 13 dari 17 pemimpin Pemuda PAS yang terpilih sessi ini adalah berpendidikan agama.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua: Raja Al Hiss Raja Yaakob

Ahli Jawatankuasa:
1) Ustaz Riduan Mohd Noor
2) Khairul Faizi Ahmad Kamil
3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
4) Adram Musa
5) Ustaz Kamaruzzaman Mohamad
6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari
7) Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
8) Ustaz Nazri Chik
9) Ustaz Yusni Mat Piah
10) Mohd Sany Hamzan
11) Ustaz Syed Abdul Qadir Al Jufri
12) Ustaz Mohd Noor Hamzah

Wednesday, June 1, 2011

PAS ditawar lima jawatan MB - Kit siang

Penasihat DAP, Lim Kit siang memuji komitmen tinggi Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang kekal bersama perjuangan Pakatan Rakyat walaupun menerima pelbagai habuan dari Umno termasuk jawatan menteri.

“UMNO tidak sepatutnya mencadangkan kepada PAS untuk membentuk 'kerajaan perpaduan'. Jika ada cadangan ia sepatutnya melibatkan Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya berkomplot untuk memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat.

“Kami turut mendengar PAS ditawarkan jawatan Menteri Besar di lima negeri. “Tetapi apa yang jelas, PAS konsisten bersama Pakatan Rakyat,” kata Kit Siang di Bau, Sarawak pada 31 Mei lalu.

Mengulas lanjut, Kit siang menegaskan partinya bersama KEADILAN dan PAS komited bagi memastikan ketiga-tiga gabungan itu berjaya membentuk kerajaan baru pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Lim mengulas tindakan terdesak Umno yang tidak habis-habis memujuk PAS untuk bersamanya atas nama 'Kerajaan Perpaduan'.

“Kami tidak akan membenarkan mereka (Umno BN) memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

“Kami akan terus menjadi sebuah unit untuk menentang BN dalam pilihan raya yang akan datang.

“Ini adalah pendirian DAP, KEADILAN dan PAS dan kami mahu Pakatan Rakyat sebagai kerajaan (persekutuan) menjadi kenyataan," tegasnya yang juga Ketua DAP di Parlimen.

Ajakan Umno itu timbul semula selepas Mursyidul Am PAs yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkannya ketika bertemu anak-anak Kelantan di Dengkil, Selangor pada 31 Mei lalu.

Nik Aziz dilaporkan berkata, baru-baru ini beliau didatangi wakil Umno berpangkat 'Datuk' dan merupakan 'pesara kerajaan' yang menawarkan PAS tiga jawatan menteri jika bersetuju bersama Umno membentu 'Kerajaan Perpaduan'.

Bagaimanapun, Nik Aziz menolaknya dan menyatakan komitmennya bersama Pakatan Rakyat.

Difahamkan, pujukan Umno itu adalah kali kelima terhadap Nik Aziz yang sejak menerajui Kelantan difitnah dan diaibkan dengan pelbagai gelaran dari Umno dan kuncu-kuncunya.

Umno juga membiarkan blogger upahannya memburukan Nik Aziz termasuk memprojeksikan gambar Nik Aziz dalam keadaan lucah melalui super impose.

Laporan polis yang dibuat mengenainya didiamkan Umno BN sehingga kini.

Peliknya, dalam keadaan Nik Aziz difitnah sedemikian rupa, di sisi lain pula, Umno memujuknya kononnya atas nama perpaduan.

Sesuatu yang pasti, Umno tidak pernah ikhlas setiap kali mengajak Umno walau atas apa nama sekalipun kerana pujukan 'bersatu' hanya datang setiap kali Umno terdesak atau kalah dalam pilihanraya.

Ini terbukti apabila selepas tragedi 13 Mei, PAS bersetuju bersama Umno dalam BN. Namun, selepas Umno kuat, PAS ditendangnya sekaligus merampas Kelantan.

Begitu juga pada PRU lalu apabila Umno BN hilang 2/3 di Parlimen dan tumbang di lima negeri, mereka memujuk lagi PAS termasuk menawarkan jawatan Menteri Besar dan Exco kepada parti Islam itu di Perak, Kedah dan Selangor.

Namun, PAS konsisten bersama Pakatan Rakyat sekaligus menolak ke semua jawatan dan habuan menteri itu.

Secara logiknya, PAS rugi jika bersama Pakatan Rakyat, kerana di Selangor, mereka hanya dapat Exco dan bukan Menteri Besar manakala di Perak mereka hanya dapat seorang Exco semasa negeri itu diterajui Pakatan Rakyat.\

Namun PAS sejak dulu adalah parti yang konsisten bersama mana-mana gabungan pembangkang dan tidak pernah meninggalkan gabungan termasuklah dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada dan Barisan Alternatif (BA) pada 1999.

Dalam APU, PAS ditinggalkan Parti Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razalegih Hamzah dan DAP keluar BA akibat fitnah Utusan dan media Umno BN yang memecahkan kesatuan itu.

Kini, selepas 8 Mac 2008, media pencacai umno BN melakukan taktik sama dan semakin cuba memecahkan Pakatan, semakin itu jugalah kesatuan ini kekal mantap muafakat.

DAP juga selepas cemerlang pada pilihanraya Sarawak turut diajak bersama BN tetapi ditolak melalui kenyataan rasmi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Manakala serangan sama dilakukan Datuk Seri Najib Razak ialah cubaan mengharamkan KEADILAN dengan kerjasama pendaftar Pertubuhan yang kesnya disebut pada 8 Jun ini.