JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, October 3, 2011

Bagaimana Taib rampas NCR ?

KOMENTAR Saya dijemput oleh seorang pastor Iban untuk melawat beberapa kampung terpencil kaum Iban di Sarawak baru-baru ini untuk membantu mereka berhubung pertikaian tanah.

Mereka memberitahu saya seorang kontraktor Cina yang telah berjanji untuk membantu mereka membangunkan projek kelapa sawit tetapi tidak berbuat apa-apa lagi selepas mengambil kayu balak di kawasan seluas 1,400 ekar tanah yang dikenal pasti untuk projek itu.

Oleh itu mereka bercadang mengusir lelaki itu dan mencari orang lain untuk melakukan tugas itu.

Saya kemudiannya ditunjukkan perjanjian mengenai projek berkenaan. Berita buruk. Mereka secara tidak sedari telah menandatangani tanah hak warisan mereka - hak adat anak negeri - kepada lelaki itu.

Perjanjian itu dikatakan disedia dan dilaksanakan oleh seorang peguam masyarakat pribumi. Ia membenarkan syarikat lelaki itu bukan sahaja untuk mengambil semua kayu balak mereka secara percuma tetapi juga memindahkan tanah hak adat atau NCR seluas 1,200 ekar itu dipindahkan kepadanya.

Sebagai balasan, beliau berjanji untuk menanam 200 ekar kelapa sawit untuk mereka dalam masa yang ditetapkan.

Jika masyarakat Iban itu gagal memindahkan tanah berkenaan, mereka akan terpaksa membayar sebanyak RM5 juta kepada lelaki itu sebagai pampasan membersihkan tanah mereka dan mengeluarkan balak untuk dirinya sendiri.

Namun, tiada apa-apa jua dalam perjanjian itu yang menyatakan mengenai tindakan kepada lelaki itu jika dia tidak menanam 200 ekar kelapa sawit untuk penduduk berkenaan yang sehingga hari ini, beliau belum berbuat demikian.

Sudah tentu, perjanjian itu ditulis dalam bahasa Inggeris dan kandungan terperincinya pula tidak dimaklumkan kepada penduduk Iban itu.

Ini adalah apa yang berlaku!

Hadiah Gawai

Ahli perniagaan Cina itu tinggal di sebuah bandar kira-kira tiga jam perjalanan dari perkampungan Iban itu. Beliau menghantar isterinya yang berketurunan Bidayuh untuk berbaik-baik dengan seseorang daripada tiga tuai rumah di kampung itu.

Terdapat tiga rumah panjang Kristian di perkampungan itu yang terdiri daripada 63 pintu atau isi rumah.

Pada perayaan Hari Gawai lalu, lelaki Cina itu menghantar "hadiah" sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah atau keseluruhannya berjumlah RM18, 900 melalui isteri dan rakan-rakannya di kampung itu.

Sebagai balasan, mereka diminta untuk menurunkan cap jari mereka di timbunan dokumen sebagai pengakuan masing-masing telah menerima wang itu sambil memikirkan bahawa ia adalah resit.

Oleh : Bob Teoh

No comments: