JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, October 21, 2011

Gantung Aziz Bari tindakan zalim - Azizah

Penggantungan yang dibuat Universiti Islam Antarabangsa(UIA) terhadap Pensyarahnya, Profesor Dr Abdul Aziz Bari dilihat merendah dan menzalimi cendekiawan, Kata Presiden KEADILAN, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Sesuatu memalukan dan menzalimi cendekiawan Malaysia apabila ditekan dan disekat hanya kerana memberi pandangan bersandar fakta imperikal yang sememangnya kepakaran mereka, sekaligus membantut proses penyuburan ilmu kepada rakyat,” kata Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, Aziz Bari yang juga pensyarah hanya memberi pandangan mengenai isu tertentu berpaksikan kepakaran yang dimilikinya.

Beliau turut menyelar tindakan media dan politikus tertentu yang mempolemikan isu itu.

“Isu ini sepatutnya dianalisa ketepatannya terlebih dahulu dalam konteks perundangan dan bukan sekadar persepsi dari sesetengah pihak.

“Golongan akademik juga seharusnya diberi ruang memberi komentar dan kritikan selagimana ia bersifat membina dan berada dalam kerangka undang-undang negara,” katanya,

Oleh itu, katanya, atas prinsip kebebasan akademik, KEADILAN berharap pengurusan UIA mengendalikan isu itu dengan penuh hemah tanpa mencemar budaya ilmu.

Aziz Bari diberi tunjuk sebab oleh UIA sejak beberapa hari lalu kerana didakwa “memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti” dan diberi masa sehingga 25 Oktober ini untuk menjawabnya.

UIA juga menggantung tugas Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan selain dihalang memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti itu.

Difahamkan, penggantungan itu menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).

Aziz ialah pensyarah paling kanan di universiti itu dan sudah berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.

No comments: