JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, October 27, 2011

Roti 1 Malaysia pastikan ianya halal dan selamat

Rumah anak yatim dan rumah orang tua serta tuna wisma (orang tak berumah) terpilih di sekitar Lembah Klang akan menerima roti percuma setiap hari mulai hari ini menerusi program kebajikan 'Roti 1Malaysia'.

Pengerusi Roti 1Malaysia Datuk Anne Eu berkata pada dasarnya, BreadStory Group bersetuju menyediakan roti di bawah program tersebut menerusi penyertaan cawangannya.

Beliau berharap program di bawah naungan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie boleh dipertingkat melalui penyertaan bakeri lain serta hotel.

Sementara itu, Heng berkata program kebajikan berkenaan bertujuan membantu serta menyokong golongan kurang bernasib baik di Malaysia.

"Kita ingin berkongsi hasrat membantu serta menaik taraf mereka yang kurang bernasib baik untuk menjadi sebahagian daripada visi 1Malaysia, yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini merupakan satu cara wajar bagi mengelakkan pembaziran, dan pada masa sama, membantu mereka yang kurang bernasib baik," katanya ketika melancarkan program itu hari ini.

Heng berkata pelbagai persatuan belia serta sektor korporat akan terlibat mengedarkan roti berkenaan, dan sukarelawan dipelawa mengambil bahagian dalam program itu.

"Selain menerima sijil kerana menjayakan projek 1Malaysia ini, sukarelawan juga akan berasa bertanggungjawab dan menjadi sebahagian daripada usaha pembangunan bangsa," katanya.BERNAMA.

No comments: