JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, October 26, 2011

Gabungan Airasia-MAS, zalimi warga miskin

MIRI: Penerbangan Malaysia (MAS) tidak seharusnya menghentikan perkhidmatan penerbangan Firefly di Sarawak berikutan ia adalah perkhidmatan alternatif rakyat Sarawak untuk ke Semenanjung Malaysia.

Aktivis Sosial Wan Zain Syed Modzar (gambar) berkata, sekiranya perkhidmatan itu dihentikan, maka golongan berpendapatan rendah yang mempunyai anak yang belajar di Semenanjung Malaysia akan turut menerima kesan.

“Saya berharap MAS mempertimbangkan semula hasrat untuk menghentikan perkhidmatan Firefly memandangkan perkhidmatan itu kini menjadi pilihan utama penduduk Sarawak untuk ke Semenanjung Malaysia,” katanya pada 25 Oktober lalu.

Tambahnya, sekiranya hasrat tersebut tetap diteruskan, maka MAS perlu memberi pilihan pakej khas kepada golongan berpendapatan rendah terutamanya yang sering berulang-alik ke Semenanjung Malaysia.

“MAS perlu mempertimbangkan pakej khas atau kadar rendah kepada pelajar, orang tua atau miskin dan golongan berpendapatan rendah lain atas sifat tanggunggjawab sosial kerajaan,” katanya.

Menurutnya, syarikat penerbangan tambang murah seperti AirAsia tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan yang menginginkan tambang yang benar-benar ‘murah’.

“Tambang AirAsia sendiri kadang-kadang mahal, kadang-kadang murah bahkan harga yang ditawarkan secara talian boleh berubah sekelip mata daripada murah kepada mahal,” jelasnya.

Sehubungan itu katanya, perkhidmatan Fifefly yang dinikmati oleh penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang perlu diperluaskan ke Sarawak seperti sebelumnya.

Tambahnya, rakyat Sarawak terpaksa menanggung beban kerana terpaksa memilih AirAsia untuk ke Kuala Lumpur dan sebagainya berikutan tidak mampu menggunakan perkhidmatan MAS yang dianggap terlalu mahal.

“Saya berharap kerajaan campur tangan dalam isu ini kerana ia melibatkan kebajikan rakyat terutama di Sarawak yang benar-benar memerlukan perkhidmatan Firefly,” katanya.BP.

No comments: