JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, October 26, 2011

SPR serah borang pendaftaran pengundi kepada Sekutu BN

SIBU: Barisan Nasional (BN) perlu bersedia dengan perubahan senario politik semasa jika ingin kekal sebagai pucuk pimpinan negara.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing (gambar) berkata, BN kini menghadapi musuh politik yang disifatkan sangat terancang, fokus dan berazam.

“Pakatan Rakyat menguasai dua buah negeri paling maju di negara iaitu Pulau Pinang dan Selangor. Ini bermakna, pembangkang kini mempunyai sumber yang diperlukan untuk melawan BN,” jelasnya pada Majlis Malam Khas PRS Ketujuh, pada 22 Oktober lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh itu berkata, BN perlu menangani setiap segmen masyarakat yang berbeza dengan lebih berhati-hati.

“Ia adalah satu kesilapan jika kita menganggap bahawa semua rakyat Malaysia mahu perkara yang sama. Kita tidak boleh menganggap keperluan di luar bandar dan bandar serupa sahaja di bawah satu permintaan.

“Kita juga tidak boleh menakut-nakutkan rakyat untuk menyokong kita dengan menafikan peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) jika mereka enggan mematuhi permintaan kita,” ujar beliau.

Katanya lagi, landskap politik masa kini bukan sekadar pengagihan peruntukan MRP kepada rakyat, malah ia sesuatu yang di luar jangkaan dalam berkhidmat demi rakyat.

“Ramai calon dan parti politik yang gagal bertindak untuk menepati dan memenuhi permintaan rakyat di kawasan konsintuensi masing-masing.

“Jika ia tidak diberi keutamaan, maka banyak lagi yang akan kecundang kerana tidak berubah mengikut arus perubahan zaman dan landskap politik,” jelas Masing.

Dalam perkembangan lain, Masing meluahkan keyakinannya untuk mengekalkan kemenangan enam kerusi Parlimen PRS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Pada majlis sama, Masing menerima borang keahlian baru PRS di DUN Tamin berjumlah 1,239 orang yang disampaikan oleh Timbalan Presiden PRS, Datuk Joseph Entulu Belaun.

Selain itu, Masing turut menerima borang pendaftaran pengundi di DUN Tamin berjumlah 681 orang yang disampaikan oleh wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Matthew Lenggang.

Hadir sama ialah Setiausaha Agung Datuk Wilfred Rata Nissom, Naib Presiden Datuk Billy Abit Joo, Datuk John Sikie Tayai, Datuk Joseph Salang Gandum dan Joseph Mauh Ikeh, Ketua Pergerakan Pemuda Datuk Mong Dagang.

Ketua Pergerakan Wanita Senator Doris Sophia Brodie, Timbalan Bendahari Agung Malcom Mussen Lamoh, Ketua Penerangan Wilson Nyabong Ijang, Timbalan Setiausaha Agung Snowdan Lawan juga hadir.

http://www.theborneopost.com/2011/10/23/bn-perlu-sedia-hadapi-perubahan-senario-politik-kata-masing/

No comments: