JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, October 4, 2011

Umno terus tuntut kerusi sekutunya

KUALA PENYU 3 Okt. - Pemuda UMNO Bahagian Beaufort meminta barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) mempertimbangkan supaya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu diserahkan kepada parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangannya, Mohd. Rizal Abdul Rahman berkata, ia selari kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini yang mahukan hanya calon berpotensi untuk menang disenaraikan mewakili BN.

"Berdasarkan kepada kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut tentunya kehendak rakyat yang diutamakan. Bagi DUN Kuala Penyu, rakyat mahu calon daripada UMNO.

"Inilah yang mendorong kami meminta kepimpinan BN untuk membuat pertimbangan terhadap perkara ini. Kami yakin BN boleh menang dengan majoriti besar jika meletakkan calon UMNO," katanya pada 3 Oktober lalu.

Kerusi DUN Kuala Penyu ketika ini dipegang oleh John Teo Mau Sing daripada Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UPKO).

Mohd. Rizal berkata, kepimpinan BN boleh menghantar mana-mana wakil untuk membuat kajian mengenainya.

"Kami bukan bercakap kosong tetapi kami mengutarakan apa yang benar. Rakyat Kuala Penyu sudah lama mahukan agar UMNO diletakkan sebagai calon untuk kerusi DUN Kuala Penyu," ujarnya.

Rizal berkata, isyarat bahawa rakyat mahukan perubahan calon itu turut digambarkan kepada keputusan pilihan yang terdahulu.

Katanya, kemenangan calon BN ketika itu hanyalah dengan majoriti 200 lebih undi sedangkan BN boleh menang dengan majoriti yang lebih jika calon UMNO diletakkan di situ.

"Kita bimbang jika bukan calon UMNO yang diletakkan pada pilihan raya akan datang, keputusan mengejutkan daripada rakyat mungkin sahaja mengecewakan, kita tidak mahu perkara ini berlaku," tegasnya.

Menurut beliau, rakyat ketika ini lebih mengutamakan soal calon dan tidak selamanya akan berkorban sekadar menurut kehendak dan keputusan barisan kepimpinan BN.UM

No comments: