JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, May 19, 2008

Hari Gawai: Masyarakat Dayak dinasihat berjimat

Masyarakat Dayak di Sarawak dinasihatkan supaya berbelanja dengan berhemah menjelang perayaan Hari Gawai Dayak pada 1 dan 2 Jun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan (gambar) berkata, mereka harus mempertimbangkan keadaan ekonomi semasa serta krisis bekalan makanan yang dihadapi kini, dalam berbelanja.

Menurutnya, dengan amalan ber- belanja secara ber- hemah, mereka da- pat membantu me- ngurangkan kesan kenaikan harga ba- rangan dan krisis makanan yang kini memberi tekanan kepada masyarakat dunia.

"Justeru semasa menyambut perayaan Gawai Dayak akan datang ini, kita hendaklah juga memikirkan isu-isu ini (kenaikan harga barang dan krisis makanan) supaya kesannya boleh dikurangkan.

"Berbelanjalah dengan cara paling sederhana supaya kita boleh mengelakkan pembaziran dan men- jejaskan perbelanjaan untuk hari yang mendatang," katanya.

Beliau berucap pada majlis Sambutan Perayaan Gawai Dayak Bahagian Miri anjuran gabungan kesemua 14 persatuan Dayak di Miri yang diketuai Persatuan Dayak Miri, di Dewan Utama, Eastwood Valley Golf & Country Club.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam.
Sabung ayamJacob yang juga penaung perayaan Gawai bahagian Miri turut meminta supaya masyarakat Dayak mengurangkan amalan minum minuman keras dan sabung ayam sewaktu perayaan tersebut.

Sebaliknya beliau menegaskan, generasi hari ini perlu memberi contoh yang baik dengan mengekalkan adat resam dan tradisi kunjung-mengunjung.

"Kita juga harus mendokumentasikan adat resam dan kebudayaan masyarakat Dayak supaya boleh diwariskan kepada generasi baru akan datang," katanya.

Dalam pada itu, Hong Nam pada ucapan perasmiannya meminta rakyat di negeri ini mengambil pe- ranan dalam menangani isu krisis makanan dan kenaikan harga berterusan pelbagai barangan di pasaran dunia.

Katanya, amalan pertanian sekadar cukup makan juga perlu ditukar kepada pertanian berskala besar dan komersial yang mana ia dapat meningkatkan ekonomi negeri Sarawak pada masa akan datang.

"Kita mahu menghasilkan makanan sendiri bagi menampung keperluan jangka masa panjang rakyat negara ini,'' katanya.

Sementara itu, pelatih pramugari, Elizabeth Anon Lee, 19, dari Jih, Kanowit dinobatkan Kumang Iban, manakala Teresa Baru, 24, dan Fellisias ak Bledaeng, 18, masing-masing diumumkan sebagai Keligit Gawai dan Kumang Bidayuh.

Mereka bertiga membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala, sijil dan sejambak bunga.
Bagi kategori Keling-Belawan Gawai Dayak 2008 pula dimenangi Mecky Lawai Laing, 21, dari Long Julan Baram. Beliau menerima wang tunai RM700.

Pada majlis yang sama, seramai 114 pelajar Dayak yang memperoleh keputusan A dalam semua mata pelajaran pada peperiksaan awam tahun 2007 turut menerima anugerah pelajar cemerlang.

No comments: