JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, May 19, 2008

Kualiti kraf tangan Sabah perlu bertaraf dunia

Pengusaha kraf tangan Sabah perlu meningkatkan kualiti produk tempatan itu bagi membolehkan mutu penghasilannya memenuhi tahap pasaran antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, langkah ke arah itu perlu memandangkan pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk memasar produk-produk tempatan ke luar negara.

"Produk kita seperti kraf tangan ini masih ditahap rendah jika dibandingkan kraftangan dari negara jiran yang dijual di negeri ini.

"Perkara ini berlaku disebabkan kita terlalu cepat berpuas hati atau dari segi pembuatan sekadar 'cukup sudah siap' dan boleh jual. Sesetengah pengusaha tidak mengambil kira kualiti kraf tangan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran program Kraf tangan Eksotik 2008 dan Hari Muzium Antarabangsa peringkat negeri di Kampung Warisan, Kompleks Muzium Sabah, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Muzium Sabah, Datuk Joseph Guntavid dan Pengarah Balai Seni Lukis Sabah, Datuk Yaman Mus.

Bagi mengatasi masalah itu, Masidi menyarankan agar pengusaha kraf tangan men- jadikan perusahaan mengeluar produk kraf tangan sebagai satu kerjaya yang tetap.

"Kalau mahu cemerlang dalam bidang ini kita harus anggap kerja ini sebagai sepenuh masa dan mengambil inisiatif daripada mereka yang berkemahiran," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menggesa pihak pengurusan Muzium Tamadun Islam supaya membawa lebih banyak barangan pameran berkonsepkan ilmu Islam dari luar negara.

Menurut beliau, cara tersebut akan dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Muzium Tamadun Islam.

No comments: