JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, May 3, 2010

Jangan berpolitik dalam masjid, kata wakil rakyat Umno


BEAUFORT 2 Mei - Umat Islam di Sabah perlu memelihara kesucian masjid daripada dicemari dengan unsur-unsur politik kerana perbuatan itu hanya akan memecah belah umat Islam.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin berkata, rumah ibadat itu perlu dipelihara dan bebas daripada pengaruh politik terutamanya pada musim pilihan raya.

"Sikap beberapa pihak menyalahgunakan institusi masjid sebagai gelanggang berpolitik sebagai mana senario yang berlaku hari ini di beberapa buah negeri, amat mengecewakan.

"Masjid yang sepatutnya menjadi tempat suci umat Islam dijadikan tempat adu domba, maki hamun, kata mengata dan fitnah, ia bagaikan lumrah di masjid-masjid terutamanya pada musim pilihan raya," katanya yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

Terdahulu, pemimpin Umno semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor mengajak orang ramai di kawasan itu untuk sama-sama membaca yasin dan berdoa di masjid untuk calon mereka dari MIC, P. Kamalanathan.

No comments: