JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, May 3, 2010

Najib dan Hishamuddin ugut lagi kaum Cina ?



Presiden Umno, Najib Razak semalam memberi amaran kepada kaum Cina di Sibu agar mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, 16 Mei ini.

''Ingat ayat ini, jika anda berharap untuk masa depan, hanya BN akan memberi harapan untuk masa depan yang lebih baik kepada anda semua," katanya semasa berucap di bandar Sungai Merah di Sibu semalam.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi: calon BN, Robert Lau Hui Yew; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Timbalannya, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam.

Sementara itu, sepupu Najib, Hishammuddin turut mengancam dan terus menyalahkan MCA semasa berucap di Pahang semalam.

MCA perlu membuktikan bahawa parti itu masih relevan untuk masyarakat Cina di negara ini, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, kemerosotan pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini antara lain disebabkan krisis kepimpinan dalam parti MCA.

Justeru katanya, kepimpinan MCA perlu membuktikan yang ia boleh mengembalikan sokongan masyarakat Cina terhadap BN.

''Masyarakat Cina yang terdedah kepada kesan pergolakan dalaman MCA menyebabkan mereka tidak menyokong BN sepenuhnya,"katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat kelompok iaitu 33 cawangan UMNO Bahagian Cameron Highlands, di Sungai Koyan dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Cameron Highlands, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail; Ketua Pemuda Pahang, Abu Jimi Samat dan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO, Datuk Abdul Fattah Abdullah.

No comments: