JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, April 30, 2012

Kerana Bersih, tangguh PRU? tengoklah dulu - Najib

Imej Datuk seri Najib Razak terus tercalar ekoran kekejaman polis terhadap peserta himpunan Bersih dan samada beliau akan melambatkan lagi Pilihan Raya Umum (PRU) masih difikirkan.

Walaupun Najib mendakwa tidak ragu-ragu berhubung tarikh PRU, namun beliau menjawab tidak tahu dan kelihatan bingung dikala diajukan solan oleh wartawan mengenainya.

"Tak ragu-ragu. Saya memang tak ragu. Kenapa saya perlu (ragu-ragu)? Saya perlu fikir masa yang lebih susuai," katanya.

Ketika ditanya lagi, adakah dengan himpunan BERSIH membuatkan pengumuman bila pilihan raya akan dilakukan semakin lambat, Najib mengatakan tidak tahu.

"Tak tahulah. Tengoklah dulu. Tunggu dan lihat," katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Agung Umno, di Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir ialah Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan beberapa pimpinan Umno lain.

Dalam pada itu, Najib yang juga presiden Umno berkata, kemudahan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata oleh pihak berkuasa merupakan salah satu pilihan yang dibenarkan dan tidak memudaratkan kesihatan.

Jelasnya lagi, penggunaan air kimia dan gas itu adalah jauh lebih baik berbanding berlakunya pertempuran fizikal yang mampu mengakibatkan jumlah kecederaan lebih ramai.

Wednesday, April 25, 2012

'Serah kerusi pada Umno atau BN akan kalah' kata Menteri

Tawau: Umno will not guarantee the Barisan Nasional (BN) victory in areas where the majority of voters are Bumiputera in the coming 13th General Election if the seats are not given to the party to contest.

Umno Tawau Chief, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, said the party here would be lobbying all out for the Tawau parliamentary seat that was won by former BN component party, Sabah Progressive Party (SAPP), to be given to Umno.

"This is because the majority of the voters in Tawau are Bumiputera," he said when officiating at the Umno clustered branch general meeting, here, Monday.

The Tawau parliamentary constituency at the moment has about 42,000 registered voters.

Tawfiq, who is also Finance Assistant Minister, meanwhile urged all Umno branch leaders here to be proactive in identifying and registering qualified youths as voters.

He said Tawau Umno currently has 173 branches, of which 170 are qualified to conduct general meetings. He said there are another 18 new branches with 1,010 members that are waiting for approval by the central office.

Saturday, April 21, 2012

SAPP-Star khianati Anwar

Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menyatakan kesediaan untuk memberi laluan kepada SAPP-Star untuk bertanding di kerusi yang sebelum ini ditandingi KEADILAN di negeri itu, namun kedua-dua parti itu jelas tidak menghormati Ketua Pembangkang itu.

Terbaru, bekas anggota KEADILAN yang berpaling tadah dan terkenal dengan sikap melompat parti dengan kini menjadi Pengerusi Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan membayangkan partinya akan bertanding di 60 kerusi DUN di negeri itu.

Bukan setakat itu, Jeffrey juga menunjukan keegoannya apabila menegaskan akan bertanding di ke semua 25 kerusi Parlimen di negeri itu.

Suatu hakikat yang pasti, bukan mudah untuk sebuah parti baru bertanding di ke semua kawasan kerana ia memerlukan perbelanjaan besar.

Melainkanlah Jeffrey mendapat 'bantuan' daripada abangnya, Datuk Seri Pairin Kitingan.Pairin ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS-BN), sekutu kedua terbesar BN di negeri itu.

Jeffrey sebelum ini merupakan anggota PBS sebelum meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), sebuah parti serpihan PBS.

Ada yang melihat penyertaan Jeffrey ke PBRS untuk menggabungkan kedua-dua parti itu untuk memperkukuhkan kedudukan abangnya dalam PBS.

Dalam PBRS, Jeffrey pernah cuba merampas jawatan Presiden, selepas gagal, dia merajuk dan keluar parti dan cuba menyertai Umno.

Selepas Umno menolaknya, barulah Jeffrey menyertai KEADILAN selepas melihat kerjaya politiknya kian suram dengan beliau turut kalah pada PRU 2004.

Dalam KEADILAN, bukan lagi rahsia apabila Jeffrey turut bertelagah hampir ke semua bekas Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri (MPN) termasuk pimpinan KEADILAN Pusat, Saifuddin Nasution Ismail, Azmin Ali, Fuziah Salleh yang dihantar sendiri ke Sabah oleh Anwar.Jeffrey hanya diam seketika semasa Anwar memangku jawatan MPN Sabah.

Ada cakap-cakap politik di internet dan dalam kalangan pimpinan Pakatan Rakyat Sabah bahawa Jeffrey juga sengaja bertanding di Parlimen Keningau pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu bagi mengelakan kawasan itu dirampas Pakatan Rakyat.

Sekurang-kurangnya jika abangnya kalah di situ, kawasan itu masih diwakili beliau dan sebab itu juga mengapa DAP Sabah beriya-iya meletak calon di kerusi itu kerana sudah menghidu taktik Jeffrey.

Sesuatu yang tidak dapat dilupakan juga ialah semasa Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina, anjuran KEADILAN Kota Kinabalu sebelum ini, Jeffrey turut hadir dalam program dengan Anwar juga menunjukan komitmen untuk bekerjasama dengan semua parti pembangkang Sabah termasuk Star.Malangnya, tidak lama selepas majlis itu berakhir, muncul berita anggota KEADILAN 'dicuri' oleh Star dalam Cabang Kota Belud.

Kota Belud antara Cabang KEADILAN yang kian aktif dengan kerjasama erat parti itu bersama PAS di situ.

Malah, Parlimen Kota Belud yang diwakili Datuk Abdul Rahman Dahlan adalah antara kerusi yang disasar Pakatan Rakyat untuk menang kerana ada banyak 'bukti menarik' untuk menumbangkan calon Umno itu.

Adalah sesuatu yang malang, Star enggan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam keadaan Pilihan Raya Umum kian hampir.Kecualilah Star memang dibentuk dengan sengaja untuk memecah belahkan pembangkang di negeri itu.

Kita jangan lupa, pada PRU lalu, Jeffrey antara yang terlibat dengan perbincangan kerusi dengan pembangkang di Sabah.

Namun, beliau gagal yang menyaksikan Umno BN menang mudah dengan menang 59 daripada 60 kerusi DUN dan 24 daripada 25 kerusi Parlimen.

Antara sebabnya kerana parti pembangkang di Sabah bertembung sesama sendiri termasuk yang menyaksikan 8 penjuru dalam sesebuah kawasan dan yang tertinggi di seluruh negara.

Pada PRU lalu, 12 kerusi DUN atau satu pertiga daripadanya dimenangi oleh BN dengan majoriti tipis.

Malah kesemua 12 kerusi DUN itu jika menyaksikan satu lawan satu, jumlah undi rakyat terhadap parti-parti pembangkang melebihi jumlah undi yang dimenangi Umno BN.

Star berasal dari Sarawak yang diasaskan oleh Dr Patau Rubis dan kini dikembangkan Dr Jeffrey ke Sabah.Bagi SAPP pula, parti pimpinan Yong Teck Lee ini juga pernah mensasarkan mahu bertanding lebih 45 daripada 60 kerusi DUN dengan bakinya terserah kepada KEADILAN, PAS dan DAP.

Walaupun SAPP juga pernah menunjukan komitmen untuk bersama Pakatan Rakyat, namun kita jangan lupa SAPP juga bertanding disaat-saat akhir menentang KEADILAN-Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi sebelum ini.

Malah, Yong sendiri adalah calon SAPP di situ yang menyaksikan parti itu menduduki tangga tercorot termasuk memburukan KEADILAN-Pakatan dalam kepen PRK itu.

Sudah tiba masanya, Pakatan Rakyat mengumum bahawa gabungan itu hanya dalam kalangan KEADILAN, PAS dan DAP dan selesai serta umumkan segera agihan kerusi kamu dan memperkemaskan gerak kerja penerangan.

Jangan dilayan lagi parti seperti SAPP-Star ini kerana ia hanya membazirkan masa dalam keadaan Parlimen akan dibubar penghujung Mei ini atau awal Jun depan.

Pakatan harus ingat, selain SAPP-Star, Umno BN juga menaja beberapa parti pembangkang di negeri itu untuk memecah belahkan pembangkang.

Parti ini termasuklah Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK), Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA) dan Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) yang hanya mencul menjelang PRU.

Ke semua parti ini kita tidak pernah dengar mengadakan sebarang kongres atau himpunan untuk pemilihan pemimpinnnya, namun ada wang pula bertanding di semua kawasan setiap kali ada PRU.

Bersekutu diasaskan oleh Datuk Harris Salleh yang juga rakan rapat Tun Dr Mahathir dengan logo partinya ada lambang dacing.

Manakala Setia kini menukar nama kepada Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) pada 23 Mac tahun lalu dan akan bertaning di kerusi tertentu di Kedah khasnya di kawasan PAS dan KEADILAN.

Sama seperti Star, dari mana semua parti-parti ini dapat dana? dan mampu pula bertanding di semua kerusi di Sabah yang tidak sedikit perbelanjaan untuk menaja kesemua calon mereka.

Itu tidak termasuk parti serpihan Usno, Parti Perpaduan Rakyat Sabah yang dikaitkan dengan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERSB) dan Parti Kebenaran Sabah (PKS) yang kini menyokong BN. tidak hairan aoabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) bersedia melulus 12 parti baru di Sabah baru-baru ini.

Rakyat Sabah khasnya golongan muda sudah tidak sabar untuk menumbangkan Umno BN di negeri itu, namun mereka menyampah dengan pertelagahan yang tiada kesudahan ini.

Penulis sekadar meluahkan suara mereka dan terpulanglah kepada pimpinan Pakatan Rakyat negeri dan pusat untuk bertindak.

Monday, April 16, 2012

Menanti sikap berlapang dada SAPP-Star

KOTA KINABALU - PKR bersedia melepaskan beberapa kerusi yang pernah ditandingi parti itu pada pilihan raya umum lepas untuk memberi laluan kepada parti pembangkang di Sabah, khususnya Parti Maju Sabah (Sapp) bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR berpendapat pembangkang akan mempunyai peluang lebih cerah pada PRU13 jika wujud perlawanan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).

"Kita (PKR) bersetuju untuk melepaskan beberapa kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum lepas untuk memberi laluan kepada parti pembangkang di Sabah, khususnya Sapp.

"Kita juga sedang dalam perundingan dengan beberapa tokoh politik di Sabah untuk tujuan yang sama dalam kita mewujudkan perlawanan satu lawan satu dengan BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sebuah forum ekonomi di Tanjung Aru dekat sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan tokoh-tokoh yang dimaksudkan kerana masih dalam proses perundingan.

Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, berharap parti-parti lain dalam pakatan pembangkang juga menunjukkan keterbukaan dan tidak sesekali membuat kenyataan yang dilihat "agak sombong" mengenai parti pembangkang lain di Sabah kerana tujuan parti-parti pembangkang berkenaan adalah sama.

Selain PKR, Pakatan Rakyat (PR) turut dianggotai oleh Pas dan DAP.

"Bagaimanapun, kita berharap parti pembangkang di Sabah turut mendukung perjuangan Pakatan Rakyat dan tidak mengamalkan politik yang bersifat kenegerian.

"Saya sendiri memantau trend politik di Sabah yang berpaksikan perjuangan kenegerian. Bagi Pakatan, apa yang penting ialah perjuangan untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan keturunan," katanya.

Ketika ditanya sama ada PR mengenal pasti pemimpin untuk dijadikan sebagai ketua menteri Sabah jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, Anwar berkata: "Kita dalam Pakatan Rakyat sentiasa berunding.”

“Apabila tiba masanya, mereka sendiri (PR dan parti pembangkang di Sabah) akan mencadangkannya."

Mengenai janji PKR untuk menghapuskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTPN) jika PR memerintah, Anwar berkata, beliau yakin perkara itu boleh dilaksanakan. – Bernama

Friday, April 13, 2012

Skandal NFC versi Sabah sudah bermula

Skandal NFC versi Sabah sudah bemula. Nantikan pendedahan lebih menarik setiap minggu selepas ini.

Bahagian 1. Laman pembocor maklumat Sarawak Report hari ini mendedahkan dokumen bagi menangkis penafian Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bahawa beliau tiada kena mengena dengan orang tengah pembalakan Michael Chia.

Dokumen yang disiarkan itu menunjukkan arahan tersedia (standing order) bank untuk mendepositkan beberapa ribu dolar Amerika Syarikat (AS) untuk pendidikan anak ketua menteri di Perth, Australia.Dokumen itu dikatakan bocor daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan menyiasatnya sebelum ini tetapi tidak berakhir dengan pendakwaan.

Akaun bank Chia juga menunjukkannya menerima ratusan ribu dolar AS daripada syarikat berpangkalan di Hong Kong Borion Enterprise, yang antaranya dimiliki hartawan balak Sarawak Ting Pek King.

"Ia menimbulkan persoalan kenapa keluargga Ting Pek King membayar sejumlah besar wang kepada akaun bank Micheal Chia? Akaun yang juga digunakan untuk mendanai anak lelaki Musa Aman di Australia," katanya.

Pegawai SPR jahil undang-undang, kata Pengerusinya

Semua pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka disaran memahami sepenuhnya undang-undang pilihan raya memandangkan pilihan raya umum ke-13 dijangka sengit.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini kerana parti pemerintah Barisan Nasional sudah pasti akan berusaha habis-habisan untuk mengekalkan kerusi yang disandangnya serta memenangi semula kerusi yang dikuasai pembangkang dan pembangkang juga akan bertindak serupa dan sudah tentu akan cuba menawan lebih banyak kerusi daripada BN untuk mencapai cita-cita mereka mengambil alih pentadbiran negara.

"Jadi, pilihan raya umum kali ini akan menyaksikan pertandingan sengit. Oleh itu, semua pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka perlu mengetahui sepenuhnya undang-undang untuk membolehkan mereka menangani sebarang isu, aduan atau perasaan tidak puas hati yang dikemukakan, terutama pada hari penamaan calon dan pengundian," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan kursus dua hari bagi 79 pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka pada 12 April lalu sebagai persiapan mengendalikan pilihan raya bagi 16 kerusi parlimen di wilayah tengah Sarawak.

Mubarak tambahkan krisis BN

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) mahu bekas wakil rakyat tertentu dipertimbangkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.

Presiden MUBARAK Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata untuk itu, pihaknya akan menyerahkan senarai nama bekas wakil rakyat itu, terutama anggota Mubarak kepada pucuk pimpinan BN untuk pertimbangan.

"Kita bukan hendak berlawan dengan pemimpin-pemimpin parti, kita buat apa yang kita patut buat dengan cara sukarela dan kalau calon ini (ahli Muabarak) sesuai dan boleh menang, maka kita akan ketengahkan," kata beliau kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama MUBARAK 4 April lalu.

Beliau berkata senarai nama calon berkelayakan itu, termasuk dari Sabah, kini di peringkat akhir penelitian.

Beliau berkata MUBARAK akan memberi sokongan padu kepada BN bagi memastikan parti gabungan itu mencapai kejayaan cemerlang pada PRU-13.
Tiga jenis barangan bersubsidi bernilai RM20,320 dirampas dari dua perahu di kawasan perairan Sabindo, dekat sini, selasa lepas.

Tiga barangan yang dirampas dalam pemeriksaan pada pukul 6.45 petang itu ialah 2,400 kilogram gula pasir, 92 tong gas memasak dan 900 kilogram daging beku yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran.

Timbalan pengarah Kastam Sabah Hamzah Sundang berkata rampasan itu dibuat apabila kedua-dua perahu itu gagal menunjukkan dokumen berkaitan barangan itu.

"Dua orang ditahan bagi membantu siasatan kes itu," katanya dalam kenyataan 5 April lalu.

Beliau meminta orang ramai terus memberi maklumat kepada agensi itu berhubung sebarang kegiatan penyeludupan bagi mambanteras kegiatan itu.

Dekat PRU baru mahu kursus

Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah akan memperhebatkan usaha bagi melahirkan lebih ramai pemidato berkualiti yang mampu menangkis serangan politik pembangkang menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda BN Sabah Awang Kadin Tang berkata ini kerana sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai isu politik yang diketengahkan parti pembangkang yang semata-mata bertujuan meraih sokongan rakyat.

Beliau berkata buat permulaan, pemuda BN akan menganjurkan kursus pidato politik di 1Borneo, Likas dekat sini, selama tiga hari bermula 13 April.

"Ini merupakan satu program mencari bakat, yang saya rasa penting dalam BN dan cara yang paling berkesan untuk mengetengahkan pemidato terbaik," katanya dalam kenyataan 6 April lalu.

Awang Kadin yang juga Ketua Pemuda Umno Sabah berpendapat ciri utama seorang pemimpin adalah menjadi penghujah paling berkesan.

Beliau berkata majlis perasmian program itu dijangka disempurnakan Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Sabah Datuk Sapawi Ahmad pada 13 April, manakala majlis penutup oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada 15 April.

Awang Kadin berkata kursus pidato politik itu, antara lain, bertujuan memberikan pendedahan dan pengalaman kepada peserta agar dapat menjalankan peranan membantu parti bagi menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan, jelas dan tepat kepada masyarakat.

Cubaan naikan tambang bas ditolak

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah menolak permohonan Syarikat Pengendali Bas Bandaraya untuk menaikkan tambang perkhidmatan bas di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.

Pengerusi LPKP Cawangan Sabah Datuk Teo Chee Kang berkata LPKP Sabah dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan kebajikan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam di negeri ini terutama di bandaraya Kota Kinabalu.

Beliau berkata kerajaan sedia maklum akan peningkatan kos yang perlu ditanggung oleh pengguna pada masa ini.

"Oleh itu, permohonan mereka telah ditolak sebulat suara oleh LPKP Sabah," katanya pada sidang media di Bangunan Kuwasa Kota Kinabalu 9 April lalu.

Bekalan Air Sering Terputus

Penduduk Bandar Sri Indah, sebuah taman perumahan yang terletak kira-kira 17 kilometer dari sini, resah kerana bekalan air di kawasan mereka sering terganggu sehingga menjejaskan kehidupan harian mereka.

Mereka berkata gangguan bekalan air berlaku sejak dua minggu lalu dan keadaan bertambah buruk apabila bekalan air ke kawasan perumahan itu terputus sama sekali sejak dua hari lalu.

"Keadaan ini memang mengganggu urusan harian saya sekeluarga. Bayangkan, apabila balik dari bekerja, nak memasak dan membasuh pinggan pun tidak ada air. Kalau terputus bekalan air sehari, masih boleh dipertimbangkan tetapi ini sudah masuk hari ketiga," kata seorang penduduk taman perumahan itu yang cuma ingin dikenali sebagai Ji.

Penjawat awam berkenaan berharap pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah itu secepat mungkin demi keselesaan hidup penduduk.

"Sejak dua minggu lepas gangguan bekalan air boleh dikata berlaku saban hari," kata wanita itu, 12 April lalu.

keropok amplang

Pasar Tanjung di Jalan Dunlop, berhampiran laut dan bersebelahan dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Tawau memang tidak asing kepada pengunjung luar.

Kompleks pasar ini, adalah pintu keluar masuk utama ke Sabah melalui Tawau, iaitu bandar di Sabah paling hampir dengan Nunukan di Kalimantan Timur, Indonesia.

Nama Pasar Tanjung yang mempunyai tiga aras diambil sempena nama panggilan asal bandar Tawau iaitu "Tanjung". Aras bawah dan aras satu menempatkan jualan segala jenis keperluan dapur termasuk makanan mentah seperti sayur-sayuran, buah-buahan, telur, ayam, santan, ikan, sotong dan udang kering serta pelbagai ikan bilis keluaran Tawau.

Di aras ini juga menempatkan jualan pelbagai jenis makanan ringan seperti kerepek, keropok amplang, kekacang, biji gajus, belinjo dan kuih-muih tradisional pendududk Tawau dan negara jiran.

Aras dua pula ialah tempat jualan pelbagai jenis pakaian seperti baju tidur, T-Shirt, baju Melayu, kain sarung, kain pelikat, pakaian dan peralatan solat manakala aras atas sekali menempatkan gerai makanan.

TARIKAN PELANCONG

Bunyinya seperti pasar biasa sahaja tetapi mengapa Pasar Tanjung menjadi tumpuan utama pengunjung luar seperti dari Semenanjung, Labuan, Brunei Darussalam, Sarawak dan pelancong asing malah penduduk Sabah dari daerah lain pun tidak terkecuali, apabila berkunjung ke Tawau.

Ada yang beranggapan bahawa kunjungan ke Tawau tidak sah atau tidak lengkap jika mereka tidak berkunjung dan berbelanja di Pasar Tanjung. Mengapa jadi begitu?

"Semasa masih berkhidmat dalam pasukan tentera di Kem Kukusan antara tahun 1992 hingga 1994, pegawai-pegawai atasan saya, apabila datang ke Tawau, sering bertanya di mana mereka boleh membeli buah tangan untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur. Saya jawab Pasar Tanjung.

"Ketika membeli-belah di sana, perkataan 'wow' itu sahaja yang mampu mereka ucapkan. Mereka terkejut dengan harga barangan di sini yang begitu kompetatif dan boleh tawar menawar," kata Kudin Saad, 43, seorang pesara tentera yang berasal dari Perlis.

Kudin yang kini menetap di Kudat, di bahagian utara Sabah, berkata barangan dan makanan tradisional di Pasar Tanjung seperti biji gajus, kuih cincin, bekas beras, bekas air dan gula merah bukannya tidak ada di Semenanjung namun harga di sana jauh lebih tinggi.

Sehingga kini, Kudin, walaupun sudah menetap di Kudat, masih kerap ke Tawau melalui jalan darat untuk berkunjung ke Pasar Tanjung kerana banyak barangan dan kuih-muih tradisional di pasar itu tidak ada di Kudat.

Bazli Mat Nawam, 30, seorang guru dari Kelantan pula berkata dia mengetahui mengenai Pasar Tanjung melalui rakan-rakan yang sama mengajar dengannya di sebuah sekolah di Sipitang, daerah yang terletak di Pantai Barat Sabah.

IKAN KEROPOK

Bazli sekeluarga, yang datang ke Tawau secara berkonvoi dengan rakan-rakan sekerjanya sempena cuti persekolahan berkata rakan-rakan memberitahunya bahawa jika dia ingin membeli makanan dan kuih-muih tradisional dan sejenis ikan yang dipanggil ikan keropok, pergilah ke Pasar Tanjung.

"Selain membeli ikan keropok, saya juga membeli ikan masin dan keropok amplang. Membeli-belah di Pasar Tanjung ini boleh tawar menawar. Ikan keropok ini memang tidak ada di Sipitang. Insya Allah saya akan berkunjung lagi kemari," kata Bazli yang menghabiskan masa bercutinya beberapa hari di Tawau.

Seorang penyelia syarikat pembinaan, Edward Liew, 35, yang menjalankan kerja luar kawasan di Tawau ketika ditemui sedang sibuk memilih pelbagai makanan tradisional di Pasar Tanjung untuk dibawa balik ke Kota Kinabalu sebagai buah tangan dari Tawau untuk anggota keluarganya.

Beliau membeli keropok amplang, sejenis keropok berbentuk bebola yang diperbuat daripada ikan atau udang iaitu produk tradisi di Sabah yang asalnya dari Tawau, kerepek pisang sekaki atau pisang tanduk, gajus goreng bersalut yang kesemuanya bernilai lebih RM100.

"Dulu saya pernah ke mari dan membawa balik pelbagai makanan tradisi. Keluarga saya menyukai beberapa makanan tradisi dari sini terutama kerepek pisang sekaki. Sebab itu, kali ini saya datang lagi membeli buah tangan untuk keluarga di Kota Kinabalu," kata Edward.

MAKANAN UNIK

Peniaga Pasar Tanjung, Salnawati Abdullah Chik, 28, ketika sibuk melayan pelanggannya berkata keunikan ketara yang ada di Pasar Tanjung ialah barangannya, sama ada makanan tradisional atau barangan dapur, kain sarung, peralatan solat serta beraneka pakaian sehingga ke pakaian tidur, banyak dibawa masuk dari Indonesia.

"Makanan seperti belinjo dan biji gajus memang datang dari negara jiran. Bagaimanapun, keropok amplang, kacang atong, kacang tapok, kedua-duanya makanan berasaskan kacang, kacipok iaitu sejenis keropok berasaskan tepung beras dan "kacang disco" atau "kacang dangdut" memang dibuat oleh rakyat tempatan di Tawau," katanya.

Bagaimanapun pembuatan makanan tradisi berkenaan termasuk amplang, kuih burasa dan kuih bangke, sebenarnya dipengaruhi tradisi negara jiran atas hakikat bahawa kemahiran membuat kuih-muih berkenaan diwarisi dari keturunan mereka yang berasal dari Indonesia.

Seorang lagi peniaga, Nurhaeda Salleh yang sudah berniaga di Pasar Tanjung lebih 20 tahun berkata beliau bukan sahaja menjual pelbagai makanan seperti kerepek pisang, biji gajus goreng dan pelbagai kuih-kuih tradisional tetapi juga banyak jenis barangan dapur.

"Pelbagai jenis acuan kuih, kuali pelbagai saiz, periuk tingkat, periuk kukus, bekas air dan bekas beras, sudip, tikar dan lain-lain memang banyak dijual di sini. Apa yang saya boleh kata ialah pelanggan yang datang ke sini mempunyai banyak pilihan dan harganya pula berpatutan serta boleh ditawar," katanya.

Menurut Nurhaeda sejak berniaga di Pasar Tanjung, pelanggan dari pelbagai negara seperti China, Hong Kong, Brunei Darussalam, Singapura, Semenanjung, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan daerah-daerah yang terdapat di Sabah sudah berkunjung ke gerainya.

IKAN KERING BERMUTU

Peniaga ikan kering atau ikan masin, Ipin Nisa, 23, pula berkata dia menjual pelbagai jenis ikan kering seperti ikan putih, ikan ketamba, ikan kurau, ikan bilis dari Inderasabah (dikatakan paling bermutu di Sabah), dan udang kering keluaran tempatan dan Indonesia, yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Menurut Ipin, ikan kering yang dijualnya ada yang datang dari Tawau dan ada juga dari Semporna namun sotong kering dan rumpai laut kering atau dipanggil agar-agar oleh masyarakat di sini kebanyakkannya berasal dari Semporna.

"Pelanggan saya memang ramai termasuk dari Semenanjung dan Sarawak dan dari daerah lain di Sabah. Paling diminati pelanggan ialah ikan keropok yang kami import dari negara jiran. Biasanya pelanggan dari luar membeli ikan kering sehingga RM300 sekali beli," katanya.

Kebiasaannya, Ipin dan rakan-rakan memulakan perniagaan seawal 6 pagi hingga jam 5 petang, namun jika masih ramai pelanggan masa perniagaan akan dilanjutkan bagi memberi peluang kepada pelanggan terutama yang datang dari jauh untuk berbelanja.

Bekas Mayor (Datuk Bandar) Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim juga berada di pasar itu semasa penulis berkunjung ke sana.

"Saya baru sampai dari Kota Kinabalu kerana ada urusan di sini. Saya ke Pasar Tanjung untuk membeli ikan masin. Ikan masin di Tawau ni bagus dan memang lain dari yang lain," kata Iliyas.

Iliyas berkata, setiap kali berkunjung ke Tawau, beliau tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke pasar berkenaan.

"Kalau kita ke Pasar Tanjung, seperti kita berada di Nunukan, Kalimantan Timur, Indonesia. Budaya mereka macam di Indonesia. Untuk merasai persekitaran di Nunukan, di sinipun cukup kerana ramai penduduk di sini berketurunan dari Indonesia," kata Iliyas yang juga bekas Pesuruhjaya Polis Sabah.

Pasar Tanjung memang berpotensi menjadi daya tarikan pelancong ke Tawau namun Iliyas mencadangkan agar program 3K iaitu Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan yang pernah dilaksanakannya ketika menjadi Mayor Bandaraya Kota Kinabalu dahulu dipraktikan di Tawau.

Wednesday, April 11, 2012

Saya belum terima signal PRU - SPR

Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam tentang persiapan suruhanjaya itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) mencetuskan spekulasi di kalangan petugas media di sini bahawa ia mungkin diadakan Jun nanti.

Apabila beliau berkata SPR akan memuktamadkan persiapannya bagi PRU itu pada Jun, beliau terus dihujani soalan oleh pemberita sama ada PRU akan diadakan pada bulan itu.

“Dari segi pentadbiran, saya sedang mempersiapkan para pegawai saya untuk menghadapi Jun… tapi saya tidak mengatakan pilihan raya tidak akan diadakan sebelum Jun,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis taklimat bagi pegawai pengurus pilihan raya dan pembantu mereka di sini.

Abdul Aziz berkata, mungkin beberapa isyarat akan diberi kepada beliau sebelum PRU diadakan, tetapi setakat ini beliau belum menerimanya.

Seramai 151 pegawai pilihan raya yang terdiri daripada 31 pegawai pengurus pilihan raya dan 120 pembantu mereka menghadiri taklimat dua hari itu.

Abdul Aziz berkata taklimat serupa akan diadakan di Sibu pada 12 April dan di Miri pada 16 April untuk membiasakan pegawai berkenaan dengan prosedur baharu yang akan diguna pakai pada PRU akan datang.

Tuesday, April 3, 2012

Kisah Romantik Anwar di Taj Mahal

Oleh Masdar Wahid

Usia 64 tahun bukan penghalang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersikap romantik kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menerima jemputan cucu Mahatma Ghandi ke India, beliau membawa Azizah ke Taj Mahal, malah menyanyikan lagu cinta kepada isterinya.

"Isteri ini, kita kena sayang kerana dia geng kita. Sahabat kita, kekasih kita. Saya pergi India, ambil satu hari pergi Taj Mahal.

"Masa mula-mula kahwin, saya bagi tahu Azizah. You kena pergi Taj Mahal, I kena bawa you ke Taj Mahal.

"Ini mercu tanda cinta abadi, Shah Jehan kepada Mumtaj Mahal," katanya pada ceramah di Batu 3, Lukut, Negeri Sembilan 22 Mac lalu.

Sikap romantik Anwar kepada Azizah kerap ditunjukkannya dalam banyak program dan beliau tidak kekok memeluk, memuji dan mengucup isteri kesayangannya itu di depan khalayak ramai.

Mereka berkahwin pada 1978 dan dikurnia enam anak termasuk Nurul Izzah yang kini merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

SPR pulangkan wang poster PAS

MIRI: PAS Sarawak menghargai peranan media tempatan dalam mengetengahkan setiap isu yang berbangkit khususnya melibatkan isu-isu rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata, pelbagai isu telah dibangkit oleh PAS Sarawak dan beberapa isu terbabit disiarkan dalam media tempatan.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak media tempatan yang memberi ruang dan kerjasama dengan menyiarkan laporan yang kami ketengahkan selama ini,” katanya kepada Utusan Borneo.

Menurutnya, pihak media tempatan juga sentiasa menyiarkan berita tanpa sebarang tokok tambah atau memutar belit kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan pihak tertentu.

Sebagai contoh katanya, isu pemulangan semula cagaran poster calon yang tertangguh yang pernah disiarkan dalam akhbar tempatan baru-baru ini telah mendapat reaksi daripada agensi berkaitan.

“PAS Sarawak telah dihubungi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Kuching yang mengatakan mereka akan memulangkan semula wang poster calon pada pilihan raya lalu,” jelasnya.

Menurutnya, semua laporan atau isu yang dibangkitkan pihaknya adalah berdasarkan aduan rakyat agar agensi berkaitan mengambil tindakan segera ke atas isu terbabit.