
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas
Friday, April 13, 2012
Dekat PRU baru mahu kursus
Ketua Pemuda BN Sabah Awang Kadin Tang berkata ini kerana sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai isu politik yang diketengahkan parti pembangkang yang semata-mata bertujuan meraih sokongan rakyat.
Beliau berkata buat permulaan, pemuda BN akan menganjurkan kursus pidato politik di 1Borneo, Likas dekat sini, selama tiga hari bermula 13 April.
"Ini merupakan satu program mencari bakat, yang saya rasa penting dalam BN dan cara yang paling berkesan untuk mengetengahkan pemidato terbaik," katanya dalam kenyataan 6 April lalu.
Awang Kadin yang juga Ketua Pemuda Umno Sabah berpendapat ciri utama seorang pemimpin adalah menjadi penghujah paling berkesan.
Beliau berkata majlis perasmian program itu dijangka disempurnakan Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Sabah Datuk Sapawi Ahmad pada 13 April, manakala majlis penutup oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada 15 April.
Awang Kadin berkata kursus pidato politik itu, antara lain, bertujuan memberikan pendedahan dan pengalaman kepada peserta agar dapat menjalankan peranan membantu parti bagi menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan, jelas dan tepat kepada masyarakat.
Friday, January 13, 2012
Exco paling miskin di Pulau Pinang

Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri itu tidak mencatatkan sebarang harta miliknya melainkan Proton Tiara berharga RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000.
Harta itu jauh lebih rendah berbanding Exco kerajaan negeri yang lain sebagaimana diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng semalam.
Seorang lagi pimpinan KEADILAN negeri yang juga Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mansor Othman hanya memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Nibong berharga RM140,000 dan rumah flat di Teluk Kumbar berharga RM25,000.
Perisytiharan harta itu dilakukan untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG.
Pengishtiharan ini juga membuktikan ketelusan Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengenai harta yang mereka miliki berbanding pimpinan Umno yang sehingga kini gagal berbuat demikian.
Guan Eng berkata, perisytiharan itu dilakukan syarikat swasta untuk memastikan perisytiharan dilakukan dengan telus.
“Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (termasuk ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Undang-undang Negeri) sudah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.
“Ini memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang,” katanya kepada media semalam.
Guan Eng pula memiliki simpanan tetap RM298,785 serta saham amanah berjumlah RM25,989. Beliau juga memiliki dua rumah kedai di Melaka yang keseluruhannya bernilai RM965,000.
Selain itu, beliau memiliki saham antaranya 124,845 unit di Amanah Mutual Berhad dan 2,000 unit DRB-Hicom.
Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy pula memiliki sebuah banglo di Semenyih, Selangor berharga RM328,000 serta tanah pusaka di Sitiawan.
Beliau turut memiliki dua kereta iaitu Perodua Kelisa berharga RM36,000 dan Mercedes 230E berharga RM200,000.
Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow disenaraikan memiliki dua flat di Bukit Gambir dengan nilai RM196,000 serta sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM590,000. Beliau memiliki sebuah kereta Proton Waja berharga RM65,000.
Kon Yeow juga memiliki saham yang disenaraikan antaranya 20,500 unit di Public China Select Fund, 21,000 unit di Public China Titans Fund serta 10,000 unit di Public Dividend Select Fund.
Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng pula memiliki beberapa rumah antaranya di Seberang Jaya dan Vistana Perdana serta sebuah kilang di Permatang Pauh.
Beliau juga memiliki saham di Kotindak dan Kojadi serta beberapa kereta antaranya Volvo 2406L berharga RM61,000 dan Honda CRV berharga RM104,000.
Exco Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang pula memiliki sebuah kondominium di Island Glades yang berharga RM239,000 serta sebuah kereta Honda Civic 1.8 berharga RM114,000.
Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Air, Law Choo Kiang pula mempunyai sebuah rumah di Bandar Cassia berharga RM392,000 serta beberapa unit saham antaranya 100,000 unit di Ramunia, 100,000 unit di Poh Kong serta 100,000 unit di MNC.
Manakala Exco Jawatankuasa Perancangan Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai pula memiliki sebuah apartmen di Paya Terubong berharga RM97,000 dan sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM600,000.
Sementara Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh adalah Exco yang paling kaya dengan memiliki beberapa rumah dan tanah di Pulau Pinang dan New Zealand dengan nilai keseluruhan RM1.39 juta.
Beliau juga memiliki sebuah kereta jenis Alphard yang bernilai RM169,000.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Puyu itu juga memiliki beberapa unit saham antaranya 7,667 unit saham Amprop, 55,000 unit di Bursa, Dutaland Berhad (5,667), Pan Malaysian Ind Bhd (60,000) dan Jutajaya Holding Bhd (10,000) selain saham amanah iaitu 1.14 juta unit di Gain Assure dan 293,399 unit Global Infrastructures Fund.
Tuesday, October 4, 2011
Umno terus tuntut kerusi sekutunya
Ketua Penerangannya, Mohd. Rizal Abdul Rahman berkata, ia selari kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini yang mahukan hanya calon berpotensi untuk menang disenaraikan mewakili BN.
"Berdasarkan kepada kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut tentunya kehendak rakyat yang diutamakan. Bagi DUN Kuala Penyu, rakyat mahu calon daripada UMNO.
"Inilah yang mendorong kami meminta kepimpinan BN untuk membuat pertimbangan terhadap perkara ini. Kami yakin BN boleh menang dengan majoriti besar jika meletakkan calon UMNO," katanya pada 3 Oktober lalu.
Kerusi DUN Kuala Penyu ketika ini dipegang oleh John Teo Mau Sing daripada Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UPKO).
Mohd. Rizal berkata, kepimpinan BN boleh menghantar mana-mana wakil untuk membuat kajian mengenainya.
"Kami bukan bercakap kosong tetapi kami mengutarakan apa yang benar. Rakyat Kuala Penyu sudah lama mahukan agar UMNO diletakkan sebagai calon untuk kerusi DUN Kuala Penyu," ujarnya.
Rizal berkata, isyarat bahawa rakyat mahukan perubahan calon itu turut digambarkan kepada keputusan pilihan yang terdahulu.
Katanya, kemenangan calon BN ketika itu hanyalah dengan majoriti 200 lebih undi sedangkan BN boleh menang dengan majoriti yang lebih jika calon UMNO diletakkan di situ.
"Kita bimbang jika bukan calon UMNO yang diletakkan pada pilihan raya akan datang, keputusan mengejutkan daripada rakyat mungkin sahaja mengecewakan, kita tidak mahu perkara ini berlaku," tegasnya.
Menurut beliau, rakyat ketika ini lebih mengutamakan soal calon dan tidak selamanya akan berkorban sekadar menurut kehendak dan keputusan barisan kepimpinan BN.UM
Tuesday, September 6, 2011
Miskin harta tidak semestinya miskin semangat - Anwar

Menurutnya, hak rakyat mesti dijaga oleh pemimpin termasuklah mendapatkan maklumat adil dan bebas.
“Rakyat tidak harus terus diperbodohkan, diugut, dilemah dan diletakkan dalam kemiskinan.
"Kekayaan Sabah dengan hasil sawit dan balaknya, mesti dipulangkan kepada rakyat” Katanya pada sambutan Aidilfitri di perkarangan Rumah Ketua Cabang KEADILAN Kinabatangan, Mustapa Datu Tambuyong.
Turut serta, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah dan Bekas Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Ahmad Tamrin Jaini.
Mengulas isu tanah Sabah, Anwar melahirkan kekecewaan atas sikap penguasa yang memanipulasi sijil sebagai alasan untuk menghalalkan tanah rakyat dirampas dan diserah kepada syarikat kroni.
“orang kampong yang meneroka, tinggal zaman berzaman dan bergantung harap kepada hasil tanah, manalah tahu undang-undang dan mampu membiayai peguam untuk memastikan hak mereka terbela.
"Itu tanggungjawab wakil rakyat untuk membela hak mereka. Wakil Rakyat mesti menjiwai denyut nadi rakyat” tegasnya.
Sebelum ini, Pengerusi Biro Tanah KEADILAN Sabah yang juga bekas Exco Kerajaan Sabah, Datuk Kong Hong Ming mendedahkan bahawa leih 32,000 kes rampasan tanah berlaku di Sabah.
Namun tidak didedahkan media selain kurangnya pengetahuan undang-undang dalam diri pemilik tanah.
Oleh itu, beliau berharap rakyat Sabah rajin mengambil tahu isu semasa selain membandingkan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri pimpinananya dan pentadbiran Umno BN di Sabah.
Menurutnya, pentadbiran Umno BN kekal melingkari rasuh dan pemborosan berbanding pemerintahan Pakatan Rakyat yang bersifat berkebajikan untuk rakyatnya.
Beliau memberi contoh bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat Selangor khususnya memberikan RM100 bagi anak yang baru lahir, masuk universiti RM1,000, meninggal dunia RM2,500, air percuma dan sebagainya demi memgembalikan hak rakyat.
"Kita baru perintah tiga tahun, sudah beri macama-macam.
"Kerajaan Negeri Sabah hanya beri air hujan percuma," Sindir Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.
Oleh itu, Anwar menyeru rakyat Sabah khususnya warga Kinabatangan berani melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan memastikan undi hanya untuk Pakatan Rakyat.
“Semua yang ada mesti berperanan, terang dan jelaskan beza pemerintahan Pakatan Rakyat dan BN.
"Buat diam-diam, apa yang diberi pemimpin BN, ambil, kerana itu hak rakyat. Apa kita nak malu dan takut kepada perompak tanah rakyat.
“Kita jangan jadi hamba penguasa dalam Negara yang merdeka ini, kemiskinan harta kita tidak bererti kita miskin semangat untuk terus diperbodohkan, diugut dan bermacam-macam lagi penindasan. Ketuanan rakyat mesti dimartabatkan” Gesa Anwar.
Anwar turut menyandarkan harapan kepada anak muda yang menjadi sebahagian besar tetamu dalam majlis tersebut untuk melakukan perubahan.-Sabah Kita-
Monday, September 5, 2011
Perubahan Negara ialah soal dasar - Anwar
Menurutnya, dalam Pakatan Rakyat, ia bukanlah mengenai Anwar Ibrahim tetapi ia mengenai dasar untuk rakyat.
"Dalam Pakatan Rakyat, ia bukan mengenai Anwar Ibrahim tetapi ia berkaitan perjuangan untuk mengubah dasar-dasar negara ini dengan memberikan yang terbaik untuk golongan yang lebih memerlukan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sambutan Aidilfitri anjuran KEADILAN di Kampung Petagas Lama, Putatan, Sabah pada 3 September lalu yang turut disertai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khaled Ibrahim.
Menurutnya, dalam pentadbiran Umno BN, kekayaan negara hanya dirasai segelintir kecil kroni elit yang rapat dengan pemerintah.
Hasilnya, kata beliau, sekelompok pemimpin terus kaya, manakala majoriti rakyat kekal miskin papa kedana.
Anwar turut menegaskan bahawa pentadbiran Pakatan Rakyat bukan setakat cakap tetapi dibuktikan melalui pelaksanaan.
Beliau memberi contoh bagaimana Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat dalam masa tiga tahun sudah mampu melaksanakan pelbagai kebajikan untuk rakyatnya.
"Kita baru perintah tiga tahun, rakyat Selangor sudah menikmati banyak faedah termasuklah 20 meter padu air percuma, bantuan untuk warga Emas, peruntukan khas untuk kematian dan penyelesaian kepada masalah tanah Orang Asal.
"Di Sabah ada percuma kah, (tidak, jawab hadirin), ada, Air Hujan," kata Anwar menyebabkan hadirin gelak dan bertepuk tangan.
Antara isu kritikal yang membelenggu warga Sabah sehingga kini ialah rampasan tanah dengan lebih 32,000 kes tidak dilaporkan.
Manakala isu ketiadaan air bersih dan kemiskinnan terus membelenggu penduduknya khasnya peningkatan kos sara hidup yang kian melambung di negeri termiskin di Malaysia itu.
Saturday, August 27, 2011
YB loses his Toyota
He lost over RM200,000 including losing some jewellery and coins belonging to his wife and children in the 3am incident.
Nilwan's wife said her neighbour called her the same day on seeing the house gate wide open because the neighbour knew that Nilwan, their children and in-laws left for Kunak by road at 2pm on Aug. 25.
"My neighbour also told me that one of our vehicles was missing .
A Mazda was still inside our compound except for the Toyota Alphard.
"I immediately flew back at 7am, Friday, while my husband stayed in Kunak to attend a function," she told Daily Express.
She said the robbers broke into her house through a sliding window by damaging the lock and stole some jewellery and coins.
She lodged a police report.-DE-
Thursday, August 6, 2009
KEMISKINAN RAK YAT VS KEKAYAAN YB

Anggo- ta Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Ne- geri (Adun) mendapat pela- rasan dengan pemberian kenaikan gaji antara 10 hingga 30 peratus berkuatkuasa mulai 1 Jun tahun ini.
Rang Undang-Undang Anggota Petadbiran dan Adun (saraan) (pindaan) 2009 yang dibentangkan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Mente- ri, Datuk Radin Malleh dan diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri kelmarin.
Ketika membentangkan Rang Undang-Undang itu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Radin Maleh berkata, ianya bertujuan untuk memberi pelarasan kepada saraan atau gaji Anggota Pentadbiran Negeri pada kadar 10 peratus daripada gaji pokok bagi Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, Menteri, Speaker, Pembantu Menteri, Timbalan Speaker, Adun dan Setiausaha Politik.
Katanya, pelarasan gaji itu adalah berpatutan dan wajar dengan mengambil kira keni- kan kos barangan dan perkhidmatan semasa serta beban tugas dan tanggungjawab Ang- gota Pentadbiran dan Adun yang kian mencabar.
“Ini selaras dengan Halatuju Negeri dan dasar-dasar pembangunan nasional terkini yang digariskan oleh pucuk pimpinan negeri dan negara,” katanya.
Radin berkata, pelarasan gaji terakhir telah dibuat da- lam tahun 2000, justeru semakan bagi pelarasan yang baru adalah amat wajar selaras dengan pemberian kenaikan gaji 10 hingga 30 peratus kepada Anggota Perkhidmatan Awam.
Berikutan dengan pelara- san itu, saraan atau gaji Ang- gota Pentadbiran dan Adun adalah seperti berikut: Ketua Menteri daripada RM14,300 kepada RM15,730, Timbalan Ketua Menteri daripada RM- 12,650 kepada RM13,915.
Menteri dan Speaker daripada RM9,900 kepada RM10, 890, Pembantu Menteri dan Timbalan Speaker daripada RM7,700 kepada RM8,470.
Adun daripada RM3,300 kepada RM5,300 (kenaikan RM2,000), Setiausaha Politik daripada RM3,300 kepada RM3,630. NST
Sidang DUN Sabah Lulus Kenaikan Gaji Menteri Kabinet, ADUN
KOTA KINABALU, 3 Ogos (Bernama) -- Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) 1981 yang menyaksikan kenaikan gaji pokok bulanan sekitar 10 peratus bagi Ketua Menteri, anggota kabinet negeri dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) berkuatkuasa 1 Jun lepas.

Katanya ia juga selaras dengan pemberian kenaikan gaji antara 10 dan 30 peratus kepada anggota perkhidmatan awam.
Pelarasan terakhir untuk anggota pentadbiran dan anggota Dewan Undangan Negeri Sabah dibuat pada 2000, dan oleh itu semakan bagi penyelarasan yang baru amat wajar, katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Likas, dekat sini hari ini.

Beliau berkata gaji Speaker pula naik daripada RM9,900.00 kepada RM10,890.00 manakala timbalan Speaker dan pembantu menteri masing-masing menikmati kenaikan yang sama daripada RM7,700 kepada RM8,470.00
Radin berkata gaji bagi 60 anggota Dewan Undangan Negeri juga naik daripada RM3,300 kepada RM5,300 manakala setiausaha politik naik daripada RM3,300 kepada RM3,630.00.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata peruntukan tambahan yang terbesar dalam anggaran perbekalan tambahan pertama itu adalah RM54.8 juta yang diperlukan antara lain menampung kos kerja-kerja mendesak bagi menyenggara dan membaiki paip air utama yang sudah lama dan bocor, penyenggaraan dan pembaikan paip retikulasi serta sambungan paip yang rosak.
Beliau berkata kerja penyenggaraan dan pembaikan itu perlu diteruskan bagi memastikan kemudahan bekalan air kepada para pengguna tidak terjejas.

Musa berkata peruntukan tambahan lain akan dibelanjakan untuk menampung perbelanjaan skim bantuan khas kepada pekebun-pekebun kecil kelapa sawit, membaik pulih kerosakan kemudahan awam akibat banjir dan ribut dan perbelanjaan emolumen dan operasi Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia).